YAKJUJ DAN MAKJUJ

Wednesday, March 31, 2010

LEMPAR BATU SEMBUNYI TANGAN

Kerajaan Malaysia telah melancarkan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) dari tahun 1970 hingga 2010. Sehubungan itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan dari tahun 1970 hingga 1990 diletakkan dalam RRJP1. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang bermula pada tahun 1990 dan berakhir pada tahun 2000 diletakkan dalam RRJP2. Dasar Wawasan Negara (DWN) yang bermula pada tahun 2000 dan berakhir pada 2010 diletakkan dalam RRJP3.

Kita semua mengetahui bahawa kaum Bumiputera hanya memperoleh 19% ekuiti sahaja melalui DEB sedangkan non-Bumiputera memperoleh 40%. Sebab kegagalan itu diakui sendiri oleh UMNO-BN, iaitu rasuah, kronisme, ketirisan, dan sebagainya. Walaupun terdapat luahan rasa tidak puas hati non-Bumiputera terhadap penerusan DEB dalam DPN, namun perancangan diteruskan dengan memberi fokus kepada perpaduan negara dan mencapai taraf negara maju.

Harus diingat bahawa krisis kewangan dan kelembapan ekonomi dunia yang berlaku ketika DPN dilaksanakan telah menggagalkan sama sekali usaha mengurangkan golongan termiskin dan kadar kemiskinan di Malaysia serta mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Pada masa yang sama, IPTA dan IPTS gagal melahirkan tenaga kerja mahir yang diperlukan oleh bidang perindustrian. Anehnya, dalam keadaan tempang itu, DWN pula dilancarkan.

DWN berhasrat untuk membangunkan rakyat Malaysia sebagai masyarakat berasaskan pengetahuan. Anehnya, usaha ini telah melahirkan rakyat yang cerdik dan kecerdikan itu menyebabkan mereka dapat mengesan kecurangan yang dilakukan oleh kerajaan yang diterajui UMNO-BN. Usaha menjana pertumbuhan berasaskan pelaburan dalam negeri dan menarik pelabur langsung asing (FDI) berterusan ke dalam bidang strategik tidak berjalan dengan lancar. Pakar-pakar ekonomi berjaya menunjukkan kedua-dua entiti itu menarik keluar pelaburan mereka. Kegagalan IPTA dan IPTS yang disebutkan tadi menjadi faktor penyumbang ke arah itu. Anehnya, usaha mewujudkan tenaga kerja mahir itu telah dimulakan sejak Rancangan Malaysia Ke-4 (1981 - 1985) lagi. Tenaga mahir yang ada pun turut cabut lari ke luar negara. Lihatlah laporan yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC). Oleh sebab itu, Bajet 2010 banyak bergantung kepada hasil Petronas yang juga semakin susut. Kebergantungan itu sekali gus menyerlahkan ketidakbolehan Kerajaan Persekutuan berfikir untuk menjana sumber pendapatan yang lain.

Di samping itu, usaha membasmi kemiskinan dalam kalangan Orang Asli, minoriti Bumiputera Sabah dan Sarawak serta meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup kumpulan yang berpendapatan 30% terendah nampaknya tidak kesampaian. Kadar kemiskinan tegar tertinggi wujud di Sabah, Sarawak, dan Terengganu. Semuanya diperintah oleh UMNO-BN dan menjadi pengeluar petroleum. Negeri Kelantan yang didakwa Awang Adek sebagai pengeksport buruh ke negeri-negeri lain di Malaysia menduduki tempat keenam dalam statistik kemiskinan tegar. Tidakkah pengeksportan itu menguntungkan Kelantan? Janganlah menghina kaum kerabat sendiri. Kata orang tua-tua, ludah ke langit kena batang hidung sendiri.

DAP Pulau Pinang yang didakwa anti-Melayu dan bertunjangkan Malaysian Malaysia itu berjaya menaikkan pendapatan golongan miskin tegarnya dari RM400 ke RM500 sebulan. Oleh yang demikian, tidaklah menghairankan jika tidak lama dulu Orang Asli berarak ke Putrajaya untuk berdemonstrasi menuntut hak mereka. Mereka tidak berdarmawisata di situ !!!

Yang lebih menyedihkan ialah DWN ingin mencapai penyertaan Bumiputera yang berkesan serta pemilikan ekuiti sekurang-kurangnya 30% menjelang tahun 2010. Tahun 2010 telah tiga bulan berlalu. Apa pun tak ada. Keinginan itu hanyalah mimpi di siang hari. Yang menimbulkan tanda tanya pada masa ini adalah ke mana hilangnya RM52 bilion saham yang diperuntukkan kepada Bumiputera sehingga yang tinggal hanya RM2 bilion? Siapakah toyol-toyolnya?

Bukti nyata kegagalan mencapai hasrat DWN ialah pengisytiharan Model Ekonomi Baru (MEB) oleh Najib. Jika kita bersandarkan kepada semua yang berlaku sejak tahun 1970 hingga kini, tidaklah keterlaluan untuk berasa pesimis terhadap model itu. Model itu akan sekali lagi gagal sekiranya nafsu serakah pemimpin-pemimpin UMNO-BN tidak berubah. Situasi itu ditambah lagi dengan ketidakyakinan rakyat terhadap kemampuan kerajaan melaksanakannya secara jujur dan ikhlas, campur tangan Yahudi dalam polisi kerajaan, dan model itu hanya ditiru daripada idea Agenda Ekonomi Malaysia yang diilhamkan oleh Pakatan Rakyat.

Semua rakyat Malaysia pasti tidak akan memaafkan mereka lagi untuk kegagalan itu. Situasi yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran ini akan terus menganiaya orang Melayu. Dengan fiil kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan, umat Islam di Malaysia terpaksa menerima hakikat tentang kehadiran musuh dalam selimut yang menyebabkan mereka tidak lena tidur. Mimpi ngeri yang menghantui perjalanan hidup orang Melayu dicetuskan oleh bangsanya sendiri. Tiada gunanya melempar batu sembunyi tangan, jika telunjuk lurus kelingking berkait sudah ketahuan!!!

Tuesday, March 30, 2010

UMNO-MCA GAGAL LAGI

KPI UMNO-MCA merudum lagi. Kemenangan Soi Lek bukan sahaja mendapat reaksi negatif dalam negeri malahan juga luar negeri. Sebab utamanya ialah individu yang dipilih menjadi Presiden MCA itu tidak bermoral dan terbukti sebagai kaki seks. Seluruh dunia mengetahuinya.

Walaupun UMNO lebih suka Ka Ting menang tetapi ahli-ahli MCA tidak percaya kepada kewibawaannya. Dialah yang menjadi punca awal perpecahan MCA. UMNO memang tidak suka Tee Kiat yang selalu lawan taukeh itu menang dan kebetulan ahli-ahli MCA pun mencurigainya. Mereka tiada pilihan. Pilihan yang ada hanyalah Soi Lek walaupun peribadinya rosak teruk. Alasannya ialah siapa yang tidak pernah berbuat salah dan dia sudah pun mengaku. Dah cukup baguslah tu.

Imej buruk Soi Lek akan menghantui kepimpinan MCA selepas ini. Sudah wujud golongan yang tidak menyokongnya sebaik-baik sahaja dia menang. Nampaknya pemilihan semula itu sia-sia sahaja. MCA tidak akan kembali bertaur dan terus lemah. BN pada keseluruhannya akan dipandang jengkel kerana merelakan orang yang tidak bermoral menerajui tampuk kepimpinan parti. Bertambahlah pakej buruk dalam BN. Mereka ada ketua menteri yang rasuah. Mereka ada ketua pemuda yang rasuah. Mereka ada bekas ketua bahagian yang rasis dan kemungkinan besar mendapat semula jawatannya. Najib ada pegawai khas yang hina orang Cina dan India bagi mengesahkan konsep 1 Malaysia hanya retorik murahan.

Soi Lek hanya mendapat 901 undi. Apabila dicampur undi Tee Kiat (833) dengan undi Ka Ting (578), jumlahnya jadi 1 411. Hakikatnya lebih ramai orang yang tidak sokong Soi Lek walaupun dia menang. Inilah kelemahan demokrasi. Orang yang lebih ramai tidak disukai muncul sebagai pemenang. Kita tahulah apa yang akan berlaku dalam MCA untuk masa-masa mendatang. Kacau-bilau akan berterusan dan memberi advantage kepada Pakatan Rakyat.

UMNO-MCA gagal lagi. Semuanya berjalan tidak ikut perancangan. Tidak ada yang selesai dalam BN. Kewibawaan Najib semakin pudar di mata rakyat Malaysia. Yang semakin terserlah di mata rakyat ialah laku perbuatan mereka yang serakah. Ke mana hilangnya RM52 bilion saham yang diperuntukkan kepada Bumiputera? Siapa yang songlap? Mengapa UMNO bersahabat baik dengan Yahudi? Mengapa sistem komunikasi secara penyeluruh di negara kita dikawal selia oleh syarikat orang Yahudi?

Kejelekan wajah UMNO-MCA turut memaliti BN secara menyeluruh. Labu yang dibaiki oleh tikus tidak mungkin jadi baik. Sebab itu Dr. Mahathir kata UMNO sudah busuk hingga ke ususnya. Pernyataan ini memang tepat dan tidak dapat disangkal lagi!!!

Monday, March 29, 2010

PERKASA TALIAN HAYAT UMNO

PERKASA ialah kembar UMNO. Yang membezakan mereka hanyalah satu berfungsi sebagai NGO Melayu dan satu lagi parti politik Melayu. Oleh sebab itu, arah perjuangan kedua-duanya sama. Kononnya untuk agama, bangsa, dan negara tetapi tidak tahu baca isi kandung Perlembagaan Persekutuan. Orang Melayu dalam PERKASA ialah ahli UMNO. Kalau ada orang PAS atau PKR atau DAP di dalamnya, mereka ini ialah mata-mata. Mana-mana pertubuhan Melayu yang ada maksud tersirat mesti macam itu. CONFIRM!!!

Suka diingatkan untuk kesekian kalinya bahawa jika pertubuhan itu sifatnya NGO dan Melayu punya, tak usah risaulah, ciri-cirinya semua rakyat Malaysia sudah tahu. Hangat-hangat taik ayam. Dulu mereka tubuhkan Majlis Permuafakatan Melayu yang diketuai oleh Osman Bakar. Riuh satu kampung dibuatnya. Sekarang apa dah jadi? Diam membatu saja. Tidak lama lagi, PERKASA akan menerima nasib yang sama. Di mana mereka hendak mencari dana untuk bergerak? Kalau UMNO kasi duit, akan jadi kes besarlah belakang hari. Jutawan Melayu nak bagi duit kepada PERKASAkah? Apa pulangannya? PERKASA boleh bagi projekkah? Bagi air liur bolehlah!!!

PERKASA akan jadi lebih miskin bila Ibrahim Ali tak jadi ahli Parlimen lagi selepas PRU Ke-13 nanti. Dia akan kalah kalau bertanding sebagai calon bebas di mana-mana kawasan di Kelantan. Kalau dia bertanding sebagai calon UMNO di Pasir Mas pun belum tentu menang!!! Pada masa itu, baharulah dia tahu langit tinggi rendah.

Biarkan saja Ibrahim terus melalak. Dia seorang saja yang sibuk. Yang lain-lain tu macam tak ada saja. Apa nak ditakutkan. Bila letih berhentilah dia. Dia manusia, bukan mesin, bukan robot.

Satu hal yang menimbulkan kemarahan orang ramai kepada PERKASA ialah dakwaan-dakwaannya. Mereka mendakwa kedudukan orang Melayu makin tercabar. Bukti dan statistiknya tidak diberikan. Budak tadika pun boleh cakap kalau macam tu. Mereka mendakwa NGO Cina semakin berani buat tuntutan. Mana senarai tuntutannya? Mereka menentang Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP. Mana ada kerajaan DAP di Malaysia. Yang ada ialah Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Bolehkah Ibrahim memberi bukti kukuh bahawa kerajaan yang diterajui Lim Guan Eng itu mengamalkan dasar Malaysian Malaysia. Budak tadika pun akan kata tidak, walaupun masih ada yang pelat.

Sungguh memalukan apabila ada orang yang dikategorikan sebagai terpelajar bercakap macam orang sekolah atap zaman Orang Putih dulu. Cerdiklah sedikit kalau tidak banyak pun. Tak payahlah kokok berderai-derai, ekor bergelumang taik. Lama-lama jadi busuk hingga ke usus macam UMNO. Bukan saya kata, Dr. Mahathir yang kata. Kata-kata itu menjerumuskan UMNO ke dalam longkang. Bukan oleh orang PAS. Bukan oleh orang PKR. Bukan oleh orang DAP. Dan bukan oleh mana-mana parti komponen BN. Bekas Presiden UMNO sendiri. Apa ni?

Jika kita mengambil kira hal itu, tidak logik langsung untuk kita terus memberi muka kepada UMNO. Biarkan saja mereka hanyut bersama-sama dengan PERKASA yang digunakan sebagai talian hayat terbaru UMNO itu. Hakikatnya, kehadiran PERKASA menyerlahkan lagi kegagalan UMNO membela nasib orang Melayu. Dr. Mahathir kata orang Melayu kena bela nasib mereka sendiri jangan lagi bergantung kepada UMNO.

Semua orang Melayu kena tinggalkan UMNO dengan segera sebelum terlambat. Orang Melayu terpaksa kembali kepada Islam yang suci. Kita perlu menjadi umat Islam yang sejati. Kita kena jadi umat Islam yang menjauhi judi, arak, rasuah, dan serba mak nenek kemungkaran untuk selamat di dunia dan di akhirat. Tiada sesiapa pun yang kebal di mahkamah Allah nanti!!!

Sunday, March 28, 2010

BERJUANGLAH UNTUK KEADILAN SEJAGAT

Pemikiran orang Melayu telah diasak bertubi-tubi oleh bangsanya sendiri dengan retorik klise yang tiada lain hanya untuk menakut-nakutkan mereka. Orang Melayu yang sudah cerdik akan loya dengan ketidakcerdikan pemimpin mereka itu. Cara sedemikian telah digunakan oleh Datuk Onn untuk menggagalkan gagasan Malayan Union. Takkanlah sampai era globalisasi sekarang ini cara yang sama masih boleh digunakan. Tidak terfikirkah mereka bahawa golongan bukan Melayu sedang mentertawakan kebebalan mereka.

Majoriti orang Melayu telah menerima kenyataan tentang kegagalan UMNO membela nasib Melayu kerana mereka khianat. Mereka buat Dasar Ekonomi Baru (DEB)yang kononnya hendak mempertingkatkan ekonomi orang Melayu. Hasilnya apa? Orang Melayu dapat 19%, orang Cina dapat 40%. Mengapa terjadi demikian? Orang UMNO sendiri yang kata pemimpin mereka rasuah, mengamalkan kronisme, tidak amanah, tiris, dan berbagai-bagai lagi. Akhirnya rakyat tahu kecurangan mereka dan berhenti memberi sokongan kepada UMNO.

Dalam kelemasan itu, Dr. Mahathir kata UMNO busuk hingga ke ususnya. Tuduhan ini berat. Pemimpin UMNO tidak berkata apa-apa pun. Najib memang tidak berani menyanggah kata-kata Mahathir. Dia sudah melihat nahasnya. Kesannya ialah kebencian orang Melayu terhadap UMNO semakin membesar. Keupayaan pemimpin UMNO untuk berfungsi dengan baik dalam hal kepemimpinan dipersoalkan sepanjang masa.

Kemudian Mahathir kata, "Kepercayaan orang Melayu terhadap UMNO sebagai pelindung nasib mereka terhakis dan Melayu kini perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri. Sebab itu banyak NGO Melayu tumbuh."

Majoriti orang Melayu akan terima kenyataan bahawa UMNO tidak melindungi orang Melayu. Pada masa yang sama, mereka tahu kenyataan yang kedua itu memang pure retoriknya. Banyak benda yang tersirat di dalamnya. Mampukah Melayu berdiri sendiri dengan perolehan 19% DEB itu? Kalau UMNO sudah bankrap dalam hal tolong Melayu, tiada saluran lainkah untuk mereka? Jawapannya ada tetapi disembunyikan oleh Mahathir. Sepatutnya dia kata begini, "Kalau UMNO sudah tiada upaya berbuat demikian, carilah parti lain, sokonglah parti itu." Kalau berani sebut nama parti itu sekali.

Demikianlah bercelarunya pemikiran pemimpin Melayu yang dikuasai emosi bukan kebijaksanaan. Ketika Islam-Melayu di Malaysia beralih arah kepada perjuangan yang berteraskan keadilan Islam dan semakin mendapat dokongan golongan bukan Islam, UMNO menyentak sensitiviti umat Islam dengan melantik firma Yahudi mengendalikan sistem komunikasi secara menyeluruh di Malaysia.

Tidak cukup dengan itu, mereka mempropagandakan tentang kewujudan golongan yang berani membuat tuntutan yang tidak sepatutnya semata-mata kerana UMNO lemah. Siapa yang berani membuat tuntutan itu tidak disebut. Bentuk tuntutan yang dibuat juga tidak disebut. Teknik dan taktik usang ini masih digunakan sampai ke zaman ICT. Begitu sekali mereka merendah-rendahkan kebolehan berfikir rakyat. Lihatlah kebolehan nombor wahid pemimpin Melayu memfatamorganakan sesuatu yang jauh dari hakiki. Tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyemai benih kebencian terhadap golongan misteri itu. Persepsinya akan menjadi berbagai-bagai. Di sinilah akan bermulanya syak wasangka terhadap sesuatu. Fenomena ini bahaya untuk masyarakat majmuk di Malaysia. Usahlah bermain api. Majoriti rakyat Malaysia sudah tahu UMNO itu rasis yang tidak tolong bangsanya sendiri dan selepas itu menuduh pihak lain yang buat taik.

Rakyat Malaysia yang benar-benar cintakan keamanan wajib mencampakkan rasis jauh-jauh daripada kehidupan mereka. Mereka tiada pilihan selain daripada bersatu padu secara tulen sebagai bangsa Malaysia. Setiap orang dilayan menurut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Hak semua kaum telah dimaktubkan di dalamnya dengan cantik, jelas, dan tersusun. Kita tentang habis-habisan hingga ke titisan darah yang terakhir sekiranya ada sesiapa yang mahu merombak dan menghancurkannya. Kita singkirkan golongan yang dengan sengaja menimbulkan ketakutan dalam diri orang Melayu semata-mata untuk menaikkan sentimen perkauman dan menarik sokongan kepada parti yang sudah berkali-kali mengkhianati bangsanya sendiri.

Apabila negara ini diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam, itu bererti rakyatnya telah dijanjikan kesejahteraan, sesuai dengan maksud Islam itu sendiri. Islam tidak pernah menganiayai sesiapa. Yang selalu menganiaya bangsa sendiri ialah golongan yang berpegang kepada sifat perkauman, sekular, dan materialistik. Kita mesti junjung konsep keadilan dalam Islam. Kita mesti menolak sekularisme yang jauh dari agama. Kita mesti tolak materialisme yang mencambahkan keserakahan, rasuah, kronisme, nepotisme, dan segala macam kemungkaran.

Saturday, March 27, 2010

KATAK-KATAK SEDANG MEMPURUKAN DIRI

Dengan tidak disangka-sangka wujud sekumpulan katak-katak dalam Parlimen Malaysia ketika ini. Fenomena ini merupakan satu perkembangan baru yang menarik untuk dicercakan. Tindakan tersebut berasaskan kepada laku perbuatan yang mereka sendiri tunjukkan.

Dengan lagak yang meyakinkan mereka menyerang kawan-kawan yang dahulunya sama-sama berjuang. Habis keluar segala yang jelek pada mata manusia. Apabila kejelekan itu dihamburkan tanpa sedikit pun belas kasihan, orang yang mendengarnya menjadi keliru. Mereka pun mula berfikir.

Mengapa insiden ini hanya dilemparkan setelah mereka menjatuhkan talak kepada parti yang mengangkat mereka ke kerusi di Dewan Rakyat? Mengapa mereka tidak menggunakan saluran dalaman parti untuk menyelesaikan masalah? Mengapa mereka menunjukkan kecenderungan untuk menyokong parti yang dahulunya mereka hentam habis-habisan? Mengapa sikap habis manis sepak dibuang ada dalam diri mereka?

Mereka ini bukanlah pejuang tulen. Mereka pejuang taik minyak. Mereka manusia yang mementingkan diri sendiri. Mungkin mereka datang dari kapal yang sama dengan yang mereka agung-agungkan sekarang ini. Merekalah utusan pemusnah yang dihantar musuh untuk bertenggek sekadar dua tiga pelaung dalam PKR. Telahan ini ada kebenarannya jika dilihat kepada sikap mereka yang sama dengan pemimpin-pemimpin UMNO. Inginkan pangkat. Inginkan gelaran. Inginkan sanjungan. Inginkan projek untuk memenuhkan tembolok. Tikam kawan dari belakang.

Sebagai tentera upahan UMNO, mereka tidak boleh pergi jauh. Mereka akan menjadi kuda tunggangan pemimpin UMNO tertentu untuk menjatuhkan pemimpin tertentu dalam UMNO sahaja. Mereka menjadi budak suruhan yang akan menunjukkan muka-muka orang UMNO yang tak boleh pakai kepada pucuk pimpinan UMNO. Jika tidak demikian, mengapa pemimpin yang namanya disebut ada yang melenting dan ada yang mengiyakan? Bukankah ini suatu perangkap?

Tarian dan salakan mereka tidak akan menggerunkan kawan-kawan yang telah mengenali mereka luar dan dalam. Semakin hari belang mereka semakin pudar dan tidak bermaya. Kepalsuan akan terpancar melalui tindak-tanduk mereka yang tidak serasi dengan nada dan irama politik. Biarlah mereka turut menjadi Si Luncai yang terjun dengan labu-labunya.

Friday, March 26, 2010

CABARAN MAHA BERAT MENANTI PAS

Banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh PAS sebagai pejuang Islam di Malaysia. Cabaran-cabaran tersebut mencakupi bidang-bidang politik, ekonomi, dan sosial. Kesemuanya berat belaka.

Cabaran paling berat dalam politik adalah untuk mengalahkan musuh tradisi, iaitu UMNO. Untuk tujuan itu, banyak aral yang perlu ditempuhi. Orang Melayu di luar bandar dan pedalaman yang berjaya digula-gulakan UMNO masih ramai. Pendekatan yang mapan perlu digunakan untuk menarik golongan yang telah terlalu lama berada dalam perangkap UMNO itu. Pemikiran mereka perlu diubah secara berhikmah. Pada kebiasaannya, jika fikiran orang-orang ini berubah, mereka tidak akan kembali lagi ke tapak yang lama. Hingga sekarang belum kedengaran perancangan teratur untuk menangani masalah ini.

Cabaran kedua dalam bidang politik ialah sokongan golongan muda. Golongan yang ramai jumlahnya ini terdiri daripada pelbagai kategori. Ada yang tinggi kesedaran politiknyanya. Ada yang tidak ambil kisah tentang politik. Ada pula yang mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat sahaja. Namun demikian, majoritinya berpengetahuan, kaya dengan maklumat, dan berpemikiran terbuka. Mereka boleh menjadi aset penting PAS jika dikendalikan dengan betul. Berasaskan kepada situasi sekarang, mereka tidak cenderung menyokong UMNO/BN. PAS mesti menggunakan peluang keemasan ini semaksimum mungkin.

Cabaran ketiga tentunya sokongan golongan bukan Islam. Faktor inilah yang menjadi kegerunan UMNO/BN. Kegerunan itu mestilah dinaikkan tahapnya hingga setinggi mungkin. Mereka sudah semakin faham dengan perjuangan Islam. Peluang ini tidak boleh sama sekali dipersiakan ketika gelombang perubahan semakin memuncak akibat sikap buruk pemimpin-pemimpin bukan Melayu dalam BN yang hanya mementingkan diri sendiri.

Masyarakat Islam di Malaysia sudah memaklumi bahawa UMNOlah yang menggagalkan setiap perancangan untuk memajukan ekonomi mereka. Selagi kerakusan pemimpin UMNO untuk mengaut keuntungan melalui rasuah, kronisme, dan nepotisme selagi itulah ekonomi majoriti orang Islam di negara ini berada di takuk lama. Hal ini diakui sendiri oleh pemimpin mereka. Mereka sendiri juga yang mengaku tentang sukarnya sikap buruk itu dihapuskan. Pemikiran yang tertancap dalam otak mereka ialah UMNO merupakan lubuk emas. UMNO bukan parti untuk agama, bangsa, dan negara.

Kebobrokan dalam masyarakat kita semakin membimbangkan ketika ini. Pelbagai gejala negatif berlaku dalam masyarakat Islam akibat kegagalan sistem kemasyarakatan yang berada di tangan UMNO. Sikap mereka yang sekular dan materialistik menyebabkan fokus kepada pembinaan tingkah laku yang baik menjadi kerja sampingan. UMNO tidak ikhlas memperjuangkan Islam. Mereka terlalu sibuk membesar-besarkan perkara yang remeh-temeh dalam Islam. Perkara besar seperti menjadikan Islam sebagai teras perjuangan diabaikan begitu sahaja. Mereka hanya beretorik tentang Islam. Perbuatannya ialah berkawan dengan Zionis. Orang-orang yang hipokrit seperti ini hanya pandai menjahanamkan.

Tanggungjawab PAS amat berat. Namun, jika segala-galanya dibuat dengan nawaitu yang betul, kita ada penolong Yang Maha Agong. Kesegeraan yang mendatang ialah membantu memenangkan calon Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) nanti.

Thursday, March 25, 2010

TANGGUNGJAWAB PAS TERHADAP RAKYAT MALAYSIA

Satu perkara yang PAS boleh buat tetapi UMNO tidak boleh ialah menubuhkan Kelab Penyokong PAS yang dianggotai oleh golongan bukan Melayu (Cina dan India). Baru-baru ini Samy Vellu ada sebut fasal MIC ada ahli Melayu. Dia mungkin pakai idea PAS untuk bagi isyarat kepada UMNO agaknya. Tidak ada kemungkinan untuk UMNO berbuat demikian demi menjaga hati kawan-kawan bukan Melayunya dalam BN. UMNO akan terus berhubung dengan bukan Melayu melalui orang kedua.

Setelah PAS mampu berhubung secara terus dengan bukan Melayu tanpa orang tengah, mereka perlu menjaga dengan rapi tali penghubung itu supaya menjadi lebih kukuh dan padu. Bukanlah satu perkara yang mudah untuk mendapatkannya. Bila sudah ada jangan pula dibiarkan atau dilepaskan begitu sahaja. Itulah aset penting PAS sekarang ini.

Politik Islam sememangnya melangkaui batasan kaum. Inilah masanya untuk PAS menanamkan dalam jiwa penyokong-penyokong bukan Melayu itu tentang dasar Islam yang menolak perkauman sempit seperti yang diamalkan oleh UMNO. Penyokong-penyokong bukan Melayu ini perlu tahu bahawa Islam telah menetapkan hak mereka dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Mereka perlu sedar bahawa bukan sahaja tiada paksaan dalam beragama malahan Islam juga tidak mengambil kira bangsa dan warna kulit. Islam menjamin hak orang Islam dan bukan Islam terjamin apabila pemerintahan Islam dapat dibentuk.

Suatu masa dahulu golongan bukan Islam di Malaysia telah ditakut-takutkan oleh UMNO melalui label-label negatif terhadap PAS. PAS didakwa menggunakan Islam untuk kepentingan politik. PAS didakwa meretorikkan pembentukan negara Islam. UMNO memomokkan ketidaksesuaian pemakaian undang-undang Islam di Malaysia semata-mata untuk menjauhkan golongan bukan Islam daripada PAS. Masyarakat bukan Islam di Malaysia telah berjaya ditakutkan oleh UMNO dalam isu hudud dan sebagainya.

UMNO menjadi kelam-kabut apabila orang bukan Islam di luar BN semakin mengenali keindahan dan kebaikan Islam sedangkan mereka tiada pun inisiatif untuk memberi kefahaman tentang Islam dalam kalangan rakan-rakan bukan Islam yang menganggotai BN. UMNO akan terus lemah dengan pegangan itu. Semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia akan menolak UMNO kerana kelemahan mereka menguruskan hal-hal keislaman yang mereka jaja setiap hari hanya dengan retorik tanpa penghayatan yang ikhlas.

UMNO akan terus dihanyutkan oleh sekularisme dan materialisme. Pemikiran itu akan menjauhkan UMNO daripada Islam. Dari kejauhan itulah mereka tersingkir daripada rahmat Allah. Menjadi tanggungjawab PASlah untuk menyelamatkan semua rakyat Malaysia daripada bala bencana akibat kelalaian UMNO itu.

Wednesday, March 24, 2010

UMNO SUDAH KENA !!!

Setelah berbulan-bulan Pakatan Rakyat diserang, dikutuk, dan ditunggangterbalikkan, kini sampai giliran UMNO pula dihentak, didesak, dan dilemaskan bersama-sama dengan tentera upahan mereka.

Kes APCO belum habis ditelanjangkan. Pemimpin UMNO nampaknya mula rasa gelisah. Jawapan Nazri yang dengan jelas mengandungi pengakuan tanpa sebarang penafian telah memerangkap UMNO.

Dokumen-dokumen telah dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat supaya PM membuat keputusan tentang royalti petroleum. PM pun akan dibawa mengadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat kerana menyelewengkan fakta.

Sama-samalah kita tengok apa akan jadi kepada Ketua Pembangkang dan Ketua Kerajaan ini. Sementara itu, kecaman demi kecaman, sindiran demi sindiran, dan ejekan demi ejekan terkena batang hidung MP Katak Zahrain. Sehingga kini dia dihentak begitu teruk, tetapi terus melalak bagai attack dog. Namun, pendedahannya telah menyebabkan pemimpin UMNO turut terkedu dan timbul syak wasangka antara mereka. Ada yang menafikan kenyataan Zahrain dan ada pula yang mengiyakan. Isu ini akan menghangatkan suasana dan menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan MP UMNO kerana kesetiaan mereka kepada parti mula dipersoalkan.

Setelah kes togok arak dan berfoya-foya di luar negara dalam kalangan pemimpin UMNO tidak berjaya dinafikan, kini timbul pula kes saham judi. Sekali lagi pemimpin UMNO dan pejuang Melayu tulen (Ibrahim Ali)didakwa memiliki saham judi.

UMNO sering mendakwa mereka parti agama, bangsa, dan negara. Kini mereka dicabar untuk bersama-sama menyatakan rasa tidak puas hati terhadap gelagat pelukis Sweden yang menghina Rasulullah. Kita lihatlah sama ada UMNO benar-benar ikhlas memperjuangkan Islam dalam kes ini. Jika mereka turut serta dalam bantahan terhadap perbuatan terkutuk itu, jelas dan nyatalah Islam hanya retorik dalam UMNO.

Tuesday, March 23, 2010

UMNO BERKAWAN DENGAN ZIONIS ?

Pada hakikatnya, APCO ialah sebuah syarikat perunding yang dikuasai oleh Zionis. Rakyat Malaysia tentunya terperanjat, sedih, dan marah kepada UMNO kerana tindakan mereka mengambil syarikat itu sebagai penasihat komunikasi secara menyeluruh seperti yang didedahkan oleh pemimpin PKR.

UMNO telah menghancurkan sinsitiviti umat Islam di Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin yang dianiaya oleh Israel. Kini, umat Islam di Malaysia khasnya dan rakyat Malaysia amnya menuntut Kerajaan Malaysia menyatakan pendirian terhadap komitmen menyokong perjuangan rakyat Palestin dan dasar luar terhadap Yahudi/Israel.

UMNO bermain api apabila membenarkan syarikat Zionis masuk ke dalam kelambunya seperti yang dinyatakan oleh Yusmadi di lobi Parlimen. Nampaknya UMNO sanggup berbuat apa-apa sahaja demi mempertahankan kuasa yang ada di tangan mereka, sekalipun terpaksa melupakan sahabat seagama.

Monday, March 22, 2010

PERPADUAN DAN INTEGRASI MELALUI ISLAM

Setelah dirempuh badai menggila sedikit masa dahulu, kini PAS berada dalam keadaan aman dan tenang. Ujian yang ditimpakan itu dapat dilalui dengan jayanya. Tumpuan kini terarah kepada royalti petroleum untuk negeri Kelantan.

Banyak perselisihan pendapat mengenai kes ini. Ada yang menyokong dan ada yang menentang baik secara halus mahupun secara kasar. Situasi ini merupakan satu kelumrahan dalam perjuangan.

Gesaan supaya kerajaan mempamerkan perjanjian sebenar antara kerajaan-kerajaan negeri dengan Petronas tidak mendapat reaksi yang positif. Hal ini merupakan satu lagi ujian yang besar. Tanpa dokumen itu, usaha berdolak-dalik tidak akan selesai. Hal ini tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

Walau bagaimanapun, perjuangan mesti diteruskan. Ada pelbagai jalan yang boleh digunakan untuk menyelesaikan kes itu selagi kita tidak jemu-jemu berusaha. PAS telah membuktikan kepada rakyat bahawa semangat perjuangan mereka tidak akan luntur biar apa pun cabaran yang mendatang.

Sementara hal itu masih berjalan, PAS masih mempunyai banyak tugas lain yang perlu dilaksanakan. Selain berdakwah, PAS perlu meyakinkan golongan muda untuk menyokong perjuangannya. Biarkanlah rasa kecewa orang lain terhadap sikap dingin golongan itu terhadap politik diulang-ulang tanpa mengambil sebarang tindakan penyelesaian, dengan jentera yang ada, PAS mampu menangani isu tersebut.

Kini musuh sudah tidak banyak isu untuk dibangkitkan setelah hampir kesemuanya memakan diri mereka sendiri. Yang tinggal hanya dua, iaitu PAS tidak memperjuangkan Islam dan PAS menjadi kuda tunggangan DAP. Suatu masa dahulu mereka kata PAS dan DAP tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain. Perpindahan persepsi ini juga menunjukkan bahawa keupayaan berpolitik mereka sangat dangkal. Itu hanyalah isu yang sepatutnya dibawa oleh budak-budak sekolah, bukannya pemimpin negara atau pemimpin parti politik tertua di Malaysia.

Kita biarkan saja Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Politik baru memerlukan pencanaian perpaduan dan integrasi kaum yang kemas dan jitu. Islam tidak pernah membeza-bezakan kaum. Yang selalu mengigau dengan perkauman ialah parti-parti yang bercorak kebangsaan. Hal ini mesti diyakinkan kepada seluruh rakyat Malaysia sehingga mereka menerima nilai perpaduan dalam Islam mampu menyelesaikan pertikaian-pertikaian yang sering berlaku dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia.

Kemajmukan bukan liabiliti kepada negara ini. Kemajmukan ialah aset penting negara ini untuk menuju ke arah kemajuan dan kesaksamaan dalam menikmati kekayaan negara, bukan hanya dibolot oleh golongan tertentu sahaja seperti yang telah berlaku lebih daripada 50 tahun yang lalu.

Sunday, March 21, 2010

KEMUNGKARAN BERSARANG DALAM UMNO

Rasuah, kronisme, nepotisme, salah guna kuasa, mementingkan diri sendiri, membelakangkan undang-undang, arak, dan judi sudah menjadi lumrah dalam UMNO. Semua kemungkaran itu ditambah lagi dengan sikap mereka yang menolak Islam dan mengambil Yahudi sebagai penasihat. Rakyat Malaysia yang sudah celik ICT telah mendapat pelbagai maklumat sahih tentang APCO tetapi UMNO cuba menutup kebenaran dakwaan terhadap mereka. Demikianlah sikap UMNO yang hipokrit.

Itulah imej pemimpin-pemimpin UMNO dari atas ke bawah. Hasilnya ialah kepimpinan yang bercelaru. Kepimpinan yang bobrok. Kepimpinan yang busuk hingga ke ususnya.

Manusia hipokrit akan menggunakan agama sebagai topeng semata-mata. Oleh sebab itu, kita menyaksikan mereka membantah keputusan mahkamah tentang Kristian boleh menggunakan perkataan "Allah". Mereka sengaja buat-buat tidak tahu tentang penggunaan kalimah itu dalam Bible berbahasa Arab sejak turun-temurun lagi. Hanya kedegilan dan sikap menunjuk-nunjuk keprihatinan terhadap Islam sahaja yang menyebabkan mereka membantah sehingga ada gereja yang dibakar.

Pemenjaraan sekularisme yang menyebabkan mereka meraung macam orang histeria apabila tanpa usul periksa memarahi Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dikatakan tidak mahu mengadakan perarakan Maulidur Rasul, seolah-olah upacara itu sesuatu yang fardu. Keterbalikan pemikiran UMNO itu terserlah apabila mereka mengambil sikap berdiam diri apabila Perlis, Pahang, dan Johor tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul.

Rakyat dinampakkan oleh Yang Maha Kuasa perangai buruk UMNO. Kini, manusia-manusia hipokrit dalam UMNO sibuk mempropagandakan konsep 1 Malaysia yang tidak ditonjolkan nilai-nilai keislaman di dalamnya, seolah-olah konsep itu merupakan tancapan falsafah pascamodernisme yang boleh ditafsirkan sebagai apa-apa sahaja menurut nafsu pentafsirnya. Tidak ada dokumen yang sahih tentang konsep yang dianggap terlalu besar bagi UMNO. Ketidaktentuan arah itu menyebabkan rakyat keliru. Sekali lagi Yang Maha Kuasa menunjukkan kepada kita cakap tidak serupa bikin UMNO. Pegawai tinggi Najib sendiri tidak menghayatinya malah menentang konsep tersebut dengan mengutarakan sikap perkauman yang sempit melalui penghinaan terhadap orang Cina dan India di negara ini. Sampai bila UMNO hendak mempertahankan perkauman dan menakut-nakutkan orang Melayu tentang hak mereka hendak diambil orang? Beritahulah secara terang siapa yang berhajat sangat hendak mengambil hak Melayu itu. Bagaimana mereka hendak mengambilnya. Apakah bukti-bukti sahihnya. Jangan main cakap ikut sedap mulut sahaja. Semua ini adalah imej segar sebuah parti kebangsaan yang bukan sahaja perkauman malahan juga sekular.

Sampai bila-bila pun UMNO tidak akan berupaya menukar imejnya jika terus berpegang kepada falsafah perjuangan yang menolak Islam dalam erti kata mengambil nilai-nilai Islam yang sepadan dengan mereka sahaja bagi menunjukkan keislaman mereka yang palsu. Yang Maha Kuasa akan menunjukkan kepalsuan itu dari masa ke masa. Tidak payahlah rakyat bergundah gulana kerana janji Allah tetap terlaksana. Janji UMNO terhadap rakyat sudah banyak terbarai macam orang berak cirit.

Saturday, March 20, 2010

UMNO/BN KELEMASAN

Ketika Najib masih tergamam dengan isu APCO dan kegoyahan konsep 1 Malaysia, UMNO/BN pening kepala dengan pendaftaran pengundi secara automatik. Keengganan UMNO/BN berbuat demikian langsung tidak selari dengan dakwaan mereka bahawa golongan muda sukar diramal kecenderungan mereka ke arah mana. Mereka juga kata bahawa golongan muda pasif terhadap politik. Oleh sebab itu, mereka tidak perlu takut untuk berbuat demikian.

Kini mengapa mereka takut? Mungkin satu tinjauan pendapat sudah dibuat terhadap golongan berkenaan. Hasilnya tidak menyebelahi mereka. Jika semua belia yang layak mengundi didaftarkan secara automatik, jawabnya UMNO/BN akan bungkus dalam PRU Ke-13 nanti.

Ku Li nampaknya makin lantang mengkritik sikap Najib yang enggan memberi royalti petroleum kepada Kelantan. Dia diberi sambutan hebat di Terengganu. Kerajaan Negeri Kelantan pun semakin berbisa dengan alasan kukuh bahawa tiada penyebutan tentang tiga batu nautika dalam perjanjian antara kerajaan negeri dengan Petronas. Diam tak diam, satu lagi bonus diperoleh Kerajaan Kelantan. Musa Hitam mau Kerajaan Kelantan yang uruskan semua pemberian Petronas.

Najib yang hingga sekarang enggan membersihkan dirinya akan bertambah pening. Rakyat, termasuk Orang Asli sudah mula bising. Kos sara hidup semakin menghimpit. Pelabur luar dan dalam asyik cabut keluar sahaja. Kantung kerajaan sudah semakin menipis akibat kecuaian mereka mengurus tadbir wang rakyat.

Rakyat tiada jalan lain. Banyak sangat petanda yang menunjukkan UMNO/BN lemah mengurus tadbir negara ini. Tiada gunanya kita mengharapkan mereka. Kita benamkan mereka dalam PRU Ke-13 nanti.

Friday, March 19, 2010

ZAHRAIN YANG KECUNDANG

Memang wujud orang yang yang tidak punya digniti dalam dunia ini. Orang jenis ini tidak tahu mengenang jasa. Orang jenis ini mengejar pangkat. Orang jenis ini tidak buat kerja. Orang jenis ini hanya mementingkan diri sendiri. Orang jenis ini makan kawan. Orang jenis ini sikapnya macam melepaskan anjing tersepit, dia baham orang yang melepaskannya. Itulah Zahrain.

Orang Bayan Baru mengakui kebenaran kata kawan-kawan yang dikhianatinya. Rakyat Malaysia pun geleng kepala melihat gelagat wakil mereka yang tiba-tiba menjadi penyalak UMNO.

Hanya kerana tidak dapat memenuhi impian di hati, dia berpatah arang. Tidak tahulah dia berkerat rotan atau tidak. Inikah pejuang rakyat? Tidak. Dia hanyalah musang berbulu ayam.

Musang ini telah bersuara bagi pihak bekas musuhnya. Lalu dia pun mendapat aib daripada perbuatannya sendiri. Cakapnya memang berdegar-degar tetapi rupa-rupanya dia gila gelaran. Dia dapat Datuk Seri dengan restu Lim Guan Eng. Sudahlah begitu, bila Guan Eng tak bagi projek kepadanya, dia tuduh Guan Eng diktator dan komunis.

Inilah manusia yang sama sekali tak tau malu. Orang macam inilah yang dikutip oleh UMNO. Orang macam inilah yang menjadi budak suruhan UMNO. Keji dan menjijikkan.

Thursday, March 18, 2010

UMNO PRO-YAHUDI ?

Pada tahun 1999, Perdana Menteri Israel, Ehud Barak telah menggunakan khidmat APCO (sebuah badan perunding imej Yahudi). Hasilnya lahirlah konsep 1 Israel. Pada tahun 2009, Najib pula yang menggunakan khidmat APCO. Hasilnya lahirlah konsep 1 Malaysia. Ini bermakna kecenderungan UMNO terhadap Yahudi semakin tebal. Perubahan pemikiran ini ada bahayanya kerana Malaysia sehingga kini enggan mengiktiraf Israel yang terus menganiaya rakyat Palestin.

Rakyat bimbang perubahan dasar secara tidak langsung ini akan berjangkit kepada perkara-perkara lain pula. Malaysia sedikit demi sedikit dekat dan akrab dengan Yahudi. Apabila hal ini terjadi, komitmen kita terhadap negara-negara Islam tambah menipis dan pemikiran Yahudi meresap dalam sistem pemerintahan.

Mungkin perkara itu sedang berlaku secara perlahan-lahan sekarang ini. Sikap double standard UMNO/BN menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Tindakan Polis bertambah agresif terhadap Pakatan Rakyat. Begitu juga dengan kes-kes yang dibicarakan di mahkamah.

Rakyat mendapati dalam bidang kuasa raja, apabila undang-undang itu berpihak kepada UMNO, mahkamah memutuskan bahawa raja tidak mempunyai kuasa, tetapi di Perak Sultan diputuskan mempunyai kuasa mutlak. Hal ini menjadikan rakyat tertanya-tanya, "Hukum mana dan perlembagaan mana yang UMNO pakai?"

Konsep 1 Malaysia sememangnya jauh daripada apa-apa juga yang bernafas Islam. Mungkin hal ini telah disyaratkan. Jika sekali-sekala disinggung, itu hanyalah hal-hal yang remeh-temeh dan sipi-sipi sahaja. UMNO tidak pernah berpegang kepada dasar yang berteraskan Islam !!!

Sikap pemimpin UMNO yang mengambil keputusan berdiam diri apabila hal-hal ini dibangkitkan amat merisaukan rakyat. Persepsi mereka ialah pemimpin kerajaan semakin dekat dengan Yahudi. Mereka tidak boleh dipersalahkan jika berpegang kepada keyakinan itu. Musuh Islam itu perlu dijauhi. Ini bermakna rakyat Malaysia yang cintakan perdamaian dan kesejahteraan sejagat perlu menjauhi UMNO.

Wednesday, March 17, 2010

PERANG SEMAKIN MERUNCING DALAM MCA

UMNO berjaya merealisasikan misi mereka untuk membawa Ong Ka Ting ke dalam kepinpinan tertinggi MCA semula. Dia diharap dapat menamatkan kerjaya Ong Tee Kiat yang bukan sahaja sukar dilenturkan oleh UMNO malahan juga kuat melawan dan banyak buat taik termasuk menyeret pemimpin UMNO ke dalamnya, terutamanya dalam kes PKFZ.

Tetapi ahli MCA sudah lupa ke kemelut yang membawa kepada persaraan Ong Ka Ting dahulu? Dia bukan sahaja dituduh mengamalkan nepotisme dan kronisme malahan juga tidak memiliki kualiti kepimpinan yang dikehendaki sehingga MCA ditolak dalam PRU Ke-12. Kes yang dilalui oleh Ka Ting sama sahaja dengan yang dlalui oleh Pak Lah.

Dengan pengembalian Ka Ting, general-general pencen eranya akan kembali berkuku. Hal ini akan menyenakkan perut kumpulan Wee Ka Siong dan Liow Tiong Lai. Kumpulan Soi Lek terpaksa menerima tamparan itu dengan lebih berhati-hati supaya tidak menemui jalan mati. Kumpulan Tee Kiat sudah tentulah sedang berkira-kira untuk terjun kapal atau berputih tulang dengan tuan mereka.

Kemelut dalam MCA bertambah meruncing sekarang ini. Parti Cina terbesar di Malaysia ini sedang dilambung ombak besar yang berkemungkinan memecahkannya. Jika mereka memilih Ka Ting semula, itu tandanya mereka berundur tiga langkah ke belakang. Tiada yang dapat membantu mereka mengembalikan sokongan kaum Cina yang sudah patah hati terhadap kebobrokan kepimpinan Ka Ting dahulu.

UMNO seboleh-bolehnya tidak mahu MCA dikemudikan oleh Ong Tee Kiat yang enggan memberi muka kepada mereka. Sudahlah begitu, Tee Kiat yang banyak tahu tentang penglibatan pemimpin UMNO dalam kes PKFZ menjadi amat berbahaya jika dibiarkan terus berkuasa.

Namun, pertikaian belum selesai. Soi Lek masih berdiam diri. Sanggupkah dia mentigakan calon Presiden MCA? Inilah persoalan besar sekarang ini. Dia berhadapan dengan dua musuh sekarang ini dan mungkin tiga jika Najib sudah tidak memerlukannya lagi.

Masyarakat Cina sedang kebingungan tatkala ini. Barangkali mereka hairan tentang kemampuan pemimpin MCA menentukan nasib sendiri tanpa tunjuk ajar daripada UMNO. Mereka tahu UMNO pun tidak sekuat mana. UMNO mempunyai masalah dalaman yang jauh lebih banyak. Cuma tidak kelihatan kerana statusnya bagai api dalam sekam.

Bukti sahih yang hadir di hadapan di hadapan mata kita sekarang ialah kemulut parti-parti dalam BN sukar diselesaikan. MCA, MIC, dan PPP di Semenanjung dengan krisis kepimpinan. PBB di Sarawak pun macam itu juga. Gerakan pula sengaja meletakkan diri mereka dalam keadaan serba salah. Presiden Gerakan yang selesa dengan jawatan menteri tidak berbuat apa-apa untuk parti. Golongan muda dalam Gerakan pula sedang berteriak supaya cabut dari BN.

Masalah sukar diselesaikan kerana kualiti, kredibiliti, dan integriti kepimpinan parti-parti dalam BN sangat lemah. Yang kelihatan di hadapan ialah kehancuran. Rakyat Malaysia perlu menangani permasalahan ini dengan betul demi masa depan negara. Politik lama yang sedang hancur akan berkubur juga akhirnya. Kita perlukan politik baru yang mampu mencerahkan harapan masa depan. Itu saja.

Tuesday, March 16, 2010

KPI UMNO HANCUR

Rakyat sedang memandang pemimpin tertinggi UMNO dengan sinis. Ini kerana insiden yang dapat diperhatikan pada masa ini menunjukkan prestasi mereka sedang menjunam. Pertama, mereka gagal mempamerkan diri sebagai juara rakyat kerana pada hakikatnya mereka ialah petualang rakyat. Kedua, mereka telah menyerang DAP dan Lim Guan Eng di Pulau Pinang tanpa belas kasihan sedikit pun tetapi dakwaan-dakwaan yang dilemparkan itu terkena batang hidung mereka sendiri. Ketiga, mereka berdemonstrasi untuk menjatuhkan air muka MB Kedah tetapi ternyata ludah ke langit kena batang hidung sendiri. Keempat, mereka sudah hilang punca untuk menyerang Kelantan kerana kes tidak mahu memberi royalti petroleum telah menjadi jerangkap samar yang mereka sendiri pasang.

Dalam keadaan terperangkap itulah rakyat melihat PM mereka tidak popular. Tidak ramai yang menonton celotehnya di TV3, termasuk ahli UMNO sendiri. Kalau member sendiri dah tak sokong, apatah lagi orang lain. Kemudian mereka terpaksa akur dengan tuntutan rakyat supaya tidak membawa GST untuk bacaan kali kedua di Parlimen. Tamparan rakyat ini cukup hebat dan menconteng arang ke muka mereka.

Apabila keputusan SPM dikeluarkan, daripada 10 orang pelajar terbaik, hanya 2 orang yang datang daripada Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Projek Muhyiddin tersasar entah ke mana. Dia mungkin telah dipermain-mainkan oleh pegawai-pegawai di Kementerian Pelajaran. Pilih SBT pun tak betul. Bila gagal dia ambil keputusan untuk berdiam diri. Dalam dia berdiam diri, murid Sekolah Menengah Kerajaan Negeri Kelantan dapat 15A. Malu sekali lagi.

Apa lagi yang dapat diharapkan daripada para pemimpin UMNO? Prestasi mereka hancur. Kalau prestasi PM dan TPM sudah begitu, apa jadi dengan prestasi menteri-menterinya, lunyailah jawabnya.

Rakyat Malaysia sedang mentertawakan mereka apabila melihat mereka terkial-kial dengan segala macam peralatan untuk menarik semula sokongan rakyat. Mereka sudah terlambat dan tersasar jauh kerana tidak tahu bagaimana hendak berubah. Teknik dan taktik politik lama masih segar dalam fikiran mereka untuk menghadapi rakyat yang sudah celik IT dan hidup dalam era globalisasi. Tidak tahulah mengapa mereka pilih jadi Pak Pandir Moden dan Lebai Malang. Harap-harap tidak sampailah jadi Pak Kaduk!!!

Monday, March 15, 2010

RAKYATLAH RAJA YANG SEBENAR

Di negara kita, rakyatlah yang menjadi raja. Cakap merekalah yang perlu didengari oleh pemimpin. Tiada prinsip yang mengatakan bahawa rakyat perlu mendengar kata pemimpin. Apabila pemimpin berfikir begitu, mereka akan sering mengatakan itu dan ini dibuat oleh kerajaan, bukan kerajaan kata ini tanggungjawab yang perlu kami lunaskan. Maka sepanjang masa, kerja kerajaan hanyalah mengungkit-ungkit apa yang mereka buat untuk tunjukkan bahawa mereka prihatin.

Itu bukan caranya menurut prinsip politik baru. Tidak perlu dinyatakan bahawa yang itu dan yang ini projek BN. Rakyat yang cerdik mengetahuinya. Rakyat juga tahu mereka dikhianati apabila pemimpin dan kroni memenuhkan tembolok sendiri. Ini masalah yang telah, sedang, dan akan terus berlaku. Mana boleh jadi.

Rakyat telah menjalankan tanggungjawab yang cukup baik semasa PRU Ke-12 dahulu. Rakyat telah menjalankan tanggungjawab yang cukup baik semasa menentang PPSMI walaupun polis sembur air berkimia dan gas pemedih mata. Semua itu jadi perencah kedegilan kerajaan yang akhirnya terbenam menyembah bumi. Rakyat juga yang berjaya. Tahniah!!!

Kini, kerajaan tangguh GST. Satu lagi kejayaan rakyat. Rakyat Malaysia menjadi raja yang berkuasa. Kita kena jaga kebajikan semua, bukan kepentingan Melayu sahaja. Buang sifat perkauman itu ke Laut Qalzum. Kita berbicara tentang bangsa Malaysia sekarang ini. Ini matlamat kita. Kalau UMNO masih mempertahankan semangat kebangsaan, sekularisme, dan perkauman lantak merekalah. Siapa pun jangan peduli. Yang perlu kita pertahankan ialah prinsip asas Perlembagaan Persekutuan. Kita hendaklah rela berputih tulang mempertahankannya.

UMNO/BN ada ura-ura hendak menaikkan harga bahan bakar. Dalam keadaan rakyat sedang dibebani kenaikan harga barang dan kos sara hidup sekarang ini, kita perlu bangun membantah sekalipun terpaksa turun ke jalan raya. Kita mesti menjadi raja yang berkuasa!!!

Sunday, March 14, 2010

UMNO JARINGKAN GOL SENDIRI !!!

Kini parti petualang rakyat sedang mengedarkan VCD fitnah terhadap Ketua Pembangkang. Tujuan utama hal ini dilakukan adalah untuk menjatuhkan maruah tokoh yang sangat-sangat mereka takuti itu. Perkiraan yang salah ini memakan diri mereka sendiri. Ini kerana kehadiran VCD itu menandakan ada insan keparat yang diupah oleh UMNO untuk membuat kerja jijik itu.

UMNO sudah semakin terdesak untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada mereka. Dengan berbuat demikian, semakin ramai rakyat Malaysia yang membenci mereka. Usahlah menggunakan taktik tak semenggah itu untuk mengaburi mata rakyat yang sudah cerdik sekarang ini. Mereka sedang hidup dalam era globalisasi, bukan macam tahun 60-an dan 70-an dulu.

Mereka buat macam-macam tuduhan untuk mengaibkan MB Kedah. Akhirnya terbongkar bahawa mereka menyokong rakyat yang tidak mahu bayar ansuran rumah yang hanya berjumlah RM100 sebulan. Sokongan merekalah yang menyebabkan kerajaan negeri Kedah terpaksa menanggung hutang yang banyak kepada kerajaan persekutuan. Sekarang tembelang mereka sudah pecah. Makan diri sendirilah nampaknya.

Dulu mereka yang dakwa Kedah dah maju. Bila dapat ke Pakatan Rakyat, terus Shafie Afdal kata mundur. Walau macam mana afdal pun dia perlu lihat tempat dia sendiri. Hebat sangatkah Sabah tu? Basmilah dulu miskin tegar di Sabah yang jumlahnya paling ramai di Malaysia ni. Royalti minyak sesen pun tak masuk ke kocek golongan miskin tegar ni. Apa ceritanya? Rasuah, salah guna kuasa, kroni, nepotisme, dan macam-macam lagi. Bila orang Kedah marah, dia buat mesyuarat perhubungan UMNO Kedah di Semporna. Banyak mana pula habis duit rakyat di situ? Dalam keadaan rakyat dihimpit kos sara hidup yang semakin tinggi, pemimpin UMNO buang duit kerana mesyuarat sahaja.

Fitnah terhadap Lim Guan Eng nampaknya sudah terhenti. UMNO termangu-mangu sendirian kerana sekali lagi gagal mencapai matlamat. Depa kata Lim Guan Eng tak baguih, Transparency International dan Ketua Audit Negara kata dia baguih. Rakyat nak percaya UMNO ke? Tiada kemungkinan langsung.

UMNO/BN kata Pakatan Rakyat manipulasi angka untuk tunjuk bagus. Ini satu lagi tuduhan yang bebal macam kaldai. Rakyat tidak akan percaya cakap orang tak siuman macam mereka. Rakyat sudah dapat angka yang disahkan oleh Ketua Audit Negara. Takkanlah Ketua Audit Negara pun bohong juga. Pasal dia tak bohonglah UMNO/BN sakit perut. Negeri-negeri Pakatan Rakyat lebih baguih daripada negeri-negeri yang UMNO/BN perintah. Terkulat-kulatlah UMNO/BN macam Pak Pandir.

Saturday, March 13, 2010

UMNO PERGUNA PERKASA UNTUK MENIUP API PERKAUMAN

UMNO ialah parti kebangsaan yang sekular. Oleh sebab itu, imej yang dicap ke muka mereka ialah pada era kini negara tidak perlukan nasionalis lagi kerana kita sudah merdeka. Satu lagi imej yang dicap ke muka mereka ialah Ketuanan Melayu melambangkan perkauman. Imej ketiga yang turut dicap ke muka mereka ialah menggunakan Islam secara berpilih-pilih.

Mereka gagal mengikis tuduhan tentang pengamalan Islam secara berpilih-pilih kerana hingga sekarang mereka kerap terperangkap dengan isu remeh-temeh yang dengan sendirinya menyerlahkan kecetekan pengetahuan Islam mereka.

Atas nama nasionalis Melayu, mereka kerap berkokok untuk menjadi juara rakyat. Pada hakikatnya, rakyat tahu mereka petualang rakyat. Merekalah yang sanggup rampas kerajaan negeri Perak dengan bantuan mahkamah. Merekalah yang tidak tahu malu apabila mengekalkan ketua menteri yang perasuah. Merekalah yang muka tebal apabila projek ratusan juta rosak hanya beberapa bulan disiapkan.

Yang paling menyedihkan ialah kegagalan mereka mengikis imej perkauman. Ketua sibuk dengan 1 Malaysia, anak buah menconteng arang dengan kecaman dan sindiran terhadap orang Cina dan India. Rakyat sudah menerima mereka sebagai parti perkauman.

Kini bukan lagi masa untuk bercakap tentang Melayu. Mahu atau tidak kita kena bawa isu perpaduan tulen, isu kebajikan untuk semua rakyat Malaysia, isu mempertahankan asas-asas yang mendasari Perlembagaan Malaysia.

UMNO menyedari hakikat mereka dimarahi rakyat. Bagi mengelakkan hal tersebut terus menghantui, mereka terpaksa mencari jalan keluar. Jalan keluar yang ditemui ialah menggula-gulakan PERKASA yang diketuai Ibrahim Ali memainkan peranan menjulang isu perkauman.

Ibrahim yang tidak berprinsip itu sudah mula ghairah bercakap dengan nada perkauman. UMNO yang lega dengan perlakuan itu mengambil sikap berdiam diri. Namun, mereka lupa bahawa rakyat telah mengecap PERKASA sebagai alat UMNO. Jika PERKASA itu perkauman, maknanya UMNO pun perkauman. Kedua-duanya sama taraf dan datang dari kapal yang sama.

Friday, March 12, 2010

UMNO HILANG PUNCA BILA TERDESAK

Ramai orang masih tertanya-tanya betulkah UMNO/BN sedang terdesak? Tidak payahlah kita bersusah hati kerana hal itu. Sudah banyak bukti yang muncul dengan sendirinya di hadapan mata kita.

Pertama, UMNO/BN memanipulasi institusi judisiari supaya memihak kepadanya. Dalam kes MB Perak, kita dihidangkan dengan jelas, terang, lagi nyata tentang perbezaan keputusan antara mahkamah tinggi dengan mahkamah persekutuan. Barangkali UMNO/BN hendak memberitahu rakyat bahawa undang-undang yang dipakai di mahkamah tinggi tidak sama dengan undang-undang yang digunakan di mahkamah persekutuan. Jadi, UMNO/BNlah yang bertanggungjawab mengharubirukan pemikiran rakyat.

Mereka sedar hal itu akan memakan diri kemudian hari. Keputusan-keputusan yang bercanggah itulah nantinya memerangkap mereka. Sudah banyak peristiwa yang sudah-sudah menghentak kepala UMNO/BN. Persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2004 memberi kemenangan kepada UMNO/BN tetapi memerangkap mereka dalam PRU Ke-12 apabila pengundi bukan Melayu yang selama ini menjamin kemenangan mereka berbondong-bondong menyokong Pakatan Rakyat.

Bila ada pilihan raya kecil mereka tabur duit, bagi kain pelekat, bagi telekung, dan macam-macam projek segera. Dulu UMNO/BN menanglah, tetapi sekarang rakyat sudah cerdik, mereka yang terus bebal, pengundi sapu kesemuanya, pangkah tetap juga Pakatan Rakyat.

Banyak lagi kalau nak diceritakan tentang taktik makan diri itu. Yang menggelikan hati, UMNO/BN tak reti nak buat taktik lain. Sudah tahu tidak mendatangkan hasil pun dibuat juga. Inilah namanya orang pendek akal. Tak pendek akal macam mana kalau pemimpin mereka sekat intelektual masuk UMNO. Ke mana golongan otak geliga ini pergi? Anda sendiri sudah tahu.

Politik baru di Malaysia hari ini boleh diibaratkan sebagai peperangan antara golongan intelektual dengan golongan drop-out sekolah menengah. Kita dapat menduga keputusan peperangan itu. Jika itu berlaku, masa depan Malaysia akan terang-benderang. Tidak payah lagi kita bersusah-susah dengan taktik beli sampah Pakatan untuk hentam Pakatan. Teknik itu hanya sesuai di Zimbabwe atau Uganda.

Rakyat Malaysia wajib menjadi manusia bijaksana yang ada kualiti, kredibiliti, dan integriti, bukan dapat kain batik pangkah dacing, bukan dapat jalan turap depan rumah pangkah dacing, bukan dapat projek kelas F dah tak ingat dunia.

Negara kita akan hanya berjaya membentuk rakyat berpendapatan tinggi dan sesuai dilaksanakan GST kalau kerajaannya tidak rasuah, tidak salah laku, tidak mementingkan diri sendiri, serta tidak asyik dengan kronisme dan nepotisme. Kalau yang ada sekarang ini, jauh panggang dari api!!!

Thursday, March 11, 2010

SIKAP "BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA" DALAM UMNO

Banyak kemelut yang sedang dihadapi oleh UMNO sebagai peneraju BN sekarang ini jika dibandingkan dengan masalah yang sama dalam Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat hanya menghadapi karenah wakil rakyat yang bertaraf sampah politik. Apabila semua sampah ini hanyut ke laut dibawa air, tiada lagilah duri dalam daging itu. Syukur alhamdulillah kerana nampaknya tiada lagi sampah politik yang timbul di permukaan air sehingga kini.

Presiden UMNO sendiri menghadapi masalah besar. Imejnya tidak dapat dipulihkan walaupun firma perunding imej antarabangsa diambil bertugas untuk kerja-kerja pembaikan itu. Dia masih dihantui imej tidak bersih. Oleh sebab itu, tidak ramai rakyat yang memberi sokongan kepadanya walaupun dia dicanangkan oleh media UMNO sebagai mesra rakyat.

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkannya hanyut entah ke mana. Rakyat dikelirukan oleh motto yang dipaparkan dengan bermacam-macam kemungkaran yang mereka lakukan di balik tabir. UMNO memperagakan imej baik di hadapan rakyat sedangkan rakyat tahu merekalah yang sebenarnya petualang.

Demikianlah kita lihat kegagalan demi kegagalan menimpa UMNO. Banyak sudah propaganda yang mereka lemparkan ke tengah khalayak. Tidak tergerak pun rakyat mempedulikannya, malah ahli UMNO yang dikatakan berjumlah 2 juta orang itu sendiri tidak ambil kisah.

Bila Najib muncul di kaca televisyen, jumlah yang menonton sangat-sangat mengecewakan jika dibandingkan dengan ramainya ahli UMNO. Bukan itu sahaja, kawalan UMNO terhadap MCA pun sudah kelihatan semakin rapuh. MCA sudah berani lawan taukeh sekarang. Najib sendiri sudah menikus sekarang ini, sama seperti Pemuda UMNO Pulau Pinang yang suatu ketika berdegar-degar mendakwa Melayu Pulau Pinang dipinggirkan Pakatan Rakyat, tetapi tidak bertelur bila diajak berdebat.

UMNO dipenuhi oleh ahli yang tidak berilmu dan penakut. Ahli-ahli seperti ini hanya pandai berkata-kata macam burung nuri yang diajar berkata-kata. Melalak sana, melalak sini bolehlah. Dicabar berdebat tidak berani kerana dakwaan yang dilontarkan selama ini hanya sampah-sarap, membuka pekung di dada, dan meludah ke langit kena batang hidung sendiri. Gelinya!!!

Kewujudan fenomena ini menandakan UMNO sudah tenat. Oleh sebab itu, mereka bergantung hayat kepada polis. Mereka ketakutan apabila melihatan lautan manusia memberi sokongan kepada acara yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. Baharulah Pak Lah sedar. Dia kata, "UMNO jangan seronok sangat bila tengok sampah politik Pakatan Rakyat tinggalkan parti."

Sekurang-kurangnya Pak Lah dapat memulangkan paku buah kerasnya kepada pemimpin UMNO yang pendek akal dalam isu ini. Benda belum apa-apa dah riuh rendah macam murai tercabut ekor. Kata orang tua-tua Melayu, "Burung terbang dipipiskan lada." Memang orang UMNO tidak cerdik.

Wednesday, March 10, 2010

UMNO HILANG KEJANTANAN ?

Pakatan Rakyat yang baru memerintah Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor selama dua tahun boleh diibaratkan sebagai durian yang sedang "buang buruk". Itu hakikat yang perlu diterima dalam proses pemantapan organisasi. Hal ini sengaja disembunyikan oleh UMNO.

UMNO/BN yang semakin bercelaru setelah memerintah lebih daripada 50 tahun tidak boleh dianggap sebagai "buang buruk" lagi. Hakikatnya parti kebangsaan yang perkauman itu sudah buruk dan lusuh.

Barah rasuah di dalamnya tidak mungkin dapat disembuhkan kerana semua ahlinya serakah. Kegemaran mereka ialah mengumpul kekayaan dalam sekelip mata. Sebab itulah hingga sekarang mereka masih mengamalkan pemberian tender tertutup. Cara ini membolehkan kroni mendapat projek walaupun kebolehan mereka tidak seberapa. Hasilnya kita lihatlah bumbung stadium runtuh, makmal komputer roboh, masjid menyembah bumi, pencawang komunikasi tersembam, perampok bermaharajalela dalam PKFZ, enjin F-5E dengan mudahnya dilarikan ke Amerika Selatan, dan kapal selam baru beli sudah tidak berfungsi.

Bagi menutup serba-serbi kemungkaran itu, UMNO menyerang Pakatan Rakyat yang sudah diketahui oleh rakyat mendapat pujian pelbagai pihak. Transparency Interntional puji Pakatan Rakyat memerangi rasuah. Rasuah bertimbun-timbun macam bukit dalam UMNO. Laporan Ketua Audit Negara memuji cara pemerintahan di semua negeri Pakatan Rakyat, termasuk Perak yang dirampas oleh UMNO itu.

Kini UMNO menguar-uarkan Pakatan sedang retak menanti belah tanpa melihat kemusnahan yang sedang berlaku dalam dirinya sendiri, kepunahan MCA, kebobrokan PPP, pertelagahan mencari pengganti Taib di Sarawak, dan kelembekan pentadbiran parti Gerakan sehingga UMNO tidak rasa malu ambil alih jawatan ketua BN di Batu.

UMNO/BN tidak dapat berselindung lagi. Bila kapal mereka bocor, mereka berusaha sehabis daya untuk membocorkan kapal lawan. Itu bukan jantan namanya. Dah tak ada jantan lagikah dalam UMNO? Macam mana nak jadi juara rakyat kalau tindak-tanduk macam pondan!!!

Tuesday, March 9, 2010

UMNO TERUS MENYALAK

Baru dua tahun Pakatan Rakyat memerintah Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor. Namun, PAS sudah mengemudi pemerintahan di Kelantan selama 20 tahun. Kerajaan-kerajaan ini tidak pernah sunyi daripada serangan UMNO yang berpegang kepada politik lama. Pegangan politik itu memperlihatkan kejatuhan nilai kejantanan yang amat ketara.

Jika mahu memperlihatkan kemampuan diri, tidak payahlah gunakan teknik dan taktik yang sudah lapuk itu. Rakyat sudah meluat melihatnya. Sudah lebih 50 tahun merdeka, UMNO masih guna taktik ahli-ahli pembangkang masuk UMNO secara beramai-ramai. UMNO masih taja pihak tertentu buat demonstrasi. Sengaja cari cacat cela kerajaan Pakatan Rakyat sehingga lupa taik mereka yang berterabur di merata-rata jalan. Sampai bila UMNO hendak jadi manusia cerdik. Tidak habis-habis dengan perangai jahat mereka. Jadilah anak jantan kalau benar-benar mahu tunjuk jaguh.

Berusahalah secara ikhlas untuk tunjukkan kualiti kerajaan UMNO/BN kepada rakyat tanpa terlibat dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa, mementingkan kroni, nepotisme, dan sebagainya. Jika itu ditinggalkan baharulah UMNO boleh bercakap dengan lantang tentang kredibiliti dan integriti. Pada masa itu baharulah ekor mereka tidak bergelumang taik. Kokoklah puas-puas.

Walau bagaimanapun, rakyat tidak pernah yakin dengan kebijaksanaan UMNO kerana tiada satu pun pembaharuan yang mampu mereka lakukan. Mereka tidak mempunyai intelektual tetapi berlebihan sokong yang membawa rebah. Berapa ramai pemikir sejati yang ada dalam MUBARAK?

Mereka bercakap tentang kualiti, tetapi bumbung stadium runtuh, makmal komputer runtuh, bumbung masjid pun runtuh!!! Mereka bercakap tentang kredibiliti, tetapi ada perasuah jadi ketua menteri!!! Mereka bercakap tentang integriti, tetapi rasuah dan salah guna kuada bertimbun-timbun dalam PKFZ!!!

Semua itu tidak akan memberi makna jika UMNO menyalak tentang 1 Malaysia. Semua itu tidak akan memberi makna jika UMNO menyalak tentang juara rakyat. Semua itu tidak akan memberi makna jika UMNO menyalak tentang model ekonomi baru.

Monday, March 8, 2010

MUFTI KE TUKANG KARUT ?

Banyak sangat pihak yang digunakan oleh UMNO khususnya untuk mencederakan Pakatan Rakyat. Pihak-pihak itu bukan sahaja PDRM, SPRM, SPR, dan mahkamah malahan juga mufti. Rakyat kebingungan apabila mufti bercakap tentang politik. Cakapan itu pula menghentam Pakatan Rakyat. Jika demikian halnya, dia sudah diperalatkan oleh musuh Pakatan Rakyat. Ini merupakan satu langkah songsang golongan agama di negara kita.

Mengapa mufti ini asyik dengan politik? Tugas hakikinya menjaga hal ehwal agama Islam. Dia patut menggembleng tenaga untuk kembalikan remaja Islam yang tersasar kembali ke pangkal jalan, bukannya menunjukkan wajah buruk pembangkang. Buatlah kerja sendiri. Jangan sibuk dengan benda yang tidak termasuk dalam bidang tugas mufti.

Remaja Islam semakin galak buang bayi. Remaja Islam semakin banyak merempit. Remaja Islam semakin banyak bersekedudukan. Remaja Islam semakin banyak murtad. Remaja Islam semakin banyak menagih dadah. Inilah masalah-masalah semerta yang perlu ditangani oleh jabatan yang dipimpin oleh mufti. Takkanlah hal ini pun nak diberitahu kepada Tuan Sahibul Samahah!!!

Yang anehnya, seorang sahaja mufti yang bersikap demikian. Namun, orang ramai tahu bahawa dia 100% sedar dengan apa-apa juga yang dilakukannya. Orang ramai juga tahu bahawa dia telah termasuk ke dalam perangkap wartawan yang sememangnya suka kepada sensasi untuk melariskan akhbar mereka.

Dengan kesedaran itulah mufti bertukar wajah menjadi tuk dalang atau tukang karut dikir barat. Mengapa sampai ke situ sekali diletakkan jawatan yang mulia itu?

Sunday, March 7, 2010

DAULATKAN SUARA RAKYAT

Ketika UMNO sedang galak membeli ahli parlimen PKR yang bermasalah untuk mencapai majoriti dua pertiga di parlimen, mereka terkedu dengan gelora besar yang melanda MCA. Perletakan jawatan barisan kepimpinannya sudah mencapai tahap yang memaksa pemilihan jawatankuasa tertinggi parti diadakan semula.

Aspek yang menarik daripada peristiwa ini ialah kegagalan Muhyiddin menyelesaikan kekalutan dalam MCA. Hal ini telah menconteng arang ke muka beliau. Namun, seperti biasa dia terus tersengeh walaupun kredibilitinya tercalar teruk. Dari sudut yang lain, kita melihat cengkaman UMNO ke atas MCA semakin hari semakin longgar, tidak seperti dulu lagi. Dulu MCA dengar saja cakap UMNO. Kini mereka sudah berani walaupun tidak sekuat dulu.

Paradoks sering berlaku dalam politik. Orang tidak kuat pun boleh jadi berani. Kenapa? Abang besar yang selama ini suka sangat membuli adik-adik tiba menghidapi penyakit kronik sehingga soal kerelevanannya dalam dunia politik dipersoalkan dan terpaksa pula menggunakan bantuan NGO Melayu sebagai talian hayat.

Pada masa yang sama, kemenangan Zambry melalui keputusan mahkamah tidak menggembirakan mereka secara total. Rasa bersalah terhadap sikap berat sebelah pihak mahkamah sedang menghantui mereka. Apatah lagi doa setiap hari daripada orang yang teraniaya dalam kes ini. Mungkin juga ada orang lain lagi yang tidak bersetuju dengan mereka berdoa setiap hari supaya kerajaan UMNO/BN di Perak ditamatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kerajaan rampasan tidak mungkin bertahan lama. Mereka mengerti hakikat itu.

Apabila ditambah dengan krisis besar dalam MCA, Najib kehilangan punca. Sesuatu yang mahu dielakkan telah berlaku. Dia terperangkap dalam situasi yang memaksanya berdiam diri. Jika dia berbunyi, akan terserlahlah sikap memihaknya kepada mana-mana pemimpin MCA sedangkan orang MCA sendiri sudah tahu siapa yang disokong dan siapa yang tidak disokong oleh Najib.

Najib tidak mungkin dapat menyelesaikan kemelut terbaru ini walaupun Tee Kiat diam seribu bahasa. Chua yang lebih ke hadapan dalam kes ini masih diragui kemampuannya kerana sikap Najib terhadapnya. Wee yang tidak rela dipermain-mainkan oleh pemimpin atasan MCA masih teguh dengan pendiriannya walaupun tidak diketahui sampai bila. Tiong Lai pula terpaksa mengumpul kekuatan baru akibat daripada ketiba-tibaan yang muncul sekarang ini.

Tidak banyak yang dapat dilakukan oleh UMNO apabila berhadapan dengan konflik besar yang datangnya bertalu-talu itu. Mereka hanya mampu melihat kejayaan atau kegagalan MCA menyelesaikan masalah dalaman tersebut. Kesan doa insan yang teraniaya dan mereka yang simpati kepada penganiayaan itu terus menghantui pemikiran mereka.

Kini ditambah pula dengan Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak. Soal Taib mahu terus berkuasa atau tidak memeningkan kepala Najib. Dalam keadaan tidak bersedia, nak cekup siapa ganti Taib? Salah langkah BN hanyut di Sarawak. Igauan-igauan itu akan terus tertancap dalam pemikiran para pemimpin UMNO sehingga mereka jadi kurang stabil.

Ketidakstabil akan terus meracau dalam kapal UMNO/BN yang bocornya semakin meluas. Kita tunggu sahajalah bila dia akan tenggelam. Apabila dia sudah tenggelam, kita sambutlah kedatangan politik baru untuk mengubah senario politik Malaysia ke arah yang lebih cerah demi mendaulatkan suara rakyat.

Saturday, March 6, 2010

MUSANG BERBULU AYAM

Khabar dari negara maju yang kita terima mengatakan kedudukan ekonomi dunia masih tenat. Paling teruk menerima akibatnya ialah pasar raya. Di negara kita, PM kata ekonomi Malaysia sudah bagus. Pakar ekonomi kata tidak bagus kerana situasi yang hadir itu disebabkan kerajaan guna pump untuk naikkan keadaan ekonomi. Maksudnya tidak reallah. Senang cakap tipulah.

Hakikatnya daya saing negara kita sudah ketinggalan jika dibandingkan dengan Thailand dan Indonesia. Dengan Singapura, Taiwan, dan Korea tak payah cakaplah. Apa nak jadi kalau FDI asyik cabut saja. Tambah parah bila lokal punya pelabur pun cabut lari ke negara lain.

Kita sedang menghadapi masalah ekonomi yang teruk sekarang ini. Kerajaan tiada duit nak bayar kerja lebih masa pekerja-pekerjanya. Harga barang pada masa ini bukannya macam dulu. Itu yang rakyat nampak dan rasa.

Rakyat tidak pernah rasa mereka golongan berpendapatan tinggi seperti yang diinginkan Najib bagi melonjak naikkan ekonomi negara ini. Barangkali semua pemimpin UMNO sedang bermimpi di siang hari.

Mereka tidak peduli sangat hal ekonomi. Kalau ada peluang, mereka sapu saja apa yang ada. Yang berjalan seiring dengan pengsonglapan wang rakyat itu ialah kenduri untuk ahli parlimen PKR yang keluar parti. Yang keluar tu kemungkinan besarnya orang UMNO yang menyamar sebagai orang PKR. Tidak tahulah berapa ekor lagi musang berbulu ayam dalam kalangan ahli parlimen PKR tu.

Perkara ini sepatutnya telah diambil perhatian dari dulu lagi. Memang ada orang UMNO dalam PAS dan PKR. Mungkin juga ada orang MCA dalam DAP. Tiada perhatian khas tentang perkara ini boleh mengundang padah. Hati-hati!!!

Friday, March 5, 2010

HUDUHNYA WAJAH UMNO!!!

Hakikat yang telah diterima bukan sahaja oleh orang Melayu Pulau Pinang malahan juga orang Melayu di seluruh Malaysia ialah UMNO telah mengkhianati bangsanya sendiri di negeri itu walaupun diberi peluang memerintah selama lebih daripada 50 tahun.

Apabila UMNO melancarkan serangan terdesak mereka satu demi satu ke atas DAP dan Lim Guan Eng yang baharu sahaja memerintah selama 2 tahun, rakyat Malaysia memandang mereka dengan sinis dan memualkan. Tidak adakah cara lain yang boleh difikirkan oleh UMNO selain daripada memperkudakan NGO Melayu untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang?

Serangan itu berbau perkauman. UMNO sememangnya tidak dapat melarikan diri daripada pegangan keparat itu. Parti perkauman akan sentiasa menggunakan isu perkauman untuk mengekalkan kuasa. Rakyat Malaysia tidak akan dapat dibutakan oleh UMNO yang sekular dan perkauman sampai bila-bila pun.

UMNO ialah spesies Melayu yang aneh. Ikut Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan mengamalkan adat resam Melayu. UMNO tidak mempertahankan bahasa Melayu. Mereka paksa orang guna bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik sehinggalah mengalah kerana tidak mampu menahan asakan pejuang bahasa Melayu.

Kita tidak dapat mengkategorikan kumpulan Islam yang mana untuk UMNO. Ini kerana mereka tidak menjadikan hukum-hakam Islam sebagai asas perjuangan. Bagi mereka, meniadakan perarakan Maulidur Rasul itu tanda menghina Islam. Bagi mereka, Kristian Katolik tidak boleh guna perkataan "Allah" sebab itu mereka menentang keputusan mahkamah. Bagi mereka, mahkamah syariah zalim apabila sebat pesalah wanita yang melakukan persetubuhan haram. Apa lagi hendak kita labelkan UMNO kalau tidak sekular?

Melayu ialah satu bangsa yang sopan santun. Sopan santunkah kalau orang UMNO menghina orang Cina dan India yang bersama-sama mereka menuntut kemerdekaan dahulu? Salahkah Tan Cheng Lock melalui AMCJA mengusulkan supaya orang Melayu dibantu kerana mereka dizalimi penjajah Inggeris?

Demikianlah tunggang terbaliknya spesies Melayu UMNO. Nakhodanya sibuk dengan 1 Malaysia yang tak tahu kepala ekor, kelasi-kelasinya bermain api perkauman. Mereka iri hati melihat kejayaan Pakatan Rakyat menggembleng tenaga menyatukan semua kaum di negara ini. Mereka iri hati melihat usaha merakyatkan kekayaan negara yang semakin menjadi realiti. Mereka iri hati melihat perkara asas dalam Perlembagaan Malaysia terus dipertahankan oleh Pakatan Rakyat. Jika semua ini menjadi realiti, UMNO/BN akan menjadi sejarah.

Dek kepanasan itulah mereka menggelabah sekarang ini. Semuanya serba tidak kena kepada mereka yang rasuah, mementingkan diri sendiri dan kroni, salah guna kuasa, dan entah apa-apa lagi kemungkarannya. Dialah yang maha segalanya. Ditunjukkan-Nya kepada kita kecelaruan UMNO yang bertunjangkan sekular dan perkauman itu satu persatu. Wajah huduh UMNO akan terus dijelmakan sehingga mereka sirna dalam dunia politik Malaysia.

Thursday, March 4, 2010

AHLI PARLIMEN UNTUK DIJUAL?

Fenomena baru yang berlaku di Malaysia ialah kewujudan Ahli Parlimen untuk dijual. Istilah itu jauh lebih sedap daripada Ahli Parlimen yang menjual diri. Hakikatnya begitulah.

Ketika mereka dibaca tidak mempunyai semangat yang kental terhadap perjuangan, ketika itulah musuh dengan murah hati menghulur habuan yang tak terkira banyaknya. Maka sesiapa juga yang tamah haloba akan goyang melihatnya. Masuklah tamu ketiga pada masa itu. Berkecailah segala-galanya apabila sudah dirasuk syaitan.

Bertempiaranlah semangat menentang kemungkaran yang dahulunya dihamburkan di hadapan penyokong-penyokong yang tidak berbelah bagi menerimanya. Inilah penganiayaan maha dahsyat pemimpin kepada orang yang dipimpinnya.

Musang berbulu ayam dalam politik akan sentiada ada untuk mempermain-mainkan perasaan kita. Tanpa rasa malu mereka meludah ke langit. Walaupun terkena batang hidung sendiri, aku peduli apa. Janji kantung penuh. Nak tunggu pilihan raya sekali lagi belum tentu dapat bertanding semula. Kalau bertanding pun, belum tentu memang. Jadi, sapulah apa yang melintas, sebelum dikebas orang lain. Dasar manusia keparat.

Wednesday, March 3, 2010

MATERIALISME MENCANDUI PEMIMPIN KEPARAT

Jika kita mengambil kira tanggapan Sallehuddin bahawa gaji yang berjumlah RM9,000.00 sebulan terlalu kecil, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa wujud kecenderungan ke arah materialisme dan sekularisme yang serius dalam kalangan ahli-ahli politik di Malaysia.

Tidak perlulah kita bercakap tentang moral dan politik ketika ini kerana aspek itu langsung tidak dipedulikan oleh kerakusan mereka mengejar kebendaan. Penyakit ini akan menyebabkan harta benda dan hasil mahsul negara ini dirampok dengan sewenang-wenang.

Nampaknya seruan supaya rasuah dan penyalahgunaan kuasa dibendung telah menjadi mimpi aneh dalam dunia politik Malaysia. Pelaku-pelakunya tidak lagi berpegang kepada memerangi kemungkaran sebagai tangkal perjuangan.

Bila tidak mendapat imbuhan dalam bentuk kebendaan, mereka akan segera meninggalkan slogan merakyatkan kekayaan negara ini yang selama ini ditatang dan diusung ke hulu ke hilir untuk menjadi makanan rakyat.

Mereka terdorong untuk berbuat demikian kerana habuan yang tersedia menanti. Di mana ada gula di situlah ada semut. Dengan demikian, terpelantinglah ucapan keramat yang menjadi magnet kepada arus kebangkitan rakyat dalam PRU Ke-12 dahulu.

Rakyat tertipu oleh kelkatu yang mengerumuni lampu ini. Di satu pihak yang lain, kita menyaksikan gerakan raksasa meruntuhkan semua nilai murni dalam kehidupan beragama demi kuasa. Akhirnya si jahat juga yang bertakhta di puncak pemerintahan.

Telah berkali-kali hal ini berlaku di depan mata kita. Hasrat kita untuk melihat kekayaan negara ini dinikmati oleh sekalian rakyat jelata tidak pernah kesampaian. Hasrat itu dirompak oleh sang pemimpin yang rakus di tengah jalan.

Sebagai penguasa yang sebenar, kita boleh mematikan langkah semua petualang ini. Kita perlu menyingkirkan mereka dengan suara yang padu. Jangan pedulikan kelainan-kelainan yang ada pada diri kita. Kita berpadu tenaga menghapuskan kedurjanaan mereka. Biar putih tulang, jangan putih mata!!!

Tuesday, March 2, 2010

UMNO PENGUMPUL BAHAN TERBUANG

Perjuangan memerlukan insan yang tabah, tekun, dan cekal. Insan yang lembek akan menjadi makanan paus yang sentiasa kelaparan. Ramai insan yang lembek dalam PKR. Mereka tidak tahan dolat.

Insan yang lembek pun ada agenda sendiri. Menjadi duri dalam daging sesuatu perjuangan ialah tugas hakiki mereka. Sesudah mendapat pelbagai maklumat, mereka pun menikam kawan dari belakang.

Inilah punca kepada semua persoalan yang melengkari pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang dewasa ini. Banyak sudah rahsia yang dipecahkan oleh tali barut UMNO itu. Sallehuddin, Fairuz, Zahrain, Tee Beng, Osman, dan Jamaluddin sudah tinggalkan PKR. Mungkin ramai lagi yang akan keluar apabila diberi habuan lumayan. Yang tertekan ialah rakyat jelata yang terus dihimpit masalah kewangan.

Situasi ini memperlihatkan beberapa keanehan. Pertama, UMNO yang memegang kuasa tiba-tiba menjadi tong yang menyimpan sampah-sarap tetapi berdendang sayang tentang kejayaan pengumpulan yang hina dina itu. Kedua, mereka telah meletakkan kredibiliti dan integriti mereka di celah-celah politik lama yang masih mereka tatang ke sana sini.

Ketiga,begitu sekali rendahnya maruah UMNO pada pandangan rakyat yang majoritinya telah berpindah ke politik baru. Politik baru mementingkan pejuang yang bukan sahaja tulen malahan juga sejati. Politik baru berusaha sehabis daya merakyatkan sumber kekayaan negara. Politik baru sentiasa mempertahankan perkara asas perlembagaan negara. Politik baru menolak rasis demi perpaduan dan integrasi kaum.

Alhamdulillah!!! Rakyat Malaysia telah celik politik. Mereka tidak akan menari mengikut langkah songsang UMNO. Mereka terdiri daripada spesies telunjuk lurus kelingking berkait. Spesies ini berhati khianat, tidak menghiraukan halal haram, dan menghalalkan cara demi matlamat.

Kita memerlukan Malaysia yang bersih daripada noda dan dosa rasuah. Kita memerlukan Malaysia yang suci daripada ketirisan. Kita memerlukan Malaysia yang terhindar daripada penyalahgunaan kuasa. Kita memerlukan Malaysia yang berkualiti, berkredibiliti, dan berintegriti. Hanya dengan cara itu kita akan hidup dalam suasana yang relatif sempurna. Kita boleh mencapainya jika meninggalkan UMNO jauh-jauh.

Monday, March 1, 2010

MPM TAKUT BAYANG-BAYANG SENDIRI

Perkara Asas dalam Perlembagaan menjadi penggerak kepada penubuhan Majlis Perundingan NGO Melayu. Antara NGO Melayu yang menyertainya ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA), Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Harus diingat bahawa ketika keputusan PRU Ke-12 masih hangat diperkatakan telah timbul sebuah majlis yang dinamakan Majlis Permuafakatan Melayu. Bisingnya bagai nak rak tentang terhakisnya Ketuanan Melayu. Sehingga kini orang Melayu tidak tahu apa aktiviti yang dijalankan oleh majlis tak rok cetong ini. Khairy sudah tidak mahu guna istilah "Ketuanan Melayu" tetapi Shahrir Samad pula yang memanaskannya.

Aktiviti-aktiviti kurang cerdik ini menjatuhkan air muka orang Melayu pada pandangan kaum lain. Sampai bila orang Melayu akan meneruskan sifat assabiah? Inilah persoalan yang menyenakkan perut anak bangsa kita.

Apakah bukti sahih tentang kebolehan pihak lain untuk mengangganggu gugat Perkara 153dalam Perlembagaan Malaysia? Berani sangatkah mereka? Mudah sangatkah perkara-perkara dalam Perlembagaan itu hendak diubah atau dimansuhkan? Adakah Perlembagaan Malaysia sama tarafnya dengan Perjanjian Jual Beli Kereta? Janganlah merendah-rendahkan Status Perkara Asas dalam Perlembagaan kita?

Jika demikian keadaannya, apakah agenda MPM? Apa-apa juga yang berbau UMNO sama sahaja nawaitunya. Menakut-nakutkan Melayu supaya kembali menyokong mereka. Politik lama ini sebenarnya sudah klise dalam negara kita. Tak laku lagi dah.

Kalau betul-betul MPM nak bela Melayu, pastikan tidak berlaku rasuah, ketirisan, penyalahgunaan kuasa, dan serba mak nenek mungkar lagi apabila Model Ekonomi Baru dilaksanakan oleh Najib nanti. Kalau tak sanggup, tidak payahlah menyalak ke sana sini.

Umat Melayu akan menyalahkan UMNO dan MPM jika Model Ekonomi Baru pun gagal macam DEB. Jika itu yang berlaku, mampukah kita tutup mulut kaum lain yang mencerca kita?
UMNO dan MPM perlu berhati-hati. Cakap pasal tolong Melayu, dah berapa kali kantoi. Tak rasa malu ke? Tebal mana muka kita?