Tanpa mengemukaknn sebarang bukti yang telah teruji kebenarannya, Najib memperlekehkan Rancangan 100 Hari Setelah Pakatan Rakyat Menawan Putrajaya. Lekehan itu segera mendapat reaksi positif daripada akhbar-akhbar proUMNO dan semua media pengampu mereka. Apa sebenarnya yang berlaku? Najib dan gerombolannya kini berasa cemas dengan kemantapan dan kerealistikan rancangan itu hingga menyebabkan sokongan rakyat terhadapnya semakin bertambah setiap hari.
Bagi menahan asakan itu, Najib memberitahu rakyat bahawa sekiranya rancangan itu dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat, negara akan tergadai, muflis, dan sebagainya kerana tidak disandarkan kepada kemampuan ekonomi negara. Bukti nyata yang ada di depan mata kita ialah hutang negara melebihi 50% KDNK. Inilah yang mendorong Idris Jala mengumumkan Malaysia akan muflis pada tahun 2019. UMNO/BN mempunyai tabiat berhutang yang tidak terkawal. Kini kedengaran mereka akan menjual bon-bon untuk menambah lagi hutang. Rakyat perlu tahu bahawa keborosan UMNO/BNlah yang akan menyebabkan Malaysia menjadi muflis, bukan Rancangan 100 Hari Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat hanya memerlukan RM19 bilion untuk membahagiakan rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, perancangan UMNO/BN yang ada pada masa ini jauh melebihi angka itu. Kerajaan membina satu MRT bernilai RM40 bilion di samping kos pembinaan Menara Warisan Merdeka yang mencecah RM5 bilion. Ditambah pula dengan projek mega bagi membina Wilayah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLFID) yang nilainya mencecah RM26 bilion, tidak lupa juga perutukan RM111 juta untuk projek isterinya, Permata Pintar yang belum diketahui signifikannya, nombor serta jumlah angka bajet di atas adalah lebih dari mampu untuk menampung kos 10 tawaran permulaan 100 hari PR.
UMNO/ BN sememangnya tidak mahu meringankan beban rakyat, mereka sering bertindak sehingga memberi kesan dan menghimpit rakyat dari segenap aspek, bahkan situasi lebih parah dengan kedangkalan pemikiran pemimpin tertinggi UMNO/ BN. Seksa rakyat tak pernah reda, dalam masa yang sama mereka terus mengharapkan sesuatu perubahan hidup yang lebih besar dan menyeluruh. Oleh sebab itu, tiada tempat dan harapan melainkan kepada pilihan baru dan terbaik iaitu dengan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara penggal akan datang dan lihatlah hasilnya nanti.
Walaupun hasil negara melimpah ruah, tetapi kerajaan UMNO/BN yang ada gagal menguruskan negara dengan baik hingga mengakibatkan rakyat melarat. Berdasarkan kemampuan kerajaan membina satu MRT bernilai RM40 bilion di samping kos pembinaan Menara Warisan Merdeka yang mencecah RM5 bilion. Ditambah pula dengan projek mega bagi membina Wilayah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLFID) yang nilainya mencecah RM26 bilion, tidak lupa juga perutukan RM111 juta untuk projek isterinya, Permata Pintar yang belum diketahui signifikannya, nombor serta jumlah angka bajet di atas adalah lebih dari mampu untuk menampung kos 10 tawaran permulaan 100 hari PR.
UMNO/ BN sememangnya tidak mahu meringankan beban rakyat, mereka sering bertindak sehingga memberi kesan dan menghimpit rakyat dari segenap aspek, bahkan situasi lebih parah dengan kedangkalan pemikiran pemimpin tertinggi UMNO/ BN. Seksa rakyat tak pernah reda, dalam masa yang sama mereka terus mengharapkan sesutu perubahan hidup yang lebih besar dan menyeluruh. Oleh sebab itu, tiada tempat dan harapan melainkan kepada pilihan baru dan terbaik iaitu dengan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara untuk satu penggal dan lihatlah hasilnya nanti.
Di samping itu, walaupun hasil negara melimpah ruah, tetapi kerajaan UMNO/ BN yang ada gagal menguruskan negara dengan baik dengan mengakibatkan rakyat melarat. Kini Pakatan Rakyat mencabar Najib untuk berdebat atas isu yang dipertikaikannya itu. Rakyat ternanti-nanti reaksi Najib. Sebagai seorang yang berpegang kepada prinsip, dia perlu menyahut cabaran ini, bukan hanya melalak di hadapan mikrofon!!!