Wednesday, September 30, 2009

UMNO MELALOK KERANA ISA

Setelah membuktikan kepada rakyat bahawa mereka cintakan rasuah dan memandang tinggi perasuah, UMNO pun mula melalok macam orang gian dadah. Khairy yang dahulunya menentang buat u turn. Pemuda UMNO ada pemimpin yang tidak tetap pendirian. Kasihan pemuda UMNO. Sudahlah diketuai perasuah, kluk klek pulak tu. Lebih teruk lagi kalau dia hanya berpura-pura sokong.

Dr. Mahathir yang tidak henti-henti melalak kerana tidak mahukan Isa jadi calon pun sudah sokong calon UMNO walaupun enggan berkempen untuk Isa. Dia kecil hati kerana pandangannya untuk test power sudah dipersetankan. Nak buat macam mana. Najib yang ditolak naik setelah Pak Lah merudum jatuh memilih untuk membalas budi Isa bukan budi Dr. Mahathir.

Muhyiddin pun memulakan propaganda murahannya. Dia kata Isa pilihan rakyat. Yang beriya-iya nakkan Isa bukan rakyat, UMNO Bahagian Teluk Kemang sahaja. Tidak pernah ada dalam sejarah Malaysia calon pilihan raya dipilih oleh rakyat. Kalau tak pandai sekalipun, janganlah perbodohkan rakyat.

Adakah UMNO bermesyuarat dengan semua penduduk Bagan Pinang untuk memilih Isa? Sama sekali tidak mungkin. Mati hidup balik pun UMNO takkan buat begitu. Isa ialah pilihan Najib untuk membalas budi. Isa bukan pilihan rakyat. Yang gantung sepanduk ugutan boikot pun bukan rakyat. UMNO Bagan Pinang yang buat. Tak payah temberanglah. Pemimpin UMNO memang tidak cerdik.

Bagi UMNO, orang salah yang telah menamatkan tempoh hukuman jadi bersih macam kain putih. Itulah pemikiran sekular yang menyelubungi UMNO; dulu, kini, dan selama-lamanya. Adakah dosa politik tidak ada kaitan dengan agama Islam yang dianut oleh majoriti ahli UMNO? Berhati-hatilah apabila mengeluarkan kenyataan. Salah hemat tergelincir akidah.

Semua pengundi di Bagan Pinang perlu menilai tindak tanduk UMNO sekarang ini. Calon mereka seorang perasuah. Parti mereka parti rasuah. Mereka menyalak kononnya memerangi rasuah. Hakikatnya "kokok berderai-derai, ekor bergelumang taik".

Mereka akan terus menabur wang di Bagan Pinang untuk merasuah pengundi supaya menyokong UMNO. Tanpa memperhitungkan sebelum ini mereka tidak berbuat apa-apa di Bagan Pinang, mereka akan menjanjikan pembangunan. Tidakkah perbuatan itu menunjukkan kegagalan mereka.

Bagi UMNO, semua tempat hanya perlu dibangunkan apabila ada pilihan raya. Kerajaan taik kucing apa macam ni? Bila ada pilihan raya di Permatang Pauh, main isu pembangunan. Bila ada pilihan raya di Kuala Terengganu, main isu pembangunan. Bila ada pilihan raya di Bukit Gantang, main isu pembangunan. Bila ada pilihan raya di Bukit Selambau, main isu pembangunan. Bila ada pilihan raya di Penanti, tak payah turut serta kerana pembangunan di situ sudah hebat. Bila ada pilihan raya di Manek Urai, main isu pembangunan. Bila ada pilihan raya di Permatang Pasir, main isu pembangunan. Anehnya, UMNO/BN yang tak bangun-bangun di semua tempat tu. Apa khabar orang Batang Ai? Dah majukah anda semua?

Janganlah terpengaruh dengan temberang UMNO di Bagan Pinang. Sama ada anda anggota tentera atau orang awam, tidak payahlah bersekongkol dengan parti rasuah. Nanti kena jawab macam-macam di akhirat.

Tuesday, September 29, 2009

IMEJ UMNO YANG BERCELARU

Najib tiada pilihan selain meletakkan Isa Samad sebagai calon UMNO di Bagan Pinang. Dia terpaksa melanggar bukan sahaja kemahuan Dr. Mahathir malahan juga semua pemimpin UMNO yang tidak setuju ISA jadi calon. Termasuk dalam senarai penentang Isa dicalonkan ialah Khairy Jamaluddin. Rakyat berpeluang melihat reaksi Khairy dalam isu ini. Adakah dia akan berkempen untuk musuhnya? Apa pula reaksi orang yang tergugat, iaitu Muhammad Hassan? Apa dia akan buat? Adakah semua orang dalam UMNO Teluk Kemang betul-betul sokong Isa? Kita kena terima hakikat bahawa dalam UMNO ada musuh dalam selimut, telunjuk lurus kelingking berkait, dan musang berbulu ayam. Penentang-penentang Isa dan bakal calon pilihan penentang tidak akan duduk diam. Isa akan disabotaj oleh orangnya sendiri.

Najib yang terdesak takut kepada ugutan penyokong Isa. Mereka mengugut akan boikot PRK Bagan Pinang kalau Isa tidak dicalonkan. Ugutan itu mungkin strategi Isa untuk menekan pucuk pimpinan. Jika benar, tertipulah Najib. Pada masa yang sama, peristiwa hitam Port Dickson menyebabkan Najib terhutang budi kepada Isa. Najib mempersetankan orang yang bertungkus-lumus mengecam Pak Lah untuk menjadikannya PM demi membalas budi Isa.

Tanpa segan silu, Isa kata dia bersih kerana sudah menjalani hukuman. Dia mengambil pendekatan bersembunyi di sebalik "melanggar kod etika pemilihan" untuk membasuh dosa rasuahnya. Sikap sebegini ada pada semua pemimpin UMNO. Perbuatan dosa itu tidak akan dilihat dari sudut hukum Islam. Memang begitulah pegangan pemimpin yang sekular.

Kini rakyat menyaksikan sesuatu yang sudah terang lagi bersuluh berlaku di hadapan mereka. Najib merestui perasuah diangkat semula sebagai pemimpin. Secara tersirat, UMNO dijadikan lubuk rasuah bagi semua ahlinya. Isa tetap tidak bersih walau berbuih mulutnya mendakwa dirinya bersih. Rohaizat tidak bersih di mata pengundi Permatang Pasir walaupun sudah dihukum oleh Majlis Peguam. Jika pengundi Permatang Pasir menolak Rohaizat, pengundi Bagan Pinang akan menolak Isa. Rohaizat dan Isa sama taraf, tiada beza; sama-sama tidak bermoral.

Berdasarkan kedudukan UMNO yang serba bercelaru itu, adakah pengundi pos seramai lebih kurang 5,000 orang itu akan menyokong perasuah? Tidak tahulah apa akan jadi kepada negara ini kalau tentera pun sokong perasuah. Kita percaya hal itu tidak akan berlaku. Tentera kita ada maruah. Mereka tidak akan membenarkan perasuah meruntuhkan negara yang mereka pertahankan dengan darah dan air mata!

Kepada 9,000 pengundi yang berada di luar kem, berikanlah sokongan anda kepada PAS. Biarkan penyokong kuat Isa sahaja yang mengundi dacing. Tak banyak mana pun jumlahnya.

PAS FOR ALL. ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN. KEKALKAN KEMENANGAN UNTUK RAKYAT.

Monday, September 28, 2009

PERANG DALAM UMNO

Suasana dalam UMNO pada masa ini seperti sedang berperang. Presidennya tidak buka mulut. Tugasnya terpaksa dipikul oleh mantan Presiden. Mantan itu tidak suka Isa jadi calon. Tengku Razaleigh sokong Isa tak jadi calon. Takut peristiwa di Permatang Pasir berulang. UMNO Bahagian Teluk Kemang sokong Isa. Khairy yang tidak sebulu dengan Isa sudah ketar lutut. Kalau Isa naik jawabnya dia kena keronyok. Mohamad Hassan pun tak sedap duduk. Kalau Isa jadi calon dan menang, kedudukannya tergugat. Geng ini semuanya berdoa Isa tak jadi calon.

Katakan anak jantan Isa yang jadi calon. Orang akan kata bapa borek anak rintik. Kata orang lagi, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Kata mereka lagi, bagaimana acuan, begitulah kuihnya. So, cakap salah, tak cakap salah; jadi semua serba salah.

UMNO tidak dapat mengelakkan rasa serba salah itu semata-mata kerana mereka merestui rasuah. Isa ialah Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang yang sudah terbukti mengamalkan rasuah. Khairy yang tak sebulu dengan Isa pun menjadi Ketua Pemuda UMNO yang rasuah. Ali Rustam yang menyepi diri dalam kes ini jadi Ketua Menteri Melaka yang rasuah.

Muhyiddin yang jadi Timbalan Presiden UMNO merangkap Pengarah Pilihan Raya Kecil UMNO Bagan Pinang telah gagal di Permatang Pasir dan Manek Urai. Dia tidak terdaya menepis dakwaan sebagai pengkhianat bangsa semasa menjadi MB Johor. Isu ini akan berkumandang lagi di Bagan Pinang.

Katakan bukan anak jantan Isa yang jadi calon. Maukah Isa bekerja keras memenangkan calon itu? Jentera pilihan raya UMNO akan berjalan tiga silinder. Nak harap MCA? Minta maaflah. Nak harap MIC setelah dihentam berbagai-bagai? Ya ampun!

Inilah masa paling baik untuk PR berpadu tenaga menentang UMNO yang tidak keruan itu. DAP dan PKR sokong PAS 200%. Ahli-ahli PAS turun habis-habisan di Bagan Pinang. Tumpu pada 9,000 lebih pengundi. Bukan semua undi pos dapat ke BN.

Sunday, September 27, 2009

UMNO TIKAM BELAKANG MIC

Ketika kritikan terhadap Presiden MIC, Samy Vellu belum reda; Dr. Mahathir mengalu-alukan penubuhan sebuah parti baru kaum India, iaitu Parti Makkal Sakhti Malaysia (PMSM). Sokongan itu ada udang di sebalik batu. PMSM diharap mendapat sambutan hebat kaum India dan membawa keuntungan kepada BN.

PMSM ditubuhkan oleh bekas pemimpin Hindraf, yakni sebuah pertubuhan yang diharamkan tahun lalu.

Parti yang diumumkan penubuhannya pada Mei lalu itu diterajui oleh bekas Penyelaras Kebangsaan Hindraf, R.S. Thanenthiran.

Najib dijadual melancarkan PMSM pada 10 Oktober 2009 di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang.

Langkah tersebut tentunya menimbulkan tanda tanya orang ramai. Mengapa sebuah lagi parti perkauman direstui penubuhannya oleh Presiden UMNO yang juga sebuah parti perkauman? Secara tidak langsung, BN menjadi pejuang perkauman yang tegar di Malaysia.

Dari sudut yang lain, pengiktirafan itu dilihat sebagai menikam belakang MIC lantaran kedegilan presidennya mengundur diri. Pertelagahan antara UMNO dengan MIC tidak dapat dielakkan.

Jika PMSM memohon menjadi parti komponen BN, adakah MIC akan setuju? Ikut pengalaman yang lalu, MIC tidak akan setuju parti kaum India lain menggugat kedudukannya dalam BN. Dalam keghairahan mendapatkan semula sokongan orang India, adakah UMNO akan menyingkirkan MIC? Segala-galanya boleh berlaku dalam politik.

Pada masa yang sama, PMSM telah merompak battle cry Hindraf. Rampokan ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Belum pun dirasmikan, PMSM sudah diselubungi kontroversi, sama saja dengan UMNO/BN.

Saturday, September 26, 2009

DURI DALAM DAGING BN

Kemelut parti-parti komponen menjejaskan kredibiliti BN. Pendirian berubah-ubah dalam MCA tentang isu Timbalan Presiden mengundang keluh-kesah dalam kalangan ahli-ahlinya. Majlis Presiden memecat. Jawatankuasa Kerja Pusat menggantung sahaja. Tidak diketahui yang mana satu benar.

Kemelut dalam MIC lebih parah lagi. Presidennya menggunakan kuasa secara terang-terangan bagi menentukan saf kepimpinan parti. Demokrasi mati dalam MIC. Presidennya terus-terusan gila kuasa walaupun sudah mengetahui dirinya tidak diterima oleh rakyat.

Kemelut dalam PPP kian meruncing. Pertembungan dua "Presiden" tidak dapat diselindung lagi. Ciri gila kuasa terserlah dalam parti nyamuk ini. Tak padan dengan nyamuk dan ditolak rakyat, masih juga berebut jawatan.

Kemelut dalam UMNO beragam sifatnya. Kes kudeta Perak tidak akan selesai selagi DUN tidak dibubarkan. Kes rampokan di PKFZ muncul satu persatu. Kes perkauman dan menghina agama lain kelihatan bersekali dengan tindakan menteri merangkap Naib Presiden UMNO yang kurang bijak. Sememangnya tiada pemimpin yang bijak dalam UMNO. Kini UMNO terperangkap dalam isu pemilihan calon di PRK DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Sesiapa juga yang dijadikan calon oleh UMNO, calon itu akan memikul taik rasuah yang menjadi sanjungan UMNO.

Kasihan parti kebangsaan yang sekular dan perkauman itu. Mereka sarat dengan pelbagai masalah dan tindak tanduk negatif. Rakyat yang terdedah dengan pelbagai maklumat dalam dunia tanpa sempadan ketika ini tidak mudah dibohongi oleh UMNO. Pembohongan mereka akan terserlah bila dihujah oleh Pakatan Rakyat. Hujahan dengan bukti kukuh seperti senarai pengundi pos yang sudah bersara; kertas kabinet PKFZ yang dobocorkan; dan arahan menteri supaya angkatan tentera membantu PRK Manek Urai tidak lama dulu masih segar dalam ingatan rakyat. Kesemuanya akan membawa padah kekalahan kepada calon UMNO, calon parti rasuah.

MALAYSIA DIPERINTAH PERASUAH

Malaysia tanpa segan silu mendakwa dirinya sebuah negara Islam. Sehubungan itu, Malaysia menyertai Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC). Hakikatnya, dakwaan itu indah khabar dari rupa.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI), Indek Persepsi Rasuah Malaysia tahun 2008 merudum jika dibandingkan dengan tahun 2007. Pada tahun 2007, Malaysia menduduki tangga ke-43. Kedudukan Malaysia jatuh ke tangga ke-47 pada tahun 2008.

Harus diingat bahawa kedudukan memalukan itu lebih rendah daripada dua buah negara mundur di dunia, iaitu Botswana dan Bhutan. Botswana menduduki tempat ke-36, manakala Bhutan menduduki tempat ke-45.

Malaysia jauh ditinggalkan oleh Denmark, New Zealand, Sweden, dan Singapura yang menduduki empat tempat teratas. Sehubungan itu, kualiti, kredibiliti, dan integriti para pemimpin Malaysia berada pada tahap yang rendah. Jurang antara mereka dengan para pemimpin Singapura macam langit dengan bumi. Kata golongan muda poyo saja yang lebih, tapi tak ada kelas langsung!!!

Demikianlah kedudukan UMNO/BN yang memerintah Malaysia. UMNO menghalalkan rasuah. Buktinya mereka mengizinkan Ali Rustam yang mengamalkan rasuah menjadi Ketua Menteri Melaka. Mereka mengizinkan Khairy Jamaluddin yang mengamalkan rasuah menjadi Ketua Pemuda UMNO. Kedua-duanya cakap berdegar-degar tentang moral. SPRM tidak usik pun kedua-dua pemimpin yang korap itu. Memang betullah dakwaan TI bahawa SPRM membuat siasatan secara berpilih-pilih.

Jika demikian keadaannya, pengundi di Bagan Pinang wajib menolak UMNO dalam PRK yang akan diadakan nanti. Jangan izinkan parti rasuah memenangi PRK itu. Kemenangan UMNO pasti menyuburkan lagi amalan rasuah di Malaysia.

Tahniah perlu ducapkan kepada Kerajaan PR Pulau Pinang yang dipuji oleh TI kerana berusaha keras membanteras rasuah. Rakyat Pulau Pinang perlu berbangga kerana mempunyai kerajaan yang bersih. Para pemimpin Kerajaan PR Kelantan juga tidak pernah diseret kerana mengamalkan rasuah. Kedah dan Selangor juga perlu membuktikan mereka bebas rasuah.

Thursday, September 24, 2009

DUN PERAK OH DUN PERAK!

Perak terus menjadi medan pertelagahan antara BN (baca: UMNO)dengan PR. Isunya terlalu banyak. Mula-mula ADUN UMNO masuk PKR. Lepas tu dua ADUN PKR kena culik. Satu ADUN DAP hilang. Sivakumar isytihar 3 ADUN itu letak jawatan dan kerusi-kerusi Behrang, Changkat Jering, dan Jelapang kosong. SPR yang berstatus eksekutif jadi hakim. Dia ambil kuasa judisiari. Tidak ada PRK untuk ketiga-tiga DUN itu.

ADUN UMNO yang lompat masuk UMNO balik. Tiga ADUN PR jadi bebas dan sokong UMNO. Sultan Perak puas hati BN ada majoriti. Zambry dilantik menjadi MB dan titahkan Nizar serta EXCOnya letak jawatan di luar prosiding DUN. Mahkamah tinggi kata Nizar MB Perak yang sah. Mahkamah Rayuan kata Zambry MB Perak yang sah. Mahkamah Persekutuan belum membuat keputusan.

Mahkamah kata Sivakumar tiada hak gantung Zambry dan EXCOnya. Bila DUN bersidang, Zambry dan EXCOnya serta 3 ADUN Bebas enggan ikut perintah Sivakumar supaya keluar dari dewan. Alasan yang diberikan Sivakumar ialah mahkamah tidak kata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan tak boleh hukum Zambry dan EXCOnya. Keputusan jawatankuasa itu disahkan dalam Sidang DUN Bawah Pokok. Tergamam dengan pukulan itu, UMNO/BN mengadakan sidang subdewan melantik Ganesan sebagai Speaker, mengheret dan mengurung Sivakumar, Ganesan ambil tempat,jemput Raja Muda bagi ucapan perasmian, dan dengan segera menangguhkan persidangan selepas titah selesai.

PR buat sidang DUN di hotel pada 2 September 2009. UMNO/BN kata tidak sah. Pakar undang-undang kata sah. Mahkamah Tinggi Ipoh kata tidak boleh campur tangan dalam saman Sivakumar terhadap Ganesan kerana perbuatan itu melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan. Anehnya, Artikel itu tidak dipedulikan bila menghakimi penggantungan Zambry dan EXCOnya. Sudah jelas dan nyatalah mahkamah menjadi alat yang menjaga kepentingan UMNO/BN kata beberapa orang pengamal undang-undang dan pakar perlembagaan.

Tidak lama lagi mahkamah akan buat satu keputusan lagi. Keputusan itu terhadap rayuan Sivakumar mengenai betul tidaknya tindakan mengisytiharkan kerusi Behrang, Changkat Jering, dan Jelapang kosong. Kalau tindakan itu mahkamah kata betul, maka kedudukan DUN jadi seimbang, dan PRK untuk tiga DUN itu akan diadakan. Kalau keputusan memihak kepada BN, sekali lagi Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan dilanggar oleh mahkamah.

Persoalannya adalah sampai bila perkosaan terhadap undang-undang akan dilakukan oleh hakim kerana menurut telunjuk UMNO/BN?

Rakyat sudah mula menunjukkan rasa mual mereka kepada UMNO/BN. Mereka tidak boleh lihat muka Zambry terpampang di mana-mana. Muka MB Haram itu akan disimbah dengan cat. Kini, orang UMNO tuduh PAS buat kerja tu. Pertelagahan akan menjadi lebih serius jika tidak dapat dikawal.

Sebelum perkara tak elok berlaku, bubarkan saja DUN Perak. Serahkan kepada kebijaksanaan rakyat memilih siapa yang mereka mahu memerintah Perak.

Wednesday, September 23, 2009

UMNO/BN KIAN TENAT

Ketika perpecahan semakin meruncing dalam MCA, ketidaktentuan yang ketara terus menyelubungi MIC,kekecohan demi kekecohan berlaku dalam UMNO; dan kesepian menyelimuti PPP; rakyat terpaksa berhadapan dengan pelbagai permasalahan secara bersendirian. Para pemimpin BN lebih cenderung menyelesaikan masalah mereka sendiri. Hal ini mendorong rakyat mempamerkan rasa tidak puas hati mereka melalui pelbagai cara.

Di negeri Perak, rakyat menyimbah cat dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Zambry dan anggota EXCOnya sebagai tanda protes terhadap rampasan kuasa yang dilakukan UMNO/BN. Luahan perasaan sebegini menggambarkan betapa meluatnya mereka terhadap kerajaan haram BN di negeri itu. Situasi demikian dijangka berterusan sehinggalah DUN Perak dibubarkan. Suara Pakatan Rakyat telah serak mengucapkan ungkapan "Bubarkan DUN" sekali gus mempamerkan sikap gentleman mereka untuk menghadapi pilihan rakyat. UMNO/BN yang gila kuasa terus-terusan menunjukkan keangkuhan mereka.

Pening kepala UMNO/BN tidak terhenti di situ sahaja. Isu calon UMNO di Bagan Pinang terus berkecamuk. Sorong tarik yang terjadi tidak dapat menyorokkan pekung rasuah pada tubuh UMNO yang kian membusung. Kini, isu kertas kabinet tentang PKFZ yang dibocorkan menjadi kudis yang baru tumbuh di dada UMNO. Pengedarannya yang pantas di internet menyebabkan rakyat mengetahui kecurangan kerajaan. Sasau UMNO/BN dibuatnya.

Samy Vellu sudah mengarahkan timbalannya menyusun strategi di Bagan Pinang. Gerombolannya akan bertembung dengan kaum India yang menjadi ahli Kelab Penyokong PAS di sana. Sukar untuk membayangkan bagaimana taktik MIC yang ditolak pengundi itu berhadapan dengan sambutan dingin pengundi seperti di Bukit Gantang,Bukit Selambau, Penanti, dan Permatang Pasir.

Bisul di Terengganu sudah bernanah. MB ditolak oleh majoriti rakan separti. Atas kertas UMNO sudah kehilangan majoriti. Oleh sebab itu, kerajaan tidak dapat berfungsi dengan berkesan. PM, TPM, dan Ketua Perhubungan UMNO Terengganu sedang senak perut menghadapi krisis kepimpinan yang semakin sukar untuk diselesaikan itu.

Demikianlah pelbagai jenis penyakit berjangkit yang melengkari UMNO/BN ketika ini. Keparahannya sudah memasuki peringkat tiga. Sudah berada di ICU. Hanya Allah yang akan menentukan hayatnya.

Tuesday, September 22, 2009

KEPURA-PURAAN UMNO, MCA, DAN MIC

UMNO

Pemimpin UMNO cuba memperlihatkan kepada rakyat bahawa mereka sedang mengikis imej parti rasuah sejak akhir-akhir ini. Oleh sebab itu, Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh menentang Isa Samad dijadikan calon UMNO untuk PRK Bagan Pinang. Hal ini menjadikan pemimpin tertinggi parti seperti Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, dan ahli-ahli MT diam membisu.

Mereka semakin serabut kerana walaupun Isa tidak dicalonkan, UMNO tetap dicap sebagai parti rasuah kerana Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin yang telah disahkan mengamalkan rasuah diterima sebagai pemimpin tanpa berbelah bagi oleh semua ahli UMNO.

Apa-apa juga tindakan yang diambil oleh UMNO pada masa ini, rakyat akan terus mengecap mereka sebagai parti rasuah. Itulah hukuman Allah terhadap kedurjanaan UMNO. Hukuman itu ditimpakan ke atas mereka sejak di dunia lagi.

MCA

Parti perkauman ini sedang main wayang. Majlis Presiden pecat Timbalan Presiden. Jawatankuasa Pusat tolak pemecatan dan ganti dengan gantung selama empat tahun. Tidak tahulah siapa yang lebih berkuasa antara kedua-duanya. Namun demikian, tindakan ini ternyata amat memalukan.

Mesyuarat Agung Tergempar akan diadakan. Presiden yang rasa tergugat mula mengugut. Dia akan letak jawatan kalau Chua dikembalikan. Nyatalah bahawa Ong lebih mementingkan jawatan dan diri sendiri. Demikianlah imej para pemimpin MCA khususnya dan BN amnya.

MIC

Parti perkauman ini langsung tiada kualiti, tiada kredibiliti, dan tiada integriti. Pemimpin parti ini ditentukan oleh Presiden. Ahli-ahli hanya patuh kepada kehendak Presiden. Tiada demokrasi dalam parti ini. Bolehkah orang India meyakini parti yang dikuasai oleh pemimpin yang gila kuasa itu?

KESIMPULAN

Anda lihatlah sendiri sandiwara yang terpaksa dilakonkan oleh watak-watak penjarah dalam UMNO, MCA, dan MIC itu. Lakonan sumbang itu tidak berjaya memikat perhatian rakyat. Lakonan serba tidak menjadi itu juga menempelak konsep 1Malaysia. 1Malaysia taik kucing apa kalau para pemimpinnya terlebih fokus kepada jawatan dan diri sendiri, serta cuba menutup bangkai gajah dengan nyiru.

SENJATA MAKAN TUAN

UMNO menyelimutkan dirinya dengan rasuah. Perasuah dijulang sebagai orang penting dalam perjuangan parti dan pentadbiran. Buktinya Khairy Jamaluddin yang rasuah diberi tugas sebagai Ketua Pemuda UMNO. Cabang penting UMNO yang kerja utamanya menarik sokongan golongan muda itu dipimpin oleh perasuah. Dengan imej demikian, dia hanya mampu membawa masuk golongan muda yang sekepala dengannya. Maka bertambah-tambahlah pencinta rasuah dalam UMNO. Pada masa yang sama, semakin dekatlah UMNO dengan titik hujungnya. Rakyat menolak amalan celaka itu.

Dalam bidang pentadbiran, UMNO mempunyai seorang perasuah yang dilantik menjadi Ketua Menteri, iaitu Ali Rustam. Keputusan yang diambil oleh Najib untuk mengekalkannya sebagai Ketua Menteri Melaka mendatangkan mudarat besar kepada UMNO ketika ini. Inilah bayaran yang terpaksa mereka buat kerana "menghalalkan" rasuah. Kes terbaru ialah mereka tenggelam punca untuk menolak Isa Samad sebagai calon UMNO di Bagan Pinang.

Semua orang tahu Isa Samad seorang perasuah. Jika UMNO boleh membenarkan Khairy dan Ali memegang jawatan masing-masing, tidak ada sebab yang munasabah untuk meletakkan Isa sebagai calon di Bagan Pinang. Mereka bertiga dari spesies yang sama. Riuh rendah yang berlaku sekarang ini berpunca daripada tindakan salah mereka sendiri. Tidak ada sesiapa pun di luar UMNO yang menghasut mereka supaya mengamalkan rasuah.

Dr. Mahathir melarang UMNO meletakkan Isa di Bagan Pinang. Samy Vellu yang dikritik oleh Dr. Mahathir mencadangkan supaya bekas PM itu tidak masuk campur dalam urusan di Bagan Pinang. Sama-sama BN pun dah berselisih faham. Tengku Razaleigh pun tak setuju kalau Isa jadi calon. Pengalaman kalah di PRK Permatang Pasir kerana calon kotor menjadi igauan UMNO.

UMNO ialah sebuah parti perkauman yang kotor. Kekotoran itu sukar dibersihkan. Rasuah bukan perkara main-main dalam agama Islam. UMNO tidak layak mendakwa diri mereka pejuang Islam kerana makan suap. Pemakan suap akan memusnahkan negara. Rakyat tidak akan membiarkan hal itu berlaku. Mereka akan menolak parti yang berselepat dengan daki rasuah.

UMNO menggunakan rasuah sebagai senjata paling berkesan untuk mengaut kekayaan untuk diri sendiri. Orang Melayu di luar bandar yang kononnya mereka bela terus menghirup udara kemiskinan. Di situlah mereka curahkan rasuah politik apabila ada pilihan raya. Di situlah satu-satunya lubuk kemenangan bagi UMNO/BN. Rakyat di kawasan ini tidak selamanya kekal begitu. Apabila semuanya celik mata, UMNO akan diberi ucapan "selamat tinggal".

Saturday, September 19, 2009

UMNO/BN SELANGOR MENYELEWENG WANG RAKYAT

UMNO/BN Selangor menyalahgunakan wang rakyat semasa menghadapi PRU Ke-12 pada bulan Mac tahun lalu. Wang itu berjumlah RM10 juta bagi setiap daerah. Peruntukan yang disalurkan melalui pejabat daerah itu bertujuan untuk melaksanakan projek prasarana.

Menurut keterangan yang diberikan oleh Huzaini Samsi, Pegawai Daerah Gombak kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, dan Ketelusan (Selcat); peruntukan itu perlu diagih-agihkan ke setiap DUN dalam Daerah Gombak dan perlu dihabiskan dalam tempoh dua bulan sebelum pembubaran DUN pada 13 Februari 2009yang lalu.

Wang itu sebenarnya digunakan untuk membiayai kempen pilihan raya. Sehubungan itu, wang tersebut tidak dibentangkan dalam DUN terlebih dahulu bagi membolehkan penggunaannya dibuat secara terancang. Di samping itu, peruntukan tersebut dilakukan secara tidak adil. Ini kerana setiap daerah di Selangor mempunyai bilangan DUN yang berbeza-beza.

Daerah Gombak hanya mempunyai 5 DUN, sedangkan Daerah Kelang ada 9 DUN dan Daerah Petaling ada 13 DUN.

Demikianlah kaedah yang digunakan oleh UMNO/BN di Selangor untuk menghadapi pilihan raya. Mereka menggunakan dana yang berlebihan walaupun berlaku pilih kasih dan ketidakadilan agihan. Pecahlah tembelang UMNO/BN. Kaedah ini menunjukkan bahawa UMNO/BN melakukan penipuan ketika pilihan raya.

Mereka tidak boleh lagi mengulanginya ketika menghadapi PRU Ke-13 nanti. Namun demikian, Kerajaan PR Selangor perlu berhati-hati. UMNO/BN akan berusaha untuk merampas kerajaan Selangor bagi membolehkan taktik itu terus digunakan dan aktiviti merampok kekayaan Selangor bagi membina lebih banyak istana tidak terhalang lagi.

BADAI MEREMPUH UMNO/BN

Perselisihan faham antara Tun Dr. Mahathir (TDM) dengan S. Samy Vellu (SSV)yang belum berakhir terseret bersamanya kesan luka lama yang dialami bekas PM itu dengan UMNO. Walaupun TDM tidak tersentuh dengan isu kalung kasut pada potretnya, TDM menyerang peribadi SSV. SSV diminta meletak jawatan kerana kepimpinannya tidak berkesan dan menjadi liabiliti kepada BN.

Hakikatnya, tidak kira TDM mahupun SSV, kedua-duanya menjadi liabiliti kepada BN. Fiil kedua-duanya sama sahaja. Degil. Tidak mahu mendengar pandangan orang. Suka pok pek pok pek. Lebih teruk lagi bila mereka tak tau diri.

Masalah timbul kerana UMNO/BN mengamalkan ciri politik lama, iaitu ampu-mengampu. SSV dikelilingi pengampu yang berkepentingan. Walaupun sudah tidak berkuasa secara langsung, kewujudan pengampu TDM dalam kes kalung kasut itu menimbulkan tanda tanya. Semasa orang UMNO menghina TDM dahulu, golongan ini tidak pun berkokok.

Telahan yang boleh dibuat tentang kehadiran fenomena ini ialah UMNO dipenuhi ahli-ahli yang tidak ikhlas. Kedua, mereka hanya menyanjung pemimpin yang bertaring. Ketiga, mereka berpegang kepada peribahasa "Kalau tidak seada-ada, masakan tempua bersarang rendah".

Dari kekalutan ini kita dapat menyimpulkan bahawa orang Melayu yang menyertai UMNO terdiri daripada spesies yang tidak keruan. Pemimpinnya gila kuasa. Pengikutnya terdiri daripada semut-semut yang hanya tahu menghurungi gula. Masing-masing berlagak elit, bodoh sombong, dan kental dengan semangat perkauman.

Rakyat perlu menyedari sikap dan pandangan hidup UMNO/BN itu. Jangan biarkan diri kita juga dibelit oleh perlakuan-perlakuan tidak bertamadun itu. Generasi Malaysia Baru bebas dari belitan perkauman. Mereka berpegang kepada prinsip kemanusiaan yang memperjuangkan perpaduan, keadilan, dan kesaksamaan. Mereka menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan dan dasar-dasar negara. Mereka menghormati hak semua kaum tanpa ragu-ragu.

Thursday, September 17, 2009

RIBUT TAUFAN DI BAGAN PINANG

UMNO benar-benar tersepit di Bagan Pinang. Ketua Pemudanya melihat masalah calon sebagai rintangan besar bagi mencapai kemenangan. Timbalan Presiden seboleh-bolehnya nak cantas Isa Samad. Dia perlu hati-hati kerana Isa berada dalam kem Najib. Ketua Perhubungan UMNO Negeri Sembilan mula ketar lutut kalau Isa kembali ke DUN. Silap haribulan tempat dia diambil oleh Isa.

PKR sudah pecahkan rahsia pengundi pos di Bagan Pinang. SPR tiada jalan untuk berselindung lagi. Penafian tidak akan mengikis ketidakpercayaan rakyat terhadap mereka. SPR sudah diterima rakyat sebagai kuda tunggangan UMNO/BN.

Dr. Mahathir kata, "Janji pembangunan dan perbuatan menabur wang tidak akan berkesan lagi apabila rakyat membenci parti yang bodoh sombong dan mengamalkan rasuah." Daim Zainuddin kaya, "80% golongan muda bencikan UMNO/BN." Untuk menyedapkan hati, Khairy kata, "Golongan muda tidak tetap pendirian." Barangkali dia menganggap semua pengundi muda di Bagan Pinang kemaruk rasuah macam dia.

Ribut dan taufan yang melanda UMNO ketika ini akan menjejaskan persiapan kempen pilihan raya UMNO. Ribut dan taufan dalam MCA pasti melintangpukangkan jentera pilihan raya BN. Ribut dan taufan yang belum reda dalam MIC tidak mampu mengembalikan kepercayaan kaum India kepada BN kerana kata Samy Vellu, "Orang India bukan tak suka saya, mereka meluat kepada BN." Macam mana mau tolong?

ORANG MUDA BENCI UMNO/BN

Hal ini dinyatakan sendiri oleh Tun Daim Zainuddin. Rakyat sememangnya sudah muak dengan UMNO. Rakyat sudah tidak tahan dengan karenah, perangai, dan gelagat kebanyakan orang UMNO.

"Generasi muda terutamanya, kelihatan begitu alergik dengan UMNO," kata Dr. Asri. Berdasarkan pengalaman lepas, tiada lagi gambaran indah UMNO dalam fikiran mereka. Mereka melihat UMNO hanya menjaga kepentingan kelompok. Ramai yang bongkak dan sombong. Rakyat melihat UMNO tidak berusaha untuk mengikis imej buruk itu.

Di Bagan Pinang, Pemuda UMNO membawa pasukan yang dikatakan dilatih ala komando. Maka terjadilah beberapa insiden Pemuda PAS yang bertugas dipukul. Pihak polis seolah-olah berpihak kepada BN apabila enggan mempercayai dakwaan yang dibuat oleh PAS. Sallahuddin Ayub ternyata bertanggungjawab apabila berani membuat penegasan terhadap dakwaan yang dibuatnya. Hal ini akan meletakkan UMNO dalam posisi negatif.

Harus diingat bahawa 50% daripada 13,664 pengundi di Bagan Pinang berumur di bawah 40
tahun. Daripada peratusan tersebut, yang berumur antara 30 hingga 39 tahun berjumlah 27%. Golongan inilah yang menjadi rebutan PAS dan UMNO.

Dalam PRU Ke-12, 55% undi golongan muda diberikan kepada PAS. Namun demikian, UMNO masih memenanginya dengan majoriti 2,333. Sudah pasti UMNO dibantu oleh pengundi pos, yakni tentera. Keadaan akan memihak kepada PAS kali ini sekiranya mereka memperoleh 50% daripada undi pos.

Pengundi muda kaum India dikatakan mengundi PAS kerana marahkan penangkapan pemimpin Hindraf. Kini mereka tidak marah lagi. Betulkah begitu? Mereka pasti tidak menyokong BN kerana isu mengarak kepala lembu berdarah di Shah Alam. Mereka pasti tidak menyokong BN kerana hanya seorang anggota polis yang diseret dalam kes pembunuhan Kugan. Mereka pasti tidak menyokong BN kerana MIC masih dipimpin oleh Samy Vellu yang bersikap seperti diktator.

Pengundi Cina akan lari dari BN kerana penyebaran buku fitnah yang terang-terangan memainkan isu perkauman. Mereka tidak akan membenarkan isu ini terus dimainkan oleh UMNO setelah Pakatan Rakyat berjaya melangkaui batas-batas perkauman dalam sistem pemerintahan di Selangor, Pulau Pinang, dan Kedah.

Pengundi Cina dan India telah semakin faham tentang Islam sejak tertubuhnya kerajaan Pakatan Rakyat. Mereka tidak lagi melihat PAS sebagai parti Islam yang ekstrem. Ajaran Islam yang murni sudah mula diserapkan dalam pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak. Kejayaan ini menimbulkan iri hati UMNO sehingga mendorong mereka merampas kerajaan Perak.

Kini, pengundi-pengundi muda Melayu, Cina, dan India menyaksikan Pemuda UMNO mengamalkan taktik kotor di Bagan Pinang. Permainan taktik ini menandakan UMNO sudah semakin terdesak. Muhyiddin memainkan isu Kelantan mundur. Kilasan maut Nik Aziz tidak disahut oleh pemimpin UMNO kerana mereka tidak mampu berhujah apabila isu itu dikaitkan dengan definisi tamadun menurut pandangan Islam. Mereka hanya tahu berhujah berdasarkan sudut pandang sekularisme!

Semua pemimpin UMNO tidak tahu berkata apa-apa Najib "menghalalkan" amalan rasuah dalam UMNO. UMNO selama-lamanya akan menjadi parti rasuah walau apa pun langkah diambil dalam Persidangan Tergempar UMNO nanti. Perasuah akan tumbuh bagai cendawan pada musim hujan dalam UMNO. Apa yang ditakutkan, jika mereka tertangkap kerana melakukan rasuah politik, SPRM tidak masuk campur. Mereka akan hanya dihukum oleh mahkamah UMNO. Paling tinggi 6 tahun, macam Isa. Bila buat rayuan, dikurangkan ke 3 tahun sahaja. Setelah bebas, akan diisytiharkan bersih, sebersih kain putih yang baru keluar dari kilang dan boleh jadi calon pilihan raya. Mampuslah UMNO dikerjakan rakyat nanti.

Dengan imej yang begitu buruk, UMNO tidak mungkin menang di Bagan Pinang. Jika mereka menang, sesuatu yang aneh telah mencacatkan peta politik Malaysia. Bagan Pinang akan dirujuk sebagai tempat bermulanya perasuah diangkat semula menjadi wakil rakyat. Dunia akan mentertawakan Malaysia sebagai sebuah negara yang tiada integriti. Rakyat Malaysia sudah mula tiada integriti. Rakyat yang tiada integriti melantik pemimpin yang tiada integriti. Maka, integriti sistem pemerintahan negara ini pun dipersoalkan.

Pelabur akan datang kerana mereka tahu untuk mendapatkan sesuatu projek hanya perlu beri sogokan sahaja. Inikah Malaysia yang kita semua mahu? Jika itu yang kita pilih, alamatnya kita semua akan lingkup.

Semua pengundi di Bagan Pinang. Pilihan terletak di tangan anda. Anda hanya ada dua pilihan, iaitu memilih perasuah atau wakil rakyat yang berilmu, berdedikasi, dan ikhlas berkhidmat. Itu sahaja. Ingat! PAS tetap bersama kehendak rakyat. UMNO mengemis undi rakyat dan selepas itu mengkhianati rakyat yang menyokong mereka. Menyokong UMNO samalah dengan melepaskan anjing tersepit!!!

Wednesday, September 16, 2009

KESAN PENINGKATAN JENAYAH

Malaysia di bawah pemerintahan UMNO/BN mencatat reputasi memalukan apabila jatuh tiga anak tangga, yakni kedudukan ke-24 dalam Senarai Daya Saing Global yang dilaporkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) untuk tempoh 2009 hingga 2010. Laporan itu juga menunjukkan Malaysia semakin tiada daya saing untuk menarik pelaburan. Negara jiran yang memalukan kita ialah Singapura yang menduduki tempat ke-3.

Faktor utama yang menyebabkan hal tersebut berlaku ialah tahap keselamatan negara yang semakin membimbangkan. Dalam indeks keselamatan yang membabitkan 133 buah negara, Malaysia jatuh dari tangga ke-25 ke tangga ke-85.

Sungguhpun pelabur tidak berminat menanam modal di Malaysia kerana kadar jenayah yang tinggi, kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib terus menyambung kontrak Ketua Polis Negara yang KPInya rendah.

UMNO/BN lebih rela memberi kepercayaan kepada pegawai yang lemah daripada mendengar kritikan Pakatan Rakyat dan NGO. Tindakan tersebut menyerlahkan cakap tidak serupa bikin UMNO/BN, iaitu Rakyat Didahulukan. Mereka tidak boleh bersungut apabila rakyat semakin mencurigai mereka dari hari ke hari. Jangan beri sokongan anda kepada UMNO/BN. Mereka ialah sokong yang membawa rebah!!!

Tuesday, September 15, 2009

UMNO PADA MATA MIC DAN MCA

Dr. Mahathir mengkritik Samy Vellu yang terus berselera untuk memimpin MIC yang ditolak oleh kaum India. Samy Vellu yang menyebabkan kaum India menolak MIC. Samy Vellu jugalah yang menyebabkan kaum India terbahagi kepada lapan buah parti politik. Dengan nada yang sombong Samy Vellu memulangkan paku buah kerasnya. Masyarakat India tidak benci kepada MIC, mereka sebenarnya meluat kepada BN.

Itulah jalan yang paling serasi pada tanggapan Samy untuk mengajar mantan PM itu. Pengucapannya berjaya menarik perhatian perwakilan MIC di perhimpunan agung parti itu. Mereka bercadang untuk gantung kasut pada gambar Dr. Mahathir. Bila sudah begitu, sedar pula Samy tentang keceluparannya diikut oleh anak buahnya. Barulah nak diambil tindakan kepada pihak yang biadap itu.

Najib kata, "Pemimpin yang popular dalam parti sahaja tidak mencukupi. Perlu popular dalam kalangan rakyat juga."

Marah dengan tempelakan itu, Samy berhujah, "Biar saya cakap ini. Kalau popular dalam parti, baru anda bercakap di luar dengan rakyat. Kalau tak, mereka akan tanya, kamu siapa?"

Begitulah gelagat tiga pemimpin BN. Masing-masing nak tunjuk belang. Mantan PM ingat cakap dia semua betul dan akan diikut oleh orang lain. Orang India tak peduli pun kerana mereka sudah kenyang. Cakap-cakap itu bagai anjing menyalak bukit sahaja. Sebaliknya batang tubuh yang merana.

Sedar dirinya tidak mampu digugat, Samy sudah berani hentam Najib. Oleh sebab itu, dia tembak sekali untuk mengenai dua pengacau sekali gus. Begitulah senario sebenar dalam BN. Tokak-menokak sudah jadi perkara biasa.

Dr. Mahathir mengambil keputusan untuk tidak memanjangkan isu gantung kasut pada gambarnya. Sekali lagi sikap mengalah pemimpin UMNO diperlihatkan. Najib buat tak tau sahaja dia diherdik. Macam tadi juga, terserlah sikap menikus pemimpin UMNO terhadap pemimpin parti komponen BN.

Banyak orang berkata, "Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula parti yang berlainan." Semua orang terima hakikat itu. Walau bagaimanapun, yang dipersoalkan ialah di mana maruah pemimpin UMNO? Amat jelas mereka penakut.

Najib takut untuk masuk campur dalam urusan MCA. Kekecutan itu menjatuhkan kredibilitinya sebagai Pengerusi BN. Bagaimana BN akan cemerlang kalau dipimpin oleh pengerusi yang tidak berani? Di Perak pun mereka takut hendak bubarkan DUN. Masih lagi gunakan polis, mahkamah, SU kerajaan negeri,dan SPR sebagai talian hayat.

UMNO MAIN SANDIWARA

Najib tunaikan janji pilihan raya di Manek Urai bernilai lebih daripada RM8 juta. Sebahagian besarnya untuk membesarkan jambatan yang menghubungkan Manek Urai Lama dengan Manek Urai Baru. Lalu penduduk Manek Urai pun disuruhlah berterima kasih kepada BN. Inilah sandiwara lama yang diputar-putar boleh BN.

Sebagai kerajaan pusat, BN ada tanggungjawab untuk menyediakan prasarana tersebut, bukannya dijadikan gula-gula pilihan raya. Menunaikan tanggungjawab dengan gula-gula pilihan raya adalah dua perkara yang berbeza.

Menunaikan tanggungjawab bermakna menjalankan tugas tanpa mengharapkan balasan. Gula-gula pilihan raya bersifat ada udang di sebalik batu. Rakyat perlu membezakan antara kedua-duanya dengan betul supaya tidak ditipu oleh UMNO/BN.

Menunaikan janji pilihan raya itu telah digunakan oleh BN untuk menunjukkan mereka baik. Lihatlah pula hak rakyat Kelantan yang dinafikan. Mengapa UMNO/BN tidak membayar royalti petroleum yang jumlahnya jauh lebih besar daripada itu?

Inilah sandiwara lama UMNO/BN. Bagi sikit. Songlap berbilion-bilion. Mereka ingat rakyat Kelantan bodoh ke?

Sunday, September 13, 2009

GIMIK POLITIK

Shirzad Lifeboat menulis:

Bagi PAS soal perpaduan kaum bukan lagi soal pokok kerana sebagaimana yang terlihat dalam Pakatan Rakyat, perpaduan kaum sudah sedia wujud, daripada rakyat sehingga peringkat pemimpin.

Dan bagi PAS perpaduan rakyat tidak perlu dipakejkan menerusi gimik politik seperti 1Malaysia tetapi lebih menjurus kepada apa yang diperjuangkan menerusi slogan dan prinsip "PAS untuk Semua". Dan PAS tidak perlu mengenepikan perjuangan Islamnya bagi membuka ruang kepada bukan Islam untuk bersama-samanya.

Kenyataan ini membuktikan perjuangan Islam siapa yang plastik!!!

Saturday, September 12, 2009

UMNO / MCA /MIC

UMNO

Parti Kebangsaan ini dianggotai oleh orang Melayu dan Bumiputera Sabah (Islam dan bukan Islam). Slogan perkaumannya ialah "Hidup Melayu". Pemimpinnya gemar menghunus dan mencium keris. Perlakuan berbentuk ancaman itu menimbulkan ketakutan kaum bukan Melayu. Di samping itu, mereka juga mengeksploitasi konsep "Ketuanan Melayu" apabila sokongan orang Melayu terhadap mereka merosot. Konsep itu digunakan untuk menakut-nakutkan orang Melayu tentang terhakisnya kuasa politik Melayu seolah-olah kuasa itu harta pusaka yang mereka pegang sampai kiamat. Hakikatnya, orang Melayu boleh hidup dengan selesa dan aman tanpa kehadiran UMNO. Konsep itu juga menyebabkan kaum bukan Melayu rasa diri mereka hamba. Mereka tidak rela menjadi hamba kepada orang Melayu yang masih kekurangan dalam serba-serbi.

Parti Kebangsaan ini sedang menghadapi masalah yang rumit sekarang ini. Perpaduan dalam kalangan mereka sendiri rapuh. Macam mana nak jaga MCA, MIC, dan parti-parti komponen yang lain. Pertelagahan di Terengganu berada dalam keadaan retak menunggu belah. Muhyiddin datang pun tidak dilayan. Hishammuddin dah mengaku kalah. UMNO Perak yang membentuk kerajaan haram bertambah goyang apabila mahkamah mula melihat kes mereka mengikut Artikel 72 Perlembagaan negara dan semakin ramai pemimpin, NGO, dan pakar undang-undang mengkritik kedegilan mereka tidak mahu membubarkan DUN. UMNO Negeri Sembilan sedang pening kepala melayan sikap keras kepala Ketua Bahagian Teluk Kemang. UMNO Perlis masih tidak boleh terima MB yang diperkenan oleh raja mereka. Presiden UMNO kini keseorangan menghadapi Pakatan Rakyat yang semakin diterima rakyat. Dia tidak mendapat sokongan padu kerana semua pembantu lebih mementingkan diri sendiri. Pendek kata parti kebangsaan ini sedang hanyut.

MCA

Parti Perkauman Cina ini sudah terbelah dua. Satu kem presiden yang tercungap-cungap dilambung ombak wang RM10 juta. Satu lagi kem timbalan presiden tidak bermoral yang dipecat. Masing-masing nak buat mesyuarat agung tergempar. Perdamaian dalam kalangan penyokong kedua-dua pemimpin itu tidak mungkin tercapai. Puting beliung yang mengganas pasti menggugat keutuhannya sebagai parti kedua terbesar di Malaysia.

MIC

Parti Perkauman India ini tidak lagi diterima oleh orang India. Kata Dr. Mahathir,"MIC kalah teruk dalam PRU Ke-12 kerana orang India tidak suka Samy Velu". Samy Velu kata, "MIC kalah bukan kerana orang India tidak sokong saya, tetapi orang India meluat kepada BN." Hakikatnya, MIC tidak disukai bukan sahaja oleh orang India malahan juga orang Melayu dan Cina. BN pun tidak disukai oleh orang Melayu, Cina, dan India.

KESIMPULAN

UMNO, MCA, dan MIC sedang nazak sekarang ini. Sokongan kepada mereka semakin merudum di Semenanjung Malaysia. Orang dewasa Melayu di luar bandar sahaja yang sokong UMNO. Orang Melayu kategori lain semuanya sokong Pakatan Rakyat. Orang Cina dan India bukan sahaja sokong PKR dan DAP malahan juga PAS. Orang Cina dan India bawa bendera PAS adalah pandangan biasa sekarang ini. Orang Melayu bawa lambang DAP pun bukan lagi satu fenomena luar biasa. Apo nak dikato? Tak dapek den nak nolong!!!

Friday, September 11, 2009

UMNO PARTI KEBANGSAAN, BUKAN PARTI ISLAM

Najib mendakwa UMNO ialah parti Islam. UMNO didakwa memperjuangkan Islam. Dakwaan ini tidak boleh diterima berasaskan hujah-hujah berikut:

Pertama, UMNO ialah kependekan kepada United Malays National Organization. Berdasarkan nama tersebut, ahli-ahli UMNO tidak dapat mengelabui mata rakyat bahawa mereka ialah parti kebangsaan. Oleh sebab anggota-anggotanya terdiri daripada orang Melayu dan Bumiputera, UMNO ialah parti perkauman. UMNO tiada hak untuk mengatakan parti mereka parti pelbagai kaum sampai khiamat nanti.

Kedua, UMNO tidak memperjuangkan Islam. Bukti-buktinya ialah kekuatan orang Melayu yang majoritinya beragama Islam tidak dapat mencapai suatu tahap yang boleh dibanggakan kerana UMNO mengambil dan melaksanakan agama Islam secara berpilih-pilih. Dengan kata lain, Islam pada UMNO hanya akan dilaksanakan pada aspek-aspek yang menepati kepentingan politik, untuk mengekalkan kuasa politik mereka, bukan untuk melaksanakan Islam yang syumul sebagaimana tuntutan syarak. Sebab itulah dalam melaksanakan hukum sebat ke atas Kartika pun, Mahkamah Syariah menghadapi pelbagai masalah sehingga memalukan agama dan umat Islam di Malaysia.

Ketiga, UMNO mengina Islam. Buktinya, Najib kata, "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." Nazri Aziz kata,"UMNO terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian, ia akan hilang undi kepada PAS." Rais Yatim kata, "(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengetepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip (agama) dan prinsip kemanusiaan."

Keempat, UMNO enggan menukar dasar kebangsaan yang dipegangnya kepada dasar Islam yang berteraskan al-Quran dan Hadis. Oleh sebab itu, UMNO bukan sahaja menolak hudud malahan juga menakut-nakutkan orang bukan Islam terhadap hukum itu yang didakwa tidak sesuai dengan masyarakat majmuk di Malaysia dan zalim. Padahal undang-undang Islam hanya dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja!

UMNO perlu menyedari bahawa dasar Islam yang diguna pakai oleh PAS, slogan PAS For All, Islam Memimpin Perubahan, pembentukan Negara Kebajikan, dan Kekalkan Kemenangan untuk Rakyat berjaya menarik kaum bukan Melayu menyertai Kelab Penyokong PAS. Kini PAS bukan lagi parti perkauman. Sejak ditubuhkan, PAS bukan parti kebangsaan.

UMNO tiada hak untuk iri hati apabila orang Cina dan India menyokong PAS.UMNO tiada hak untuk menuduh PAS menjadi kuda tunggangan DAP semata-mata kerana anggota DAP semakin mengenali Islam melalui persefahaman utuh dalam Pakatan Rakyat. UMNO tiada hak untuk memecahkan Pakatan Rakyat semata-mata kerana mereka telah ditolak oleh pengundi dalam PRU dan PRK.

UMNO perlu menyedari bahawa Pakatan Rakyat telah berjaya memecahkan benteng perkauman yang menjadi duri dalam daging masyarakat majmuk di Malaysia. UMNO perlu berasa malu apabila menggunakan isu perkauman sempit dan menghina agama lain sebagai wadah untuk mengembalikan sokongan orang Melayu kepada mereka. Orang Melayu dari pelbagai lapisan hidup pada masa ini sangat alergik terhadap UMNO. Minta maaflah kerana hal itu berlaku.

Thursday, September 10, 2009

APA UMNO NAK BUAT SEKARANG?

Hakim Datuk Azahar Mohamed memutuskan bahawa mahkamah tiada kuasa untuk mendengar saman V. Sivakumar terhadap Datuk R. Ganesan kerana perbuatan itu melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam DUN di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah.

Keputusan ini bermakna tindakan Sivakumar meminta Zambry dan EXCOnya serta tiga lagi ADUN yang meletakkan jawatan supaya keluar dari dewan sebelum memulakan persidangan pada 7 Mei 2009 lalu adalah betul. Harus diingat bahawa hukuman itu bukan dijatuhkan oleh Sivakumar(mahkamah kata Sivakumar tiada kuasa menggantung mereka), tetapi oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN. Tidak ada mana-mana mahkamah pun di Malaysia yang mengatakan hukuman jawatankuasa itu salah.

Oleh sebab pelantikan R. Ganesan sebagai Speaker DUN Perak yang dibuat oleh subdewan (yang disertai ADUN yang tidak layak berada dalam dewan dan tentunya kehilangan hak mengundi)sebelum persidangan bermula adalah tidak sah. Di samping itu, kehadiran R. Ganesan yang bukan ADUN di DUN Perak ternyata melanggar peraturan. Speaker yang sah ialah V. Sivakumar.

Kesalahan tindakan mahkamah dalam isu DUN Perak telah diberi penjelasan yang terperinci oleh Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, C.H. Chan. Keputusan Hakim Datuk Azahar Mohamed menjadikan penjelasan itu sudah terang lagi bersuluh. Seluruh rakyat Malaysia pada masa ini telah mengetahui kebenaran yang terkandung dalam isu yang telah lama meleret-leret itu. Pengetahuan tentang hal ini akan menambahkan kebencian rakyat terhadap UMNO. Biarlah UMNO ditatang oleh ahli-ahli totoknya dan individu-individu dalam masyarakat yang berkepentingan serta bersedia pada bila-bila masa untuk membodek parti yang mengamalkan dasar kebangsaan yang sekular itu.

Keputusan tersebut telah meletakkan UMNO dalam keadaan tersepit. Mereka sebenarnya tiada jalan lain lagi sekarang ini, melainkan membubarkan DUN Perak dan mengadakan pilihan raya negeri. Hentikanlah sikap gila kuasa dan hadapilah pilihan rakyat.

Wednesday, September 9, 2009

UMNO PENGECUT

Politik Malaysia kini memperlihatkan pertembungan sengit antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Rakyat (PR). Kesengitan itu mengundang tindakan subversif untuk membunuh kredibiliti pemimpin. BN mengambil pendekatan ini untuk menjahanamkan imej para pemimpin PR. Tahap kecerdikan yang rendah menyebabkan hujah pemimpin BN dapat dipatahkan oleh pemimpin PR. Oleh sebab itu, pendekatan tersebut menjadi senjata makan tuan.

Menuduh Anwar pengkhianat bangsa tanpa bukti kukuh, Muhyiddin yang dapat dibuktikan sebagai pengkhianat bangsa yang sebenar. Marahkan Nik Aziz menyokong DAP yang didakwa menghina Islam, pemimpin UMNO (Najib, Nazri Aziz, dan Rais Yatim) yang terbukti mengeluarkan kenyataan menghina Islam. Benarlah kata Nik Aziz bahawa UMNO mengamalkan Islam Plastik!

Dalam kekalutan kehilangan kuasa, pemimpin UMNO/BN kehilangan arah. Keputusan yang mereka buat untuk menyelesaikan masalah itu sering tersasar dan kemudiannya mengundang komplikasi yang sukar diuraikan.

Kes rampasan kuasa di Perak melebar hingga menjangkau perkosaan terhadap Perlembagaan Persekutuan, pelanggaran pengagihan kuasa, salah guna kuasa oleh SPR, campur tangan polis dalam urusan perjalanan DUN, dan SUK menjadi alat kerajaan haram sehingga meletakkan negeri itu dalam keadaan terumbang-ambing.

Kesemua yang disebutkan itu mendatangkan bala kepada rakyat. Ketakutan terhadap kehilangan kerusi yang lebih besar menyebabkan BN takut membubarkan DUN Perak bagi mengadakan pilihan raya negeri.

Tidak serik dengan strategi terburu-buru itu, BN terus merancang untuk menjatuhkan kerajaan PR Selangor. Nadi kerajaan Malaysia itu mesti dikembalikan kepada BN agar agenda merampok kekayaannya tidak terhalang. Hal ini dibuktikan dengan sikap para pemimpin UMNO yang lebih cenderung mengamalkan rasuah (kata Dr. Mahathir,"Makan babi.") dan membina istana daripada berkhidmat kepada rakyat.

UMNO sengaja mengadakan demonstrasi arak kepala lembu berdarah untuk menentang pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23 Shah Alam. Orang India marah. Hishammuddin dan Noh Omar sokong demonstran. Kritikan hebat terhadap Hishammuddin salah guna kuasa menyebabkan Peguam Negara mendakwa demonstran. Khir Toyo keluarkan kenyataan bahawa kepala lembu berdarah itu bukan hina agama Hindu tetapi menunjukkan kerajaan PR Selangor bodoh macam lembu. Orang India marah Khir Toyo hina lembu. Dengan demikian, bertambah-tambahlah masalah yang dihadapi oleh UMNO kerana tindakan tidak cerdik itu.

Apabila kerajaan PR Selangor menjemput penduduk untuk berbincang secara baik, orang ramai yang datang bukan hendak berbincang, sebaliknya mengacau, tunjuk biadab, tidak menghormati majlis, dan mencemarkan imej penganut Islam dalam bulan puasa. Inilah pengajaran dari Islam Hadhari yang ditaja oleh UMNO. Salahkah Nik Aziz mendakwa UMNO mengamalkan Islam Plastik?

Kini 1Malaysia terpinga-pinga terhadap tindakan UMNO bersandar pada isu perkauman untuk menarik sokongan orang Melayu dan melanggar ajaran Islam yang melarang penganutnya menghina agama lain. Perlakuan negatif ini membuktikan bahawa para pemimpin UMNO memberi ajaran sesat kepada ahli mereka. Ajaran sesat itu amat berbahaya. Seluruh rakyat Malaysia wajib bersatu bagi menghalang penularan ajaran sesat itu.

Tuesday, September 8, 2009

ISLAM UMNO HADHARI

UMNO melenting apabila didakwa tidak mengamalkan Islam menurut al-Quran dan Hadis. Padahal UMNO anti-Hudud. UMNO menghina Islam. UMNO gemar memutarbelit kenyataan Datuk Nik Aziz.

Setelah dikritik hebat oleh PAS, UMNO yang dipimpin oleh Pak Lah memperkenalkan Islam Hadhari. Konsep ini pun menimbulkan pelbagai kritikan yang mengakibatkan statusnya terdedah kepada keraguan.

Di samping itu, UMNO tidak bersungguh-sungguh melaksanakan Undang-undang Islam di Malaysia. Mahkamah Syariah tidak diperkukuhkan dengan sewajarnya. Akibatnya berlakulah insiden yang memalukan umat Islam.

Hukuman sebat ke atas Kartika kerana minum arak ditangguhkan kerana sekarang ini bulan Ramadan. Selepas itu dikeluarkan pula kenyataan bahawa hukuman itu ditangguhkan kerana tidak ada tukang sebat untuk Undang-undang Syariah.

Apabila prosedur rayuan hendak dibuat oleh individu yang dijatuhkan hukuman, dinyatakan pula bahawa negara ini belum ada panel rayuan syariah.

Kini tersebar pula cerita dari mulut Kartika sendiri tentang tawaran peguam kepadanya untuk menyelesaikan kesnya di luar mahkamah. Dia perlu membayar RM 2,000.00kepada mahkamah dan tidak perlu hadir ke mahkamah apabila dipanggil untuk perbicaraan. Kartika tidak bersetuju dengan tawaran itu.

Dengan demikian, hukuman sebat ke atas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno, 32 masih gagal dilaksanakan hingga kini. Alasan yang diberikan mula-mula dulu ialah pihak yang bertanggungjawab tiada pengalaman walhal Kartika sendiri sudah bersedia menghadapinya.

Situasi ini menunjukkan sikap kerajaan pimpinan UMNO yang tidak bersungguh-sungguh dalam usaha menegakkan Undang-undang Islam. Mufti-mufti yang ada di setiap negeri beraja juga tidak mengambil inisiatif untuk menyelesaikan permasalahan ini. Ada mufti yang lebih sibuk daripada ahli politik berbanding dengan hal-hal keagamaan!

Demikianlah nasib Islam jika berada di tangan parti perkauman yang sekular pimpinan Najib Razak. Maka terselaklah bukti Undang-undang Islam dianaktirikan di sebuah negara yang diuar-uarkan ke seluruh pelosok dunia sebagai Negara Islam.

Roh Islam tidak mengalir dalam jiwa pemimpin-pemimpin UMNO. Hal ini berlaku kerana mereka bergelumang dengan najis rasuah, salah guna kuasa, dan lupa diri.

Monday, September 7, 2009

AKIBAT SALAH GUNA KUASA HISHAMMUDDIN

Najib menempelak PR tentang susahnya memerintah. Yang ditalanya ialah kerajaan PR Selangor yang selalu menyalahkan kerajaan BN yang lalu apabila menyentuh sesuatu isu. PR dikatakan gagal menyelesaikan isu pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23 Shah Alam. Turut mengkritik tentang hal tersebut ialah Pak Lah. Sebelum itu, Khir Toyo juga tumpang semangkuk.

Mereka sengaja melupakan urutan peristiwa yang menyebabkan isu itu menjadi kusut. Sekumpulan orang yang mendakwa penduduk Seksyen 23 Shah Alam mengadakan demonstrasi membantah pemindahan kuil ke tempat mereka. Demonstrasi itu disertai perarakan kepala lembu berdarah. Kepala lembu berdarah itu diletakkan di hadapan Pejabat SUK setelah ditentang dan dipijak-pijak. Polis hanya melihat sahaja perhimpunan haram itu. Sikap polis itu menyebabkan PR mendakwa demonstrasi dilakukan oleh UMNO.

PR mengutuk demonstrasi yang tidak menghiraukan sensitiviti penganut Hindu itu. Kaum India menyatakan rasa tidak puas hati terhadap perlakuan itu. Penganjur demonstrasi mendakwa mereka tidak tahu-menahu tentang kepala lembu berdarah itu. Hishammuddin berjumpa dengan wakil demonstran lalu mengeluarkan kenyataan supaya demonstran tidak dipersalahkan. Tindakan ini merupakan satu salah guna kuasa. Kritikan yang dihambur menyebabkan Hishammuddin menukar fikiran. Dia suruh polis siasat. Demonstran yang dapat lampu hijau daripadanya sudah naik tocang.

Mereka tunjuk samseng dalam perjumpaan dengan MBSA yang turut disertai MB dan MP Shah Alam. Akibatnya tiada rundingan yang boleh dibuat. Perjumpaan tidak bertamadun itu ditutup. Keputusan terpaksa dibekukan. Tindakan lanjut akan dibuat kemudian. Hal ini menimbulkan kemarahan penganut Hindu.

PR ingin membuat penyelesaian yang paling adil. UMNO mencucuk orang ramai supaya buat kacau. Tindakan sabotaj ini dipolitikkan oleh UMNO untuk menunjukkan kegagalan PR. Rintangan yang disengajakan ini seharusnya tidak mematahkan semangat MB Selangor untuk menyelesaikan isu ini dengan cara berhemah. Jika niat kita baik, Allah akan memberi jalan. Yakinlah dengan pegangan itu. Biarkanlah UMNO dan kuncu-kuncunya melalak macam anjing salak bukit. Kebenaran pasti memusnahkan kebatilan!!!

Sunday, September 6, 2009

MIMPI SIANG HARI AHMAD MASLAN

Kasihan Ahmad Maslan kerana terpaksa mencari-cari sebab yang palsu bagi menutup sebab sebenar UMNO kalah dalam PRK DUN Permatang Pasir. Sebab-sebab palsu itu akan dibentangkan pula dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO!

Demikianlah sindrom penafian yang melekat dengan kejap dalam diri UMNO. Mereka tidak akan mengaku pengundi tidak mengundi mereka kerana sangat-sangat menyampah kepada UMNO yang angkuh, sombong, dan samseng.

Dalam mimpi pada siang hari itu, Ahmad Maslan tertangkap 5 punca kekalahan UMNO di Permatang Pasir, iaitu:

(1) Kekurangan jumlah keluar mengundi iaitu 73.1 berbanding 82.6 peratus pada pilihan raya umum lalu. Kekurangan itu disebabkan pengundian pada hari bekerja.

Lihat fakta berikut:

Melayu = 14,800
Cina = 5,247
India = 243
Jumlah = 20,290
Mengundi = 14,768
Tak Mengundi= 5,522 (PAS dapat 522, UMNO dapat 5,000 kalau semua ini mengundi)

PAS akan dapat 9,618 + 522 = 10,170
UMNO akan dapat 5,067 + 5,000 = 10,067

UMNO tetap juga kalah dengan majoriti 103 undi. Betulkah UMNO akan dapat 5,000 undi itu? Nak bagi sedap hati bolehlah. Lagi pun, tidak pernah berlaku dalam sejarah 100% pengundi hadir untuk mengundi!!!

(2) Pengundi hantu yang ditumpangkan di DUN Permatang Pasir bagi memastikan kemenangan calon lawan.

Saya ketawa nak pecah perut bila membaca alasan ini. MAFREL kata tidak ada pengundi hantu. SPR pun kata tidak ada pengundi hantu. Khairy dan Shahrizat sahaja yang kata ada pengundi hantu. Kedua-duanya tidak dapat membuktikan kehadiran pengundi hantu di Permatang Pasir. Kedua-duanya tidak membuat aduan rasmi tentang kewujudan pengundi hantu di Permatang Pasir. Di mana Ahmad Maslan jumpa hantu tu? Dalam mimpi siang hari dialah!

(3) Pengundi Cina di DUN tersebut telah beralih menyokong DAP.

Fakta ini betul. Bukan mimpi. Mereka menyokong DAP kerana MCA tidak boleh lagi diharap untuk memperjuangkan nasib mereka. Kerja MCA ialah membuli UMNO. Kerja UMNO membuli MCA. Bila nak selesai?

(4) Kawasan itu di dalam Parlimen Permatang Pauh yang memang kubu kuat parti pembangkang dengan pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI)sejak 28 tahun lalu.

Tahniah kerana UMNO menyedari pengaruh kuat ketua pembangkang itu. Sekali gus pengakuan ini menjadi igauan UMNO setiap kali diadakan PRK. PR yang dipimpin oleh DSAI semakin kuat dari hari ke hari. Penanda ini menunjukkan hayat UMNO sudah berada di penghujung ketika ini.

(5) Tindakan PAS memanipulasi isu calon UMNO, Rohaizat yang berdepan tohmahan termasuk isu Majlis Peguam.

Rohaizat memang tidak amanah. PAS wajib memberitahu semua pengundi tentang hal ini supaya mereka tidak tersalah pilih. Orang yang pecah amanah tidak layak menjadi wakil rakyat. Memperkatakan perkara sebenar bukan tohmahan.

Keengganan menerima hakikat kekalahan dan tenggelam dalam sindrom penafian merupakan penyakit kronik yang tiada ubatnya bagi parti tua seperti UMNO. Jika Majlis Tertinggi UMNO percaya kepada Ketua Penerangan mereka yang mamai ini alamatnya tidak lama lagi bungkuslah UMNO.

Pemimpin yang gemar memberi alasan setiap kali kalah pilihan raya memang ramai dalam UMNO. Mereka ini sebenarnya tidak boleh diharap untuk menyusun strategi pilihan raya. Yang mereka pandai ialah membodek boss untuk dapat jawatan dan habuan.

Saturday, September 5, 2009

UMNO/BN KINI TERLILIT DAN TERBELIT

UMNO sedang dibelit masalah rumit menjelang PRK DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Bahagian itu dipimpin oleh perasuah besar yang telah menjalani hukuman selama 3 tahun. UMNO Terengganu sedang dilambung gelora krisis kepimpinan yang tiada langsung tanda akan selesai. Hukuman terhadap Kartika menjadi duri dalam daging UMNO yang tersandung dengan konsep Islam Hadhari. UMNO Negeri Sembilan sendiri sedang bercelaru. MBnya membentuk kerajaan dua bersaudara. MCA sedang berpecah. MIC masih dihurungi masalah Presidennya yang gila kuasa dan memaksa ahli menyokong calon yang disokongnya. PPP pun tidak keruan halanya. PKFZ yang dahulunya enggan diakui kegagalannya kini ternyata menghadapi kesulitan yang berbelit-belit.

Pada masa yang sama, orang India sudah mula menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap politik kepala lembu berdarah. Mereka tidak menerima kenyataan tidak berpendirian Khir Toyo, iaitu kepala lembu berdarah itu melambangkan kebodohan kerajaan PR Selangor. Isi hati UMNO dalam kes ini telah dapat dibaca dengan tepat oleh rakyat.

Rasuah, ketidakstabilan parti, perpecahan dalam parti komponen, permasalahan dalam mahkamah syariah, dan kesilapan menghina agama lain telah menyesakkan UMNO, luar dan dalam. Kesemuanya berlaku dalam keadaan mereka terdesak kerana sedang menghadapi kemerosotan kepercayaan rakyat. Kemerosotan itu bertambah teruk apabila mereka terus memainkan isu pembangunan seolah-olah rakyat tidak tahu membezakan antara bantuan dan tanggungjawab kerajaan.

Isu pembangunan hanya laku ketika kawasan luar bandar belum ada jalan tar, belum ada telefon, belum ada bekalan elektrik, belum ada bekalan air bersih, belum ada sekolah, belum ada masjid, belum ada klinik bidan, dan belum ada pondok polis. Kemudahan asas itu telah tersedia. Anak-anak muda lulusan sekolah menengah pun tiada masalah untuk mendapatkan pekerjaan.

UMNO terus menyanyikan lagu pembangunan kepada orang Melayu. Orang Melayu pun tertanya-tanya tentang ketidakmajuan mereka selama 52 tahun berada di bawah pemerintahan UMNO/BN. Mereka atau UMNO/BN yang gagal? Ketika mereka masih terkial-kial, para pemimpin UMNO ada istana besar, ada banglo besar, dan ada kereta besar. Merekalah elit yang terus dipersoalkan kesediaannya untuk berkhidmat kepada rakyat.

Rakyat perlu menghentikan sokongan kepada UMNO/BN. UMNO/BN membentuk kerajaan kroni. PR membentuk kerajaan rakyat. Kekalkan kemenangan untuk rakyat.

Friday, September 4, 2009

TUMBANGKAN UMNO DI BAGAN PINANG

Baru beberapa hari sahaja UMNO dikalahkan dengan teruknya oleh PAS di DUN N11 Permatang Pasir, Pulau Pinang. Ahli UMNO yang pening-pening lalat buat demonstrasi kepala lembu tanpa memperhitungkan sentiviti penganut agama Hindu. MCA pecat Timbalan Presidennya. Presiden MCA disiasat oleh SPRM. SPR jadi hakim dalam kes ADUN Kota Siputeh semata-mata kerana takut menghadapi rakyat melalui PRK. ADUN UMNO DUN Terengganu membisu semasa persidangan. Muhyiddin tidak dicakna oleh ADUN UMNO Terengganu. Musa Hassan dilantik semula menjadi KPN walaupun ditentang keras oleh PR.

Kesemua insiden di atas benar-benar menyerabutkan pemikiran pemimpin tertinggi UMNO. Terlalu banyak benda yang tidak selesai dalam parti mereka. Namun, Allah Maha Segalanya. Sebagai Khalik, Dia menentukan segala-galanya. Tidak jadi PRK di Kota Siputeh, mahu tidak mahu UMNO terpaksa berhadapan juga dengan rakyat di DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

DUN ini merupakan satu lagi kawasan pilihan raya yang pengundinya bercampur. Pengundi Melayu hanya 66%. Pengundi bukan Melayu berjumlah 34%. Berdasarkan trend pengundian terkini, sokongan bukan Melayu kepada PR sedang memuncak. Jika 30% bukan Melayu dan 22% (satu pertiga pengundi Melayu) menyokong PR, PR sudah memperoleh 52% undi. Insya-Allah, PAS yang mewakili PR akan menang.

Kemenangan akan menjadi lebih besar sekiranya semangat kerjasama antara petugas-petugas pilihan raya PAS, PKR, dan DAP seperti yang ditunjukkan di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti, Manek Urai, dan Permatang Pasir digandakan lagi.

Ayuh pengundi-pengundi Bagan Pinang, kita tumbangkan UMNO sekali lagi. PAS FOR ALL. Kekalkan Kemenangan untuk Rakyat. Allahu Akbar!!!

Thursday, September 3, 2009

SESUATU YANG BERAWAL PASTI BERAKHIR

Rakyat pasti berasa marah kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang angkuh dan sombong. Zambry menempelak PR walaupun dia hanya MB Haram. Zahid Hamidi mengkritik kerajaan PR Kedah yang ingin membawa kes ADUN Kota Siputeh ke mahkamah. Dalam keadaan terumbang-ambing kerana ditolak oleh rakyat, mereka masih bernafsu untuk tunjuk lagak.

Permainan kotor mereka sudah dimaklumi oleh rakyat. Rakyat tidak dapat menerima UMNO mempergunakan SPR, polis, tentera, mahkamah, institusi raja, mufti, Setiausaha Kerajaan Negeri, dan sebagainya untuk kepentingan diri.

Seolah-olah tidak serik dengan kekalahan demi kekalahan dalam PRK, UMNO terus menafikan bahawa orang Melayu tidak lagi menyokong mereka. Pada masa ini, orang Melayu lebih ramai menyertai PAS dan PKR. Orang Melayu yang gilakan rezeki haram sahaja yang akan masuk UMNO.

Golongan muda yang berpendidikan tinggi tidak kebulur masuk UMNO. Walaupun konsep 1Malaysia yang cacamarba itu dikemukakan untuk menarik sokongan bukan Melayu, sehingga sekarang kesannya tidak signifikan. Ternyata orang bukan Melayu semakin bersemangat menyokong PR. Hal tersebut dapat dibuktikan melalui keputusan PRK yang diadakan di kawasan-kawasan pengundi bercampur.

Kerajaan UMNO/BN bersedia melupakan DEB untuk melancarkan liberalisasi dalam bidang ekonomi. Yang muncul bukannya sokongan orang bukan Melayu kepada mereka, tetapi kepincangan yang mereka lakukan di PKFZ, menipu syarikat di Pahang, serta krisis kepimpinan dalam UMNO, MCA, MIC, dan PPP.

Kesemuanya memberi bonus kepada PR. Jika UMNO terus angkuh, sombong, dan keras kepala, tiada masa depan yang cerah untuk mereka. Tiada siapa yang akan menahan kehendak mereka sendiri. Biarlah Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan!!! Biarkan!!!

Wednesday, September 2, 2009

MENELANJANGI DUN KOTA SIPUTEH

Kes kontroversi ADUN Kota Siputeh boleh dilihat dari pelbagai sudut pandangan. Cuba perhatikan pandangan-pandangan di bawah:

Pertama, SPR membuat keputusan yang mengakuri saranan Muhyiddin yang mencadangkan kes itu dinilai berasaskan sijil cuti sakit tertuduh. Setelah menjalankan jarumnya, baharulah Muhyiddin menyatakan BN sedia menerima apa jua keputusan SPR.

Kedua, sebagai kuda tunggangan UMNO/BN, SPR membuat keputusan berasaskan pertimbangan politik, bukannya pertimbangan undang-undang.

Ketiga, SPR mengetepikan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah dan kuasa speaker. Badan pelaksana telah mengambil tugas badan kehakiman dalam kes ini.

Keempat, SPR 'terpaksa' membuat keputusan tersebut kerana UMNO takut berhadapan dengan rakyat setelah kalah 0-7 dalam PRK pasca-PRU Ke-12.

Kelima, kes ini membuktikan ADUN UMNO tidak bertanggungjawab dan kaki ponteng. Sehubungan itu, rakyat yang memilih mereka telah dikhianati.

Keenam, kes ini membuktikan ADUN sesama UMNO pun tidak boleh dipercayai. ADUN Kota Siputeh telah memberitahu aralnya kepada Mahazir Khalid. Mahazir tak buat apa-apa pun. UMNO suka makan kawan.

Ketujuh, kes ini perlu dijadikan pengajaran kepada PR. Mereka perlu menyedarkan rakyat tentang fiil buruk wakil rakyat UMNO. Rakyat perlu mengetahui belang sebenar pemimpin UMNO supaya tidak terus-terusan ditipu. Di samping itu, berhati-hatilah dengan kewujudan musuh dalam selimut politik di Malaysia.

Tuesday, September 1, 2009

PERTAHANKAN SELANGOR HINGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR

PR perlu memberi fokus khas untuk mempertahankan Selangor supaya tidak jatuh ke tangan UMNO/BN seperti yang terjadi di Perak. Najib telah menyatakan hasrat untuk merampas Selangor secara terbuka.

UMNO/BN berasa amat perlu untuk merampas Selangor kerana lubuk emas itu tidak boleh dibiarkan berada dalam tangan orang lain. Pada masa ini, kerajaan persekutuan dan kroni mereka kelemasan akibat terputus rezeki haram melalui pelaburan di negeri itu.

Lihat sahajalah berapa banyak wang yang diambil oleh pemimpin UMNO/BN di Selangor. Tiada siapa pun yang ambil kisah tentang kejahatan itu walaupun diadu beribu-ribu kali.

Sesudah berjaya mengekang puak-puak itu merampok kekayaan Selangor dengan susah payah, takkanlah dengan mudah sahaja hendak dilepaskan. UMNO/BN tidak bergurau dalam soal rampas-merampas. Mereka sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk mencapai matlamat tersebut.

Mereka terdiri daripada golongan sekular kebangsaan yang tidak pernah memperhitungkan halal haram. PR bukan sahaja perlu berhati-hati malahan juga menyusun langkah pertahanan yang kebal agar pisang tidak berbuah dua kali.