YAKJUJ DAN MAKJUJ

Saturday, October 31, 2009

SEKOLAH SATU ALIRAN

Perlu diingat bahawa isu ini tidak ada kena-mengena dengan politik. Sehubungan itu, gagasan 1 Malaysia tidak boleh disekalikan dengan isu ini untuk membolehkan UMNO/BN mendapat political mileage. Menangguk di air keruh sememangnya sudah menjadi amalan utama dalam politik lama yang diamalkan oleh UMNO/BN. Sama sahaja dengan amalan ugutan terhadap wakil rakyat PR yang bermasalah dan tidak berkualiti, yakni kalau tak tinggalkan PR kami akan suruh SPRM siasat.

Pembentukan sekolah satu aliran telah dikemukakan oleh Prof. Emiretus Dr. Khoo Kay Kim lama dahulu, yakni sebelum gagasan 1 Malaysia yang cacamarba diketengahkan oleh Najib. Kini, gagasan itu sudah jadi rojak, sebutlah apa-apa sahaja, semuanya jadi 1 Malaysia. Jangan terperanjat, suatu hari nanti Kerajaan UMNO/BN akan menjadikan Tandas 1 Malaysia atau Perigi 1 Malaysia sebagai projek utama Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar!!!

Harus diingat bahawa pihak yang kuat menentang idea itu ialah MCA dan Persatuan Guru-guru Cina Malaysia. Pak Lah yang tidak bertaring ketika itu menikus kepada MCA dan persatuan tersebut. Idea sekolah satu aliran pun sirna begitu sahaja dan diganti dengan projek sekolah warisan yang entah apa-apa jadinya sekarang ini.

Perpaduan kaum di Malaysia sebenarnya bertaraf pemanis kata para pemimpin UMNO/BN. Menurut pendapat Prof. Dr. Teoh dari UKM, perpaduan kaum di negara tidak mendarah daging. Aspek itu sebenarnya terpapar secara longgar dalam bidang politik, yakni perkongsian kuasa. Kelonggaran itu dibuktikan dengan mainan isu perkauman oleh parti-parti perkauman dalam BN, terutamanya UMNO, MCA, dan MIC.

Perpaduan lebih menyerlah dalam PR. Sejak menguasai lima negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam PRU Ke-12 yang lalu, PR telah melampaui batas-batas perkauman ini dengan jayanya. PKR ialah parti pelbagai kaum yang tulen. DAP telah berjaya mengikis imej cauvinis Cinanya. PAS dengan slogan "PAS FOR ALL" dan "ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN" telah berjaya membentuk Kelab Penyokong PAS yang terdiri daripada kaum Cina dan India. Hal ini tidak mampu dilakukan oleh UMNO, MCA, dan MIC.

Ketika PR bertungkus-lumus mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia, UMNO/BN menggunakan isu perkauman untuk menarik sokongan kaum tertentu kepada mereka. Kini, mereka mengaitkan sekolah satu aliran dengan gagasan 1 Malaysia. Sudah pastilah UMNO/BN menggunakan kesempatan ini untuk memadam imej buruk mereka selama ini.

Sambutan NGO, persatuan, dan rakyat terhadap isu itu sekarang ini amat positif. Namun demikian, sikap berdiam diri MCA dan Persatuan Guru-guru dan Pendidikan Cina Malaysia terhadapnya menimbulkan tanda tanya. Mungkin MCA yang berada dalam kancah krisis kepimpinan sekarang tidak mampu lagi bersuara dan menyatakan pendirian mereka terhadap isu ini. Jika krisis kepimpinan mereka sendiri hanya boleh diselesaikan oleh pemimpin UMNO, apa sudah jadi dengan MCA? Apabila MCA tidak bersuara, persatuan yang dahulunya amat lantang bersuara pun menjadi bisu.

Kita lupakanlah hal itu. Harapan majoriti rakyat Malaysia pada masa ini adalah untuk melihat sekolah satu aliran menjadi kenyataan. Rakyat Malaysia perlu bersatu bukan atas dasar politik, tetapi atas dasar kemanusiaan sejagat. Kita perlu ingat bahawa perpaduan atas kepentingan politik ada udang di sebalik batu, tiada keikhlasan, dan tidak kekal lama. Tiada kawan atau lawan yang kekal dalam politik!!!

Apa-apa hal pun yang berlaku, mahu atau tidak, seluruh rakyat Malaysia wajar bersatu untuk membangunkan negara ini. Mereka perlu menghayati jati diri suku bangsa terlebih dahulu sebelum disepadukan dengan jati diri Malaysia. Dengan cara itu, akan terbentuklah bangsa Malaysia yang progresif dan inovatif. Mereka akan menentang ketidakadilan. Mereka akan menentang kekejaman. Mereka akan berputih tulang mempertahankan negara. Mereka akan bangun secara serentak dengan beraninya menghapuskan rasuah, kronisme, dan nepotisme.

Thursday, October 29, 2009

WANG RAKYAT DIPELEKOH RAMAI-RAMAI

Laporan Ketua Audit Negara tidak mungkin berbohong. Apabila wujud kepincangan yang berulang-ulang dari tahun ke tahun, tandanya kerajaan tidak mengambil berat hal itu. Sebabnya ialah kerajaan sendiri mengamalkan rasuah, salah guna kuasa, kronisme, dan nepotisme. Itulah konsep "Kepimpinan Melalui Teladan" yang diguna pakai oleh kerajaan BN pimpinan Dr. Mahathir sejak dahulu lagi.

Akibatnya wang rakyat dihabiskan untuk mengisi tembolok mereka yang ada ruang untuk melakukannya. Rakyat biasa di kampung-kampung yang tidak mengerti apa-apa hidup melarat tetapi terus menyokong UMNO/BN. Pakatan Rakyat (PR) perlu mencari jalan untuk menyedarkan pengundi-pengundi luar bandar tentang semua kecurangan yang dilakukan oleh pegawai kerajaan, jabatan-jabatan kerajaan, dan pihak kerajaan sendiri. Bayangkanlah kepunuhan wang rakyat di tangan ketiga-tiga entiti itu yang berlaku setiap tahun.

Rakyat perlu mengetahui bahawa ada pihak yang membeli sebuah komputer riba yang sudah ketinggalan zaman dengan harga RM42,320.00. Rakyat perlu mengetahui bahawa ada pihak yang membayar RM300.00 hanya untuk 1 liter petrol. Rakyat perlu mengetahui bahawa satu kerusi pejabat dibeli dengan harga puluhan ribu ringgit. Rakyat perlu mengetahui bahawa harga pasaran 1 thumbdrive 1GB hanya RM90.00 tetapi ada pejabat kerajaan membelinya dengan harga RM480.00. Patutlah sesetengah pegawai kerajaan mampu hidup mewah. Ahli-ahli politik UMNO/BN lagilah melampau-lampau mewahnya.

Tentunya lebih memeranjatkan apabila RM418,145.00 bantuan kebajikan dikeluarkan kepada 184 orang tetapi tidak didokumenkan atau mungkin tidak wujud. Alangkah anehnya bila didapati 26 orang daripadanya telah meninggal dunia. Laporan tahun 2006 menunjukkan bahawa ramai yang telah "mati" turut menerima bantuan kebajikan!!!

Bukti-bukti yang disebutkan itu hanyalah sebahagian daripada contoh untuk renungan semua rakyat Malaysia. Hakikatnya ialah kerajaan yang korup akan melahirkan jabatan kerajaan dan pegawai kerajaan yang korup. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila tiada tindakan diambil secara bersungguh-sungguh terhadap laporan audit negara itu. Rakyat tidak tahu bentuk tindakan yang diambil terhadap ketirisan dan penyelewengan yang didedahkan tahun demi tahun. Seolah-olahnya tiada siapa yang mempedulikan Laporan Ketua Audit Negara itu. Jika demikian keadaannya, lebih baik ditiadakan sahaja Jabatan Audit Negara!!!

Namun demikian, ada perkara yang menggembirakan rakyat dalam Laporan Ketua Audit Negara itu. Pujian yang diberikan membuktikan PR mampu memerintah. Kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang, dan Selangor mampu mengurus tadbir semua negeri yang mereka perintah dengan baik. Situasi memberangsangkan ini menolak tohmahan UMNO/BN tentang ketidakmampuan PR, sebaliknya UMNO/BN yang gagal mengurus tadbir semua negeri yang mereka perintah.

Sudah sampailah masanya rakyat memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada PR. Pengundi-pengundi Malaysia perlu menolak UMNO/BN kerana mereka parti samseng. Lihatlah apa yang berlaku di persidangan DUN Perak pada 28 Oktober 2009 yang lalu. Speaker haram dikerumuni lingkaran pengawal. Polis pun sudah jadi kaki pukul dan peragut. Cukuplah sudah dengan peluang yang diberikan selama lebih daripada 50 tahun itu kepada mereka.

Semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama perlu bersatu demi menghentikan perampokan harta rakyat yang dilakukan oleh bukan sahaja kerajaan UMNO/BN malahan juga pegawai dan jabatan kerajaan. Rakyat perlu menerima hakikat bahawa defisit meningkat akibat salah urus dan pembaziran!!!

Wednesday, October 28, 2009

PERSIDANGAN 2 DUN PERAK YANG MEMALUKAN

Satu rekod yang amat memalukan negara berlaku pada tanggal 28 Oktober 2009. Rekod tersebut belum pernah berlaku di mana-mana penjuru dunia ini. Yang dimaksudkan adalah persidangan 2 DUN di Perak. Satu DUN bersidang di bawah pimpinan speaker haram yang dilantik oleh UMNO/BN/BEBAS. Satu DUN lagi bersidang di bawah pimpinan speaker halal yang dilantik oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Speaker ini telah ditarik bersama kerusinya dan dikurung bagi membolehkan speaker haram dilantik. UMNO/BN/BEBAS berkeras menghalalkan speaker haram itu sehingga mengupah pengawal bagi memastikan tiada siapa yang boleh mengambil alih tempatnya. Taktik budak-budak ini pun tidak pernah berlaku di mana-mana bahagian dunia ini. Selain itu, polis ditugaskan supaya menggunakan kekerasan untuk merampas songkok dan jubah speaker yang dipakai oleh Sivakumar. Insiden ini sama seperti budak-budak bergurau di rumah tuk guru mengaji al-Quran. Nampaknya polis sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk kepentingan UMNO/BN/BEBAS di Perak.

Pembentangan Bajet Perak 2010 dilaksanakan tanpa kehadiran semua ADUN Pakatan Rakyat. Polis digunakan untuk melengah-lengahkan kemasukan ADUN Pakatan itu. Sekali lagi polis digunakan untuk kepentingan UMNO/BN/BEBAS di Perak. Selesai bentang terus rehat. Speaker haram kekal di kerusinya. Takut kena kebas. Macam manalah negeri nak maju kalau orang yang pegang kuasa macam budak kecik!!!

Masa itu baru semua ADUN Pakatan masuk. Mereka bersidang di bawah pimpinan speaker halal, membuat keputusan, tangguh persidangan, dan beredar.

UMNO/BN/BEBAS buat bacaan kedua bajet itu, lulus, dan tangguh persidangan tanpa sebarang perbahasan. Ini satu lagi rekod yang tak pernah dibuat oleh mana-mana dewan di dunia. Berbanggalah dengan kebodohan untuk diketawakan oleh dunia. Selepas itu, seperti hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong, kita mendabik dada kononnya hebat sangat. Padahal kokok sahaja berderai-derai, ekor bergelumang taik!!!

Tuesday, October 27, 2009

TRAGEDI 1 MALAYSIA

Hakikatnya malang tidak berbau. Walau bagaimanapun, tragedi yang menimpa murid-murid sekolah rendah yang menyertai kem kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Kampar, Perak mengundang pelbagai persoalan.

Pertama, jambatan gantung yang roboh itu belum sampai sebulan siap dibina. Sukar untuk membayangkan kualitinya. Di samping itu, banyak pihak yang mempersoalkan tentang kelulusan menggunakannya. Jika kedua-duanya didapati benar, amat malanglah murid yang kehilangan nyawa dan tercedera dalam kejadian tersebut.

Kedua, sebelum tragedi itu berlaku, mengapa dibiarkan murid-murid yang ramai jumlahnya itu bermain dan melompat-lompat di atas jambatan itu? Waktu malam pulak tu. Kejadian itu menyerlahkan tahap disiplin yang rendah di sekolah-sekolah seluruh negara kita.

Ketiga, kita masih tidak belajar. Sudah terantuk baru tengadah. Kejadian-kejadian seperti ini bukan yang pertama berlaku di negara kita. Setelah berlaku, ramailah yang hingar-bingar dan menuding jari. Terserlah kepada umum tahap pemikiran kita yang tidak bertamadun.

Tidak tahulah sampai bila kejadian itu dan seumpamanya akan terus berlaku. Sudah sampai masanya semua golongan masyarakat di negara ini mengamalkan cara hidup yang sejelas-jelasnya melambangkan tamadun tinggi.

Monday, October 26, 2009

MENELUSURI BAJET 2010

Rakyat Malaysia perlu menerima hakikat bahawa Bajet 2010 dikemukakan ketika dunia sedang menghadapi kemelesetan ekonomi yang tidak diketahui kesudahannya. Pendapatan negara menurun. Foreign Direct Investment (FDI) terus menjunam. Hutang negara semakin bertimbun.

Rakyat biasa dimomokkan oleh UMNO/BN serta media kawalannya tentang keprihatinan kerajaan kepada semua lapisan masyarakat. Hal ini bukanlah satu perkara baru dalam pembentangan bajet. Itulah tanggungjawab dan tugas yang dipikul oleh mana-mana juga kerajaan. Oleh sebab itu, tidak timbul persoalan prihatin atau tidak. Kewajipan itu mesti dilaksanakan. UMNO/BN menjadikan aspek itu untuk mencari populariti.

Namun demikian, terdapat beberapa hal yang tidak menyenangkan dalam pembentangan bajet itu. Pertama, kebergantungan pendapatan dari sumber minyak mentah dan gas dalam pelbagai bentuk sudah mencapai peringkat kritikal. Dari RM19 bilion pada tahun 2004 menjadi RM67.8 bilion pada tahun 2009, iaitu 43.5% dari pendapatan kerajaan pusat. Pendekatan ini sama sekali tidak wajar. Kerajaan tidak pernah menunjukkan komitmen untuk mengubah sumber pendapatan kepada aspek selain daripada sumber asli yang pasti kehabisan suatu hari nanti. Kebergantungan itu juga menyebabkan Petronas terus diperah setiap tahun. Kalau pada tahun 2005 Petronas simpan 42.5% keuntungannya, kini hanya 21.1%. Ini bermakna kita telah membelanjakan kekayaan sumber anak cucu kita.

Kedua, dalam bajet tersebut Najib mengulang sebut tentang membawa ekonomi negara ini dari "Low-Income Economy" kepada "High-Income Economy". Anehnya, dia tidak menjelaskan tentang cara, kaedah, dan pendekatan untuk menuju ke matlamat tersebut. Hakikatnya pendapatan per kapita negara ini hanya RM15,819.00 setahun berbanding dengan Singapura atau Korea Selatan atau Taiwan yang tiga atau empat kali ganda lebihnya daripada kita. Pada masa yang sama, pendapatan negara berkurang. Dapatkah kerajaan dan swasta mengadakan aliran tunai yang banyak bagi memastikan hasrat itu tercapai? Banyak pakar ekonomi sangsi terhadap kebolehan tersebut.

Ketiga, sungguhpun IPTA diberikan autonomi bagi mendapatkan dana untuk menjadi lebih inovatif, mereka tidak pula dibebaskan daripada AUKU. Bagaimanakah IPTA hendak menjadi lebih kompetitif untuk bersaing di peringkat antarabangsa? Janganlah pula nantinya IPTA tertentu terlalu sibuk kumpul dana hingga mengabaikan pengajaran dan pembelajaran!!!

Keempat, wujud ketidakadilan dalam kadar cukai. Bagaimana industri dalam sektor knowledge economy dikenakan cukai sebanyak 26% sedangkan di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia cuma 15%. Penetapan tersebut menyanggah tema bajet yang dibentangkan, iaitu "1 Malaysia Kemakmuran Bersama".

Kelima, kesangsian terhadap keberkesanan Whistle Blower Act. Akta ini kelihatan baik. Namun demikian, tindakan kerajaan yang dilihat melindungi perasuah menjadikan akta ini tidak bermakna walaupun pemberi maklumat dilindungi.

Itulah sebahagian daripada kelemahan yang dapat dikenal pasti melalui Bajet 2010. UMNO/BN sepatutnya menyatakan kepada rakyat langkah konkrit untuk menyelesaikan masalah bukan hanya mengenali masalah dan mementingkan populariti melalui tipu daya terhadap kecetekan pengetahuan ekonomi dalam kalangan rakyat.

Sunday, October 25, 2009

PAKATAN RAKYAT LEBIH BAIK DARIPADA BARISAN NASIONAL

Banyak peristiwa yang berlaku sepanjang minggu lepas yang ada kaitannya dengan Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN). Peristiwa-peristiwa tersebut berjaya menyerlahkan kewibawaan dua komponen tersebut.

Laporan Ketua Audit negara menyerlahkan pelbagai penyelewengan yang dilakukan oleh pelbagai jabatan kerajaan. Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan gagal memastikan bukan sahaja tiada pembaziran dilakukan malahan juga amalan pembelian pada harga yang tidak munasabah bagi membolehkan rundingan dibuat untuk menyonglap duit rakyat. Anehnya perkara ini terus berlaku dari tahun ke tahun. Tiadakah mekanisme yang mapan untuk membanteras gejala setan ini?

Rakyat tentunya tersenyum simpul bila mengetahui Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bukan sahaja mendapat pujian daripada Transparency International tentang kesungguhan membanteras rasuah malahan juga kejayaan meningkatkan pendapatan negeri dari RM847.45 juta pada tahun 2007 kepada RM1.25 bilion pada tahun 2008 menurut Laporan Ketua Audit Negara.

Peningkatan itu adalah sebanyak 21%. Puncanya ialah sikap berjimat cermat kerajaan negeri, tidak membazir, dan pelaksanaan dasar CAT (Cekap, Akautabiliti, dan Telus). Rakyat Pulau Pinang tersenyum puas walaupun duit tunai kerajaan negeri merosot kerana wang itu digunakan untuk kemaslahatan mereka.

PAS telah memerintah Kelantan selama 19 tahun berturut-turut. Yang istimewanya adalah sepanjang tempoh itu tiada amalan rasuah yang dicatatkan. Di samping itu, Kelantan berjaya mempertahankan 51% kawasan hijau. Kini, Kelantan mempunyai kawasan hutan terluas di Malaysia berbanding dengan mana-mana jua negeri yang diperintah oleh BN.

Ketua Audit Negara juga memuji Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang berjaya meningkatkan hasil kepada 205.5% selepas hanya setahun memerintah. Kejayaan itu diperoleh menerusi polisi penjimatan. Oleh sebab itu, Kedah mampu membayat hutang kepada Kerajaan Persekutuan.

Di samping itu, Laporan Ketua Audit Negara juga memperakui kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengawal ketirisan dan memastikan wang yang dibelanjakan sampai kepada kumpulan sasaran. Pujian yang paling menggembirakan ialah kecekapan mengurus perbelanjaan.

Kesemua yang dinyatakan di atas membuktikan bahawa membasmi rasuah menjadi keutamaan kerajaan pakatan. Rakyat Malaysia di negeri-negeri lain patut memilih kerajaan yang sebegini untuk memakmurkan diri mereka dan juga negara kita yang tercinta ini.

Usahlah bergantung harap kepada BN yang menjadikan rasuah sebagai satu daripada ciri utama Gagasan 1 Malaysia walaupun lidah tidak bertulang Najib beriya-iya mahu memerangi rasuah. Harus diingat bahawa hingga sekarang Kerajaan BN Pahang belum melunaskan tuntutan seperti yang diarahkan oleh mahkamah kepada sebuah syarikat. Bidang inilah yang dijuarai oleh negeri kelahiran Najib!!!

KRISIS DALAMAN PAS

Saya banyak membuat ulasan dan memberi pandangan tentang dasar dan kepimpinan PAS sebelum ini. Nampaknya parti Islam juga tidak terlepas daripada krisis dalaman. Kewujudannya menandakan selagi manusia bernama manusia, mereka akan bertelagah. Sifat tersebut muncul kerana manusia jarang-jarang mempunyai citarasa yang sama. Sebahagiannya akan cenderung berlainan pendapat sekalipun berada dalam organisasi yang sama.

Permasalahan yang timbul sekarang ini berkaitan kecenderungan beberapa kerat pemimpin yang enggan menerima keputusan yang dibuat oleh perwakilan dalam persidangan agung. Ini bermakna golongan yang berlainan pegangan itu bertaraf minoriti. Dari sudut prinsip, golongan tersebut mudah dikalahkan apabila sudah dikenal pasti. Duri dalam daging itu perlu dihapuskan dengan segera agar tidak membusung.

Dengan demikian, saranan supaya diadakan Muktamar Khas bagi menyelesaikan masalah itu perlu diadakan dengan segera. Semua pihak wajib bertegas walaupun kemungkinan berlaku perpecahan tidak dapat dielakkan. Semua ahli dalam sesebuah organisasi perlu berpegang kepada satu dasar sahaja untuk menjadi kuat melalui kesatuan tekad.

Golongan minoriti tidak perlu diberi layanan melebihi golongan majoriti. Ini bermakna, jika sekalipun golongan minoriti itu bertindak keluar dari parti, tidak mengapa. Itulah jalan yang paling sesuai untuk mereka. Sehubungan itu, mereka bolehlah melaksanakan agenda mereka untuk bersama dengan UMNO/BN. Golongan majoriti akan terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

Tindakan drastik ini perlu disegerakan. Jika dilambat-lambatkan, golongan minoriti itu akan mempunyai masa untuk menusuk jarum mereka kepada lebih ramai ahli. Situasi ini akan membahayakan parti. Terpulanglah kepada kebijaksanaan PAS untuk mengatasi masalah ini hingga ke akar umbi.

Saturday, October 24, 2009

DUN PERAK HARU-BIRU

Pergelutan politik di Perak menjadi semakin hebat menjelang 28 Oktober 2009. Fokus pertikaian ialah speaker halal dan speaker haram. Ganesan mendakwa dia speaker halal. Sivakumar kata Ganesan speaker haram, dia speaker halal. Halal-haram kedudukan dua makhluk ini telah menenggelamkan isu-isu lain yang berkaitan dalam politik Perak.

Seluruh rakyat Perak khasnya dan rakyat Malaysia amnya mengetahui Sivakumar ditarik keluar bersama-samanya dengan kerusinya oleh polis untuk digantikan dengan Ganesan. Apabila hal itu diadukan kepada Raja Muda yang merasmikan persidangan, tiada apa-apa tindakan dilakukan.

Rakyat Malaysia juga tahu tentang arahan Sivakumar selaku Speaker DUN Perak mengarahkan Zambry, 6 EXCOnya, dan 3 ADUN yang melompat jadi Bebas keluar dewan sebelum memulakan persidangan. Kesemuanya enggan menurut perintah kerana sebelum tarikh itu mahkamah telah membuat keputusan bahawa Sivakumar tiada kuasa menggantung Zambry and the Gang.

Sivakumar akur dengan keputusan mahkamah itu. Namun demikian, mahkamah tidak pernah menyatakan bahawa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak tiada kuasa menggantung mereka. Sebab itu, atas kapasiti sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut, Zambry and the Gang diarah meninggalkan dewan. Zambry and the Gang bukan sahaja menyanggah arahan speaker malahan juga membuat subpersidangan bagi melantik Ganesan yang pada masa itu masih berjawatan peguam sebagai speaker untuk menggantikan Sivakumar sebelum persidangan dirasmikan oleh Raja Muda Perak. Harus diingat bahawa Sivakumar sebagai speaker tidak meluluskan usul perlantikan speaker baru sebelum persidangan DUN bermula.

Banyak perlanggaran peraturan DUN telah dibelasah semahunya oleh UMNO/BN. Perbuatan tidak bermoral itu dianggap sah oleh mereka. UMNO/BN meletakkan semuanya dalam tangan mereka demi kuasa. Oleh sebab itu, tidaklah menghairankan jika Najib sendiri menerima Ganesan sebagai speaker halal dan menganggap persidangan DUN pada 28 Oktober nanti mematuhi perlembagaan.

Di samping itu, mereka juga mengkesampingkan keputusan yang dibuat oleh mahkamah bahawa badan perundangan itu tidak boleh melanggar Perlembagaan Persekutuan Perkara 72 (1) dan (2). Ini bermakna tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak tidak boleh dicabar di mahkamah. Sebab itulah juga Gobind kalah dalam samannya terhadap Speaker Dewan Rakyat. Kini, mahkamah telah menelanjangi kebobrokan mereka. Keputusan yang mereka buat lintang-pukang kerana ketiadaan konsistensi dan berpihak kepada UMNO/BN.

Rakyat sudah mengetahui dengan jelas UMNO/BN menggunakan mahkamah demi kepentingan mereka. Sebab itulah keputusan yang dibuat oleh mahkamah hanya menyebelahi UMNO/BN. Ketika hendak melepaskan Zambry and the Gang, mereka kata Sivakumar tiada hak menggantung. Apabila Sivakumar menyaman Ganesan, mereka kata mahkamah tidak boleh langgar Perlembagaan Persekutuan Perkara 72 (1) dan (2). Kini, Gobind pula kelah dalam pendakwaannya terhadap Speaker Dewan Rakyat yang menggantungnya.

Keputusan-keputusan tersebut menjelaskan sikap berat sebelah badan perundangan. Amalan dwi standard ini amat berbahaya kepada rakyat dan negara. Semua pihak perlu menghentikannya demi mempertahankan maruah negara yang tercinta ini.

Kini, pihak polis pula beriya-iya mengeluarkan amaran demi amaran tentang Persidangan DUN Perak yang akan berlangsung. Adakah DUN Perak akan sekali lagi dimasuki oleh anggota polis untuk menarik keluar ADUN Pakatan Rakyat? Adakah bentara DUN akan bersama-sama dengan polis mengusir ADUN Pakatan Rakyat yang mungkin dihalau oleh Ganesan? Jika hal ini berlaku, satu lagi malapetaka melanda amalan demokrasi di Malaysia.

ADUN Pakatan Rakyat perlu bertindak secara bijaksana untuk mengelakkan mereka dikambinghitamkan oleh UMNO/BN dalam persidangan itu. Semua aspek perundangan wajib diambil kira. Strategi yang mantap perlu diatur bagi menghadapi teknik dan taktik yang akan dipakai oleh UMNO/BN pada hari itu. Biar rakyat menyaksikan kebenaran dalam perjalanan sidang tersebut.

Friday, October 23, 2009

MCA MEMALUKAN KAUM CINA

Krisis kepimpinan MCA pada zahirnya nampak selesai. Ong dan Chua didakwa telah berdamai. Anehnya, perdamaian itu dicapai sesudah campur tangan PM. Hal ini menyebabkan rakyat Malaysia memandang rendah terhadap kualiti, kredibiliti, dan integriti para pemimpin MCA. Kesemuanya tidak mampu mengambil keputusan yang jitu untuk menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi.

Politik itu persepsi. Persepsi orang Cina terhadap MCA pada masa ini ialah mereka memerlukan UMNO untuk terus hidup. Persepsi rakyat Malaysia secara keseluruhannya ialah pemimpin MCA tidak mempunyai digniti. Sehubungan itu, pemimpin tertinggi MCA tidak boleh menyalahkan UMNO jika mereka dibuli selepas ini. Dakwaan UMNO membuli MCA sering kedengaran suatu ketika dahulu. Begitu juga dengan dakwaan UMNO menjadi parti yang dominan dalam BN dan parti-parti lain perlu akur kepada apa-apa jua tindakan yang diambil oleh UMNO.

Hakikatnya MCA tidak boleh lagi diharap sebagai penjaga kepentingan kaum Cina di Malaysia. Mereka hanyalah Pak Turut UMNO. Mereka tidak mampu membuat keputusan sendiri lantaran kelemahan para pemimpin yang dilantik memegang jawatan masing-masing dalam perhimpunan agung. Sehubungan itu, jika mereka bersungut, UMNO buat tidak tahu sahaja.

Kekecewaan kaum Cina terhadap MCA pasti semakin lebar selepas ini. Kemungkinan besar semakin ramai ahli dan pemimpinnya yang bermaruah meninggalkan MCA. Dalam hal ini, DAP yang dikecam hebat oleh UMNO akan muncul sebagai parti yang menjadi harapan baru kepada seluruh orang Cina dan kaum-kaum lain di Malaysia. Akan semakin ramai orang Cina yang menyertai PKR. Akan semakin ramai orang Cina yang menyertai Kelab Penyokong PAS.

Thursday, October 22, 2009

UNIVERSITI DI MALAYSIA TIDAK BERMUTU?

Mengikut penarafan universiti yang dibuat oleh Times Higher Education-Quacquarelli Symonds (THEQS), tiada universiti di Malaysia yang berada dalam kelompok 100 universiti terbaik dunia. Anehnya, Universiti Sains Malaysia (USM) yang diberi taraf Apex pun tidak ke mana-mana. Apakah Universiti Malaya boleh diberi taraf Apex pula? Kita lihat kedudukan lima buah universiti di Malaysia di bawah ini:

Universiti Malaya (UM) 180 (230)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 291 (250)
Universiti Sains Malaysia (USM) 314 (313)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 320 (356)
Universiti Putra Malaysia (UPM) 345 (320)

Angka dalam kurungan ialah kedudukan pada tahun 2008. Kesemuanya merudum kecuali UM dan UTM. Namun, UM hanya tergolong dalam kumpulan 200 terbaik dunia. USM yang mendapat taraf Apex lebih teruk kedudukannya dengan UKM yang tidak bertaraf Apex. Kritikan masyarakat terhadap ketidakbolehan pemberian taraf Apex kepada USM suatu ketika dahulu adalah benar. Kita selalu sangat membuat keputusan yang tersasar kerana kurang hemat.

Lalu dinyatakanlah sebab-sebab kegagalan universiti di Malaysia meletakkan diri dalam kumpulan 100 terbaik. Antaranya ialah:

(1) Bantuan kerajaan tidak mencukupi;
(2) Nilai geran penyelidikan cuma RM100 juta setahun, sepatutnya RM200 juta; dan
(3) 20 universiti terbaik dunia menyediakan peruntukan RM2 bilion setahun.

Malaysia tidak mampu mengatasi sebab-sebab yang dinyatakan itu, lebih-lebih lagi dalam keadaan kemerosotan ekonomi sekarang ini. Oleh sebab itu, taraf universiti di Malaysia akan menjadi lebih teruk pada tahun hadapan jika kriteria penilaiannya masih begini:

(1) Penilaian rakan sejawatan (kalangan ahli akademik);
(2) Pendapat majikan (industri);
(3) Nisbah pensyarah dengan pelajar;
(4) Rujukan dibuat penyelidik lain terhadap penerbitan kakitangan universiti;
(5) Bilangan pelajar; dan
(6) Kakitangan antarabangsa.

Kesemua kriteria itu tidak mudah dipenuhi. Pertama, jumlah universiti di Malaysia sudah banyak. Pelajar-pelajar yang telah dibahagi-bahagi menyebabkan jumlah pelajar di setiap universiti menjadi kecil. Hal ini akan menimbulkan masalah dalam kriteria nisbah pensyarah dengan pelajar. Di samping itu,mutu penerbitan ilmiah di Malaysia masih di takuk lama. Jika tiga kriteria itu tidak terpenuhi, sampai bila-bila pun universiti di Malaysia tidak akan menduduki tempat 100 terbaik dunia. Hendak mengatasi universiti di Singapura yang telah terkehadapan pun susah!!!

Wednesday, October 21, 2009

PERINGATAN KEPADA PAS

Perkembangan terbaru yang dilaporkan melalui media alternatif sedikit merisaukan. Tiada kesepakatan dalam kalangan pemimpin PAS untuk menjadikan Kelab Penyokong PAS (KPP) sebagai satu sayap parti. Jika laporan ini benar, ada sesuatu yang tidak kena dengan pemikiran sebahagian daripada barisan kepimpinan PAS.

Mereka yang tidak sepakat ini perlu merenung sedalam-dalamnya keputusan yang mereka buat supaya tidak ada yang mengatakan kalau tidak mahu diangkat KPP itu, mengapa gatal punggung menubuhkannya. Bila penubuhannya hendak dilaksanakan, tiada yang menentang. Situasi ini bukan sahaja menunjukkan sikap tidak konsisten malahan juga membuka ruang kepada musuh untuk menghentam PAS.

PAS perlu ingat bahawa KPP memberi sumbangan yang amat besar kepadanya semasa PRU Ke-12 yang lalu. Pengiktirafan kepada kerja kuat mereka perlu dizahirkan. Jangan sekali-kali mengecewakan mereka biar apa pun yang perlu diubah dalam perlembagaan atau apa-apa jua yang bersangkutan.

Perkara paling utama yang perlu diberi sepenuh perhatian atas perkara ini adalah jika golongan ini meninggalkan PAS, mereka tidak akan kembali lagi. Sama sahaja dengan sikap PAS yang tidak mahu kembali ke BN setelah ditendang dan rasa dihina oleh UMNO. Jangan lupa tentang kemungkinan ada ahli-ahli PAS yang meninggalkan parti semata-mata kerana tidak setuju dengan tindakan negatif terhadap KPP itu.

Terpulanglah kepada kebijaksanaan barisan kepimpinan PAS untuk membuat keputusan dan menyelesaikan permasalahan besar ini. Keputusan itu akan menentukan kesinambungan perjuangan PAS pada masa depan. Janganlah wal hasil balik asal!!!

Tuesday, October 20, 2009

PAKATAN RAKYAT BEBAS RASUAH

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI), Indeks Persepsi Rasuah Malaysia bagi tahun 2008 merudum jika dibandingkan dengan tahun 2007. Pada tahun 2007, Malaysia menduduki tangga ke-43. Kedudukan Malaysia jatuh ke tangga ke-47 pada tahun 2008.

Harus diingat bahawa kedudukan memalukan itu lebih teruk daripada dua buah negara mundur di dunia, iaitu Botswana dan Bhutan. Botswana menduduki tempat ke-36, manakala Bhutan menduduki tempat ke-45.

Malaysia jauh ditinggalkan oleh Denmark, New Zealand, Sweden, dan Singapura yang menduduki empat tempat teratas. Sehubungan itu, kualiti, kredibiliti, dan integriti para pemimpin Malaysia berada pada tahap yang rendah walaupun negara ini bertaraf negara Islam dan mempunyai sebuah suruhanjaya khas bagi menangani rasuah, iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jurang antara para pemimpin Malaysia dengan para pemimpin Singapura terlalu jauh, macam langit dengan bumi. Kata golongan muda, "Pemimpin Malaysia poyo saja yang lebih, tapi tak ada kelas langsung!!!"

Namun demikian, tahniah perlu diucapkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang dipuji oleh TI kerana berusaha keras membanteras rasuah. Rakyat Pulau Pinang perlu berbangga kerana mempunyai sebuah kerajaan yang berkualiti, berkredibiliti, dan berintegriti.

Di samping itu, Pakatan Rakyat boleh menarik nafas lega hasil daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, iaitu Datuk Liew Vui Keong. Liew memberitahu Dewan Rakyat bahawa sepanjang tempoh dari Januari hingga Ogos 2009, terdapat 13 ahli politik yang disiasat oleh SPRM (12 dari BN dan 1 dari PR). Dari jumlah tersebut, 7 pertuduhan telah direkodkan untuk BN, manakala tiada sebarang pertuduhan untuk PR.

Kenyataan itu menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat bebas rasuah. UMNO/BN terus menjadi juara dalam bidang rasuah. Rakyat Malaysia patut mengalihkan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat, bukannya kepada parti yang menjadikan rasuah sebagai satu ciri utama gagasan 1 Malaysia!!!

Monday, October 19, 2009

MATINYA KETUANAN MELAYU

Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 (2003:108) menjelaskan bahawa salah satu daripada isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 ialah:

British mengiktiraf semula Ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. Dasar ini memang telah diakui oleh British sejak Perjanjian Pangkor 1874.

Buku tersebut juga mencatatkan bahawa "Mereka (Raja-Raja Melayu) tidak menolak kehadiran British tetapi menuntut supaya kuasa mereka serta perlindungan kepada orang Melayu dan hal ehwal Ketuanan Melayu dipelihara (2003:109).

Dalam ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO 2009, Khairy menegaskan bahawa Ketuanan Melayu yang tidak disenangi oleh kaum bukan Melayu diganti dengan Kepimpinan Melayu. Tidak ada mana-mana pemimpin UMNO pun yang menyatakan rasa tidak setuju terhadap kenyataan Khairy itu. Begitu juga halnya dengan semua NGO Melayu yang mendakwa orang Melayu telah hilang kuasa politik selepas PRU Ke-12 dan berteriak sakan dalam Kongres Permuafakatan Melayu tidak lama dahulu.

Ternyatalah bahawa NGO-NGO tersebut hanyalah tali barut UMNO. Mereka akan segera diserang sawan babi apabila UMNO kalah teruk dalam pilihan raya umum. Bagai lembu dicucuk hidung, mereka akan menurut sahaja kehendak UMNO. Mengapa mereka memilih untuk diam membisu ketika ini? Bagi mereka apa-apa jua yang UMNO buat semua betul sekalipun mengetepikan dasar yang diperjuangkan oleh Raja-Raja Melayu. Pada suatu ketika yang lain, mereka melenting-lenting marah setelah menyalah tafsir kenyataan musuh mereka tentang institusi raja, seolah-olah institusi itu akan musnah di tangan pembangkang. Ketika itu mata mereka tertutup sehingga tidak nampak kewujudan Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia.

Sikap tidak konsisten sebeginilah yang menimbulkan kegelisahan pelbagai kaum di Malaysia. Kebimbangan terhadap kehilangan kuasa menjadikan UMNO menggigil ketakutan. Dalam situasi demikian, terbanglah rasional daripada pemikiran mereka. Mereka menjadi tidak stabil dan meronta-ronta seperti orang terkena histeria.

Adakah dengan matinya Ketuanan Melayu kaum bukan Melayu akan kembali menyokong UMNO? Jawapannya negatif. Bagi MCA, UMNOlah musuh sebenar mereka. MCA sedang memikirkan apakah motif sebenar Najib dan para pemimpin UMNO yang lain mengambil sikap berdiam diri dalam kes Ong Tee Kiat dengan PKFZ.

Bagi MIC, UMNO jugalah musuh sebenar mereka. MIC sedang memikirkan apakah motif sebenar Najib menyokong penubuhan Parti Makkal Sakhti Malaysia setelah pemergian pemimpin Indian Progressive Party.

Bagi Gerakan, tiada selain UMNO melainnkan UMNOlah musuh sebenar mereka. Jika tidak masakan majoriti ahlinya bertekad untuk meninggalkan BN. Hanya pemimpin tertinggi parti itu yang enggan berbuat demikian kerana sayangkan jawatan dan habuan. Adakah suasana tenang dalam parti Gerakan sekarang ini menandakan kegelisahan ahli-ahlinya sudah selesai? Air yang tenang jangan disangka tiada buaya!

Bagi PPP, UMNO memang tidak boleh dipercayai. PPP sedang pening memikirkan mengapa Murugiah tidak pernah hilang semangat untuk bangkit semula walaupun dia sudah disahkan oleh partinya dan ROS terpecat sebagai ahli. Dia tidak mungkin mendapat kekuatan sedemikian rupa tanpa sokongan pemimpin tertinggi UMNO.

Dengan demikian, api dalam sekam akan membunuh UMNO secara perlahan-lahan.

Kejayaan perhimpunan agung yang dicanangkan ke seluruh negara hanya palsu. Tidak mungkin akan wujud pemimpin UMNO yang sebelum ini malas tiba-tiba rajin turun padang tanpa peruntukan. Dia tidak akan sanggup berjalan kaki mencari ahli baharu dan minum air paip di tepi jalan untuk melepaskan dahaga. Itu kerja gila. Dia tidak mungkin menjadi sukarelawan sampai mati jika dapur di rumahnya sendiri tidak berasap. Itu kerja orang sasau.

Dia tidak mungkin bekerja untuk parti dengan ikhlas jika ahli lain bersenang-lenang kerana mendapat projek itu dan ini. Itu kerja orang biul. Dia tidak mungkin menjadi orang yang tawaduk sekiranya pemimpin atasan sering mendabik dada dan merendah-rendahkan kebolehan orang lain. Itu kerja orang munafik.

Sejauh mana fiil buruk itu dapat dikikis dalam kalangan ahli dan pemimpin UMNO menjadi tanda soal yang maha besar.

Hakikat yang perlu diterima oleh UMNO ialah orang Melayu pada masa ini lebih ramai jumlahnya dalam Pakatan Rakyat berbanding dengan UMNO. Orang Cina pada masa ini lebih ramai jumlahnya dalam Pakatan Rakyat berbanding dengan MCA dan Gerakan. Orang India pada masa ini lebih ramai jumlahnya dalam Pakatan Rakyat berbanding MIC dan PPP.

Harus diingat bahawa majoriti golongan muda pelbagai kaum juga berada dalam Pakatan Rakyat lantaran pemimpin mudanya yang jauh lebih dinamik dan berintegriti jika dibandingkan dengan pemimpin muda UMNO yang tiada kualiti, tiada kredibiliti, dan tiada integriti. Dengan keadaan UMNO yang semakin selekeh, pengundi baru pun akan menjauhi UMNO.

UMNO terlepas pandang bahawa penggantian Ketuanan Melayu dengan Kepimpinan Melayu tidak mengubah imejnya sebagai parti perkauman. Di samping itu, UMNO terperangkap dengan pendewaan yang keterlaluan terhadap sekularisme.

Pakatan Rakyat memperjuangkan Ketuanan Rakyat yang berteraskan keislaman. Dasar ini selari dengan taraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Dengan demikian, prinsip-prinsip keadilan, kesaksamaan, dan keeratan hubungan pelbagai kaum menjadi tunjang yang akan memastikan kekuatan negara bangsa. Rakyat pasti menolak UMNO/BN, bukan sahaja kerana hilang sengat malahan juga ketinggalan zaman.

Sunday, October 18, 2009

KETAM AJAR ANAK BERJALAN BETUL

UMNO yang baharu sahaja selesai mengadakan perhimpunan agung mendabik dada kepada MCA. Perbuatan itu dilakukan setelah berjaya merealisasikan propaganda meminda perlembagaan. Demi 1Malaysia UMNO mengetepikan Ketuanan Melayu dan tidak endahkan perjuangan Islam. UMNO terus menjadi parti nasionalis yang sekular. Itulah kebanggaan keramat mereka. Islam diambil semata-mata kerana sesuai dengan agenda tertentu, bukannya sebagai titik tolak perjuangan.

Dengan ketempangan itu UMNO menyuruh MCA mencontohi mereka dalam cara menyelesaikan masalah. Barangkali UMNO sengaja menutup sebelah mata tentang penolakan MCA terhadap rasuah dan kesalahan moral. Sikap MCA lebih mulia jika dibandingkan dengan UMNO yang mengaku beragama Islam.

Namun demikian, berita mutakhir menampakkan penyakit UMNO menjalar ke dalam MCA. Ong kata dia terima keputusan mesyuarat agung luar biasa partinya. Dia dan Chua ditolak oleh perwakilan. Chua sudah jadi ahli biasa MCA. Ong tidak melepaskan jawatannya. Alasannya presiden hanya perlu letak jawatan kalau ditolak dua pertiga ahli parti. Dia nak adakan sekali lagi mesyuarat agung luar biasa.

Sudah tentulah penyokong Chua rasa tertipu. Begitu juga dengan kumpulan ketiga yang beriya-iya menolak Ong dan Chua. Melalui mesyuarat agung luar biasa kali ini mungkin Ong dapat mengukuhkan kedudukannya.

Hakikatnya, pemimpin atasan UMNO dan MCA sama sahaja. Pelbagai taktik digunakan untuk mengekalkan kuasa. Jadi, usaha UMNO sebagai ketam hendak mengajar MCA berjalan betul tu sia-sia sahaja. Kedua-duanya ialah ketam yang tidak pernah berjalan betul!

Saturday, October 17, 2009

UMNO PASTI TERTOMOIH

Berakhirlah sudah Persidangan Agung UMNO 2009. Najib berbangga kerana ahli-ahli UMNO sudah insaf. Anehnya, retorik murahan itu tidak selari dengan ucapan klise para pembahas dalam persidangan itu. Nampak benar ahli-ahli UMNO tidak intelektual. Hal inilah yang menyukarkan perubahan dilakukan terhadap kapal bocor bernama UMNO itu.

Jika anda menonton Analisis Awani yang disiarkan pada petang Jumaat (16.10.2009), tahap pemikiran yang rendah diserlahkan oleh Fuad Zakarshi dan Raja Nong Chik. Fuad hanya tahu ampu-bodek bosnya. Tiada perkara baharu yang dilontarkannya selain unsur itu. Entah mengapa dia menyerang DAP (sebuah parti yang mantap) sebagai tidak demokratik. Dia seharusnya sedar bahawa UMNOlah yang tidak demokratik sehingga terpaksa pinda perlembagaan. Langkah yang dibuat oleh UMNO itu telah didahului oleh PKR. Raja Nong Chik pula terus mengulang-ngulang kerja buatnya bagi menunjukkan dia bekerja untuk rakyat. Apabila didesak oleh pemudah cara yang nampaknya lebih berupaya jika dibandingkan dengannya, dia terhegeh-hegeh kerana tidak boleh memberikan penjelasan yang jitu. Imej hodoh pemimpin UMNO terpancar pada mereka berdua. Asakan dari Dr. Abu Hassan langsung tidak diberi respons. Mungkin kedua-duanya rasa terpukul dengan asakan itu dan memilih jalan selamat untuk mengelakkan kemaluan yang lebih besar.

Kewujudan fenomena itu menyebabkan orang yang berada di luar UMNO menganggap UMNO hanya bersandiwara dalam persidangan agung itu. Bagaimana ahli akar umbi hendak memahami perubahan yang diharapkan kalau para pemimpinnya sendiri gagal menghayati wacana yang dilontarkan? Pada masa yang sama, wacana yang dilontarkan presiden UMNO itu bukanlah tinggi sangat nilainya. Hampir semua perkara yang disentuh bersifat picisan dan meniru konsep-konsep yang sudah dilaksanakan pembangkang. Mereka terpaksa berbuat demikian kerana meyakini cara yang dilakukan pembangkang itu berhasil menarik sokongan massa. Terbuktilah bahawa UMNO sudah benar-benar kebingungan sehingga tidak mampu menzahirkan idea sendiri yang segar.

Berdasarkan hujah-hujah di atas, mampukah UMNO berubah? UMNO berhasrat menjadikan semua ahlinya ikhlas. UMNO berhasrat menjadikan semua ahlinya sebagai sukarelawan. UMNO berhasrat menjadikan semua ahlinya tidak menganggap UMNO sebagai parti cari makan. UMNO berhasrat menjadikan partinya mempunyai ahli yang paling ramai. UMNO berhasrat untuk memberi lebih peluang kepada ahli-ahli wanita. UMNO berhasrat menarik golongan muda menyertainya. Itulah angan-angan Mat Jenin UMNO.

UMNO PARTI NASIONALIS YANG SEKULAR

Pemimpin tertinggi UMNO mengesahkan perkara ini. Setiausaha Agung UMNO memberitahu wartawan bahawa UMNO ialah parti nasionalis. Presiden UMNO mengatakan bahawa semua ahli UMNO perlu kembali kepada falsafah UMNO yang asal. Pegangan ini dimantapkan lagi dengan tiadanya aktiviti yang diatur untuk menjadikan ahli-ahli UMNO sebagai orang Islam yang berpegang kepada al-Quran dan Hadis, supaya mereka bencikan rasuah, tidak mengganas dalam kempen pilihan raya, dan berbuat sesuatu tanpa memohon pembalasan. Tiada seorang pun agamawan dalam UMNO yang bercakap soal menjadikan Islam sebagai asas perjuangannya. Oleh sebab itu, UMNO tidak berhak memarahi sesiapa sahaja yang menuduhnya menolak Islam.

Kata-kata tawaduk, tasawwur, ikhlas dan lain-lain yang berkonotasi Islam hanyalah mainan bibir orang UMNO. Budak tadika pun boleh menyebutnya kalau diajar setiap hari. UMNO perlu sedar bahawa ikhlas dan tawaduk tidak akan datang tanpa amanah. Sebab itu Allah jadikan amanah sebagai sifat terpuji Nabi Muhammad Sollallahu alaihi wasallam. Orang yang amanah tidak sentuh rasuah. Orang yang amanah tidak gila kuasa seperti pemimpin UMNO yang merampas kuasa di Perak. Orang yang amanah tidak akan memperkudakan SPR, PDRM, SPRM, dan mahkamah untuk mengekalkan kuasa. Orang yang amanah tidak tidak akan merampok Tanah Simpanan Melayu. Orang yang amanah tidak akan menganiaya 3 juta pelajar melalui PPSMI. Orang yang amanah tidak akan mengurung orang lain tanpa bicara melalui ISA.

UMNO tidak perlu bercakap tentang ikhlas dan tawaduk jika menabur berlambak-lambak wang dalam pilihan raya kecil dan pilihan raya umum. Selagi UMNO menganggap bantuan yang diberi semasa kempen pilihan raya itu sebagai tanda prihatin kepada rakyat, lupakanlah tawaduk dan ikhlas itu. Sudah terang lagi bersuluh perbuatan itu tidak ikhlas. Jika UMNO benar-benar ikhlas, bantulah golongan miskin sehingga mereka boleh berdikari, bukannya lepas beri beras beri beras lagi supaya mereka terus miskin dan dapatlah mereka digula-gulakan lagi apabila ada pilihan raya.

Adakah UMNO tidak faham beza antara tanggungjawab dan bantuan kepada rakyat? Kerajaan yang memerintah perlu menjalankan tanggungjawabnya sepanjang masa, bukan simpan duit rakyat kemudian tabur masa pilihan raya. Tujuan pilihan raya adalah untuk membolehkan rakyat memilih parti mana yang memberi tawaran terbaik untuk kemaslahatan mereka. Sebab itu diadakan manifesto. Itu yang dibuat oleh negara maju. Berpandukan aktiviti semasa pilihan raya, Malaysia tidak pun termasuk sebagai sebuah negara membangun. Malaysia ialah negara mundur yang masih mempraktikkan amalan demokrasi tahun 1960-an!

UMNO PARTI RASUAH

Pindaan perlembagaan UMNO yang menggandakan jumlah perwakilan yang akan memilih pemimpin diduga akan membanteras gejala rasuah politik. UMNO terus bermain-main dengan angka yang mereka sendiri tidak kaji dengan teliti. Dengan jumlah perwakilan yang dikatakan banyak itu dan sifat penjarah dalam diri ahlinya yang tidak pernah diusahakan pembersihannya melalui tarbiah, rasuah akan terus bermaharajalela dalam UMNO.

Katakan 100 orang bertanding untuk 20 jawatan Ahli Majlis Tertinggi. Perasuah A ini berjaya merasuah 20% daripada 150,000 orang perwakilan. Jumlahnya 30,000 orang. Tiap-tiap seorang diberi RM2,000.00. Jumlahnya RM60 juta. Susah sangatkah nak dapat duit sebanyak itu? Isa Samad didakwa diapit oleh dua orang taikun. Susah sangatkah nak dapat seorang lagi sponsor? Dengan 3 orang sponsor yang menyumbang RM20 juta seorang, cukuplah jumlah wang sogokan itu. Taikun-taikun itu tidak akan takut untuk mengeluarkan wang sejumlah itu jika pulangannya berjumlah ratusan, apatah lagi ribuan juta ringgit!

Seorang calon beri RM2,000.00. Bayangkan 8 orang calon beri jumlah yang sama kepada kumpulan yang berjumlah 30,000 orang itu. Perolehan sebanyak RM16,000.00 adalah satu jumlah yang besar bagi seorang perwakilan yang terdiri daripada pembantu am rendah, kerani, peniaga kecil, ketua kampung, siak, petani, penternak, nelayan, dan sebagainya. RM16,000.00 juga besar bagi guru, penghulu, dan pegawai baru berkelulusan universiti yang terpaksa membayar pinjaman PTPTN yang melambak-lambak apatah lagi pemaju, pemborong, dan kontraktor yang sedang menghadapi masalah.

Jika 99 calon lain semuanya mendapat 29,999 undi ke bawah, Perasuah A sudah pasti menang. Lingkuplah integriti negara! Bermaharajalelalah perasuah menyonglap duit rakyat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

UMNO FOR ALL DAN KONSEP 1MALAYSIA

UMNO menciplak tag yang digunakan oleh PAS. Tindakan kurang cerdik ini menandakan keterdesakan UMNO terlalu meruncing dan kelemasan sehingga kepunyaan orang pun dicuri sesuka hati. UMNO for All tidak layak digunakan oleh parti perkauman itu, kecualilah namanya ditukar dari United Malays National Organization kepada United Malaysian National Organization. Tentunya mereka enggan berbuat demikian kerana terpaksa memohon maaf kepada Allahyarham Dato' Onn, tokoh yang meninggalkan UMNO kerana enggan membuka pintu kepada kaum lain.

UMNO diserang sawan babi apabila terus-terusan mendendangkan kemenangan di Bagan Pinang sebagai penanda sokongan terhadap Najib yang melontarkan gagasan 1Malaysia. Begitu taksubnya UMNO terhadap Najib. Bagaimanakah UMNO boleh melenyapkan sikap ampu-bodek dalam parti mereka? Sifat inilah yang tambah menjahanamkan UMNO. Gagasan yang sampai hari ini bertaraf "tidak masak" itu ditatang dan dijaja semahu-mahunya. Barangkali UMNO lupa rakyat kebingungan kerana diasak gagasan yang tidak pernah ada usaha untuk ditakrif dan didokumentasikan itu. Agenda negara wajib mempunyai ciri-ciri kesahihan, kemantapan, dan kebolehturutan.

KESIMPULAN

Cukuplah dengan sanggahan-sanggahan itu untuk kali ini. Banyak lagi sikap tidak cerdik yang dapat dibahaskan melalui fiil para pemimpin UMNO yang mereka sendiri serlahlah dalam perhimpunan itu. Kesemuanya akan didedahkan dari masa ke masa untuk menginsafkan golongan massa yang selalu ditindas oleh parti karat ini.

Thursday, October 15, 2009

KETAKUTAN UMNO TERHADAP ANWARISME

Khairy mendakwa UMNO dan Pemuda UMNO tidak takut kepada Pakatan Rakyat (PR), sebaliknya PR yang takut kepada UMNO/BN. Di samping itu, Pemuda UMNO berazam untuk menyekat Anwar ke Putrajaya menjadi PM. Inilah lawak paling menggelikan hati pada bulan ini.

Lazimnya para pemimpin UMNO tidak pernah mampu menyembunyikan ketakutan mereka terhadap sesuatu. Jika mereka kata tidak takut, sebenarnya mereka takut. Kalau tidak takut masakan mereka beriya-iya hendak menyekat Anwar ke Putrajaya. Itu menandakan mereka sudah tercium maklumat yang autentik tentang kemampuan Anwar berbuat demikian. Perkara itulah yang sedang menghantui UMNO sekarang ini.

Oleh sebab itu, UMNO telah mula menciplak kata-kata kunci yang lazimnya digunakan oleh Anwar dalam Perhimpunan Agung UMNO 2009 yang sedang berlangsung. Najib menciplak tag PAS, iaitu UMNO Untuk Semua. Alangkah malunya jika PM sendiri menjadi peniru tanpa malu di Malaysia.

Sesudah konsep 1 Malaysia yang tak tentu hala itu hanya diterima oleh pengundi Bagan Pinang setelah disertakan dengan pelbagai rasuah, ugutan, dan gula-gula politik, PM yang didakwa Khairy amat ditakuti oleh pembangkang itu rupa-rupanya ketandusan idea. Patutlah konsep 1 Malaysia ditakrifkan sebagai "sesuatu yang belum masak" oleh Shaifuddin Abdullah! Akhirnya konsep 1Malaysia akan jadi tong sampah yang disumbat dengan entah apa-apa.

Jika demikian keadaannya, janganlah harap UMNO akan berubah. UMNO hanya pandai meniru. Yang ditiru adalah konsep-konsep yang diamalkan oleh PR. Tidak adakah orang yang cerdik dalam UMNO?

KHAIRY YANG KURANG CERDIK

Perasuah merangkap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin telah menyampaikan ucapan sulungnya dalam Perhimpunan Agung Tahunan UMNO 2009 di PWTC. Retorik yang disampaikannya enak didengar tetapi dilontarkan secara hentam kromo, yakni tanpa bukti dan fakta yang autentik. Hal ini biasanya dilakukan oleh mahasiswa universiti yang gred puratanya 2.0 sahaja. Dia langsung tidak membuat homework bagi mempertahankan wibawanya sebagai ketua pemuda. Mungkin dia beranggapan bahawa semua perwakilan pemuda yang berada di hadapannya setaraf atau lebih rendah daripada kebolehannya. Inilah masalah yang dihadapi oleh pemimpin UMNO. Mereka tidak cukup cerdik untuk memimpin. Oleh sebab itu, Malaysia selalu kecundang dalam mempertahankan hak, sekalipun dengan negara kecil seperti Singapura.

Kita ikuti inti ucapannya di bawah.

Pakatan pembangkang tidak berprinsip seperti mana BN kerana mereka tidak pun berpegang kepada Perlembagaan.

Pernyataan di atas adalah satu tuduhan. Tuduhan itu amat berat dan berniat jahat. Sebagai ahli politik, dia pasti tahu semua organisasi politik di seluruh pelosok dunia mempunyai prinsip dan ideologi yang telah ditetapkan. Dia sepatutnya memberi contoh parti yang tidak berprinsip itu. Rakyat Malaysia semuanya tahu prinsip perjuangan PAS, iaitu Islam. Rakyat Malaysia semuanya tahu prinsip perjuangan DAP, iaitu sosialisme. Rakyat Malaysia semuanya tahu prinsip perjuangan PKR, iaitu keadilan sosial. Hanya orang yang cetek pengetahuan seperti Khairy sahaja yang tidak mengetahui perkara itu.

Khairy menyerang pakatan pembangkang dengan tuduhan liar apabila mendakwa mereka tidak berpegang kepada Perlembagaan. Dia bermaksud, pembangkang menentang satu daripada lima prinsip Rukunegara, iaitu keluhuran perlembagaan. Adakah dia bermaksud pembangkang menjadi penderhaka kepada negara kerana melanggar prinsip Rukunegara itu? Jika demikian, mengapa dia mengambil keputusan untuk melalak di pentas? Sepatutnya dia memohon semua pemimpin pembangkang disumbat ke penjara. Hakikatnya Khairy tidak bermaksud demikian. Sebagai badut politik yang ketandusan idea, dia sendiri tidak faham apa-apa yang diucapkannya.

Jika tidak, mengapa DAP, misalnya, tidak habis-habis menyerang kedudukan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu, dan agama Islam dengan dibantu oleh PAS dan PKR yang langsung menolak ke tepi prinsip asas negara?


Ada gaya Ezam dalam pernyataan itu. Khairy bertambah tidak rasional apabila melontarkan kata-kata di atas. Jika benar DAP tidak henti-henti menyerang kedudukan Raja-Raja Melayu, mengapa tidak kedengaran perbuatan itu sekarang ini dan tiada mana-mana pemimpin DAP yang dihukum? UMNOlah yang telah berkali-kali menghina raja. Dia sengaja melupakan fakta ini kerana terlalu ghairah hendak menghentam pembangkang. Itu taktik orang gila namanya. Parti-parti pembangkang dan NGO bersatu hati melancarkan demonstrasi menentang PPSMI. Adakah perbuatan itu menentang Bahasa Melayu? UMNOlah yang menyebabkan 3 juta murid di Malaysia terkandas pelajarannya kerana PPSMI. Ungku Aziz kata PPSMI projek gila.

PAS sentiasa memimpin orang bukan Islam dalam DAP dan PKR untuk memahami Islam. Itu yang dikatakan PAS membantu DAP dan PKR menolak ke tepi asas negara? Jangan jadi bodohlah. Hakikatnya UMNO bukan sahaja tidak pernah sekalipun mengajak orang bukan Islam dalam BN mengenal Islam secara lebih dekat malahan menolak Islam dan menakut-nakutkan mereka tentang hukum hudud. UMNOlah yang sebenarnya menolak ke tepi prinsip asas negara.

UMNO dan Pemuda UMNO tetap akan menjadi pejuang bangsa, mempertahankan agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu, dan Bahasa Melayu.

Setelah terperangkap dengan sanggahan di atas, inilah pernyataan tidak cerdik dari Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Pernyataan itu bukan sahaja sesat malahan juga menyesatkan. Rakyat Malaysia sudah tahu Tanah Simpanan Melayu dirompak oleh UMNO. Rakyat Malaysia sudah tahu UMNO tidak mahu menjadikan Islam sebagai prinsip perjuangannya. Para pemimpin UMNO masih menyatakan kepada media bahawa parti mereka ialah parti nasionalis sehingga hari ini. UMNOlah yang menyebabkan Bahasa Melayu tidak boleh menjadi bahasa dunia.

Khairy tidak lebih daripada ayam laga yang hanya pandai berkokok tetapi ekor bergelumang taik. Imej sedemikian adalah sesuatu yang lumrah. Setelah MCA menolak rasuah dan pemimpin tidak bermoral, UMNO menjunjung tinggi perasuah. Sudahlah begitu, ada hati pula hendak membanteras rasuah. Begitu sekali bercelarunya pemikiran dan paradoksnya orang UMNO. Tidak payahlah berselindung di sebalik sehelai lalang.

Wednesday, October 14, 2009

QUO VADIS PAKATAN RAKYAT?

Telur sebiji riuh sekampung. Begitulah gambaran yang boleh diberikan terhadap UMNO ketika ini. Walau bagaimanapun, isyarat itu boleh membahayakan Pakatan Rakyat (PR) sekiranya tindakan segera untuk mengubah keadaan tidak diambil.

UMNO sudah melangkah satu tapak ke hadapan untuk mengatasi masalah rasuah politik. Di samping itu, mereka juga menggerakkan jentera untuk mengurangkan pengangguran dan membantu golongan miskin. Semua projek ini dilihat akan menguntungkan UMNO. Maklumlah, mereka mempunyai dana yang banyak.

Dalam keadaan dana terhad, adakah PR tidak boleh melancarkan apa-apa projek untuk menawan hati rakyat? Kerajaan PR Pulau Pinang telah berbuat sesuatu yang berkesan dan terpuji mengenai pembanterasan rasuah. Mereka juga berjaya mengatasi masalah miskin tegar, menyelesaikan krisis Kampung Buah Pala, dan memberi pengiktirafan kepada para hafiz. Kesemua ini amat baik untuk mengekalkan sokongan rakyat kepada PR, khususnya di Pulau Pinang.

Namun demikian, takkanlah Selangor hanya berbangga dengan pemberian air percuma, penyelesaian kes kuil Hindu,pembanterasan minuman keras dalam kalangan umat Islam, dan bantuan kepada pelajar yang berjaya ke universiti sahaja. Banyak lagi yang boleh dilakukan di Selangor. Jika diperhatikan, semua DUN yang dimenangi UMNO terdiri daripada kawasan yang setaraf dengan Bagan Pinang. Jika ditakdirkan berlaku PRK di tempat-tempat itu, PR akan ada masalah besar untuk menang. Mengapa PR tidak berusaha untuk menjaga kebajikan golongan berpendapatan rendah di kawasan itu sebelum UMNO menghamburkan wang yang bertimbun-timbun masa berkempen nanti? Inilah masanya untuk berbakti kepada rakyat yang memerlukan dan rakyat yang dibantu itu tidak akan menganggapnya sebagai gula-gula politik kerana tiada PRK.

Langkah yang sama boleh dijalankan di semua kawasan yang dimenangi UMNO dalam PRU Ke-12 dahulu. Tangkap kemas-kemas orang di kawasan itu sebelum mereka disuap dan diugut oleh UMNO dalam kempen PRK. Kita tidak tahu di mana lagi akan diadakan PRK selepas Bagan Pinang. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Persediaan awal amat diperlukan. Di samping itu, kita perlu mengambil kesempatan ini kerana jarang sekali ADUN UMNO menghiraukan anak buah mereka setelah menang!

Tuesday, October 13, 2009

PAS WAJIB BERUBAH

Setelah perwakilan ke Mesyuarat Agung Luar Biasa MCA dengan beraninya menolak pemimpin yang tidak bermoral kerana mengamalkan rasuah dan hubungan seks, UMNO yang mengemukakan calon perasuah di Bagan Pinang diterima oleh lebih 80% pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka. Hal ini sesungguhnya amat mengecewakan pejuang integriti dan pendakwah Islam. Satu keanehan yang diserlahkan melalui dua insiden itu ialah kewujudan unsur paradoks. Orang bukan Islam bersungguh-sungguh memerangi rasuah dan aktiviti tidak bermoral. Orang Islam pula "menghalalkan" rasuah, penyelewengan, dan salah guna kuasa.

Keanehan itu bukan sahaja memalukan seluruh umat Islam di Malaysia malahan juga mengundang banyak persoalan yang kemudiannya mengusutkan pemikiran. Pengusutan itu tidak syak lagi menjadi duri dalam daging kehidupan duniawi dan menjanjikan kecelakaan di akhirat kelak. Mereka yang beragama Islam tidak boleh mempertikaikan kesahihan kenyataan itu. Tindakan yang positif perlu diambil bagi menanggulangi kecacatan itu.

Sehubungan itu, islamisasi perlu dihidupkan dan digerakkan semula. Kita tidak boleh membiarkan masyarakat Islam di Malaysia dikeji gara-gara kecelaruan pemikiran pelaksana yang mengambil mudah hukum-hakam Islam. Tentulah tidak masuk akal apabila seseorang mengaku dirinya terlibat dengan rasuah tiba-tiba muncul sebagai insan bersih setelah selesai menjalani hukuman parti, sedangkan orang lain yang didakwa melakukan benda yang sama diseret ke mahkamah.

Dalam hal yang disebutkan di atas, bukan sahaja parti itu yang kelihatan berat sebelah malahan juga SPRM yang sudah dinaiktaraf jelas memaparkan sifat tidak telus dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Perbuatan khianat ini perlu dihentikan dengan segera. Rakyat wajib menerima maklumat sesahih mungkin tentang kebobrokan itu. Dengan apa cara sekalipun mereka wajib dididik supaya membenci perasuah, penyeleweng, dan pemimpin yang menyalahgunakan kuasa. Selagi hal ini gagal ditangani, selagi itulah kebobrokan tersebut berterusan.

Demi kelangsungan perjuangan, PAS perlu menggalas tanggungjawab ini melalui perancangan yang sistematik dan praktikal. PAS tidak boleh lagi beretorik tentang UMNO menolak Islam tanpa membuktikan kerja buat PAS yang bukan sahaja selaras dengan ajaran Islam malahan juga mendatangkan kemaslahatan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Banyak ranjau yang perlu ditempuhi untuk merealisasikan hasrat tersebut. Namun, kata orang tua-tua, "Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai."

Keengganan PAS untuk memperjuangkan tugas murni itu akan berakhir dengan tohmahan yang akan mengembalikan parti Islam itu ke takuk lama. Sehubungan itu, slogan PAS FOR ALL dan Islam Memimpin Perubahan akan menjadi gajah putih yang sesuai diletakkan di muzium sahaja.

Sunday, October 11, 2009

ISAISME DI BAGAN PINANG

Tahniah diucapkan kepada Isa yang berjaya mengekalkan kerusi DUN Bagan Pinang dengan majoriti yang lebih besar. Namun, PAS perlu diberi pujian kerana terus berjuang walaupun berstatus "patah sayap terbang jua". Laluan yang ditempuh terlalu sukar. Ranjau paling berbisa ialah kehadiran hampir 5,000 pengundi pos yang tidak boleh ditemui sama sekali oleh PAS. Dengan demikian,peluang keemasan diperoleh UMNO di hadapan mata.

Sekalipun begitu, UMNO telah mengambil kesempatan untuk bukan sahaja merasuah tentera malahan juga mengugut mereka supaya memangkah dacing. Di luar kem tentera, UMNO bukan sahaja menghulur pelbagai projek mi segera dan bantuan semerta malahan juga mengugut pengundi supaya memangkah dacing. Manifestasi ugutan itu terserlah apabila pemuda yang dilatih ala komando bertindak ganas terhadap petugas PAS, terutama yang datang dari luar Negeri Sembilan. Sikap ala assobiah zaman jahiliah ini tidak sihat untuk perpaduan Melayu. Perbuatan buruk kita diperhati dengan teliti oleh kaum lain.

Banyak pihak yang menganggap kejayaan Isa sebagai cerminan kejayaan UMNO dan PM serta sambutan rakyat terhadap konsep 1 Malaysia. Hal tersebut sudah menjadi kelaziman dalam UMNO. Pengucapan ampu-bodek itu telah sebati dan mendarah daging dalam kalangan para pemimpin UMNO. Bos UMNO biasanya begitu teruja dengan pengucapan itu dan terleka dengan dodoiannya. Ketika itulah rasional melayang keluar melalui jendela kewarasan dan musuh mengambil kesempatan untuk menumpaskan mereka.

Kematang berpolitik pemimpin UMNO sedang dipersoalkan kerana mereka bergembira secara keterlaluan, sedangkan kemenangan yang dicapai adalah kali pertama daripada lapan PRK kesemuanya di Semenanjung Malaysia. Apatah lagi kehadirannya sekadar mengekalkan status quo semata-mata.

Keputusan PRK Bagan Pinang membuktikan dua perkara yang diucapkan oleh Dr. Mahathir salah secara total. Pertama, jangan pilih Isa sebagai calon kerana kesalahan rasuah yang dilakukannya akan memudaratkan UMNO. Kedua, janji pembangunan dan perbuatan menabur wang tidak akan berkesan lagi apabila rakyat membenci parti yang bodoh sombong dan mengamalkan rasuah.

Ternyata bahawa Dr. Mahathir dan semua pemimpin UMNO yang menyokong pandangannya salah perhitungan. Sebagai MB N9 selama 22 tahun, Isaisme sudah tertanam kukuh dalam jiwa penduduk tempatan. Isa menggunakan kedudukannya seoptimum mungkin untuk menyerapkan prinsip-prinsip sekularisme ke dalam pemikiran para pengikutnya yang sudah pasti terlalu kerdil pegangan Islamnya. Isa memelihara kesemua mereka seperti orang membela hantu. Jika tidak, mana mungkin ungkapan "kami mahu Isa" keluar dari mulut semua pemimpin UMNO Bahagian Teluk Kemang sehingga memaksa PM tunduk kepada kemahuan itu.

Dari sudut yang lain, kita mendapati Isaisme yang menjalar kepada lebih daripada 80% pengundi Bagan Pinang menyerlahkan sikap mereka yang sama dengan golongan abangan di Indonesia, yakni mengaku Islam tetapi mengambil mudah halal-haram atas semua perkara. Semua pihak perlu berwaspada terhadap penularan pemikiran ini dalam kalangan orang Melayu kerana UMNO sebagai agennya mahu melihat unsur yang menguntungkan mereka itu berkembang biak ke seluruh pelosok negara. UMNO tidak pernah meninggalkan doktrin matlamat menghalalkan cara sehingga kini.

Oleh sebab itu, walaupun berbuih mulut Nizar Jamaluddin menyampaikan tazkirah tentang balasan terhadap pemberi dan penerima rasuah, majoriti pengundi Bagan Pinang tidak mempedulikannya. Bagi mereka, pemimpin yang baik sentiasa memberi perkhidmatan yang mesra, pemurah, dan cakna kepada rakyat di DUN yang diwakilinya. Persoalan-persoalan lain yang ternyata lebih penting seperti moral yang terangkum di dalamnya kualiti, kredibiliti, dan integriti tidak menjadi keutamaan mereka.

Meskipun kemampuan UMNO untuk melahirkan lebih daripada satu Isa boleh dikatakan tiada, kewujudan spesies orang Islam yang sama dengan orang Bagan Pinang di negara ini banyak jumlahnya perlu ditangani dengan penuh tanggungjawab. Tugas berat itu terletak di pundak PAS selaku parti politik yang menjadikan Islam teras perjuangannya. Jika hal ini gagal ditangani PAS sebagai peneraju utama, masa depan parti Islam itu amat gelap.

Saturday, October 10, 2009

MENANGKAN PAS DI BAGAN PINANG

Setelah PAS dan UMNO berkempen selama lebih kurang 8 hari, pengundi-pengundi di Bagan Pinang, tidak kiralah Melayu atau Cina atau India, sudah jelaslah kepada mereka sikap tidak malu UMNO mengemukakan calon perasuah. Calon itu sendiri berselindung di sebalik kesalahan teknikal dan pelanggaran kod etika pemilihan untuk membersihkan dirinya. Pembersihan yang lebih mengejutkan dibuat oleh Najib. Jenayah rasuah yang dilakukan oleh Isa tiada kena-mengena dengan pelanggaran undang-undang negara. Secara tersirat, rasuah dihalalkan secara tidak langsung dalam UMNO. Ini kerana SPRM tidak akan mengganggu urusan dalaman UMNO dan hanya orang yang tertangkap sahaja akan dihukum oleh mahkamah UMNO setelah disabitkan. Selepas menjalani hukuman, pesalah itu bersih sebersih-bersihnya dan boleh bertanding dalam pilihan raya. Undang-undang UMNO mengatasi undang-undang negara. Anda fikirlah sendiri betapa tersasarnya pemikiran PM itu dan bencana apa yang akan melanda Malaysia akibat keputusan double standard itu.

Selain itu, UMNO melalui Mohamad Hassan dan Zahid Hamidi berkempen dalam kem tentera. Mereka merasuah tentera dengan pelbagai janji yang bagus-bagus. Namun, janji itu berunsur ugutan kerana tentera mesti pangkah dacing.

Muhyiddin yang sejak dulu tidak cerdik mendakwa Kelantan mundur. Bila kena tibai dengan Tuan Guru Nik Aziz, tak berjawab. Penceramah-penceramah dan petugas-petugas lain pula sibuk dengan isu basi, iaitu PAS jadi kuda tunggangan DAP, sebar buku fitnah berunsur perkauman, dan memberi lampu hijau kepada pemuda ala komandonya membelasah petugas PAS. UMNO memang terdesak dan ketandusan isu.

Pada hari penamaan calon, Ketua Putera UMNO membohongi seluruh rakyat Malaysia yang dia dikasari ahli PAS hingga pening-pening dan muntah-muntah macam perempuan mengandung. Lakonan murahan yang terkantoi itu telah menjatuhkan harga saham UMNO di Bagan Pinang. Rakyat tidak akan menerima pemimpin yang tidak bermaruah seperti Azeez.

Perhimpunan Luar Biasa MCA sudah tamat. Ong Tee Kiat ditolak. Ini menandakan dia tiada kualiti, tiada kredibiliti, dan tiada integriti. Chua Soi Lek pun kecundang. Dia pun tiada kualiti, tiada kredibiliti, dan tiada integriti. Apakah yang yang boleh diharap oleh orang Cina kepada MCA? Parti taukeh ini sudah muflis.

Najib mengakui orang India ada banyak masalah semasa merasmikan Parti Makkal Sakthi Malaysia. Masalah-masalah yang telah lama berakar umbi itu ialah kemiskinan, standard pendidikan yang rendah, setinggan, dan ketiadaan peluang perniagaan. Siapa yang bersalah apabila hal ini berlarutan? Tentulah MIC pimpinan Samy Vellu yang ditolak rakyat tu. Apakah yang boleh diharap oleh pengundi India kepada MIC? Parti berpresidenkan diktator ini hanya pentingkan kuasa bukan rakyat.

PAS menampilkan calon yang bersih. Zulkefly tidak terlibat dengan rasuah. Dia seorang yang berpendidikan tinggi. Dia telah berjaya membuktikan keikhlasannya untuk membantu masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama sehingga menyebabkan kerajaan UMNO/BN membatalkan projek insinerator berbahaya di Broga. Individu yang berkualiti, berkredibiliti, dan berintegriti seperti inilah yang menjadi harapan rakyat. Sokonglah dia demi kesejahteraan semua pihak di Bagan Pinang.

Kita percaya pengundi-pengundi di Bagan Pinang akan mempertahankan maruah mereka dan maruah bangsa mereka. Mereka akan menolak perasuah, pengkhianat bangsa, dan pemelihara kroni seperti Isa Samad.

INGAT!!! PAS BERSAMA KEHENDAK RAKYAT!!!

ALLAHU AKBAR!!!

PENGUNDI MUDA BENCIKAN UMNO

Pengundi muda bencikan UMNO. Itu kata Daim Zainuddin. Pada hakikatnya, rakyat sudah muak dengan UMNO. Rakyat sudah tidak tahan dengan karenah, perangai, dan gelagat kebanyakan orang UMNO. Generasi muda terutamya, kelihatan begitu alergik dengan UMNO. Berdasarkan pengalaman lepas, tiada lagi gambaran indah UMNO dalam fikiran mereka. Itu kata Dr. Asri.

Golongan muda melihat UMNO hanya menjaga kepentingan kelompok. Ramai yang bongkak dan sombong. Kesemua ini menjadi petanda UMNO ditolak oleh golongan muda di Bagan Pinang.

Harus diingat bahawa 50% daripada 13,664 pengundi Bagan Pinang ialah pengundi muda yang berumur 40 tahun ke bawah. Daripada peratusan itu, yang berumur 30 hingga 39 tahun berjumlah 27%. Golongan inilah yang digilai oleh PAS dan UMNO.

Dalam PRU Ke-12 pada 8 Mac 2008 yang lalu, 55% pengundi muda memilih PAS. Walau bagaimanapun, UMNO menang dengan majoriti 2,333 undi. Sudah tentulah disebabkan oleh undi pos tentera memihak kepada mereka. Sekiranya undi pos kali ini 50 - 50, satu kejutan akan berlaku. Hal ini tidak mustahil akan berlaku sekiranya tentera meluat dengan ugutan dan rasuah politik yang dijanjikan oleh Mohamad Hassan dan Zahid Hamidi.

Alasan yang digunakan oleh golongan muda kaum India untuk menyokong PAS dalam PRU yang lalu ialah kemarahan terhadap kerajaan yang mengISAkan pemimpin Hindraf. Kini, kemarahan itu sudah hilang. Betulkah begitu? Orang India masih jauh ketinggalan. MIC yang terus dipimpin oleh Samy Vellu tidak mempedulikan nasib kaum India, sebaliknya lebih memfokuskan kepada mengekalkan kuasa.

Golongan muda India akan menolak UMNO kerana isu mengarak kepala lembu berdarah di Shah Alam. Golongan muda India khasnya dan kaum India amnya akan menolak UMNO kerana seorang sahaja anggota polis yang diseret dalam kes pembunuhan Kugan.

Golongan muda Cina akan menolak UMNO kerana menyebarkan maklumat palsu dalam buku yang berniat untuk menfitnah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Buku itu mengapi-apikan isu perkauman. Mereka tidak mahu melihat isu itu terus dimainkan oleh UMNO setelah menyedari Pakatan Rakyat telah berjaya melangkaui batas-batas perkauman apabila membentuk kerajaan di Kedah, Selangor, dan Pulau Pinang.

Golongan muda Melayu, Cina, dan India akan menolak UMNO di Bagan Pinang kerana melihat dengan jelas kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak membela rakyat pelbagai kaum melalui konsep kerajaan berkebajikan dan kejayaan PAS memberi kefahaman Islam kepada rakan bukan Islam mereka. Kejayaan itu telah menimbulkan iri hati UMNO/BN sehingga mereka merampas kuasa di Perak. Kemarahan rakyat terhadap nafsu serakah UMNO dalam kes ini tidak dapat ditahan oleh UMNO.

Golongan muda Melayu, Cina, dan India akan menolak UMNO kerana tertarik dengan kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng yang mendapat pujian kerena ketelusan dan kesungguhan membanteras rasuah. Mereka gembira melihat kejayaan itu sedangkan indek rasuah Malaysia semakin teruk dari hari ke hari.

Kini, pengundi-pengundi Melayu, Cina, dan India akan menolak UMNO kerana menggunakan taktik kotor di Bagan Pinang. Mereka telah menghantar Pemuda UMNO yang kononnya dilatih ala komando untuk membelasah petugas PAS sesuka hati. PDRM nampaknya lebih cenderong menyalahkan PAS dalam hal ini. Namun, ketegasan Sallehuddin dalam isu akan menambah parah lagi kebencian pengundi kepada UMNO. Penggunaan taktik itu menyerlahkan UMNO berada dalam keadaan yang sangat terdesak untuk mengemis undi rakyat.

Rakyat tersentak apabila Najib "menghalalkan" rasuah politik semasa menjawab pertanyaan seorang pelajar Malaysia di Paris. Penghalalan itu menyebabkan UMNO selama-lamanya akan menjadi parti rasuah. Perasuah akan tumbuh bagai cendawan pada musim hujan dalam UMNO. Mereka tidak perlu takut untuk mengamalkannya. Jika tertangkap, SPRM tidak peduli. Mereka hanya dihukum oleh mahkamah UMNO. Paling tinggi 6 tahun. Kalau merayu dikurangkan ke 3 tahun, macam Isa Samad dapat. Selepas tamat menjalani hukuman, mereka akan diisytiharkan bersih seputih kain putih yang baru keluar dari kilang dan boleh bertanding dalam pilihan raya. Ah! rasuah politik hanya soal teknikal dan melanggar kod etika pemilihan sahaja.

Sebab itu Mohamad Hassan dan Zahid Hamidi tanpa segan silu mengugut dan merasuah tentera dengan pelbagai janji demi mengemis undi golongan itu di kem mereka. PAS tidak dibenarkan berkempen di kem. UMNO boleh. Inilah demokrasi ciptaan UMNO.

Dengan imej UMNO yang teramat buruk itu, pengundi-pengundi Bagan Pinang tiada pilihan selain menolak UMNO ke tepi pada 11 Oktober 2009 nanti. Ingat! PAS akan tetap bersama kehendak rakyat pada bila-bila masa.

Jika sekiranya UMNO menang di Bagan Pinang, sesuatu yang aneh telah muncul dalam sejarah politik Malaysia. Perasuah diterima menjadi wakil rakyat. Rakyat kehilangan integriti. Pemimpin kehilangan integriti. Kerajaan kehilangan integriti. Dunia akan ketawakan Malaysia. Pelabur yang serakah akan datang berduyun-duyun kerana mereka tahu untuk dapat projek perlu memberi sogokan sahaja. Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) pun datang bertalu-talu, hulur saja boleh lepas. Apa nak jadi dengan negara kita? Hancurrrrr

Pengundi-pengundi Bagan Pinang. Anda hanya ada dua pilihan, iaitu memilih perasuah atau wakil rakyat yang berpendidikan tinggi, bebas rasuah, dan sanggup berbakti demi kesejahteraan awam (rujuk ke Broga).

Friday, October 9, 2009

UMNO MEMANG TIDAK BERGUNA

UMNO panik bila non-Muslim belajar Islam

Sudah banyak kali pemimpin bukan Islam membaca ayat suci al-Quran dalam kempen pilihan raya atau ceramah politik. Apabila MP Padang Serai berbuat demikian, pemimpin UMNO yang melatah ialah Rais Yatim. Padahal dialah yang telah terbukti mengucapkan kata-kata yang menghina Islam. Inilah contoh pemimpin yang munafik.

UMNO telah diketahui umum tidak pernah menjalankan aktiviti bagi membolehkan ahli-ahli parti-parti komponen yang dianggotai oleh bukan Islam memahami Islam yang sebenarnya walaupun mereka telah berkuasa selama 52 tahun. Hal ini menyebabkan pemimpin-pemimpin bukan Islam dalam BN buta Islam.

Jika demikian keadaannya, mengapa mereka berasa kurang senang apabila PAS berusaha memahamkan pemimpin bukan Islam dalam Pakatan Rakyat (PR)tentang Islam? Tidak lain tidak bukan adalah kerana mereka sudah panik melihat pemimpin bukan Islam dalam PR lebih tahu tentang Islam daripada pemimpin UMNO sendiri. Rakyat tahu UMNO bukan sahaja menolak Islam malahan juga menghina Islam.

Oleh sebab itu, pengundi di Bagan Pinang perlu menolak parti yang bukan sahaja sekular malahan juga kental dengan semangat perkauman ini.

Orang bukan Melayu tidak menghina orang Melayu dan Bumiputera tetapi sebaliknya marah dan kecewa dengan UMNO yang kononnya menjaga Ketuanan Melayu namun membiarkan mereka terus-terusan dihimpit kesusahan.

Kenyataan di atas secara terang menempelak pemimpin UMNO lebih senang membina istana atas wang rasuah. Lebih suka melihat orang Melayu dan Bumiputera susah supaya dapat dibuli dan digula-gulakan dengan wang ringgit yang tak seberapa apabila ada pilihan raya. Seronok melihat orang Melayu dan Bumiputera terkial-kial mencari sesuap nasi lalu dihulurkan umpan bagi membolehkan UMNO mendapatkan ucapan terima kasih sebagai tanda prihatin. Padahal sebagai pemerintah, mereka perlu menolong secara ikhlas bukannya menunjuk-nunjuk dan mengemis balasan.

Oleh sebab itu, pengundi di Bagan Pinang perlu menolak UMNO yang mengkhianati orang Melayu dan Bumiputera.

Orang bukan Melayu tidak menyokong BN kerana keadilan sejagat telah diabaikan. Liberalisasi ekonomi yang diumumkan Najib diharap mampu membuka sedikit ruang kepada bukan Melayu untuk menyokong BN. Namun rasuah, sogokan, rasuah politik, dan salah guna kuasa sejak lebih 50 tahun mentadbir negara tidak dapat disembunyikan melalui retorik murahan itu. Apatah lagi apabila liberalisasi ekonomi itu ditakuti menggadai negara kepada kapitalis dunia.

Kenyataan ini meletakkan UMNO dalam keadaan genting. Usaha yang berbaur muslihat itu dapat dikesan oleh orang bukan Melayu. Mereka tahu orang seperti Isa Samad hanya memelihara kroninya seperti Datuk Gan sahaja. Sukar bagi orang lain untuk mendapat peluang kerana tiada keadilan dalam UMNO dan kerajaan BN yang memerintah. Yang untung tetap juga orang seperti Ong Tee Kiat. Orang seperti Teoh Beng Hock mati di pejabat SPRM. Orang seperti Kugan mati dalam "jagaan" polis.

UMNO tidak dapat berselindung di sebalik sehelai lalang. Semua kerja jahat mereka telah diketahui oleh rakyat. Tidak kira Melayu atau Cina atau India. Oleh sebab itu, lebih cepat riwayat UMNO ditamatkan, lebih baik masa depan bagi semua bangsa di Malaysia. Menjadi tugas pengundi-pengundi di Bagan Pinang untuk merealisasikan matlamat ini.

Wednesday, October 7, 2009

UMNO TIADA KUALITI, KREDIBILITI, DAN INTEGRITI

Ciri-ciri pemimpin yang bagus ialah kualiti, kredibiliti, dan integriti. Ciri-ciri yang dinyatakan itu tidak ada dalam UMNO. Pandangan ini dibuat berasaskan pembongkaran demi pembongkaran yang diserlahkan kepada rakyat tentang laku perbuatan para pemimpin UMNO yang sudah lebih setengah abad memerintah Malaysia.

KUALITI

Jika bersih dijadikan penanda aras kepada kualiti pemimpin, kita dapat mengesahkan bahawa barisan kabinet Najib tidak berkualiti. Pegangan ini diperkuatkan lagi oleh kenyataan Dr. Mahathir bahawa masih terdapat 2 atau 3 orang anggota kabinet Najib yang tidak bersih. Kabinet Najib menjadi bertambah tidak bersih apabila orang yang kalah dalam PRU Ke-12 yang lalu dan orang yang tidak bertanding dalam PRU tersebut dilantik menjadi menteri.

Najib gagal membersihkan kabinetnya kerana bilangan ahli parlimen bukan sahaja dari UMNO malahan juga dari parti-parti komponen BN yang bersih amat berkurangan. Inilah masalah besar yang dihadapi oleh UMNO/BN. Masalah rasuah dalam UMNO terutamanya, sukar dibendung kerana semua lapisan pemimpin dalam parti itu tidak serius menangani malah kelihatan menyokongnya apabila tiada sesiapa yang mengambil tindakan keras terhadap amalan itu. Dari sudut yang lain, perasuah dibenarkan memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Menteri Melaka. Rasuah pasti menjadi-jadi dalam UMNO/BN kerana mereka tidak diusik oleh SPRM.

Memburukkan lagi keadaan, pimpinan UMNO termasuk Isa yang menjadi calon PRK Bagan Pinang seperti mahu bermain-main dengan istilah. Bagi mereka, sabit kesalahan politik wang hanya bercanggah dengan kod etika pemilihan parti tetapi tiada kena-mengena dengan jenayah rasuah. SPRM pula senyap seribu bahasa walaupun Ketua Pesuruhjayanya, Ahmad Said Hamdan pernah menegaskan bahawa amalan membeli dan menjual undi yang disebut politik wang itu sebenarnya rasuah.

Isa digantung keahliannya dalam UMNO pada 24 Jun 2005 lalu. Akhbar melaporkan, beliau didapati bersalah kerana terlibat dalam politik wang.Hari ini, Najib dilihat menyanggah pandangan Dr. Mahathir itu. Kenyataan beliau dilihat menimpakan tamparan yang hebat kepada pendirian Dr. Mahathir yang menekankan pimilihan calon yang bebas politik wang.

Dari Paris, Bernama melaporkan Najib menegaskan bahawa Isa hanya melakukan kesalahan teknikal parti dan bukan kesalahan daripada segi undang-undang negara. Penegasan ini mengesahkan bahawa UMNO mengamalkan sikap double standard. Undang-undang dalam kalangan UMNO lain dan undang-undang untuk orang di luar UMNO lain. Sudah tentulah pegangan ini amat berbahaya.

Whitewashing atau pembersihan yang dibuat sendiri oleh Najib ke atas Isa itu bukan sahaja menghantar kelegaan yang membelai keinginan dan cita-cita belas Menteri Besar Negeri Sembilan itu untuk kembali berpencak dalam arus perdana politik UMNO dan BN, malah sekali gus menyimbah sinar harapan baru kepada semua penagih politik wang dalam UMNO.

Rakyat tidak dapat menerima pemimpin yang tidak bersih. Kualiti barisan kepimpinan yang kotor amat membimbangkan mereka. Apatah lagi PM pun pernah dituduh mengamalkan rasuah oleh ahli UMNO sendiri tetapi tidak pernah disiasat. Oleh sebab itu, kecurigaan mereka terhadap pemimpin UMNO/BN tidak dapat dikikis.

KREDIBILITI

Kewujudan pemimpin yang tidak bersih dan tidak berkualiti menandakan parti yang dianggotai oleh mereka tiada kredibiliti. Ada kredibilitikah pemimpin yang mengemukakan gagasan besar seperti 1 Malaysia tetapi tidak tahu mendefinisi dan memperincikannya? Ada kredibilitikah pemimpin yang tahu bercakap ikut sedap mulut sahaja? Ada kredibilitikah pemimpin yang menyokong tindakan perkauman seperti perarakan kepala lembu? Ada kredibilitikah MB yang gagal membina stesen bas tetapi memegang jawatan itu selama 22 tahun?

Tidak usahlah berbangga menjadi pemerintah selama 52 tahun, tetapi rakyat sudah tahu pelbagai kecurangan yang dilakukan terhadap bangsa sendiri. Bangsa sendiri hanya dapat 19% ekuiti melalui DEB gara-gara nepotisme dan kronisme serta berbagai-bagai tindakan keparat lagi. Rakyat yang berpendapatan di bawah RM 1,000.00 majoritinya orang Melayu. Entah berapa luas lagi Tanah Simpanan Melayu yang akan dirompak oleh UMNO atas nama pembangunan? Orang Melayu masih macam itu juga. Bila ada PRK dapatlah kain batik, telekung, dan seratus dua.

Rakyat resah dan gelisah dengan kewujudan pemimpin seperti ini. Sesebuah negara tidak akan maju jika diterajui pemimpin yang tiada kualiti dan kredibiliti.

INTEGRITI

Kejujuran dan ketelusan merupakan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh pemimpin. Pemimpin UMNO tidak jujur apabila melaksanakan projek untuk rakyat. Jika mereka jujur, tiadalah bangunan yang runtuh, tiadalah bumbung masjid yang runtuh, tiadalah menara telekomunikasi yang menyembah bumi, tiada kolam renang yang bocor sana sini, dan tiadalah makmal komputer yang tak senonoh pembinaannya.

Teluskah sebuah kerajaan yang mempergunakan polis, mahkamah, SPRM, SPR untuk terus berkuasa. Persoalan-persoalan ini menjadi perhatian rakyat ketika ini. Tidak kiralah mereka itu tua atau muda, tinggal di desa atau di bandar, masih belajar atau sudah bekerja, senang atau susah.

KESIMPULAN

UMNO tidak boleh dibiarkan bersenang lenang dengan pemujaan terhadap rasuah. UMNO tidak boleh dibiarkan bersuka ria dengan nepotisme dan kronisme. UMNO tidak boleh dibiarkan sesuka hati mendendangkan isu perkauman. UMNO tidak boleh dibiarkan melalak siang dan malam tentang membela Islam sedangkan hakikatnya PM sendiri pun menghina Islam.

Pengundi-pengundi Bagan Pinang mesti menghentikan semua ini. Setelah berjaya di Bagan Pinang, usaha ini akan diteruskan di PRK lain pula menurut ketentuan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Insya Allah akan ada lagi PRK selepas ini. Manusia ialah hamba yang bukan sahaja lemah malah sering diuji.

Tuesday, October 6, 2009

MUHYIDDIN CAKAP IKUT SEDAP MULUT

Ketika seronok berkempen di Bagan Pinang kerana dapat peluang menghentam pihak lawan, Muhyiddin jadi mabuk macam orang kena todi. Orang mabuk memang bercakap ikut sedap mulut sahaja. Lalu berceritalah dia tentang negeri Kelantan yang mundur di bawah pemerintahan PAS. Dia tidak memberikan apa-apa bukti pun untuk mengukuhkan tuduhannya. Itulah mentaliti cabuk pemimpin nombor dua Malaysia.

Semasa dia pergi berkempen di Manek Urai dahulu, tentu dia ronda-ronda di Pekan Kuala Krai. Dia tak nampakkah banglo milik penduduk Melayu di situ?. Bila dia pergi Kota Bharu, dia tak tengokkah berapa ramai taukeh emas Melayu di bandar itu? Dia tak tengokkah berapa ramai peniaga Melayu di pasar?

Ada berapa banglo milik Melayu di Pagoh? Ada berapa banglo milik Melayu di Pekan? Ada ke taukeh emas Melayu di Pagoh? Ada ke taukeh emas Melayu di Pekan? Semua peniaga pasar di Pagoh tu Melayu ke? Semua peniaga pasar di Pekan tu Melayu ke?

Muhyiddin kena tahu bahawa senarai di bawah menjadi indikator yang sah tentang kemiskinan tegar di Malaysia:

(1) Sabah 32,297
(2) Terengganu 8,300
(3) Perak 5,730
(4) Sarawak 5,243
(5) Kedah 4,938
(6) Kelantan 3,550

Jumlah miskin tegar di Kelantan jauh lebih rendah daripada Sabah, Terengganu, Perak, Sarawak, dan Kedah walaupun negeri itu dikatakan oleh Muhyiddin termundur di Malaysia. Jika Timbalan Perdana Menteri tidak tahu baca statistik yang budak sekolah rendah pun boleh faham ni, tak usahlah jadi Menteri Pelajaran Malaysia.

Apa Terengganu buat dengan royalti minyak yang jumlahnya berbilion tu? Buat bangunan yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh orang Terengganu. Hebat tu. Tapi apa jadi. Satu persatu runtuh sehingga Terengganu pada masa ini boleh diberi gelaran Terengganu Darul Runtuh. Banyak sangat telan duit haram hingga bina bangunan pun tak ikut spesifikasi.

Masa Isa jadi MB Negeri Sembilan merangkap ADUN Linggi, stesen bas pun tidak dapat disiapkan. Sampai la ni apa pun tak dak. Macam tu pun Isa bagus. Jalan dari Pasir Panjang ke Port Dickson tak siap-siap. Macam tu pun kerajaan BN Negeri Sembilan bagus. Bagus kepala hotak!

Pengundi-pengundi Bagan Pinang yang bermaruah dan bersemangat tinggi di kem-kem tentera, janganlah bersimpati dengan parti rasuah dan pengkhianat bangsa ini. UMNO perlu ditamatkan riwayatnya secepat yaNG mungkin untuk membolehkan orang Melayu hidup bahagia di tanah air tercinta ini.

UNDILAH PAS. PAS FOR ALL. ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN. KEKALKAN KEMENANGAN UNTUK RAKYAT.

Monday, October 5, 2009

UMNO ANIAYA ORANG MELAYU

Kasihan orang Melayu yang sering ditipu oleh UMNO. Kasihan orang Melayu yang selalu dibuli oleh UMNO. Kasihan orang Melayu yang majoritinya miskin. Kasihan orang Melayu yang digula-gulakan UMNO. Kasihan orang Melayu yang dipujuk dengan projek mi segera. Kasihan orang Melayu sokong para pemimpin UMNO yang hanya tahu buat mahligai besar. Kasihan orang Melayu yang tidak jemu-jemu dianiaya UMNO. Kasihan! Kasihan!! Kasihan !!!

Orang Melayu ditipu UMNO semasa melaksanakan DEB. DEB hanya mampu memberi 19% penguasaan ekuiti. Kata Muhyiddin DEB gagal kerana ketirisan dan salah guna kuasa. Yang melubangkan hingga tiris dan salah guna kuasa ialah UMNO sendiri. Mereka pentingkan diri sendiri dan kroni.

Orang Melayu dibuli oleh UMNO melalui PPSMI. Kira-kira 3 juta pelajar sudah
'terkorban' dan gagal memperoleh sijil, sekali gus tercicir daripada sistem persekolahan kerana kegagalan menguasai bahasa Inggeris sejak dasar PPSMI dilaksanakan pada 2003, kata Muhyiddin.

Orang Melayu yang majoritinya miskin, pilih UMNO, tetapi pemimpin UMNO bersuka ria di istana yang dibina melalui rasuah.

Orang Melayu digula-gulakan UMNO hanya dengan kain pelekat, kain batik, sejadah, beras, gula, teh, dan kopi setiap kali PRU dan PRK. Selepas menang, batang hidung pun tak nampak lagi.

Orang Melayu diberi projek mi segera oleh UMNO setiap kali PRU dan PRK diadakan dan selepas itu dibiarkan terkontang-kanting dengan pendapatan di bawah RM1,000.00 sebulan.

Tanah Simpanan Melayu (TSM)diambil oleh UMNO tetapi tidak pernah diganti. Pada tahun 1957 ada 3 juta hektar TSM. Tahun 1995 hanya tinggal 1.7 juta hektar sahaja. Mengapa 1.3 juta hektar itu tidak diganti? Apa akan jadi kepada TSM menjelang tahun 2020? UMNO lebih teruk daripada penjajah Inggeris.

Kesemua kenyataan di atas terjadi kerana orang Melayu terlalu percaya kepada UMNO. Rupa-rupanya mereka pengkhianat. Harapkan pegar, pegar makan padi. Oleh sebab itu, rakyat perlu mengubah sikap. Perubahan perlu dibuat semasa memilih ADUN atau MP. Pilihan itu sudah tentulah bukan UMNO. Parti pengkhianat ini perlu dikuburkan dengan segera kerana menjadi duri dalam daging bangsa Melayu.

Sunday, October 4, 2009

PARTI KORUP BERNAMA UMNO

Satu Malaysia sudah tahu UMNO ialah parti korup. Lembaga Disiplin UMNO menerima lebih daripada 900 aduan rasuah politik sebelum Persidangan Agung UMNO 2009 yang lalu. Dari jumlah itu, berapa kerat sahaja yang selesai disiasat dan diambil tindakan? Rakyat hanya mengetahui Ali Rustam disahkan melakukannya. Dia tidak boleh bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO tetapi terus memegang jawatan Ketua Menteri Melaka. Seorang lagi yang sah mengamalkan rasuah politik ialah Khairy Jamaluddin. Dia boleh bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dan menang.

Apakah natijah daripada kes-kes di atas? UMNO ialah parti korup. Perbuatan rasuah dalam UMNO yang berleluasa tidak dihiraukan oleh SPRM kerana bagi kedua-duanya rasuah halal yang sebebas-bebasnya boleh dilakukan oleh ahli-ahli UMNO semasa pemilihan pemimpin mereka. Oleh sebab itu, rasuah yang diharamkan dalam Islam itu menjadi pujaan semua ahli UMNO. Pemujaan terhadap rasuah menyebabkan UMNO memilih Isa, seorang perasuah tegar sebagai calon mereka dalam PRK Bagan Pinang.

Isa bukan sahaja terlibat dengan rasuah malahan juga menganiaya rakyat Negeri Sembilan melalui penternakan babi secara haram sehingga berlaku wabak JE di Bukit Pelanduk. Penganiayaan itu masih segar dalam ingatan rakyat. Rakyat tidak akan memaafkan Isa atas kesengsaraan yang mereka terpaksa hadapi.

Isa juga dikatakan menyembunyikan perbuatan mungkar yang dilakukan oleh Najib dengan seorang selebriti. Islam melarang umatnya memilih pemimpin dalam kalangan manusia sebegini. Kemungkaran adalah makanan ruji para pemimpin UMNO.

Semua pengundi di Bagan Pinang perlu merenungi kes-kes yang disebutkan ini sebelum mengundi. Anda semua ialah pengundi yang bermaruah, pengundi yang membenci rasuah, dan pengundi yang berpegang kepada amar makruf nahi mungkar.

UNDILAH PAS. PAS FOR ALL. ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN. KEKALKAN KEMENANGAN UNTUK RAKYAT.

Saturday, October 3, 2009

TUMPASKAN UMNO DI BAGAN PINANG

UMNO akan hanya bercakap perkara-perkara yang baik-baik tentang Isa. Mereka akan menutup rapat-rapat kecurangan Isa. Mereka akan memperlihatkan Isa sebersih kain putih yang baru keluar dari gudang. Sebaliknya, mereka menggambarkan pemimpin PR, terutamanya Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa, sekutu rapat Amerika, tali barut Yahudi, dan sebagainya.

Propaganda tentang imej buruk Anwar Ibrahim yang memualkan dan sudah basi itu diulang jaja di Bagan Pinang untuk menutup imej rasuah pada tubuh UMNO dan para pemimpinnya. Di samping itu, propaganda tersebut juga bertujuan untuk menutup kecurangan yang dilakukan oleh para pemimpin UMNO.

UMNOlah bertanggungjawab merampas Tanah Simpanan Melayu atas nama pembangunan. Tanah orang Melayu diambil tetapi yang membangun bukan orang Melayu. Limpahan wang hanya beredar dalam kalangan pemimpin UMNO dan kroni mereka. Minoroti orang Melayu inilah yang muncul menjadi hartawan dan jutawan, majoriti orang Melayu papa kedana.

UMNOlah yang bertanggungjawab menganiaya 3 juta anak Melayu Melayu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Sebelum tiba tahun 2012, tidak tahu berapa ramai lagi anak Melayu yang teraniaya. Bagaimana dengan masa depan anak Melayu yang teraniaya itu? UMNO tidak pernah pun bercakap tentang untung nasib mereka.

UMNOlah yang terlibat dalam kes PKFZ. Mereka cuba tutup dengan pelbagai cara. Yang terkena tempiasnya ialah MCA. Pemimpin UMNO terlepas. Kertas kabinet yang bocor membuktikan penyalahgunaan kuasa pemimpin UMNO dalam kes PKFZ. Mereka tidak mungkin dapat menyembunyikannya lagi.

Sudah banyak pekung UMNO yang dilondehkan. Rakyat melihatnya dengan perasaan marah dan kecewa. PRK Bagan Pinang mesti dijadikan titik mula penentangan terhadap UMNO di selatan Semenanjung Malaysia.

Pengundi-pengundi Bagan Pinang perlu sedar bahawa MB Negeri Sembilan terus membisu tentang dakwaan yang dilemparkan kepadanya. Kebisuan itu menunjukkan dakwaan yang dibuat berasas.

Jika begitu sekali parahnya kejahatan yang dilakukan UMNO, masihkah kita mengambil sikap tidak apa? Kita perlu hentikan semua kerja keparat itu. Jangan beri undi anda kepada UMNO di Bagan Pinang. Dengan berbuat demikian, anda mencantas dahan rasuah yang menjadi tempat bergantung para pemimpin UMNO.

PAS FOR ALL. ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN. KEKALKAN KEMENANGAN UNTUK RAKYAT.

Friday, October 2, 2009

PROPAGANDA MURAHAN UMNO DI BAGAN PINANG

Blog proUMNO telah mula mencerca Anwar Ibrahim khasnya dan Pakatan Rakyat (PR)amnya untuk meruntuhkan kredibiliti para pemimpin PR. Walau bagaimanapun, hujah yang dikemukakan sudah basi dan tidak diterima oleh rakyat. Langkah terdesak melalui kata-kata kesat itu menunjukkan UMNO telah ketandusan isu untuk melawan isu rasuah dalam parti dan para pemimpin UMNO. Rakyat sudah tahu temberang itu.

UMNO memutarbelitkan kenyataan Anwar tentang Chin Peng di kem-kem tentera. Mereka mendakwa Anwar menyokong Parti Komunis Malaya (PKM) tetapi menyembunyikan fakta sebenar yang dikemukakan oleh Anwar, iaitu sikap double standard kerajaan memaafkan Republik Rakyat China yang menyokong PKM tetapi enggan memaafkan Chin Peng. Tidak timbul langsung isu sokong komunis dan tidak menghargai jasa perwira negara yang menentang komunis dalam ucapan Anwar.

UMNO akan membuang tenaga dan wang melalui propaganda murahan itu. Rakyat tetap lupa calon UMNO seorang perasuah. Mahkamah UMNO yang cintakan rasuah telah memendekkan hukuman terhadap perasuah itu. Adakah hukuman Mahkamah UMNO terhadap Isa itu menyebabkan dia tidak akan disoal lagi di akhirat nanti?

Pengundi-pengundi Bagan Pinang, tidak kira tentera mahupun orang awam perlu menolak perasuah demi kesejahteraan hidup rakyat Malaysia. Jika perasuah menang, akan bertambah senanglah perampok-perampok dalam UMNO. Jangan biarkan hal ini berlaku.

Thursday, October 1, 2009

UMNO PERBODOHKAN PENGUNDI BAGAN PINANG

Dalam keghairahan memenangi PRK Bagan Pinang, UMNO telah menolak ke tepi banyak perkara. Pertama, mereka mencalonkan perasuah. Isa bukan sahaja telah terbukti mengamalkan najis rasuah malahan juga salah guna kuasa.

Kedua, Isa ialah pemimpin tidak lama tidak baru yang telah ditolak oleh ahli-ahli UMNO sendiri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2009 yang lalu. Oleh itu, dia boleh disifatkan sebagai surat khabar lama yang dikitar semula.

Ketiga, UMNO sudah tidak mempunyai calon pilihan raya yang bersih. Sebab itulah Isa yang diselaputi najis rasuah dicalonkan juga. Tindakan itu dilihat sebagai percubaan untuk memperbodohkan pengundi Bagan Pinang.

Keempat, UMNO memaksa pengundi Bagan Pinang mengundi perasuah yang menganggotai parti rasuah. Hal ini memperlihatkan sifat zalim yang melekat kemas dalam jiwa para pemimpin UMNO.

Jika demikian keadaannya, pengundi-pengundi Bagan Pinang yang bijak dan bermaruah tidak akan mengundi perasuah. Mereka akan mengundi calon yang bersih, berpengetahuan tinggi, dan mampu membela nasib mereka.

Mereka tidak akan memilih perasuah yang hanya mementingkan diri sendiri dan kroni. Perasuah tidak akan mengambil berat nasib rakyat. Ucapkan selamat tinggal kepada Isa.