YAKJUJ DAN MAKJUJ

Tuesday, May 31, 2011

ISLAMKAH MELAYUKU ?

Akhirnya kita diberi Allah petunjuk tentang fiil manusia yang bercelaru pemikiran mereka tentang hukum-hakam dalam agama Islam.  Suatu ketika dahulu, UMNO-APCO pungut balik duit yang Lim Guan Eng bagi kepada warga tua Melayu-Islam kerana mendakwanya diambil dari hasil judi lumba kuda.  Tidak ada seorang mufti pun yang muncul memberi penjelasan atas perkata tersebut.  Hal itu menyebabkan UMNO-APCO begitu ghairah menghentam Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang melalui akhbar dan televisyen.  Hampir setiap malam selama berminggu-minggu isu itu dimainkan semahu-mahunya. 

Kini Utuseks Meloya yang sibuk dengan duit judi Pulau Pinang dulu, sekali lagi sibuk menyiarkan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Dia menyifatkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa menyerupai orang fasik kerana setiap kata-katanya sukar untuk dipercayai. Katanya, orang seperti itu tidak wajar dipercayai kerana perbuatan memburukkan orang lain jelas bertentangan dengan ajaran Islam.


"Saya nak tanya dia, semasa dia bekerja makan gaji dulu, dari mana sumber duit gaji yang diterimanya?

"Semasa zaman Rasulullah dahulu pun, duit yang dibayar gaji juga diperoleh daripada cukai arak dan judi, semua itu tidak pernah dipertikaikan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Harussani berkata demikian sebagai mengulas kebiadapan Nor Azli yang sanggup menggelarnya sebagai 'Haramsani' kerana menerima wang yang didakwa daripada sumber haram.

Dalam satu ceramah beliau yang dimuat naik di laman web Youtube, Nor Azli memberikan gelaran itu kerana mendakwa Harussani tidak menegur kerajaan negeri yang membayar gaji kakitangan awam dengan duit haram.

Harussani berkata, tidak salah menggunakan duit tersebut kerana perkara seperti itu tidak pernah dipertikaikan pada zaman pemerintahan Islam dahulu lagi.

Aneh sungguh. UMNO-APCO Pulau Pinang yang sibuk dengan duit judi dulu tu memang keparatlah.  Mengapa Harussani diam saja.  Sikit pun tak kata apa-apa. Bisu. Kelu.  Mengapa mufti-mufti lain pun diam juga.  Islam dah tungging terbalik di Malaysia.  Mengapa mereka sanggup berbuat demikian?  Mengapa mereka enggan bercakap benar?  UMNO-APCO memang rakyat sudah tahu menolak Islam sebagai dasar perjuangannya.  Mereka berjuang atas dasar kebangsaan dan sekular.  Dasar itu menyebabkan UMNO-APCO layan Islam gitu-gitu saja.  Konflik dalam kalangan umat Islam menjadi semakin parah dari hari ke hari.  Bolehkah kita meyakinkan orang bukan Islam tentang kemuliaan Islam dan kewujudannya sebagai pembawa kesejahteraan kepada umat manusia?  

Sudah sampai masanya kita yang mengaku Islam kembali kepada ajarannya.  Jika golongan agama yang menjawat jawatan dalam kerajaan tetap dengan pendirian mereka untuk tidak mahu berkata benar, tidak payahlah kita bersandar kepada mereka lagi.  Kita sandarkan harapan kepada golongan ulama dalam pati yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya.  Jangan pula nanti mereka menghentam pihak ini seolah-olah merekalah yang tahu semua tetapi sebenarnya tidak ikhlas.  Allah tak tahukah?  Usahlah bermain dengan kata-kata yang sia-sia lagi.  Tolak UMNO-APCO. Marilah kita kembali kepada Islam yang dibawa Rasulullah.  Berpeganglah kepada kitab suci al-Quran dan Sunnah.   

Monday, May 30, 2011

NAJIB MOHON BANTUAN BELIA PERTAHAN PUTRAJAYA!!!

Kasihan sungguh tengok Najib.  Dia minta belas ehsan belia untuk pertahankan Putrajaya.  Semua belia dalam Himpunan Sejuta Belia tu boleh mengundikah?  Ada di antaranya yang tak ambil kisah pun tentang politik.  Mereka datang untuk turut serta dalam acara hiburan bukan nak dengar janji dan gula-gula Najib.  Majoritinya terpaksa diangkut ke Putrajaya.  Rupa-rupanya yang hadir di majlis itu hanya sekitar 8,000 orang.  Namun demikian, berapa banyak pula wang rakyat dan wang pembayar cukai yang terkopak kerana majlis bermotifkan politik itu.

Kegerunan Najib terhadap kemaraan Pakatan Rakyat terpancar dalam ucapannya.  Dalam rayuan itu terselit pula pujukan supaya tidak menjadikan negara ini macam Tunisia dan Mesir.  Najib perlu ingat bahawa sikap rakyat Malaysia tidak sampai ke tahap itu sekiranya tidak diletakkan dalam situasi terpaksa.  Mereka akan menggunakan saluran demokrasi, iaitu pilihan raya untuk menguburkan UMNO-APCO selagi terdaya.  Namun, kesabaran mereka nampaknya semakin menipis angkara tindak-tanduk UMNO-APCO menindas rakyat sejak akhir-akhir ini.

Kos sara hidup yang semakin membusung.  Keruntuhan moral yang tidak terbendung melalui penghalalan penyebaran bahan lucah dalam kalangan masyarakat.  Penyahan hukum Islam  sebagai alat penyerlahan keadilan dalam kes jenayah syariah semakin ketara. Penggunaan apa-apa jua cara untuk mengekalkan kuasa di Putrajaya oleh UMNO-APCO semakin menggila. Semua kebobrokan itu akan tiba kemuncaknya jika tidak diladeni dengan kebijaksanaan.  Sejak belakangan ini, rakyat tidak yakin UMNO-APCO mempunyai kebijaksanaan kerana seringkali gagal ketika berdepan dengan masalah.  Keputusan yang UMNO-APCO buat bukan sahaja tidak membantu malahan juga menambah dan merebakkan konflik.  Berhati-hatilah sebelum nasi menjadi bubur!!!   

UMNO-APCO jangan rasa megah dengan program yang gagal itu.  Ada lebih daripada sejuta belia di luar sana atau mungkin dua atau tiga juta belia yang boleh mengundi tidak sabar-sabar menunggu Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semata-mata untuk mengusir UMNO-APCO dari Putrajaya.  Mereka bersama Pakatan Rakyat untuk mengajar perompak dan penyamun yang bernama UMNO-APCO.  

Mereka juga akan berhimpun tidak lama lagi untuk menyatakan pendirian.  Reformasi akan melenyek transformasi demi keadilan.  Himpunan Bersih 2 pada 9 Julai nanti akan menceritakan segala-galanya.  Adakah perhimpunan aman itu akan dicemari sekali lagi?  Rasanya tiada demonstran yang gentar menghadapinya.  Pengalaman lalu menjadi sandaran rakyat.  Beramai-ramailah menyatakan suara batin anda terhadap penganiayaan UMNO-APCO.

Sunday, May 29, 2011

CEKIK DARAH BETUL !!!

Kerajaan pimpinan Najib menambah kegelisahan rakyat lagi.  Tarif elektrik akan dinaikkan. Duit rakyat kopak lagi.  Semakin hari semakin kurang.  Gaji dok tang tu jugak.  Kegelisahan itu diikuti dengan rasa jengkel yang amat sangat.  Mengapa kerajaan pimpinan Najib menyalahgunakan wang pembayar cukai dengan membeli bon yang telah diturunkan taraf milik syarikat konsesi air pada harga 73.2 % lebih tinggi daripada nilai pasaran? Inikah yang dikatakan mengambil kira kepentingan rakyat?

Hal tersebut berlaku apabila keempat-empat syarikat konsesi air Selangor - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium ABASS - gagal membayar pemegang bonnya. Menurut laporan media arus perdana, Acqua SPV menawarkan untuk mengambil-alih bon berkenaan pada harga RM6.5 bilion, berbanding nilai terbitan sebanyak RM9.02 bilion.

Harus diingat bahawa syarikat konsesi air itu juga telah mengisytiharkan dividen bagi pemegang sahamnya apabila mereka membuat untung. Antara konsesi itu, Splash, iaitu anak syarikat Gamuda Bhd, mengisytiharkan dividen RM578.6 juta pada 2007 manakala PNSB pula mengumumkan dividen berjumlah sehingga RM214 juta antara 2006 dan 2010.

Demikianlah amalan bailout untuk kroni yang diamalkan oleh UMNO/BN walaupun mereka takkan mengaku sampai bila-bila.  Anda boleh mengikuti penjelasan lanjut mengenainya seperti yang dilaporkan oleh Tony Pua dari DAP. Oleh sebab itu, tidaklah menghairankan jika kantung negara selalu sangat susut.  Rakyat menderita kerana harga barangan naik akibat penarikan subsidi.  Kroni UMNO/BN bergembira ria makan dividen hasil titik peluh pembayar cukai.  Keadilan diperkosa semahu-mahunya oleh UMNO/BN.

Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama perlu bersatu padu menjatuhkan kerajaan yang terus-terusan mengamalkan kezaliman.  Jangan biarkan kita dan anak cucu kita hidup dalam kehinaan akibat kezaliman UMNO/BN.

Saturday, May 28, 2011

NAJIB TERKEPIT DI CELAH SUBSIDI

Komitmen Najib untuk membuat pembaharuan ekonomi dikritik hebat kerana gagal mengurangkan subsidi bahan api. Tindakan ini dilihat oleh penganalisis sebagai aspek yang menjejaskan kewangan negara dan menguji kesabaran pelabur yang mahukan perubahan. Kegagalan itu turut memusnahkan strategi dua serangkai yang mahu dijayakannya, iaitu memperbaharui ekonomi dan menggembirakan pengundi. Najib terperangkap dan berada dalam dilema kerana terpaksa mengambil kira kepentingan rakyat kononnya. Betulkah begitu?

Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 2009, Najib telah menaikkan harga petrol secara berperingkat-peringkat dari RM1.75 kepada RM1.90 seliter. Dia juga membuat keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak dua kali. Di samping itu, pendiriannya berhubung dasar afirmatif yang mengutamakan orang Melayu telah "dilembutkan" ketika mengutarakan Model Baru Ekonomi (MBE).

Harus diingat bahawa kerajaan pimpinan Najib mahu tidak mahu terpaksa menanggung banyak masalah akibat tinggalan pemimpin-pemimpin sebelumnya yang boros berbelanja, rasuah, menyeleweng, dan dicemari ketirisan yang melampau.  Fiil-fiil negatif itu menjadi bertambah buruk apabila kerajaan sekarang gagal mewujudkan punca-punca pendapatan baru yang berdaya tahan.

Rakyat tidak dapat menerima apabila harga minyak dunia naik, Malaysia yang menjual minyak bermutu tinggi perlu menaikkan harga minyak yang digunakan oleh rakyat. Tambah mengelirukan ialah semakin banyak untung yang diperoleh melalui perdagangan minyak, semakin banyak pula wang rakyat yang dikikis.  Penarikan subsidi bukan sahaja menaikkan harga barangan dan menyusahkan rakyat malahan juga tidak diketahui ke mana hasil penjimatan itu pergi. Rakyat tidak merasinya. Apa ertinya berjimat?  Sudah berkali-kali hal yang sama berulang.

Realitinya negara semakin miskin. Nilai ringgit semakin kurang. Pelabur asing enggan datang kerana pendirian kerajaan sering berubah-ubah. Situasi sedemikian meletakkan kerajaan yang ada sekarang ini dalam keadaan yang sangat lemah.  Apatah lagi dengan terbitnya ungkapan membantu rakyat sebagai "beban".  

Ada pihak yang mendakwa jika UMNO/BN diberi mandat lagi untuk memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kenaikan harga barangan, penambahan pelbagai jenis cukai, dan sebagainya akan dilaksanakan tanpa bertangguh lagi.  Jika demikian keadaannya, mengapa rakyat Malaysia tidak memberi peluang kepada Buku Jingga beroperasi?  Ayuhlah kita berubah sebelum kehidupan menjadi bertambah parah.    

Friday, May 27, 2011

PAS BUAT PEMILIHAN, ORANG LAIN SIBUK BUAT APA?

PAS akan mengadakan pemilihan saf pemimpinnya tidak lama lagi. Presiden menang tanpa bertanding. Tahniah. Lantaran itu mengambil sikap berkecuali terhadap pemilihan jawatan-jawatan lain. Syabas.

Yang peliknya ada pula orang yang menyibuk. MUBARAK yang tak ada kena-mengena bagi macam-macam komen. Mereka cakap Nasaruddin okey. Tuan Ibrahim pun okey.  Mat Sabu tak okey.  Okey kerana apa?  Ada peluang sambung perbincangan. Perbincangan apa? Nak satukan PAS-UMNO!!!  Tak okey pasal apa pulak?  Tak bagi ruang kepada kerjasama PAS-UMNO dan kerajaan perpaduan.  Gila sungguh UMNO rupanya.  Masih menaruh harapan walaupun PAS dah kata tak nak kawan dengan parti yang tolak Islam sebagai dasar perjuangan.

Bukan itu saja.  UMNO jugalah yang bagi label ulama dan profesional kepada pemimpin PAS.  Ada juga yang sebut Erdogan.  PAS tak ada apa-apa, UMNO yang sibuk bagi macam-macam gelaran kepada pemimpin PAS.  Macam tak ada kerja lain.  Rumah tangga orang dok sibuk buat apa?  Rumah tangga sendiri tak terjaga.

PAS tak serupa dengan UMNO.  Dalam UMNO orang berebut hendakkan jawatan dan sanggup merasuah perwakilan untuk menang.  Dalam PAS siapa-siapa pun boleh bertanding asalkan cukup syaratnya.  Menang kalah atau pertandingan berapa penjuru pun tak ada orang ambil kisah.  Habis pemilihan semua bersatu hati perkukuhkan parti.

Tak perlulah UMNO cuba mempengaruhi perwakilan PAS untuk undi calon pilihan mereka.  Ini bukan urusan UMNO. Buang masa saja.  Selagi UMNO berwajah sekular dan tolak Islam sebagai dasar perjuangan, tak perlulah terhegeh-hegeh kononnya nak berkawan.  Yang pasti, PAS dalam Pakatan rakyat untung UMNO rugi.
 
Biarlah UMNO jadi gila semaunya.   Rakyat di negeri-negeri Pakatan telah merasai nikmat kekayaan negeri yang diberikan kepada mereka tanpa mengira kaum, agama, dan pegangan politik.  Mereka tidak pernah merasainya semasa diperintah oleh UMNO/BN.  UMNO/BN joli wang rakyat semasa kekayaan melimpah-ruah.  UMNO/BN dera rakyat dengan menarik subsidi supaya harga barangan jadi mahal apabila tak tau lagi dekat mana nak korek duit.  Dasar pelahap, pengkhianat, dan pembazir.  Di sana sini rakyat mula bersuara.  Suara kemarahan rakyat sedang menjerat leher UMNO.  Terimalah kesan kebangkitan itu.  

Thursday, May 26, 2011

ANAK JANTAN ZAHID HAMIDI

Suatu ketika dahulu, UMNO suruh PAS meninggalkan Pakatan Rakyat.  Alasannya ialah PAS hanya menjadi kuda tunggangan DAP.  PAS bekerja keras, DAP yang dapat untung.  Sandaran yang dijadikan fakta ialah Pilihan Raya Negeri Sarawak yang berlangsung baru-baru ini.  PAS dapat zero.  UMNO sememangnya nampak kuman di seberang laut. 

Mengapa tidak disebut bantuan DAP yang memenangkan PAS di Kuala Terengganu, Bukit Gantang, dan Permatang Pasir ?  Mengapa tidak disebut bantuan PAS yang memenangkan DAP di Sibu?  Yang sebenarnya gandingan PAS-DAP sudah menjadi duri dalam daging yang perlu dicabut oleh UMNO.  UMNO dalam bahaya apabila Melayu, Cina, dan India sokong DAP dan PAS.  Melayu, Cina, dan India juga sokong PKR.  Kalau begitu keadaannya apa yang tinggal untuk UMNO/BN? Jawabnya bungkuslah.

Itu sebabnya PAS disuruh keluar dari Pakatan Rakyat.  Ketegasan pemimpin PAS untuk kekal dalam Pakatan menjengkelkan UMNO.  Mereka beralih arah.  Zahid Hamidi cabar DAP pula.  Katanya, "DAP anak jantan kalau berani keluar dari Pakatan dan bertanding dalam PRU Ke-13 secara sendirian."  Itu definisi anak jantan Zahid.  Kini Pakatan balas balik cabaran itu.  Anak jantan sangatkah UMNO dalam BN?  UMNO pula dicabar keluar dari BN kalau benar-benar anak jantan.  UMNO tidak akan berani keluar dari BN kerana UMNO ialah anak jantan tak ada telur!!!

UMNO mendakwa mempunyai 3 juta orang ahli.  Jika benar sekalipun, bolehkah semuanya sokong UMNO dalam pilihan raya? Jangan mimpilah.  Mati hidup balik pun ahli-ahli UMNO Bahagian Seremban tak boleh sokong UMNO. Mereka kena sokong MCA.  Mati hidup balik pun ahli-ahli UMNO Bahagian Ipoh Barat tak boleh sokong UMNO. Mereka kena sokong MCA.  Mati hidup balik pun ahli-ahli UMNO Bahagian Tanjong tak boleh sokong UMNO.  Mereka mungkin kena sokong MCA atau Gerakan.   Bolehkah ahli-ahli UMNO Bahagian Cheras menaikkan Ketua UMNO Bahagian Cheras atau mana-mana calon UMNO di situ menjadi Ahli Parlimen Cheras?  Mati hidup balik pun tak boleh.  Kerusi tu bukan UMNO punya.

Banyak bahagian lagi yang ahli-ahli UMNO hanya boleh sokong UMNO di peringkat Dewan Undangan Negeri  (DUN) sahaja, di peringkat Dewan Rakyat mereka kena sokong MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBS, PBRS, LDP atau UPKO.  Oleh sebab itu, UMNO tak payahlah perkononkan dirinya anak jantan!!!

Pakatan Rakyat tidak pernah bercakap tentang anak jantan atau anak betina.  Mereka hanya bercakap tentang perpaduan tulen antara semua kaum demi kebajikan dan kesejahteraan untuk semua rakyat Malaysia.  Mereka bercakap tentang mengembalikan kekayaan negara kepada rakyat.  Mereka bercakap tentang ketelusan sebagai alat untuk memerangi rasuah, kronisme, nepotisme, penyalahgunaan kuasa, pembaziran, dan seumpamanya.  

Pakatan Rakyat tidak pernah menganggap subsidi sebagai candu.  Mereka tidak pernah menghina rakyat Malaysia sebagai penagih candu.  Perdana Menteri/Presiden UMNO yang mengeluarkan penghinaan itu tetapi dengan angkuhnya tidak mahu memohon maaf.  Rakyat Malaysia akan mengajar UMNO/BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti!!!      

Wednesday, May 25, 2011

PEMIMPIN UMNO HARU DAN KELIRU

Beberapa hari yang lalu saya telah mengemukakan isu pengamalan budaya rendah dalam kalangan pemimpin-pemimpin UMNO. Kini kita apat menyaksikan keparahan pemikiran para pemimpin UMNO itu untuk menyelesaikan permasalahan yang sedang dihadapi. Perkara termaklum terpancar jelas dalam ucapan-ucapan yang disampaikan oleh Perdana Menteri (PM), Timbalan Perdana Menteri (TPM), Ketua Pemuda UMNO, dan Ketua Wanita UMNO.

NAJIB

Dalam ucapannya di luar negara, dia menyifatkan subsidi kepada rakyat sebagai candu.  Apabila ketagih candu, seseorang akan sukar melepaskannya.  Tidak dapat dibayangkan hingga ke tahap itu sekali dia sanggup menghina rakyat sendiri.  Sebenarnya, dia menjatuhkan martabat rakyat untuk menjatuhkan martabat sendiri di hadapan orang luar.  Kecelaruan pemikiran ini hadir dalam diri PM kerana tidak mampu lagi menggunakan minda yang rasional untuk membuat keputusan bagi menyelesaikan sesuatu masalah.  Di tanah air dia dikecam kerana menggunakan jalan mudah yang menjengkelkan akibat ketandusan idea.  

Bagi rakyat yang cerdik, tindakan tersebut tidak lebih daripada usaha burung unta yang menyorokkan kepala apabila terasa tidak selamat.  Rakyat maklum bahawa kerajaan menghadapi masalah kewangan bukan disebabkan oleh subsidi.  Sebab utamanya ialah rasuah, pembaziran, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, dan sebagainya.  Rakyat boleh mengakses kebenaran dakwaan tersebut melalui pelbagai sumber maklumat yang autentik. Rakyat juga tahu jumlah dan siapa kroni yang mengelilingi PM serta peranan dan fungsi mereka.

MUHYIDDIN

Dia marah kepada pembangkang kerana memanipulasikan isu kenaikan harga gula dan RON97  serta kemungkinan-kemungkinan kenaikan harga RON95 dan tarif elektrik.  Kemarahan itu disertakan pula dengan herdikan pembangkang hanya tahu mengkritik tetapi tidak mampu menunjukkan jalan kepada kerajaan untuk sama-sama menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.  Rakyat menggeleng kepala melihat telatah TPM ini.  

Siapa kata pembangkang tidak beri idea?  Lihatlah cadangan-cadangan dalam Buku Jingga. Tak payah potong subsidi untuk rakyat. Potonglah subsidi kepada IPP yang menguntungkan taukeh-taukeh besar itu. Kenapa potong subsidi untuk rakyat sedangkan projek PERMATA dapat RM111 juta? Kenapa bagi kenaikan gaji kepada hanya 2% guru sedangkan 98% lagi dibiarkan terliur sahaja?  Inilah yang rakyat marah.   

KHAIRY

Dia kata UMNO saja yang boleh menolong Melayu.  Hakikatnya, UMNO ialah pengkhianat Melayu.  Dah lebih 50 tahun berkuasa, orang Melayu dok tang tu jugak.  Banyak lagi bukti UMNO khianati Melayu.  Maklumatnya boleh diakses di merata tempat.  Tak payah kelentonglah. Buat malu Melayu saja dengan dakwaan itu.
Semasa bapa mentuanya berkuasa, dia sokong pemotongan subsidi.  Katanya tindakan itu rasional kerana dapat mengimbangi defisit bajet.  Alih-alih sekarang ini dia lawan Najib pulak. Katanya tak patut potong subsidi. Nanti rakyat susah. Rakyat akan marah apabila disusahkan. Caralah kaedah lain.  Mengapa tiba-tiba tukar pendirian?  Cuba nak jadi juara rakyat ke?  Rakyat dah baca pencak silat Khairy.  Maklumlah dah dekat Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) !!!  Tidak payah bersandiwaralah.

SHAHRIZAT

Seluruh Malaysia sedang bersedih kerana tragedi yang menimpa anak-anak yatim di Hulu Langat Dia sibuk dengan rumah anak yatim itu tidak mendapat kebenaran daripada mana-mana pihak. Mengapa hal itu yang didahulukan?  Bukankah Najib kata "Rakyat Didahulukan" ?  Nampak benarlah tiada yang sokong 1 Malaysia dalam kabinet Najib.  Kesian Najib melalak sorang-sorang.  Bukan saja orang tak peduli malahan juga tidak faham sepatah haram pun dengan konsepnya.  Cadang nak tarik sokongan bukan Melayu, rupa-rupanya orang Cina semakin jauh menyingkiri UMNO/BN. Menteri-menteri seangkatan dengan Shahrizat yang dilantik oleh Najib sendirilah yang menjadi pemusnah kepada konsep 1 Malaysia seperti yang berlaku kepada konsep-konsep lain sebelum ini, iaitu Kepimpinan Melalui Teladan dan Islam Hadhari.  

SANGGAHAN TERHADAP KEHARUAN DAN KEKELIRUAN PEMIMPIN UMNO
 
“Subsidi, pada keseluruhannya, seperti candu. Sekali anda ambil candu sukar untuk mengikis tabiat buruk; sekali anda memberi subsidi, sukar untuk diambilnya tanpa beberapa kos politik,”  demikian kata satu petikan dari media. Astaghfirullah al-Azim, inilah yang dikatakan celaru. Bagaimana seorang pemerintah tergamak menganggap tugas murninya menyempurnakan keperluan rakyat sebagai suatu amalan buruk dan wajar dihentikan?
  
Nampak sangat UMNO kini cuba lari dari tanggungjawab memenuhi keperluan dan kepentingan rakyat, bukan? Lalu bagi merasionalkan tindakan pengecut itu, mereka cuba menyamakan amalan subsidi (membela kepentingan rakyat) sebagai ‘candu’ (sesuatu yang membawa kesan buruk dan mesti dihentikan).
  
“Ketara benar BN semakin hilang punca dan mati akal memikirkan kaedah menyelamatkan kewangan negara. Yang mereka tahu nampaknya hanya menyalahkan rakyat, lalu memaksa rakyat menanggung beban itu,” kata seorang rakan.
Menambahkan koleksi kes-kes membuktikan kecelaruan minda pemimpin UMNO ialah tanggapan serong mereka terhadap himpunan anak-anak muda di Kota Bharu, hujung minggu lalu.   

Media melaporkan, Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda PAS Kelantan di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, pada 21 Mei lalu menggamit kehadiran lebih 15,000 anak muda. Sebahagian mereka adalah pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di negeri itu.   

Tidak mengapa jika UMNO mahu menempelak PAS di atas kejayaannya menghimpunkan belasan ribu anak muda di stadium malam itu. Para pemimpin UMNO boleh mengatakan apa saja untuk memperlekeh usaha PAS itu. Ia boleh diterima sebagai adat politik.   
Namun untuk menganggap apa yang dilakukan PAS Kelantan itu sebagai ‘meracuni pemikiran’ anak-anak muda adalah suatu yang amat mendukacita, bahkan agak terlampau. Malangnya, itu lah yang seolah-olah menjadi kegemaran para pemimpin UMNO. Mereka kelihatan amat selesa melontarkan tanggapan amat negatif terhadap aturcara yang berlangsung malam itu.   

Di sinilah perlunya pemikiran dan penilaian lebih rasional dari semua pihak, khususnya para pemimpin UMNO yang semakin tersumbat minda mereka itu. Walau pun majlis malam itu dianjurkan entiti politik dan tidak boleh disangkal memang disulami agenda politik, perlu juga diteliti apakah bentuk pengisian program malam itu.

Bagai dilaporkan kepada umum, program itu dipenuhi ucapan-ucapan para pemimpin PAS yang selalunya memang berselit ayat-ayat al-Quran, seruan berjihad meninggikan agama Allah dan pesanan mentaati perintah agama.  

Bagi sesiapa yang gemar membelek al-Quran, mereka akan bertemu dengan ayat: “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah Allah), serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh” (Fussilat 41:33).  

Di majlis itu juga, anak-anak muda dilibatkan dengan agenda solat berjamaah, solat hajat, khatam al-Quran dan seumpamanya. Bergema sekitaran Bandaraya Islam itu dengan bacaan ayat-ayat suci.   

Apakah UMNO tidak mampu membezakan antara kemurnian kalimah suci dengan kebingitan tepik-sorak pentas hiburan yang melalaikan? Mereka bukannya dihimpunkan untuk menjayakan konsert 1Malaysia atau apa-apa anjuran yang tidak menjadikan kalimah Allah sebagai suara utama, sepertimana lazim ditaja UMNO.   

Ternyata minda pemimpin UMNO amat celaru dan keliru sekiranya sanggup menganggap tindakan menghimpun anak-anak muda untuk membaca al-Quran sebagai ‘meracuni’ pemikiran mereka.  Sedangkan al-Quran sendiri mengesahkan bahawa pada ayat-ayatnya itu sebenarnya mengandungi penawar untuk pelbagai jenis penyakit manusia.   

Alangkah jahilnya mereka. Astaghfirullah!

Tuesday, May 24, 2011

MALAYSIA @ DARUL KAKI BOTOL ?

Malaysia bertambah masyhur kerana berada dalam ranking Top 10 peminum arak paling ramai di dunia. Inilah yang dimahukan oleh UMNO/BN.  Harus diingat bahawa rekod ini dicatat dalam sebuah negara Islam yang memiliki 14 orang mufti di seluruh negara dan seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam yang berada di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang walaupun tidak mempunyai kementerian khusus, tetapi berfungsi sebagai menteri yang bertanggungjawab penuh terhadap hal ehwal Islam di negara ini.

Memang amat mengaibkan. Dah lebih 50 tahun Kerajaan BN yang ditunjangi Umno memerintah negara ini, tetapi masih gagal mengatasi masalah ini.  Akhbar milik MCA, The Star semalam menyiarkan statistik tahun ini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa Malaysia menduduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia. WHO turut menjelaskan, Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5 bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter, manakala penggunaan beer di Malaysia pula mencecah 11 liter per kapita.

Para pemimpin UMNO sepatutnya berasa malu dengan statistik itu, memandangkan sebelum ini mereka begitu bangga apabila Amerika Syarikat mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam contoh. Antara pemimpin Umno yang jelas menyuarakan kebanggaannya dengan pengiktirafan Amerika itu termasuklah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin sendiri. Sekarang apa sudah jadi? Patutlah Amerika mahu Malaysia jadi negara Islam contoh. Tidakkah para pemimpin UMNO malu dengan apa yang berlaku itu?

Walaupun secara dasarnya statistik itu melibatkan orang bukan Islam, tetapi kejadian itu tidak akan berlaku sekiranya Kerajaan UMNO/BN tahu melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, Kerajaan UMNO/BN tidak sepatutnya membiarkan rakyatnya begitu bebas dengan minuman arak, tetapi mestilah ada dasar tertentu yang perlu dilaksanakan bagi kawalan dan pemantauannya. Selain itu, kerajaan juga perlu melaksanakan dasar-dasar tertentu ke arah mendidik rakyatnya agar faham dengan bahaya minuman keras. Tetapi tanggungjawab itu ternyata gagal dilaksanakan. 

Kita perlu sedar bahawa statistik itu juga turut membabitkan umat Islam sendiri, memandangkan di negara kita sememangnya terdapat anak pemimpin sendiri yang menjadi taukeh syarikat arak terbesar di Filipina, San Miguel, manakala bapanya pula asyik menghentam ulama kononnya dialah yang lebih pandai mengenai hukum-hakam. Dengan kedudukan Malaysia di tangga ke-10 peminum arak tertinggi di dunia,  ternyata kerajaan yang ditunjangi UMNO tidak mengambil berat tentang perkara itu sekalipun mendatangkan kesan amat buruk kepada negara.

Arak merupakan ibu maksiat. Jika  tidak ditangani dengan baik sudah pasti  mendatangkan masalah besar kepada peminumnya sendiri, keluarga, masyarakat dan negara, termasuk mempertingkatkan lagi kes-kes gejala sosial.  Sebagai penganut Islam  pemimpin UMNO sepatutnya menjaga dan mendokong kedaulatan agama, dakwah dan akhlak rakyatnya. Dalam UMNO/BN ternyata tidak wujud golongan tersebut. Hal ini amat berbeza dengan PAS. Inilah yang perlu disedari oleh seluruh rakyat negara ini dengan memberikan sokongan padu kepada PAS dan Pakatan Rakyat, bagi membolehkan Malaysia muncul sebagai negara yang diberkati Allah.
 

Monday, May 23, 2011

UMNO: SERIGALA JAGA KAMBING

Khairy dismash lagi oleh Ketua Penerangan PAS gara-gara kurang berpengetahuan tentang sejarah politik dan cubaan membelit fakta. Dia mendakwa hanya UMNO pembela Melayu di negara ini. Lain daripada UMNO, bukan pembela Melayu. Persoalannya benarkah UMNO pembela Melayu. Khairy patut malu kerana hakikatnya UMNO hanya mengguna Melayu untuk membela pemimpin Umno, bukan bela Melayu; jauh sekali untuk mengangkat agama di tempat yang sepatutnya.

Beliau menyebut fakta salah ketika berucap di Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian. Dia kata PAS ditubuhkan kerana Ustaz Haji Ahmad Fuad  kalah menentang  Datuk Onn Jaafar  dalam mesyuarat Agung UMNO. Faktanya bukan Ustaz Haji Fuad kalah melawan Dato' Onn Jaafar, tetapi tewas dengan  dengan Tunku Abdul Rahman merebut jawatan Yang Dipertua UMNO. Seorang lagi calon ialah  CM Yusuf.  Tarikh pertandingan dalam UMNO ialah 25 Ogos 1951 sedangkan mesyuarat dalam kalangan ulamak untuk menubuhkan PAS kali kedua pada 23 Ogos 1951 di Padang Kelab Sultan Sulaiman. Mesyuarat ulamak dahulu daripada tarikh pertandingan Haji Ahmad Fuad dengan Tunku Abdul Rahman. Khairy pungut fakta sampahnya di mana?

PAS ditubuhkan bukan kerana kecewa tidak mendapat jawatan dalam UMNO, tetapi kerana teguran ulamak mengenai isu agama tidak dipedulikan.  Antaranya isu judi. Oleh sebab itu, ulamak merasakan perlu menubuhkan badan yang bebas untuk memberi tekanan kepada UMNO dalam hukum agama. PAS tidak memecahbelahkan perpaduan Melayu. Penubuhan UMNOlah yang  menyebabkan Melayu berpecah.  Sebelum UMNO sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945. Umno ialah parti yang direstui penjajah. Sebab itulah UMNO tidak diharamkan ketika Ordinan Dharurat 1948 walaupun PKMM dan Hizbul Muslimin diharamkan.

Beliau mendakwa  Melayu terbela di bawah UMNO? Sudah 54 tahun merdeka, keadaan  ekonomi  Melayu jauh terkebelakang berbanding dengan Cina dan India. Apa yang UMNO lakukan untuk orang Melayu sehingga tertinggal ke belakang. Bukankah 2/3 anggota kabinet orang Melayu? Bukankah pegawai tertinggi orang Melayu. Maka sebagai jalan pintas untuk menutup bangkai gajah, UMNO menuduh ini angkara bukan Melayu.  Langkah tidak berhemat itu menyebabkan UMNO terperangkap dalam sentimen kaum .

Senarai yang berikut membuktikan UMNO gagal membela Melayu:

1. UMNO menggunakan konsep "UMNOPUTERA" bukan "Bumiputera", akhirnya yang ketinggalan orang Melayu.

2. Apabila jawatan dalam UMNO digunakan untuk mengaut keuntungan bukan untuk bela Melayu, akhirnya mereka rebut harta, Melayu merempat merata-rata.

3. Menindas sesama bangsa kerana berlainan ideologi walaupun dari segi merit dan kebolehan ada kepada orang Melayu. Contohnya dalam soal perniagaan.

4. Menafikan royalti kepada Kelantan walaupun majoriti penduduk negeri itu Melayu.

5. Macam mana Melayu hendak terbela, minyak yang sepatutnya mendarat di Kelantan sebaliknya dibawa ke pantai Songkla Siam walaupun jaraknya lebih jauh daripada pantai Kelantan. Jarak ke Kelantan hanya 150 kilometer, berbanding ke Songkla Thailand 270 kilometer.

6. Melesapkan RM52 bilion nilai saham Bumiputera. Sepatutnya orang Melayu telah pun memiliki  ekuiti melebihi 40 peratus jika UMNO benar-benar pembela Melayu.

7. Menyekat 118 projek pusat ke Kelantan sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK- 9).

8. Menggadai Tanah Simpanan Melayu (TSM) 1.3 juta hektar. Penjajah Inggeris tinggal TSM seluas 3 juta hektar selepas merdeka.  Tahun 1995 TSM hanya tinggal 1.3 juta hektar. Siapa punya angkara? Adakah ini dalil UMNO pembela Melayu.

9. Memperkenalkan sains dan metematik dalam bahasa Inggeris, melibatkan pelajar Melayu luar bandar dizalimi kerana kurang pasarana.  

10. Menyalah guna hak keistimewaan orang Melayu untuk mendapat projek, kemudian mengagihkan kekayaan sesama kroni, akhirnya Melayu terus ketinggalan dari segi taraf hidup.

Perlu diingatkan bahawa itu hanyalah sebahagian daripada bukti UMNO tidak membela Melayu. Maka sampailah masanya PAS Ganti UMNO. PAS terbukti dan teruji untuk membela Melayu berbanding dengan UMNO. Tuduhan DAP dan PKR mengkhianat Melayu terbukti sebagai strategi pencuri menjerit pencuri. Tujuannya supaya orang Melayu terus diselubungi emosi untuk menyokong UMNO walaupun hakikatnya UMNO menjaga Melayu seperti serigala menjaga kambing.

Jika orang Melayu masih mempercayai serigala ganas ini alamatnya mereka akan terus diratah.  Satu projek yang bernilai RM2 juta dilaksanakan UMNO menjadi 4 atau 5 juta.  Satu projek yang bernilai RM1 bilion dilaksanakan UMNO menjadi 2 atau 3 bilion.  Mengapa Pakatan Rakyat boleh buat jalan yang kosnya dijangka RM5 juta akhirnya disiapkan dengan kos RM2.2 juta sahaja?  Anda boleh buat kesimpulan sendiri bahawa itulah yang UMNO lakukan untuk songlap duit rakyat.  Apabila duit semakin berkurangan kerana setiap hari disonglap, mereka tarik subsidi supaya harga barang naik.  Yang menderita siapa?  Rakyat yang tidak bersalah.  UMNO/BN sanggup mendera rakyat yang memilih mereka sebagai kerajaan.  Rakyat perlu menyingkirkan UMNO/BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.       

Sunday, May 22, 2011

UMNO MUNDURKAN MELAYU DENGAN BUDAYA RENDAH

Hakikatnya majoriti orang Melayu masih mundur.  Majoriti golongan kayanya yang bilangannya sangat kecil ialah kroni UMNO yang tinggal di kota.  Majoriti golongan sederhananya yang bilangannya tidak begitu membanggakan tinggal di bandar dan pinggir bandar.  Pada hakikatnya, orang Melayu yang tinggal di desa dan pedalamanlah yang mundur dalam serba-serbi.  UMNO mensengajakannya tetapi anehnya golongan inilah yang terus dipergunakan untuk kelangsungan hayat kuasanya.

UMNO telah menggagalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN), dan Dasar Wawasan Negara (DWN).  Buktinya ekuiti Melayu hanya sekitar 19% sahaja.  Ada RM54 bilion saham Bumiputera habis dikaut hingga tinggal RM2 bilion sahaja.  Tanah Simpanan Melayu (TSM) disapu hingga tinggal 1.7 juta hektar sahaja.  Penjajah yang bagi 3 juta hektar TSM ternyata jauh lebih bagus daripada UMNO.  Bagi tanah kepada peneroka FELDA sampai la ni peneroka tidak menguasai perusahaan getah dan kelapa sawit.  Pi mai pi mai, tang tu jugak. Sudahlah begitu, ditipunya peneroka dengan berbagai-bagai.  Melayu-UMNO memang berahi tipu Melayu atas darat. 

Orang Melayu mahu mereka dibela kerana sudah lama ditekan oleh penjajah.  Sebab itu sudah lebih setengah abad mereka pilih UMNO.  Tetapi UMNO khianati Melayu.  Melayu mundur. Melayu tak maju. Melayu tak boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum Cina.  Mengapa?

UMNO mengamalkan budaya rendah.  Khianat ialah budaya rendah.  Kronisme ialah budaya rendah. Nepotisme ialah budaya rendah.  Rasuah ialah budaya rendah.  Komisyen ialah budaya rendah.  Sekularisme ialah budaya rendah. Fitnah ialah budaya rendah. Samseng ialah budaya rendah. Penipuan ialah budaya rendah. Perkauman ialah budaya rendah. Lucah dan sex maniac ialah budaya rendah.  Lakukan sumpah laknat tanpa mematuhi syariat Islam disebut jahil. Kejahilan termasuk dalam kategori budaya rendah.  Melayu tidak akan maju dengan budaya rendah.  Budaya rendah tiada kualiti. Budaya rendah tiada kredibiliti. Budaya rendah tiada integriti. 

Budaya rendah telah menjadikan majoriti Melayu tidak cerdik.  Melayu tidak cerdik tidak sedar mereka ditipu. Melayu tidak cerdik tidak sedar mereka diperalatkan dengan "bantuan" pilihan raya. Melayu tidak cerdik tidak sedar mereka diperalatkan dengan "bantuan" beras sekali-sekala macam SUBUR (Sumbangan Beras untuk Rakyat).  Dah matikah projek SUBUR? Macam-macam cara digunakan oleh UMNO untuk memperkotak-katikkan Melayu.

UMNO guna fitnah untuk menjatuhkan lawan.  UMNO guna dubur untuk jatuhkan lawan.  UMNO gunakan video lucah untuk jatuhkan lawan.  UMNO beri kad pengenalan kepada warga asing dan paksa mereka pangkah Barisan Nasional dalam pilihan raya. UMNO guna budaya rendah untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.  Apabila Pakatan buat Buku Jingga, UMNO cari sekutu untuk hentam kandungan buku itu bukannya cari idea yang yang lebih baik untuk menandingi tawaran buku itu.  UMNO tidak boleh fikir jauh ke depan kerana mengamalkan budaya rendah.  Dek kerana budaya rendahlah UMNO mendabik dada dapat bagi kononnya baik punya penghargaan kepada guru.  Apabila guru dan orang cerdik bising hanya 2% guru yang dapat faedah dan lulusan diploma tak dapat apa-apa, baru sedar akan kebodohan, tetapi tetap tak mau mengaku, suruh cikgu-cikgu bersabar.  Sudah terantuk baru tengadah. Inilah mentaliti budaya rendah.

Guru dan semua rakyat Malaysia! Berhentilah dicandui UMNO dengan budaya rendah.  Kita guna budaya tinggi untuk ke mercu kejayaan.  Aspek budaya tinggi yang utama ialah ilmu.  Orang Melayu-Islam telah diberi akal dan naqal oleh Allah.  Keilmuan akan mencerdaskan minda kita.  Kecerdasan minda akan mendorong kita menganalisis maklumat yang diterima, mensintisiskannya, dan membuat penilaian, bukan setakat tahu, faham, dan guna pakai saja.   

Budaya tinggi menolak sekularisme, perkauman sempit, dan aneka bentuk perlakuan negatif.  Budaya tinggi menyanjungi keilmuan, kebajikan, keadilan, perpaduan, dan aneka perilaku yang positif.  Pemimpin yang berbudaya tinggi sentiasa memikirkan cara untuk merakyatkan kekayaan negara, bukan untuk memenuhkan tembolok sendiri dan kroni.  Anda semua tentu telah baca tentang barisan kroni yang memelihara Najib dan suku-sakatnya.  Najib mengamalkan budaya rendah untuk berkuasa.  Sebab itu rakyat tak dapat apa-apa. Yang dapat ialah 1 Malaysia yang pura-pura.  Kepura-puraan pun budaya rendah!!!

Rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama perlu membentuk kesatuan atas nama mengamalkan budaya tinggi.  Kita singkirkan budaya rendah.  Kita buang pemiliknya jauh ke Laut Qalzum.  Kita bina budaya tinggi demi ketulenan demokrasi dan perhambaan diri kepada Yang Maha Kuasa demi keselamatan di dunia dan di akhirat.  Ini bermakna kita nyahkan budaya rendah yang hanya layak untuk haiwan sahaja.  Cukuplah sekali kita diulit pahit getir budaya rendah. 

Saturday, May 21, 2011

UMNO TERUS MEMIKAT PAS UNTUK DIRANAPKAN

UMNO tidak akan berhenti memainkan isu kerjasama dengan PAS demi survival mereka. Mereka hanya berhasrat untuk membuat orang Melayu percaya bahawa PAS tidak sudi memperjuangkan kepentingan Melayu bersama-sama PAS kerana lebih percaya kepada DAP yang UMNO dakwa parti cauvinis Cina. Itulah yang mereka momokkan setiap hari ketika Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang memperlihatkan penjagaan kebajikan semua kaum yang tidak pernah pun dilaksanakan oleh Gerakan sebelum ini.  Orang Melayu Pulau Pinang yang dikhianati UMNO/BN selama lebih setengah abad lebih selesa di bawah naungan Pakatan Rakyat yang membelanjakan wang negeri yang dijimatkan untuk membantu bukan sahaja mereka malahan juga kaum-kaum lain tanpa memperhitungkan fahaman politik.  UMNO hanya pandai memenuhkan tembolok sendiri dan kroni. Tidakkah dengan wujudnya PAS dalam Pakatan Rakyat Melayu untung UMNO rugi ?  Apabila UMNO tahu jawapannya, mereka pun berusahalah untuk mencabut PAS daripada Pakatan.

Apabila Tuan Guru Haji Hadi menang tanpa bertanding jawatan Presiden PAS muncul kembali isu kerjasama UMNO-PAS. Mereka menganggap kemenangan itu sebagai tanda akar umbi menyokong perpaduan UMNO-PAS.  Alangkah ceteknya pemikiran gerombolan yang bergelumang dengan kelucahan melampau dan pengabaian hukum Islam ini.  Mereka lupa terhadap kezaliman yang mereka telah lakukan berdekad lamanya terhadap PAS, malah yang terus mereka lakukan sehingga kini.

"Orang-orang yang munafik itu takut akan diturunkan terhadap mereka sesuatu surah yang menerangkan apa yang tersembunyi dalam hati mereka. Katakanlah kepada mereka: "Teruskan lah ejekkan-ejekanmu, sesungguhnya Allah akan menyatakan apa yang kamu takuti. Dan jika tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja. Katakanlah: "Apakah dengan Allah,ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok." "Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu ingkar sesudah beriman. Jika kamu memaafkan segolongan daripada kamu (lantaran mereka bertaubat) nescaya Kami akan mengazab golongan yang lain disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa." (At-Taubah 64-66).

Apa yang berlaku kini adalah hasil dari perbuatan-perbuatan melampau UMNO sendiri. PAS setidak-tidaknya telah berjaya mengubah DAP menjadi sebuah parti yang sederhana. Jika sebelum ini DAP benar-benar parti yang hanya disertai kaum Cina dan tiada Melayu yang mendekatinya, tetapi DAP hari ini telah menjadi sebuah parti yang lebih terbuka dan demokratik hasil dari kerjasama yang terjalin di dalam Pakatan Rakyat.

Setiap kali pilihanraya kecil yang ditandingi oleh PAS, rakan-rakan dari DAP dan PKR akan turut serta untuk bersama sepanjang masa menolong dengan penuh semangat dan keikhlasan sehingga PAS dan DAP berjaya untuk sentiasa bekerjasama bahu membahu menggalas perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.

PAS tidak akan bersama BN lagi. Dan PAS tidak bersendirian lagi. PAS juga tidak akan terpelosok ke dalam lubang biawak dua kali.

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling) dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terbatasap orang-orang yang beriman, bersikap keras terbatasap orang-orang kafir, mereka berjuang pada jalan Allah dan tidak takut terhadap celaan dari orang yang suka mencela, yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada siapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (pemberianNya) Lagi Maha Mengetahui"(al-Maidah : 54).

Dengan kekentalan pendirian untuk bersama Pakatan Rakyat itu, mampu lagikah UMNO menaruh harapan untuk bekerjasama dengan PAS?  Tak payahlah menjadi pungguk yang rindukan bulan.


Friday, May 20, 2011

UMNO: BERSEDIALAH UNTUK DIRANAPKAN OLEH KEANGKUHAN TERHADAP ISLAM

Jika kita membaca tulisan Aziz Bari dan Hanipa Maidin, kita akan mendapati kenyataan sinis ditujukan kepada hakim yang bernama Mohamad Zabidin.  Dia didakwa bersekongkol dengan pendakwa raya.  Di samping itu, dia juga didakwa berbuat lawak.  Semua dakwaan ini ternyata benar jika diselidiki kenyataan-kenyataan yang keluar dari mulut hakim tersebut.

Kenyataan-kenyataan Zabidin yang tidak diterima ramai ialah mengangkat Saiful sebagai seorang yang berwibawa sedangkan semasa perbicaraan dia sering berdolak-dalik dan tidak konsisten.  Di samping itu, Zabidin telah melangkaui jauh dari yang sepatutnya.  Anwar telah pun dihukum bersalah sekalipun hujah bela dirinya belum didengari.

Inilah ciri-ciri penghakiman Malaysia yang tidak disenangi oleh pelbagai pihak.  Semua yang didakwa tidak ada yang salah walaupun sedikit sehingga orang kena tuduh (OKT) sudah boleh dijatuhi hukum bersalah.  Lantaran itulah ada pihak yang menggelar institusi kehakiman Malaysia sebagai Mahkamah Kangaroo.

Berbekalkan fakta yang sedia ada, ramai orang yang sudah membuat keputusan bahawa akhirnya Anwar akan didapati bersalah dan disumbat ke penjara.  UMNO pasti lega dan gembira kerana berjaya menghumban undang-undang Islam ke laut dalam.  Bagi mereka Malaysia tidak perlu sujud kepada qazaf dalam kes jenayah syariah.  Walau bagaimanapun, di sana sini mereka mencanangkan UMNO berjuang untuk bangsa, agama, dan negara.  Mereka melenting melantun-lantun apabila isu Kristian yang tak masuk di akal itu diketengahkan.

Mengapa UMNO bertindak demikian?  Ini kerana mereka beranggapan bahawa apabila duri dalam daging tercabut, semua halangan dan rintangan selesai dan sirna dengan sendirinya.  Oleh sebab itu, mereka akan terus menguasai Putrajaya.

Namun, UMNO sering terjerat dengan kejahilan sendiri.  Roh perjuangan yang disemai oleh Anwar sudah lama menjangkaui akar umbi Pakatan Rakyat.  Semangat juang yang kental telah meresapi bukan sahaja ahli-ahli PKR malahan juga ahli-ahli PAS dan DAP.  UMNO akan merasa betapa peritnya menghadapi semangat juang yang tentunya melebihi kegarangan harimau yang tercedera itu.

Seorang Anwar bisa dipenjara, tetapi seribu Anwar yang lahir pasti lebih memeritkan.  Dengan bantuan Allah Subhanahu wa Ta'ala, UMNO/BN dapat ditumpaskan!!! Rakyat Malaysia yang cintakan keadilan sejati akan menghukum semua kerja jahat yang dilakukan oleh UMNO/BN.  Bersedialah wahai UMNO dan gerombolannya.

Thursday, May 19, 2011

KEGILAAN UMNO PASTI MEMAKAN DIRI

UMNO sudah menjadi semakin gila sekarang ini.  Yang anehnya, kegilaan UMNO itu tidak diambil endah oleh polis.  Hal ini menyebabkan rakyat beranggapan bahawa polis telah bersekongkol dengan parti politik perkauman ini.  Mengapa mereka buat gila seperti itu?

Presiden mereka telah menetapkan bahawa untuk terus berkuasa di Putrajaya, mereka perlu menggunakan apa-apa saja cara yang ada.  Ini bermakna mereka boleh berbuat semua perkara tanpa mengira betul-salah, buruk-baik, halal-haram, dan sebagainya.  Pegangan ini samalah dengan doktrin politik Machiavelli, iaitu matlamat menghalalkan cara.

UMNO dipimpin oleh mereka yang sex maniac.  Oleh sebab itu, bahan-bahan lucah mereka sebarkan sesuka hati dalam akhbar mahupun televisyen.  Mereka tidak ambil kisah dengan kerja mengaibkan orang itu.  Mereka menolak ke tepi dosa besar berbuat demikian walaupun berbuih mulut ulama' melarangnya. Larangan agama Islam itu mereka nyahkan saja. 

Orang yang menyebar video lucah itu mereka biarkan bebas sehingga ke hari ini.  Begitulah kebalnya orang UMNO. Berbuih mulut pihak berwibawa dalam agama Islam mendesak tuduhan zina itu dibicarakan menurut hukum qazaf, namun sedikit pun tidak diambil kisah oleh menteri yang mengendalikan hal Islam dalam kabinet Najib.  Malah dia sendiri yang memberi galakan terhadap pelaksanaan sumpah laknat yang tiada dalam kes jenayah menurut perspektif Islam itu.

Ketua Penerangan UMNO turut menonton video seks itu bersama isterinya tanpa sedikit pun rasa berdosa. Sudahlah begitu, dia pun ikut suruh Anwar buat sumpah laknat juga. Baginya, undang-undang Islam tidak boleh dipakai.  Apa sudah jadi ni?  Kegilaan maha dahsyat sedang melanda UMNO ketika ini.

Tidak cukup dengan itu, kini video lucah tersebut telah diperbanyakkan dan disebarkan melalui pos kepada banyak orang; disebarkan secara terang-terangan di ceramah-ceramah Pakatan Rakyat; dan turut diletakkan di masjid.  Kelucahan tidak menjadi benda yang haram dan memalukan bagi UMNO.

UMNO telah diajar oleh APCO untuk menjadi parti porno. UMNO menjadi penyebar bahan lucah kepada semua lapisan rakyat bermula dari anak kecil -  budak tadika - budak sekolah rendah - murid sekolah menengah -  pelajar kolej dan universiti - orang dewasa -  orang tua - tidak kira lelaki mahupun perempuan.  Alangkah dahsyatnya kegilaan UMPORNO.

Hal itu mereka lakukan semata-mata kerana takutkan seorang insan yang boleh menggugat kedudukan mereka di singgahsana kuasa.  Mereka enggan menerima hakikat bahawa semakin hari semakin banyak rakyat yang bencikan laku perbuatan mereka. Mereka juga tidak mahu menerima hakikat bahawa sesuatu yang bermula akan berakhir. Fitrah itu ialah ketentuan Allah. Tiada makhluk di dunia ini yang mampu melawan kekuasaan-Nya.  UMPORNO terus berdegil dengan memelampaukan kegilaan mereka. Perlu diingat, tiada keburukan dan kebusukan yang berdaya tahan di muka bumi. Allah telah memperingatkan kita bahawa kebaikan pasti mengalahkan kebatilan. Tindakan gila UMPORNO pasti memakan diri mereka sendiri.  Kita lihatlah nanti saat-saat UMPORNO ditelan oleh nafsu serakah mereka sendiri.

Wednesday, May 18, 2011

PENGHARGAAN KEPADA GURU: NAJIB VS BUKU JINGGA

Warga pendidik akan mendapat kesaksamaan menyeluruh melalui Pakatan Rakyat!!!


Kata Najib:
Untukmu Pengetua dan GPK.....

1.Kenaikan gred gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.

2.Semua Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum Sekolah Menengah Gred DG44 pula dinaikkan ke Gred DG48, melibatkan 6,585 jawatan.

3.Semua GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum di sekolah rendah Kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan.

Untukmu GURU BIASA :

Guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan (La nie pun ada jugak pergerakan gaji tahunan... Persoalannya apa benda yang barunya????)

Umum untuk semua GURU....

Semua guru boleh menikmati lonjakan gred dalam perkhidmatan melalui kaedah kenaikan pangkat dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan iaitu :

i. Guru Biasa
ii. Guru Kanan
iii.Guru Wibawa dan
iv. Pendeta Guru.

CATATAN:
Itu pun bermula 01 Januari 2012 dan perlu diingat kepada seluruh Guru Biasa, untuk kenaikan pangkat perlu ada sokongan dari pihak Pengetua/Guru Besar. Ini bermakna guru-guru biasa mestilah mengikut telunjuk mereka yang mungkin akan terjurus kepada arahan kerajaan yang memerintah sekarang.... (Tetapi Januari 2012 tuu tak taulah kerajaan apa yang memerintah... Sama ada masih BN @ PR).

BUKU JINGGA

Khas untukmu SEMUA GURU tanpa memilih 'bulu'....

Golongan Pendidik Diutamakan

Merakamkan penghargaan kepada golongan pendidik yang menjadi teras pembangunan negara dan persaudaraan rakyat, Pakatan Rakyat komited untuk:

Meneruskan bantuan terus kepada semua jenis institusi pendidikan marhaen yang membuka ruang pendidikan kepada rakyat, termasuk bantuan terus kepada golongan pendidik di institusi-institusi ini sebagai penghargaan kepada pengorbanan dan khidmat mereka.

Memperjuangkan pengharmonian gaji pendidik yang berbeza-beza latar belakang dan kelulusan, dengan prinsip memastikan kriteria penilaian yang lebih adil kepada para pendidik mengambil kira kepakaran dan tempoh berkhidmat.

Memperjuangkan skim gaji yang setara dengan golongan profesional di dalam sektor-sektor lain seperti jurutera, akauntan dan doktor yang diikat dengan penilaian prestasi yang lebih adil dan menyeluruh untuk menjamin mutu pendidikan negara.

Menilai semula guna tenaga semasa di sekolah-sekolah untuk memastikan semua guru-guru terlatih dan berkelayakan, termasuk menyelesaikan persoalan naiktaraf guru-guru sandaran.

Mengurangkan karenah birokrasi dan pentadbiran dalam dunia pendidikan yang membebankan golongan pendidik, terutamanya pertukaran-pertukaran dasar utama yang silih berganti dan mengongkong golongan pendidik kepada kerja-kerja menulis laporan dan pentadbiran yang mengurangkan masa pengajaran dan pembelajaran.

CATATAN:
Yang menariknya Buku Jingga nie khas untuk semua Guru adalah "Aspirasi Pakatan Rakyat seperti yang tercatat dalam buku jingga pada kovensyen kedua antaranya ialah mengangkat martabat guru dengan meningkatkan elaun RM500/bulan adalah satu janji yang akan ditunaikan sekiranya Pakatan menang dan berkuasa dan dilaksanakan dalam 100 hari memerintah"

Sama-samalah warga pendidik renung-renungkan.....
Dipetik daripada:  Guru Inspirasiku

Tuesday, May 17, 2011

PM MALAYSIA KRISTIAN BILA PRESIDEN UMNO KRISTIAN

Ramai orang beranggapan bahawa usaha Utuseks Meloya memainkan isu kristian ganti Islam hanya untuk menjatuhkan imej DAP dan PAS yang didakwa bersekongkol dengannya.  Tanpa melihat kepada faktor-faktor lain yang menyelubunginya, memang itulah sangkaan kita.  Utuseks sememangnya sudah dimakan sumpah laknat. Kebodohan mereka terserlah dengan isu ini.  Mereka sebenarnya menikam tuan sendiri dari belakang. Mungkin mereka tidak sedar tetapi itulah hakikatnya.

Pelbagai pihak telah menyatakan bahawa tidak ada kemungkinan langsung untuk Kristian menjadi agama rasmi Malaysia bagi menggantikan Islam dan seorang yang beragama Islam menjadi PM Malaysia.  Alasannya ialah jumlah penganutnya agak kecil dan kerusi penganut Kristian di Parlimen Malaysia juga sangat kecil.  Di samping itu, tidak payahlah kita berdebat tentang kesahihan dakwaan itu kerana semuanya bisa diatur.  Lagi pun UMNO sudah mahir dengan tipu-menipu ini - dulu, kini, dan selama-lamanya.

Namun demikian, peringatan itu sebenarnya dikenenkan oleh Utuseks kepada UMNO.  Pada masa ini parti itu mempunyai ahli-ahli yang beragama Kristian.  Kesemua mereka berasal dari Sabah.  Kita perlu sedar bahawa jumlahnya semakin hari semakin besar kerana pembawaan masuk ahli-ahli UMNO yang beragama Kristian dipergiatkan secara bersungguh-sungguh.  Tidak mungkinkah bahagian UMNO yang berketuakan penganut Kristian akan menjadi lebih daripada satu seperti sekarang ini?  Anda tentu boleh menjawabnya.

Jika demikian halnya, dengan strategi yang mapan dan sokongan badan Kristian antarabangsa, mungkin lima tahun lagi UMNO akan mempunyai seorang presiden yang beragama Kristian. Pada masa itulah PM Malaysia yang beragama Kristian akan terlantik.   Semua pemimpin Sabah yang beragama Kristian dalam parti-parti seperti PBS, UPKO, LDP, SAPP, dan sebagainya akan menganggotai UMNO.  Jangan sekali-kali perlekehkan andaian ini.

UMNO dan PERKASA perlu menghalusi kemungkinan ini.  Merekalah yang menjadi punca kepada kebenaran dakwaan Utuseks itu jika UMNO/BN terus memerintah.  Mampukah mereka menghalangnya sekalipun mereka sudah jadi pembangkang ?  Kesemuanya terserah kepada pemimpin Melayu-Islam dalam UMNO.  Lancarkanlah jihad ke arah menangkis realiti itu. Hal ini tidak ada kena-mengena dengan Pakatan Rakyat. 

Monday, May 16, 2011

BUKTI MAHATHIR PERSENDA ISLAM

Ikutilah ulasan GreenBoc di bawah ini:

Kalaulah hendak dibangkitkan penghinaan yang TDM lakukan terhadap Islam mungkin ruang di blog ini tidak mencukupi.

Mahathir mengutuk ulama', merasakan diri sebagai ulama' al kabir

Beliau menghina ulama’, menghina pandangan Tuan Hj. Ishak Baharum bekas Mufti Selangor yang dipecat, menghina Dr. Harun Din seorang ulama’ yang disegani. Beliau menempelak pandangan ulama’ dalam isu menutup aurat, pertandingan ratu cantik dengan menyatakan ulama’ mentafsir Al Quran untuk kepentingan diri dan ianya bersalahan dari ajaran Islam. Selagi tafsir atau fatwa ulama’ menggugat Mahathir, selagi itulah fatwa tersebut kononnya bertentangan dengan ajaran Islam.

Apakah Mahathir itu layak memberi fatwa dan menjadikan dirinya sorang diktator satu ketika, tetapi juga ulama’ Al Kabir.

Menghina hukum Islam serta memberi fatwa baru

Beliau mempermainkan hukum hudud dengan menempelak bahawa negara Islam yang mengamalkan hudud akan menyebabkan orang Islam semuanya kudung. Beliau juga mempermainkan hukum Allah ini dalam lawak jenakannya. Tidak berupaya melaksanakannya pada masa ini bolehlah dimaafkan tetapi menolak dan mempersendakan Hukum Allah ini adalah melampau dan wajib diperangi.

Menghina Nabi Muhammad sallallahu’alaihi wassalam.

Beliau mempermainkan sunnah Rasulullah. Beliau membuat jenaka dengan janggut Nabi. Beliau mempermainkan pakaian ummat Islam yang dipakai Nabi dan para sahabat dengan menyatakan itu pakaian Arab dan bukan Islam.

Berikut ialah petikan kenyataan-kenyataan Mahathir:

(Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? – Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). "Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud, tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak."

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) 'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.

Memang Mahathir mudah lupa!

Sunday, May 15, 2011

DR M MERAPU LAGI!!!

PAS menganggap kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir semakin merapu kerana mendakwa PAS alat DAP.

Beliau dilapor menyatakan perkara itu ketika merasmikan Mesyuarat Agung Umno Cheras. Mahathir juga mendakwa kewujudan PAS menyebabkan orang Melayu berpecah.

“PAS hendak tanya balik kepada Tun Dr Mahathir kenapa Umno diwujudkan pada tahun 1946, sedangkan sudah ada Parti Kebagsaan Melayu Malaya (PKMM) 1945 yang mewakili orang Melayu,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Ini, katanya menunjukkan Umno juga parti yang ditubuhkan untuk memecah belah orang Melayu atas restu penjajah.

Beliau berkata, buktinya kenapa Umno tidak diharamkan ketika Ordinan Darurat 1948 sehingga semua parti yang tidak sealiran diharamkan seperti PKMM dan Hizbul Muslimin.

Jelasnya, isu PAS alat DAP adalah modal lapuk Umno ketika orang Melayu menolak Umno dan cuba untuk menutup kelemahan Umno yang menjadi kuda tunggangan MCA, Gerakan dan MIC.

“Siapa yang bagi kerusi majoriti Melayu kepada MCA, MIC dan Gerakan? “Apa bukti PAS alat DAP?” soalnya.

PAS, tambahnya boleh membuktikan pengkhianatan Umno kepada Melayu atas nama Melayu terutama di zaman Mahathir memerintah negara selama 22 tahun.

Katanya, pada 1990 seramai 80 penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang tinggal di tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort, 300 ekar tanah rezab Melayu di Pulau Redang Terengganu dijual kepada Vicent Tan.

Nampaknya, kata beliau Mahathir masih cuba untuk membodohkan rakyat kononnya ulama yang berada di dalam Umno menubuh PAS  kerana tidak mendapat tempat kerana tidak pandai berbahasa Arab.

“Faktanya ialah ulama keluar untuk menubuhkan PAS kerana teguran ulama mengenai judi tidak diperdulikan, maka ulama merasakan perlu ada jamaah yang bebas daripada Umno supaya Islam terpelihara,” jelasnya. Beliau menambah, dulu Mahathir menipu rakyat mengatakan PAS ditubuhkan restu penjajah tetapi hakikatnya Umno direstui penjajah.

“PAS ingin mengingatkan kepada Tun Mahathir tidak boleh tipu orang dalam semua masa, insya Allah Pas akan membetulkan fakta yang ditipu oleh Tun supaya rakyat tahu siapa pengkhianat Melayu dan Islam,” katanya.

PAS, ujarnya merasa geli hati apabila Tun memuji perjuangan PAS zaman Dr Burhanudin Helmi dan Datuk Asri, kerana perjuangan mereka betul. Soalnya, bukankah Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab sehingga PAS ditendang daripada BN, ketika krisis politik di Kelantan.

“Beliaulah orang yang diamanahkan oleh Umno untuk menyelesaikan kemelut tersebut, akhirnya PAS ditendang kerana menentang undang-undang darurat di Parlimen. “Bukankah waktu itu PAS dipimpin oleh Datuk Asri Muda? Kenapa sekarang baru memuji  Datuk Asri?” soalnya lagi.
 

Saturday, May 14, 2011

PENGKHIANATAN UMNO KEPADA MELAYU

Tengoklah berapa banyak Tanah Simpanan Melayu telah dikhianati oleh UMNO tetapi sampai sekarang tidak diganti. Ikutilah pendedahan Kedah La Ni di bawah ini.

Tanah Rezab (Simpanan) Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermula 44% TRM yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun.

22,000 ekar tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru, Kampar untuk Univeristi Tuanku Abdul Rahman (UTAR).

200 ekar tanah rizab Melayu, tapak kilang simen Perak Hanjoong di jual kepada YTL.
9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu.

Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2.

26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Piai Johor diambil untuk New Town Ship.

300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Terengganu kepada Vicent Tan.

Pada tahan 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) diambil untuk projek kolam udang.

Tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor.
Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun oleh orang tempatan telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera.

Pulau Batu Putih terlepas pada Singapura.

Seluas 273 ekar rezab Melayu Kg. Chu Badak Sentul K.Lumpur yang diduduki oleh 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan.

Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Penchala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

Sebanyak 840 hektar tanah rezab Melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai Timur)

Tanah seluas 2500 ekar ladang kelapa sawit di Jalong Tinggi Sungai Siput Perak telah dijual kepada Cina Singapura.

INGAT:

MELAYU MESTI PELEKOH UMNO SAMPAI TERTOMOIH.

UMNO PENGKHIANAT AGAMA, BANGSA & NEGARA