Sunday, July 31, 2011

JANJI MANIS NAJIB YANG TERBARU

Najib menambah satu lagi item dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diumumkan kelmarin,iaitu Perangi Kos Kehidupan.

Bagaimanapun pengumuman itu dilihat tidak banyak beza dengan item-item yang dijanjikan kerajaan sebelum ini yang sehingga kini masih terus terbeban dengan kos hidup yang terus meningkat. Pernahkah pemimpin bangsawan ini merasai keperitan sepanjang hidupnya?

Janji terbaru Najib itu seperti biasa hanya sebagai "gula-gula politik" untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Harus diingat bahawa kenyataan itu sendiri membuktikan bahawa pentadbiran BN yang diterajui Najib masih gagal menjadikan rakyatnya hidup dengan selesa biarpun pelbagai program telah dijanjikan.

BUKTI YANG MEMBUAT SPR TAK LENA TIDUR

CATATAN MILOSUAM
 
Seorang Makcik bernama Fatimah Binti Ismail dikesan melalui pengkalan data Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR memiliki kebolehan istimewa iaitu mengundi dua kali di dua tempat berasingan semasa pilihanraya.



No KP lama: 0477150
No KP baru: 481008115284
Nama: FATIMAH BINTI ISMAIL
Tarikh Lahir: 08 Oct 1948
Alamat: KG PADANG SEKOLAH, TOK KAYA KEMASIK, KEMAMAN, TERENGGANU



No KP lama : 0477150
No KP baru : 481008115284
Nama : FATIMAH BINTI ISMAIL
Tarikh Lahir : 08 Oct 1948
Alamat : KG PADANG POLIS, TANJUNG PANTAI, KEMAMAN, TERENGGANU

Makcik Fatimah yang dikesan namanya di dalam daftar pengundi di website SPR ini mempunyai nombor kad pengenalan lama, nama penuh, dan tarikh lahir yang sama. Nombor Mykad pula hanya berbeza pada hujung nombor-nombor tersebut iaitu 76 dan 84 (481008115276 dan 481008115284).

Alamat Makcik Fatimah juga dilihat berbeza. Ini membuktikan bahawa hantu ini boleh mengundi dua kali pada setiap kali pilihanraya. Gua tak pedulilah makcik ni akan mengundi Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, yang gua tahu, rakyat mahu hantu-hantu ini dibersihkan sebersih-bersihnya.

SPR tak payahlah nak temberang konon kamu bersih telus suci lagi menyucikan. Penyokong United Malays No Otak, kalau lu rakyat yang mencari kebenaran, lu patut tentang penyelewengan macam ni. 

"Kalau SPR terus buat bodoh! BERSIH 3.0 bakal menjelma!"

ULASAN TINTA MUTIARA
Inilah antara kes-kes yang akan mempergunakan Borang 11 bagi merealisasikan matlamat UMNO/APCO untuk mendapat undi haram. Perlukah kita membiarkan kekotoran ini terus bermaharajalela dalam daftar pemilih dan UMNO/APCO mengaut untungnya? Jangan sekali-kali. Kita buru mereka hingga ke lubang cacing. 

Saturday, July 30, 2011

SPR DAH MULA RASA PANIK

Kesan perhimpunan BERSIH 2.0 sudah mula menghantui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meskipun UMNO/APCO dan kunco-kunco mereka menyifatkannya sebagai gagal untuk menyedapkan hati masing-masing. Badan yang didakwa tidak bebas itu semakin tertekan pada masa ini. Hal ini berlaku kerana banyak pihak yang membuat semakan terhadap daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR sendiri dan mendapati banyak keraguan yang perlu kepada pembersihan secara menyeluruh. Dengan kata lain, daftar pemilih itu kotor. Antaranya disebabkan oleh:

  • Pengundi berumur 100 tahun ke atas dan sudah meninggal dunia masih tersenarai dalam daftar pemilih;
  • Terdapat antara 66 hingga 88 orang pemilih yang terdiri daripada orang Melayu dan India berkongsi alamat sebuah rumah yang kecil;
  • Kedapatan pengundi yang memiliki dua nombor kad pengenalan baru yang berlainan.
  • Kedapatan nama pengundi yang sama di dua tempat mengundi yang berlainan.
  • Kedapatan nama pemilih dan nombor kad pengenalan baru yang diubah tetapi nombor kad pengenalan lamanya sama di dua tempat mengundi yang berbeza.  
Sebab-sebab yang dikemukakan di atas menjadi bukti nyata ketidakbersihan daftar pemilih di Malaysia. SPR menyalahkan rakyat yang tidak melaporkan kematian seseorang pengundi kepada mereka. Sikap lepas tangan sebegini tidak perlu diamalkan oleh SPR. Bukankah sijil mati dikeluarkan bagi setiap orang yang meninggal dunia? Mengapa SPR tidak berusaha mendapatkannya? Mengapa SPR cuba menyerahkan tugas itu kepada rakyat?

SPR menjadi sebuah badan yang tidak menjalankan amanah yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong apabila dengan sengaja meletakkan terlalu ramai pengundi yang terdiri daripada bangsa yang berlainan di satu alamat yang merupakan sebuah rumah orang Melayu yang sangat kecil. Tidak terfikirkah SPR bahawa mereka telah melakukan tindakan yang sama sekali tidak masuk akal? Tidak mungkinkah hal ini dilakukan atas muslihat tertentu, yakni menguntungkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya?

Tiap-tiap orang yang berumur 12 tahun ke atas di negara ini memiliki satu nombor kad pengenalan. Mengapa daftar pemilih yang sah memperlihatkan kewujudan pemilih yang mempunyai dua kad pengenalan? Jika demikian, mereka boleh mengundi dua kali. Semua rakyat tahu perbuatan itu menyalahi undang-undang Malaysia. Siapakah yang perlu dipersalahkan berhubung kewujudan gejala ini? SPR atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)? Masihkah SPR mahu menafikan kewujudan perkara yang sudah terang lagi bersuluh itu?

Seseorang berhak mengundi di tempat yang namanya tersenarai sebagai pemilih yang sah oleh SPR. Melalui bukti-bukti yang telah diperoleh, ada pemilih yang layak mengundi dua kali kerana namanya terdapat dalam senarai di dua buah tempat sekalipun kaedah biometrik diguna pakai. Sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan oleh SPR, BERSIH 2.0 perlu mengenal pasti orang-orang ini, mengambil gambar mereka mengundi di kedua-dua tempat, dan membuat petisyen di mahkamah untuk menuntut keadilan. Hal yang seserius ini janganlah diheboh-hebohkan saja tanpa sebarang tindakan yang konkrit.

Mengapa SPR begitu cuai sehingga ada pemilih yang memiliki nombor kad pengenalan lama yang sama tetapi nombor kad pengenalan baru yang berlainan di dua tempat mengundi yang berbeza? Apa pula yang dimuslihatkan apabila nama mereka berbeza ejaannya? Bolehkah hal yang memualkan ini diselesaikan oleh SPR sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13  (PRU Ke-13) dilaksanakan dalam masa beberapa bulan sahaja lagi? Harus diingat bahawa taktik ini sudah dapat dihidu muslihatnya. BN akan menggunakan Borang 11 bagi membolehkan pengundi-pengundi kategori ini mengundi. Hal ini pun perlu ditangani supaya menjadi senjata makan tuan bagi BN.

SPR perlu keluar dari sindrom penafian. Mereka perlu meyakinkan rakyat bahawa daftar pemilih telah bersih sebelum PRU Ke-13 nanti. Jika tidak, mereka perlu menghadapi perhimpunan BERSIH 3.0 yang pastinya lebih hebat. Jangan pula nanti ada yang terhegeh-hegeh menafikan hak rakyat untuk berhimpun seperti yang dizinkan oleh Perlembagaan Malaysia. 

Friday, July 29, 2011

UMNO/APCO TAK BAGI WANITA ISLAM TUTUP AURAT?

KATA PUTERA SANTUBONG

Rupa-rupanya, dalam sibuk-sibuk UMNO ke hulu ke hilir menjaja kononnya hak Melayu semakin tergadai, Islam semakin dalam bahaya, DAP semakin ganas menentang Islam, rupanya dalam negeri Melaka sendiri Islam dihinjak-hinjak.

Beza Melaka berbanding negeri lain dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah UMNO menguasai 2/3 kerusi di Dewan Undangan Negeri Melaka. Maksudnya, UMNO mampu memerintah Melaka TANPA Barisan Nasional ataupun parti-parti lain.

Namun, dalam negeri yang dikuasai sepenuhnya UMNO ini, hospital Mahkota Melaka telah tidak mengizinkan pekerja wanita mereka memakai tudung. Saya sendiri melihat dengan mata kepala saya betapa pekerja-pekerja wanita ini memakai ID yang ada gambar mereka memakai tudung, tapi di depan saya mereka membuka tudung.

Rupa-rupanya, perkara itu adalah arahan rasmi dari pentadbiran Hospital Mahkota Melaka. Harus diingat bahawa perkara ini berlaku di bawah pengawasan kerajaan UMNO Melaka.

Kalau di negeri yang mereka kuasai 100% macam ni pun mereka tidak dapat memperjuangkan hak orang Islam yang begitu mudah, apa lagi yang boleh kita harapkan dari UMNO.

Kalau tak salah saya juga, Mahkota Hospital ini juga sebuah Hospital kepunyaan Singapura; sahabat akrab Yahudi Israel. 

APA PENDAPAT ANDA?

Thursday, July 28, 2011

ALAHAI ULAMA MUDA UMNO/APCO

Suatu ketika dulu, 40 orang ulama muda disanjung tinggi kerana menyertai UMNO/APCO. Maka berkokoklah UMNO/APCO dengan angkuhnya kerana berjaya memiliki "permata-permata" itu. Namun, kini yang sebaliknya pula berlaku.

Setelah mereka ini mengkritik BERSIH 2.0 sebagai tidak selaras dengan ajaran Islam, UMNO/APCO menuding jari kepada mereka sebagai Wahabi dan pengganas. Kasihan Ulama Muda UMNO/APCO!!!

Situasinya sama seperti ungkapan peribahasa yang berbunyi "tebu dibalas dengan tuba". Tidak berbaloi langsung dengan "pengorbanan" yang mereka berikan selama ini. Demikianlah dulu, kini, dan selamanya perangai UMNO/APCO. Habis manis sepah dibuang. Pemuda UMNO/APCO langsung tidak peduli. Maka tahulah kita sejauh mana pegangan terhadap Islam dalam kalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO/APCO.  Sejak dahulu hingga kini, golongan agama dalam UMNO/APCO menjadi makanan sekularisme!!!

Wednesday, July 27, 2011

SPR DAN JPN: DUA-DUA KUDA TUNGGANGAN UMNO/APCO

PAS sudah membuat laporan polis yang merujuk kepada dua kes yang berlaku melibatkan individu bernama Mariam Binti Su dan Murugan A/L Subramaniam yang disemak melalui web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mariam memiliki dua kad pengenalan baru berbeza iaitu bernombor 720616025472 dan 720610025738, tetapi mempunyai nombor kad pengenalan lama yang sama iaitu A2278510.

Sehubungan itu beliau mempunyai dua hak mengundi iaitu di Dun Kuala Ketil, Parlimen Baling.

Dua nombor kad pengenalan baru Murugan pula adalah 731002025877 dan 731002025201 yang juga mempunyai dua kali hak mengundi.

Kes tersebut dedahkan Suhaizan dan mendapat respon daripada Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar seperti disiar oleh akhbar The Star bertarikh 24 Julai 2011 dengan tajuk EC: Help us purge 'clones' from electoral roll.

Wan Ahmad antara lain menyatakan bahawa pengundi hantu benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR dan meminta parti politik dan individu tertentu tampil memberi maklumat kepada SPR untuk membersihkan daftar pemilih.

Suhaizan dalam pada itu berkata, beliau yakin kes itu berlaku akibat kecuaian JPN itu sendiri yang telah mengeluarkan dua kad pengenalan baru daripada satu kad pengenalan lama.

Akibat dari itu katanya, SPR menerima data yang salah dari JPN sekaligus membenarkan seorang pemilih mempunyai hak mengundi lebih daripada sekali.

"Sebab itu saya kata pilihan raya di Malaysia ini ruang manipulasi terlalu banyak dan ianya mudah digunakan oleh mereka yang berkepentingan untuk memenangi pilihan raya," katanya.

Biometrik tak atasi undi lebih sekali

Mengulas penggunaan sistem biometrik oleh SPR pada pilihan raya akan datang, Suhaizan dengan tegas berkata cara itu tidak praktikal buat masa ini. SPR perlu membersihkan pengkalan data terlebih dahulu agar tidak diragui sebelum dilaksanakan.

Di samping itu,  pengkalan data sepusat juga diperlukan agar semua tempat mengundi boleh mengakses pengkalan data pusat untuk mengesan sebarang pertindihan.

Tanpa pengkalan data sepusat, pihak tertentu berkemampuan untuk manipulasikannya.
 
Apabila Mariam Binti Su ada dua kad pengenalan, dia boleh mengundi di dua tempat, dan melalui biometrik, Mariam Binti Su ini boleh mengundi di kedua-dua tempat itu kerana mempunyai kad pengenalan yang sah.

Sama-samalah kita lihat ketelusan pihak polis atas perkara yang diadukan itu.

Tuesday, July 26, 2011

SEMAKIN BANYAK SI LUNCAI DALAM UMNO/APCO

Ketika UMNO/APCO berada di ambang kekusutan yang amat sangat maka lahirlah insan-insan seumpama Si Luncai berkata-kata tentang nasib Melayu. Kenyataan mereka ialah Melayu tidak rasis cuma dimanipulasi sedemikian rupa demi memenuhi serakah politik. Betulkah begitu? Adakah rakyat negara ini buta langsung tentang perlembagaan? Adakah rakyat negara ini tidak percaya lagi kepada konsep demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan? Adakah rakyat negara ini sudah melupai kuasa yang ada di tangan Yang di-Pertuan Agong untuk menjaga kepentingan Melayu?

Si Luncai moden yang berteriak ke sana ke mari dari hari ke hari tentang nasib Melayu bernada sendu itu rupa-rupanya sedang bermimpi. Mimpi ngeri itu hadir dalam tidur yang tidak jenera akibat sawan BERSIH 2.0 datang silih berganti. Maka jadilah teriakan itu seumpama anjing menyalak bukit. Bukit tindak runtuh-runtuh. Suara sahaja semakin hilang. Inilah kerja bodoh Si Luncai moden itu.

Tidak payahlah menubuhkan AMANAH hanya untuk mengekalkan semangat Bapa Kemerdekaan dan Bapa Pembangunan. Nostalgia itu sudah punah dikorbankan oleh UMNO/APCO sendiri. Kalau tidak kerana perlembagaan. Kalau tidak kerana konsep demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Kalau tidak kerana tertonggoknya Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. Sudah lama Melayu menjadi bangsa tidak berkelas di Malaysia.

Apa yang tidak dilakukan oleh UMNO/APCO untuk menganiaya Melayu?  Apa UMNO/APCO buat dengan Tanah Simpanan Melayu? Apa UMNO/APCO buat dengan Dasar Ekonomi Baru? Apa UMNO/APCO buat dengan saham Bumiputera yang bernilai RM54 bilion? Apa UMNO/APCO buat dengan Melayu Pulau Pinang? Berapa banyak wang yang dirembat dengan membeli dua biji kapal selam Scorpene? Berapa banyak wang yang disebat melalui PKFZ? Ah! Banyak lagi UMNO/APCO buat sehingga Melayu menderita di tanah tumpah darahnya sendiri.

Tidak payahlah Najib beriya-iya mengatakan rakyat masih perlu memberi kepercayaan kepada UMNO/APCO sebagai peneraju BN untuk memimpin mereka. Tidak payahlah Najib menghina dan merendah-rendahkan keupayaan kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakan kebajikan kepada rakyat. Tidak payahlah Najib berteriak telah memberikan berbilion-bilion kepada rakyat tetapi tak pernah buat bising. Memang dia tak perlu bising kerana yang dihamburkan itu ialah wang rakyat, wang pembayar cukai, dan pelaksanaannya termasuk dalam bidang tanggungjawab kerajaan. Melaksanakan kebajikan dan menjalankan tanggungjawab merupakan dua perkara yang berbeza. Inilah yang gagal dihayati oleh para pemimpin UMNO/APCO. Mereka hanya pandai mengungkit-ungkit "Ini BN sudah buat" dan "Itu BN yang buat".

Bagaimana dengan kerja gelap mereka? Rasuah. Penyelewengan. Penyalahgunaan kuasa. Ketirisan. Pembaziran. Rakyat sudah mengetahuinya. Kini, oleh sebab pilihan raya sudah semakin hampir, keburukan-keburukan itu didelete dengan kemas. Maka dimunculkanlah imej Malaikat UMNO/APCO itu walaupun keganasan BERSIH 2.0 belum pun reda. Bersandiwaralah UMNO/APCO untuk menawan hati rakyat. Bergelutlah para pencacai mereka untuk meramaikan majlis dengan apa-apa cara sekalipun. Rakyat Melaysia sekalian! Fahamilah sedalam-dalamnya kerja Si Luncai moden ini. Kita sudahkan episod itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Monday, July 25, 2011

HALAU BOURDON: NAJIB SETARAFKAN DIRINYA DENGAN BEN ALI

Dengan menghalau Bourdon (peguam Perancis yang mengendalikan kes kapal selam Scorpene itu) Najib telah meletakkan dirinya setaraf Ben Ali; diktator Tunisia yang digulingkan oleh rakyatnya sendiri. Jika sejarah berulang, Najib pun sedang menunggu dirinya disingkirkan dari tampuk kuasa dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.  

Namun, kesan semerta tindakan itu telah menimbulkan tiga hal yang negatif. Pertama, rakyat mula mengesyaki ada yang tidak kena dengan pembelian kapal selam itu. Kedua, rakyat mula mencurigai kebenaran pengakuan yang dibuat tentang pembunuhan Altantuya. Ketiga, dunia luar sudah mula mempersoalkan integriti pucuk pimpinan negara.

Kesemua itu memberi petanda yang lebih buruk kepada Malaysia.  Sudahlah keganasan polis polis terhadap pendemonstran BERSIH 2.0 tidak dapat ditutup, datang pula kes ini. Maka semakin mendalamlah keparahan yang dihadapi oleh UMNO/APCO ketika ini. Apa tidaknya, saman pun sudah mula dikemukakan!!!

Kerajaan pimpinan Najib ditekan dari segenap penjuru hingga sesak nafas. Hal ini telah menyebabkan mereka kehilangan rasionaliti. Bayang-bayang pun sudah dianggap musuh yang berbahaya. Itulah sebabnya mereka bertindak sembrono ketika ini. Hendak berjumpa rakyat pun susah. Rakyat tak mau datang. Untuk membanyakkan orang, dibawalah murid-murid sekolah. Diberikanlah kepada mereka itu makan minum yang secukupnya. Alangkah malunya menjadi pemimpin yang terpaksa meminta-minta seperti itu. Inilah penanda hayat UMNO/APCO sudah semakin hampir ke penghujungnya.   

Sunday, July 24, 2011

POLIS DAN UMNO/APCO YANG BEBAL SEBEBAL-BEBALNYA!!!

Nampaknya pihak polis terlalu beriya-iya hendak membersihkan nama mereka yang tercalar kerana bertindak ganas terhadap pendemonstran BERSIH 2.0 yang kesemuanya tidak bersenjata. Mereka tidak mahu mengaku ada pendemonstran yang dipukul. Mereka tidak mahu mengaku ada pendemonstran yang ditendang. Mereka tidak mahu mengaku gas pemedih mata disasarkan tepat kepada pendemonstran. Mereka tidak mahu mengaku gas pemedih mata dihalakan ke Hospital Tung Shin. Mereka tidak mahu mengaku sebagai penyebab pendemonstran mendapat beberapa jahitan setelah dimasukkan ke hospital. Mereka tidak mahu mengaku kereta polis langgar motor yang dinaiki Mat Sabu. Anehnya, manusia di seluruh dunia telah menonton pelbagai video yang menunjukkan polis bertindak ganas terhadap pendemonstran. Perkara ini memang sudah menjadi lumrah alam. Tak kan ada orang yang mahu mengaku dia berak tengah jalan. Itulah sikap polis yang menjadi raja di Malaysia pada 9 Julai 2011.

Yang mereka gambarkan ialah imej baik melalui pemaparan video secara berpilih-pilih. Mereka melayan pendemonstran dengan makanan dan minuman yang istimewa. Kononnya RM25.00 satu kepala. Padahal menurut hitungan saksi harganya mungkin RM6.00 sahaja sekepala. Mungkin ada pihak yang songlap duit peruntukan tu. Hal ini tidak dijelaskan oleh pihak polis sehingga kini.

Tiada gunanya polis menegakkan benang yang basah dalam kes ini. Rakyat Malaysia tidak akan percaya. Rakyat menjadi semakin benci kepada polis dan kerajaan. Banyak pihak yang mengiyakan kenyataan itu, termasuk mereka yang berada di pihak kerajaan sendiri. Tiada gunanya polis cuba menutup kenyataan bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 merupakan sesuatu yang berjaya. Hanya polis dan UMNO/APCO yang akan kata perhimpunan itu gagal. Namun demikian, gelagat yang mereka tunjukkan selepas perhimpunan itu penuh dengan gerun dan cemas. Tiada gunanya berpura-pura. Orang kampung pun dah tahu.

Apa yang tersirat di sebalik semua yang tersurat itu? UMNO/APCO takutkan kebangkitan rakyat menjahanamkan mereka. Mereka seboleh-bolehnya tidak mahu melepaskan kuasa yang sedang dipegang kepada orang lain. BERSIH 2.0 yang mendapat sambutan segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, warna kulit, dan agama itu begitu menakutkan mereka. Maka digunakanlah cara kekerasan untuk mengatasinya. Dengan memilih jalan bebal itu, mereka telah tersilap catur. Rakyat terlalu payah untuk menerima kelentong UMNO/APCO sejak akhir-akhir ini. Oleh sebab itu, tiada gunanya polis atau UMNO/APCO berhempas-pulas memulihkan imej yang telah berserabut itu. Anda semua sudah memerangkap diri sendiri. Terima sahajalah kesannya!!!  

Saturday, July 23, 2011

POLIS MALAYSIA MEMANG BAIKKKK!!!!

Gambar pendemonstran BERSIH 2.0 solat dengan tangan diikat polis
bukti 'layanan baik' polis Malaysia

Friday, July 22, 2011

TUNTUTAN BERSIH 2.0

KATA BERSIH 2.0:


1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

CATATAN TINTA

Kemukakan tuntutan sudah. Demonstrasi sudah. Tak mengaku buat salah sudah. Tipu atas darat sudah. Langgar titah Agong sudah. Tak mau berunding sudah. Tunjukkan bukti bergambar sudah. Buat laporan polis pun sudah. Boleh pakai baju kuning tanpa lambang BERSIH 2.0 sudah. 

Yang belum berubah ialah UMNO/APCO. Yang belum berubah ialah SPR.  Yang belum dibuat ialah debat dengan SPR tentang wujudnya ketidakailan dalam pilihan raya.

Pemuda PKR sudah buat cabaran. SPR bagaimana?

Thursday, July 21, 2011

UMNO/APCO PENIPU

Janganlah terpedaya dengan retorik kosong pemimpin UMNO. Dahulu mereka adakan DEB. Golongan marhaen Melayu, Cina, dan India dapat kuah. Pemimpin UMNO dan kroni tak menang tangan mengaut isinya. Dahulu mereka bercakap tentang Ketuanan Melayu. Apabila konsep bongok yang pekat dengan  bau perkauman itu menyebabkan orang bukan Melayu menyisihkan UMNO dan berpaling kepada PR yang meladeni semua kaum secara saksama, UMNO menggelepar macam cacing kepanasan mencari jalan untuk mengatasinya. Sampai sekarang habuk pun tak ada.

PM Bangsawan turun padang. Kononnya untuk melihat dengan mata sendiri kesusahan yang ditanggung rakyat. Bila balik ke pejabat, harga minyak pun dinaikkan. Bukan itu sahaja, tambang bas pun hendak dinaikkan. PPSMI masih juga diteruskan sampai 2012 nanti walaupun golongan intelek Melayu menentangnya. Nampaknya pemimpin UMNO berasa diri mereka lebih intelek daripada pengkritik-pengkritik PPSMI itu. Selaraskah tindakan itu dengan cakap yang keluar dari mulut cabul mereka, iaitu "era kerajaan lebih tahu telah berlalu"? Kaki Najib dah letih ke? Lama benar dah tak turun padang. Semua dak okey ke?

UMNO memang pandai menipu. UMNO memang pandai menanam tebu di tepi bibir. UMNO memang pandai menggunting dalam lipatan. UMNO memang kaduk naik junjung. Menolong UMNO dapat diumpamakan sebagai melepaskan anjing yang tersepit.

"MALAYSIAKU SATU"

Wednesday, July 20, 2011

PEMBODEK MENJAHANAMKAN UMNO/APCO

Perihal UMNO/APCO bersifat feudal dan dipenuhi insan pembodek sudah lama diketahui umum, bukan baru-baru ini saja. Feudalisme bermukim dalam jiwa ahli-ahli UMNO/APCO lantaran dirinya ditubuhkan di istana. Oleh sebab itu, kebangsawanan menjadi ciri-ciri utama semua pemimpin mereka. Maka berlagak hebatlah mereka seumpama raja yang berkuasa mutlak. Kerjanya hanya mengumpul kekayaan untuk diri sendiri dan kroni. Orang Melayu yang menyokong mereka secara tidak berbelah bagi dikhianati sehingga tidak dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain di tanah tumpah darah mereka sendiri.

Namun, rakyat jelata sentiasa mengintai tabiat buruk mereka. Menteri bodek Najib. Semua yang diucapkan ialah perkara yang boleh menyenangkan hati bos. Media kongkongan bodek Najib habis-habisan. Apa-apa juga yang dibuat oleh Najib diberi kredit. Fiil buruk Najib ditutup kemas-kemas. Jika ada kritikan pedas kepada kerajaan, jangan harap berita itu hendak disiarkan. Jika ada berita yang boleh memburukkan Pakatan Rakyat, berita itu diualang-ulang selama beberapa hari. 

Pembodek-pembodek inilah yang akan menjahanamkan UMNO/APCO. Rakyat masa kini terlalu sukar untuk makan bodek. Mereka sudah tahu, rakyat diulit dengan ampu bodek untuk membolehkan pemimpin tidak bertanggungjawab ini mencuri kekayaan yang sepatutnya menjadi milik mereka. Sang penguasa yang biadap ini akan kecundang juga akhirnya. Rakyat Malaysia sedang menanti dengan penuh debaran saat itu.   

Tuesday, July 19, 2011

PAKAILAH KEMEJA T BERTANDA B2

Polis yang ternyata tidak konsisten dalam tindakan mereka telah mengizinkan rakyat memakai baju kuning dengan bersyarat. Syaratnya tidak boleh ada simbol BERSIH 2.0 pada kemeja T itu. Maknanya bolehlah simbol itu diganti dengan B2.

Perlu diingat bahawa semangat BERSIH 2.0 yang telah bersemarak itu perlu dilestarikan demi mengingatkan pihak yang berwewenang bahawa kita semua serius dengan lapan tuntutan yang sama-sama disepakati.

Sekali gus kita bersedia melihat perubahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Badan ini telah mendakwa pembangkang hanya pandai buat bising.  Tidak pernah ada bantahan rasmi yang mereka terima setakat ini. Sekretariat BERSIH 2.0 ataupun Pakatan Rakyat perlu menyahut cabaran ini dengan kadar yang segera.  Jangan beri peluang kepada SPR untuk memperlekehkan BERSIH 2.0 atau pembangkang di Dewan Rakyat Malaysia.

Monday, July 18, 2011

KUNING MEREALISASIKAN MALAYSIAKU SATU

Tidak syak lagi bahawa kuning (BERSIH 2.0) telah merealisasikan konsep Malaysiaku Satu. Para pendemonstran yang terdiri daripada Melayu, Cina, India, dan lain-lain telah berpadu tenaga melaksanakan tuntutan yang sama. Mereka saling membantu ketika perarakan dan ketika dianiaya pihak polis. Sikap seperti ini berlaku kerana kesepakatan yang wujud dalam diri mereka tanpa paksaan. Keikhlasan berjuang terbayang pada wajah semua pendemonstran Himpunan 709. Inilah yang menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia.

Tidak ada tempat untuk perkauman sempit di perhimpunan itu. Mereka tidak mengira sama ada anda Melayu atau Cina atau India atau lain-lain. Merekalah orang Malaysia yang menjunjung konsep Malaysiaku Satu. Perkara paling membanggakan ialah mereka berpegang kepada satu tekad yang murni, iaitu keadilan. Mereka menentang ketidakadilan penguasa melalui penyatuan suara, bukannya senjata. Namun, semburan air berkimia, gas pemedih mata, dan keganasan polis menghitamkan petang yang syahdu itu. 

Peristiwa hitam itu tercalit dengan penahanan, penyeksaan, dan kematian. Seluruh dunia menyaksikannya. Anehnya, penguasa masih mahu mempertahankan diri daripada serangan warga dunia terhadapnya. Mereka sebenarnya tidak punya harga diri. Mampukah mereka membersihkan diri tatkala orang Cina, India, dan lain-lain berasa selamat ketika berada dalam kelompok Melayu-Islam yang bernaung di bawah panji-panji Pakatan Rakyat (PAS, DAP, dan PKR)?

Inilah fenomena Malaysiaku Satu. Fenomena ini muncul melalui evolusi, bukan transformasi. Tidak ada paksaan langsung dalam proses pewujudannya.  Rakyat Malaysia perlu berbangga dengan kehadirannya. Inilah penyatuan yang tulen. Ketulenan itu mampu bertahan lama selagi obor keadilan menyala dalam hati setiap insan yang jujur. Malaysiaku Satu menghunjam 1 Malaysia rapat ke dinding!!!  

Sunday, July 17, 2011

PERINGATAN UNTUK PR

Penanda-penanda signifikan yang muncul melalui keputusan PRU Ke-12 ialah perpindahan yang amat ketara undi kaum Cina dan India kepada PR.  Secara menyeluruh, orang-orang Melayu, terutama penghuni kawasan luar bandar dan pedalaman masih setia kepada BN.  Namun, trend  perubahan mula kelihatan di Perlis, Pahang, Negeri Sembilan, dan Johor.

Sehubungan itu, keempat-empat negeri itu tidak boleh lagi dianggap sebagai kubu kuat BN. Angin perubahan yang bertiup kencang termasuk di Sabah dan Sarawak akan mencederakan BN. Situasi inilah yang perlu diambil kesempatan oleh PR untuk mempertingkatkan jumlah sokongan kepada mereka.

Semua pihak perlu sedar bahawa kemerosotan sokongan terhadap BN disebabkan oleh kegagalan mereka membaca kehendak rakyat. Rakyat telah bosan dengan lakonan mutu rendah BN. Setelah menghilang selama lima tahun, mereka muncul menunjuk muka berbekalkan berbagai-bagai bentuk habuan bagi memperbaharui mandat.

Ketika itulah mereka sedar tentang pentingnya merendah diri.  Jika perlu, mereka sanggup tunduk memeohon restu rakyat.  Namun, rakyat pada hari ini bukanlah seperti rakyat tahun 70-an, 80-an, dan 90-an yang belum boleh berdikari, malah amat memerlukan bantuan atau tongkat untuk berjalan.

Harus diingat bahawa golongan daif hanya wujud di kawasan-kawasan pedalaman, sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah, atau Sarawak. Mereka ini ketinggalan dalam pelbagai bidang. Mereka tidak memperoleh maklumat selain daripada tv dan akhbar pro-BN. Oleh sebab itu, pemikiran mereka masih tertutup. Golongan inilah yang mudah diperkotakkatikkan oleh BN. Di sinilah letaknya lubuk atau kubu kuat BN.

PR perlu mempunyai strategi khas untuk menguasai pengundi di kawasan-kawasan pedalaman.  Pasukan khas yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat perlu ditubuhkan untuk memberi penjelasan berhemah, panduan, tunjuk cara, dan bersosialisasi.  Dengan berbuat demikian, golongan ini mampu berdikari, terbuka mindanya, dan tidak lagi berserah pada nasib semata-mata.

Hal yang sama perlu dipraktikkan kepada golongan daif yang mendiami pinggir bandar. PR perlu menerima hakikat bahawa semua masalah boleh diselesaikan. Yang penting dalam soal ini ialah usaha, keazaman, dan keikhlasan menghulurkan bantuan.

Semua aktivitis PR perlu menghayati dan melaksanakan lirik lagu "Budi Bahasa Budaya Kita" yang berbunyi:

           Kita berkhidmat jujur dan ikhlas,
           Mencurah bakti tak minta dibalas.  

Semua pihak harus sedar bahawa BN tidak pernah ikhlas bila menjalankan tanggungjawab kepada rakyat. Apa-apa juga yang mereka buat mesti ada maksud tersiratnya.  Mereka tidak memberi sesuatu tanpa mengharapkan balasan. Mengungkit telah menjadi trade mark para pemimpin BN.

Buktinya telah sama-sama kita lihat selepas tamatnya PRK Bukit Gantang dahulu.. Setelah berbagai-bagai benda ditaburkan kepada orang Cina, UMNO masih kalah. Sokongan orang Cina tertap juga kepada PAS/PR.  Kekesalan dan kemarahan Muhyiddin terhadap orang Cina disiarkan secara terbuka dalam akhbar arus perdana berbahasa Melayu.

PR perlu membentuk imej positif yang berbeza sama sekali dengan BN. Jangan sekali-kali terjebak ke dalam perbuatan yang memakan diri sendiri. Berjanjilah sesudah anda betul-betul yakin dapat menunaikannya.


Saturday, July 16, 2011

MAU KASI BILISIHHHHH!!!!

Apa yang Queen Elizabeth buat sampai Najib Altantuya merah padam mukanya?



Kah kah kah...

Kah kah kah...

Haaa, tau takpe kah kah kah..

Kena sindir bagus punya!
KUNING MAAAAAAA!!!!!
MAU KASI BILISIHHHHHH LOOOO!!!

DIA CAKAP PUN DEPAN BUNGA KUNING!
KASI BILISIHHH!!!

TAK LAMA LAGI BERSIHLAH TUUU!!!



MANYAK BILISIHHH MAAAAA!!!

Friday, July 15, 2011

MENTALITI UMNO/APCO YANG LAPUK

KATA LIM KIT SIANG
Disebabkan ketinggalan zaman, Lim berkata Utusan Malaysia dan Umno tidak dapat memahami atau berasa empati terhadap insiden yang berlaku dalam perhimpunan itu.

Daripada tuduhan liar yang dilemparkan Utusan Malaysia, Lim berkata ia jelas membuktikan nasihat yang diberikan profesor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin supaya pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuang mentaliti era Perang Dingin dalam berhadapan dengan bangkangan dan menguruskan aspek sekuriti negara.

Dalam nasihatnya, Dr Shamsul berkata musuh Umno Barisan Nasional sekarang bukan lagi komunis, tetapi pergerakan madani yang mempunyai kesedaran politik yang meningkat dan menyeru pentadbiran Najib untuk beralih daripada pendekatan tradisional kepada bukan tradisional, yang menurutnya mempunyai lima komponen iaitu tenaga atau kuasa, air, makanan, kesihatan dn pendidikan.

“Shamsul Amri telah mengingatkan BN bahawa musuh mereka bukan lagi komunis yang berperang dalam hutan tetapi adalah pergerakan awam yang melibatkan politik kelas pertengahan yang membawa isu-isu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

“Selain itu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ‘perang ugutan’ yang dilakukan akan memberikan kesan kerana rakyat Malaysia sudah tidak takut kepada pasukan keselamatan,” kata Lim.

Dalam kenyataannya juga, Lim berikrar untuk memakai pakaian berwarna kuning setiap Sabtu sehinggalah enam ahli Parti Sosialis Malaysia yang ditahan di bawah Ordinan Darurat dilepaskan, pengharaman Bersih dibatalkan dan 8 tuntutan Bersih 2.0 dilaksanakan.

ULASAN TINTA

UMNO/APCO sudah lama ketinggalan zaman. Tatkala rakyat Malaysia sudah maju ke hadapan, UMNO/APCO masih berpegang kepada amalan-amalan usang dan enggan berubah. Sehubungan itu, mereka gagal membaca kehendak rakyat yang progresif. Mengaitkan BERSIH 2.0 dengan komunis ternyata amat menjengkelkan.  Menempelkan BERSIH 2.0 dengan huru-hara tidak langsung masuk akal. Pendemonstran yang datang ke Kuala Lumpur semuanya tidak membawa senjata. Malangnya ada pihak akhbar tang mengubah suai gambar yang diambil untuk memfitnah bahawa ada pendemonstran yang membawa pisau dan membaling objek ke kenderaan polis. Walaupun didera, rakyat masih siuman. Yang tidak siuman ialah polis dan para wartawan yang sejak mula lagi mahu berhasrat untuk menghentam BERSIH 2.0 tidak kira bagaimana caranya.
Ketegangan ditimbulkan oleh pihak yang berbekalkan segala kelengkapan. Pendemonstran hanya ada kekuatan fizikal. Amatlah memalukan jika polis mengambil kesempatan atas kekurangan itu untuk kemudiannya menuduh pendemonstran bertindak ganas. Mereka hendak berhimpun secara aman tetapi dihalang oleh polis. Oleh sebab itu, mereka hanya ada satu cara untuk menyelesaikan permasalahan itu. Jalan penyelesaian itu ialah merempuh polis. Mereka berjaya kerana lebih ramai daripada polis. Bengang dengan kegagalan itu, polis melepaskan gas pemedih mata dan semburan air berkimia. Itulah punca huru-hara yang sebenarnya.  Situasi akan tenang dan syahdu sekiranya polis mengawal perarakan pendemonstran yang telah pun berjanji hendak mengadakan perhimpunan aman. 

Ketakutan kepada bayang-bayang sendirilah yang menyebabkan UMNO/APCO dan pemikir-pemikir mereka yang separuh tiang merangka pelan tindakan sebegitu rupa. Hal seperti ini tidak berlaku di negara-negara maju yang menyanjung tinggi prinsip demokrasi. Sudah begitu, tidak mahu pula bertanggungjawab terhadap kekerasan yang dilakukan kepada pendemonstran. Perdana Menteri melepaskan dirinya dengan cara mendelete semua yang telah keluar dari mulutnya sebelum semuanya berlaku. Kualiti, kredibiliti, dan integriti Najib hilang entah ke mana. Apakah yang boleh dibanggakan dengan seorang pemimpin seperti ini? Rakyat Malaysialah yang malang kerana mempunyai pemimpin sepertinya.

Thursday, July 14, 2011

GANYANG UMNO/APCO DENGAN BERSIH 3.0 PULA?

UMNO/APCO masih tetap dengan sindron penafian mereka terhadap kebangkitan puluhan ribu orang pendemonstran pada 9 Julai 2011 yang lalu. Mereka tidak menganggapnya sebagai satu ancaman.  Pihak polis yang sentiasa patuh kepada arahan UMNO/APCO juga tidak mahu mengaku kejahatan yang mereka telah lakukan pada hari itu. Tidak syak lagi bahawa kedegilan-kedegilan semua pihak itulah yang mengembangkan rasa benci rakyat kepada UMNO/APCO.

UMNO/APCO bukan sahaja perlu menerima desakan rakyat supaya menerima semua lapan tuntutan yang diutarakan oleh BERSIH 2.0 itu malahan juga berhenti menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai instrumen kemenangan mereka dalam setiap kali pilihan raya umum. Rakyat mempercayai bahawa belum wujud pilihan raya bersih dan adil di Malaysia jika melihat bukti pelbagai kukuh yang gagal disanggah oleh SPR. Badan yang tidak bebas ini berusaha sehabis daya mengelak daripada memperkatakan isu-isu itu sebaliknya cuba mengalih perhatian rakyat kepada kekangan yang mereka hadapi. Jika demikian keadaannya, kerajaan pimpinan Najiblah yang perlu membuat perubahan kepada perkara-perkara yang dituntut itu. Namun, UMNO/APCO juga bersikap lepas tangan tentang perkara ini walaupun telah dibangkitkan sejak tahun 2007 yang lalu.

Jika keduaan ini berterusan tanpa sebarang perubahan, rakyat yang terdiri daripada segenap lapisan, yakni tua dan muda, tidak akan teragak-agak untuk melancarkan BERSIH 3.0 pula. Presiden PAS sudah mengeluarkan kenyataan bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 itu cuma satu permulaan. Maknanya akan ada lagi tunjuk perasaan yang lebih hebat daripada itu. Kali ini PAS yang akan menggerakkannya.

Sebelum kedatangan BERSIH 3.0 rasanya perlulah rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan keadilan memakai apa-apa saja yang berwarna kuning pada setiap Sabtu agar semangat BERSIH 2.0 sentiasa dilestarikan.  Unggun Bersih yang diancam Peludah Warna perlu disemarakkan sehingga semua tuntutan berjaya direalisasikan. Rakyat perlu mengajar kerajaan yang nampaknya terus berdegil tidak mahu menghiraukan kemahuan mereka.

UMNO/APCO perlu menerima hakikat bahawa imej mereka tercalar teruk akibat keengganan membenarkan BERSIH 2.0 berdemo di Stadium Merdeka.  Pada masa yang sama, pihak polis kini menjadi musuh rakyat. Mereka lebih rela menjadi hamba pemerintah yang tiada integriti daripada melindungi rakyat yang dizalimi. Ironinya, mereka pula yang bertukar menjadi penzalim tegar. Atas nama demokrasi, rakyat tidak akan membenarkan perkara ini berterusan.

Kebangkitan golongan muda dalam perhimpunan BERSIH 2.0 sepatutnya menjadi pengajaran kepada UMNO/APCO bahawa mereka kehilangan sokongan golongan tersebut walaupun Himpunan Sejuta Belia baharu sahaja disempurnakan. Harus diingat bahawa belia yang memenuhi jalan raya sekitar Kuala Lumpur pada 9 Julai lepas jauh melebihi jumlah yang hadir dalam majlis tajaan kerajaan itu. Janganlah memandang rendah tunjuk rasa mereka.

Pakatan Rakyat (PR) perlu memastikan sokongan yang berpihak kepada mereka ini sentiasa dilipatgandakan sehingga tibanya Pilihan Raua Umum Ke-13 (PRU 13). Hanya dengan cara itu Putrajaya dapat ditawan oleh PR. Hal itu tidak lagi mustahil jika benar-benar kena caranya. Komen-komen meraban daripada menteri-menteri UMNO/APCO sekarang ini menampakkan dengan jelas kerisauan yang bersarang dalam benak mereka. Kita perlu sedar bahawa UMNO/APCO tidak mendapat sokongan daripada semua kerabat mereka dalam hal ini. Telah berlaku keretakan hubungan yang ketara antara parti-parti dalam Barisan Nasional (BN) sekarang ini. MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBB, PBS, PBRS, SPDP, PRS, LDP, UPCO, dan SUPP hanya membisu seribu bahasa. Peluang terbuka untuk PR mengganyang BN hingga mereka membaham tanah.

Wednesday, July 13, 2011

PAK SAMAD DAN PATRIOT: BEZANYA MACAM LANGIT DENGAN BUMI

UMNO/APCO dan PRDM (Polis Raja Di Malaysia) berusaha keras untuk membela diri tetapi tetap tidak terbela. Katak puru-katak puru politik pun dah berbuih mulut mengata-ngata demonstran BERSIH 2.0 tetapi nampak benar tidak berupaya mendapat sokongan rakyat.  Begitu jugalah dengan profesor kangkong dari menara gading yang melantun-lantun ucapan mengampunya. Ampu bodek semua pihak sudah tidak berguna lagi. Rakyat boleh tengok video melalui media alternatif yang tidak menipu. Laporan media luar negara pun tidak berat sebelah.

Terlalu banyak kekejaman yang dilakukan oleh polis terhadap para demonstran, termasuk juga terhadap sebuah hospital. Polis tidak mahu mengaku. Namun, ada videonya sebagai bukti di internet. Ini bukan zaman batu. Tidak payahlah TV3 suku melalak setiap hari untuk memenangkan UMNO/APCO yang tidak disokong oleh mana-mana parti komponen BN dalam isu ini.

Kehadiran lebih kurang 100 orang yang kononnya Patriot tidak memberi apa-apa kesan kepada puluhan atau mungkin ratusan ribu pendemonstran BERSIH 2.0 pada petang itu. Mereka hanya menyemak dan tidak lebih daripada pelancong demonstrasi. Sudahlah begitu, diupahnya pula mamat Bangla untuk meramaikan majlis mereka. Tak malu sikit pun. Sesudah kena lanyak, tuduh pula BERSIH 2.0 upah pendemonstran BERSIH 2.0 yang datang bertali arus pada petang itu untuk membuktikan bahawa polis tak rok cetong.  Polis tidak berjaya menggagalkan perhimpunan rakyat. Mereka melepaskan geram kerana kegagalan itu dengan melanyak para demonstran tanpa perikemanusiaan.

Namun, anak-anak muda pada petang dapat melihat seorang dewasa yang tinggi hemahnya. Dialah yang menjadi idola kepada anak-anak muda itu. Kita berharap Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said akan terus dengan pendiriannya menentang apa-apa jua kezaliman. Tahniah Pak Samad. Andalah harapan anak muda Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan. 

Tuesday, July 12, 2011

TV RADIO KAKI TIPU




DEY MACHA!!!
TV RADIO DOK MOMOK RAKYAT
PERHIMPUNAN BERSIH ADALAH PERHIMPUNAN HARAM
PERHIMPUNAN BERSIH AGENDA KOMUNIS
PERHIMPUNAN BERSIH MELEMAHKAN SYAHWAT
PERHIMPUNAN BERSIH MEROSAKKAN NEGARA
KAH! KAH! KAH!

DEPA TERLUPA NEGARA KITA DAH LAMA ROSAK TERBARAI
DIROSAKKAN OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN RAKUS
MENGHABISKAN DUIT RAKYAT SEWENANG-WENANGNYA
MACAM DUIT MAK BAPAK DEPA
BAIK PULIH KEDIAMAN RASMI RM3.5 JUTA
BIL LETRIK SAMPAI RM160,000.00 SEBULAN
BIL AIR RM33,000.00 SEBULAN
BUAT PAGE FESBUK RM1.8 JUTA
KAH! KAH! KAH!
(petikan dari biaqpila)

ULASAN TINTA

Inilah kerja buat pemimpin UMNO/APCO.  Mereka sedang mempropagandakan keburukan BERSIH 2.0 sekarang ni. Sengaja nak alih perhatian rakyat kepada perbuatan buruk mereka. Semuanya kaki tipu. Rakyat tak termakan semua hasutan itu. Mereka sudah dapat maklumat sahih daripada media alternatif. Satu juta orang sokong BERSIH 2.0 dalam tinjauan The Star. Najib minta golongan silence majority menyatakan pendirian terhadap BERSIH 2.0 alih-alih lebih 100 ribu golongan itu mahu dia letak jawatan. Padan muka. Tiada yang ingin sokong Najib. Kesian.

Monday, July 11, 2011

UMNO/APCO PERDAYA RAKYAT

KATA MALAYSIAKINI
 
Kerajaan Persekutuan pimpinan BN telah “memperdayakan” rakyat apabila Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) menyatakan bahawa kerajaan menanggung bil subsidi berjumlah RM74 bilion pada 2010, kata seorang pakar ekonomi hari ini.

azlanBercakpa pada dialog belanjawan Selangor 2012 di Subang Jaya, profesor pelawat Universiti Nottingham, Subramaniam Pillay berkata 54 peratus daripada bil itu adalah untuk pendidikan dan kesihatan yang sebenarnya adalah tanggungjawab kerajaan.

"Semua kerajaan di dunia beri subsidi untuk barangan berlainan untuk golongan rakyat yang berbeza. Tetapi bagi pendidikan dan kesihatan, yang dinamakan oleh pakar ekonomi sebaragai 'public goods' dan ini adalah tanggungjawab kerajaan,” kata Subramaniam yang bersara daripada jawatan Ketua Sekolah Perniagaan Universiti Nottingham tahun lalu.

"Semua negara maju di seluruh dunia beri subsidi dalam jumlah yang besar untuk kesihatan, kecuali di Amerika Syarikat tetapi (Presiden Barack) Obama baru-baru ini membentangkan Rang Undang-undang Kesihatan.”

Jika dua barangan itu dikeluarkan, bil subsidi hanya berjumlah RM31.1 bilion dan daripada jumlah berkenaan, subsidi makanan yang secara langsung sampai kepada rakyat hanya bernilai RM3 bilion atau lebih kurang 2 peratus daripada bajet kerajaan persekutuan.

NONEKatanya, sebahagian besar subsidi RM23.7 bilion untuk bahan api dan tenaga yang dibayar pada 2010 disalurkan kepada subsidi gas yang kemudiannya diberikan kepada pengeluar tenaga bebas.

"Bagi infrastruktur, semua subsidi disalurkan kepada (konsensi lebuhraya) bukan kerana mereka memerlukannya tetapi kerana mereka menandatangani perjanjian (dengan kerajaan) yang bodoh. Ini bukan subsidi untuk rakyat,” katanya.

Perangkaan RM74 bilion yang dikeluarkan oleh PEMANDU seringkali digunakan oleh BN sebagai alsan bahawa pengurangan subsisidi petrol, gas asli, diesel dan barangan makanan yang lain adalah berpatutan kerana kerajaan menanggung bebanan yang berat.

ULASAN TINTA

Memang itulah kerja UMNO/APCO dulu, kini, dan selamanya. Tidak habis-habis menipu rakyat. Mereka masih tenggelam dalam pemikiran tahun-tahun 1950-an dan 1960-an. Rakyat Malaysia sudah bijak pada masa ini. UMNO/APCO tidak mungkin berjaya menipu rakyat selamanya. Mereka akan menerima pdahnya apabila Pilihan Raua Umum Ke-13 (PRU Ke-13) diadakan nanti. 

Pengundilah yang berhak mengubah keadaan ini. JOM UBAHHH!!!


Sunday, July 10, 2011

NAJIB PENIPU BESAR, KITA LANCAR KEMPEN "1 MALAYSIA KOTOR" PULA

Polis Raja Di Malaysia (PRDM) sepatutnya berasa amat malu kerana gagal mengekang rakyat berhimpun di "Forbidden City of Kuala Lumpur" pada 9 Julai 2011 walaupun mereka menunjukkan kegarangan melampau sehari sebelumnya.  Gertakan mereka tidak berjaya menakutkan rakyat kerana lebih daripada 50,000 orang telah berhimpun.  Benarlah seperti yang dikatakan oleh Presiden PAS bahawa semakin ditindas semakin ramai yang turun ke perhimpunan itu.  Dari satu sudut yang lain, keghairahan PRDM beriya-iya menyekat rakyat ke Kuala Lumpur telah menimbulkan kesesakan di Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Timur-Barat. Hal ini disebabkan oleh kegagalan PRDM merancang strategi. Para demonstran sebenarnya telah datang sehari atau dua hari lebih awal ke Kuala Lumpur. 

Di tempat-tempat perhimpunan PRDM terpaksa menggunakan kekerasan untuk menyuraikan lautan manusia itu. Sekali lagi PRDM menunjukkan buta hati mereka sehingga melepaskan gas pemedih mata ke arah Hospital Tong Shin berdekatan Puduraya.  Walaupun ramai pemimpin BERSIH 2.0 ditangkap, Sasterawan Negara A. Samad Said berjaya lolos ke Istana Negara tetapi disekat polis untuk menyerahkan memorandum. 

Kejayaan ini juga memberi tamparan hebat kepada Mamak-Mamak Patriot yang dipimpin oleh Khairy. Kehadiran mereka seramai lebih kurang 1,000 orang hanya sekadar tunjuk muka sahaja. Mana lagi mamak dan Melayu-UMNO yang lain?  Nampak benar UMNO/APCO tidak mampu membayar untuk meramaikan peserta. Mana ada semangat puak-puak ni.
Baju kuning BERSIH 2.0 sememangnya berhantu. Tabik BERSIH 2.0 kerana berjaya merasuk UMNO/APCO hingga hilang akal. Selepas ini apa kata kita cetak baju putih bertulis 1 Malaysia KOTOR pula? Kita sama-sama tengok apa pula reaksi UMNO/APCO dan semua media pembodeknya. Bila ada ceramah Pakatan Rakyat di mana-mana, semua pesertanya pakai baju itu.   

Namun demikian, persoalan utama yang perlu dirungkai adalah menemui punca semua perkara itu  berlaku.  Punca utamanya ialah Najib penipu besar. Dia melalak suruh BERSIH 2.0 melalak di stadium sampai hilang suara dengan syarat datang dengan baik, berdemo dengan baik, dan pulang dengan baik.. Apabila BERSIH 2.0 menyahut saranannya dengan meminta Stadium Merdeka, dia tak bagi. Jika dia bagi tempat itu, semua rakyat Malaysia tidak perlu menjalani hidup sebegitu.  Sekarang dengan muka tak malu dia lepas tangan. Pemimpin pembohong seperti inikah yang kita mahu? Tumbangkanlah UMNO/APCO dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti!!!

Saturday, July 9, 2011

UMNO/APCO LIDAH BIAWAK

Lidah UMNO macam lidah Bani Israel yang diceritakan dalam Al Quran. Banyak songel, banyak alasan!!




Baca kenyataan Noh Omar berikut;    
 
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, penganjur perhimpunan 9 Julai ini sepatutnya menyuarakan tuntutan mereka di Parlimen dan bukannya berhimpun di jalanan mahupun stadium.


Beliau berkata, Parlimen dilihat sebagai saluran paling sesuai untuk berhujah mengenai tuntutan itu untuk dijawab oleh menteri bertanggungjawab.

Baca pula kenyataan Noorhaiza Mariena;

Wanita Umno melahirkan rasa kesal dengan sikap Ambiga kerana cuba berdolak dalik serta memperlekehkan titah Yang di-Pertuan Agong supaya membatalkan hasrat mengadakan perhimpunan haram itu.

Penolong Setiausahanya, Noorhaiza Mariena Mat Ramli berkata, tindakan Ambiga mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong hari ini membuktikan bahawa beliau derhaka terhadap titah perintah Tuanku sebelum ini yang menggesa supaya perhimpunan itu dibatalkan.

Kenyataan dua Bani Israel Melayu. Kenapa bangang sangat. Ambiga telah diterima Agung untuk berjumpa. Ada perbincangan di antara mereka. Agung menasihatkan atau menitahkan supaya diadakan di stadium. Maksudnya ada perkenan Agung, kenapa pula pandy kutty ini persoalkan pula. Kalau pandy kutty, jangan tunjukkan pandy kutty pada orang!! Letih ooo...main dengan puak-puak nih!!  



ULASAN TINTA

Selagi UMNO bernama UMNO dan bersekongkol dengan APCO, mereka akan tetap sama dengan pandy kutty. Tiada harapan untuk mereka berubah. Agong suruh mereka berlaku adil. Ada mereka ikut? Tidak. Mereka terus suruh polis tangkap orang yang membicarakan tentang BERSIH 2.0 di serata tempat. Mereka burukkan BERSIH 2.0 dengan penemuan-penemuan senjata, bom petrol, dan sebagainya. Mengapa mereka berbuat demikian? Itulah arahan APCO kepada mereka jika tidak mahu kuasa tercabut daripada tangan.

Friday, July 8, 2011

TIPU PRESIDEN UMNO/APCO: BETUL-BETUL PANDY KUTTY

Najib sudah kena tipu. Dahlah kena tipu melalak pula serang BERSIH 2.0 berserta mengapi-apikan perkauman sempit dengan menyerang Ambiga. Inilah imej Perdana Menteri (PM) yang berkualiti rendah di Malaysia.

Mengapakah ahli-ahli UMNO/APCO sanggup menipu presiden mereka sendiri?  Orang-orang ini sebenarnya sudah kehilangan harga diri, sama seperti yang diungkapkan Sasterawan Negara A. Samad Said dalam puisi kontroversinya "Unggun-Bersih".  Demikianlah standard yang dimiliki oleh UMNO/APCO sekarang ini.  Mereka hendak menyerang Kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan dan BERSIH 2.0 akhirnya berpatah balik kepada mereka. 

Najib melalak tapak perhentian teksi Pasir Puteh dijual tanpa mengemukakan sebarang bukti sahih. Cakap ikut sedap mulut sahaja. Husam kata tiada penjualan dan minta dikemukakan bukti. UMNO/APCO yang melepaskan peluru bodoh itu terkunci mulut. Bukan itu saja, mereka juga terperangkap dalam perkauman sempit apabila menyerang Ambiga malahan juga terkangkang dengan dakwaan dapat sambutan hebat. Hebat taik kucing apa kalau semua penjawat awam diwajibkan hadir dan budak-budak sekolah turut diusung siap dengan berpakaian seragam. Tentulah ambil duit rakyat nak sediakan pakaian, makan, dan minum. Itu sajalah "kebijaksanaan' UMNO seperti yang diajar oleh APCO.  

Malang sungguh Malaysia ada PM yang sebegitu mudah diperkotak-katikkan oleh ahli-ahli partinya sendiri. Langsung tak ada kelas. Rangkaian perbuatan celaka seperti itulah yang menjahanamkan UMNO/APCO. Hilanglah kualiti, kredibiliti, dan integriti kepemimpinan mereka. Parti Pandy Kutty sememangnya tidak layak memerintah Malaysia. Kita perlu ubah. Sertailah BERSIH 2.0 untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Thursday, July 7, 2011

UMNO/APCO TAK MENGAKU BERAK TENGAH JALAN

LAPORAN BERNAMA
 
Anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan tunjuk perasaan anti Ketua Menteri Lim Guan Eng. Sungguh aneh. UMNO/APCO tidak mengaku terlibat tetapi rakyat tahu mereka berselindung di sebalik NGO bedebah tu.

Mereka berarak hampir sejam dari Masjid Melayu Lebuh Aceh ke Komtar.

NONEBagaimanapun Zainal Abidin berkata, terdapat anggota parti itu yang menyertai pelbagai NGO di negeri ini.

"Memandangkan parti ini rapat dengan rakyat, banyak anggota kita terbabit dengan NGO. Mereka pergi (demonstrasi) atas nama NGO sendiri," katanya.

Beliau berkata, sebagai parti yang bertanggungjawab, Umno tidak akan mengadakan demonstrasi seumpama itu.

"Saya mendapat banyak rungutan daripada masyarakat Pulau Pinang bahawa keadaan lalu lintas sesak teruk sehingga menyebabkan aktiviti mereka terganggu.

NONE"Sama juga yang akan berlaku pada 9 Julai (perhimpunan haram), kalau mereka buat juga demonstrasi, lalu lintas akan sesak dan kita tak dapat menjalankan kerja seperti biasa," katanya.

Katanya, Umno Pulau Pinang berharap perhimpunan haram pada 9 Julai ini tidak diteruskan kerana ia akan mencetuskan lebih banyak demonstrasi daripada pihak yang tidak menyokong perhimpunan itu.

"Elok jangan kita adakan benda yang boleh menggugat keselamatan negara. Bolehkah kita mengawal keadaan bila semua orang nak mengadakan demonstrasi," katanya.

KOMEN PEMBACA MALAYSIAKINI


Kepada Penagih-penagih  duit BN untuk beli undi PRU13 nanti, simpanlah duit itu untuk makan ank bini anda kerana cuma itu saja peluang terakhir anda pegang duit sebab lepas tu bila BN jadi pembangkang, tak payah dok berangan nak dapat duit dah.. FIKIRlah baik-baik.. ITU PELUANG TERAKHIR ANDA..!! 


Alasan!!! Bukan UMNO konon. hahaha.. tak mengaku pun rakyat dah tahu UMNO kat belakang.. polis pun celaka gila babi.. bersubahat.. makan duit haram, rakyat bayar utk jaga keamanan, bukan buat kerja jahat UMNO.. hatuihhh!!!! 


Alasan yang sterotype....bersih yang menggabungkan banyak NGO dan PR depa kata pembangkang kudakan NGO/NGO pro pembangkang...kita pun boleh kata NGO/NGO ni sangat rapat dengan rakyat yang sukakan ke"BERSIHAN'.....yang ajaibnya, NGO yang pro-UMNO boleh pulak buat demo...dalam masa sama nak ajar kita erti adil...ape ni?? 


Lepas berak...hoiiiiii sapa berak niiiii..sifatUMNO. 


Umno nafi terbabit dalam demonstrasi? Itu Ezam masih parti PKR ke? Lokman Adam pun PKR ke? Sebab itu kecoh Selangor dan Penang ni. Dah buruk dah rupa Melayu t-shirt merah ni. Terpekik-pekik, orang Cina pun tak faham mereka nak apa sebenarnya. Cayalah Kuda Trojan! Lepas ni Firaun Kecil lawan Ezam Nor. 


Apa punye statement daa!!...orang UMNO pun percaya itu orang mereka...he he he! 


Demo secara tibe2 boleh plak.. polis pun tengok je.. at least BERSIH bagitau jugak bile dan dimana.. supaya orang ramai yang tak nak terlibat menjauhkan diri. takde la tersangkut dalam jem ke hape ke.. ape laaaa... 


Dulu puak umno cakp...tgk buat demo org cina ngan india x pegi pun melayu jak ramai....pas tu ble ramai cina and india kena tangkap durg ckap tgk org cina ngan india suke ajak melayu ikut join demo..... 


Kepala hotak empa UMNGOK nafi terbabit. ptui.. sapa naina marican tu bukan pemuda umno pala batas ka.. bayar sorang rm50 pastu bwk budak2 join siap dapat mkn lagi apa crita.. semua dalam poket la barua UMNGOK wei....

APA PULAK PANDANGAN ANDA?

Wednesday, July 6, 2011

BUAT HIMPUNAN BERSIH 2.0 DI SEMUA STADIUM DI SELURUH NEGARA

Yang di-Pertuan Agong telah pun bertitah. Titah baginda itu wajar dipatuhi oleh semua golongan rakyat. Kita sedang menanti reaksi UMNO/APCO terhadap titah tersebut. Kita juga sedang menanti reaksi pendokong BERSIH 2.0 terhadapnya. Sekali gus kita menyaksikan campur tangan istana dalam kes kecelaruan politik di Malaysia masa kini.

Perlukah BERSIH 2.0 dibatalkan?  Meskipun ketika rencana ini ditulis, kita belum mendengar apa-apa jua perkhabaran daripada mana-mana pihak, BERSIH 2.0 perlu diteruskan. Perhimpunan itu perlu diadakan secara besar-besaran. Di mana? Di seluruh negara kita ada banyak stadium. Adakan perhimpunan BERSIH 2.0 di semua stadium yang ada di negara kita. Tidak kira stadium besar, sederhana, atau kecil. Himpunkan semua rakyat yang terdiri daripada orang Melayu, Cina, India, dan lain-lain. Perhimpunan itu perlu diadakan secara berperingkat-peringkat bermula dari Kangar, Perlis hingga ke Semporna, Sabah selagi lapan tuntutan itu tidak dipenuhi.

Beritahu mereka lapan tuntutan BERSIH 2.0 itu. Biar UMNO/APCO tahu bahawa niat sebenar BERSIH 2.0 bukan untuk menggulingkan kerajaan atau menentang Yang di-Pertuan Agong. Biar UMNO/APCO tahu bahawa semua peserta perhimpunan BERSIH 2.0 tidak kurang ajar seperti mereka yang berdemonstrasi di Pulau Pinang itu.  Biar seluruh dunia tahu peserta perhimpunan BERSIH 2.0 cerdik dan bertamadun.

Apabila sampai Pilihan Raya Umum Ke-13, kita pakat-pakat pangkah Pakatan Rakyat demi menamatkan pemerintahan UMNO/BN. Jom ubahhhhh!!!

Tuesday, July 5, 2011

UMNO/APCO SUDAH JADI GANGSTER KEBANGSAAN

UMNO/APCO benar-benar menjadi samseng sekarang ini.  Mereka menuduh BERSIH 2.0 akan menimbulkan huru-hara. Mereka juga menjadi Ahli Nujum Kebangsaan kerana meramal benda yang belum berlaku. Mereka terperangkap dalam kemaksiatan kerana memfitnah dan menilik merupakan kesalahan besar dalam Islam. Merekalah orang Islam yang tidak ambil pusing tentang halal dan haran atau dosa dan pahala. 

Rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih kepada UMNO/APCO kerana menunjukkan wajah mereka yang sebenar tanpa disuruh apalagi dipaksa. Golongan inilah gangster kebangsaan yang sebenarnya. Alangkah anehnya apabila polis yang menjadi rakan mereka hanya menangkap 6 orang sahaja setelah membiarkan mereka berarak sejauh satu kilometer, memecahkan banyak cermin kereta sepanjang jalan dan menyampaikan ucapan bernada perkauman.

UMNO/APCO tidak akan mampu mengabui mata rakyat. Mereka pasti bertindak ganas apabila terasa kedudukan mereka sebagai penguasa semakin tergugat. Hakikatnya rakyat tahu BERSIH 2007 berjalan dalam keadaan aman. Keadaan menjadi kelam-kabut apabila polis menyembur air dan gas pemedih mata. Tindakan ganas polislah yang menimbulkan kemarahan rakyat. Mereka menyatakan bantahan itu ke atas kertas undi dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU Ke-12). 

Tidak mustahilkah hal itu berulang lagi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13? Kelihatannya amat sahih peristiwa yang sama akan berlaku. Belum apa-apa BERSIH 2.0 dan baju kuningnya diharamkan. Belum apa-apa pemakai baju kuning BERSIH 2.0 dan penjualnya ditangkap. Belum apa-apa khutbah Jumaat menuduh perhimpunan BERSIH 2.0 pencetus huru-hara. Belum apa-apa polis halang ceramah Pakatan Rakyat (PR) walaupun diadakan di kawasan persendirian. Belum apa-apa UMNO/APCO bertindak ganas terhadap penyokong BERSIH 2.0 di Pulau Pinang. Belum apa-apa polis tuduh Parti Sosialis Malaysia (PSM) nak hidupkan ideologi komunis. Demikianlah antara gambaran ketakutan UMNO/APCO terhadap perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang hanya akan dilangsungkan pada 9 Julai 2011 nanti.

Semakin kuat tentangan UMNO/APCO terhadap BERSIH 2.0, semakin kuat sokongan rakyat terhadapnya. Jangan ingat rakyat akan takut. Semua rakyat Malaysia sudah tahu Daftar Pemilih yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bersih. SPR sendiri mengakuinya dan disokong pula oleh bukti yang sahih. Apa-apa jua pembaharuan yang kononnya dilakukan, terserlah mereka menjadi alat pemerintah dan bersekongkol dengan pengundi hantu.  

Monday, July 4, 2011

KEJAHILAN PEMIMPIN UMNO/APCO

SANGGAHAN TERHADAP ZAHID HAMIDI
 
Gesaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya pemimpin PAS solat istikharah berhubung video seks menyerlahkan lagi kejahilannya terhadap hukum feqah dalam Islam. 

Demikian Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali sebagai respons kepada laporan Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk “Nik Aziz digesa solat istikharah”.

Kenyataan itu memetik kata-kata Zahid selaku Naib Presiden UMNO yang berkata: Saya fikir mereka (pemimpin Pas) perlu melakukan solat sunat istikharah untuk memohon hidayah Allah sama ada segala kebenaran di sebalik video seks itu berpihak kepada Anwar atau tidak.

Khairuddin berkata, kenyataan itu menunjukkan UMNO semakin tersepit pada hari ini.

“Tidak cukup dengan kebiadapan Utusan yang menyiarkan karikatur yang menggambarkan persepsi yang negatif terhadap Islam, pada hari ini kita membaca pula kenyataan Naib Presiden UMNO yang menggesa supaya pemimpin PAS melakukan solat istikharah dalam menangani isu seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang,” katanya.

Jelasnya, solat istikharah tidak dilaksanakan untuk bertujuan yang bertentangan dengan hukum syarak.

Dalam isu ini, katanya seseorang itu tidak dianggap bersalah melakukan kesalahan zina selagi tidak didatangkan dengan empat orang saksi. Ini, ujarnya adalah peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT secara jelas di dalam Al-Quran dan Al-Hadis.  Penetapan merupakan kaedah keterangan yang dipegang dalam Islam.

Katanya, selagi tidak didatangkan 4 orang saksi maka seseorang itu  tidak bersalah dan tidak melakukan zina.

“Tiada seorang Islam pun yang berhak untuk keluar daripada ketetapan Allah Subhanahu wa Ta'ala ini,” tegasnya.

Justeru, beliau meminta para alim ulama dalam Umno seharusnya menasihatkan pemimpin mereka supaya berhati-hati sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan urusan agama sebelum masyarakat turut menjadi haru-biru dek kerana kenyataan tersebut.

ULASAN TINTA

Naib Presiden UMNO/APCO itu sudah ada PhD dan sudah menunaikan haji. Prinsipnya tentang Islam langsung tidak selari dengan dua perkara yang disebutkan itu. Inilah hasilnya jika seseorang itu berpegang kepada fahaman kebangsaan dan sekularisme.  Sementelahan pula sedang dikuasai dengan kukuhnya oleh APCO.  Oleh sebab itu, mereka hanya mengejar dunia.  Sedikit benar yang ditumpukan kepada soal-soal keakhiratan yang kekal abadi. 

Semua ahli UMNO/APCO perlu menyedari kesilapan pegangan mereka selama ini. Janganlah terus dibuai mimpi keduniaan yang sementara. Berhijrahlah kepada pegangan yang kukuh terhadap al-Qur'an dan Hadis. Dengan kedua-duanya kita dijamin kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Allah tetap akan menunaikan janji-Nya!!!   

Sunday, July 3, 2011

SPR: SATU RUMAH ADA 64 PENGUNDI?

SPR sepatutnya membuat semakan terhadap daftar pemilih yang baru dikemas kini Mei lalu. Jika benar-benar serius akan tanggungjawabnya beliau harus menjelaskan bagaimana sebuah rumah yang kecil ini boleh terdapat seramai 64 pengundi di dalamnya.. dan bagaimana pula sebuah lagi rumah yang berada di kawasan yang sama boleh mempunyai seramai 88 pengundi pula?

Rumah kecil ini mempunyai 65 pengundi..


Ini ialah pemilih yang beralamat 1138 kesemuanya berjumlah 64 Orang, nombor di hadapan senarai ialah nombor siri dari Daftar Pemilih dan nombor terakhir ialah alamat rumah.

15 330422085529 L 1933 MOHD YUSOF BIN MOHD SOOM 1138
48 410403085435 L 1941 MOHD HUSSIN BIN CHAT 1138
44 410108075218 P 1941 RAMLAH BINTI MAT ALI 1138 TBP
76 441202085836 P 1944 EMBIN BINTI ABD RAHMAN 1138
86 460819025036 P 1946 KHATIJAH BT HASSAN 1138
95 470102075254 P 1947 KARTHIYANI A/P PERUMAL 1138
98 470302025470 P 1947 SITI ASA BINTI ARIFIN 1138
114 480928075516 P 1948 MANGGAKASSIN A/P PARMAL 1138
115 481214045168 P 1948 MARIAM BINTI SAAD 1138
125 491107025478 P 1949 SITI JAMALIAH BINTI MD MIN 1138

187 540612025178 P 1954 KECHIK BINTI HAMID NT 1138
194 541029025212 P 1954 RAFTAH BINTI HASSIM 1138
246 561118075201 L 1956 MOHD RASHID BIN MD NOOR 1138
263 571007085860 P 1957 ROBIAH BINTI DIN 1138
273 580328075625 L 1958 MURAD BIN HASSAN 1138
282 580925075498 P 1958 ZAHARAH BINTI MD NOOR 1138
297 590316085577 L 1959 MAT ZAIN BIN MOHD YUSOF 1138
313 590925025721 L 1959 SAMSUDIN BIN REJAB 1138
335 610414085007 L 1961 MARATHAIYAH A/L PACHAVANAM 1138
338 610607075569 L 1961 RUSLI BIN MD NOOR 1138

342 610816025939 L 1961 ABU HASSAN BIN REJAB NO 1138
346 610907075659 L 1961 K PRAMASIVAN A/L P KALIMUTHU 1138
357 620410075724 P 1962 MARIAMA A/P CHELLIAH 1138
372 621204075445 L 1962 KARIM BIN MD.NOOR 1138
373 630101025634 P 1963 SABIRAH BINTI GHAZALI NT 1138
402 641007025009 L 1964 RAMLI BIN ZAHID 1138
408 641121025838 P 1964 BAHIYAH BINTI REJAB NT 1138
418 650712075495 L 1965 MOHAMAD BIN SHAARI 1138
430 660322075800 P 1966 SALASIAH BINTI MD NOOR 1138
439 660531075081 L 1966 AZHAR BIN ISMAIL 1138

455 670407076123 L 1967 AZHAR BIN MD NOOR 1138
475 680406075646 P 1968 JAYABHARATHI A/P VETTANATTAYIL 1138
479 680523106341 L 1968 EWAN BIN ZULKIFLI 1138
496 690220035733 L 1969 ROSLAN BIN ABDUL 1138
498 690516075216 P 1969 AMUTHAVALLI A/P SUBBAYAH 1138
506 691020075655 L 1969 AZNI BIN MD NOOR 1138
519 700618075117 L 1970 SHAMSUDDIN BIN DIN 1138
520 700626085219 L 1970 AMIR BIN HASAN 1138
524 701118075983 L 1970 KAMARUDIN BIN MD NOOR 1138
528 710114086030 P 1971 JULIANA BINTI KAMARUDDIN 1138

550 720605075351 L 1972 KAMARUDDIN BIN DIN 1138
552 720621025397 L 1972 ISMAIL BIN MOHD YUSOF 1138
568 730713075657 L 1973 KAMARUL ZAMAN BIN REJAB 1138
584 741210075253 L 1974 IBRAHIM BIN MOHD YUSOF 1138
585 741227075559 L 1974 MUHAMAT BIN ABDUL HAMID 1138
595 750606086594 P 1975 JAMILAH BINTI MOHD YUSOF 1138
596 750710075588 P 1975 ROSLINDA BINTI MOHD RANI 1138
610 761223025624 P 1976 NORAINI BINTI ABDAUL RASHID 1138
614 770205075542 P 1977 MANJULA A/P KRISHNAN 1138
616 770422086221 L 1977 JOHAR BIN AHMAD 1138

624 771203075869 L 1977 NAZRI BIN ABDUL HAMID NO. 1138
628 780220076227 L 1978 KUMARAN A/L KRISHNAN 1138
635 781221075159 L 1978 AZMAN BIN HASAN NO 1138
644 790822075001 L 1979 THURAIRAJ A/L KRISHNAN NO 1138
657 800806075593 L 1980 MUHAMAD ASRI BIN ABDUL RAZAK 1138
659 800902075323 L 1980 VISVA A/L KRISHNAN 1138
667 810410075182 P 1981 HANIZA BINTI ABDUL HAMID NO 1138
687 820621086200 P 1982 AIDA BINTI HASAN 1138
700 830414075583 L 1983 HAMZAH BIN MAT ZAIN NO 1138
704 830526075561 L 1983 MOHD REDZWAN BIN ABDULLAH 1138

748 850828075450 P 1985 SUHASINI A/P K PRAMASIVAN 1138
754 860302355465 L 1986 YASSIN BIN ABDUL HAMID 1138
758 860823565556 P 1986 NORAIZADATHULAKMA BT MAT RODZI 1138
773 880528355335 L 1988 MUHAMAD SAHLAN BIN SAMSUDIN 1138

Siapakah yang boleh menafikan bahawa SPR bersih jika ini yang mereka lakukan? Mengapa mereka menutup akses pengguna untuk laman carian setelah fakta ini didedahkan?   Ada banyak lagi kecurangan yang belum terdedah. Mereka ketakutan kerana sudah kantoi.

SERTAILAH BERSIH 2.0!!!

Catatan:
Dipetik daripada AnakSgDerhaka.