UMNO PENIPU BESAR
Bulan Mac nanti, Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan akan menerima wang ehsan sebanyak RM20 juta. Najib kata UMNO/BN tidak tipu rakyat Kelantan. Barangkali dia ingat orang Kelantan semuanya tidak cerdik. Ramai dalam kalangan mereka cerdik-cerdik belaka. Sebagai negeri bermajoriti Melayu, orang Kelantan dapat kuota lebih untuk masuk universiti. Najib tersalah langkah lagi.
Rakyat Kelantan tidak akan menerima kenyataannya, kecuali Mustapha Mohamaed dan Awang Adik yang lebih kurang sama sahaja level pemikirannya dengan Najib.
Mereka tahu isi kandungan perjanjian antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Petronas. Tengku Razaleigh telah beritahu mereka semuanya. Dia yang buat, dia tahulah. Bagaimana orang hendak percaya cakap Najib sedangkan dia tidak buat perjanjian itu dan sengaja buat-buat tidak tahu kandungannya?
Isu akan akan menjerat leher UMNO/BN yang terkenal dengan pengkhianatan mereka terhadap orang Melayu. Dr. Mahathir kata UMNO tidak boleh diharap untuk memperjuangkan hal Melayu. Ada NGO lain yang katanya lebih prihatin memperjuangkan Melayu. Tidak kiralah dia nyanyok ke tidak semasa mengeluarkan kenyataan itu. PERKASA hanyalah bertaraf anjing menyalak bukit. Siapa yang peduli cakap Ibrahim Ali tu?
Ibrahim Ali jugalah yang beritahu rakyat bahawa Muhyiddin jual tanah Johor kepada Singapura. Kiri, kanan, depan, belakang, atas, bawah semua dia tibai. Manusia jenis inikah yang hendak dipercayai? Tak payahlah.
Rakyat perlu membulatkan tekad mulai hari ini untuk menumbangkan UMNO dalam PRU Ke-13 biar banyak mana pun wang rakyat digunakan untuk kempen UMNO Juara Rakyat dan 1 Malaysia. Mereka tetap pengkhianat di mata rakyat. Mereka jugalah yang cuba menyemarakkan semangat perkauman dalam isu kalimah Allah. Kononnya nak jadi juara tetapi jadi kera kena belacan!!!
