UMNO IALAH PARTI BANGSAWAN
SUARA MALAYSIAKU SATU
Jika kita merenungi perkembangan politik semasa di Malaysia, akan terserlahlah beberapa kegiatan yang berlaku di peringkat dalaman dan luaran parti.
Kekalutan sudah lama menyelubungi Kerajaan UMNO-BN. Merekalah yang mula membuka pekung di dada. Mereka jugalah yang kemudiannya mati-matian mengubah kenyataan itu. Inilah yang dinamakan kalut. Orang menjadi kalut apabila terdesak.
Nampaknya rasuah masih menjadi duri dalam daging pemerintahan UMNO-BN. Walaupun ada kesan terhadap usaha kerajaan untuk membanteras gejala jijik itu, hampir 50% rakyat masih menganggapnya sebagai berleluasa.
Siapa pun tidak menyangka UMNO akan jadi begini. Dalam perhimpunan agung parti sekular dan perkauman itu yang lalu, ketua pemudanya yang menang kerana merasuah perwakilan mencadangkan supaya konsep Ketuanan Melayu diganti dengan Kepimpinan Melayu. Pada masa itu, MCA menyerang UMNO dengan mengutarakan isu bukan Melayu "dihambakan" oleh Melayu yang ketinggalan jauh dalam bidang ekonomi tetapi ada hati nak mengaku tuan. Cadangan lemah Khairy sirna begitu sahaja ditelan angin.
Semua orang, semua kaum, dan semua agama menerima perbuatan khianat dan mungkir janji sebagai tidak bermoral. Fakta sahih (bukan fitnah) yang ada di depan mata kita ialah UMNO memiliki kedua-dua perangai tidak bermoral itu.
Kehadiran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dianggotai oleh kaum Cina dan India telah banyak membantu PAS melebarkan sokongan bukan Melayu kepadanya. Sekali gus menjadikan PAS sebagai sebuah parti pelbagai kaum yang bertunjangkan Islam. Dengan demikian, PAS telah mampu menerobosi kawasan bandar dan pinggir bandar. Kejayaan ini telah memberi tamparan hebat kepada UMNO dan mereka mencemburuinya.
Pemikiran orang Melayu sudah lama dikongkong oleh UMNO. Mereka mendapat kesempatan itu semasa menentang Malayan Union. Kebersatuan hati orang Melayu atas kes berkenaan telah digunakan secara maksimum untuk mengikat hati Melayu kepada UMNO.
Pakatan Rakyat perlu menyusun strategi yang mapan untuk membetulkan persepsi orang Melayu terhadap kedudukan mereka dan agama Islam di negara ini yang dicacatkan oleh UMNO. Kedua-dua hal itu merupakan bidang kuasa Raja-Raja Melayu dan diperkemaskan dalam Perlembagaan Malaysia. Tiada apa-apa pun yang perlu dipersoalkan tentang hal tersebut.
Najib begitu ghairah menghentam Pakatan Rakyat di Konvensyen Barisan Nasional. Hentaman itu disertai pelbagai tuduhan yang entah sudah berapa kali diulang-ulang. Anti nasional. Nepotisme. Pembohong besar. Pemalsu dokumen. Petualang bangsa. Pengkhianat negara.
Dr. M kata 1 Malaysia hanya akan berjaya jika semua rakyat menolak ke tepi soal bangsa. Kenyataan ini bercanggah dengan pandangan sebelumnya yang dikeluarkan sendiri oleh beliau dan bercanggah juga dengan pandangan UMNO dan pengampu-pengampu mereka.
UMNO-BN dengan bangganya mempertegaskan komitmen mereka untuk melayari ombak dan badai politik di Malaysia. Mereka dengan beraninya menyatakan kesiapsediaan menghadapi apa-apa juga rintangan yang menghalang mereka daripada terus berkuasa. Namun, suara itu amat aneh kedengarannya.
Setelah sekian lama joli katak dengan wang rakyat, kini kerajaan UMNO-BN ketandusan wang. Yang terpaksa menanggung keperitan ialah rakyat jelata. Harga barang telah banyak kali melonjak naik. Petrol, diesel, gula, gas, dan lain-lain naik lagi. Mau atau tidak, rakyat terpaksa membayar untuk mendapatkan barangan keperluan itu.
Ketuanan Melayu muncul kembali apabila disebut oleh Presiden PKR. Adakah orang Melayu sudah lupa tentang bahana yang dihadapi UMNO akibat berpegang kepada batang keramat yang buruk ini? Akibatnya, Khairy suruh tukar dengan panggilan lain. Shahrizat pun tak berapa teringin dengan istilah tu. Alih-alih ada pula yang komen lebih-lebih pasal batang keranat buruk tu.
UMNO menangguhkan perhimpunan agung mereka selama 18 bulan. Alasannya adalah untuk mengelakkan perpecahan dan memberi masa kepada kepimpinan untuk menguatkan parti. Presidennya menggunakan percekcokkan dalam PKR sebagai penanda aras.
Setelah mendapat sokongan padu daripada Melayu luar bandar, PAS perlu beralih kepada Melayu pinggir bandar. Orang Melayu di kawasan ini berfikiran lebih terbuka kerana mereka terdedah kepada pelbagai sumber maklumat.