KEMBALILAH KEPADA ISLAM
SUARA MALAYSIAKU SATU
Semasa ditubuhkan pada tahun 1946 untuk membantah Malayan Union, majoriti orang Melayu menyokong UMNO kerana hak mereka terhakis. UMNO mendapat kredit khas kerana berjaya mengelakkan bencana menimpa orang Melayu. UMNO terus disokong selepas itu sehinggalah kecurangan mereka terbongkar dengan berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Pada masa itulah rasa tidak puas hati terhadap ketidakadilan sosial meletus menjadi pergaduhan antara kaum.
UMNO tidak akan dapat menipu rakyat Kelantan tentang royalti petroleum. Mereka tidak akan percaya kepada penjelasan walaupun seribu kali lagi di dada-dada akhbar yang pro-UMNO. Mereka tahu penjelasan itu cuba mengelirukan mereka.
Apabila menyebut tentang kelemahan orang Melayu dalam serba-serbi bidang, kecenderungan yang sudah menjadi kemestian ialah menyalahkan penjajah British. Hakikatnya tiada satu pun bangsa penjajah yang baik. Jika itu sudah diterima sebagai kebenaran hakiki, tidak perlulah kita ungkit-ungkit lagi.
Sejak belakangan ini Pemuda UMNO asyik bising di sana sini. Kebisingan for the sake of bising sahaja. Semuanya kosong. Macam padi hampa.
Bermula dengan isu royalti petroleum Kelantan membawa kepada isu kalimah "Allah", isu pembatalan perarakan Maulisur Rasul di Pulau Pinang, isu sebat pesalah wanita Islam, isu rasis pegawai khas Najib, dan isu lambakan pendatang asing, UMNO tersepit hingga tidak boleh bernafas.
Hanya sekarang baharulah kita mendengar reaksi Menteri Keselamatan Dalam Negeri terhadap lambakan warga asing di negara ini. Rakyat sudah lama mengeluh baharu sekarang dia kata kewujudan itu luar biasa. Sahlah bahawa sebelum ini dia tidur. Sindrom tidur dalam kalangan menteri UMNO/BN sudah menjadi satu sindrom. Ketiduran mereka tidak jadi hal kalau kesannya hanya muka sembab,lantak dialah kalau nak sangat nampak sembab, tetapi hal ini bersangkut paut dengan keselamatan negara.
Isu perarakan Maulidur Rasul pada mulanya kelihatan terlalu kecil dan terpinggir. Pencetusnya ialah Pak Lah yang kini menjadi pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia(IKIM). Sebagai seorang cucu ulama, dia patut duduk di situ.
Satu lagi kerja kotor UMNO terbongkar. Rupa-rupanya mereka melalak bagai nak rak masa ini adalah kerana kroni mereka dipinggirkan oleh Lim Guan Eng. Mereka tidak dapat projek Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
UMNO telah tersadai di Pulau Pinang dalam PRU Ke-12. Gerakan dan MCA tersungkur terus. Mereka gagal membela nasib orang Melayu, Cina, dan India. DAP yang selama ini gagal merealisasilan Projek Tanjung 1 dan 2 muncul sebagai pengemudi pemerintahan dengan menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola. Untuk ke arah itu, DAP membuat anjakan paradigma yang besar. DAP rapat dengan PAS yang dahulunya mereka tentang kerana percayakan dakyah UMNO bahawa PAS menggunakan agama untuk tujuan politik.
Ibrahim Ali ialah Presiden Perkasa. NGO nyamuk ini kelihatan lantang kerana presidennya gila glamour. Tak henti-henti nak bercakap kerana dia menghidap sawan retorik. Retoriknya hanya ditujukan kepada satu pihak sahaja. Oleh sebab itu, kita boleh membuat kesimpulan bahawa organisasi ini menjadi alat parti pemerintah. Presidennya pula anggota bebas.
UMNO memang sudah terkenal sebagai parti rasuah. Individu yang hendak menjadi pemimpin merasuah ahli-ahli supaya memilih mereka dalam perhimpunan agung. Ahli-ahli UMNO tidak boleh lagi menafikan kewujudan fenomena ini kerana jawatankuasa disiplin mereka sendiri yang mengeluarkan kenyataan itu. Termasuk dalam senarai perasuah ialah Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin.
Semasa galak mencari sebab kekalahan mereka dalam PRU Ke-12 di Pulau Pinang, para pemimpin UMNO bersepakat menerima hakikat bahawa mereka telah mengabaikan tanggungjawab terhadap untung nasib orang Melayu di sana. Sebab itulah orang Melayu Pulau Pinang terus berada di takok lama.
Pada masa ini UMNO/BN akan menggunakan apa jua kesempatan untuk mensabotaj Pakatan Rakyat. Semua setiausaha kerajaan negeri ialah pegawai persekutuan yang wajib duduk di bawah telunjuk UMNO/BN. Sehubungan itu, mereka boleh beri arahan kepada pegawai-pegawai tersebut untuk buat surat itu ini.
Tiba-tiba sahaja Zahrain menjadi kacang hantu dalam PKR. Dia menjadi demikian kerana dirasuk nafsu serakah seperti orang UMNO yang taksub kepada materialistik. Dia mahu Lim Guan Eng bagi projek kepadanya tanpa melalui tender terbuka. Pemikiran UMNO telah menjalar dalam dirinya.
Diucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia berketurunan Cina. Semoga tahun harimau membawa keberanian kepada anda semua untuk meninggalkan semangat perkauman sempit dan memberi fokus kepada perpaduan yang sejati menurut lunas-lunas Perlembagaan Malaysia. Orang Melayu, Cina, India, dan lain-lain perlu bersatu padu kerana hak semua kaum telah ditintakan dalam perlembagaan itu. Mari kita eratkan perpaduan dan katakan tidak kepada perkauman.
Setakat ini empat orang wakil rakyat PKR telah meninggalkan parti. Dua daripadanya berjaya melenyapkan Kerajaan Negeri PR Perak dengan bantuan talian hayat terbesar, iaitu mahkamah. Seorang lagi ialah wakil rakyat di Selangor yang tidak sedar di untung kerana sanggup menganiaya semua orang yang membantu membayar bermacam-macam duit demi kemenangannya. Kini, seorang ahli parlimen yang menganggap dirinya hero dalam bidang mencerca kawan seperjuangan mengisytiharkan dirinya sebagai ahli parlimen bebas.
UMNO ialah sebuah parti yang menolak Islam sebagai asas perjuangannya. Pada hakikatnya, sesiapa juga yang berbuat demikian boleh dianggap tidak bermoral. Ini kerana pegangan tersebut menyebabkan sesuatu kumpulan itu tidak mengambil kisah hal halal dan haram, syurga dan neraka, dan lain-lain lagi yang berkaitan hukum-hakam Islam.
Seperti yang dijangka, keputusan mahkamah terhadap kes MB Perak akan memihak kepada UMNO/BN. Kita semua rasa sedih terhadap keputusan tersebut. Namun demikian, segala-galanya belum berakhir. Mahkamah mampu mencampakkan atau tidak mempedulikan Perlembagaan mengikut cita rasa yang mereka telah tetapkan. Itu kerja manusia.
Sejak akhir-akhir ini banyak peristiwa yang berlaku dalam dunia politik Malaysia yang tidaklah sebesar mana. Gembar-gemburnya mengalahkan sebuah kerajaan besar. Namun, dalam kekerdilan itulah masing-masing cuba menunjukkan lagak yang kadang-kadang menjadi lawak bodoh.
Sekali lagi para pemimpin UMNO dan akhbar arus perdana terperangkap dalam kecetekan pemikiran mereka apabila mengulas ucapan yang dibuat oleh Tuan Guru Nik Aziz (TGNA). Kali ini tentang kesediaan TGNA hendak berbincang dengan UMNO. Perkara yang hendak dibincangkan itu ialah hal-hal yang bersangkutan dengan Islam di negara ini.
Pemimpin UMNO/BN sering menceceh tentang ekonomi Malaysia sudah pulih. Oleh sebab itu, mereka mendakwa pengusaha kilang di Malaysia memerlukan ramai pekerja. Bagi menampung keperluan itu, ramai buruh asing dibawa masuk ke negara ini. Tindakan ini dibuat kononnya kerana rakyat tempatan tidak mahu bekerja di sektor perkilangan.
Perkembangan terkini menampakkan usaha berterusan UMNO/BN untuk memecahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat (PR). PR perlu menyedari dan menerima hakikat ini dengan hati yang terbuka. Di samping itu, mereka mestilah menemukan jalan penyelesaian yang konkrit.
Suatu ketika dahulu UMNO mencapai kejayaan gemilang kerana berjaya menakut-nakutkan rakyat bukan Islam bahawa PAS sebuah parti yang ekstrimis. Gambaran jelek yang dihamburkan itu menjadikan orang Cina dan India takut untuk mendekati PAS. Pada masa yang sama, UMNO memberi gambaran yang sama kepada MCA dan MIC. Sehingga kini kedua-dua parti itu tidak pernah diberi pengetahuan yang sebenar tentang Islam. UMNO sendiri enggan menjadikan Islam sebagai asas perjuangannya.
Hakikat bahawa UMNO ialah sebuah parti rasis tidak boleh disangkal lagi. Parti ini akan terus memainkan isu perkauman apabila terdesak. Keadaan terdesak yang dimaksudkan adalah ketika mereka kehilangan sokongan orang Melayu.
Perihal kedudukan kewangan negara yang tidak stabil sudah menjadi pengetahuan umum ketika ini. Kanyataan Dr. Mahathir baru-baru ini mengesahkan kewujudan masalah itu. Pengaliran keluar dana asing bertambah runcing dari masa ke masa. Sebagai langkah sour grape, Dr. M mencadangkan supaya kerajaan memberi fokus kepada perdagangan domestik dengan alasan jumlah yang disumbangkan sektor ini lebih besar daripada pelaburan asing.
Hishammuddin beritahu pihaknya akan mengambil tindakan keras terhadap blog yang memainkan isu perkauman. Ramai blogger yang bersorak kerana pengumuman itu. Maklumlah yang akan kena nanti ialah blogger pro-UMNO. Blogger-blogger ini selalu membangkitkan soal "Hidup Melayu" dalam erti kata apa nak nak jadi kepada bukan Melayu lantak dialah. Blogger-blogger ini selalu menyimpan syak wasangka kepada golongan bukan Melayu. Blogger-blogger ini terdiri daripada orang Islam yang membantah keputusan mahkamah yang mengatakan Kristian Ortodok boleh guna perkataan "Allah" dalam majalah mereka. Mereka ini tidak langsung menghormati institusi kehakiman di negara ini.