YAKJUJ DAN MAKJUJ

Friday, September 30, 2011

TOPENG KEMUNAFIKAN UMNO/APCO

UMNO/APCO mendakwa isu hudud dibangkitkan oleh PAS untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu Mat Sabu. Dakwaan ini sungguh pelik kerana semua orang tahu bahawa merekalah yang gatal punggung menyebarkannya. Hanya setelah mereka kalah berhujah, baharulah dakwaan ini timbul. UMNO/APCO terasa betapa pedihnya apabila ditikam oleh keris telanjang mereka sendiri.

Dalam keadaan gawang mereka telah dibolosi, UMNO/APCO berpindah pula kepada isu Guan Eng menghina Johor. Daripada bahan bukti yang dikemukakan, pernyataan yang keluar dari mulut Guan Eng itu tidak original. Dia hanya menyebut kembali kata-kata yang pernah dilemparkan oleh Lee Kuan Yew satu ketika dahulu.  Anehnya, Statistik yang dikeluarkan oleh PDRM sememangnya menunjukkan kadar jenayah di Johor lebih teruk dari Pulau Pinang. Takkanlah mereka yang histeria tentang isu ini tidak mahu terima statistik yang dikeluarkan oleh pihak polis!!! Kesian PDRM.

Beralih kita kepada persoalan tidak original tadi. Hakikatnya, Johor tidak ambil kisah sangat maruah mereka dicalarkan oleh bekas Perdana Menteri Singapura itu. Buktinya terbentang  luas di depan mata kita. Rasa malu diperkecilkan itu mereka campak jauh-jauh hanya semata-mata kerana mengharapkan sangat-sangat penyertaan pelabur Singapura di Iskandar Malaysia. Tanpa penyertaan Singapura, Iskandar Malaysia akan jadi projek gajah putih sahaja.
  

Jadi, apa alasannya untuk UMNO/APCO menghentam Guan Eng. Jawapannya senang sahaja. UMNO/APCO dengkikan kejayaan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang diterajui DAP. Dengan berbuat demikian, mereka harap pengundi Cina akan marahkan Guan Eng. Begitu juga dengan pengundi Melayu. UMNO/APCO mengambil pendekatan yang salah apabila menggunakan pernyataan tidak original untuk menghentam lawan. Takkan setakat itu sahaja kemampuan para strategis UMNO/APCO berfikir menjelang PRU Ke-13 nanti. Macam budak-budak main pondok-pondok sahaja.

Sementelahan pula kita telah sama-sama lihat susur galur laku perbuatan UMNO/APCO terhadap gang sendiri dan musuh mereka. Bila Manoharan terbitkan idea nak tukar bendera Malaysia kerana didakwa sama dengan bendera Amerika Syarikat, dia diasak dan terus dihentam oleh UMNO/APCO dan suku-sakatnya walaupun setelah memohon maaf atas kesilapannya itu. Apa tindakan UMNO/APCO apabila Idris Jusoh nak tukar bendera negeri Terengganu dan tidak pernah memohon maaf hingga sekarang? Jawapannya: TIADA. UMNO/APCO mendesak tindakan  diambil terhadap Guan Eng yang didakwa menghina Johor. Apa tindakan yang diambil oleh UMNO/APCO apabila Ali Rustam hina Kelantan? Jawapannya: NAHE. 1 Malaysia apa lagu ni? Pooooooooodahhhhhhhhhhhhh!!! Depa buat semua boleh, orang lain semua tak boleh.

Lupakah perlakuan kebudak-budakan mereka mengutip kembali RM100 daripada warga emas atas alasan wang itu dari sumber judi? Berminggu-minggu mereka menghentam DAP. Apa yang mereka dapat? Malu yang tidak terhingga kerana gagal memulangkan wang itu kepada kerajaan negeri berserta semua nama yang enggan menerimanya. Apa sebenarnya yang terserlah? Lakonan kepura-puraan yang langsung tidak ada kelas. Yang terbukti menggunakan wang judi ialah UMNO/APCO sendiri. Najib menggunakan wang judi yang jumlahnya berjuta-juta ringgit untuk membantu pelbagai jenis sekolah. Mengapa dua badut UMNO/APCO yang melenting dalam isu wang judi di Pulau Pinang dulu tidak melenting kali ini? Jawapnya ialah UMNO/APCO mengamalkan sikap double standard dasar perjuangan mereka. Lupakah mereka tentang pengakuan seorang wakil rakyat mereka sendiri bahawa UMNO/APCO yang bertanggungjawab memundurkan Melayu di Pulau Pinang? Lupakah mereka tentang UMNO/APCO yang mencantas peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat  (SAR)?  Setelah Pakatan Rakyat memberi semula peruntukan itu, Muhyiddin tanpa rasa malu hulur tangan hendak bantu SAR. Ada lagikah masa untuk merawat buruk siku UMNO/APCO?

Mengapakah ahli-ahli UMNO/APCO diam membisu apabila Najib menyahkan kuota 30% Bumiputera bagi merealisasikan Model Ekonomi Baru? Mengapa mereka terus diam apabila Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) gagal memainkan peranannya? Adakah kerana Najib mengusulkan pembentukan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) yang nampaknya dinaungi Biro Ekonomi UMNO/APCO? Orang Melayu perlu menghalang Presiden UMNO itu menggadai kepentingan Melayu demi meraih pelaburan asing dan pada masa yang sama terus meningkatkan kekayaan kroni-kroninya.

Di satu pihak yang lain, rakyat Malaysia perlu mengenakan tekanan yang lebih hebat dan berterusan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya daftar pemilih di negara ini benar-benar bersih. Hakikatnya, Pengerusi SPR tidak berkata benar pada 19 Ogos 2011 yang lalu. Dalam bulan puasa pun menipu!!! Dia mendakwa bahawa kesilapan dalam daftar pemilih SPR hanyalah 0.0001% sahaja. Buktinya ialah jumlah pemilih yang digugur dan disiasat setakat ini berjumlah 120,361 daripada 12.3 juta pemilih, iaitu 0.98%. Kita percaya peratusnya jauh lebih besar daripada itu. Prihatin dan desakan seluruh rakyat Malaysia yang teguh sahaja yang mampu membersihkan daftar pemilih sebelum PRU Ke-13 berlangsung.

Wujud banyak masalah dalam kalangan pemimpin UMNO/APCO pada masa kini. Pemikiran mereka makin bercelaru setelah menentang hukum Allah. Mereka akan terus diburu rasa bersalah selagi tidak bertaubat. Umat Melayu-Islam akan menolak UMNO/APCO yang terang-terangan menyanggah pelaksanaan undang-undang Islam. Alasan yang mereka berikan dan ditegaskan berulang kali mensahihkan bahawa mereka lebih rela Malaysia menjadi sebuah negara sekular, bukannya negara Islam. Perisytiharan Malaysia sebagai negara Islam selama ini menjadi topeng kemunafikan UMNO/APCO yang terang lagi bersuluh!!!

Thursday, September 29, 2011

KOLEKSI PEMIMPIN UMNO/APCO HINA ISLAM

KOLEKSI KENYATAAN/UCAPAN YANG MENGHINA ISLAM, MENGELIRUKAN RAKYAT MENGENAI ISLAM DAN MENGHALANG PERKEMBANGAN ISLAM DI MALAYSIA

(Kenyataan Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan -

(Kenyataan Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan). Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.

(Ucapan Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 Umno bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah). Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.

(Kenyataan Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno). Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud.

(Ucapan Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

(Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? -

(Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -

(Kenyataan Najib Razak pada 20 April 1992 kepada para wartawan). Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994). "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini."

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994). "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."

(Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). "Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam."

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991). "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."

(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak."

(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."

"(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 15 Julai 1994). Jika semua urusan selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita akan mengiktiraf negara itu."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 28/9/2001) Perhimpunan Agong Umno. Mahathir berkata: Malaysia telah diistiharkan sebagai sebuah Negara Islam oleh Dr Mahathir ketika merasmikan Kongres Tahunan Partai Gerakan pada 28 September 2001 yang lalu.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad3/3/94) 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 14/7/92) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 2/5/92) 'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dankaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 1994) 'Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud'( hukum Islam)

(Dato' Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) 'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'. (Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) 'Apa erti negara Islam jika mundur'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 11/1/02 Berita Harian Mahathir berkata):Malaysia adalah sebuah negara Islam sejak merdeka dan peniaga serta pelancong Jepun sudah melawat negara ini sejak itu lagi. Kita tidak mengalami sebarang perubahan walau sedikitpun, lantas kebimbangan ini tidak berasas sama sekali, katanya berucap pada majlis jamuan meraikan rakan sejawatannya dari Jepun, Junichiro Koizumi di Seri Perdana di sini malam ini.

Firman Allah SWT: "Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya) tidaklah beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakimAllah swt." (al-An'am:57)

Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang kafir" (al-Maidah: 44)

Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim" (al-Maidah:45)

Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang fasiq" (al-Maidah:47)

Firman Allah SWT: "Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagiorang-orang yang yakin?" (al-Maidah:50)

MENGHINA SUNNAH - BERJANGGUT
(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa).

Di zaman itu nak cukur pun mudah ke?Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir".

MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK
(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam".

Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat".

(Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas:

"Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa".

Allah berfirman: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka.( An-Nuur:31)

Sesungguhnya termasuk ahli neraka, iaitu perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat.mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium buanya (Muslim)

MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA'
(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada."Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih."

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC). " Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata membuat persediaan untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka".

Wednesday, September 28, 2011

JAUHILAH UMNO/APCO

Orang Islam wajib meyakini bahawa hukum Allah dilaksanakan untuk menegakkan keamanan dan keadilan. Janganlah bersetuju dengan pandangan para pemimpin UMNO/APCO seperti Muhyiddin yang mengatakan bahawa hukum Islam hanya boleh dilaksanakan setelah keamanan dan keadilan ditegakkan. Pandangan UMNO/APCO ini benar-benar menyalahi hukum Allah. Di mana mereka belajar?

Mereka berbuat sesuatu hanya mengikut hawa nafsu sendiri. Dengan kata lain tidak berdasarkan acuan atau panduan yang autentik. Adakah mereka beranggapan bahawa materialisme, nasionalisme dan sekularisme itu autentik? Jika demikian, sekali lagi UMNO/APCO menentang ketentuan Allah.

Orang Islam yang berimankan Kitab Suci al-Quran dan Hadis Rasulullah perlu menjauhi puak-puak sebegini yang sentiasa menjauhkan kita daripada kebahagiaan yang dijanjikan Allah dalam kehidupan yang kekal untuk selama-lamanya nanti.

Tuesday, September 27, 2011

JANGAN DEKATI KEMUNAFIKAN UMNO/APCO

Media UMNO/APCO telah memberikan reaksi negatif terhadap Sambutan Hari Hudud 2011 di Kelantan. Sehubungan itu, isu hudud meledak dan mendidih. Banyak pihak yang melatah dan tidak kurang juga yang histeria kerananya.

Berita Minggu menganggap hudud sebagai gimik PAS. Bagi sesiapa juga yang waras, cap sedemikian tersasar jauh dari rasionaliti. Bagaimana pengarang akhbar ini boleh mengkategorikan sesuatu yang termaktub dalam dasar sesebuah pertubuhan politik sebagai gimik? Wujudkah gelaran itu dalam mana-mana buku tentang sains politik? Usahlah meludah ke langit kerana kahaknya akan menimpa batang hidung sendiri!!!

Dr. M yang terkenal dengan pernyataan-pernyataan menghina Islam dan mengancam akan mengambil tindakan sekiranya Kelantan melaksanakan hukum hudud melatah lagi. Dicabarnya Nik Aziz laksanakan hukum hudud kerana dirinya yang bukan lagi perdana menteri (PM) tidak boleh lagi menjadi batu penghalang. Pernyataan ini benar-benar melucukan dan tidak masuk akal. Adakah Dr. M mahu mengatakan bahawa surat ugutan kepada Nik Aziz itu terbatal dengan sendirinya setelah dia tidak lagi menjadi PM?

Kelucuan itu disambut oleh Najib. Dia menegaskan bahawa kerajaannya tidak akan melaksanakan hukum hudud kerana tidak secocok dengan realiti semasa. Pandangan yang tergelincir dari landasan Islam ini dapat dilihat dari dua sudut. Pertama, pemimpin negara lebih tahu hukum Islam secocok atau tidak jika dibandingkan dengan Yang Maha Pencipta. Kedua, UMNO/APCO lebih takut kepada ugutan MCA dan Gerakan yang akan angkat kaki dari Barisan Nasional (BN) seandainya hukum hudud dilaksanakan. Kedua-duanya telah menyerlahkan kemunafikan parti Melayu itu. Mereka telah dengan beraninya mengkesampingkan hukum Allah. Mereka tidak bersetuju dengan hakikat bahawa hukum Islam bertujuan untuk menegakkan keselamatan dan keadilan, lantas tidak perlulah menunggu dua aspek itu wujud dahulu baru hendak laksanakan hukum Islam!!! Sudahkah UMNO/APCO bertemu dengan wadah untuk melahirkan kedua-duanya selain daripada hukum Allah?

UMNO/APCO nyata terjerat dalam isu ini. Menurut Aziz Bari, pelaksanaan hukum hudud tidak ada masalah dari segi perlembagaan negara. Perkara paling penting untuk difahami adalah bahawa perlembagaan tidak melarang pemakaian undang-undang Islam. Najib sendiri mengakui perkara itu sudah ada dalam sistem sekarang. Kini, PAS boleh berkata kepada Najib, "Lakukannya!!!"

Kedudukan DAP, MCA, dan Gerakan sebagai parti-parti yang mewakili masyarakat bukan Islam belum dapat dipastikan lagi. Namun, masalah yang timbul dalam kalangan parti-parti ini adalah kerana mereka berfikiran hudud tidak boleh diterima meskipun perlembagaan tidak mengatakan demikian. Hal ini dengan sendirinya menjawab tindakan histeria Chua Soi Lek dan Karpal Singh. Dan sekali gus tertolaklah pernyataan dalam Utusan Malaysia - DAP ugut PAS!!!

Satu lagi fakta penting dalam hal ini ialah jaminan Nik Aziz bahawa hukum hudud hanya dilaksanakan di Kelantan dan untuk umat Islam sahaja. Gayung sudah bersambut. Apa reaksi Dr. M tentang pernyataan ini? Dia yang nak dengar sangat Nik Aziz kata begitu. Rakyat sedang menunggu dengan penuh harapan jawapan balas anda!!!

Monday, September 26, 2011

BANYAKNYA KEPALSUAN!!!

Berikut adalah maklumat-maklumat individu tersebut
seperti disemak dalam web SPR:



Maklumat ini sahih. Oleh sebab itu, mana satukah kad pengenalan
yang benar dan yang palsu?  Siapa yang boleh menentukannya?

JPN masih membisu seribu bahasa. Tuan punya diri pun buat
dek saja. Apa nak jadi? Apa yang perlu dilakukan?

Anda fikirlah sendiri!!!

Sunday, September 25, 2011

PASANG KUDA-KUDA, BERTEMPURLAH UNTUK KE PUTRAJAYA!!!

UMNO/APCO sudah mula memainkan isu yang boleh menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) hilang fokus. Para pemimpin PR perlulah sentiasa berwaspada supaya tidak terperangkap dalam isu-isu yang sengaja dihasilkan untuk menghancurkan cita-cita mereka untuk menguasai Putrajaya.

Para pemimpin PR sudah menjawab dan menjelaskan isu hudud. Cukuplah. Jangan dipanjangkan lagi. Mat Sabu sudah dihadapkan ke mahkamah. Sudahlah. Laporan polis sudah dibuat terhadap Majlis Profesor Negara (MPN). Memadailah setakat itu.

Isu peneroka saman FELDA, mengapa tidak diberi tumpuan utama? Isu Najib melancarkan kempen memburuk-burukkan PR, kenapa tidak ditangani dengan serius? Isu daftar pemilih yang bercelaru dengan aneka macam penipuan, apa pasal dibiarkan kepada pihak tertentu saja yang menguruskannya. Pakat-pakatlah kemukakan lebih banyak bukti biar nampak betul tunggang-langgangnya. Ini ialah isu hidup mati PR. Tidak boleh dianggap enteng. 

Rakyat terbanyak perlu diberi maklumat ini. Isu pemansuhan ISA yang akan diganti dengan dua undang-undang baru yang mungkin lebih kejam, mengapa dihentikan? Bukankah sudah lama diperjuangkan? Takkan hendak membiarkannya berlalu begitu saja. Isu Najib tuduh PR hanya tabur janji, kenapa penyanggahannya lemau saja?

Pilihan raya umum dah dekat. PR sibuk layan isu yang sengaja ditimbulkan. Ini tak boleh jadi. Serangan padu terhadap UMNO/APCO khasnya dan Barisan Nasional (BN) amnya perlu disegerakan. Janganlah kesibukan yang membahayakan diri itu menyebabkan PR berputih mata!!! 

Saturday, September 24, 2011

MAHATHIR DAH NYANYUK

Semasa berkuasa dahulu, Mahathir ugut Nik Aziz supaya tidak melaksanakan hukum hudud yang anekmennya telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan. Sesudah itu, UMNO/APCO mengherdik PAS yang tidak pun melaksanakan undang-undang Islam. Itulah perangai buruk UMNO/APCO dulu, kini, dan selamanya. 

Kini setelah tidak berkuasa, Mahathir cabar Nik Aziz laksanakan hukum hudud pula. Alasannya kalau dulu dia tak bagi, sekarang bolehlah laksanakan kerana dia sudah tak jadi perdana menteri (PM). Nik Aziz pun tibai dia. Surat PM ada tarikh luput ke?

Dengan soalan itu, Najiblah yang terperangkap. Tetapi Najib tak jawab apa-apa pun. Yang bersuara ialah Muhyiddin. Dia kata hal hudud memang jadi perhatian UMNO/APCO sejak dulu lagi. Situasi semasa sahaja yang belum membenarkan hukum itu dilaksanakan. Ini besar punya belit. Tidak ada satu masa pun rakyat dengar pemimpin UMNO/APCO kata begitu sebelum ini.  Yang ada ialah dongengan mereka tentang negara kebajikan telah mendelete dasar pembentukan negara Islam yang selama ini dipegang oleh PAS.

UMNO/APCO yang sudah tua dan nyanyuk sedang meracau sekarang ini. Tanpa sedar mereka balun diri sendiri. Apa nak dihairankan. Orang nyanyuk boleh makan taik sendiri. Mahathir kata wakil rakyat yang bermewah-mewah akan dibenci rakyat. Dia bolehlah pakai kereta mewah kerana tiada kuasa lagi. Lupalah dia tentang kemewahan yang ditunjukkan oleh anak-anaknya sendiri. Inilah yang dikatakan ludah ke langit kena batang hidung sendiri. 

Pada hakikatnya, adakah wakil rakyat UMNO/APCO yang tidak mewah? Adakah Ketua Bahagian UMNO/APCO yang papa kedana? Sesiapa pun yang masuk UMNO/APCO adalah untuk mencari kekayaan. Nasihat Mahathir itu hanyalah umpama ketam mengajar anaknya berjalan betul. Rakyat akan bertambah benci kepada pemimpin UMNO/APCO, bukan bencikan Mat Sabu.

Sesudah meraban tentang hudud dan wakil rakyat UMNO/APCO yang bermewah-mewah, dia marah pula kepada orang yang caci Mat Sabu. Dia kata biarkan Mat Sabu ke hulu ke hilir dengan komunismenya. Rakyat akan benci. Kebencian itu akan menyebabkan rakyat sokong UMNO/APCO. Terlalu jauh tersasarnya makhluk nyanyuk ini. Mat Sabu bukan komunis. Mat Sabu ke hulu ke hilir sedarkan rakyat supaya tumbangkan UMNO/APCO. Projeknya ialah PAS GANTI UMNO/APCO. Apabila PAS berjaya ganti UMNO/APCO baharulah negara berkebajikan seperti yang tercatat dalam Buku Jingga terbentuk di Malaysia. Aspek inilah yang menyebabkan Mahathir mamai dan para pemimpin UMNO/APCO meracau.

Friday, September 23, 2011

PENIPU YANG "COOL" !!!

UMNO/APCO cuba seboleh-bolehnya untuk memberi imej "cool" kepada Najib. Tujuannya adalah untuk menarik perhatian rakyat dan sekali gus sokongan mereka terhadap perdana menteri itu. Sehubungan itu, Najib muncul dalam aksi santai di beberapa corong radio. 

Hal tersebut berlaku setelah Najib mendakwa kerajaannya tidak pandai menipu rakyat. Baginya, yang sering menipu ialah Pakatan Rakyat (PR). Mereka yang rasional mentertawakan Najib. Dia gagal memadam gelaran penipu bersiri yang dilekatkan pada batang tubuhnya. Bukan sahaja rakyat biasa yang tidak mempercyainya bahkan juga golongan mahasiswa di menara gading. Usahanya untuk menarik sokongan orang muda dengan gelagat melucukan itu menjadi sia-sia sahaja.

Imej "cool" sebelah pagi itu bertukar menjadi jengkel menjelang tengah hari dan petang. Fiil lama para pemimpin UMNO/APCO yang suka mengungkit muncul semula. Dia geram kepada penerima-penerima bantuan bulanan yang menganggap bantuan itu sebagai hak mereka dan bertukar menjadi penentang kerajaan apabila mendapat habuan yang amat sedikit daripada PR. Bukankah pernyataan ini sama saja dengan pernyataan Noh Omar tempoh hari ?
Sekali lagi wajah hipokrit pemimpin UMNO/APCO terserlah. Mana mungkin rakyat menyokong mereka yang tidak ikhlas. Semua pemberian diungkit-ungkit walaupun tidak seberapa. Semua wang rakyat yang disonglap yang jumlahnya berbilion-bilion ringgit ditutup rapat-rapat. Tetapi mereka lupa bahawa bangkai gajah takkan dapat ditutup dengan nyiru.

Itulah sebabnya rakyat menolak UMNO/APCO. Mereka tidak suka UMNO/APCO mengungkit-ungkit. Mereka bencikan UMNO/APCO yang rasuah. Mereka hidup susah kerana BN menjadi singkatan kepada barang naik. Mereka marah apabila UMNO/APCO mendiamkan saja perbuatan MCA menghina Islam. Mereka bertambah marah apabila UMNO/APCO lebih sayangkan nasionalisme dan sekularisme berbanding dengan hukum Islam apatah lagi mempersendakannya seperti yang dilakukan oleh Dr. M. Mereka menyampah apabila UMNO/APCO yang menjadi tali barut penjajah mengaku diri mereka sahaja pejuang kemerdekaan, padahal rakyat tahu ramai pejuang yang sanggup mati demi menentang penjajah Inggeris, sedangkan pemimpin UMNO/APCO dijentik penjajah pun tidak. Mereka geli-geleman apabila tokoh yang hanya "menyambut kemerdekaan" diberi sanjungan yang melambung-lambung.

Thursday, September 22, 2011

SEKEJAP ADA SEKEJAP TIADA!!!

Apa yang akan anda saksikan di bawah merupakan satu
perkara yang betul-betul tidak munasabah. Mula-mula
ada. Apabila orang bising-bising, terus tiada. Takkan
daftar pemilih pun macam iklan biskut chipsmore!!!

Wednesday, September 21, 2011

KENAPA NAJIB SEBUT NI ?

NAJIB KATA:
Jelas sekali, sebelum merdeka, warga tiga belas buah negeri yang bersatu membentuk Malaysia tidak pernah berpeluang untuk memilih kerajaan yang akan memerintah sekalipun corak pentadbirannya. Kewujudan mereka hanyalah sebagai rakyat negeri-negeri naungan atau tanah jajahan yang diberi keistimewaan politik terhad mengikut budi bicara kuasa pemerintah. Pastinya, ini, bukanlah hak politik tulen yang terbit daripada kewarganegaraan sebuah negara merdeka serta berdaulat.
Mengapa Najib sebut bahagian yang dihitamkan itu. Adakah dia bersetuju dengan pernyataan Zainal Kling, Ramlah Adam, dan Dr. M ? Rasa-rasanya tidak. Dia masih ragu-ragu kerana enggan melanjutkan perbicaraan mengenainya. Mungkin nak ambil hati pihak-pihak itu saja. Namun demikian, UMNO/APCO tak dapat apa-apa pun melalui kes ini. Zainal Kling sendiri dah buat pusingan U. Apo nak dikato. Cempedak dah jadi nangko!!!

Tuesday, September 20, 2011

TUKAR ISA DENGAN DUA DRAKONIANS BARU ?

IPOH MALI KATA:

Kah Kah.. Dengar macam gempak! Tapi Najib cuma buat rebranding balik akta zalim tu.Cuma tukar nama je! dari ISA - kepada? Mungkin atas nasihat APCO! Kalau berani bubarkan AUKU akta yang kecil tu dulu... Selepas pengumuman ini Najib Ade 3 bulan untuk bubar parlimen untuk PRU13.. Kalau tidak dia kelihatan menipu.. next adelah penipuan bajet bulan Oktober dengan pelbagai janji bagi mewujudkan feel good factor.. Dan Insya-Allah Najib akan bubarkan parlimen bulan 11! Andai PR menang..Najib akan dapat nama kerana menghapuskan ISA.. Jika BN menang dia akan mengekalkan undang-undang ISA dengan nama yang lain.. masa tu mungkin Najib berjaya tipu ramai orang.. kah kah kah.

BALAS SHAIFUL SHAFIE:

Ipoh Mali cakap ada butut.kalau berani tangkaplah bini ko sebab tipu duit rakyat.

ANDA BAGAIMANA?

Monday, September 19, 2011

ALAHAI NOH OMAR!!!

Noh Omar kata, "Rakyat Selangor tidak ingat apabila Barisan Nasional (BN) bagi dia bantuan sebanyak RM300, tetapi taksub dengan RM50 pemberian Pakatan Rakyat (PR)."

Inilah sikap dan sifat yang terus melekat dalam minda pemimpin UMNO/APCO-BN.  Mereka akan ungkit apa-apa saja yang mereka beri kepada rakyat.  Mereka enggan menerima bahawa bantuan untuk rakyat ialah tanggungjawab pemerintah dan tanggungjawab itu mestilah dilaksanakan dengan ikhlas. Ikhlaskah UMNO/APCO-BN jika begini gayanya?

Ketidakikhlasanlah yang menjauhkan rakyat daripada UMNO/APCO-BN. Rakyat tahu selepas mereka dapat RM300 UMNO/APCO-BN sapu duit rakyat RM3 juta. UMNO/APCO-BN dapat isi, rakyat dapat kuah saja!!! Rakyat baca index rasuah di Malaysia yang sentiasa naik, tidak pernah turun. Adakah rakyat rela terus berada di bawah pemerintahan UMNO/APCO-BN yang rasuah itu? Lu fikirlah sendiri.

Rakyat tahu wang yang mereka dapat walaupun hanya RM50 itu merupakan hak mereka yang dipulangkan hasil penjimatan kerajaan yang berusaha keras merakyatkan kekayaan negeri.  Mereka juga sedar bahawa selain itu ada banyak lagi program membantu rakyat yang dilaksanakan. UMNO/APCO-BN cuba padam program ini daripada pandangan rakyat. Jangan ingat rakyat bodoh. Mereka tinggal di Selangor, sebuah negeri maju. Tiada gunanya UMNO/APCO-BN berbohong.  

Sunday, September 18, 2011

MALAYA DIJAJAH, UMNO/APCO BUKAN PEJUANG KEMERDEKAAN

Akhirnya Zainal Kling mengaku bahawa sama ada negeri-negeri di Malaya menjadi koloni atau protectorate, kedua-duanya adalah penjajahan. Hakikatnya, Malaya dijajah oleh British. Tidak kiralah jika ahli undang-undang seperti Roland Braddell melihatnya sebagai pecah amanah atau ahli sejarah seperti R. Emerson melihatnya sebagai pemerintahan secara tidak langsung. Pernyataan ini dengan sendirinya menyetujui argumen yang dibuat oleh Abdul Aziz Bari. Kekusutan yang ditimbulkan oleh huraian Zainal sebelum ini telah terurai.

Harus diingat bahawa kejadian pada tahun 1950 yang dipertikaikan itu berlaku semasa Malaya dijajah oleh British. Polis pada masa itu ialah polis British. Mereka menjaga kepentingan British seperti yang dinyatakan oleh Syed Osman bin Syed Omar dalam bukunya Pemburu Bintang Tiga. Oleh sebab itu, tertolaklah pernyataan Ramlah Adam yang memberitahu kita bahawa Negeri-Negeri Melayu pada masa itu berdaulat, pentadbirannya saja yang dicengkam British. Pada hakikatnya, Ramlah telah mengelirukan kita tentang konsep administration dan sovereignty. Apa guna kedaulatan tanpa pentadbiran sendiri?  Tidakkah pada masa itu kuasa raja hanya tercatat di atas kertas seperti yang ditegaskan oleh Abdul Aziz Bari? Situasi sebeginilah yang sebenarnya mensahihkan Malaya dijajah British!!!

Sehubungan itu, kita perlu menerima Mat Indera sebagai pejuang, bukan pengkhianat seperti yang terungkap dalam buku Pengukir Nama Johor terbitan tahun 2004 oleh Yayasan Warisan Johor dan Latihan Ilmiah tulisan Ayub @ Uiop Kassim yang berjudul Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem (1973).

Sesungguhnya, penerimaan kesemua fakta yang dinyatakan di atas akan mengembalikan status semua penentang British di negara kita sebagai pejuang negara. Jika kita mengakuri hal itu, bermakna kita turut mengakuri bahawa kemunculan UMNO yang mengkuburkan Malayan Union perlu diberi pengiktirafan tetapi persekongkolan mereka sebagai tali barut British dan muncul sebagai penyambut kemerdekaan seperti yang dinyatakan oleh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said sekali gus meletakkan mereka sebagai bukan pejuang kemerdekaan.  Hakikatnya, tiada seorang pun pemimpin UMNO yang dijentik oleh British apatah lagi diseksa atau dipenjarakan British!!!  Kesemua mereka ditatang bagai minyak yang penuh oleh British. 

Saturday, September 17, 2011

HABISLAH UMNO/APCO

Mengikut kaji selidik yang dijalankan oleh Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM), pengurangan subsidi akan memberi kesan negatif ke atas perniagaan menyebabkan kenaikan inflasi dalam jangka masa terdekat. Sehubungan itu, pertumbuhan ekonomi akan menjadi lebih perlahan bagi sepatuh pertama tahun ini. Mereka juga berasa amat bimbang tentang kos sara hidup yang memuncak akibat harga makanan yang semakin meningkat.

Hasil kajian ini dengan sendirinya menempelak pujian Forbes terhadap kepositifan Model Baru Ekonomi (MBE) yang dilaksanakan oleh Najib. Percanggahan kepentingan akan terpaksa dihadapi. Mana lebih penting antara pembaharuan ekonomi dengan penurunan kadar inflasi yang mencekik leher rakyat? Bolehkah kita menolak mentah-mentah kenyataan yang mengatakan bahawa Bajet 2011 gagal menzahirkan MBE dan ETP? Tidak mungkinkah kesemua yang positif tentang Malaysia sekarang ini diperoleh melalui pengupahan media asing semata-mata? 

Situasi semasa meletakkan kita dalam keadaan yang serba tidak menentu. Sorong tarik antara hal-hal yang positif dan negatif menimbulkan kecurigaan. Perasaan demikian langsung tidak membantu ke arah menstabilkan emosi dan pemikiran rakyat. Mereka akan merasa tertipu oleh kecelaruan tersebut. Tiada pihak yang dapat dipercayai sepenuhnya. Oleh hal demikian, keraguan mereka tentang kebolehan kerajaan BN yang diketuai UMNO/APCO untuk mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi rakyat ternyata berasas.

UMNO/APCO bernasib malang kerana berada dalam keadaan defensif ketika ini. Ketika mereka gagal meyakinkan orang Melayu untuk membenci PAS, mereka sendiri yang tercedera. Imej PAS gagal dicalarkan, senjata pula makan tuan. Lebih malang lagi ialah orang Cina semakin jauh meninggalkan BN. Di samping itu, dakwaan pihak tertentu tentang sokongan orang India kembali semula kepada BN hanyalah cakap-cakap kosong yang tidak dibuktikan oleh sebarang data yang meyakinkan.

Isu Mat Indera yang berlangsung selama hampir tiga minggu nampaknya telah menutup tirainya. Satu-satunya dapatan daripada permainan bodoh UMNO/APCO itu adalah jika tak pernah dijajah, maka UMNO/APCO bukanlah pejuang kemerdekaan. Habislah UMNO/APCO. Mahukah orang Melayu terus menyokong parti yang menjadi tali barut penjajah ini?  Anda sendiri tahu jawapannya.

Friday, September 16, 2011

KITA SUDAH MENGHAMPIRI BERSIH 3.0

Apabila pihak yang proaktif membentangkan kerja jahat SPR dan JPN, SPR enggan mengaku, JPN senyap sepi sahaja. Banyak isu yang telah dibangkitkan berserta dengan bukti-buktinya. Seperti biasa, SPR tetap dengan sindron penafiannya dan pemberian pelbagai alasan yang bukan sahaja tidak munasabah malahan juga tidak rasional dan lepas tangan.

Walau bagaimanapun, satu keanehan telah berlaku sejak akhir-akhir ini. Suhaizan dikatakan berbohong apabila mengutarakan isu nama Azhar Ahmad, Besah Mat, dan Mansor Abdullah. Hakikatnya, nama mereka telah pun dikeluarkan oleh SPR. Apakah maknanya tindakan ini?

Kini, ada isu kad pengenalan palsu pula. Suhaizan akan keluarkan 10 (sepuluh) senarai kad yang dimaksudkan setiap hari. Harapannya ialah satu jawatankuasa siasatan ditubuhkan pihak kerajaan untuk membanteras aktiviti yang membahayakan negara ini. Kalau ini juga tak jalan, tunggu apa lagi? BERSIH 3.0lah kita semua!!!

Thursday, September 15, 2011

UMNO/APCO MENJILAT LUDAH SENDIRI

Selepas kalah dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh dahulu, Ketua UMNO/APCO Bahagian Bukit Bendera ketika itu, Ahmad Ismail telah mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman, iaitu kaum Cina di Malaysia ialah pendatang. Hal itu menimbulkan kemarahan Gerakan dan kaum Cina. Kemuncak perselisihan antara UMNO/APCO dengan Gerakan ialah pengoyakan gambar Koh Tsu Koon. Gerakan yang berang dengan tindakan itu mengugut untuk keluar dari Barisan Nasional (BN) jika Ahmad terus berjawatan. Pak Lah menggantung jawatan Ahmad. Namun demikian, hukuman itu telah ditamatkan tidak lama kemudian.

Perselisihan fahaman antara UMNO/APCO dengan Gerakan berterusan sejak peristiwa itu sehinggalah BN kalah kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU Ke-12. Semua orang tahu tentang persekongkolan UMNO/APCO dalam isu penyingkiran Tsu Koon sebagai Presiden Gerakan. Imej Tsu Koon dijatuhkan semahu-mahunya dalam aktiviti tersebut sehingga ada yang memaksanya meletakkan jawatan. Tidak kurang juga yang mahukan anggota UMNO/APCO menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sekiranya mahu menawan semula pulau itu dari tangan PR. Kini rakyat tahu bahawa semuanya hanyalah sandiwara UMNO/APCO.

Berita yang tersiar dalam akhbar Kwong Wah Jit Poh tanggal 11 September 2011 halaman A6 menceritakan segala-galanya. UMNO/APCO menjilat semula ludah mereka. Mereka melutut dan memohon maaf kepada Tsu Koon. Mereka mahu hubungan renggang UMNO/APCO-Gerakan dirapatkan semula untuk merampas Pulau Pinang dalam PRU Ke-13 nanti.

Demikianlah UMNO/APCO dengan kuasa. Demi kuasa mereka sanggup menjilat ludah sendiri, mengkesampingkan Ketuanan Melayu, dan membuang jauh-jauh sifat perkauman. Di mana letaknya maruah parti Melayu itu? Ketua UMNO/APCO Bahagian Bukit Mertajam sanggup berjanji untuk tidak menyerang Tsu Koon lagi. Kesemuanya dilakukan kerana menyedari undi Melayu tidak akan memenangkan BN. Demi kuasa juga mereka mengatakan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang akan diserahkan kepada Gerakan.

Rakyat Pulau Pinang khasnya dan rakyat Malaysia amnya perlu menilai kembali sokongan mereka kepada BN. Gabungan parti ini hanya mementingkan kuasa. Selepas berkuasa akan berulanglah apa-apa juga yang telah berlaku dalam pemerintahan mereka terdahulu. Rasuah, penyelewengan, pembaziran, ketirisan, kronisme, tender tertutup, pengabaian kaum Melayu, dan sebagainya. Akan terhentilah semua program merakyatkan kekayaan Pulau Pinang seperti penghargaan kepada warga emas, bantuan untuk Sekolah Agama Rakyat, penghapusan miskin tegar, dan sebagainya. Kita tidak akan mendengar kerajaan negeri mempunyai lebihan wang kerana semuanya dibolot dan dibelanjakan sesuka hati. Berhentilah menyokong mereka. Sokonglah PR. Biar PR yang menguasai Putrajaya!!!

Wednesday, September 14, 2011

NAJIB PENIPU BERSIRI

Najib dicap sebagai penipu bersiri. Sebelum perarakan BERSIH 2.0, dia berjanji akan menyediakan stadium untuk kumpulan itu berhimpun ekoran campur tangan Yang di-Pertuan Agong. BERSIH 2.0 memohon untuk menggunakan Stadium Merdeka. Namun, Najib mungkir janji.

Pada 31 Ogos 2011, Najib ke Perth, Australia. Pemergian itu bukan atas tugas rasmi. Ramai yang mempersoalkan pembiayaan perjalanan itu menggunakan wang rakyat. Seperkara lagi, dia tidak mengumumkan pemergian itu seperti yang dikehendaki protokol. Sudahlah begitu, setelah didesak supaya berterus terang, BERNAMA muncul sebagai penyelamat. Namun demikian, laporan membodek dari BERNAMA telah disangkal oleh seorang pelajar Malaysia di Perth, iaitu Maria Begum. BERNAMA telah menokok tambah banyak perkara dalam laporannya. Yang dia tak cakap pun ditulis demi menggembirakan hati Najib. Nampaknya Najib menipu. BERNAMA pun menipu. Kedua-duanya penipu.

Kita semua tahu Najib mengemukakan cukai perkhidmatan semasa membentangkan Bajet 2011. Ketika rakyat marah dengan pengumuman cukai 6% untuk pembelian prepaid top up, Najib berpura-pura tidak tahu-menahu. Apabila kerajaan berjaya memaksa Telco menangguhkan cukai tersebut, media UMNO/APCO terus menemuramah rakyat. Rakyat yang berjaya diperbodohkan Najib memuji langkah tersebut. Hakikatnya isu ini ialah taktik Najib untuk menipu rakyat.

Selagi rakyat bersikap sedemikian, Najib akan terus menjadi penipu bersiri. Sedarlah rakyat Malaysia sekalian. Sampai bila anda merelakan diri ditipu oleh Najib? Jadilah rakyat yang kritis. Berhentilah menjadi seperti lembu dicucuk hidung. Gunakan hak anda untuk menyingkirkan pemimpin seumpama ini dalam pilihan raya.

Tuesday, September 13, 2011

DR. M TERGELIAT LIDAH

Ketika rakyat Malaysia menunggu dengan penuh debar reaksi UMNO/APCO terhadap kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa negara kita tidak pernah dijajah, tiba-tiba terpacul kata-kata dari mulut Dr. M yang menyetujuinya. Bagi kebanyakan orang, persetujuan itu merupakan satu tindakan yang amat mengejutkan. Sepanjang menjadi PM selama 22 tahun, dia tidak putus-putus menyebut negara ini dijajah British sama ada semasa menyambut tarikh 31 Ogos atau peristiwa-peristiwa lain yang berkaitan.

Sama seperti Ghani Othman, Dr. M pun buat pusingan U. Nampak sangatlah langkah itu diambil semata-mata untuk menjernihkan air muka UMNO/APCO yang sudah hitam legam dek kerana tersalah hentam Mat Sabu. Tak ada penyakit cari penyakit. Begitulah jadinya.  Kini, rakyat menunggu pula reaksi UMNO/APCO sendiri terhadap pernyataan merepek Dr. M itu.

Di samping semua itu, jadi ke tidak sambutan kemerdekaan yang disekalikan denga Hari Malaysia tahun ini? Kalau jadi, sahlah kekangkungan MPN.  Buat penyelidikan ke. Tulis buku ke. Dah tak relevan lagi. Malaysia sambut merdeka kerana pernah dijajah. Siapa jajah? British.  Kes selesai. Jika Dr. M dan UMNO/APCO berkeras mengatakan negara ini tidak pernah dijajah, mereka terpaksalah menerima hakikat bahawa parti yang mereka anggotai bukan pejuang kemerdekaan.

Siapa yang terperosok ke dalam jerangkap samar dalam isu  hangat ini? UMNO/APCO. Mereka terkehel dalam isu Mat Indera. Mereka terkincit dalam isu polis British. Mereka tersembam dalam isu Malaya tak dijajah. Dan tidak semena-mena menarik gelaran Tunku sebagai Bapa Kemerdekaan.  Rakyat hanya mampu tertawa melihat UMNO/APCO tertomoih kerana diri sendiri yang kurang bijak.   

Harus diingat bahawa dalam kes-kes ini wajah UMNO/APCO tidak dapat dibersihkan. Wajah mereka menjadi kusam kerana terlalu propenjajah.  Jika penjajah mengaut kekayaan negara kita sehingga kering, UMNO/APCO menghisap wang rakyat dalam pelbagai bentuk - rasuah, komisyen, penyelewengan, ketirisan, pembaziran, dan sebagainya. Jika tidak, takkan saham Bumiputera berjumlah RM54 bilion tinggal RM2 bilion sahaja!!!

Monday, September 12, 2011

UMNO/APCO DIPERANGKAP OLEH GANG SENDIRI

Tujuan asal UMNO/APCO dan medianya mensensasikan isu komunis adalah untuk menghentam Mat Sabu dan PAS.  Dek kerana terlalu ghairah, pembelitan fakta telah dilakukan. Maka jadilah pernyataan itu satu fitnah. Mahu tidak mahu, Utuseks Meloya perlu menerima kesannya. Namun, satu keanehan yang selalu berlaku di Malaysia sekarang ini ialah kemunculan golongan yang pro-UMNO/APCO bercakap untuk membantu gang mereka. Sekali lagi aneh kerana golongan ini dengan tidak semena-mena menjadi sokong membawa rebah. Kesian UMNO/APCO. Ada gang pun tak boleh harap.

Lebih dua minggu mereka menyerang Mat Sabu. Mat Sabu didakwa sokong komunis kerana mengiktiraf Mat Indera sebagai wira dalam peristiwa serangan berdarah ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong pada tahun 1950. Semua rakyat Malaysia tahu bahawa pada masa itu Malaya masih "dijajah" British. Oleh sebab itu, polis yang bertugas di rumah pasung itu ialah polis British. Majlis Profesor Negara (MPN) mendakwa polis, tentera, dan pegawai Melayu yang berkhidmat pada masa itu bukan pegawai British. Mereka merupakan pegawai negeri Melayu. Namun, buku Pemburu Bintang Tiga tulisan seorang anggota polis bernama Syed Osman Syed Omar memberitahu kita bahawa tugas polis pada masa itu adalah menjaga kepentingan British seperti ladang getah dan lombong bijih timah. Maka terbatallah dakwaan MPN itu.

Sebelum itu, Buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004 mengiktiraf Mat Indera sebagai pejuang. Tiba-tiba sahaja Dato' Abdul Ghani Othman membuat pusingan U dengan mengecap Mat Indera sebagai komunis yang kejam dan zalim. Namun, latihan ilmiah Universiti Malaya yang berjudul Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong Muar: Satu Post-Mortem dan ditulis pada tahun 1973 menafikan Mat Indera sebagai komunis dan mengangkatnya sebagai nasionalis. Maka terbongkanglah semua hujah UMNO/APCO dan yang bersama-sama dengannya.

Nak dijadikan cerita, MPN gatal punggung menyatakan Malaya tidak pernah dijajah. Malaya hanya negeri naungan British. Mereka mahu fakta salah ini diperbetulkan. Dek kerana merasa terjerat dengan kenyataan yang tidak masuk akal ini, tiada sesiapa pun pemimpin UMNO/APCO yang memberi respons kepada kenyataan MPN itu. Pada hakikatnya, semua Perdana Menteri Malaysia telah menyebut negara kita dijajah dalam ucapan hari kemerdekaan!!! MPN nampaknya mahu menarik balik gelaran Bapa Kemerdekaan yang diberikan kepada Tunku Abdul Rahman. Ini sudah lebihhhh. Mereka juga secara langsung memaksa kerajaan Malaysia menarik diri daripada menganggotai Komanwel kerana pertubuhan itu diperuntukkan kepada negara-negara yang pernah menjadi tanah jajahan British. Ini sudah terlalu melampauuuu!!!

Tidak mungkin Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-54 yang akan disambut serentak dengan Hari Malaysia pada 16 September 2011 nanti dibatalkan semata-mata untuk akur kepada kenyataan MPN itu. Maka jadi kangkunglah kumpulan profesor itu. Hanya sanya kerana kata-kata yang terbit daripada mulut seorang yang mereka dakwa sebagai celupar itu. Syabas Abang Mat!!!

Kini rakyat Malaysia tertanya-tanya apakah tindakan UMNO/APCO terhadap dakwaan songsang MPN dan semua gang yang tetap setia menyokong mreka itu? Semuanya telah terburai. Yang ada ialah bau busuk yang ditinggalkannya. Ingat! bila-bila pun PAS tidak menyokong komunis. UMNO/APCO ada tugas baru, iaitu membersihkan kesongsangan sejarah negara. Begitu juga kecurangan dalam daftar pemilih SPR, kenaikan harga barang, rasuah, dan sebagainya.  

Sunday, September 11, 2011

MAJLIS PROFESOR NEGARA (MPN) DAN MITOS KEMERDEKAAN

Malaysia sudah mempunyai Majlis Profesor Negara (MPN). Tidak tahulah bila majlis ini ditubuhkan, siapa pula para penerajunya, dan siapa pula ahli-ahlinya. Namun, aspek itu tidak menjadi fokus tulisan ini. Tulisan ini hanya berminat untuk memperkatakan tentang keputusan yang dikeluarkan oleh majlis tersebut mengenai topik panas yang sedang menggelegak di Malaysia sekarang ini.

Majlis ini tidak mengiktiraf gerakan kiri dan komunis sebagai pejuang kemerdekaan. Alasannya ialah golongan-golongan tersebut mempunyai kecenderungan untuk menubuhkan republik, menjejaskan hak-hak Melayu, dan berpegang kepada konsep Indonesia Raya. Kita terima alasan itu. Namun, hal-hal ini tidak menjadi inti kepada ucapan Mat Sabu yang dipertikaikan oleh media UMNO/APCO sendiri.  Tidaklah diketahui bagaimana kumpulan "cendekiawan" ini boleh tersasar dari topik yang dipolemikkan.

Mat Sabu menyebut tentang Mat Indera sebagai hero atau pejuang. Peristiwa sejarah yang disentuh ialah serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong pada tahun 1950, semasa Malaya masih "dijajah" oleh British bukannya gerakan PKM selepas "merdeka". Sehubungan itu, Mat Sabu tidak menyanjung komunis. Buku Pengukir Nama Johor (2004) yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor mengiktiraf Mat Indera sebagai pejuang. Latihan Ilmiah berjudul Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem yang dihasilkan oleh Ayub @ Uiop Kassim dari Jabatan Sejarah, Universiti Malaya pada tahun 1973 menyangkal Mat Indera seorang komunis, sebaliknya seorang nasionalis.  Yang bertegas mengatakan Mat Indera komunis yang kejam, zalim, dan mengancam kesejahteraan awam ialah Menteri Besar Johor, iaitu Dato' Abdul Ghani Othman.  Dia membuat pusingan U setelah rasa terpukul dengan hasil kerja kerajaannya sendiri. Bolehkah Mat Indera yang menyelamatkan Yusoff Rono daripada dibunuh dalam peristiwa itu dan membantu beberapa orang yang lain dianggap zalim dan kejam?  Dia hanya zalim dan kejam kepada orang-orang British. 

Tanpa mengambil kira kandungan kedua-dua teks itu dan bergantung kepada Memoir Abdullah C.D serta tidak mengemukakan dalil-dalil hasil kajian mereka sendiri; audien yang arif akan mentertawakan MPN. Majlis ini berhujah atas dasar emosi dan fantasi.  Keprofesoran mereka tercalar.  Yang menyerlah hanyalah kecenderungan dan kesungguhan mereka membodek golongan yang menaikkan mereka ke tahap itu. Dengan kata lain, you help me, I help you.  Selain itu, mereka telah bersekongkol dengan golongan yang kini digelar tali barut British.  Pendirian tersebut tidak sukar untuk dibuktikan. Mereka beriya-iya menghentam golongan kiri dan komunis tetapi sunyi sepi terhadap sumbangan penentang-penentang awal seperti Dol Said, Dato' Maharajalela, Tuk Janggut, Mat Salleh, dan Rosli Dhobi, golongan agama seperti Dr. Burhanuddin al-Hilmi dan Abu Bakar Bakir, dan golongan sosialis seperti Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam. Adakah perjuangan kesemua mereka dianggap tidak bernilai oleh MPN? Jika demikian keadaannya, ternyata MPN hanya menjadi satu lagi alat kepada UMNO?APCO.

MPN kemudiannya mengeluarkan satu lagi kenyataan yang kontroversi, iaitu Malaya tidak pernah dijajah oleh British. Bagi mereka, yang menjadi koloni British hanyalah Pulau Pinang, Melaka, dan Singapura. Malaya hanya dijajah oleh British selama dua tahun, iaitu dari 1946 hingga 1947 (ketika Malayan Union dibentuk) dan dari 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945 oleh Jepun.  Kenyataan yang sama dengan pendapat Prof. Khoo Kay Kim ini ternyata amat aneh. Jika kita menerimanya, bermakna kata "Merdeka" yang dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman merupakan satu mitos. Maka tindakan semua yang dianggap pejuang dalam buku sejarah negara kita itu merupakan tindakan tidak berakal. Bagaimana pula dengan pernyataan-pernyataan tentang proses disentralisasi di bawah?

"Residen Jeneral menjadi penguasa tertinggi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kuasa Residen terhad di jabatan-jabatan negeri sahaja. Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi merangkap Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura. Pada peringkat Persekutuan, Peguam Negara, Pesuruhjaya Keadilan, dan Pesuruhjaya Polis telah dilantik. Durbar atau Majlis Persidangan Raja-Raja turut dibentuk.

Raja-Raja Melayu menggunakan Durbar untuk mengembalikan kuasa mereka. British tidak mematuhinya, sebaliknya mengagihkan kuasa Persekutuan kepada negeri. Majlis Perundangan Persekutuan yang dianggotai empat orang Raja Melayu, Residen Jeneral, empat orang Residen, dan empat ahli tidak rasmi lantikan Pesuruhjaya Tinggi selaku Presiden Majlis. Dengan demikian, Residen Jeneral sama taraf dengan Raja-Raja Melayu. 

Jawatan Residen Jeneral dihapuskan pada tahun 1910. Ketua Setiausaha menjadi pembantu Pesuruhjaya Tinggi. Walau bagaimanapun, Lawrence Guillimard, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan mencadangkan jawatan itu dihapuskan supaya kuasa dikembalikan kepada Residen yang menguasai Majlis Mesyuarat Negeri. Bantahan pedagang yang mempersoalkan kecekapan Majlis Mesyuarat Negeri diterima oleh British. Sementara itu, raja yang tidak berpuas hati dibenarkan menghantar wakil ke mesyuarat Majlis Perundangan Persekutuan.

Cadangan supaya Persekutuan digantikan dengan Kesatuan yang memasukkan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat tidak diterima. Yang dilaksanakan ialah jawatan Ketua Setiausaha digantikan dengan Setiausaha Persekutuan. Kuasa Ketua Setiausaha diberi kepada Residen. Majlis Mesyuarat Negeri boleh menggubal undang-undang negeri masing-masing. Pelaksanaannya dibuat melalui jabatan-jabatan yang diketuai oleh pegawai-pegawai British. Mulai tahun 1939, kuasa kerajaan negeri dipulangkan sepenuhnya kecuali Jabatan Polis, Jabatan Kastam, Kewangan, dan Pertahanan. Sistem ini kekal sehingga Tanah Melayu dijajah oleh Jepun."

Kita boleh melihat perkara-perkara teknikal dan hakikat dalam proses di atas. Tiada suatu ketika pun raja memperoleh kuasa sebenarnya, malah ada kalanya disamatarafkan dengan pegawai-pegawai British. Tidak mahu menghadiri mesyuarat pun tidak mengapa. Ada tidak melebih, tiada tidak mengurang. Biar pun pergantian dan pertukaran sering berlaku, cengkaman British tetap utuh melalui pegawai-pegawainya di peringkat tertinggi hingga terbawah dalam apa-apa jua aspek. Pendek kata, orang Britishlah yang menjadi tuan di Malaya. Apakah ini yang dinamakan naungan?  Cengkaman itulah yang dinamakan penjajahan. Terimalah hakikat bahawa kita telah dijajah oleh British. Hal-hal teknikal itu hanya untuk menyedapkan hati sahaja. 
   
Jika kita masih tidak mahu menerima hakikat itu, tidak perlulah kita sambut hari kemerdekaan. Apa perlunya mengutamakan mitos daripada realiti? Ini bukan zaman sputnik lagi,  dah masuk era globalisasi.  Di samping itu, tidak perlulah ahli-ahli MPN seperti Zainal Kling menjadi badut. Semua rakyat Malaysia tahu bahawa selepas "merdeka" Malaya menyertai Komanwel.  Komanwel ialah kumpulan negara-negara yang pernah menjadi tanah jajahan British.  Adakah badut ini mahu memberi tafsiran lain pula untuk Komanwel demi menegakkan benang basahnya? Berhentilah menjadi profesor kangkung. Malulah kepada rakyat Malaysia sudah mampu mengesan pembohongan dengan cepat sekarang ini. Usahlah bersusah payah menipu, Malaya/Malaysia memang sdah dijajah British. Full stop!

Saturday, September 10, 2011

BERSIH 3.0LAH KITA

Banyak benar kesalahan yang dilakukan oleh SPR dan JPN berkaitan daftar pemilih pilihan raya di negara ini. SPR catat lain. JPN catat lain. Anehnya, SPR tak pernah mengaku buat salah. Harus diingat bahawa kesemua dakwaan yang diketengahkan itu disertakan dengan bukti yang kukuh. Nampak gayanya tak perlu lagi terus berlembut dengan badan-badan ini. Situasi yang berlarutan ini sudah sampai ke peringkat kronik. Sehubungan itu, tahap kebolehpercayaan awam terhadap mereka semakin merudum hari demi hari. Sama saja dengan merudumnya populariti Najib. Namun, tidak ada sebarang tindakan pun yang diambil terhadap mereka oleh sesiapa pun hingga kini. Adakah badan-badan ini terlalu kebal?

JPN selalu menjadi badan belasahan SPR. Kerap kali badan ini menyalahkan JPN yang tidak mengemas kini data mereka apabila timbul sesuatu masalah. Hal ini menyebabkan orang ramai menganggap pegawai-pegawai JPN tidak menjalankan tugas mereka dengan betul. Dengan kata lain, ramai pekerjanya yang curi tulang. Walau bagaimanapun, sejak awal lagi dua badan ini dicap sebagai kuda tunggangan UMNO/APCO.

Persoalan yang bermain-main dalam benak kebanyakan orang sekarang ini adalah bolehkah semua kepincangan itu diatasi sebelum PRU Ke-13? Mungkin ramai yang berpendapat bahawa perkara itu jauh panggang dari api. Jika begitu, apa yang ditunggu lagi? BERSIH 3.0lah kita!!!

Friday, September 9, 2011

MAT SABU PENYULUH SI LUNCAI

Mat Sabu yang buka mulut. Utuseks Meloya yang gatal punggung cetuskan sengketa.  Label Mat Indera sebagai pejuang segera menimbulkan tuduhan Mat Sabu sokong komunis. Buah inilah yang dinanti-nantikan oleh media UMNO/APCO itu untuk menyerang PAS. Mat Sabu ditala bertubi-tubi setiap hari selama dua minggu. Dahsyat tu. Namun, akhirnya tersuluhlah dan tersedarlah kita bahawa ramai Si Luncai rupanya di negara tercinta ini. Ironinya, Si Luncai itu bukan sahaja terdiri daripada para pemimpin UMNO/APCO malahan juga tokoh yang bergelar profesor dan pensyarah di menara gading. Sukar untuk dimengerti mengapa mereka sanggup menconteng arang ke muka sendiri.
 
Mat Sabu tidak sebut pun tentang komunis. Dek kerana Mat Indera didakwa terlibat menyerang Rumah Pasong Bukit Keponglah Mat Sabu didakwa sokong komunis. Namun, ramai orang pura-pura lupa rumah pasong itu diserang semasa Malaya dijajah British. Buku sejarah kata penentang penjajah ialah nasionalis. Tiba-tiba dalam kes ini terbalik pula jadinya. Memang ada masalah dengan pemikiran orang Malaysia sekarang ini dalam soal tersebut.

Prof. Khoo Kay Kim (KKK) pun diminta pendapatnya. Dia kata Malaya tidak dijajah. Malaya hanya menjadi negeri naungan British. Dia juga kata Mat Indera orang Indonesia. Teruk dia kena belasah. Adik Mat Indera yang masih hidup kata abangnya dilahirkan di Johor pada tahun 1920. Kantoilah prof. sejarah tersohor ni. Prof. Aziz Bari kata KKK gagal membezakan hal teknikal dengan hakikat. Dari segi teknikal, Malaya memang dijadikan negeri naungan British tetapi hakikatnya mereka menjajah Malaya. Kantoi lagi sekali prof. ni. Ramai yang lain pula kata "Kalau Malaya tidak dijajah, apa perlunya kemerdekaan?"  Sambut yang lain, "Betul juga."  Adalah lagi yang lain-lain yang menjadi pertikaian. Tak perlulah nak diperpanjangkan!!!

Tiba-tiba muncul buku Pengukir Nama Johor (2004) yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor dan diedit oleh Prof. Dr. Abu Bakar A. Hamid dan Ismail Zamzam.  Mat Indera diiktiraf sebagai pejuang dalam buku ini. Disebabkan ada rasa terkantoi, prof. ini pula bermadah, "Isu ini belum selesai. Orang politik tak perlu masuk campur." Pulak dah. Maka makin ramailah muncul tukang sibuk untuk berkata itu dan ini.

Prof. Ramlah Adam yang sama-sama tulis buku itu pula pertikai kewibawaan cikgu yang tulis tentang Mat Indera.  Orang pun bersungut, "Setelah begitu lama buku itu ditulis, sekarang baru nak kata penulis itu bukan penyelidik dan tuduh itu  ini." Kenalah selagu. KKK pun tumpang sekaki mempersoalkan latar belakang dan kredibiliti penulis itu. Orang pun menyoal,"Hai guru cemerlang, ada kedudukan di pejabat pelajaran negeri, dan kementerian pelajaran pun tak cukup bagus ke?" Kena selagu lagi.

Sekonyong-konyong muncul seorang lagi pensyarah bernama Mohd. Akbal Abdullah dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang mengatakan bahawa bukti dari buku Pengukir Nama Johor tidak cukup kuat untuk mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan kerana isinya hanya pendapat penulis. Pernyataan ini bukan sahaja meremehkan kredibiliti rakan penulis malahan juga menyerlahkan sikap kawan makan kawan dalam kalangan pensyarah universiti (patutlah ranking universiti di Malaysia jauh ketinggalan walaupun hanya dibandingkan dengan universiti di Singapura !!!). Kalau kita terima hujjah Akbal, kita terpaksa terima bahawa dalam keghairahan menghentam Mat Sabu itu dan secara realitinya terserlah tembelang kerajaan negeri Johor dan Yayasan Warisan Johor yang mengambil mudah terhadap kualiti penyumbang (mungkin tangkap muat atau pilih bulu sahaja) untuk projek yang dibiayai dengan wang rakyat dan kewujudan orang yang dikatakan tergolong dalam kalangan ilmuwan tetapi bermentaliti kebudak-budakan. Sesiapa pun tidak boleh menolak atau menyanggah penemuan kajian orang lain tanpa mengemukakan hujjah yang juga akademik sifatnya. Kehadiran individu yang hanya mampu hentam kromo di institusi pengajian tinggi ini amat berbahaya.
 

Itu karenah ahli-ahli akademik. Tiba-tiba saja jadi sasau disebabkan ucapan Mat Sabu. Para pemimpin UMNO/APCO pula macam-macam histerianya. Muhyiddin sanggup suruh Mat Sabu bertaubat. Besar sungguh dosa Mat Sabu. Tetapi ada orang kata Mat Indera berguru dengan ayah Muhyiddin dan hampir-hampir menikah dengan adik perempuan Muhyiddin. Pulak dah. Hisahmmuddin pula hasut sesiapa yang terasa hati dengan ucapan Mat Sabu tu supaya mengemukakan saman. Ramailah yang suruh Mat Sabu minta maaf kalau tak mau disaman. Sampai ada yang mahu Mat Sabu dipetisejukkan. Haiyaa!!! sampai tara tu tahap kemarahannya. Kalau ya pun sabarlah. Sabar kan separuh daripada iman. Nak saman, samanlah, jangan turut sama menghina. Tunggulah reaksi orang tu dulu atau tunggulah keputusan mahkamah. Begitulah kalau Melayu marahkan Melayu. Apabila Cina MCA hina Islam, tak ada siapa yang melenting,termasuk Melayu-Islam UMNO/APCO. Bagus sungguh Melayuku.  Turut serta mengulas ialah MB Johor, Dato' Abdul Ghani Othman. Dia menegaskan bahawa Mat Indera ialah pengganas komunis yang bukan sahaja kejam dan zalim malahan juga mengancam ketenteraman awam. Namun, bila mengulas tentang buku Pengukir Nama Johor, tidak nampak langsung ketegasannya malah longgar dan hambar. Jelaslah bahawa tiada sesiapa dalam UMNO/APCO yang akan "melepaskan" Mat Sabu. Mereka lebih rela flip-flop daripada menerima kebenaran.  

Cerita ni tidak habis setakat tu. Panas hati dengan polemik dan serangan bertali arus, PAS pun cabar UMNO/APCO berdebat atas isu yang dipolemikkan itu.  Khairy sambut. Mat Sabu minta Pemuda PAS Johor uruskan Khairy. Melenting pulak hamba Allah ni. Dia kata Mat Sabu bacul. Mat Sabu pula kata dia nak debat dengan Muhyiddin. Timbalan Presiden PAS lawan Timbalan Presiden UMNO/APCO. Ho! Ho!! Ho!!! Barulah best. 

Namun demikian, pertanyaan ini perlu dikemukakan untuk dijawab oleh UMNO/APCO. Masihkah kamu mahu menjatuhkan kredibiliti Ayub @ Uiop Kassim yang menyimpulkan dalam latihan ilmiahnya di Universiti Malaya (UM) bahawa Mat Indera seorang nasionalis dan bukan berfahaman komunis?  Jika latihan ilmiah ini ditolak, bermakna kamu meragui kewibawaan UM, universiti yang tersohor di Malaysia.  Sehubungan itu, jika pendirian sebegitu diambil oleh UMNO/APCO mengenai hal ini dan diterima pakai, maka pensyarah dan dekan fakulti yang meluluskannya perlu disiasat, ijazah yang dikeluarkan kepada Ayub perlu ditarik balik, dan laporan polis perlu dibuat untuk menyiasat kesemua mereka yang terlibat dalam proses tersebut, termasuk UM yang boleh disifatkan sebagai bersekongkol dengan komunis!!!

Yang mutakhir ialah hal ini akan dibawa ke parlimen oleh PAS. Memang banyak cacatnya sejarah negara kita. Kesemuanya perlu direkonstruksikan. UMNO/APCO terpeleot dalam isu ini. Apa-apa hal pun, Mat Sabu memang best. Disebabkannya, Malaysiaku yang satu ini tungang-langgang jadinya. UMNO/APCO jadi Si Luncai. Media UMNO/APCO jadi Si Luncai. Profesor dan pensyarah universiti pun ada yang jadi Si Luncai.  Rakyat mula buka mata untuk mengkaji sejarah. Sejarah nukilan UMNO/APCO mula disangsikan. Shitttttttt!!! Hishamuddin tak mau suruh waris Allahyarham Ismail Adnan saman Prof. Ramlah Adam,KKK, dan Mohd. Akbal Abdullah ke? Ketiga-tiganya telah menjatuhkan kredibiliti ahli keluarga mereka. Suruhlah! Auwwwww!!! Apa-apa pun, gua tabik sama lu Abang Mat!!!

Thursday, September 8, 2011

APA YANG UMNO/APCO DAPAT?

Apa yang UMNO/APCO dapat daripada hentaman terhadap Mat Sabu? Mereka mendapat malu kerana memfitnah. Tembelang mereka juga terburai. Jika selama ini mereka menganggap diri mereka sebagai pejuang kemerdekaan, rakyat telah mula membuat rekonstruksi terhadap fakta sebenar perjuangan ke arah kemerdekaan.  Sejak Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani pada tahun 1824, kita menyaksikan Dol Said menentang penjajah Inggeris. Beliau gagal kerana tidak dibantu oleh bangsanya sendiri. Kita melihat rakyat Perak yang diketuai Dato' Maharajalela memenggal leher J.W.W. Birch yang biadab. Semua Melayu yang terlibat sama ada dibunuh atau dibuang negeri. Kita melihat perjuangan Yam Tuan Antah menentang British. Dia pun tak sampai ke mana. Kita melihat Dato' Bahaman, Tuk Gajah, dan Mat Kilau menentang British. Ketiga-tiganya gagal. Kita melihat mayat Tuk Janggut dibawa berkeliling Kota Bahru dan dimomokkan sebagai penderhaka oleh British. Kita melihat Haji Abdul Rahman Limbong dibuang ke Makkah. Kita juga melihat Linggir, Rentap, Syarif Masahor, Rosli Dhobi, dan lain-lain gugur atau dibuang negeri di Sarawak kerana menentang keluarga Brooke. Kita melihat British membunuh Mat Salleh yang menentang mereka di Sabah.

Tidak cukup dengan itu, kita diberitahu bahawa ramai pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) dipenjarakan oleh British kerana berjuang untuk kemerdekaan tanah air kita. Begitu jugalah dengan para pemimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).  Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam, Pak Sako dan lain-lain menjadi pejuang tulen kemerdekaan negara kita. Mereka patut disanjung apabila setiap kali kita menyambut ulangtahun kemerdekaan. Mengapa UMNO/APCO menyingkirkan mereka setiap kali kemerdekaan negara disambut?

UMNO/APCO mendakwa mereka sebagai pemula kepada penyatuan kaum dalam politik. Tidakkah hal itu didahului oleh gabungan PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) dan AMCJA (All-Malayan Council of Joint Action) yang dipimpin oleh Dr. Burhanuddin Helmi dan Tan Cheng Lock yang menyatukan Melayu, Cina, dan India?  Tidakkah gabungan ini yang mengemukakan Perlembagaan Rakyat tetapi ditolak oleh British?  UMNO/APCO dengan senang hati menyokong Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 untuk mengambil hati British. Mereka jugalah yang merestui Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Merdeka 1957 yang digubal oleh Lord Reid semata-mata kerana menguasai Dewan Perundangan Persekutuan sedangkan parti-parti yang menentang British telah diharamkan penjajah itu. Oleh sebab itu, kita tidak melihat seorang pun pemimpin UMNO/APCO yang dibunuh atau dipenjarakan oleh British. Mengapa? Mereka telah bersekongkol dengan British. Lantaran itu mereka mendakwa kemerdekaan negara ini diperoleh tanpa pertumpahan darah.  Sia-sialah darah pejuang kemerdekaan yang terkena tembakan British!!! Pernahkah muncung senjata tentera British dihalakan ke dada Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman?

Mereka histeria apabila Mat Sabu menyebut polis Bukit Kepong mempertahankan kepentingan British pada tahun 1950. Mereka tidak setuju nama Mat Indera disanjung sebagai pejuang. Namun, mereka terlepas pandang bahawa Yayasan Johor menyenaraikan tokoh itu sebagai pejuang. Mengapa UMNO/APCO tidak mengecap Yayasan Johor sebagai penyokong Parti Komunis Malaya (PKM)?

Kita perlu mengucapkan tahniah kepada Mat Sabu dalam kes ini. Memang benar UMNO/APCO hanya berjaya menyatukan orang Melayu untuk menentang Malayan Union atas usaha seorang pegawai Inggeris, yakni Dato' Onn Jaafar. Selepas itu, mereka menjadi boneka British sehinggalah Malaya merdeka atas usaha perundingnya, yakni Tunku Abdul Rahman. Sejak itu, mereka menggenggam kuasa hingga kini. Jika kenyataan itu diterima, Tunku ialah perunding kemerdekaan, bukan pejuang kemerdekaan!!!

Apa yang UMNO/APCO dapat sebagai pemerintah? Mereka melahirkan pemimpin yang kaya-raya. Mereka melahirkan kroni yang kaya-raya. Semua kroni itu menyara UMNO/APCO untuk mengekalkan kuasa. Mereka menyalahgunakan wang rakyat. Rasuah dan ketirisan menjadikan bangsa Melayu tidak dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa Cina. Ekuiti Melayu hanya lebih sedikit daripada 18% sedangkan Cina melebihi 40%.  Mereka mengkhianati Melayu dengan mengambil Tanah Simpanan Melayu (TSM) tanpa menggantikannya. Mereka menggantikan biasiswa dengan pinjaman sehingga anak Melayu yang keluar dari universiti menanggung hutang sebelum memasuki dunia pekerjaan. Mereka gagal mengurus negara dengan baik. Sebab itulah harga barang naik dan melonjakkan kos sara hidup rakyat. Mereka menyuruh kita berjimat sedangkan wang negara sering mereka bazirkan. Siapakah yang sengsara? Rakyat marhaen  juga!!!

Kita akan berpeluang mendengar UMNO/APCO mengulang mitos kemerdekaan mereka pada Hari Malaysia, 16 September 2011 nanti.  Sama-samalah kita tunggu dan lihat lakonan tersebut. Walaupun begitu, rakyat Malaysia yang rasional dan mencintai keadilan perlu menyemat dalam dada mereka untuk mengubah keadaan ini. Golongan yang semakin terdesak untuk mengekalkan kuasa dengan cara yang tidak bermoral ini perlu disingkirkan dengan segera. Gunakan kuasa anda dengan sebaik-baiknya dalam PRU Ke-13 yang bakal menjelang.

Wednesday, September 7, 2011

SI MERAK BERNAMA KHAIRY

Merak ialah lambang kesombongan. Khairy a.k.a Ketua Pemuda UMNO/APCO menyifatkan Mat Sabu sebagai pengecut kerana tidak mahu berdebat dengannya atas isu BukitKepong/sokong komunis/pejuang kemerdekaan yang sebenar.  Mengapa dia begitu sombong? Kita kena lihat profilnya. Dia berjaya memegang jawatannya sekarang kerana merasuah perwakilan. Hal ini diakui oleh jawatankuasa disiplin partinya sendiri. Kemenangannya tidak diiktiraf oleh Dr. M dan mungkin juga pemimpin-pemimpin UMNO/APCO yang lain. Oleh itu, dia tidak dilantik menganggotai kabinet. Sebaliknya, lawannya yang kalah yang dapat jawatan timbalan menteri. Timbalannya pun jadi timbalan menteri.

Ketika dia mula-mula memegang jawatan parti dulu, ada banyak kritikan. Pak Lah kata lama-lama ahli-ahli UMNO/APCO akan bersedia menerimanya. Nampaknya telahan Pak Lah itu tidak menjadi realiti. UMNO/APCO tidak mempedulikan Khairy. kerana tempat bergantungnya telah tiada. Dia sendiri tidak berkuku. Apa bukti-buktinya?


Mana grup pemidato yang dia kata nak lahirkan untuk mematahkan hujah pemidato-pemidato Pakatan Rakyat tu? Mengapa dia terpaksa guna Mat Bangla kononnya untuk menunjukkan perarakan patriot setanding BERSIH 2.0 tidak lama dulu? Adakah mana-mana pemimpin UMNO/APCO yang menyatakan sokongan kepadanya apabila dia menyatakan kesanggupan untuk berdebat dengan PAS di pentas PAS atas isu yang sengaja diputar belit oleh Utuseks Malaysia itu?
 

Situasi tersebut menggambarkan Khairy sudah bankrup. Dia berkokok hanya untuk menunjukkan keberadaannya di medan politik. Imejnya yang kelabu mahu digilap supaya kembali bersinar. Namun, sinaran itu terlindung di sebalik kembalinya Senatak ke dalam UMNO/APCO walaupun si katak yang masyhur dengan kotak-kotaknya ini pun tercungap-cungap minta nyawa. Dia juga terlindung dengan kepopularan Putera UMNO dalam kalangan kem mereka sendiri, sungguhpun orang yang berada di luarnya tidak ambil pusing langsung tentang kehadiran sayap yang gila glamur itu. 


Dengan keadaan sedemikian, dia sendiri pun tidak yakin tentang dirinya akan menjadi calon UMNO/APCO dalam PRU Ke-13 nanti. Kesian Khairy. Dalam keterkapaian itulah dia menonjolkan diri.  Tahunya hanyalah menumpang populariti Mat Sabu. Tanpa mengukur baju di badan sendiri, dia mengecap Mat Sabu bacul. Ke mana perginya kerasionalan pemikirannya dengan mengeluarkan tuduhan tidak berasas itu? Dia bukan lawan Mat Sabu. Merak ini hanya setaraf dengan Ketua Pemuda PAS. Namun, dalam soal ini, tarafnya direndahkan lagi apabila hanya diserahkan kepada Pemuda PAS Johor. 


Kesian Khairy. Orang yang sedar di untung tentu akan berasa malu dengan penarafan itu. Namun, rupa-rupanya tidak demikian bagi merak yang tak berapa reti bahasa ini. Lantak kaulah labu!!!

KATA WARKAHDAILY

Antara MCA dan DAP

MCA boleh buat apa saja… UMporNO dan pencacainya tak akan marah. Bayangkan kalau isu di bawah ini dibuat oleh DAP.

1. Dalam Isu Azan. Ng Kiam Nam ahli seumur hidup MCA bantah laungan azan… JAWI arah masjid perlahankan Azan. Selepas dia menang (azan berjaya diperlahankan) itu dia pun tunjuk minta maaf. UMporNO berpelukan dengan MCA dengan erat. Isu ini dilupakan.

2. Dalam isu Hudud. MCA buat demonstrasi tolak hudud. UMporNO pejamkan mata. Tak ada UMporNO yang mencela. Isu ini dipadamkan.

3. Bila Chua Soi Lek menolak Ketuanan Melayu dalam perhimpunan agung MCA. Najib tunduk dan menyokong. Tidak ada seorang pun UMporNO tuduh Najib pengkhianat Melayu. Tiada akhbar yang siarkan.

4. Chua Soi Lek kata persaingan UMporNO dan PAS untuk menunjukkan Islam membawa Malaysia mundur ke belakang. Chua Soi lek Ingatkan masyarakat Cina bahawa PAS akan menegakkan negara Islam. Najib mengangguk-ngangguk tanda setuju.

5. Chua Soi Lek menulis dalam twiternya, Cuti hari raya haji merugikan orang Cina kerana terpaksa tutup kedai. UMporNO kata Chua Soi Lek berniat baik.

6. Menteri Pelancongan, merangkap naib presiden MCA, Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen, pada 16 Januari lalu memperlekeh dan ‘menghentam’ langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat-tempat hiburan yang terlibat dengan arak..katanya langkah itu mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. Jamil Khir Tak berani kata Ng Yen Yen hina Islam.

Tuesday, September 6, 2011

HEBATNYA MENIPU!!!




Adakah ini salah satu spesis hantu belaan UMporNOBNAPCO? Apa kata SPR (suruhanjaya penipu rakyat) dalam hal ini. Mahu salahkan JPN?

Monday, September 5, 2011

UMNOKAH PEJUANG KEMERDEKAAN KITA?

UMNO, British dan PKM.. Sejarah yang tidak dicatat sebagai Sejarah..

Ditulis oleh Tongkat Bahaman

“Musuh Barisan Nasional (BN) bukan lagi komunis yang bergerak dari hutan, tetapi pergerakan madani yang mempunyai kesedaran politik yang meningkat…..” Prof. Shamsul Amri Baharudin.

Ini bukan nasihat dari seorang profesor kangkong. Ini nasihat dari seorang yang betul-betul profesor yang cuba menyedarkan pemimpin-peminpin UMNO supaya mereka dapat melihat siapa musuh mereka sebenar.

Mereka juga perlu sedar dan faham bahawa kita sedang berada di abad 21 dan bukan lagi era tahun 60an abad 20 di mana rakyat mendapat maklumat hanya dari corong Radio Malaya dan berlibur dengan menonton wayang pacak di padang yang menceritakan tentang bahaya cacing kerawit kemudian diselit pula dengan propaganda-propaganda….!

Ini zaman IT - Pasca Angkasa Lepas (makna ditekan) di mana berita dan peristiwa dapat dipancar sekelip mata menerusi satelit ke seluruh dunia. Zaman Generasi You Tube, Twitter – Face book; anak semua bangsa berkenal dan berinteraksi dengan pantas menerusi sistem saraf rangkaian maklumat digital – generasi perubahan yang sedar bahawa mereka bertanggung jawab untuk memberi makna kepada masa depan serta hak dan nasib rakyat.

Menerusi sistem saraf rangkaian maklumat ini mereka bukan sahaja mampu menilai semula sejarah negara bangsa malah makna kemerdekaan itu sendiri, yang selama ini di kulum dengan rasa mual dan penuh ketidakpastian. Mereka begitu keliru tentangnya.

Haruskah sejarah yang ditulis oleh bangsawan Melayu gendut ini diwariskan untuk generasi akan datang sedang mereka sendiri keliru tentangnya……! Kata George Santayana “sesiapa yang melupai sejarah (bangsa dan negaranya) akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali…” Apakah maksud ungkapan ini ?

Rakyat Malaysia bukan melupai sejarah negaranya tetapi mereka sebenarnya tidak faham. Tidak ada seorang pelajar yang benar-benar tahu atau professor sejarah yang berani bercerita tentang sejarah kita yang sebenar kerana bimbang implikasi berbagai akta. Akhirnya tiada orang yang benar-benar tahu tentang sejarah negara dan bangsanya termasuklah kalangan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri.

Kita tidak tahu sama ada kita dijajah oleh Inggeris atau oleh PKM kerana dari gelagat UMNO kita semacam dijajah oleh PKM. Kita tidak tahu sama ada regim kolonial Inggeris atau PKM yang membunuh dan memenjara pemimpin-pemimpin kita yang berjuang di bawah semboyan “MERDEKA”.

Tugu Pahlawan menunjukkan Inggeris sedang menginjak-injak kaki pada gerila-gerila PKM yang gugur sambil mengibarkan bendera jalur gemilang. Senario ini menunjukkan kita merdeka dari PKM dan bukan dari Inggeris.

Di situ juga kita membaca jajaran nama askar-askar British yang terkorban dalam perang bersama gerila PKM sejak darurat diistiharkan oleh British pada 18 Jun 1948. Kita juga tidak tahu sama ada kita terhutang budi dengan British atau PKM justeru kemerdekaan tanah air kita. Begitu juga tentang apa sebab Inggeris memerdekakan negara kita.

Sebahagian rahsia sejarah sebenar tersimpan dalam benak kapitalis birokrat aka bangsawan gendut yang mengambilalih kuasa dari British. Dari cebis-cebis coretan para gerila yang masih mereka genggam, mereka berkata Inggeris lari kerana tidak tahan dengan ribuan serangan dari mereka hingga terpaksa merdekakan Malaya secara bersyarat.

Kita juga tidak pernah tahu syarat-syarat itu kecuali satu dua antaranya supaya UMNO dan Kerajaan Perikatan terus melancar perang dalam negeri terhadap PKM. Peperangan ini menguntungkan British yang bertindak sebagai penjual senjata di samping pada masa yang sama sempat mengurus segala asset dan modalnya.

British tidak menyuruh UMNO memusuhi PKM hingga kiamat ia memadai untuk satu masa bagi memberi sedikit ruang kepada British untuk mengambil apa yang patut walaupun negara sudah merdeka.

Kita juga tidak tahu tentang sejarah Pasukan Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) pernah bersama British untuk melumpuhkan tentera fasis Jepun pada tahun 1942-1945. Inilah pasukan yang berani menentang tentera fasis Jepun yang telah membunuh ribuan rakyat Malaya yang tidak berdosa.

Kisah ini tidak pernah dibangkit oleh pemerintah sedang British yang lari seperti itek meninggalkan Malaya mengiktiraf jasa-jasa TAJRM yang dipimpin oleh Chin Peng dengan dua anugerah yang besar di London.

British masuk semula pada tahun 1945 melihat kebangkitan baru untuk menuntut merdeka - KRIS, PKMM, PKM,API,AWAS kesatuan Buruh dan lain-lain yang membentuk PUTERA-AMCJA. Pada tahun 1948 Mereka menentang Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.

PUTERA-AMCJA pernah menyanggah Dato’ Onn yang memberi kerjasama kepada Inggeris memaksa raja-raja Melayu menandatangani perjanjian ini kerana ia sedikitpun tidak menyebut soal merdeka.

Justeru akhirnya perjanjian ini gagal dan PUTERA-AMCJA telah mengemukakan 10 pasal perlembagaan Malaya Merdeka serta bendera Sang Saka Merah Putih lambang tuntutan kemerdekaan. Mereka menggabung pertubuhan politik dan seluruh warga Malaya patriotik-demokratik bangun melancarkan HARTAL di seluruh negara sehingga ia begitu mencemaskan British.

Dalam perjuangan kemerdekaan Dato’ Onn dianggap oleh golongan progresif sebagai duri dalam daging yang sentiasa menghalang gerakan yang menuntut kemerdekaan.

British telah merencana beberapa rusuhan kaum di Batu Pahat dan Muar Johor, begitu juga di Sungai Manik Perak yang kemudiannya di damaikan oleh PKM. Dato Onn lebih selesa hidup di bawah British kerana katanya dengan Inggeris kita boleh makan daging tetapi kalau merdeka kita akan makan ubi kayu.

Dato’ Onn memusuhi golongan kiri dan parti-parti progresif kiri seperti PKMM, API, AWAS dan PKM. HARTAL 1948 yang dilancar secara besar-besaran dan tuntutan) kemerdekaan (tekanan ditambah) menyebabkan British mengistiharkan Undang-Undang Darurat.

400,000 askar British telah dibawah masuk untuk melancarkan perang terhadap pemimpin-pemimpin kiri yang menuntut merdeka.

British dengan persetujuan Dato’ Onn telah mengharamkan seluruh parti-parti politik di Malaya pada tahun 1948 – ribuan pemimpin-pemimpinnya ditangkap dipenjara dan dibunuh.

Inilah detik malapetaka paling besar buat pejuang-pejuang progresif di Malaya yang akhirnya kemenangan memihak kepada UMNO kerana seluruh parti-parti politik di Malaya ketika itu telah diharamkan dan pemimpin-pemimpinnya ditangkap. Mulai detik inilah pena dan lembaran sejarah terlepas kepada Kapitalis Birokrat aka Kelas Bangsawan Melayu.

UMNO pada ketika itu hanya gerombolan seperti PERKASA yang muncul pada hari BERSIH 709 sedangkan golongan patriotik-demokratik PUTERA-AMCJA mempunyai hampir sejuta ahli. Di bawah undang-undang darurat ini pemimpin-pemimpin politik selain UMNO di buru, ditangkap dan dipenjara malah ramai yang dibunuh. Mereka dituduh mengancam keselamatan negara oleh British.

Yang terselamat telah melarikan diri ke hutan melancarkan perang gerila atas nama Tentera Pembebasan Nasional Malaya atau Tentera Rakyat. Mereka termasuklah Regimen 10 Melayu yang begitu digeruni British yang dipimpin oleh Abdullah CD bekas anggota PKMM.

Regimen 10 Melayu ini adalah terdiri daripda pengikut-pengikut Dato’ Bahaman yang masih hidup yang berpengkalan di Pahang. Mereka inilah yang meneruskan perjuangan menentang Inggeris hingga pada tahun 1957 Malaya mencapai kemerdekaan.

Percubaan untuk menzalimi anggota PSM yang terbaru di bawah Ordinan Darurat bukanlah suatu yang pelik. Apa yang pernah dilakukan oleh Dato’ Onn kini ingin dicuba sekali lagi oleh cucunya pula.

Bersih dikatakan haram dan mengancam keselamatan negara sebagaimana PUTERA-AMCJA dan parti-parti politik progresif di haramkan pada tahun 1948 oleh British. Pada ketika ini ramai yang ditahan kerana dikatakan mempunyai hubungan dengan PKM termasuk pengerusi API, Ahmad Boestamam, Dr. Burhanudin al-Helmi, Pak Sako dan lain-lain.

Osman Awang terselamat kerana beliau hanya menulis sajak walaupun beliau sendiri adalah lebih kiri daripada Pak Samad yang menjadi antara ikon dalam BERSIH 2.0.

Sesiapa yang tidak sealiran dengan UMNO boleh sahaja dikaitkan dengan PKM dan mereka boleh dituduh mengancam keselamatan negara. Idea ini adalah idea penjajah Inggeris sejak melancarkan akta darurat 1948 lagi.