YAKJUJ DAN MAKJUJ

Saturday, April 30, 2011

PEMBOHONG PUN BERANI BERSUMPAH

"Mereka (orang-orang munafik) menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan" [Al-Munafiqun: 2].

Eskay telah bersumpah laknat.  Si Pembohong ini memang tidak boleh dipercayai. Pada peringkat awal dulu, dia mendakwa terjumpa kamera tersembunyi di dalam bilik hotel sewaktu Anwar menyuruhnya mengambil jam yang tertinggal.  Harus diingat bahawa dia berkata kamera itu dijumpai dalam laci berkunci yang dipecahkan. Dengan apa dan bagaimana dia umpil  laci itu serta masa yang diambil untuk mengumpilnya tidak dijelaskan. Namun, laci hotel mana ada kunci!!! Jelaslah dia berbohong.

Selepas mendakwa terjumpa kamera tersebut, dia mengaku ada  dalam bilik berkenaan. Jika dia memang benar berada di situ, apakah tujuannya? Jika untuk memerangkap Anwar, tidakkah lebih baik dan berkesan dengan menghubungi pihak berkuasa agama untuk menangkapnya? Tentu lebih berkesan dan Anwar tidak boleh mendakwa itu satu konspirasi lagi.

Lojikkah Anwar mahu buat projek dengan Eskay berada  dalam bilik? Eskay kononnya memanggil beberapa orang untuk mengesahkan pelaku itu ialah Anwar. Mahu sahkan apa lagi jika beliau sendiri kata beliau berada  dalam bilik bersama Anwar? Jika beliau berkata beliau ada bersama Anwar, mengapa beliau sebelum ini memberitahu kejadian berlaku di sebuah hotel tetapi polis menyebut di sebuah kondominium? Eskay memang pembohong.  Dia mendakwa perempuan Cina itu pelacur tetapi polis kata perempuan tu pelajar kolej swasta.

Apabila video itu dimuat turun ke Youtube, semakin banyaklah ketidaklojikannya. Siamlah pulak. Timbul persoalan adakah rakaman tu dibuat di Malaysia atau di Thailand? Kesemua yang telah disebutkan menjadi bukti sahih Eskay tidak bercakap benar.  Bolehkah sumpah seorang penipu diterima pakai? Biarkanlah Eskay dengan sumpah laknatnya.  Dia yang buat, dialah yang tanggung.  Harap-harap dapatlah kita melihat akibat pembohongan dan sumpah palsunya itu.

Friday, April 29, 2011

ISLAM ITU SUMPAH SAHAJAKAH ?

Sekularisme yang menjalar dalam kehidupan umat Islam di Malaysia nampaknya berjaya mengheret orang Melayu jauh meninggalkan ajaran Islam yang sebenar.  Ramai yang sudah tidak ambil peduli lagi dengan hukum-hakam Islam. Di samping itu, ada yang terus menolaknya.  Nasib malang menimpa Islam di Malaysia. 

Lihat sahaja apa-apa yang berlaku dalam kes video lucah.  Mufti-mufti sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mendedahkan aib seseorang itu dosa besar.  Apa yang berlaku?  Ada pihak yang muat turun video itu di Youtube. Banyaklah yang menyalinnya ke blog.  Surat khabar pun siar juga. Tv pun ikut sama. Benda itu menjadi seolah-olah halal ditonton.  Yang turut menonton ialah remaja dan kanak-kanak. Kita mengajar mereka menonton bahan lucah. 

Video yang didakwa hanya ada satu tiba-tiba boleh muncul dua kali di Youtube. Jika kita menerimanya ada satu sahaja, sudah pastilah pihak yang menyimpannya tidak amanah.  Jika dakwaan tentang satu-satunya hanya penipuan, kita terpaksa terima video itu wujud dalam kuantiti yang lebih daripada satu.  Kemungkinan besar video ini banyak terdapat di pasaran gelap.  Kebetulan pelakunya mirip orang yang kena tuduh. Maka merebaklah fitnah yang dicanang oleh musuh yang sememangnya ternanti-nanti masa dan ketikanya untuk menjatuhkan kredibiliti individu itu. Lalu terhumban ke tepilah semua hukum-hakam tentang tuduhan zina.

Disoroklah fakta tentang keperluan kepada empat saksi berwibawa untuk membuktikan kes itu.  Semua enggan menyebutnya. Yang terus ditonjol dan diperkatakan ialah orang dalam video itu Anwar Ibrahim. Tetapi perut boroi menunjukkan bukan Anwar. Potongan rambut menunjukkan bukan Anwar kerana besoknya rambut Anwar lebat. Tak ada janggut pun menunjukkan bukan Anwar kerana semasa ke mahkamah besoknya dia bermisai dan berjanggut. Apabila video kedua dipertontonkan, ternyata parut bedah belakang tak ada pada tubuh orang itu yang dengan sendirinya bukan Anwar.
Sesudah banyak benda bukan Anwar ada dalam video itu, pendakwa tergamak meminta orang didakwanya bersumpah laknat bersamanya di masjid. Hukum mana pula yang dia pakai? Kita yang rasional menganggap orang ini sudah tidak berdaya untuk mempertahankan pembohongannya.  Sumpahlah yang dijadikan alat untuk menyelamatkan diri.  Persetankanlah hukum yang tertulis dalam al-Qur'an.  Masih Islam lagikah seseorang yang dengan beraninya mengkesampingkan hukum Allah?

Kembalilah kepada Islam. Bawa sahaja ke mahkamah syariah. Biar mereka yang tentukan. Janganlah menghukum saudara sendiri dengan fitnah yang meruntuhkan ketamadunan itu.  Kuasa tidak boleh berdiri dengan kelucahan dan fitnah.  Buatlah yang Allah suruh. Tinggalkanlah yang Allah larang.  Susah sangatkah? Hidup bukan di dunia sahaja. Biarlah hidup kita yang kekal selama-lamanya itu tersisih dari api neraka. Amin!!!     

Thursday, April 28, 2011

KEBENARAN PASTI MENGATASI KEBATILAN

Kelucahan sudah menjadi mainan sekarang ini.  Sesiapa saja boleh mempertontonkannya kepada seberapa ramai khalayak yang diinginkannya.  Demikianlah manusia yang tidak langsung mahu mengikat dirinya kepada tuntutan moral dan agama.  Sudah pun dinyatakan bahawa perbuatan mengaibkan orang itu dilarang oleh agama, tetapi ketidakpedulian species manusia yang rendah akhlak ini tetap tidak berubah.  Mereka kenalah tunggu balasan Tuhan atas perbuatan menjijikkan itu.  Pembalasan itu bukan kemungkinan tetapi pasti.

Kepada yang diuji dengan keaiban ini, sabarlah yang paling utama.  Fitnah yang terkantoi ini tidak akan ke mana. Pasti ada hikmah di sebaliknya.  Gerombolan yang teramat nyata matlamat mereka ini akan kecundang juga akhirnya.  Yang pasti muncul di hadapan kita nantinya ialah kebenaran. Kebenaran pasti mengatasi kebatilan.

Inilah hidangan paling hina yang kita tatap sejak kebelakangan ini.  Pihak yang tidak berhati perut nampaknya semakin berani.  Bukan sahaja bermegah dengan misi pembunuhan karekter malahan juga menelanjangkan keaiban diri sendiri. Mereka yang berusaha ke arah itulah sehina-hina manusia di alam ini. 

Wednesday, April 27, 2011

BERSATULAH MELAYU MEMBENAMKAN UMNO/BN

Adakah orang Melayu percaya apabila UMNO kalah dalam apa-apa juga bentuk pilihan raya, kerusi itu menjadi Milik DAP?  Mati hidup balik pun tak akan berlaku.  Jadi, mengapa UMNO marah sangat kepada DAP?  Di Sarawak, Cina DAP lawan Cina SUPP. Yang tertomoih ialah Cina SUPP.  Apa patut UMNO buat?  UMNO kena cari sebab mengapa kaum Cina Sarawak tolak Cina SUPP dan sokong Cina DAP.  Ini bukan soal Cina bersatu nak lawan Melayu.  Sesiapa pun yang menang, mereka tetap Cina.  Calon Melayu akan mati beragan kalau diletakkan sebagai calon di kawasan itu.  Takkanlah itu pun tak tahu.

Yang sebenarnya UMNO sudah hilang akal dengan kekalahan SUPP itu.  Mereka sudah tidak berupaya hendak menyelesaikan kekusutan itu. Mengapa?  Taik perkauman sudah membusuk dalam kepala mereka. Sebab itulah perkauman saja yang terhambur keluar. Media pengampu pun sama. PERKASA pun sama. Pemimpin UMNO pun sama. Apatah lagi profesor kangkung yang makannya bergantung kepada UMNO. Kesemua yang disebutkan itu Melayu. Kesemuanya sudah mati akal. Kesemuanya sudah ketar lutut. Melayu yang cerdik pandai tidak sokong UMNO lagi. Yang sokong mereka ialah Melayu yang terus dimiskinkan di luar bandar. Kalau golongan ini pun mampu ditarik supaya menyokong Pakatan Rakyat, UMNO jadi abu.
UMNO memang sedar hal ini. Kalau UMNO kalah, semua kerusi yang ditandinginya jatuh ke tangan Melayu PAS atau Melayu PKR. Tetapi jangan lupa kerusi kawasan majoriti Melayu ada yang diberi kepada MCA dan MIC. Bila sokongan Melayu kepada DAP semakin membesar, calon MCA dan MIC di situ pun boleh kalah juga.  Situasi sebeginilah yang menyebabkan UMNO dan BN bungkus. 

Insiden yang berlaku ketika ini sebenarnya ialah penolakan kaum Cina terhadap BN yang rasuah, menyeleweng, menyalahgunakan kuasa, kronisme, dan sebagainya. Mereka bersatu kerana menentang kebobrokan itu. Tiada niat di hati mereka untuk menentang Melayu.  Mereka pun berharap Melayu bersatu menumbangkan UMNO dan BN untuk menegakkan Malaysia yang bebas rasuah dan adil kepada semua kaum.  Sayangnya, Melayu yang Islam bersubahat dengan perasuah dan pengkhianat. Itu sebabnya UMNO terus bernafas dan merompak harta rakyat.

Melayu perlu bersatu ketika Cina bersatu.  Kita akan berupaya membentuk satu force yang jitu untuk menumbangkan UMNO dan BN.  Yakinlah dengan keupayaan itu. Mudah-mudahan Tuhan akan merealisasikan hajat kita. 

Tuesday, April 26, 2011

UMNO BERSANDIWARA

UMNO memang "marah" betul kepada MCA. Oleh sebab itu, mereka mengarahkan PERKASA berdemonstrasi di hadapan Ibu Pejabat MCA di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.  Puncanya ialah seruan MCA supaya rakyat memboikot Utuseks Meloya yang mempromosikan Konsep 1 Melayu 1 Bumi.  Bagi MCA, konsep itu berkonotasi rasis. 

Orang ramai tidak perlu ambil kisah dengan peristiwa ini kerana segala-galanya hanyalah sandiwara. MCA parti perkauman. UMNO pun parti perkauman. Tidak ada yang luar biasa jika mereka itu rasis. Semalam MCA hentam lidah rasmi UMNO sebagai rasis. Hari ini UMNO menurunkan kembarnya untuk menghentam MCA pula. Tiada beza antara kedua-duanya.

Kita perlu ingat, situasi ini sudah berlaku entah untuk keberapa kalinya. Mereka hanya melalak macam anjing gila. Hasilnya tiada. UMNO tidak berani halau MCA keluar dari BN. MCA tak keluar-keluar dari BN. Biarkan saja perang dingin yang bodoh ini berlaku. Apabila mereka letih, mereka berhenti dengan sendirinya. Yang pasti, parti rasis tetap dengan rasisnya. Namun demikian, rakyat jugalah yang tidak serik-serik ditipu UMNO dan tidak langsung tergerak untuk menghukum parti perkauman dan sekular ini. 

Monday, April 25, 2011

PAS BEKERJASAMA DENGAN UMNO: JANGAN MIMPILAH

Seorang pensyarah dari Universiti Sains Malaysia (USM), iaitu Sivamurugan Pandian dan seorang bekas felo di Institut Kefahaman Malaysia (IKIM), iaitu Mohd Roslan Mohd Saludin masih memasang harapan untuk melihat kerjasama PAS-UMNO terjalin.  Kejahilan membawa kedua-duanya bermimpi di siang hari. 

Kalau nak jadi pengampu UMNO sekalipun, lihatlah dulu lipatan sejarah tentang isu ini.  Tidak perlulah bersusah payah membentang sebab-musabab PAS perlu bersama UMNO.  PAS dianggap semakin tidak bermaya setelah berkali-kali kalah dalam pilihan raya sejak kebelakangan ini. Sehubungan itu, PAS didakwa lebih bergantung kepada DAP.  Anehnya, UMNO dan PAS dikatakan mempunyai titik persamaan, iaitu memperjuangkan nasib masyarakat Melayu dan Islam.
Sesungguhnya, penganalisis yang separuh masak tentang PAS akan berhujah seperti itu.  PAS tidak sama dengan UMNO. UMNO sekular, PAS berpegang kepada prinsip Islam.  UMNO parti perkauman Melayu, PAS berhasrat menegakkan keadilan Islam melampaui batasan bangsa, kaum, dan agama.  Oleh sebab itu, mimpi kedua-duanya tidak akan menjadi kenyataan, kecualilah suatu hari nanti UMNO menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya!!!
PAS telah mengharungi ranjau dan duri politik sekian lama. Sepanjang tempoh itu, PAS tidak pernah mengalah.  Jika ada pihak yang menganggap PAS kecewa kerana semua calonnya kalah di Sarawak, tanggapan itu tidak benar sama sekali. Sejarah telah membuktikan bahawa PAS sentiasa berjaya menghadapi apa-apa jua bentuk halangan yang terpaksa ditempuhi di sepanjang perjuangan politiknya. Mereka diancam. Ada pemimpinnya dibunuh. Ada pemimpinnya diculik. Dan berbagai-bagai lagi. Namun, PAS tetap berdiri gagah hingga kini. Hanya satu pendapat mereka yang boleh diterima. PAS boleh berdiri sendiri. Namun, itu tidak bererti PAS tamakkan kuasa.   

Sunday, April 24, 2011

UMNO DAN NAJIB SEMAKIN KALUT DAN KELAM-KABUT

Najib dan BN mengalami situasi gembira bercampur gundah setelah keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 diketahui.  Sungguhpun mereka berjaya memerintah Sarawak dengan majoriti dua pertiga tetapi keterperanjatan terhadap kemerosotan undi popular sebanyak 8% menyentap kegembiraan mereka. Negeri yang selama ini menjadi fixed deposit BN sudah tidak selamat lagi.

Keadaan itu wujud ketika mereka telah mempergunakan segala-galanya secara optimum untuk menjatuhkan kewibawaan Pakatan Rakyat.  Gabungan itu bukan sahaja sedikit pun tidak terusik malahan juga berjaya menambah kerusi sebanyak 100%; iaitu dari 8 kepada 16 kerusi.  Lebih manis bagi Pakatan ialah menghumban Presiden SUPP dan orang kanannya. 
Maka dengan nada amat kurang senang Dr. M telah mendakwa DAP telah berjaya membawa politik perkauman ke Sarawak.  Semua orang tahu kenyataan ini dikeluarkan kerana dengki terhadap kebolehan DAP menawan hati kaum Cina di Sarawak dengan cara yang paling bersih. Pengundi Cina tidak perlu disogok dengan wang malah menghulurkan wang kepada DAP untuk menggerakkan jentera pilihan raya. 

Hal ini tidak akan berlaku dalam kem BN. Mereka mengugut dan merasuah pengundi. Ada tuai rumah yang mengaku menerima sogokan sebanyak RM10,000.00 supaya mengundi BN. Sayangnya, separuh daripada sogokan itu merupakan cek tendang. Di samping itu, terdapat juga sungutan tentang perbuatan menceroboh peti undi di beberapa kawasan. Kesemuanya membuktikan pilihan raya yang tidak telus telah berlaku di Sarawak. 
Tambah menyeksakan BN ialah perbandingan undi yang diperoleh BN dengan undi yang diperoleh Pakatan yang ditekan dan dizalimi semahu-mahunya itu. BN beroleh 372, 379 undi. Pakatan beroleh 300, 288 undi. Angka inilah yang sedang menghantui Putrajaya.  Mereka sedang gelabah tentang sambutan rakyat terhadap Pakatan walaupun sebelumnya terlalu yakin Sarawak ialah kubu kuat mereka.  Jika hal itu boleh berlaku di negeri fixed deposit BN, apatah lagi di negeri-negeri yang goyah seperti Perak, Negeri Sembilan, Perlis, dan tidak terkecuali Sabah dan Terengganu.

Maka melentinglah Utuseks Meloya dan PERKASA. Jangan bagi muka kepada kaum Cina. Gerakkan 1 Melayu, 1 Bumi. Meletup pula suara MCA menentang gagasan itu. Najib pun menepisnya dengan berkata itu pendapat peribadi Utuseks Meloya bukan kerajaan. Padahal semua orang tahu akhbar lucah itu milik UMNO.  Dr. M yang tadinya hentam DAP sebagai perkauman mula tersentak. Rupa-rupanya UMNOlah yang perkauman. Dia pun tak setuju dengan gagasan itu. Namun, bacaan Pakatan terhadap penafian Najib itu lebih daripada itu. Najib sudah jadi Pak Lah Ke-2. Jadi bos tetapi tiada upaya untuk memimpin. Dia sudah jadi Pak Turut kepada orang yang dipimpinnya. Di manakah letaknya kredibiliti Najib ketika ini? 

Di tengah-tengah kekalutan itu, muncul pula kenyataan kendur Dr. M dalam gaya membodek. Orang Cina tidak selalunya anti-BN.  Flip floplah pula. Seorang timbalan menteri dari UMNO pula meminta semua parti komponen BN supaya tidak memarahi kaum Cina yang sokong Pakatan kerana pengundi-pengundi yang sama akan ditagih undi mereka dalam pilihan raya mendatang.  Sistem demokrasi mengizinkan rakyat memilih siapa yang mereka suka. Dia ni sengaja cari nahas dalam BN. Sebabnya BN tidak pernah menerima hakikat itu. Mereka mahu mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun. Itulah sebabnya Anwar diperlakukan sedemikian rupa hingga UMNO menolak ke tepi perundangan Islam walaupun selama ini mendabik dada sebagai pejuang Islam hanya sanya untuk menandingi PAS!!! UMNO dan Najib sudah semakin kalut dan kelam-kabut. Tiada apa-apa lagi yang boleh diharap daripada UMNO/BN!!!

Saturday, April 23, 2011

UMNO YANG BERI TUBA KEPADA MELAYU

Sejak peristiwa Malayan Union, Melayu memberi sokongan padu kepada UMNO semata-mata kerana memperjuangkan hak mereka.  Sokongan Melayulah yang membolehkan UMNO berkuasa di Malaysia sehingga kini. Dari tahun 1946 hingga 2011, di manakah Melayu diletakkan oleh UMNO?  Adakah Melayu menjadi bangsa yang menguasai ekonomi di tanah tumpah darah datuk nenek mereka?  

Melayu terkebelakang jika dibandingkan dengan orang Cina walaupun UMNO menjadi teras kepada Parti Perikatan dan Barisan Nasional.  Mengapa?  UMNO tidak tolong naikkan Melayu. Mereka hanya naikkan Melayu di sekeliling mereka dan diri mereka sendiri.  Adakah pemimpin UMNO yang miskin? Tiada. Jadi wakil rakyat satu penggal pun dah kaya. Jadi ketua bahagian pun kaya-raya. 

Semua orang tahu bagaimana mereka kebas peruntukan dalam Dasar Ekonomi Baru. Akibatnya Melayu hanya dapat kumpul 18% ekuiti sepanjang dasar itu.  Ada RM54 bilion saham. RM52 bilion disapu datuk-datuk dan tan sri- tan sri dalam UMNO dan di sekeliling pemimpin UMNO. Yang tinggal apa? RM2 bilion. Yang lain-lain tu sudah pun berpindah tangan kepada bukan Bumiputera.

Tanah Simpanan Melayu pun kena kebas. Dari 3 juta hektar yang ditinggal British, kini hanya ada 1.7 juta hektar. Semuanya dirompak oleh UMNO kononnya atas nama pembangunan. Janji nak ganti, tetapi tak ganti-ganti sampai la ni. 

Kalau dicampur dengan rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, dan entah apa-apa lagi, tak tahulah berapa laksa.  Macam mana Melayu nak bangun kalau macam tu? Pengaliran wang secara haram ke luar negara ratus-ratus juta.  Tanggung kerugian pun ratus-ratus juta.  Beri barang mahal nak mampus.  Janji komisyen masuk. Mungkin juga untuk isi tabung UMNO!

Melayu beri susu kepada UMNO. UMNO beri tuba kepada Melayu.  Kelih tak kelih depa tuduh Cina balas susu dengan tuba. Sendiri bagi tuba kepada bangsa sendiri buat-buat tak nampak. Itulah UMNO.  Kalau Cina tak sokong BN kerana mereka meluat dengan kelaku pemimpin BN apa salahnya? Baguslah begitu.
Melayu yang tak sedar-sedar kena tuba tu apa hal pula? Sepatutnya Melayu kena ikut macam Cina. Bagi tuba kepada BN. Biar mereka mati beragan. Naikkan Pakatan Rakyat!!! Kalau Pakatan pun buat perangai yang sama, kasi punah sampai akar umbi. Ganti pula dengan yang lain. Apa susahnya?

Apabila Cina bagi tuba kepada BN, orang Melayu yang kena tuba masih terhegeh-hegeh sokong UMNO. Tak mau bagi hilang hak Melayu konon. Dah hilang entah banyak mana tak sedar-sedar. Nak tunggu sampai tak dak apa-apa lagikah?  Bangunlah Melayu. Kita pun kena bagi tuba kepada UMNO dan BN. Kuasa itu di tangan kita dalam sistem demokrasi. Nak takut apa.  Apa UMNO boleh buat kalau Melayu tak sokong depa?  UMNO dah hanyut dalam Laut Qalzum, habih lemaih. Nak buat apa lagi?

Friday, April 22, 2011

NAJIB SUDAH TERSEPIT

Dengan nada bangga Najib melancarkan projek Emel 1 Malaysia. Rakyat hairan mengapa projek itu dilaksanakan sedangkan mereka boleh menggunakan pelbagai khidmat emel yang percuma. Projek itu dianugerahkan kepada Syarikat Tricubes Berhad. Syarikat ini ada hubungan tidak langsung dengan adik Najib. 

Kajian menunjukkan bahawa syarikat ini bermasalah. Oleh sebab itu, Bursa Saham Malaysia menyenaraikannya sebagai berstatus GN3. Status ini membolehkan syarikat berkenaan mendapatkan bantuan daripada satu jawatankuasa untuk menstrukturkan semula hutangnya. Jika tidak, penyeneraiannya akan ditarik balik.
Kontrak bernilai RM50 juta seperti yang diumumkan Najib pasti memberi nafas baru kepada Tricubes. Sehubungan itu, pelbagai pihak menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap langkah kerajaan itu. Mereka tidak mahu wang pembayar cukai digunakan untuk menyelamatkan syarikat tersebut dan menyifatkan projek tersebut untuk membantu kroni. Terdesak dengan kritikan itu, Najib menjelaskan bahawa RM50 juta itu tidak diambil dari dana awam. Setakat ini tiada pihak yang mahu menerima kenyataan itu. Bagi mereka hal itu mustahil berlaku.
Rakyat akan hanya menerima kenyataan yang betul-betul benar dengan senang hati. Walau bagaimanapun, projek itu dilabelkan sebagai membazir. Banyak pihak tidak mahu rakyat dipaksa menggunakannya. Najib membisu dalam hal ini. Kini bantahan rakyat sudah dibuat secara terancang di laman sosial Facebook. Sambutan yang diterima oleh laman di Facebook ini semakin memuncak dari masa ke masa. Najib sudah terjerat. Dia sudah tertolak ke dinding tanpa boleh berbuat apa-apa. Nampaknya tembelang Presiden UMNO  dan PM Malaysia ini terburai lagi.

Maka bertimpa-timpalah nasib malang yang dideritai UMNO/BN pasca PRN Sarawak Ke-10. Persoalannya ialah kualiti, kredibiliti, dan integriti gabungan itu semakin tidak tentu arah. Kebangkitan rakyat menentang rancangan Najib memberi petanda rakyat dari segenap lapisan masyarakat tidak menerimanya sebagai pemimpin yang berwibawa. Selepas ini rakyat akan menyerlahkan lebih banyak kegagalan yang menimpanya.  

Maklumat terkini yang baru diterima ialah Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) mengaku telah menukar projek Emel 1 Malaysia dari "inisiatif kerajaan" kepada "inisiatif swasta".  Ini merupakan satu lagi kejutan yang menjerat Najib. Sektor swasta dibentuk berasaskan keuntungan. Perkhidmatannya pasti tidak percuma. Wajarkah rakyat Malaysia diwajibkan supaya mengguna khidmat syarikat yang mendapat peruntukan RM50 juta walaupun dinafikan wang itu bukan dana awam?  

Catatan:

Ini maklumat terkini tentang Emel 1 Malaysia. Najib ternyata berbohong!!!

Pelbagai pihak mempertikaikan projek Email 1 Malaysia ini. Dari segi keutamaannya, Exco kerajaan negeri Selangor, Rodziah Ismail mempertikaikan kenapa habiskan  wang untuk email sedangkan yang diperlukan rakyat adalah ekses kepada internet.

Baru-baru ini, kerajaan melalui Pemandu, memberitahu, email yang kononnya percuma ini akan dikenakan pula bayaran kepada agensi-agensi kerajaan. Menurut satu sumber lain, kadar yang dijangka adalah 50 sen setiap satu email.

Melalui berita itu, Pengarah perhubungan dan infrastruktur NKEA Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek memberitahu stesen radio BFM, agensi kerajaan akan membayar yuran tertentu untuk menggunakan email ini kerana ia berkaitan dengan database.

Thursday, April 21, 2011

MELAYU UMNO TIPU MELAYU!!!

Saya amat tertarik dengan komen pembaca tentang hentaman PERKASA yang rasis terhadap DAP. Anda nilailah sendiri pendapat-pendapat di bawah ini:

I

Inilah masalahnya bila perjuangan berteraskan perkauman dan bangsa. Ini akan menimbukan ketegangan antara kaum. Tak serikkah apa yang berlaku dalam lipatan sejarah? Adakah kerana orang Cina tidak memilih BN maka kita menghukum mereka begitu? Sepatutnya BN kena buat post mortem sebab kenapa Cina tak pilih BN. Adakah kerana mereka rasis? Dan perlu diingat adakah bila Pembangkang menang maka kuasa orang melayu HILANG? ISH BETAPA BODOHNYA PEMIKIRAN BEGINI! SEDARKAH KITA SELAM INI KENAPA KITA ORANG MELAYU KETINGGALAN? SIAPA YANG MEMERINTAH MALAYTSIA? DAP KE? PAS KE? SEDARLAH ORANG MELAYU! KALAU KITA BERSATU MEMILIH CALON-CALON MELAYU DARI PAS DAN PR KITA AKAN LIHAT KUASA MELAYU DAN ISLAM AKAN LEBIH KUAT LAGI!

II

Siapa yang gadai tanah orang Melayu?DAP ke?PAS ke?Suka-suka hati cakap Melayu PAS dan PR belaan DAP!!! Pas ada prinsiplaa!! Fikir baik-baik!! Selama ni siapa yang mengkhianati orang Melayu. BANYAK BUKTILAAA!!! BUKALAH PEMIKIRAN TU.

III

Rasis sungguh! Habis tu bila Melayu Sokong UMNO lepas nie Kaum Cina pun boleh persoalkan laa.. Kenapa Melayu Rasis? Sebab undi kaum sendiri.. Sah Sah kalau Cina Undi MCA or SUPP pun Rasis juga! Sentimen politik perkauman yang tak habis-habis nak mengapi-apikan masyarakat...

Dah kalah tu.. sudah-sudah la... terima saja kenyataan.. DAP Menang pun bukan semua Cina yang undi DAP! Orang yang tak suka BN bukan orang CINA saja... kalau kerusi DAP tu bagi kat PKR pun.. PKR boleh menang..... now politik 2 parti.. Kerajaan - Pembangkang.. Buktinya SNAP bungkus.....

Jangan bodoh sangat buat kesimpulan...

IV

PERKASA!! Tak Kuasa nak layan... Politik SEMPIT!!!... NGO Melayu jaga orang MELAYU!! bukan dok bakar-bakar orang MELAYU benci bangsa lain... diri sendiri mundur nak salahkan bangsa lain nape?...

Pernyataan-pernyataan di atas merupakan luahan kebencian kepada BN, khususnya UMNO.  Kesemuanya datang daripada golongan muda dan terpelajar.  Hal inilah yang merisaukan UMNO/BN ketika ini.  Mereka akan lingkup jika golongan ini semakin membesar dari hari ke hari.

Wednesday, April 20, 2011

WITH TIPU BN MERAK, WITHOUT TIPU BN NAZAK

Sarawak sering dilabelkan sebagai fixed deposit BN. Maknanya walau apa-apa sekalipun yang berlaku, BN tetap menang di Sarawak. Sememangnya BN dapat membuktikannya dalam PRN Sarawak Ke-10 baru-baru ini.

Namun demikian, analisis yang dilakukan terhadap keputusan pilihan raya itu menunjukkan pelbagai fenomena yang ganjil. Pertama, BN dapat majoriti dua pertiga di DUN setelah memenangi 55 kerusi. Syabas! Walau bagaimanapun, mereka gagal mendapat dua pertiga undi popular. Undi popular mereka hanya 55%. 

Kedua, BN gagal sama sekali merampas mana-mana kerusi yang dimiliki oleh PR dalam PRN Sarawak Ke-9 pada tahun 2006. Indikasinya ialah gabungan itu tidaklah sekuat mana walaupun mengawal semua media arus perdana, menggunakan harta kerajaan untuk berkempen, dan menabur wang yang terlalu banyak. Penganalisis yakin BN akan tumbang tanpa sokongan-sokongan itu. 

Ketiga, DAP bukan sahaja berjaya melumpuhkan SUPP malahan juga mengalahkan presiden dan orang kanannya. Hal ini membuktikan bahawa pengundi Cina menolak BN mentah-mentah. Penolakan itu memberi kesan buruk kepada Konsep 1 Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Najib. Ini bermakna konsep itu berjalan seperti enjin tiga silinder. Sokongan rakyat kepada konsep tersebut tidak lancar, yakni tempang.

Keempat, walaupun semua lima calon PAS kalah, tetapi undi yang mereka terima terus meningkat. Situasi ini memberi petanda bahawa PAS ada masa depan yang cerah di Sarawak. Pengajaran yang diperoleh daripada pilihan raya ini menjadi ubat yang mujarab untuk bangkit suatu hari nanti.
Suasana merimaskan yang berlaku di kubu kuat BN ini menjadi petanda buruk kepada gabungan parti pemerintah itu. Pakatan dan Bebas bukan sahaja memiliki  16 kerusi, yakni  meningkat sekali ganda malahan juga mendapat 45% undi popular. Perkara ini belum pernah berlaku di Sarawak. Tentulah ada sesuatu yang tidak kena dengan BN hingga kesan negatif ini wujud. Rakyat tidak boleh tahan lagi dengan kerajaan yang korup, menindas, dan menganiaya mereka. 
Kita akan dapat menyaksikan sama ada BN mengotakan janjinya atau tidak sebelum tibanya PRU Ke-13. Termasuk di dalamnya ialah janji-janji yang ditabur di Hulu Selangor, Galas, Batu Sapi, Tenang, Kerdau, dan Merlimau. Banyak tu. BN perlu sedar bahawa rakyat sedang memerhatikan keikhlasan BN dengan rapi ketika ini. Dan mereka bukan lagi mudah diperbodoh-bodohkan seperti dulu!!!

Tuesday, April 19, 2011

NAJIB TERCIUM SAAT AKHIR BN?

Walaupun BN memperoleh 55 kerusi di DUN Sarawak, Najib nampaknya tidak begitu ceria. Dia terperanjat beruk SUPP jatuh merudum. Dr. M terus kata DAP menang kerana politik perkauman.  Mengapa Dr. M tak kata UMNO perkauman, MCA perkauman, dan MIC perkauman? Di kawasan majoriti Cina mestilah calon Cina yang menang.  Jika SUPP yang menang tetap juga Cina.  Perkauman jugalah namanya. Takkanlah calon PBB hendak diletakkan di Padungan!!! Akai ada ke?
Najib memang terkulat-kulat kerana DAP menelungkupkan SUPP berserta bos dan orang kanannya sekali.  Dia semakin rimas apabila melihat undi popular BN di Sarawak turut merudum. Tinggal 55% sahaja. 45% disapu oleh Pakatan yang serba kekurangan. Kejadian-kejadian ini merencatkan kegembiraannya.  Sementelahan pula Najib mengaku media internet semakin memayahkan kemenangan dalam pilihan raya dicapai. Baru sekarangkah dia tahu penangan media alternatif itu? Oleh sebab itu, dia  mengaku teruja tetapi banyak perkara yang perlu diteliti.  Begitu sekali tak puas hatinya dia.

Pengakuan itu menjelaskan kepada kita Najib gembira dalam kehampaan.  Dalam keadaan dia sendiri yang turun berkempen dan tabur macam-macam kepada rakyat, itu saja keputusannya.  Jika dia membiarkannya kepada Muhyiddin, tentulah parah jadinya. Nasib. Nasib.  Kalau begini keadaannya dalam PRU Ke-13, BN mesti bungkus punya.  

BN pasti kecundang jika bertarung di atas padang yang rata.  Najib sudah mengakuinya.  Persoalannya sampai bila dia boleh tidak meratakan medan pertarungan itu? Hal ini pasti mencemaskan pemikirannya. Oleh sebab itu, senyum pun hanya dibuat-buat. 

BN tidak boleh berlakon baik sampai bila-bila.  Suatu masa rakyat akan muak juga. Suatu masa kecurangan mereka akan terserlah juga.  Suatu masa Pakatan akan berjaya memintas BN juga.  Tiap-tiap yang bermula pasti akan berakhir. Kita tunggu sahajalah pengakhiran BN itu.

Monday, April 18, 2011

KEEGOAN BN DIROBEK PAKATAN RAKYAT DI SARAWAK

BN menggunakan media, wang, dan peralatan kerajaan untuk menentang Pakatan Rakyat yang mereka anggap pembohong, penyebar fitnah, dan sebagainya.  Jika kita percaya kepada semua tuduhan itu, BN tidak payah pun menggunakan perkakas-perkakas yang dinyatakan tadi. Cukup dengan hanya berdebat berasaskan fakta. Tentulah timbul persoalan mengapa mereka enggan mematahkan hujah lawan, sebaliknya mengambil jalan tidak gentleman. Maka gelanggang pertarungan politik di Malaysia tidak sama rata. Si Kerdil yang tiada apa-apa terpaksa berlawan dengan raksasa yang punya segala-galanya.

Tetapi aneh. Dengan bala tentera yang terlalu ramai dan kemudahan yang melimpah-ruah, BN gagal merampas walaupun satu kerusi milik Pakatan yang mereka peroleh dalam PRN Sarawak Ke-9 yang lalu.  Apa sudah jadi dengan raksasa ini? Mereka sebenarnya tidak hebat. Mereka kelihatan hebat kerana dibantu oleh aneka benda yang disebutkan tadi.  Sampai bila mereka boleh berbuat demikian? Tidak adakah noktah untuk kecurangan itu?

Kesemuanya akan menemui titik noktahnya apabila rakyat tidak tertahan lagi meladeni kejelekan itu. Akan berulanglah peristiwa seperti di Tunisia, Mesir, dan lain-lain di Malaysia.  Kita pasti dapat melihatnya nanti sekiranya BN tidak menghentikan kecurangan itu.

Perhatian ramai sekarang ini tertumpu kepada kegagalan BN merampas walau satu pun kerusi milik Pakatan Rakyat. Di samping itu, kekaguman mereka terhadap kemampuan Si Kerdil yang tak punya apa-apa merampas bukan satu tetapi lapan kerusi daripada BN yang dikatakan gagah perkasa itu. Ini baru hebat. 

Kehebatan ini akan berterusan jika pilihan raya itu pilihan raya negeri ataupun pilihan raya umum, bukan pilihan raya kecil. BN hanya mampu menguasai sepenuhnya segala benda apabila pilihan raya kecil diadakan. Itu pun ada ketikanya mereka kecundang juga. Keserentakan pilihan raya yang besar-besar akan mengganggu konsentrasi mereka. Pada masa inilah tentera semut yang kecil-kecil memainkan peranan untuk merebahkan gajah yang besar.

Sehubungan itu, BN tidak perlulah terlalu gembira dengan kejayaan yang tidak tulen itu. DAP sudah boleh berlari di Sarawak. PKR sudah bertatih. PAS sudah mengesot.  Akan tiba masanya untuk ketiga-tiganya berlari pantas dan menjadi juara.  Janganlah perlekehkan keupayaan mereka. Nanti diri sendiri yang merana. 

Jika tidak masakan undi popular BN jatuh dari 71.16 pada tahun 2001 ke 62.91 tahun 2006 dan terus merudum ke 54.5 peratus tahun 2011.  Pada masa yang sama, DAP semakin kuat cengkamannya hingga meranapkan SUPP bersekali dengan bos dan orang kanannya. BN diingatkan supaya berwaspada dengan perkembangan yang berbahaya ini. Jangan menyesal nanti!!!

Sunday, April 17, 2011

AWAS BN: PAKATAN SEMAKIN KUAT DI SARAWAK

Keputusan penuh PRN Sarawak Ke-10 ialah BN (55 kerusi), DAP (12 kerusi), PKR (3 kerusi), dan Bebas (1 kerusi).  Tahniah diucapkan kepada BN atas kemenangan tersebut. Walau bagaimanapun, prestasi BN untuk kali ini adalah yang terburuk kerana kehilangan lapan kerusi. Dalam PRN Sarawak Ke-9, mereka menang 63 kerusi. Tidaklah terlalu hebat! 

Kebangkitan penduduk bandar menentang Taib secara total membuktikan bahawa isu yang dibawa oleh Pakatan itu semuanya relevan.  Golongan ini tidak mudah ditipu kerana terdedah kepada kepelbagaian maklumat.  Harus diingat bahawa mereka terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa walaupun tidak dinafikan bahawa majoritinya Cina. 

BN ternyata beruntung kerana majoriti pengundi pedalaman yang tidak bermaklumat dan serba-serbi ketinggalan masih boleh diperkotak-katikkan.  Namun demikian, pertambahan suara bantahan yang semakin ketara dalam golongan ini memberi isyarat kecemasan kepada BN.  Mereka tidak akan selamanya boleh dicucuk hidung. Lambat bangat ketidakadilan pasti kecundang.

Tahniah turut diucapkan kepada DAP yang bukan sahaja berjaya menyapu bersih kerusi di Kuching bersama-sama dengan PKR dan menambah kerusi malahan juga berjaya mengalahkan bos SUPP, George Chan dan orang kanannya Thai King.  Tahniah juga kepada PKR kerana turut berjaya menambah kerusi.  

Walaupun tidak mendapat sebarang kerusi, PAS telah menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada PRN Sarawak Ke-9.  Perkembangan positif itu akan mencerahkan masa depan PAS di Sarawak.  Sekurang-kurangnya kegiatan dakwah telah berjaya dilaksanakan seperti yang dituntut oleh Islam.  Kemenangan kita masih ditangguhkan dan kita terus diuji oleh Yang Maha Berkuasa. 

Sekalipun berjaya mengekalkan majoriti dua pertiga di DUN Sarawak, BN perlu sedar bahawa Pakatan Rakyat semakin diterima di Bumi Kenyalang. Mereka telah merampas lapan kerusi daripada BN. Oleh sebab itu, BN perlu mengambil kira penolakan kaum Cina terhadap parti Cina dalam BN, iaitu SUPP.  Parti ini sudah kehilangan taring di Sarawak. Nasibnya sama dengan MCA dan Gerakan di Semenanjung.  Di satu sudut yang lain, BN terpaksa menerima hakikat bahawa jumlah kaum Iban dan lain-lain yang tidak menyukai mereka juga semakin bertambah.  Hal ini turut mengesahkan bahawa kawasan-kawasan yang didiami oleh golongan ini telah diabaikan. 

Di samping itu, PRN Sarawak Ke-10 juga telah menenggelamkan SNAP yang tunjuk lagak sebelum penamaan calon. Keengganannya untuk bertolak ansur dengan PKR telah membawa padah. Pakatan perlu menilai semula hubungan dengan musuh dalam selimut ini.  Sebuah lagi parti tersingkir dalam pilihan raya kali ini ialah Parti Cinta Malaysia (PCM).

Semua pihak perlu menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat Sarawak itu walaupun menampakkan keengganan mereka untuk berubah.  Jika ada pun tidak menyeluruh. Mungkin disebabkan oleh faktor geografi dan kemudahan prasarana yang nampaknya tidak diambil kisah sangat oleh penduduknya. Perubahan sikap rakyat Sarawak diharap menjadi kenyataan dengan kehadiran lebih ramai suara pembangkang dalam DUN Sarawak. 

Pada masa yang sama, mereka ini perlu menggunakan kesempatan itu untuk menambat hati rakyat dengan memberi khidmat cemerlang bagi memulangkan hak rakyat yang dijanjikan. Hanya dengan cara itu sahaja DUN Sarawak dapat diambil alih dalam PRN Sarawak Ke-11, lima tahun dari sekarang.

Saturday, April 16, 2011

MENGUNDILAH UNTUK PERUBAHAN

Selamat mengundi diucapkan kepada semua pengundi di 71 kawasan Dewan Undangan Negeri Sarawak. Tetapkan hati untuk membuat perubahan. Tanamkan dalam pemikiran bahawa BN mengkhianati anda sejak lebih 40 tahun yang lalu.  Sarawak diberi entah berapa bilion ringgit sejak bersekutu dalam Malaysia tetapi yang senang-lenang tetap juga Taib dan konco-konconya. Rakyat masih menderita. Undi BN bermakna mengangkat Taib untuk memangsakan rakyat. Berhentilah!!!

Berikan undi anda kepada Pakatan Rakyat. PKR, DAP, dan PAS bersedia memajukan anda semua hanya dengan satu bilion ringgit.  Jumlah itu mencukupi kerana tidak diganggu oleh sebarang amalan negatif.  Jika tidak mencukupi akan ditambah lagi. Inilah pilihan paling baik untuk anda. Berubahlah demi masa depan yang cerah dan gemilang.  Bumi Kenyalang kaya-raya. Hasil mahsulnya adalah untuk Sarawakians, bukan untuk makhluk perosak seperti Taib. Wujudkan Sarawak Baru di bawah panji-panji Pakatan Rakyat. JOM UBAHHHHHHHHH!!!

Amin! Amin!! Amin!!! Ya Robbal 'Alamin!!!!

Friday, April 15, 2011

TUNGGU APA LAGI, KASI ROBOH ITU BN DI SARAWAK!!!

NGO di Malaysia sudah bersatu dan menyerang Taib habis-habisan. Mereka mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh Taib. Taib tidak mungkin dapat mengumpul kekayaan yang luar biasa kerana menjadi pegawai kerajaan dan Ketua Menteri Sarawak.  Tentu berlaku penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam penimbunan kekayaan itu.

Inilah serangan paling dahsyat terhadap Taib setakat ini. Rakyat Sarawak telah menampakkan reaksi mereka dengan memberi sokongan hebat kepada Pakatan Rakyat yang sedang berkempen dalam PRN Sarawak Ke-10 sekarang ini.  Setakat ini Pakatan didakwa menguasai 19 kerusi dan 24 kerusi berkedudukan 50-50. Selebihnya positif BN.  

Kedududkan ini telah membimbangkan Najib dan gerombolannya dari Semenanjung. Namun,  PM dan TPM sudah pulang ke Kuala Lumpur sebelum hari pengundian. Adakah ini  tanda-tanda awal kekalahan BN? Gelombang kemarahan rakyat tidak berupaya dibendung oleh BN. Kempen mereka tiada sambutan. Rakyat turun hanya jika ada konsert dan pemberian gula-gula politik.

Dengan waktu berkempen tinggal hari ini hingga jam dua belas malam, PR dan BN  tentunya membuat penggolongan yang boleh meyakinkan rakyat. Setakat ini majoriti pengundi Cina berpihak kepada PR. Sebahagian besar pengundi Iban juga telah memindahkan sokongan mereka kepada PR.  BN didakwa masih menguasai pengundi Melayu-Melanau. Mampukah PR menahan asakan menggila BN yang terkenal dengan pelbagai taktik kotor pada saat-saat akhir pilihan raya? Khabarnya wang sudah mula ditabur dan disogok kepada pengundi, terutama kaum Iban.  Perlu diingat bahawa wang itu wang rakyat, bukan wang BN. Ambillah hak anda. Undilah Pakatan Rakyat.  Duit yang diberi itu umpama habuk  saja jika dibandingkan dengan kekayaan Taib yang melimpah-ruah!!!

Kewaspadaan yang tinggi diperlukan oleh PR untuk mempertahankan benteng pertahanan mereka.  Semoga kali ini PR berjaya merobek keangkuhan BN di Sarawak apabila rakyat menyahut seruan mereka untuk berubah. Jom ubah rakyat Sarawak!!! Sekaranglah masanya. Apa tunggu lagi. Kasi roboh itu BN!!! Abaikan saja semua yang diluahkan oleh BN.  Mereka penipu. Mereka penghisap darah rakyat.

Marilah kita sama-sama berdoa semoga telahan yang dibuat oleh Zentrum menjadi kenyataan. Taib akan tumbang bersama-sama BN.  Sarawak akan dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Amin! Amin! Amin! Ya Robbal 'Alamin!!!

Thursday, April 14, 2011

TAIB TAK ENDAHKAN NAJIB

Ucapan yang paling enak untuk didengar pada masa ini dalam kempen PRN Sarawak Ke-10 ialah "Siapalah Najib di mata Taib".  Beriya-iya Najib berjanji kepada rakyat bahawa Taib akan berundur tetapi reaksi Taib ialah dia akan berundur "beberapa tahun lagi".  Ungkapan itu benar-benar menyakitkan Najib.  Taib berani berbuat demikian kerana dia berasa amat berkuasa di Sarawak setelah dikelilingi bomoh import yang handal. 

Adakah rakyat Sarawak percaya kepada cakap Najib dalam hal ini?  Kata-kata yang diucapkan Taib itu menunjukkan bahawa dia tak endahkan bos BN.  Taib lebih hebat daripada Najib.  Cakap Taib lebih bisa daripada cakap Najib. Inilah dilema yang sedang melanda BN di Sarawak ketika ini.

Taib tidak bersama Najib ketika berkempen. Najib di tempat lain. Taib juga di tempat lain.  Adakah Taib sudah tidak peduli lagi kepada Najib?  Mungkinkah Najib yang tidak pedulikan Taib?  Jawapan kepada kedua-dua soalan ini sangat tidak penting.  Rakyat Sarawak nampaknya tidak lagi ambil pusing dengan pemimpin-pemimpin BN. Mereka tidak menyerbu Najib yang berkempen. Di mana-mana pun Najib cakap, benda yang sama juga diucapkan, iaitu "Hanya BN yang boleh bangunkan Sarawak. Pembangkang tak habis-habis tabur janji. Jangan sokong pembangkang."
Adakah Najib ingat rakyat Sarawak tak tau pihak yang dia kata pembangkang itu memerintah Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor?  Adakah Najib ingat rakyat Sarawak tidak tau negeri-negeri itu ditadbir urus lebih baik daripada Taib mengurus tadbir Sarawak?  Adakah Najib ingat rakyat Sarawak tak tau Taiblah yang menjadi punca negeri mereka ketinggalan dalam serba-serbi?

Taib pura-pura lupa. Najib pura-pura tak ingat. Rakyat Sarawak tidak pura-pura lupa dan tak ingat. Mereka tahu BNlah yang meletakkan mereka dalam kesempitan.  Walaupun begitu, Taib mahu kuasa "beberapa tahun lagi".  Untuk apa? Untuk bina dinasti.  Jadi, kata-kata Taib mahupun Najib hanya penghias bibir semata-mata. 

Mengapa Taib enggan beritahu tarikh dia akan berundur? Mengapa Taib tidak sebut nama pengganti yang dia kata sudah ada?  Mengapa Najib pun tidak menjelaskan hal tersebut ?  Sudah pastilah mereka berdua ini hanya berlakon di hadapan rakyat. Baik Taib mahupun Najib, kedua-duanya takut kehilangan kuasa akibat menurut nafsu serakah.
Seperti yang sentiasa diceramahkan oleh Pakatan Rakyat, biarlah bahasa undi yang menamatkan keserakahan BN di Sarawak.  Biarkanlah Taib tak endahkan Najib semahu-mahunya. Biarkanlah mulut Najib bebuih mengulang-ngulang kata-kata klisenya. Sarawakians perlu membuat keputusan untuk memilih Pakatan bagi menamatkan kecurangan BN.  Ubah sekarang!!! 

Wednesday, April 13, 2011

SARAWAKIANS AKAN MENGHUKUM BN!!!

Ada empat hal yang menarik berlaku di Sarawak sepanjang minggu lepas dan akan berterusan ke minggu ini. Pertama, kempen Pakatan Rakyat (PR) mendapat sambutan di luar jangkaan. Kedua, Sarawak Report telah menjadi sasaran serangan hebat siber. Ketiga, Najib kembali ke Sarawak untuk berkempen. Keempat, Malaysiakini turut diserang hingga tidak boleh diakses.

Kempen-kempen PR oleh para pemimpin DAP, PKR, dan PAS diberi sambutan hebat oleh rakyat Sarawak. Kehebatan ini sekali gus menyerlahkan keinginan rakyat untuk berubah setelah mengalami trauma akibat kedahsyatan penganiayaan kerajaan BN pimpinan Taib Mahmud.

Bukti-bukti nyata yang disiarkan oleh Sarawak Report tidak dapat ditangkis oleh BN. Media-media pro-BN juga mengambil pendirian untuk berdiam diri dalam hal ini. Akibatnya rakyat meyakini semua dakwaan itu. Lantaran itu, mereka berpusu-pusu mendengar penjelasan yang disampaikan oleh para pemimpin PR. Oleh sebab tidak mampu menahan asakan tersebut, Sarawak Report dan Malaysiakini menjadi mangsa serangan siber yang dilancarkan oleh Taib dan BN.

BN menghadapi masalah besar sekarang ini. Kepercayaan rakyat terhadap mereka semakin menurun. Angin perubahan bertiup kencang di Sarawak. Sehubungan itu, Najib turun semula ke Sarawak untuk membantu Taib. Bolehkah Taib dibantu dengan menjanjikan perubahan pucuk pimpinan dan hadiah tupperware sahaja? Bagaimana dengan kes penimbunan harya kekayaan Taib dan kroninya? Mau dilupakan begitu sahajakah? Segala-galanya dilihat tidak mungkin kerana rakyat telah terlalu lama menderita, bukan terlalu lama Taib di singgahsana kuasa. Rakyat boleh terima pemimpin yang lama memerintah tetapi bersih. Taib bukan jenis itu. Pemerintahannya dicemari pelbagai kemungkaran. Dari mencuri harta rakyat sehinggalah menyihir rakyat pakai bomoh.

Usaha menyedarkan rakyat tentang kebobrokan BN mesti diperhebatkan. Jika Sarawak Report dan Malaysiakini diserang, mereka masih boleh menyalurkan maklumat untuk tatapan rakyat melalui Facebook. Mampukah BN menyerang Facebook?

Meh kitai berubah!!!

Tuesday, April 12, 2011

JANGAN SERONOK SANGAT DENGAN KRISIS TAIB

Krisis Taib semakin membengkak di Sarawak. Najib kata Taib akan berhenti. Taib tidak pun mengesahkannya. Nampak sangat Najib tak boleh 'makan' Taib. Apatah lagi yang lain-lain. Namun, yang teramat pelik adalah tidak ternampak kelibat Rosmah di Sarawak. Mengapa ya? Dah serik ke kena lanyak di Kerdau dulu? Atau takut dikalahkan Mek Arab tu ke?

Walau apa-apa pun yang terjadi, BN terbelit dengan karenah sendiri. Taib tak tunai janji. Rakyat marah. Najib pujuk rakyat supaya percaya akan ada perubahan pucuk pimpinan selepas PRN Sarawak Ke-10. Sarawakians sudah tak mau percaya. Najib tak beritahu siapa yang akan ganti Taib. Nak beritahu lagu mana. Dia sendiri pun tak tahu siapa yang layak.  Apabila kemarahan rakyat sudah merebak, baharulah terhegeh-hegeh pujuk rakyat. Yang menggelikan hati ialah pujuk orang tengah marah dengan tupperware, baju T 1 Malaysia, dan beg.  Janganlah merendahkan martabat rakyat Sarawak. Sudahlah mereka itu datang diangkut dengan bas.

Muhyiddin hanya jadi tukang tabur duit di Sarawak. Orang Sarawak patut guna peluang ini untuk meminta pelbagai benda dilaksanakan di tempat mereka. Semua penduduk di 71 DUN minta apa-apa yang patut. Dengan berbuat demikian, kita dapatlah tengok sejauh mana keikhlasan BN. Lagi pun mereka selalu kata apa-apa yang diberi semasa kempen pilihan raya tu sudah dirancang dan sudah ada dalam perancangan. Tak jadi masalah untuk bagi sebab tidak termasuk dalam kategori mi segera!!!

Situasi terkini BN di Sarawak nampaknya bercempera. Ini PRN Sarawak Ke-10. Yang lebih-lebih ialah Najib dan gerombolannya. Taib seperti sudah tidak dipercayai dan mula diketepikan. Pemimpin-pemimpin Sarawak yang lain tenggelam timbul sahaja.  Inilah tabiat buruk UMNO yang memberi kelebihan kepada lawan mereka. Menyibuklah lagi. Namun demikian, Pakatan perlu berhati-hati. Jangan alpa walaupun sedetik. BN terkenal dengan pelbagai taktik kotor pada saat-saat akhir. Jangan seronok sangat!!!

Monday, April 11, 2011

DOSA BN DI SARAWAK

Antara Tanah Rampasan Rejim Taib Mahmud

Sumber : Parti Keadilan Rakyat Tingkat 3, Lot 469 Bangunan Al Edrus Jalan Satok 93400 Kuching Sarawak.

200 Kes persengketaan Tanah Dayak di Sarawak dalam 2011. Beribu - ribu hektar tanah Dayak telah dirampas oleh Taib Mahmud. Kebanyakannya telah digondol oleh keluarganya. Mereka mendapat keuntungan dengan menjualkan tanah - tanah itu kepada syarikat - syarikat perladangan. Sejak 5 tahun kebelakangan ini, Raziah Mahmud dan Mahmud Bekir telah menerima hadiah sebesar kepulauan Singapura dari Ketua Menteri.
  • Bidayuh : Munggu Kupi dan Antara Sg. Igom Sadong. Dirampas oleh bomoh kepada Taib [Ahmad bin Su'ut] - Poliga Sdn Bhd
  • Melanau : Pulau Bruit di rampas oleh Raziah Mahmud [adik perempuan Taib] Quality Concrete Holdings.
  • Iban : Sebangan dirampas oleh Taib Mahmud dan anak saudara Taib dan saudara maranya. Eastern Eden, Poh Zhen dan Mesti Bersatu Sdn Bhd.
  • Iban : Kawasan Jalan Lidong dirampas oleh Timbalan Ketua Menteri Jabu [ Gerald dan Barbara Jabu] - Herba Aromatics Sdn Bhd
  • Iban : Sungai Takan dan Hulu Sungai Nyatak, Tatau dirampas oleh anak saudara Taib Elia Geneid. - Ikrar Bumi Sdn Bhd.
  • Iban : Bijat Land District dirampas oleh anak Taib Mahmud [ Mahmud Abu Bekir Taib] Titanium Management.
  • Iban : Pasai Siong - Sungai Retus dirampas oleh saudara mara dan anak - anak Taib Masretus Oil Palm Plantation.
  • Penan : Kawasan di Mulu dirampas oleh Raziah Mahmud, Taib Mahmud. Mesti Bersatu Sdn Bhd, Borsarmulu Resort Sdn Bhd
Kini hanya  5 % sahaja baki hutan hujan yang masih tinggal di bumi Sarawak, Taib Mahmud akan membolot kesemuanya. Ini cuma sebahagian dari ketidakadilan yang dihadapi oleh masyarakat pribumi di Sarawak.

Kesimpulan ini dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat:


Rakyat Sarawak mesti manafaatkan pilihanraya kali ini untuk bangkit membuat transformasi seiring dengan transformasi yang sedang meledak di seluruh dunia agar mereka benar - benar bebas dari penguasa yang  memusatkan kuasa dan harta untuk mereka terus bermaharajalela. Keadaan ini berlarutan sejak sekian lama kerana Dewan Undangan Negeri tidak mempunyai kuasa pengimbang [check and balance] dalam pemerintahan dan pentadbirannya. Ini membuatkan BN angkuh dipersada kuasa.


Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Sunday, April 10, 2011

JEMBALANG LAWAN BOMOH ?

Muhyiddin mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dari Semenanjung sebagai jembalang. Oleh sebab itu, mereka tidak perlu dilayan dan dipercayai. Tidak mengapalah dengan dakwaan itu. Rakyat Sarawak tidak ambil kisah pun. Mereka datang berduyun-duyun untuk mendengar penjelasan PR dalam kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 (PRN Sarawak Ke-10) sekarang ini.
BN Sarawak nampaknya tidak mampu lagi membela Taib. Dari hari ke hari Taib menjadi liabiliti kepada BN. Terlalu banyak salah laku Taib yang diserlahkan sepanjang kempen di merata ceruk Sarawak. Situasi itu meletakkan BN dalam keadaan defensif. Kepercayaan rakyat terhadap BN di Sarawak terhakis dengan teruk. 

Taib kelemasan di Sarawak. Dalam keadaan serba terdesak itu, dia menggunakan bomoh import. Taib menjadi pemimpin Melayu-Melanau-Islam yang bergantung harap kepada bomoh untuk mempertahankan kuasa ketika calon-calon Islam yang lain hanya bergantung harap dan berserah diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.  Apa hendak jadi dengan peneraju utama kerajaan Sarawak ini? 

Patutlah negeri kaya tetapi tidak maju. Penerajunya masih berfikiran jahiliah. Meyakini kebolehan bomoh boleh menggelincirkan akidah.  Malaysia sudah melihat banyak kemusnahan yang berlaku kepada pemimpin-pemimpin UMNO berhubung perkhidmatan bomoh  semata-mata kerana mahu kekal berkuasa. Taib mengundang kebinasaan melalui amalan sihir  yang diharamkan Islam.

Sarawakians tidak boleh membiarkan pemimpin dan negeri mereka dikuasai bomoh. Sesuatu yang drastik mesti dilakukan. Individu yang menjadi punca dan semua konconya perlu dinyahkan dari singgahsana kuasa. 

Tumbangkan Taib dan BN. Gantikan dengan PR. Meh kitai berubah!!!     

Saturday, April 9, 2011

BERUBAHLAH WARGA SARAWAK!!!

Pelbagai kisah duka dapat dihayati dari rakyat Sarawak yang nyata dianiaya oleh kerajaan BN. Mereka yang meneroka hutan hingga menjadi kampung tidak memperoleh hak yang sah ke atas tanah itu walaupun sudah 20 tahun diusahakan. Isu pemilikan tanah sememangnya kronik di Sarawak. Yang anehnya hal ini berlaku kepada penduduk peribumi.

Dek kerana status tanah yang tidak sah sehingga sekarang, perasaan penduduk sentiasa tertekan. Bila-bila masa sahaja tanah itu boleh dirampas. Mereka akan menjadi rakyat tak bertanah. Inilah contoh kezaliman yang dilakukan ke atas rakyat di Sarawak. Taib dan keluarga serta kroni memiliki tanah yang teramat banyak di Sarawak.

Penderitaan rakyat Sarawak tidak terhenti di situ sahaja. Mereka tidak mendapat bekalan elektrik. Mereka terpaksa berkongsi generator walaupun kosnya terlalu mahal. Begitu pulalah halnya dengan bekalan air. Bekalan air tanpa tarif diberikan secara berkongsi. Sudahlah kosnya mahal, mereka terpaksa menanggung risiko yang amat besar jika sekiranya ada di antara pengongsi yang gagal menjelaskan bil.

Jika beginilah penanggungan yang terpaksa dilalui rakyat marhaen di Sarawak, apa kejadahnya mereka menyokong BN? Binasakan saja BN. Jangan biarkan mereka terus-terusan mendera rakyat. Hentikan dengan segera kekejaman itu. Jangan percaya lagi semua janji yang mereka taburkan. Anda mampu melakukannya. Suara anda suara keramat. Meh kitai berubah!!!   

Friday, April 8, 2011

RAKYAT SARAWAK PERLU SINGKIRKAN BN

Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN Sarawak) datang lagi. Kali ini kedatangannya membawa pelbagai benda yang mendak timbul menyerlahkan dirinya di permukaan. Kesemuanya kelihatan dengan terang dan jelas. Penyalahgunaan kuasa, pembolotan harta, penganiayaan terhadap rakyat, dan sebagainya bukan lagi menjadi rahsia. Maka berkumandanglah rintihan rakyat terhadap kekalutan itu.

Sudah lebih 40 tahun mereka bebas daripada belenggu penjajahan. Namun, kehidupan masih terus berada dalam kesuraman. Negeri yang luas tanahnya kaya dengan pelbagai hasil bumi. Rakyat tidak merasai kemewahan itu.

Rakyat Sarawak terus dihimpit kemiskinan. Kesusahan demi kesusahan terpaksa merela lalui kerana kekurangan infrastruktur. Jalan raya, bekalan air bersih, perkhidmatan kesihatan, keselesaan menuntut ilmu, dan sebagainya masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Semenanjung.

Sesiapa pun tidak percaya kekurangan itu terus wujud di Sarawak kerana pelbagai peruntukan wang telah diberikan, tidak termasuk perolehan sumber tempatan. Mewah dan melimpah-ruah. Malangnya, kemajuan negeri bergerak seperti kura-kura keletihan. Mana tidaknya jika sebahagian besarnya mengalir ke tempat yang tidak sepatutnya. Maka pemimpinlah yang terlihat memiliki kemewahan yang melampau.

Alangkah teraniayanya rakyat di Bumi Kenyalang. Amanah yang mereka berikan kepada pemimpin seperti tebu dibalas dengan tuba. Kerajaan pimpinan Taib Mahmud tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk membela diri atas situasi yang merugikan rakyat itu. Mereka yang perlu dipersalahkan. Merekalah yang bertanggungjawab terhadap kepincangan tersebut.

Jika demikian keadaannya, masih mahu lagikah rakyat Sarawak mengundi PBB, SUPP, PRS, dan SPDP? Janganlah persia-siakan masa depan anda dan anak cucu anda. Akhirilah penderitaan itu dengan memberi undi kepada Pakatan Rakyat, iaitu PKR, DAP, dan PAS.

Thursday, April 7, 2011

UMNO MENYIBUK DI SARAWAK

UMNO tidak dapat walau satu kerusi pun di Sarawak. Namun, mereka ke hulu ke hilir membuat sibuk. Harus diingat bahawa sehingga kini UMNO tidak diterima di Sarawak.

Kehadiran pemimpin UMNO yang memakai topeng BN di Sarawak dalam kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 (PRN Sarawak Ke-10) terasa amat janggal jika dibandingkan dengan PKR, DAP, dan PAS yang masing-masing meletakkan calon. UMNO menjelajah segenap pelosok Sarawak sambil menabur janji dan menagih undi untuk PBB, SUPP, PRS, dan SPDS. Parti-parti tersebut telah begitu lama diberi peluang untuk memakmurkan rakyat Sarawak. Walau bagaimanapun, sehingga kini Sarawak ialah negeri kedua yang mempunyai penduduk kategori miskin tegar di Malaysia.

Rakyat Sarawak miskin tetapi para pemimpinnya memiliki kekayaan yang melimpah-ruah. Sudah sembilan kali rakyat Sarawak dijanjikan dengan pelbagai perkara yang manis-manis belaka. Namun, semuanya palsu. Jika tidak masakan Sarawak menjadi negeri termundur di Malaysia. Banyak wang telah diperuntukkan kepada rakyat Sarawak. Ke mana wang itu lesap jika rakyatnya masih di takuk lama? Sebahagian besarnya disapu oleh pemimpin. Rakyat hanya dapat kuah.

Maka sudah sampailah masanya untuk rakyat Sarawak membuat perubahan. Peluang ini hanya datang sekali saja setiap lima tahun. Janganlah dipersia-siakan peluang itu. Tamatkan karier politik Taib Mahmud dan konco-konconya. Naikkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang telah terbukti menjadi pemerintah yang berkesan di Kelantan, Kedah, Selangor, dan Pulau Pinang. PR di negeri-negeri itu mendapat pujian demi pujian daripada Ketua Audit Negara dan pelbagai badan lain yang berwibawa. Mengapa?

PR merakyatkan kekayaan negeri.
PR berjimat cermat semasa berbelanja.
PR meningkatkan pendapatan negeri.
PR mengamalkan ketelusan dalam pentadbiran.
PR anti-rasuah dan penyelewengan.
PR membantu rakyat yang memerlukan.
PR tidak mengamalkan semangat perkauman.

Berhentilah mempercayai BN yang rasuah. Berhentilah mempercayai BN yang mengamalkan kronisme. Berhentilah mempercayai BN yang menyelewengkan wang rakyat. Berhentilah mempercayai BN yang menyalahgunakan kuasa. Berhentilah mempercayai BN yang membazirkan wang rakyat. Berhentilah mempercayai BN yang gila komisyen. Berhentilah mempercayai BN yang menabur fitnah. Berhentilah mempercayai BN yang hanya membantu rakyat ketika ada pilihan raya. Berhentilah mempercayai BN yang hanya tahu menjalankan projek mi segera setiap kali ada pilihan raya. Berhentilah mempercayai BN yang menggunakan semua kemudahan kerajaan untuk kepentingan diri. Berhentilah mempercayai BN yang hanya berani bertarung atas padang yang tidak sama rata setiap kali pilihan raya diadakan.

Hentikan kebaculan mereka. Hentikan kesombongan mereka. Hentikan kezaliman mereka. Hentikan berat sebelah mereka. Hentikan mereka makan rasuah. Tegakkan keadilan demi rakyat. Suara rakyat suara keramat.

Wednesday, April 6, 2011

UMNO PARTI LUCAH

Maka pecahlah tembelang semua pihak yang mahu mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Pada peringkat awal, video lucah itu dikatakan dirakam di sebuah hotal di Kuala Lumpur. Tup-tup terbit dalam Youtube video suntingan yang menyebut Phaholyothin Road, Bangkok, Thailang 10400, copyright 2011. Fakta-fakta ini sahaja pun sudah cukup untuk membatalkan dakwaan terhadap DSAI.

Bagaimanakah pihak-pihak yang hina dan jijik itu mahu meyakinkan rakyat rakyat supaya percaya bahawa individu dalam video itu DSAI? Sudahlah agak berisi, boroi, gelebek, dan lenggang-lenggoknya pun menimbulkan keraguan. Individu dalam video itu bukan DSAI. Bukan itu saja, ketulenan video itu sendiri pun sudah mula diragui oleh rakyat.

Harus diingat bahawa yang beriya-iya dan berlumba-lumba mengetengahkan video buatan Thailang itu ialah blogger-blogger pro-UMNO. Hal ini mendedahkan bahawa UMNOlah yang berada di belakang isu ini. Jika tidak, isu ini tidak akan jadi begitu. Sudahlah demikian, ditayangkan pula di Biro Tata Negara (BTN), Pangkor dan di Pejabat KEMAS, Penanti. Pihak polis membiarkan saja pelanggaran Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002. Namun, pihak yang sah terlibat dengan kejijikan itu masih bebas hingga kini.

Apa hendak jadi dengan UMNO? Mereka sudah menjadi parti lucah dan tidak bermaruah. Mereka menggunakan politik longkang untuk membunuh karier politik DSAI. Perbuatan tidak masuk akal yang dilakukan oleh orang yang mengaku beragama Islam ini tidak boleh diterima sama sekali. Ptutlah UMNO mendiamkan diri apabila beberapa orang Mufti mengeluarkan kenyataan!!! Adakah UMNO tidak bersetuju dengan ulasan para Mufti itu?

UMNO telah menghancurkan peradaban bangsa Melayu yang telah lama dibina. Mana-mana peradaban pun akan runtuh jika terdapat orang di dalamnya yang hanya menurut nafsu. Di situlah hasutan syaitan akan bermula. Kata orang tua-tua Melayu, "Terlajak perahu, boleh diundur; terlajak kata, badan binasa". Oleh sebab itu, UMNO sudah tidak mempunyai pilihan lagi. Mereka yang memulakan, merekalah yang menanggung akibatnya. Mereka kan sirna bersama-sama dengan nafsu serakah yang sama sekali tidak bijaksana itu. Tunggulah masa dan ketikanya!!!

Tuesday, April 5, 2011

REVOLUSI 2013: BEBASKAN MALAYSIA, SELAMATKAN RAKYAT

Banyak isu yang berlegar di sekeliling kita sepanjang minggu lepas. Ku Li menyeru kerajaan menghentikan sikap menganaktirikan negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Katanya lagi, sikap sedemikian melanggar konsep federalisme. Harus diingat bahawa sudah berbuih mulut pemimpin Pakatan menyebutkan hal ini. Namun, tiada hasilnya. UMNO yang mengetuai parti pemerintah terus memekakkan telinga. Begitu jugalah halnya dengan pemberian royalti petroleum kepada Kelantan. Kedua-dua hal itu nampaknya tidak akan berubah sehinggalah Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) berlangsung. Oleh sebab itu, tidak perlulah bersusah payah melalak mengenainya ke hulu ke hilir.

Banyak jalan diturap semasa kempen PRK DUN Tenang, di Johor sedang berlangsung dengan rancak. Anehnya, projek itu dibinasakan banjir sebelum calon BN diisytiharkan menang. UMNO sedikit pun tidak terganggu dengan bencana itu. Kini tersebar pula berita tentang jambatan gantung di Galas yang panjangnya 130 meter dan menelan belanja RM220,000.00 runtuh. Belum pun sempat digunakan lagi. Harganya sahaja yang mahal tetapi mutu pembinaannya hancur. Melayang lagi duit rakyat. Di mana letaknya kredibiliti dan integriti kerajaan dalam hal-hal sebegini? Masih percayakah rakyat kepada UMNO-BN apabila melihat alam pun tidak bersimpati dengan parti pembelit itu?

Sudah berbakul-bakul bukti yang diberikan tentang salah laku Taib Mahmud di Sarawak. Entah berapa kali sudah aduan dibuat kepada pihak yang berwajib. Hasilnya apa? SPRM hingga kini belum membuka fail siasatan terhadap Taib. Mengapa dia begitu kebal? Kes lembu korban Pakatan Rakyat heboh bagai nak rak satu Malaysia. Begitu pulalah halnya dengan kes curi pasir di Selangor. Perbuatan yang sama di Perak, Negeri Sembilan, dan Johor didiamkan sahaja. Inilah wajah double standard SPRM yang tidak boleh diterima oleh rakyat.

Sehubungan itu, kita mengalu-alukan resolusi yang dibuat oleh gabungan blogger pro-Pakatan baru-baru ini. Pelancaran Revolusi 2013 dengan slogan "Bebaskan Malaysia, Selamatkan Rakyat" perlu direalisasikan sebelum negara ini dihancurkan oleh UMNO-BN. Perjuangan ini perlu diberi sokongan oleh segenap lapisan rakyat. Kita perlu berubah!!!

Monday, April 4, 2011

HALAU JEMBALANG POLITIK DARI SARAWAK

Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN SARAWAK) akan dibubarkan pada 21 Mac 2011 ini. Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 pasti akan diadakan. BN dengan penuh yakin mengatakan mereka akan dapat tambahan lima kerusi dan membenamkan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya tersebut. Namun demikian, kenyataan di bawah yang diambil dari Malaysiakini perlu diteliti oleh semua pengundi di Sarawak.
 
Badan pemantau anti-rasuah - Transparency International-Malaysia (TI-M) - menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Presidennya, Datuk Paul Low berkata "dakwaan serius rasuah luar biasa dan penyalahgunaan kuasa" itu terhadap keluarga ketua menteri itu boleh menyebabkan indeks rasuah negara terus merosot.

Beliau mengulas dakwaan lamanweb anti-Taib - Sarawak Report -
yang mendedahkan dokumen yang mendakwa wujudnya empayar perniagaan membabitkan ketua menteri Sarawak itu di peringkat global dan dakwaan rasuah.

Beliau juga menggesa agensi-agensi penguatkuasa yang lain seperti Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara, untuk menyiasat Taib berhubung kemungkinan berlakunya aktiviti kewangan yang tidak sah.

Taib akan menyambut 30 tahun mentadbir Sarawak pada 26 Mac ini.
Berita baik yang kita terima sungguh menggembirakan.  Sokongan terhadap Pakatan Rakyat (PR) di Sarawak semakin meningkat. Ini menunjukkan bahawa rakyat Sarawak sudah mula sedar dari lamunan dan buaian BN yang selama ini mengkhayalkan mereka.

Rakyat Sarawak berhak untuk berubah setelah sekian lama ditipu oleh para pemimpin BN di Sarawak.  Negeri mereka menjadi negeri termiskin walaupun hasil mahsulnya sangat banyak.  Rakyat Sarawak masih miskin walaupun sudah lebih 40 tahun merdeka melalui Malaysia.  Sesiapa pun tidak berani menafikan bahawa kekayaan Sarawak dibolot oleh para pemimpin BN.  Maklumat sahih yang diterima tidak pernah dibantah oleh Taib.  Dia sepatutnya mengambil tindakan undang-undang kepada semua pihak yang mendedahkan keburukannya.  Sebaliknya dia berusaha keras membersihkan dirinya melalui pelbagai media, termasuk media alternatif. 

Rakyat Sarawak tidak patut terpedaya dengan tipu muslihat BN ini.  Sekaranglah masanya untuk mereka menunjukkan kebaikan. Mengapa? Mereka perlukan undi rakyat untuk meneruskan kuasa. Mengapa Sarawak tidak dibangunkan selama ini ? Jawapan yang pasti ialah mereka lebih mementingkan diri sendiri daripada rakyat.

Rakyat Sarawak boleh melihat cacatan tentang peruntukan yang diberikan kepada Sarawak tahun demi tahun.  Tidak cukupkah wang itu untuk membangunkan Sarawak? Jawabnya semua wang itu mengalir ke tempat lain, bukan kepada rakyat.
Dengan sokongan yang semakin meningkat itu, PR perlu menggunakan saat keemasan itu untuk menumbangkan BN di Sarawak. Usahlah terlalu sibuk dengan video lucag sehingga terlupa kepada kemufikan BN, terutamanya pemimpin-pemimpin atasan mereka. Strategi perlu disusun dengan teliti untuk memberi maklumat tepat kepada rakyat Sarawak, bukannya fitnah. Untuk itu diucapkan selamat berjuang demi kesejahteraan rakyat, demi menghalau jembalang politik dari Bumi Kenyalang.

Sunday, April 3, 2011

LAIN YANG DIADU LAIN YANG DIBUAT

PDRM sekali lagi mengelirukan rakyat. Adakah pengeliruan itu bertujuan supaya rakyat mempunyai prasangka tidak baik terhadap individu yang disyaki dalam video lucah tajaan Trio Jahanam itu ketika Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 akan dijalankan tidak lama lagi atau akan terus  terbawa-bawa ke PRU Ke-13 nanti ?

Apa-apa pun, ada perkara yang tidak kena dalam soal ini.  Perkara paling utama dalam kes ini ialah pengecaman watak utama dalam video itu.  Tulen atau palsu adalah soal kedua.  Adakah pihak polis tidak faham dengan tuntutan yang sebegitu mudah daripada setiap golongan masyarakat di Malaysia dan juga yang diajukan oleh pangadu sendiri ?

Suka atau tidak rakyat sudah menerima isu asal pengedaran video itu  digunakan untuk menarik ahli parlimen PKR  meninggalkan parti mereka. Namun, hajat itu tidak sampai dan terus terburai.  Dalam keadaan terkedu, UMNO hilang punca.  Keadaan menjadi bertambah parah apabila Mufti Perak dan Mufti Perlis membuka mulut.

Mufti Perak bukan sahaja menganggapnya sebagai fitnah malahan juga menyalahkan akhbar pengampu UMNO yang tidak mengeluarkan sepenuhnya pandangan beliau tentang isu lucah tersebut.  Mufti Perlis juga menyatakan hal yang sama. Ku Li menempelak pengguna hal kelucahan untuk mencapai kepentingan politik sebagai terdesak dan tidak bertamadun. Dia turut menyatakan bahawa rakyat tidak akan mempercayai fitnah tersebut.

Isu ini juga ditempelak oleh beberapa orang penganalisis politik.  Mereka mengingatkan supaya fitnah yang telah digunakan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, Kerajaan Temasik, dan pemerintahan Langkawi untuk menjatuhkan seteru itu dihentikan segera bukan sahaja kerana tidak bermoral malahan juga bertentangan dengan ajaran Islam.

Harus diingat bahawa rakaman video tidak boleh diterima sebagai bahan bukti dalam kes zina.  Hukum Islam menetapkan bahawa pertuduhan tersebut wajib mengemukan empat saksi yang benar-benar boleh dipercayai. Jika tidak, penuduh boleh dikenakan hukum qazaf dan hilang kelayakan untuk menjadi saksi selama-lamanya. 

Oleh sebab itu, kes ini telah menjatuhkan martabat penganut Islam di Malaysia.  Sungguh memalukan.  Mengapa orang yang mengaku Islam sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini? Tidak takutkah mereka kepada azab Allah ?  Yang dikesalkan ialah jika bala diturunkan semua orang kena.

Saturday, April 2, 2011

MUFTI PERAK - POCO-POCO - ASRI - MASHITAH

Mufti Perak telah mengeluarkan keputusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Negeri Perak. Fatwa itu berkaitan tarian riadah yang dipanggil poco-poco. Hukumnya poco-poco haram. Alasannya adalah terdapat unsur kepercayaan agama lain dan pemujaan roh di dalamnya. Oleh sebab itu, Kerajaan Negeri Perak akan mematuhi fatwa tersebut. Tahniah!!!

Yang tidak sedap didengar ialah Dr. Asri berpendapat bahawa poco-poco harus tidak haram. Jika ada unsur yang menyebabkannya haram, buanglah unsur itu. Persoalannya unsur yang bertentangan dengan Islam itu berada di mana? Pada lenggang-lenggoknyakah? Pada kata-katanyakah? Pada muziknyakah?

Jika kita amati fatwa Perak, kelihatan seolah-olah kesemuanya ada unsur kepercayaan agama lain dan pemujaan roh. Jika kita amati pendapat Dr. Asri, tarian riadah itu akan jadi harus apabila kesemua yang terlarang ditiadakan. Tidak tahulah apa yang tinggal pada tarian itu apabila sudah jadi harus. Masih poco-poco lagikah atau sudah jadi poci-poci? Kalau dah jadi poci-poci, anak muda kata "tak ada kick lagilah"!!!

Sedar tak sedar, Mashitah pula berbunyi setelah terbisu sekian lama. Dia kata negeri-negeri lain jangan haramkan poco-poco. Alasannya mungkin poco-poco di negeri-negeri lain itu tak sama macam di Perak. Wah, berat tu! Secara tersirat dia kata orang Perak suka buat sesuatu yang ditegah oleh Islam. Orang-orang di negeri lain tidak serupa fiilnya dengan orang Perak. Pada masa yang sama, poco-poco terdiri daripada pelbagai versi. Ada versi haram. Ada versi harus. Ada versi halal. Betulkah begitu?

Poco-poco punya hal pun kecoh bagi Gagasan 1 Malaysia. Perkara itu senang saja hendak diselesaikan. Sekarang ini ada keraguan mengenainya. Kita buat keputusan, tak payahlah berpoco-poco lagi. Buatlah senaman seperti yang ada dalam buku Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Tak payah sibuk-sibuk dengan muzik. Jimat belanja. Tidak lalai. Tak bergoyang-goyang lagi payu dara. Tiada gaduh-gaduh lagi. Badan pun sihat walafiat. Tak begitu mak nye?

Friday, April 1, 2011

UMNO TIADA MELAYU BAHAGIA

Daim menyatakan bahawa tidak perlu apologetik terhadap kegagalab DEB.  Dia mengakui bahawa dasar itu telah gagal membina kelas perniagaan Bumiputera. Namun demikian, dia berbangga dengan penurunan kadar kemiskinan pada masa kini yang dianggapnya sebagai sebahagian daripada kejayaan DEB.

Terlalu mudah orang sepertinya melepaskan tanggungjawab. Tanpa menyebut faktor-faktor kegagalan DEB, mereka mahu segala-galanya dilupakan begitu sahaja. Lupakah mereka bahawa Melayu-Bumiputera masih jauh ketinggalan akibat daripada pengkhianatan pemimpin Melayu dan Melayu yang berkedudukan. Gara-gara mahu cepat kaya semuanya terlepas ke tangan bukan Bumiputera.

Di tangan Melayu bergelar Dato' dan Tan Srilah melayang saham Bumiputera bernilai RM52 bilion. Yang tinggal hanya RM2 bilion. Mereka membolot dan kemudian membelot. Petualang seperti inilah yang terus dipelihara oleh UMNO sehingga kini. Mereka tidak pernah serik dan rasa bersalah mengkhianati bangsa sendiri.

Melayu tidak boleh lagi bergantung harap kepada UMNO. Kita mesti singkirkan mereka secepat mungkin.  Cukup sudah peluang yang diberikan kepada mereka. Sekarang bukan masa untuk memberi maaf kepada pengkhianat. Inilah masa yang paling sesuai untuk menghapuskan duri dalam daging bangsa Melayu ini. Insya-Allah UMNO tiada Melayu bahagia!!!