Thursday, March 31, 2011

POLITIK KUNO DI MALAYSIA

Politik pada hari ini perlukan acuan baharu untuk mendidik rakyat. Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh parti-parti politik yang berwibawa. Kewibawaan itu seratus peratus bergantung kepada kepimpinan yang telah memastikan hala tuju masing-masing. Tidak perlulah dicampuradukkan dengan pelbagai hal lain yang tidak berkaitan dan boleh mencacatkan perjuangan.

BN mengemukakan Konsep 1 Malaysia. Slogan yang digunakan ialah "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan". Pada peringkat awalnya, slogan ini menyentak perasaan rakyat. Namun, keseketikaan itu bertukar menjadi mala petaka kepada pemerintah. Bukti-bukti ditaburkan bagi mewajarkan tuduhan bahawa konsep itu diciplak dari Konsep One Israel. Apatah lagi pihak pemerintah mengupah APCO untuk membaiki imej kerajaan yang diburukkan oleh pelbagai salah laku yang tidak berupaya dibersihkan. Keadaan menjadi semakin parah apabila Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia digantung gara-gara menyamakan 1 Malaysia dengan 1 Israel dan Najib sendiri mengaku Konsep 1 Malaysia masih kabur pada pandangan rakyat. Yang paling menggelikan hati ialah Dr. M sendiri tidak faham hujung pangkal 1 Malaysia. Muhyiddin seolah-olah menolak konsep ini. Hanya media massa yang kelihatan beriya-iya mempromosikan Konsep 1 Malaysia di samping lencana dan baju T.

Usaha Najib akan gagal tanpa sokongan padu para pemimpin yang diangkatnya. Sementelahan pula rakyat memandang sebelah mata kepada begitu ramai yang dinaikkan melalui jawatan Senator. Mereka ini ada yang kalah dalam PRU Ke-12 dan langsung tidak bertanding dalam PRU berkenaan. Hal sedemikian hanya menyerlahkan ketidakmampuan Najib menguatkan dirinya melalui barisan kepimpinan.

Kepimpinan yang lemah akan diikuti dengan pelbagai tindakan yang tidak bijaksana. Antara perkara paling tidak bijaksana yang sekali gus menunjukkan kecetekan pemikiran kepimpinan Najib ialah pembelian peralatan pada harga yang jauh melebihi harga beli negara lain bagi item yang sama; pemberian kontrak melalui runding terus; pelaksanaan projek mi segera semasa pilihan raya; dan memancing undi melalui acara kerajaan.

Konsep langit terbuka mendedahkan pelbagai maklumat kepada orang ramai. Apabila sesuatu tindakan dilakukan oleh kerajaan, ada saja mereka yang rajin memantau akan menggali sumber rujukan yang beraneka dan sahih. Akibatnya kerajaan kena hentam kerana beli barang daripada yang dibayar oleh orang lain. Kerajaan pun bercakap tentang kecanggihan untuk membela diri. Jika ya sekali pun, untuk apa kecanggihan itu? Buat apa banyak sangat? Kita nak berlawan dengan siapa sehingga peralatan sebegitu canggih dipesan? Siapa nak serang kita? Persoalan-persoalan inilah yang tidak mampu dijelaskan dengan yakin oleh kerajaan. Maka timbullah tuduhan tentang ada pihak yang pungut komisyen daripada urusniaga itu. Perkara ini pernah disahkan oleh kerajaan. Rakyat mula berperasangka. Tidak mungkinkah lebihan daripada harga sebenar itu digunakan untuk membiayai pilihan raya? Kebenaran kenyataan ini disandarkan kepada belanja mewah BN setiap kali pilihan raya.  Salahkah jika persepsi rakyat begitu?

Banyak kontrak projek mega diberi secara runding terus. Alasannya syarikat itu yang paling awal mengemukakan cadangan. Pulak dah! Selidik punya selidik, syarikat yang dapat kontrak itu ialah kroni BN. Dalam banyak kes, kontrak yang diberikan kepada kroni itu tidak berasaskan merit. Ada di antaranya tidak memiliki kepakaran dalam projek yang diberikan.  Pakar buat jalan kereta api diberi projek buat kenderaan tentera. Bolehkah rakyat dipersalahkan jika menganggap kerajaan tidak telus? Projek mega diberikan kepada kroni sebab kerajaan atau individu tertentu boleh tumpang semangkuk. Demikianlah merebaknya rasuah, penyelewengan, dan salah guna kuasa dalam sektor awam dan pentadbiran kerajaan.

Nazri kata projek mi segera bukan rasuah. Itu ialah janji dalam manifesto yang ditunaikan. Persoalannya mengapa tunai janji semasa berkempen? Mengapa kawasan itu sahaja yang dibantu? Lantaran itu, TI-Malaysia kata projek sedemikian tergolong dalam rasuah. Kalau rasuah, mengapa SPRM tidak bertindak? Mengapa SPR tidak berbuat sesuatu bagi menghentikannya? Salahkah rakyat menuduh SPR dan SPRM menjadi barua BN?

Tidak cukup dengan itu, kerajaan menggunakan majlis-majlis rasmi untuk memnacing undi. Propaganda tentang kebaikan kerajaan dicanang secara berleluasa dalam majlis-majlis itu. Bercakaplah pemimpin tentang serba-serbi baik. Mereka sahajalah yang boleh. Pakatan Rakyat (PR) yang dapat kumpul duit melalui penjimatan memulangkan wang itu kepada rakyat dikatakan tidak tunai janji. PR yang dapat pelaburan teknologi tinggi bernilai puluhan bilion ringgit dituduh memusnahkan negeri. PR yang kutip hasil balak meningkat setiap tahun dikatakan menipu rakyat. PR yang berjaya mendidik rakyat menjauhkan judi hendak disaman oleh MCA kerana dikatakan menyekat kebebasan rakyat bukan beragama Islam.

Sudah berapa lama hal-hal ini berlaku? Lebih daripada setengah abad. Tiada satu pun yang berubah. Sesiapa juga yang jadi PM atau menteri dari BN tidak perlu memerah otak untuk memberi yang terbaik kepada rakyat. Inilah yang dikatakan politik kuno di Malaysia itu. Politik yang menggunakan kepala lutut untuk berfikir. Mereka hanya pandai memperalatkan kekayaan negara untuk terus berkuasaan membuncitkan perut sendiri serta kroni. Serah duit rakyat kepada rakyat didakwa mendahulukan rakyat dan mengutamakan prestasi. Membazirkan wang rakyat dengan membina projek sakit seperti stadium runtuh, PKFZ, PERWAJA, dan sebagainya tidak dianggap sebagai perbuatan khianat. Memasukkan "hantu" Cina dan India sebagai pengundi dalam rumah ibu tunggal demi memenangi pilihan raya pun tidak dianggap berdosa. Tentulah tiada hal dengan "Lu garu belakang gua, gua garu belakang lu". 

Mengapa kekunoan ini mampu hidup selama itu? Tentulah kerana rakyat tidak ambil pusing. Mengapa rakyat tidak ambil pusing? Pemikiran mereka, khasnya di luar bandar dan pedalaman masih tertutup. Siapa yang menutupnya? Kemudahan asas. Ketiadaan kemudahan asas tidak membolehkan mereka mendapat maklumat yang pelbagai untuk mencerna pemikiran kritis. Mereka hanya menerima maklumat satu hala dari radio, tv, dan akhbar pengampu kerajaan. Bilakah kekunoan ini akan berakhir? Apabila penduduk luar bandar dan pedalaman menyanggah tutur kata pemimpin BN. Apabila penduduk bandar dan pinggir bandar berani menyatakan penentangan mereka terhadap kerajaan secara terbuka. Apabila pemimpin kerajaan berhenti menyerang pembangkang dan pembangkang pun berhenti menyerang kerajaan. Kedua-duanya berani bersemuka dan berdebat di pentas untuk membolehkan rakyat menilai pihak mana yang lebih berwibawa. Hanya dengan cara itu semua perlakuan negatif akan sirna untuk memberi laluan kepada kewujudan pemimpin yang berkualiti, berkredibiliti, dan berintegriti di Malaysia. Pemimpin bodoh akan terjun ke longkang!!!






 

Wednesday, March 30, 2011

PERANGAI RAKYAT MALAYSIA PELIK

Mengapa UMNO/BN berani memperkotakkatikkan rakyat Malaysia? Jawapan yang pasti ialah rakyat Malaysia berperangai pelik. Pelik macam mana?

Cuba lihat apabila ada pilihan raya kecil di sesuatu DUN. UMNO/BN tabur duit dan buat macam-macam di situ. Jiran kepada DUN itu tengok saja  UMNO/BN aniaya diri mereka tanpa buat apa-apa. Yang jauh-jauh apatah lagi. Langsung tak bunyi apa-apa.

Sepatutnya mereka tuntut hak mereka. Mana boleh rakyat di tempat yang ADUNnya mati saja dapat faedah. Mana adil. Kalau UMNO/BN tak mau bagi, buatlah solat hajat di serata tempat supaya ADUN UMNO/BN di tempat-tempat itu pun mati juga. Kalau nak buat demonstrasi pun buatlah secara besar-besaran. Jangan sekali-kali secara kecil-kecilan. Nanti semua kena tangkap masuk lokap. DNA ke curi pula!!!

Nazri kata pemberian semasa pilihan raya kecil bukan rasuah.  Semua peguam di Malaysia diam saja, tak kata apa-apa. Tidakkah pelik tu?  Mereka patut beritahu rakyat sama ada salah atau tidak perbuatan tu. Kalau salah pakat-pakatlah saman UMNO/BN. Tak  ada duit nak saman, pungut derma. Jangan susah hati, rakyat Malaysia semuanya dermawan. Yang ini tak pelik.

Ini bukan perkara main-main. Tiada sesiapa pun di Malaysia ni yang mahu diri mereka diperkotakkatikkan. Yang pelik saja macam tu. Kita yang tak pelik mestilah mengubahnya dengan segera. Ayuhlah, mengapa tunggu lagi? 

Tuesday, March 29, 2011

TERUSKAN KERJA MENJATUHKAN UMNO

Nampaknya isu video seks bertembung dengan isu penentangan terhadap politik lucah dan pergaduhan Nazri Aziz dengan MCA dan MIC.  Dr. MAZA mencadangkan supaya rakyat bangun beramai-ramai menyatakan ketidakmahuan mereka terhadap politik lucah yang menjadi trade mark baru UMNO.  Cadangan ini baik untuk dilaksanakan. Sehubungan itu, perlulah ada inisiatif untuk menggerakkannya. Rakyat perlu menghantar mesej kepada UMNO tentang kejijikan menjaja lendiaq, pungkoq, dan air mani tanpa segan silu. Begitu juga halnya dengan menayangkan video orang kongkek kepada orang ramai.

Para pemimpin UMNO sedikit pun tidak berasa berdosa dengan perbuatan itu. Mereka pura-pura lupa aktiviti haram itu menyangkut hukum qazaf dalam perundangan Islam. Orang agama dalam UMNO (termasuk ulama muda) membisu seribu bahasa. Apa sudah jadi? Mufti-mufti pun senyap sunyi.  Tak baik begitu. Bersubahat ke?

Namun, ada orang tak senang hati apabila Anwar berucap tentang fitnah yang tak habis-habis menimpa dirinya.  Dia dikatakan memang pakar dengan menjalanankan apa-apa saja. Sudah tahu begitu, mengapa gatal punggung buat tak senonoh.

Ketika ketidaksenonohan UMNO dihentam di sana sini, berlaku pula pergeseran antara UMNO dengan MCA dan MIC.  Semuanya gara-gara keceluparan Mulut Nazri yang kata tunjuk video lucah tak salah kalau bukan untuk cari untung. Dia menala MCA yang selalu tuduh UMNO jadi punca kekalahannya dalam pilihan raya. Dicabarnya MCA keluar dari BN. MCA suruh Nazri masuk DAP kerana mendakwa parti itu lebih bersifat pelbagai kaum. Baguslah begitu. Jadi, sama ada UMNO mahupun MCA dan MIC sudah mengakulah mereka parti perkauman!

Nazri juga mahu MIC serah balik semua kerusi yang ditandingnya di Perak kerana kalah kesemuanya. MIC dengan presiden barunya yang tak rok cetong itu melepaskan kritikan sekadar melepaskan batok di tangga. 

Pergeseran ini dibiarkan saja oleh Najib dan lain-lain.  Pemimpin UMNO memang suka MCA dan MIC dibuli kerana mereka tahu presiden kedua-dua buah parti itu tiada kualiti, kredibiliti, dan integriti. Nama pun aktor porno. Yang satu lagi presiden parti tapi jawatan dalam kabinet hanya timbalan menteri. Buat malu saja.

Situasi ini menunjukkan bahawa ketika UMNO sibuk hendak menjatuhkan orang lain, mereka sendiri berpecah belah. Keadaan menjadi semakin parah apabila taktik mereka terkantoi dan jurang perbezaan pendapat antara parti-parti komponen BN semakin melebar dari hari ke hari. Itulah yang perlu dibayar oleh UMNO untuk kerja-kerja mungkar mereka. Lantaklah. Tak lama lagi runtuhlah dikerjakan rakyat yang semakin meluat. Ingatlah bahawa matlamat politik Pakatan Rakyat adalah untuk menggantikan UMNO/BN sebagai pemerintah Malaysia.        

Monday, March 28, 2011

HAPUSKAN POLITIK LUCAH UMNO

Politik lucah UMNO amat memualkan. Rakyat perlu menghentikannya. Pemberhentian itu mesti dilakukan dengan menunjukkan rasa benci kepada politik lucah secara terang-terangan. Blog ini menyokong penuh saranan Dr. MAZA yang menggesa rakyat menunjukkan rasa benci itu kepada pihak pemerintah.

Tataplah betapa jijiknya politik lucah berdasarkan petikan di bawah ini.

Konspirasi jahat BN musnah, akibat terlalu banyak perancang

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

http://2.bp.blogspot.com/_2inyuNTk1DI/TErvA1yOuyI/AAAAAAAAA48/f8iaHwWZ9mE/s1600/anwar-thumb-may26.jpg
Di tengah-tengah keghairahan BN mencari strategi terbaik untuk memerangi Pakatan Rakyat, khususnya dalam menghadapi pilihanraya umum negeri Sarawak, tiba-tiba mereka ‘tersalah menghantar bola’ untuk PR. Bola tanggung untuk direjam.

Hakikatnya Anwar sudah terperosok rapat ke dinding berhubung isu liwat yang dihadapinya. Dia didesak menyerahkan DNA dalam banyak siri lakonan bantahan dari seluruh negara. Rakyat biasa yang tidak faham apa itu konspirasi, marahkan Anwar kerana tidak mahu serah DNA. Mereka yakin DNA sebenar Anwar tidak akan sama dengan DNA lelaki Y kerana tidak mungkin ketua pembangkang melakukan kerja terkutuk itu. Tapi orang yang mengerti konspirasi yakin bahawa DNA lelaki Y akan sama dengan DNA Anwar, bukan kerana beliau peliwat tetapi kerana kebenaran itu sendiri telah diliwat.

‘Video seks Anwar’ adalah strategi paling tolol BN yang tiba-tiba memberi nafas baru kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tiada siapa terfikir bahawa di saat Anwar sedang bertarung dengan proses mahkamah yang akan menentukan hidup mati politiknya, maka sempat lagi lelaki 60an itu melanggan pelacur murahan di sebuah hotel? Ada logiknya kalau video seks itu dirakam lebih 13 tahun lalu, sewaktu beliau jadi Timbalan Presiden Umno. Tapi peristiwa itu berlaku 21 Februari 2011, sewaktu seluruh mata rakyat Malaysia memberi tumpuan kepada manusia bernama Anwar Ibrahim. Bodoh sangatkah Anwar sampai tahap gaban?

http://1.bp.blogspot.com/-O-_UqmrdF-Y/TYwtoaUNOPI/AAAAAAAADn8/LiNUyAlC6cU/s400/Datuk%2BT%2Btrio.jpg
Hari pertama video itu didedahkan, Anwar ‘disahkan’ sebagai pelakon video itu oleh semua media talibarut BN. Dia didesak meletak jawatan oleh ahli-ahli Parlimen bebas dan BN. Zulkifli Nordin yang mengaku belum melihat video itu yakin bahawa aktor seks itu ialah Anwar. “Memang dialah tu,” katanya yang disaksikan berjuta rakyat Malaysia melalui kaca televisyen.

Di hari kedua, mereka sedar rakyat sukar mempercayainya. Simpati terhadap Anwar tiba-tiba melonjak. Maka nada para juhalak BN berubah pula. Muncul teori bahawa itu konspirasi pihak pembangkang untuk mengalih isu liwat Anwar.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohd Hashim yang sebelumnya beriya-iya mahu mengaitkan Anwar dengan video seks itu, tiba-tiba mengumumkan pula ia satu muslihat politik Anwar untuk mengalih isu DNA. Zul Nordin ‘merasa pelik’ mengapa Anwar begitu cepat menafikan dan membuat laporan polis sedangkan Anwar belum melihat video tersebut. Tapi ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu tidak pula pelik pada dirinya sendiri yang sebelum itu menuduh Anwar adalah pelakonnya, sedangkan dia belum melihatnya.

Kelmarin Anwar adalah pelaku seks, hari ini ia jadi konspirasi bikinan Anwar pula. Cakap Zul Nordin berubah dan berbelit. Macam lidah biawak.

Hari ketiga, versinya berubah lagi. Kali ini muncul pula Datuk Trio yang mengaku menjadi dalang ‘video seks Anwar’ itu. Ia sekaligus memadamkan teori konspirasi video itu ciptaan pembangkang. Kumpulan The Three Stooges itu cuba meyakinkan rakyat Malaysia bahawa hero seks itu benar-benar Anwar. Video itu kononnya dijumpai secara tidak sengaja oleh Datuk Eskay sewaktu diarah mengambil jam tangan Anwar yang tertinggal di bilik persundalan. Di situ dia menjumpai segala wayar dan alat rakaman.

Dalam sidang media, apabila ditanya wartawan, adakah terdapat imej Datuk Syazril Eskay Abdullah dalam video itu? Dengan selamba Datuk Eskay menjawab, “Ya, saya dalam video itu.” Maknanya, waktu ‘Anwar’ bermukah, dia pun ada bersama tapi dia terkejut jumpa dan lihat video itu. Alahai, macam cerita kartun.

Ummi Hafilda dalam sidang medianya di Alor Setar mendedahkan bahawa video seks ‘Anwar’ itu bukan satu, tapi 18. Dunia dikejutkan dengan video seks bertarikh 21 Februari tapi Ummi menjelaskan, “Saya mengetahui video-video tersebut 13 tahun lalu dan menyimpannya sehingga sekarang.” Makin mereka beri penjelasan, makin merapu jadinya.

Maka terfikir oleh semua rakyat jelata yang cerdik dan sederhana cerdiknya; sampai bila Umno, BN dan seluruh juhalaknya hendak memperbodoh-bodohkan rakyat Malaysia berhubung isu Anwar? Di pejabat kerajaan dan swasta, di restoran dan warung kopi, rakyat di semua peringkat sudah mula melahirkan rasa muak terhadap permainan jahat dan keterlaluan oleh BN terhadap Anwar.

Kebencian sebahagian rakyat terhadap Anwar sebelum ini mula bertukar kepada simpati. Sedikit harapan mereka terhadap BN sudah bertukar menjadi benci.

Tan Sri Rahim Tamby Chik, Datuk Syazril Eskay Abdullah dan Dato’ Shuib Lazim; tiga watak yang membentuk kumpulan Datuk Trio masing-masing mempunyai profail buruk yang satu Malaysia tahu latarbelakang mereka. Untuk kembali bernafas membina cita-cita peribadi mereka sanggup buat apa saja tanpa ada perhitungan halal haram.

Kesilapan berlaku akibat terlalu banyak pihak ingin membantu Najib menjadi konspirator menjatuhkan Anwar dan PR. Mereka berbuat demikian untuk mendapat sesuatu habuan dari BN. Kata pepatah Inggeris, terlalu ramai tukang masak akan merosakkan masakan. APCO dengan caranya yang lebih professional. Konsensus bebas yang anggotanya terdiri dari bekas anggota KeADILan dengan cara mereka. Ibrahim Ali dan Perkasanya dengan cara mereka. SB polis dengan cara mereka.

Ummi Hafilda dengan cara tersendiri. Pelbagai NGO yang muncul untuk menyerang PR dengan cara mereka pula. Kumpulan Datuk Trio pula dengan cara mereka yang amatur dan bengap ala The Three Stooges. Barangkali mereka terlupa untuk untuk mencontohi kafir Mekah dulu yang berpakat dalam melakukan konspirasi jahat terhadap Rasulullah SAW.

Bila konspirasi pun BN swastakan, maka jadi caca marba dan akhirnya ada strategi yang menikam diri sendiri. Mereka adalah kumpulan manusia yang merancang kejahatan tapi mereka lupa bahawa Allah juga merancang dan membalas segala tipu daya.

Sunday, March 27, 2011

ORANG ISLAM SARAWAK TERIMA KEMUNGKARAN TAIB ?

Ahmad Lutfi Othman mengulas hal berikut dalam rencana tulisannya:

Nampaknya tumpuan umum sudah terpesong kepada isu video lucah. Bahan-bahan sensasi dan kontroversi (sebenarnya hampas dan hanyir) seumpama itu, apatah lagi membabitkan personaliti hebat, memang mudah mengundang perhatian orang ramai. Masyarakat seakan-akan lupa seketika bebanan kehidupan seharian yang semakin menghimpit, juga pergolakan berterusan di Timur Tengah terutama Libya yang menjadi sasaran serangan tentera Bersekutu, selain tragedi pilu menimpa Jepun.

Menarik ulasan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali dalam twitternya: "Apa nak jadi negara kita? Orang lain sibuk nak bina semula negara yang musnah, kita sibuk nak musnahkan maruah dan kredibiliti pemimpin. Fitnah bawa punah pada semua."


Salah satu perkembangan penting politik tanahair, pilihan raya negeri Sarawak ke-10, seperti tidak begitu diperhatikan. Walhal selama ini, ramai menunggu-nunggu tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri. Ia bukan sekadar penting buat warga Bumi Kenyalang, malah mampu mempengaruhi iklim politik nasional.

Tarikh pilihan raya umum ke-13 mempunyai kaitan rapat dengan perkembangan di Kuching. Najib tentu menekuni mesej-mesej yang muncul bagi diolah untuk membentuk strategi berdepan Pakatan Rakyat. Trend pengundian di sana juga bolah menentukan tempo gerak politik seterusnya.

Bagaimanapun, tidak ramai yang berani menjangkakan BN akan tumbang, malah untuk Pakatan Rakyat menafikan majoriti dua pertiga BN pun dikira agak sukar. Namun, realiti politik Malaysia selepas Mac 2008 dilihat payah diramal. Siapa sangka BN dapat ditumpaskan di Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor?

Sarawak diasak dengan seribu satu isu-isu kritikal dan mendesak. Pendedahan pembolotan kekayaan Ketua Menteri, Taib Mahmud dan suku-sakatnya ketika majoriti rakyatnya masih dibelit kemiskinan tentu merimaskan Najib. Begitu juga kes rampasan tanah adat seperti dilaporkan laman sarawakreport.

Pensyarah kanan komunikasi Unimas, Dr Jeniri Amir pernah mencatatkan: "Untuk melihat kedaifan dan kemiskinan sebahagian rakyat Sarawak, kunjungi sahaja sebahagian rumah orang Melayu, Melanau dan rumah panjang Iban yang dalam keadaan begitu daif - dinding, atap dan lantai yang begitu menyedihkan. Saya pernah melihat dengan mata sendiri, masih terdapat rakyat yang papa kedana, dengan keadaan rumah yang hampir hendak menyembah bumi, dan dengan keadaan hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Ironinya, mereka ini merupakan penyokong setia BN yang ditaburkan pelbagai janji menjelang setiap pilihan raya.

"Penduduk dijanjikan air, bekalan elektrik dan jalan raya berturap. Tetapi janji tinggal janji, dan rakyat tetap miskin dan menderita. Mereka tetap menghadapi kesukaran untuk makan makanan yang enak, pakaian yang mencukupi, dan seterusnya mengeluarkan keluarga daripada cengkaman kemiskinan."

Apa pun, usah pandang rendah kemampuan pengundi untuk melakukan perubahan. Ramuannya sudah tersedia. Kebencian terhadap elit penguasa -- bukan sekadar Taib -- yang turut memunggah khazanah negeri untuk diri, keluarga dan kroni meluap-luap.

Masyarakat Bumiputera Islam mungkin terkeliru dengan propaganda BN yang giat memainkan sentimen perkauman dan keagamaan. Peratusan penduduk Melayu-Melanau (sekitar 29 peratus, termasuk sebilangan kecil yang beragama Kristian dan kepercayaan lama) memang rendah, khususnya berbanding kaum Dayak (sekitar 44 peratus) dan bukan Islam umumnya.

Soalnya, apakah segala kesalahan dan "jenayah" Taib terpaksa ditelan begitu sahaja demi "survival" umat Islam? Apakah elemen rasuah, kronisme, kezaliman dan salahguna kuasa regim Taib tidak dipandang serius pengundi Melayu-Melanau? Kita tidak mahu mendapat mesej yang salah sekiranya dikatakan hanya pengundi Cina bersedia mencetuskan gelombang reformasi di 15 kerusi Dun.

Pengumuman pelan persaraan Taib ketika Najib dan timbalannya, Muhyiddin Yassin berkunjung ke Sarawak menjelang Dun dibubarkan menandakan Presiden PBB itu sudah menjadi liabiliti buat BN. Dakwaan salahlakunya yang menimbun tidak dapat disanggah lagi. Kalau dahulu mungkin Najib cuba menutup mata dan menyerahkan bulat-bulat kepada Taib tetapi situasi politik mutakhir ini tidak mengizinkannya lagi.

Pengundi sedang meneliti siapa bakal pengganti Taib atau lebih tepat, siapa yang lebih disenanginya, bagi menjamin kepentingan diri dan sanak-saudaranya nanti. Dengan tompokan aset yang luarbiasa banyaknya, Taib pasti curiga apakah SPRM tidak akan menganggunya selepas bersara. Baru-baru ini, Presiden Transparency International – Malaysia (TI-M), Paul Low menggesa SPRM segera menyiasat dakwaan rasuah terhadap Taib.

Tetapi, lebih penting, kenyataan Taib itu disambut dingin. Lebih 15 tahun lalu, pada 1996, Taib juga berjanji akan melepaskan jawatan. Kini, selepas 30 tahun berkuasa, dia dijangka akan terus berkuku. Jika BN menang besar, Taib mungkin berkuasa lagi atas alasan -- daleh biasa mana-mana penguasa yang lama mencengkam -- pengganti sesuai belum dapat ditemui.

Soalnya, seperti sering dibangkitkan, apakah majoriti pengundi dapat akses dengan sumber maklumat bebas? Saya mengharapkan telahan blogger Norizan Sharif ada kebenarannya: "Setelah berbual dengan ramai penduduk di bandar, pinggir bandar dan pedalaman (Sarawak), saya cukup yakin bahawa media sosial - sama ada blog, Facebook atau Twitter - akan memainkan peranan penting mencaturkan keputusan pilihan raya negeri. Adalah menjadi satu kesilapan yang cukup besar sekiranya ada pemimpin politik di Sarawak yang merasakan pengundi pedalaman tidak tahu apa yang disiarkan dalam internet - tak kisahlah sama ada ia benar, bohong atau separuh benar."

Kita berasa pelik dengan sikap seumpama ini. Pakatan perlu serius mengubah persepsi salah ini supaya kebenaran dapat ditegakkan di bumi Sarawak. Melayu-Melanau di sana perlu dibentuk menjadi umat Islam yang teguh pegangannya terhadap ajaran Islam yang sebenar. Apabila Islam teguh dalam diri Melayu-Melanau, mereka akan menolak politik mungkar yang dilakukan oleh sesiapa saja. Percayalah.

Saturday, March 26, 2011

ANTARA SI KITOL VIDEO SEKS DENGAN SENATAK

Ada orang menamakan Eskay sebagai Si Kitol kerana terlalu ingin menjatuhkan musuhnya. Kalau nak kata kata kes jambatan bengkok, ada peguam yang menafikannya. Jadi, tidak tahulah apa puncanya dia marah sangat kepada Anwar. Wartawan tanya, dia tak mahu pula jawab. Mungkin dia juga berdendam, sama macam Rahim Tamby Chik.  Walau bagaimanapun, biarlah Si Kitol ini menanggung akibat daripada perbuatan jahatnya itu. Di dunia ni hanya dapat malu kalau polis terus-terusan double standard. Di akhirat nanti rasakanlah pedihnya balasan Allah. Nak tahu lebih jelas, bacalah tulisan Dr. Asri dalam Malaysiakini.

Senatak pula bukan main lagi lantangnya. Lupa dia akan kotak-kotaknya. Serang Anwar habis-habisan. Dulu dialah wira reformasi. Rasa terpinggir, terus cabut. Dah cabut, hentam bekas bos yang dahulunya disanjung dan dipuja. Lupa juga tentang rasuah, penyelewengan, dan berbagai-bagai lagi perangai buruk UMNO. UMNO jadi wangi bila Ezam dapat habuan. Tak payah kelentonglah. Tipu orang UMNO bolehlah.

Kedua-dua manusia ini memang tidak boleh dipercayai. Kalau biawak lidah bercabang dua, mereka ini entah berapa cabang lidahnya. UMNO memang suka simpan species manusia macam ini.  Bila dah tak berguna lagi esok lusa, mereka akan ditendang macam kucing kurap. Nak buat macam mana, mereka yang pilih sendiri. Nasib badanlah. Berubahlah sebelum terlambat. Bertaubatlah sementara nyawa masih ada!!!

Friday, March 25, 2011

KERUGIAN MALAYSIA MELEBIHI RM580 BILION

Kita terlalu asyik dengan kes liwat II dan video seks trio jahanam sehingga terlupa duit rakyat Malaysia telah hangus sebanyak lebih daripada RM580 bilion. Baca pendedahan seorang pakar ekonomi di bawah ini.

Bailout Bank Bumiputera sebanyak 4 kali - rugi RM10.4 billion.
Kerugian Perwaja Steel - rugi RM10 billion.
Bailout Indah Water Konsortium (IWK) - rugi RM200 juta.
Bailout Konsortium Perkapalan Berhad - rugi RM1.7 billion.
Hicom (Proton) kerugian sehingga Kerajaan terpaksa menggunakan duit Petronas untuk membeli saham Proton -rugi RM1 billion.
Membeli semula saham MAS daripada Tajuddin Ramli dengan harga RM1 billion lebih dari harga pasaran.
Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku - rugi RM3.3 billion.
Bailout LRT PUTRA dan STAR - rugi RM6 billion.
Bailout Renong/UEM - rugi RM12 billion.
Pampasan pembatalan Projek Empangan Bakun - rugi RM950 juta.
Hutang tertunggak InventQjaya - rugi RM228 juta
Pampasan Jambatan Bengkok - rugi RM257 juta
Pampasan pembatalan Broga Incinerator - rugi RM500 juta
Kerugian membeli saham Agusta - rugi RM510 juta
Skandal Port Klang Free Zone - rugi RM4.6 bilion
Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) - rugi RM6.75 bilion
Blok L dan M - RM 380 billion
Sime Darby - RM 1.6 billion
Pos Malaysia - RM 546 juta
Felda - RM 8 Billion

Saya adalah seorang penganalisa ekonomi yang sekarang ini bekerja di sebuah firma perbankan yang terkemuka di Malaysia . Saya bertanggung jawab untuk menguruskan dana yang berjumlah RM45.2 juta untuk tujuan pelaburan dalam dan luar negeri. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin, saya ingin berkongsi pengalaman dan pengamatan saya mengenai pengurusan ekonomi di Malaysia .

Sebagaimana yang kita tahu, kegiatan ekonomi yang lancar merupakan tunggak kekuatan dan kemajuan sesebuah negara. Namun demikian, banyak dasar dan keputusan ekonomi negara tidak dibuat dengan teratur serta banyak melibatkan kepentingan kroni. Akibatnya, harga barangan asas terus menaik yang menjejaskan majoriti rakyat.

Kuasa beli rakyat semakin rendah sedangkan harga barangan dan perkhidmatan semakin meningkat. Ini akan membawa kepada peningkatan inflasi yang seterusnya akan memberi tekanan kepada kadar faedah. Sebarang peningkatan kadar faedah akan melembapkan pertumbuhan ekonomi. Dan sekiranya inflasi lebih tinggi daripada kadar simpanan, maka kita akan melihat simpanan kita terhakis.

Laporan Buku Tahunan The Global Competitiveness Report 2007-2008 (sebuah penerbitan Forum Ekonomi Dunia) telah meletakkan Malaysia berada pada kedudukan ke-21 di dunia dari segi persaingan global. Walau bagaimanapun laporan yang sama meletakkan Malaysia ke tempat 69 dari segi bebanan hutang, tempat 54 dari segi kadar inflasi, prestasi bank, ke 33.

Fakta-fakta ini menunjukkan tahap pengurusan ekonomi di Malaysia masih lagi lemah jika hendak dibandingkan dengan senarai 131 buah negara. Dengan trend harga barang yang terus meningkat kesan daripada peningkatan harga tol dan minyak tahun demi tahun sudah pasti akan menjejaskan ranking negara Malaysia ke tempat yang lebih buruk. Apa yang lebih membimbangkan adalah, kesan tingginya inflasi ini bakal membebankan rakyat jelata yang rata-rata bukanlah dari golongan yang berada.

Kita boleh melihat betapa bahayanya kesan daripada ketidakkecapan pengurusan ekonomi boleh membawa kepada peningkatan kes-kes samun, rompak, rasuah, penipuan dan sebagainya. Hal ini demikian kerana rakyat sudah terdesak dan terpaksa melakukan apa saja demi untuk menyambung survival mereka dalam keadaan semua harga barangan dan minyak meningkat.


Kegagalan Besar UMNO/BN Dalam Ekonomi

Gagal mengawal peningkatan harga minyak walaupun Malaysia adalah pengekspot minyak. Dari tahun 2000 - 2006, harga minyak telah meningkat dari RM1.10/liter (tahun 2000) hingga RM1.92/liter (tahun 2006) iaitu peningkatan sebanyak 75% dalam masa 6 tahun.

Gagal menyekat harga tol yang meningkat tahun demi tahun. Walaupun kerajaan berjanji tiada peningkatan tol pada tahun 2008, tetapi tahun 2009 akan pasti menyaksikan peningkatan harga tol yang seterusnya. Kerajaan membelanjakan lebih 300 juta ringgit wang rakyat setahun untuk membayar konsesi tol.

Gagal menyekat kenaikan harga barangan asas hasil daripada kenaikan harga minyak dan tol. Kenaikan harga barangan ini terpaksa dibayar oleh segenap lapisan rakyat walaupun sebahagian daripada mereka tidak menggunakan jalan bertol terutamanya mereka yang tinggal di kampong-kampung.

Statistik menunjukkan pendapatan isirumah kaum India RM3,215, lebih tinggi daripada purata kebangsaan RM3,022, dan juga kaum bumiputera RM2,522. Ini jelas menunjukkan UMNO tidak bersungguh-sungguh malah telah gagal menaikkan taraf hidup orang Melayu setelah 50 tahun memerintah.

Duit rakyat dihabiskan hasil daripada ketidakcekapan pengurusan ekonomi:

Pengagihan projek yang tidak telus - dikuasai oleh kroni2 Patrick Lim dan Kamaluddin - taman tamadun islam, penang global city center

Pembangunan Koridor Ekonomi dengan angka tidak masuk akal - jumlah RM1 trillion, Dari manakah BN mendapat duit sebanyak itu, sedangkan pembinaan jambatan Pulau Pinang yang kedua yang berharga kurang 3 billion pun terpaksa meminjam wang daripada Negara China.

Hutang Kerajaan Persekutuan terus meningkat dari RM146 billion kepada RM165 billion.

Apakah tindakan rakyat?  Ayuh benamkan BN di Sarawak!

Thursday, March 24, 2011

TRIO JAHANAM

Berkat doa ramai pihak kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala supaya menunjukkan dalang video seks yang mengaitkan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, maka terserlahlah Trio Jahanam yang terdiri daripada Shazryl Eskay Abdullah, Rahim Tamby Chik, dan Shuaib Lazim.

Dua daripadanya muncul untuk membuat kenyataan akhbar. Shazryl mengaku dia ada dalam video itu. Rahim mahu sebuah suruhanjaya di-raja ditubuhkan untuk menyiasat kesahihan kandungan vidoe itu. Namun, semua orang tahu dia berdendam dengan Anwar. Kesnya dia dipaksa Anwar melepaskan jawatan kerana dituduh merogol budak perempuan bawah umur. Harus diingat bahawa dia dilepaskan kerana tidak cukup bukti.

Ada pihak yang mendakwa Shazryl buat kerja tu untuk dapat upah bawa Ahli Parlimen PKR masuk UMNO. Shuaib sememangnya dikenali sebagai kawan Anwar. Mengapa dia bersekongkol dengan dua malaun tu? Mungkin tak lama lagi kita tahulah rahsia bapa mentua Shafie Afdal ini?

Walau apa-apa pun, sahlah bahawa kerja laknat ini dilakukan oleh UMNO. Tujuannya hanyalah untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar di mata rakyat Malaysia. Hajat busuk itu bukan sahaja terkantoi malahan juga menambah lagi kebusukan UMNO yang telah busuk hingga ke ususnya itu.

Trio jahanam ini perlu diadili dengan segera. Rakyat tidak mahu melihat petualang yang bermaharajalela ini lepas bebas begitu saja. Semakin hari semakin banyak kerja terkutuk UMNO terdedah kepada umum.  Jika hingga tahap ini pun rakyat masih mahu mengekalkan UMNO sebagai pemerintah negara ini, tak tahulah sampai ke mana tunggang-langgangnya bumi Malaysia yang tercinta ini.

Rakyatlah yang mampu mengubahnya. Dengan keberanian yang dianugerahi Alllah, UMNO boleh disungkurkan. Kita mulakan dalam Pilihan Raya Negeri Ke-10 Sarawak.     

Wednesday, March 23, 2011

JATUHKAN TAIB WAHAI RAKYAT SARAWAK!

Akhirnya Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN Sarawak) telah dibubarkan. Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) serentak dengan DUN Sarawak tidak menjadi. Namun, satu keanehan muncul bersama-sama dengan pembubaran DUN itu. Taib Mahmud akan bersara selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 (PRN Sarawak Ke-10).

Dua puluh tahun dahulu dia telah menyatakan hal yang sama tetapi tidak menjadi. Setelah dua puluh tahun berlalu tanpa apa-apa tindakan, dia memainkan isu itu lagi tahun ini. Jelaslah di sini bahawa Taib tidak berkata benar. Siakap, senohong, gelama, ikan duri; cakap bohong lama-lama mencuri. Patutlah banyak sangat harta yang disonglapnya sepanjang memerintah selama 30 tahun.

Banyak pihak menggesa Taib disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Namun, seperti biasa, SPRM tidak mempedulikannya. Jika hal ini berlaku kepada pemimpin Pakatan Rakyat (PR), mereka akan segera membuka fail siasatan tanpa disuruh.

Sarawak menyaksikan jurang pendapatan dan kehidupan yang cukup ketara di antara golongan kaya dengan kelompok miskin. Ahli-ahli politik dan kroni Taib mengumpulkemewahan yang melampau-lampau. Negeri makmur terutama dengan hasil mahsul buminya tetapi majoriti rakyat papa kedana. Apa pun, rakyat yang dikepung kemelaratan dan sentiasa terikat dengan bantuan kerajaan, seringkali sukar melakukan reformasi.

Sungguhpun begitu, kes tuntutan harta sepencarian sebanyak RM400 juta isteri anak Taib, Shahnaz Majid terhadap suaminya, Mahmud Abu Bekir Taib cukup mengejutkan. Kekayaan Abu Bekir dijangka melebihi RM1.3 bilion. Itu baru seorang anak, bagaimana dengan tiga lagi anaknya yang lain? Bagaimana dengan adik beradiknya pula, lelaki dan wanita, juga tidak terkecuali  dengan aset ipar-duainya. Hampir semua suku-sakatnya terbabit dengan kontrak kerajaan negeri tanpa melalui tender terbuka.

Harta mereka banyak tersimpan di luar negara, tetapi Taib dan suku-sakatnya tidak segan silu memperagakan kemewahan yang diperolehi daripada khazanah negeri. Cuba anda rujuk laman web sarawakreport.org, banyak aksi-aksi menjengkelkan dirakam. Tuduhan keluarga Taib memonopoli projek kerajaan negeri, tanah dan balak disertakan dengan dokumen sahih.

Jika demikian halnya, rakyat Sarawak perlu membuat perubahan. Jangan percaya janji-janji Taib dan suku-sakat BNnya. Tumbangkan BN dalam PRN Sarawak Ke-10. 

Tuesday, March 22, 2011

MENJAJA KELUCAHAN PADA AKHIR ZAMAN!

Menjaja kelucahan semakin menjadi kebiasaan dalam masyarakat Malaysia. Keadaan yang amat pelik ini berlaku di negara yang mendefinisikan dirinya sebagai negara Islam.  Perbuatan melampau itu tidak langsung mencerminkan amalan yang dituntut oleh agama tersebut. Orang Islam sendiri yang bertungkus-lumus berusaha untuk membolehkan orang Islam yang lain menonton perlakuan seks yang didakwa dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

Penganjur, penonton, dan premis yang terlibat perlu disiasat oleh pihak polis. Menyediakan tempat tayangan bahan lucah salah di sisi undang-undang. Menyimpan bahan lucah salah di sisi undang-undang. Menonton bahan lucah juga salah di sisi undang-undang. Kesemua mereka ini perlu disiasat. Rakyat sedang memperhatikan tindak balas polis terhadap amalan negatif ini.

Namun demikian, perkara paling utama yang menarik perhatian ramai ialah kemunculannya ketika kes liwat 2 menunjukkan tanda-tanda tidak meyakinkan. Oleh sebab itu, ada pihak yang menganggapnya sebagai alat ganti baru untuk terus membunuh kewibawaan Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia.

Keduanya adalah untuk merencatkan tempo Pakatan Rakyat menyerang Taib dan Kerajaan BN Sarawak yang semakin bobrok.  Rakyat mahu disibukkan dengan kes ini agar melupakan semua perlakuan negatif pemimpin BN di Sarawak. Dengan demikian, mudahlah BN mengekalkan kuasa.

Usaha berbentuk fitnah ini tidak akan ke mana kerana banyak persoalan yang menyelubunginya. Mengapa penganjurnya menggelapkan identiti? Mengapa hal ini tidak dilaporkan kepada pihak polis? Mengapa tidak diserahkan kepada jabatan agama?  Mengapa bagi tempoh seminggu?  Mengapa pelaku tu berperut buncit?

Sama-samalah kita tunggu kesudahan episod yang penuh celaka ini.  Bagaimana pula untung nasib orang yang memikul noda dan dosa akibat perbuatan terkutuk ini?

  

Monday, March 21, 2011

KONSPIRATOR JAHAT LIWAT II

Saya belum pernah mengangkat kes memalukan ini. Walau bagaimanapun, baca dan fahamilah tulisan Mohd. Rashidi Hassan di bawah ini.

SEJAK dari awal pertuduhan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah konspirasi jahat Umno-Barisan Nasional semata-mata.

Umno-BN hanya mahu membunuh karektor peribadi Anwar, memalukan beliau dan menganiaya beliau dengan suatu pertuduhan yang jahat dan zalim.

Apabila kes liwat ke-2 berlaku, wujud tanggapan pihak-pihak tertentu yang menunjukkan keraguan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Mereka menerima kes liwat pada tahun 1998, tetapi ada antara mereka yang meragui  Anwar selepas didakwa oleh Saiful yang menampilkan diri sebagai ikhlas, suci, dahi hitam dan bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta.

Namun selepas perbicaraan berlangsung, semua konspirasi dan kedangkalan Umno-BN terbongkar, kejahatan Saiful mula terlondeh satu persatu.

Media talibarut Umno-BN menyembunyikan fakta sebenar. Menyembunyikan apa yang berlaku di mahkamah. Menutup segala ruang yang mendedahkan kejahatan pemimpin Umno dan hanya melaporkan laporan berat sebelah.

Anwar digambarkan sebagai pelaku seks songsang yang ganas. Didedah kononnya berlaku seks oral, penetrasi liwat melalui punggung dan sebagainya.

Anwar dan keluarga dimalukan dalam episod jahat yang memualkan, gara-gara kerakusan kuasa pemimpin Umno-BN.

Kejahatan mereka untuk menyembunyikan fakta akhir gagal ditutup dengan keterangan di mahkamah. Beberapa fakta besar yang dibongkar di mahkamah mendedahkan semua kedangkalan Umno-BN.

Pertama, menerusi keterangan pegawai penyiasat polis, Superitendan Jude Blacious Pereira jelas membuktikan pembabitan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib dan Rosmah seringkali menafikan pembabitan mereka, kononnya pertuduhan liwat hanyalah antarta masalah bekas kakitangan dan majikan.

Kerajaan dan Umno-BN tidak ada kena mengena kata Najib. Okay, itu dakwaan Najib, jika mereka berdua tidak ada kena mengena, mengapa pihak polis mengambil keterangan dari keduanya?

Supt Jude cuba mengelak untuk menyebut nama Najib dan Rosmah, tetapi selepas ditekan peguam Karpal Singh, beliau memperakui menyoal siasat Rosmah dan Najib dalam kes liwat.

Hari ini rakyat mahu tahu mengapa Najib dan Rosmah menemui Saiful pada 24 Jun 2008, manakala kejadian liwat didakwa berlaku pada 26 Jun?

Kemudian Saiful membuat laporan polis dan pemeriksaan doktor pada 28 Jun 2008. Apa kaitan kedua mereka dalam kes ini dan apakah keduanya menjadi perancang utama untuk memerangkap Anwar?

Najib dan Rosmah harus disapina ke mahkamah untuk digrill peguam Karpal.

Fakta kedua lebih mengejutkan. Dibongkar di mahkamah, terdapat sepuluh sampel profail DNA (Deoxyribo Nucleic Acid) yang berbeza pada rektum Saiful.

Wujud persoalan, jika Saiful seorang pendakwa yang genuine, apakah penjelasan yang harus beliau berikan dengan penemuan banyak spesimen DNA yang berbeza dalam usus beliau?

Yang media talibarut Umno-BN hebohkan adalah mengenai penemuan DNA yang ditanda lelaki Y (male Y) yang hendak dipadankan dengan Anwar. Namun segala spesimen yang didakwa milik male Y, yang diperolehi dari tuala Good Morning dan berus gigi ditolak oleh mahkamah.

Apa pula jawapan Umno-BN terhadap wujudnya spesimen male (lelaki)lain yang ditanda X, Z dan sebagainya? Ia milik siapa? Persoalan yang ditanya hari ini adalah, apakah Saiful seorang yang bersih atau dia memang kaki b****t?

Masalah besar yang dihadapi Umno-BN dalam kes ini antaranya adalah, apabila Saiful mendakwa membuat pemeriksaan doktor pada 28 Jun, bermakna pada waktu itulah duburnya diperiksa dan spesimen DNA yang didakwa milik Anwar diambil. Iaitu pada 28 Jun.

Tetapi mengapa sampel DNA yang dikatakan milik Anwar, disimpan dalam almari (tidak di dalam peti sejuk), oleh Superitendan Polis, Jude Blacious Prereira, ditanda pada 26 Jun 2008? Bagaimana spesimen itu boleh wujud dua hari lebih awal?

Isu yang ketiga adalah isu proforma atau laporan doktor setebal 18 muka surat, yang didakwa di dalamnya terdapat laporan mengenai dakwaan liwat.

Sebelum proforma doktor ini dikemukakan di mahkamah, Saiful mendakwa beliau telah diliwat oleh Anwar, tetapi dalam proforma yang ditulis oleh doktor tercatat di dalamnya perkataan attempt sodomy (percubaan meliwat).

Jelas di sini, dakwaan Saiful bercanggah dengan laporan perubatan doktor.

Perkara lain yang menimbulkan keraguan kepada proforma tersebut adalah tiga tulisan tangan yang berbeza. Bermakna ada kemungkinan ada tiga doktor yang menulis laporan perubatan tersebut.

Namun peguam Karpal berjaya membongkar salahlaku pihak terbabit di mahkamah, apabila dua orang doktor mengakui tulisan tangan mereka (dalam laporan proforma) hanya meliputi dua atau tiga muka surat sahaja.

Maka sekali lagi dipersoalkan, siapakah yang mengisi berbelas-belas laporan proforma doktor yang ditulis secara tulisan tangan?

Apabila dipadankan tulisan tangan dan laporan di mahkamah, maka sekali lagi dikejutkan bahawa orang yang mengisi laporan proforma terbabit adalah Supt Jude.

Apa punya gila sistem negara kita? Mengapa polis boleh mengambil alih tugas doktor untuk menulis laporan perubatan?

Semua keterangan ini hanya menunjukkan bahawa usaha Umno-BN untuk memerangkap Anwar, diadakan secara tergesa-gesa dan kelam kabut.

Sebab itu mereka menekan hakim supaya menafikan access peguam Anwar kepada segala dokumen pertuduhan terhadap beliau. Butiran dan segala keterangan yang mendakwa Anwar disembunyikan.

Sekali lagi dipersoalkan, jika pertuduhan terhadap Anwar sahih pada Umno-BN, kenapa hendak takut berikan dokumen pertuduhan terhadap beliau? Anwar kena tuduh, beliau berhak mengetahui butiran pertuduhan. Hanya 'pondan Siam' sahaja yang 'baling batu sembunyi tangan'.
Banyak lagi aspek-aspek teknikal yang boleh dipertikaikan. Semuanya merumuskan bahawa hujah pihak Umno-BN untuk mendakwa Anwar sebagai seorang peliwat sudah tumpul dan dimatikan.

Sebaliknya, yang terbongkar hanyalah konspirasi jahat Umno-BN untuk menganiaya Anwar. Sekali lagi rakyat akan menyaksikan Anwar dizalimi oleh Umno-BN dan PM Najib nampaknya seolah-olah mahu mengikuti jejak Dr Mahathir Mohamad.

Hakikatnya tuduhan terhadap Anwar hanyalah palsu. Tidak ada kes. Ia harus ditarik balik dan dibakul sampahkan.

Apa yang dilakukan Umno-BN terhadap Anwar hanyalah menambah kebencian rakyat dan keinginan rakyat meluap-luap untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib seberapa segera. 

Sunday, March 20, 2011

TEMBELANG TAIB MAHMUD BERKECAI DI SARAWAK

Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN SARAWAK) akan dibubarkan pada 21 Mac 2011 ini. Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 pasti akan diadakan. BN dengan penuh yakin mengatakan mereka akan dapat tambahan lima kerusi dan membenamkan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya tersebut. Namun demikian, kenyataan di bawah yang diambil dari Malaysiakini perlu diteliti oleh semua pengundi di Sarawak.
 
Badan pemantau anti-rasuah - Transparency International-Malaysia (TI-M) - menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Presidennya, Datuk Paul Low berkata "dakwaan serius rasuah luar biasa dan penyalahgunaan kuasa" itu terhadap keluarga ketua menteri itu boleh menyebabkan indeks rasuah negara terus merosot.

Beliau mengulas dakwaan lamanweb anti-Taib - Sarawak Report -
yang mendedahkan dokumen yang mendakwa wujudnya empayar perniagaan membabitkan ketua menteri Sarawak itu di peringkat global dan dakwaan rasuah.

Beliau juga menggesa agensi-agensi penguatkuasa yang lain seperti Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara, untuk menyiasat Taib berhubung kemungkinan berlakunya aktiviti kewangan yang tidak sah.

Taib akan menyambut 30 tahun mentadbir Sarawak pada 26 Mac ini.

Saturday, March 19, 2011

DR. M MEMBUKA PEKUNG DI DADA

Dalam sejarah politiknya, Dr. M bukan sahaja pernah bercakap di atas pentas PAS malahan juga kemudiannya menghentam PAS dan menghina Islam. Rakyat masih ingat dia menggunakan pentas PAS untuk mengkritik UMNO. Apabila dia diterima kembali oleh UMNO, dia menghentam PAS pula. Itulah perbuatan yang dikatakan "melepaskan anjing tersepit".  Amatlah tidak menghairankan dengan orang yang bersikap seperti itu kerana bila-bila pun tidak boleh dipercayai. 

Oleh sebab terlalu banyak menghentam PAS dan menghina Islam, Allahyarham Ustaz Fadzil Nor berdoa supaya Dr. M dipanjangkan umur supaya dalam melihat hasil perbuatan kejinya. Barangkali dia sendiri pun sudah menyedarinya. Berasaskan kepada kesedaran itulah dia seboleh-bolehnya cuba "memadamkan" semua perbuatan kejinya.  Cubaan itu dibuat melalui kenyataan dan penulisan.

Pemimpin yang pernah mengeluarkan kenyataan tentang Rasulullah berjanggut panjang kerana pada masa itu tiada pisau cukur ini jugalah yang menyatakan sekiranya hukum Islam dilaksanakan di Kelantan akan ramailah orang Islam yang kudung kerana kesalahan mencuri. Lantaran itulah UMNO, MCA dan MIC beranggapan bahawa hukum Islam itu zalim.  Bagi para pemimpin bukan Islam dalam BN, undang-undang Islam hanya terhad kepada potong tangan sahaja!!!

Kenyataannya tentang Operasi Lalang telah menyerlahkan kelemahannya sebagai pemimpin yang sebelum ini disanjung tinggi melangit. Rakyat tergamam kerana Menteri Dalam Negeri Malaysia menyalahkan polis atas tindakan tersebut. Dakwaannya tentang pernah berbincang tentang hal itu dengan pemimpin pembangkang juga tidak berasas. Lantaran itu, dia menuduh pemimpin pembangkang menipu pula. Siapa yang menipu sebenarnya?

Kemudian ditimbulkan pula tentang cadangannya untuk memansuhkan ISA. Sekali lagi dia melibatkan polis sebagai penghalang. Hanif Omar dikatakan sebagai individu yang tidak mahu akta zalim itu dimansuhkan. Rakyat kebingungan melihat telatah PM mereka yang ternyata dikuasai oleh pihak yang lebih rendah daripadanya. Hal ini tidak seharusnya berlaku. Apabila berlaku, Dr. M dikatakan bertindak atas desakan pihak lain. Di mana kredibiliti individu yang selama ini terlalu dikagumi itu?

Buku memoirnya juga dicemuh oleh pelbagai pihak. Ada pihak yang menganggapnya sebagai "teks yang sakit". Ku Li menolaknya kerana menipu dan tiada wibawa. Kenyataan tentang pemecatan Tun Salleh Abbas juga dipertikai oleh banyak pihak. Akhirnya, dia sendiri mengaku terlupa banyak perkara ketika menulis buku itu. Jadi, apa harapan yang boleh disandarkan kepada hasil kerja yang cincai dan bermotif untuk 
membersihkan diri itu?

Semakin hari semakin banyak pembohongan yang dibongkarkan oleh dirinya sendiri. Adakah doa Ustaz Fadzil Nor telah dimakbulkan? Anda buatlah keputusan sendiri. Namun, darjah kepercayaan orang kepadanya semakin menurun. Kita tunggu sahajalah apa-apa lagi pembohongan yang akan didedahkannya selepas ini.


Friday, March 18, 2011

PAS GAGAL ?

 Renungilah pendapat Zakaria Ismail di bawah ini.

PAS, Melayu dan persepsi
Politik dalam kebanyakan halnya ialah persepsi. Fakta yang salah 
tetapi dengan propaganda yang sistematik, boleh menjadikan sesuatu 
fakta itu suatu kebenaran yang tidak dapat diragui lagi kepada 
kebanyakan rakyat.


Propaganda UMNO untuk mewujudkan persepsi-persepsi berikut terhadap 
PAS telah mula dipercayai oleh orang melayu; 
PAS dipergunakan oleh DAP.
  • PAS menggunakan agama untuk capai cita-cita politik.
  • PAS derhaka kepada sultan.
  • PAS berlembut mempertahankan hak istimewa Melayu.
  • PAS memilih agama, tetapi tidak pedulikan bangsa.
  • PAS asyik nak bangkang sahaja.
  • PAS tak langsung sebut kebaikan UMNO.
  • PAS suka mengutuk orang.
  • PAS tak sesuai dengan jiwa belia dan beliawanis muda.
  • PAS tiada kredibiliti kerana menyokong DSAI yang dituduh meliwat.
Bila UMNO berjaya mewujudkan persepsi-persepsi sebegini, bermakna 
PAS gagal mengatasi teknik dan sistem propaganda UMNO yang 
menggunakan seluruh saluran media milik kerajaan dan swasta 
bagi tujuan tersebut. PAS perlu menjawab dan memberikan fakta-fakta 
ringkas atau jawapan kepada persepsi-persepsi di atas dengan cara 
yang diulang-ulang dan ditonjolkan dalam media cetak, elektronik, 
kenyataan akhbar dan lain-lain saluran maklumat yang menyokongnya 
pada setiap masa.
Fakta-fakta di bawah perlu disemat dalam pemikiran rakyat secara 
cermat, berhemah dan berterusan bagi menghilangkan persepsi-persepsi 
palsu di atas. Isu PAS membela Orang Melayu Islam perlu dipertegaskan 
kepada pengundi tradisional PAS bagi mengelakkan mereka semakin 
termakan dengan propaganda UMNO dan BN. 


PAS dan DAP bekerjasama dalam bentuk menentang kezaliman dan 
penyelewengan politik yang melampau-lampau oleh UMNO dan MCA. 
PAS akan ganti UMNO, DAP akan ganti MCA dan tidak timbul 
DAP ganti PAS.  


PAS menggunakan saluran politik untuk menegakkan agama Islam. 
Tanpa kuasa politik, agama Islam hanya terbatas di pejabat agama.  


PAS hormat dan ada hubungan baik dengan Sultan-Sultan. UMNO nampak 
saja baik dengan Sultan, tetapi sebenarnya menghapuskan kuasa Sultan 
dan sampai ada UMNO yang kata ‘menatang’ kepada Sultan.  


PAS bertegas untuk mempertahankan hak istimewa orang melayu 
sebagaimana 12 janji PAS kepada orang melayu satu dalam konvensyen 
baru-baru ini. Orang melayulah rakyat yang paling ramai dhaif dan perlu 
dibantu secara lebih bersepadu. UMNO bukan membantu bangsa 
Melayu, tetapi mengagihkan projek-projek secara pilih kasih kepada 
kroni-kroni mereka berbangsa melayu mengikut kaedah ‘ali baba’. 
Sebenarnya UMNO mempunyai siri pengkhianatan yang panjang 
terhadap bangsa melayu yang kononnya sering dipertahankan.  


PAS menekankan agama untuk menguatkan bangsa melayu, 
kerana dengan menjaga prinsip-prinsip agama Islam, bangsa melayu 
akan kembali kuat dan dihormati.  


PAS membangkang pembaziran seperti monsoon cup, gejala rasuah 
dan ketidak-cekapan kerajaan yang melampau sehingga stadium, sekolah 
dan masjid pun boleh runtuh.  


PAS sentiasa menghargai inisiatif kebaikan yang dibuat oleh kerajaan 
tetapi mengecam inisiatif-inisiatif kebaikan itu disalah-gunakan untuk 
tujuan lain seperti pembahagian dana kebajikan untuk ugut dan tarik
undi semata-mata, dan kontrak e-book dengan harga yang sepatutnya 
jauh lebih murah.  


PAS bukan mengutuk tetapi mengecam secara keras semua kezaliman 
yang dilakukan secara terang dan tanpa berselindung seperti penarikan 
royalti Terengganu oleh Kerajaan Pusat.  


PAS mempunyai aktiviti belia yang lebih sihat dan lebih membina jati diri 
belia masakini berbanding dengan aktiviti belia UMNO yang hanya 
bertujuan hiburan dan imbuhan semata-mata.  


PAS menyedarkan orang Islam terutamanya bangsa melayu, 
bahawa menuduh dan terlibat dalam menyebarkan tuduhan liwat 
Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa saksi-saksi yang adil, adalah satu dosa
besar yang sangat dimurkai oleh Allah.

Dalam dunia maya pula, blogger-blogger yang terkenal menyokong PAS 
sudah kurang menjana nilai positif kepada PAS. 


Ada blogger yang cuba menghakis kredibiliti Presiden PAS dalam blog 
masing-masing, dengan alasan untuk mendapat kepimpinan baru yang 
lebih cekap dan dinamik seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.  


Ada blogger yang terus menerus menghentam kerajaan perpaduan
yang telah ditutup buku dengan terus-menerus menuduh Timbalan 
Presiden PAS sebagai anasir yang paling jahat yang akan membawa 
PAS ke pangkuan UMNO.  


Ada blogger yang terlalu banyak menggunakan bahasa kesat kepada pihak
lawan di dalam blog mereka, menyebabkan rakyat atas pagar berundur 
daripada mendapat maklumat bernas daripada blog tersebut.
Hasilnya, persepsi berikut yang timbul; 


Presiden UMNO adalah lebih baik, lebih cekap dan lebih amanah daripada 
Presiden PAS.  


PAS juga mempunyai klik-klik tertentu dan pimpinan yang tamakkan 
habuan dunia yang boleh diberikan secara mudah oleh UMNO. Juga 
menggambarkan Prinsip Islam  


PAS setengah pimpinan PAS boleh dijual beli.  


PAS yang suka maki hamun, bukan blogger-blogger tertentu, dan 
blogger PAS dan UMNO tidak ada beza daripada aspek kutukan 
melampau-lampau. Dengan itu, rakyat awam lebih cenderung untuk 
menghadkan bacaan berita daripada Malaysiakini, Malaysian Insider 
dan sumber rasmi parti seperti Harakah dan Buletinonline sahaja. 
Ini satu kerugian yang sangat besar.
    Kesimpulannya, dalam PRU ke 13, PAS daripada sudut isu perlu 
    lebih agresif menjawab 10 propaganda UMNO di atas. Orang melayu 
    tidak boleh dibiarkan tertipu oleh propaganda UMNO bahawa orang 
    Melayu lebih baik dijaga oleh UMNO daripada dijaga oleh PAS. 
    Dan satu lagi, perkelahian sesama sendiri oleh para blogger yang 
    menyokong PAS dan PR perlukan satu ‘gencatan senjata’, 
    sekurang-kurangnya sehingga berlangsungnya pilihanraya Umum ke -13. “

    Thursday, March 17, 2011

    TERIMA PR TOLAK BN

    Ketidakadilan dalam pilihan raya terus berlaku di Malaysia. Aspek ini berlaku kerana sikap yang diamalkan oleh parti yang memerintah. Mereka menggunakan semua harta kerajaan untuk menagih undi. Tidak cukup dengan itu, diagih-agihkan pula rasuah politik untuk memantapkan sokongan kepada parti pemerintah. Dalam keadaan serba terikat, parti pemerintah menggunakan pelbagai propaganda untuk mewujudkan rasa benci pengundi kepada parti lawan. Kita dapat melihat aktiviti ini dilakukan secara intensif di media sehingga sesiapa juga yang menonton dapat merasakan situasi pertandingan satu penjuru.

    Mengapa situasi ini tidak adil? Harta benda kerajaan bukan milik parti pemerintah. Kesemua itu milik rakyat. Dengan demikian, parti pemerintah telah menyalahgunakan harta rakyat. Harta rakyat dengan sewenang-wenangnya digunakan untukkepentingan diri oleh parti pemerintah. Adakah parti lawan tidak mempunyai hak langsung untuk menggunakannya? Ini bukan persoalan hak. Ini persoalan gelanggang pertarungan yang sama rata. Jika parti pemerintah boleh menggunakannya, parti lawan juga mesti dibolehkan.

    Jika parti pemerintah menggunakan media kerajaan untuk menunjukkan kehebatan dan menggodam lawan semahu-mahunya, mengapa parti lawan tidak diberi peluang untuk membela diri? Hak parti lawan bukan sahaja dirampas malahan juga kempen mereka diganggu, pnyokong-penyokong mereka dianiaya, pengundi-pengundi diugut, dan dihalang memasuki kawasan-kawasan tertentu.

    Kita sudah menyaksikan 16 PRK pasca-PRU Ke-12. Kedudkannya seri 8-8. Tiada yang istimewa dengan kedudukan itu. Masing-masing hanya mempertahankan status quo. Perubahan hanya berlaku di Kuala Terengganu. Kubu kuat UMNO dirampas oleh PAS. Di Sibu, kubu BN dirampas oleh DAP. UMNO merampas semula kubu mereka di Galas. Senario ini memberi gambaran bahawa kekuatan BN dan PR hampir-hampir seimbang. Apakah situasi itu gambaran sebenar? Tidak sama sekali.

    Keadaan akan menjadi sebaliknya jika pertandingan tidak berat sebelah. Itulah yang menimbulkan kecacatan dalam demorasi pilihan raya di Malaysia. Apabila hal ini dibangkitkan, BN dengan segera merujuk demokrasi pilihan raya wujud di negara ini kerana PR menang di lima negeri dalam PRU Ke-12 dan menafikan majoriti dua pertiga BN di parlimen. Tetapi mereka sengaja membutakan mata tentang betapa tidak demokratiknya mereka merampas Perak.

    BN tidak demokratik kerana membelakangkan pilihan rakyat. BN tidak demokratik kerana terus-terusan menggugat kestabilan negeri-negeri yang diperintah oleh PR melalui pilihan rakyat. BN tidak demokratik kerana marahkan rakyat yang memilih PR di negeri-negeri itu. BN tidak demokratik kerana dengan sengaja mencari salah PR dan menyembunyikan kelebihan PR demi meruntuhkan imej PR pada pandangan rakyat.

    PR lebih demokratik kerana mentadbir negeri masing-masing dengan cemerlang. Kecemerlangan itu diperakui oleh Laporan Ketua Audit Negara dan badan-badan antarabangsa yang berwibawa. PR lebih demokratik kerana mengamalkan ketelusan dalam pemberian tender. PR lebih demokratik kerana tadbir urus yang cekap. PR lebih demokratik kerana berjaya melipatgandakan pendapatan negeri dan berjimat cermat. PR lebih demokratik kerana merakyatkan kekayaan negeri.

    Negeri-negeri yang diperintah BN banyak hutang. Negeri-negeri yang diperintah BN paling ramai miskin tegar. Negeri-negeri yang diperintah BN melaksanakan projek yang membahayakan rakyat. Negeri-negeri yang diperintah BN pemimpinnya asyik bertelagah.

    Kerajaan pusat yang dipimpin oleh BN penuh dengan pelbagai masalah. Hutang negara bertimbun-timbun. Kalau tak kena gaya, Malaysia bankrap tahun 2019 nanti. Pembaziran wang rakyat masih bermaharajalela. Tender penting diberi secara runding terus kepada kroni yang tiada kepakaran. Apabila mereka membeli peralatan, harganya berlipat kali ganda dengan yang dibeli oleh negara lain. Barangnya tetap sama tetapi selalu diberi alasan yang Malaysia pesan lebih canggih. Yang tersirat di sebalik pembelian itu ialah komisyen untuk parti, diri sendiri, dan kroni. Rasuah yang sudah menjadi barah tak payah cerita lagilah. Begitu juga dengan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, dan sebagainya.

    Apa upaya kita untuk menghapuskan kebejatan tersebut? Seorang diti mustahil melakukannya. Golongan massalah yang mampu mengubahnya. Merekalah yang perlu bersuara. Merekalah yang perlu menyatakan penentangan terhadap ketidakadilan itu. Merekalah yang perlu bangkit untuk menyatakan pendirian terhadap perlakuan negatif itu. Siapakah yang perlu mempeloporinya?  Sejarah membuktikan dua golongan yang sering terlibat. Golongan-golongan yang dimaksudkan ialah guru dan orang muda. Dengan izin Allah, suara keramat guru dan orang muda berdaya mengubah lanskap politik Malaysia. Bersama-samalah kita menjayakannya.
     

    Wednesday, March 16, 2011

    JOM KIKIS UMNO

    Pakatan Rakyat (PR) perlu menerima hakikat bahawa UMNO/BN akan terus menggunakan taktik dan teknik yang sama bagi menghadapi apa-apa jua bentuk pilihan raya. Taburan ratusan juta ringgit akan menyebabkan pengundi melupai kecurangan UMNO/BN. Setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut para penceramah PR semuanya tidak akan dipedulikan apalagi dipercayai.

    Lihat sahajalah perlakuan pengundi di Kerdau. Sudah terang dan nyata kawasan itu disisihkandaripada pembangunan. Kemiskinan, projek terbengkalai, ketiadaan kemudahan asas, dan sebagainya. Tambahan pula kerajaan negerinya yang serba tempang. Namun, kesemuanya dilupakan begitu saja oleh pengundi selepas diberi wang dalam pelbagai bentuk dan janji, walaupun sebahagiannya hanya janji kosong.

    Jika difikirkan betul-brtul, apalah gunanya berbuih-buih mulut pemimpin PR bertasbih satu persatu tentang kemungkaran UMNO/BN. Yang bertakbir ialah penyokong setia yang apa-apa jadi pun tidak akan bertukar arah. Pengundi yang menjadi sasaran, langsung tidak ambil peduli. Keghairahan itu sepatutnya telah dikurangkan.

    Mungkin sudah sampai masanya diwujudkan kumpulan-kumpulan pendesak yang akan membuat UMNO/BN tidak cukup nafas untuk meladeni pelbagai permintaan dari satu kempen ke satu kempen pilihan raya. Kumpulan ini akan mengemukakan permohonan bukan sahaja secara lisan malahan juga secara bertulis supaya dapat dijadikan bukti jika tidak ditunaikan kelak. Perlu diingat bahawa kesemua rundingan perlu dirakam. Namun demikian, strategi pelaksanaannya perlulah difikirkan secara rahsia. Matlamatnya adalah untuk menjadikan UMNO/BN serik untuk hulur itu dan ini.

    Pada masa yang sama, penduduk di kawasan-kawasan bersebelahan dengan kawasan yang mengadakan pilihan raya perlu juga diajak menuntut supaya segala yang diberi kepada jiran turut diberi kepada mereka demi keadilan. Tidaklah mereka telan air luir saja tengok jiran dapat macam-macam.

    Pengikis-pengikis profesional ini perlu diberi latihan khusus untuk melakukan kerja mereka. Mereka perlu lebih tajam daripada pisau cukur supaya pihak yang kena kikis tidak sedar pun jarinya dah putus. Oleh sebab itu, pergi jamuan makan malam, menang cabutan bertuah, dan tonton wanita seksi berdansa di pentas sudah menjadi out-of-date. Turap jalan biarlah diteruskan. Bagi beras ke, gula ke, kain pelekat ke ambillah. Kalau ada yang lain-lain lagi diberi ambillah. Jangan tak ambil. Kikis tu yang perlu lebat.

    Mungkin bagi sesetengah anggota masyarakat kini "BN beri ambil tapi bila pangkah kertas undi PR" sudah basi. Klise. Orang tak pakai lagi dah. Kikislah yang perlu menjadi senjata baru. Kita lihat setakat mana UMNO/BN mampu beri. Tak beri ucap saja "Bye-bye"!!!    

    Tuesday, March 15, 2011

    SIAPA KATA UMNO TAKUT ?

    Tolong jangan tuduh sebarangan. UMNO bukanlah sebuah parti yang penakut. Mereka sangat berani. Apabila ada pilihan raya, mereka berani mengugut pengundi supaya memangkah dacing. Pengundi-pengundi yang takut berduyun-duyun memangkah dacing. Jumlah yang penakut ini merupakan golongan majoriti. Oleh sebab itu, UMNO menang. PAS kalah.

    UMNO berani merasuah pengundi semasa pilihan raya. Beritahu apa yang tidak berani diberi oleh UMNO? Tiada. Kalau boleh, gunung pun hendak diberikan kepada pengundi. Berani sungguh UMNO berbuat demikian. Bagi UMNO memberi rasuah bukan satu kesalahan. Gua garu lu punya belakang, lu garu gua punya belakang. Biasalah tu. Kalau PAS bagi rasuah barulah salah. Mereka akan segera mengamuk dan buat demonstrasi (tanpa minta permit) supaya SPRM siasat.

    UMNO bukan sahaja berani guna peralatan kerajaan untuk berkempen tetapi juga media kerajaan. Kesemua itu tidak salah. Mereka saja boleh guna. Pembangkang tidak boleh. Kalau tengok tv dan dengar radio, tak ubah macam pilihan raya satu penjuru. Bagi UMNO itulah adil namanya. PAS ke. DAP ke. PKR ke. Mana ada hak guna media kerajaan. Nama pun pembangkang. Tak sedar diri ke?

    Apabila menang, mereka tidak kaitkan kemenangan itu dengan rasuah atau sogokan atau ugutan atau halangan. Mereka kata isu yang dibangkitkan oleh PAS berjaya ditepis. Rakyat tak terima fitnah PAS.  Rakyat terima isu yang UMNO bawa. Mereka bersorak gembira. PAS terkulat-kulat.

    UMNO berani bawa segala peralatan pembangunan masuk ke kawasan pilihan raya. Mereka turap jalan sampai ke muka pintu rumah pengundi. Pengundi tak minta pun beri juga. Mereka kata peruntukan itu telah ada tetapi belum sempat dilaksanakan. Apabila Yang Berhormat kawasan itu meninggal dunia baharulah ada masa hendak dilaksanakan.

    Dalam satu penggal tak sampai pun dua puluh yang berhormat meninggal dunia. Ikut logik banyak lagilah peruntukan yang tidak digunakan. Sebab itu UMNO ada banyak wang apabila pilihan raya umum diadakan. Duit itulah yang digunakan. Patutlah mereka mewah berbelanja. Tolak ke tepilah had bajet yang dinyatakan dalam Undang-undang Pilihan Raya. Apa salahnya guna RM2 juta, tulis dalam laporan RM20,000.00 siap dengan resitnya sekali? Bukan tak biasa. Tengoklah berapa BN belanja dalam PRU Ke-11. Tak ada siapa pun nak ganggu. SPR. Semuanya telah dikembirikan. Patutlah menang banyak kerusi.

    Yang UMNO kata adil tu tidak adil sebenarnya. Yang UMNO kata halal tu haram sebenarnya. Memang UMNO berani. Mereka berani langgar hukum Allah. Mereka berani menipu dalam pilihan raya. Mereka berani menang secara haram. Mereka tidak kisah hukum makan duit elaun wakil rakyat dengan kemenangan tidak halal itu.

    UMNO perlu berani menerima balasan Allah nanti. Kita tengoklah sejauh mana keberanian UMNO menerima seksaan Allah itu. Janji Allah tidak mungkin salah!!!

    Monday, March 14, 2011

    BERITA MINGGU YANG MEMUALKAN

    Dek kerana terlalu asyik melanyak musuh politik, akhirnya Berita Minggu kehilangan sensitiviti terhadap musibah yang menimpa orang lain, lalu dijadikan bahan yang "melucukan".  Barangkali itulah hukuman yang terpaksa dibayar oleh akhbar pencacai itu atas keceluparan mereka selama ini.

    Mereka telah memalukan Malaysia. Seluruh dunia meluahkan rasa simpati dan empati kepada penduduk Jepun yang malang. Berita Minggu menjadikannya sebagai bahan jenaka. Otak taruh di lutut ke?

    Ke mana perginya tanggungjawab mereka?  Apa akan mereka rasa apabila orang lain melakukan perkara yang sama apabila kita ditimpa musibah?  Jangan ingat musibah sedemikian tidak akan berulang kepada negara kita. Rakyat Malaysia perlu berasa marah terhadap kebiadapan Berita Minggu itu. Mereka perlu memohon maaf
    atas perbuatan tidak senonoh itu.

    Sunday, March 13, 2011

    DR. M PENGKHIANAT DAN PENIPU

    Semasa menjadi PM selama 22 tahun dia diberi sanjungan kerana lantang menyuarakan ketidaksenangannya terhadap Barat.  Kritikan pedasnya dipuji kerana penuh dengan unsur keberanian.  Dia menghentam sesiapa saja yang dianggap mendatangkan kemudaratan kepada negara-negara kecil.  Sayangnya sanjungan itu sirna sedikit demi sedikit apabila meninggalkan jawatannya.  Rasa hormat rakyat kepadanya kian hari kian menipis dek kerana tindakannya sendiri.

    Rakyat melihat dia menghentam tanpa belas kasihan kepada pengganti yang dilantiknya sendiri.  Tindakan tidak sopan ini tidak seharusnya berlaku jika dilihat kepada ketokohan yang ditunjukkannya.  Rupa-rupanya dia bukanlah seorang yang benar-benar berwibawa.  Kesilapan yang dilakukannya telah menyebabkan negara mempunyai seorang PM yang lemah.  Kelemahan itu tidak syak lagi merugikan negara.

    Dalam keghairahan menyerang PAS, dia terlibat dalam penghinaan terhadap Islam.  Dia mempersendakan janggut Rasulullah. Dia memperlekeh undang-undang Islam. Hingga ke satu peringkat, dia mahu mengambil tindakan jika Kelantan melaksanakan undang-undang Islam.

    Tidak cukup dengan itu dia mengkhianati Melayu.  Royalti petroleum Terengganu (yang majoriti penduduknya Melayu) dirampas hanya semata-mata pemerintahannya ditawan oleh PAS.  Dia jugalah yang membantutkan pencapaian anak Melayu dalam bidang sains dan matematik apabila mata pelajaran tersebut diajar dalam bahasa Inggeris.  Malah dia jugalah yang menghentikan bantuan kepada sekolah agama rakyat, tempat anak Melayu yang beragama Islam mendapatkan ilmu Islam.

    Dia mendakwa tidak terlibat dalam Operasi Lalang. Penangkapan besar-besaran terhadap ahli-ahli politik pembangkang itu didakwa dilakukan oleh pihak polis. Padahal dialah Menteri Keselamatan Dalam Negeri Malaysia ketika itu.  Dakwaannya tidak dipercayai oleh majoriti rakyat dan hanya diketawakan oleh hadirin yang mendengar ucapannya. Rakyat juga tertanya-tanya mengapa Najib yang mahu membasahkan keris dengan darah orang Cina tidak ditangkap.  Nyata sekali sikap double standard dalam menjalankan operasi ini.  Namun, yang lebih menyedihkan, kes ini berjaya menggambarkannya sebagai harimau kertas.

    Kes terbaru ialah serangan terhadap memoir yang ditulisnya.  Tengku Razaleigh mendakwa tulisan itu hanyalah penipuan politik.  Rakyat berasa amat pelik kerana individu ini bersikap amat aneh ketika meniti penghujung usianya.  Pada usia sesenja itu dia masih ghairah menghentam Nik Aziz dengan pelbagai cercaan yang tidak masuk akal. Dia tidak langsung memberi respons positif terhadap desakan supaya bertaubat.

    Kedegilan itu hanya menampakkan kesalahan demi kesalahan yang dilakukan di sepanjang pemerintahannya. Hilanglah hormat rakyat terhadap individu yang dahulunya dikagumi.  Mengapa ada manusia seperti itu?  Ramai yang kelu untuk memberi jawapannya.

    Saturday, March 12, 2011

    PAS WAJIB PECAHKAN RUYUNG

    Isu PAS diperalatkan DAP telah disebut sebagai punca kemerosotan sokongan Melayu kepada parti Islam itu. UMNO memanipulasi isu ini sehingga sanggup mendapatkan seorang mak cik untuk mengutuk Nik Aziz berpeluk dengan Lim Kit Siang.  Apakah hakikat sebenar isu ini ?

    UMNO amat bimbang dengan keakraban PAS dengan DAP. Apa alasannya ?  UMNO sudah maklum bahawa hubungan PAS-DAP tidak sama dengan UMNO-MCA atau UMNO-MIC.  PAS menggunakan pendekatan dakwah dalam hubungan itu.  UMNO tidak pernah melakukannya kepada MCA dan MIC walaupun sudah menjalin hubungan politik lebih daripada setengah abad.

    Kefahaman pemimpin DAP terhadap Islam bukan sahaja membahayakan UMNO tetapi juga parti-parti bukan Islam dalam BN.  Keadilan dan toleransi dalam Islam yang meresap dalam jiwa pemimpin DAP akan menjadi duri dalam daging kepada MCA, MIC, Gerakan, PPP, LDP, dan lain-lain. Parti-parti komponen bukan Islam dalam BN ini akan sentiasa membuat kenyataan yang merugikan UMNO akibat daripada ketidakfahaman mereka terhadap ajaran Islam.  Keadaan ini tidak mampu diatasi oleh UMNO kerana mereka sejak awal lagi tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan. Dasar perjuangan UMNO ialah nasionalis-sekular.
    Itu sahaja punca yang mendatangkan kegeraman UMNO/BN terhadap PAS-DAP.  Kenyataan-kenyataan seperti PAS dan DAP tidur sebantal mimpi lain-lain sudah jadi klise. Kenyataan Karpal tentang langkah mayatnya dahulu kalau nak laksanakan negara Islam juga sudah terbatal.  DAP telah menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

    PAS perlu mengikis tanggapan dirinya diperalatkan oleh DAP dalam kalangan orang Melayu secara seagresif mungkin.  PAS tidak boleh menganggap perkara ini sebagai satu masalah kecil jika ingin ke Putrajaya.  Kejayaan meyakinkan orang Melayu bahawa Islam menyeru kepada perpaduan tanpa mengira agama atau kaum dan meyakinkan orang Melayu bahawa UMNO hanya menggunakan Islam sebagai hiasan tidak syak lagi akan menaikkan sokongan Melayu kepada PAS.  Mampukah PAS melakukannya? Kata orang tua-tua, "Di mana ada usaha, di situlah ada kejayaan" dan " Yang pipih takkan datang melayang, yang bulat takkan datang bergolek" serta "Kalau tidak tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya."

    Friday, March 11, 2011

    UMNO KUDA TUNGGANGAN MCA

    Ketika seluruh rakyat Malaysia sibuk memperkatakan tentang saman ekor, aktor porno yang dibelasah teruk di Tenang kembali bersuara.  Suaranya jelas menunjukkan kejahilan terhadap ajaran Islam. Dia menghentam Kerajaan PAS Kelantan yang mengharamkan judi.  Tuduhannya ialah PAS menafikan hak kaum bukan Islam berjudi.  Peristiwa yang menjadi rujukan ialah seorang peniaga Cina ditangkap kerana menjual tiket loteri secara gelap.  
    Keanehan episod ini ialah Mahyuddin menyokong MCA.  Apa-apa saja yang dilakukan oleh MCA disokong begitu saja tanpa mengambil kira kesannya.  Judi itu haram di sisi Islam.  UMNO sepatutnya mengajar pemimpin MCA tentang perkara ini, bukannya melanyak PAS.  Apabila mereka melanyak PAS, nampak sangatlah mereka tidak begitu endahkan ajaran Islam.

    Rakyat akan menganggap UMNO yang nasionalis-sekular itu memang menolak Islam. Sudahlah begitu, sanggup pula mereka menjadi kuda tunggangan MCA!!!

    Thursday, March 10, 2011

    SAMPAI KE MANA KEBONGKAKAN UMNO/BN ?

    UMNO mendakwa Pakatan Rakyat (PR) mengapi-apikan rakyat supaya membenci kerajaan dan mencontohi cara rakyat Mesir mengusir Mubarak. Sehubungan itu, PR diminta berhati-hati kerana Malaysia tidak sama dengan Mesir. Demokrasi di Malaysia bagus, tiada cacat celanya.
    Barangkali UMNO lupa mengingatkan diri mereka sendiri dalam hal ini. Di mana-mana jua bahagian dunia ini rakyat turun ke jalan raya bukan atas kehendak mereka. Kesemuanya adalah kerana kerajaan yang tidak betul. Rakyat Filipina turun ke jalan raya kerana Marcos memerintah secara diktator. Rakyat Indonesia turun ke jalan raya kerana Suharto dan familinya hanya mengumpul kekayaan sedangkan rakyat dibelit kemiskinan. Begitu jugalah halnya dengan Tunisia, Mesir, dan kini Libya.
    UMNO masih mempertahankan bahawa demokrasi subur di Malaysia dengan alasan dalam PRU Ke-12 PR menguasai 4 buah negeri. Mereka sengaja buat-buat lupa bahawa Perak juga jatuh ke tangan PR tetapi mereka yang merampasnya melalui pintu belakang. Demokrasikah namanya apabila Perak mempunyai Menteri Besar Mahkamah yang tidak dipilih oleh rakyat?

    Demokrasikah pilihan raya di Malaysia apabila UMNO dan BN semahu-mahunya menggunakan wang rakyat dan harta kerajaan untuk membeli undi?  Demokrasikah apabila PR tidak boleh mengakses media untuk menyampaikan kempen sedangkan media kerajaan digunakan UMNO sehingga menampakkan seolah-olah pilihan raya berlaku satu penjuru sahaja? Demokrasikah pilihan raya Malaysia apabila semua tuntutan BERSIH pada tahun 2007 hanya dibakulsampahkan?
    BERSIH menuntut pemansuhan undi pos, penggunaan dakwat kekal, akses kepada media, dan pembersihan daftar pemilih.  Hingga kini tidak satu pun yang dilaksanakan oleh SPR. Kenapa? SPR lebih memihak kepada UMNO/BN. Sama seperti mahkamah yang memihak kepada UMNO/BN dalam kes Perak. Mereka mendabik dada apabila memenangi lima PRK yang terkemudian setelah pengundi-pengundi dirasuah dengan pelbagai cara dan PR diletakkan dalam keadaan terikat kaki dan tangannya.
    Sungguhpun ditekan habis-habisan, PR masih berjaya menambah undi di kawasan-kawasan FELDA yang merupakan kubu kuat UMNO.  Peneroka FELDA sudah mula membuka mata kerana menerima pelbagai maklumat bukan sahaja daripada ANAK dan NGO malahan juga Biro FELDA PKR. Perkembangan ini seharusnya menyedarkan UMNO dan BN bahawa di mana-mana pun di bumi Malaysia ini mereka tidak selamat.  Semakin lama sokongan rakyat terhadap mereka semakin terhakis. 

    Jika mereka terus merampas hak rakyat demi kuasa, UMNO/BN akan menerima padahnya. Pernyataan rasa tidak puas hati itu mungkin bermula dengan BERSIH II.  UMNO/BN perlu meratakan gelanggang pertarungan pilihan raya bukannya mengherdik PK sebagai tak tau menari dikatakan tanah tinggi rendah. Suara rakyatlah yang akan menentukan langit itu tinggi atau rendah. 

    Wednesday, March 9, 2011

    TERUSKAN PERJUANGAN SUCI INI

    PAS tetap menongkah arus politik yang sama sekali tidak menyebelahinya selama lebih daripada setengah abad. Dalam tempoh itu, pelbagai bentuk ranjau duri yang ditempuhi. Namun, semangat waja ahli-ahli dan pemimpin-pemimpinnya berjaya melepasi semua keperitan itu. Ada ahli dan pemimpinnya diseksa. Ada ahli dan pemimpinnya dibunuh. Ada ADUNnya yang dilarikan. Ada ADUNnya yang diculik. Ada ADUNnya yang dikurung. Paling memeritkan ialah PAS ditendang keluar dari BN tanpa sedikit pun belas kasihan malah ditohmah dengan berbagai-bagai fitnah yang menusuk kalbu.
    UMNO silap besar jika menganggap segala perbuatan khianat mereka terhadap PAS dan juga rakyat Malaysia akan mematahkan semangat parti Islam itu. PAS akan tetap teguh dengan dasar perjuangannya. PAS tetap menyertai pilihan raya. PAS tetap mengamalkan kempen yang diselangselikan dengan dakwah. PAS akan hanya menggunakan kekuatan sendiri dalam proses berkempen. Biarlah pihak lawan terus-terusan menggunakan cara yang tidak sepatutnya untuk memenangi sesuatu pilihan raya.  Kesemua itu diyakini akan berakhir juga suatu hari nanti apabila rakyat semakin bijak.
    PAS tetap yakin bahawa semua kebatilan akan musnah juga akhirnya.  Keyakinan itu disandarkan kepada janji Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam Kitab Suci al-Qur'an. Di samping semua itu, PAS juga yakin bahawa yang hak tetap akan berada di puncak apabila Allah mengizinkan. Biarlah lawan terus berbuat dosa dan noda yang akan diberi balasan di akhirat nanti. Rakyat akan tuntut hak mereka yang bukan sahaja diambil tanpa kebenaran malahan juga digunakan untuk kepentingan sendiri. Oleh sebab itu, perjuangan tetap diteruskan walau seperit mana sekalipun cabarannya.

    Tuesday, March 8, 2011

    DEMOKRASI DIBELAKANGKAN ?

    UMNO/BN memenangi semua kelima-lima pilihan raya kecil yang bermula dengan Galas. sehinggalah Kerdau. Penggunaan jentera dan media kerajaan serta taburan ribuan juta ringgit untuk kesemuanya menjadi penanda aras kemenangan itu. Pakatan Rakyat (PR) menerima keputusan tersebut tanpa rasa putus asa kerana kemenangan tersebut tidak diperoleh UMNO/BN secara gentleman.  

    Oleh sebab itu, kita mendapati bahawa ada masalah dengan demokrasi di negara ini. Ada pilihan raya tetapi gelanggang pertarungan tidak rata.  Lebih tepatnya pertarungan itu berat sebelah.  Hal ini menjadi lebih menjijikkan apabila SPR tidak mengambil apa-apa tindakan kepada pemberian rasuah politik yang semahu-mahunya oleh UMNO di kesemua kawasan yang disebutkan.  Pemimpin UMNO dan BN bebas memberikan apa-apa saja kepada pengundi dengan penuh rasa megah dan kemudian memperlekeh Pakatan Rakyat yang tiada kemampuan sama sekali untuk melawan dalam bab itu kerana berpegang teguh kepada prinsip pertandingan.

    UMNO tidak perlu bermegah dengan kemenangan yang tidak bermaruah itu. Pembangunan yang hanya dilaksanakan semasa ada pilihan raya, terutamanya pilihan raya kecil; gula-gula politik, dan rasuah politik akan mendatangkan bala kepada UMNO/BN suatu masa nanti.  Perbuatan tidak bermoral dan berdosa itu akan ada penghujungnya. Kebaikan pasti mengatasi kebatilan. Itulah lumrah kehidupan yang enggan difahami oleh para pemimpin UMNO dan BN.  Tunggulah kedatangan masa yang pasti memeritkan itu!!!