YAKJUJ DAN MAKJUJ

Wednesday, November 30, 2011

BUKAN MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI LA !!!

Urustadbir Baik: Bukan Pakatan Rakyat (PR) Kata, Ketua Audit Negara Yang Kata 







Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mahu rakyat menilai sendiri Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang merekodkan pentadbiran negeri Pakatan Rakyat lebih baik berbanding dengan negeri-negeri UMNO/APCO-BN.

Menurutnya, 'pujian' sebegitu bukan datang sama ada dari PAS, PKR mahupun DAP tetapi datang dari pihak yang diberi kepercayaan oleh kerajaan pusat untuk membuat penilaian terhadap semua negeri.

"Jangan dengar ucapan pemimpin PAS memuji pemerintahan Kelantan dan Kedah, jangan dengar ucapan pemimpin DAP memuji Pulau Pinang.

"Sudah tentu pemimpin parti Keadilan memuji Selangor dari sudut jaga kewangan jaga duit, tetapi (dengarlah) laporan orang tengah iaitu Ketua Audit Negara yang memberitahu bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat jauh lebih baik menjaga wang rakyat daripada Barisan Nasional," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Makan Malam DAP ke-45 yang diadakan di Kompleks Sukan Pandamaran di Klang malam tadi.

Turut serta berucap malam tadi Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Adun Pandamaran Ronnie Liu.

"Laporan Audit Negara meletakkan di antara negeri yang terbaik jaga kewangan nombor satu Pulau Pinang dan nombor dua Selangor," kata Mohamad lagi.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 sebelum ini merumuskan bahawa pengurusan kewangan dan perbelanjaan khususnya Negeri Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat adalah lebih memuaskan berbanding negeri-negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional.

Malahan Ketua Audit Negara menegur pentadbiran di negeri-negeri seperti Terengganu dan Pahang supaya memperbaiki pengurusan kewangan mereka.


Bagi Kelantan pula, ketua audit negara merumuskan bahawa kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mengamalkan penjimatan cemerlang dalam pentadbiran.

Kesemua ini membuktikan kerajaan PAS itu mampu mengurangkan ketirisan dalam pelaksanaan projek membantu rakyat.

Sumber : Harakahdaily

TENGOK YANG NI PULAK



Kedah tak minta bantuan pusat untuk urus negeri, Syed Razak bekas MB kagum dengan pentadbiran Ustaz Azizan. Hasil Balak 8 juta tahun 2008 masa UMNO/APCO-BN perintah. Tapi bila Pakatan Rakyat perintah, hasilnya 38 juta tahun 2009, 53 juta tahun 2010, dan 70 juta tahun 2011. Bidang pertanian untuk proses bahan asas tani  Kedah dijangka menjadi pengeluar nanas utama pada tahun 2015. Mempunyai kilang memproses bahan seperti rambutan, nanas ditinkan dan diekspot. Bidang pendidikan membina kampus tetap (utama) Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil tanpa pinjaman daripada Kerajaan Pusat.

Sumber: Pas Alor Setar

Tuesday, November 29, 2011

ALAHAI WASATIYYAH LA SANGAT !!!

ANDA TAHUKAH APA BENDANYA NI?

semuanya pening.....aduyai

NFC = RM250 JUTA = LEMBUMNO = KONDO = WASATIYYAH ?

DEB = DPN = DWN = EKUITI BUMIPUTERA 19% =  WASATIYYAH ?

TANAH SIMPANAN MELAYU = BRITISH KASI 3 JUTA HEKTAR = UMNO/APCO PELEKOH TINGGAL 1.3 JUTA HEKTAR = WASATIYYAH ? 

BN = BARANG NAIK = BINI NAJIB = WASATIYYAH?

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA = JOLI KATAK = PEMBAZIRAN = PENYELEWENGAN = WASATIYYAH?


UMNO/APCO = RASUAH = NEPOTISME = KRONISME = PERKAUMAN = WASATIYYAH ?

1MALAYSIA = WASATIYYAH = HARIMAU MUDA = TUNGGANG-LANGGANG  = WASATIYYAH?


UMNO/APCO TOLAK HUDUD DAN HINA ISLAM = MCA TURUT SAMA HINA ISLAM = WASATIYYAH?


KESEDERHANAAN KONONNNNN!!!


CERMINLAH DIRI TU DULU!


BOLEH BELAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHH!!!
 

Monday, November 28, 2011

JANGAN POLITIKKAN SUKAN

Kamal Azhari Zuhra kata:
  
'Harimau Muda' bungkam tak mengaum lagi setelah tewas mengejut 2-3 di padang sendiri berkecai di tangan Bahrain Muda, kita tunggu mungkin ada "ANALOGI" baru dari pemimpin-pemimpin politik yang mengaitkan padang bola dengan padang politik yang sesungguhnya jauh berbeza, padang bola sebagai hiburan sahaja? sementara padang politik sepatutnya dijadikan sebagai padang perjuangan fisabilillah... Apa-apa pun tahniah kepada pasukan Harimau Muda yang telah menunjukkan usaha yang baik terutamanya pada awal permainan. 
[ Sudah pasti kita mahu sesuatu yang lebih daripada itu. ]



Wfauzdin NS pula kata:
 

Sebelum Harimau Muda bertemu Bahrain malam tadi, Najib cakap UMNO/APCO kena ikut semangat Harimau Muda. Maka, Harimau Muda pun terduduk setelah leading 2 - 0...Mungkin itu semangat yang UMNO/APCO kena ikut....Sebab itu jangan khuatir jika kita tengok awal-awal ni UMNO/APCO cam kuat je....Kita tunggu time masa dia akan terduduk...ehehhh (Nape ye...bila Najib sebut Harimau Muda je, kalah terus...dia sokong MU je, kalah juga...isshhh...isshh..isshh).

INI APA HAL LA PULAK?


APAKAH BENAR MANA-MANA PASUKAN ATAU ORGANISASI DIKAITKAN DENGAN HJ NAJIB AKAN MENERIMA SIAL?


Sebelum ini sudah ada suara-suara yang mengeluh, bila mana-mana pasukan jika dikaitkan dengan nama Hj Najib Razak sudah pasti pasukan berkenaan akan menerima kekalahan. Bermula dengan pasukan bolasepak MU yang diminati dan disokong oleh Hj Najib menyebabkan kecundang dengan teruknya ditangan Barcelona. Kini pasukan Harimau Muda menerima nasib malangnya. Semalam Hj Najib Razak selaku Presiden UMNO menyeru ahli-ahli UMNO supaya mengikut contoh semangat juang Harimau Muda. Sekarang apa sudah terjadi dengan pasukan Harimau Muda dalam menentang Bahrain pada perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 (Zon Asia) bagi Kumpulan C di Stadium Nasional Bukit Jalil ..Sudah mendahului 2-0 dengan pasukan Bahrain hanya bermain dengan 10 orang berjaya menumpaskan pasukan Harimau Muda 3-2. Kalau itu bukan dikatakan pembawa sial nak kata apa lagi?????? Kalau nak diberikan contoh memang terlalu banyak. Tetapi cukup kisah ini yang masih segar dalam ingatan rakyat.

Tidak hairan jika sudah ada suara-suara desakkan mau menghambat Hj Najib turun dari takhta Presiden UMNO dan Pengerusi BN sebelum PRU 13.

KEBENARAN ITU PAHIT...KEADILAN ITU PERIT... PERJUANGAN ITU SAKIT...RAKYAT BENCI UMNO... UMNO IS DEAD.
 

"Harimau yang terlalu dipuja boleh berubah menjadi arnab yang lucu."

Kah! Kah!! Kah!!!





ULASAN

Orang politik tak payahlah menyibuk. Biarlah sukan dengan sukannya kalau nak tengok ahli-ahli sukan Malaysia beraksi di pentas dunia . Tak payahlah gatal punggung nak ambil semangat daripada sesuatu yang yang tidak kekal lama tu. Mereka tak boleh pergi jauh kalau tidak betul-betul fit dan mempunyai tahap pemikiran yang mapan. Sukan moden macam konsep yinyang juga, perlukan keseimbangan antara fizikal dengan mental. 

MAMAK YANG SELALU TIPU MELAYU!!!




MAMAK DULU LAIN -MAMAK SEKARANG LAIN SEPATUTNYA AMBIL 'DNA' MASA DIA DALAM KEADAAN MACAM NI! KEMUDIAN BARU KITA BOLEH TAHU...DIA MENAGIS KA ATAU DIA MENIPU...kah kah kah..kah kah ] SEDAP JUGA TENGOK PUAK UMPORNO KELANTAN TIBAI MAMAK NI..! UMNO/APCO NEGERI LAIN TAK NAK TIBAI SAMA KA MAMAK NI APA KATA ALWI CHE MAT( UMNO/APCO KELANTAN ) KEPADA MAMAK..? DIA KATA MACAM NI.." Hari ini Tun M kata macam-macam, Melayu gaduh sama sendiri, pemimpin UMNO/APCO tiada pelapis ... saya nak tanya Tun M, bukankah pada zamannya UMNO/APCO dan PAS mula gaduh? Dia benci PAS sebab Yusof Rawa pernah kalahkan beliau. Lepas itu dia pecat Musa Hitam, kemudian guna Pak Ghafar, lepas itu suruh Anwar kalahkan Ghafar. Sebelumnya dia benci Tengku Razaleigh, kemudian pecat Anwar ... "Dulu saya selalu hantar Tun M keluar negara. Cium tangan hormat pemimpin dan orang tua. Tetapi suatu hari di bilik bunga raya, saya tengok Pek Khing letak tangan atas bahu Tun M, Vincent Tan pula salam biasa, saya jadi kaget. Lepas itu saya refused menghantarnya tetapi hati saya memberontak. Aku hormatkan dan muliakan pemimpinku, (tetapi) bangsa lain.. " Saya cuma minta dia berlaku adil dalam kritikannya...anak-anaknya tiada yang tidak kaya raya, kapalterbang sendiri pun ada, dia hentam Cina, tapi di sekelilingnya semua Cina berjaya, saya hanya mahu dia berlaku adil!" kah kah kah...kah kah...KALAU BERLAKU ADIL BUKAN MAMAKLAH NAMANYA ! SAMPAI SEKARANG TOK BATIN CUBA CARI JAWAPAN...TAPI MASIH TAK JUMPA MACAM MANA ORANG-ORANG UMNO/APCO BOLEH KATA 'DEY' NI SEORANG PEMIMPIN YANG BAGUS DAN HEBAT? KALAU DAH ORANG-ORANG UMNO/APCO SENDIRI DAH MULA HENTAM DAN TIBAI DIA...MACAM MANA NAK KATA DIA SEORANG PEMIMPIN UMNO/APCO YANG BAGUS DAN HEBAT CUBA TERANG SIKIT...BAGUS KAT MANA...HEBAT KAT MANA..? TOK BATIN HANYA NAMPAK DIA NI HEBAT PADA UMURNYA JER...UMURNYA PANJANG DAH 85 UMURNYA PANJANG HASIL BERKAT DAN BARAKAH KERANA...' SELALU MENIPU MELAYU '...kah kah kah..kah kah
-Tok Batin Deris-

CABUT KETUANAN UMNO/APCO!!!





Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menyuruh Tan Sri Dr Koh Tsu Koon meletakkan jawatan kerana baginya apek itu "tidak lagi efektif". Semalam, Dr Mahathir kata Umno sudah rosak teruk, bagaikan "melesing" DS Najib Tun Razak. Tun Mahathir kata dia tidak nampak sebarang perubahan yang berkesan dalam Umno sejak dari tahun 2008 hingga sekarang. Orang kata, itu maksudnya Najib juga tidak efektif. Cercaan itu bagaikan membubuh paku dalam laluan Najib untuk memanggil Pilihan Raya Umum ke 13...Alahai macam itu pun ada mamat dalam UMNO/APCO-BN bagitau populariti Najib naik!!! Sebenarnya, ada lembu naik kondo mewah...Rakyat diberi gula-gula one-off...Semua pemimpin UMNO/APCO-BN hidup mewah...Di mana UMNO/APCO kuat, di situlah Melayu merempat!!!

Sunday, November 27, 2011

UMNO/APCO-BN TIDAK PERNAH IKHLAS


  •  






Ibu bapa terpaksa mendengar ucapan dari pemimpin UMNO/APCO-BN yang menggunakan kesempatan itu untuk berkempen sebelum wang RM100 diagihkan. Di samping itu, ada ibu bapa yang dihidangkan dengan ceramah politik sementara menunggu wang itu diserahkan. Urusan agihan wang tersebut sepatutnya diserahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah sekiranya bantuan RM100 tersebut adalah dengan niat untuk membantu pelajar. Insiden tersebut jelas menyusahkan ibu bapa, bukan itu sahaja, masa mereka terbuang begitu sahaja untuk menunggu kehadiran pemimpin UMNO/APCO-BN cuma kerana wang RM100.

Sememangnya ada penglibatan orang politik dalam agihan wang RM100 kepada murid-murid sekolah seluruh Malaysia membuktikan bahawa sumbangan tersebut punya niat tersembunyi sebagaimana yang dikatakan oleh ramai orang. Banyak pihak berharap agar kerja jahat dan kesempatan yang diambil untuk berkempen sebelum agihan wang kepada ibu bapa tidak dapat mengubah minda warga Malaysia untuk terus menilai BN dalam PRU13 tidak lama lagi.

Rakyat Malaysia jangan lupa terhadap kerakusan pemimpin UMNO/APCO-BN yang telah menyapu bersih wang rakyat, antaranya skandal-skandal seperti isu PKFZ yang bernilai RM12.5 bilion, pembelian koc keretapi RM500 juta, pemberian kontrak kepada kroni RM500 juta, projek lembu Feedlot kepada Sharizat Jalil bernilai RM250 juta, penyelewengan projek Facebook (Pelancongan) RM1.8 juta.

Harus diingat bahawa RM100 untuk murid itu pemberian one off. RM100 dibahagi dengan 365 hari = RM0.27 sehari....aduhai....ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana...janganlah termakan dengan gula-gula ni.. apalah sangat nilainya yang tak sampai 30 sen tu......setahun beb ... tahun depan belum tentu dapat ... celah gigi pun tak lekat.....berapa bilion pemimpin-pemimpin UMNO/APCO kebas? Itu yang patut kita tentang habis-habisan!!!

Saturday, November 26, 2011

BILA MASA DAN KETIKANYA UMNO/APCO-BN IKHLAS?

Dokumen, Bukti UMNO/BN peralat bantuan RM100 untuk sekolah.

Dokumen arahan dari Kementerian Pelajaran sila lihat diakhir entry..


Kerajaan didakwa memperalatkan cara penyerahan bantuan persekolahan RM100 untuk semua pelajar apabila mensyaratkan wakil rakyat atau pemimpin yang dipilih hadir membantu ketika penyampaiannya dibuat.


Pemimpin pembangkang juga berpendapat, tindakan itu sekali gus menunjukkan kerajaan tidak jujur menyalurkan bantuan dengan cuba mendapatkan political mileage atau pulangan politik.

"Ini menunjukkan bahawa duit tersebut bukan sangat bertujuan untuk membantu murid atau keluarga, tetapi lebih kepada kepentingan politik, (tunjukkan) yang beri itu Umno atau BN," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Arahan itu dikesan melalui sepucuk surat daripada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelajaran Malaysia Datuk Dr Rosli Mohamed bertarikh 11 November lalu kepada pelbagai bahagian pengurusan sekolah, termasuk semua pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Kandungannya menyatakan, mesyuarat jemaah menteri pada 28 Oktober memutuskan, wakil rakyat atau "wakil terpilih kerajaan persekutuan" hendaklah membantu menyampaikan bantuan itu kerana ia "touch point" kerajaan kepada rakyat.

"Sehubungan itu, semua JPN hendaklah mengambil tindakan SEGERA terhadap keputusan tersebut dan memastikan pengagihan bantuan dianjurkan oleh pihak sekolah bagi mencapai hasrat kerajaan," surat itu dipetik.

Bantuan itu ekoran pengumuman bantuan persekolahan RM550 juta atau RM100 kepada setiap pelajar oleh Menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lalu.

Langgar batasan

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, arahan Dr Rosli itu jelas menunjukkan bagaimana ketua pentadbir kementerian tidak profesional, tidak amanah dan tidak jujur kerana "menjadikan kementerian sebagai alat politik".

"Penyampaian itu disampaikan oleh Umno dan BN dengan sendirinya membuktikan bahawa bantuan itu sendiri bukan bertujuan untuk meringankan beban rakyat, tetapi bertujuan mendapat habuan politik," katanya.

Dalam masa yang sama, kedua-dua pemimpin itu juga melihat tindakan Dr Rosli melanggar batasan seorang penjawat awam.

"Bagi saya benda begini serahkan pada sekolah. Macam tak ada kepercayaan. Apakah pegawai pendidikan tidak mewakili kerajaan? Saya tak kisah jika menteri pelajaran atau KSU, pengarah pelajaran negeri, guru besar... wakili kerajaan.

"Ini penghinaan. KSU beri imej tidak baik, macam tak ada kepercayaan pada sektor kerajaan," kata Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena.

Manakala Saifuddin pula menyifatkan tindakan Dr Rosli itu terang-terang melangggar prinsip dan etika sebagai penjawat awam.

"Saya nasihatkan dia berhentilah bermain politik. Ia menyalahi prinsip penjawat awam tidak boleh memihak," kata anggota parlimen Machang itu.
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Berita dari Malaysiakini

Friday, November 25, 2011

LEMBU BUAT NOH JADI BODOH?

NO! NO!! NO!!! NOOOOOOOOOOOOHHHHHHHHH!



Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar kononnya National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) adalah syarikat swasta dan kerajaan tidak terlibat dalam urusan kewangan mereka. Beliau berkata, kenyataan Noh itu jelas ingin memperbodohkan rakyat ketika BN hilang punca menghadapi skandal kewangan terbesar pada 2011 "Sekiranya NFC bukan projek kerajaan mengapakah Ketua Audit Negara terlibat dan mendedahkannya dalam laporan audit? Penglibatan Ketua Audit Negara jelas membuktikan projek ini menggunakan wang kerajaan. 

Cuba baca dengan teliti kenyataan di bawah:

Selain dari Kondominium bernilai RM9,758,140.00 [ sebenarnya kali dengan 2 ] yang dibeli untuk lembu-lembu dari NFC (Khairi kata beli sebagai pelaburan).. hari ini Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan satu lagi keajaiban yang berlaku dalam scandal ‘Feed The Lord’ ini..


Menurut Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid Kementerian Pertanian Asas Tani telah mengeluarkan kesemua wang sebagai dana untuk NFC sejak dari tahun 2008 hingga akhir 2009.

Wang tersebut dikeluarkan kepada akaun khas yang mana ia memerlukan kelulusan kementerian untuk disalurkan kepada akaun operasi syarikat.

Ajaibnya ialah setelah kesemua wang tersebut dikeluarkan barulah perjanjian dilakukan pada 2010..

Ajaib bukan…

Jadi bagaimanapula Noh Omar boleh mengatakan Syarikat milik Suami dan Anak Shahrizat ini dipilih melalui tender terbuka yang terhad (macam mana aku tak tau lah..) sedangkan wang telah habis dikeluarkan setahun sebelum perjanjian ditandatangani?

Noh Omar juga telah berbohong bila beliau hanya sebahagian daripada pinjaman mudah telah dibayar..

Mengapa pula Najib membohongi rakyat dengan mengatakan bahawa setakat 31 Julai hanya RM181.9 juta daripada geran dan pinjaman berjumlah RM250 juta telah disalurkan kepada NFC?

Sedikit fakta tentang pembayaran kepada NFC oleh Kerajaan.

~Menjelang 31 Mac 2009. Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama sejumlah RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008.

~Pada 31 Mac 2009, NFC telah mengambil pinjaman kedua berjumlah RM220 juta yang terus dimasukkan ke akaun Maybank milik NFC.

~dan 6 Mei 2009 NFC memindahkan wang dari pinjaman ini berjumlah RM116 juta ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.
Berdasarkan bukti-bukti tersebut, rakyat Malaysia tidak perlu lagi memberi muka kepada UMNO/APCO-BN.  Benamkan terus mereka yang tidak amanah ini. Tarik balik kuasa yang diberi kepada mereka dalam PRU Ke-13 nanti.


Thursday, November 24, 2011

AIR NEGERI-NEGERI UMNO/APCO-BN YANG LEBIH KOTOR!!!

Bacalah petikan jawapan Nik Aziz terhadap tuduhan fitnah Utusan Meloya tentang air kotor di Kelantan. Manusia-manusia di akhbar itu perlulah bertaubat dengan segera sebelum terlambat.
 
3.     Pertamanya, sukalah saya merujuk kepada surat yang dihantar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Pengurus Besar Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) yang bertarikh 30 Oktober 2011 yang memaklumkan prestasi kurang memuaskan beberapa buah negeri seperti yang termaktub di dalam Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya.

4.     Negeri-negeri yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan itu ialah Kelantan, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Perak dan Perlis. Berdasarkan lampiran yang diberikan, kandungan E-Coli yang terdapat di dalam air terawat yang dibekalkan oleh AKSB dinilai sebanyak 0.88%. Ia lebih rendah jika dibandingkan dengan negeri Pahang (1.12%),  Perak (0.90%), Perlis (1.21%) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01%). Saya sedia maklum bahawa tahap yang dianggap tidak memuaskan ialah jika melebihi 4%, namun untuk dikatakan kandungan air terawat di Kelantan sebagai yang tertinggi E-Coli ialah satu tuduhan rambang yang berniat jahat.

5.     Saya juga ingin melahirkan rasa hairan terhadap data yang dikemukakan oleh Utusan Malaysia yang dikatakan dirujuk kepada Panduan Industri Air Malaysia 2011 sedangkan data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 masih belum dikeluarkan dan hanya akan dikeluarkan kebiasaannya pada pertengahan tahun berikutnya iaitu sekitar bulan Jun 2011. Dari manakah Utusan Malaysia memperolehi maklumat yang masih belum dikeluarkan ini?

6.     Hakikatnya apa yang disebut oleh Utusan Malaysia ini hanyalah satu lagi pembohongan yang jelas untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Kelantan. Jelas sekali, laporan ini tidak lain hanyalah merupakan satu usaha untuk menggunakan air Kelantan [bagi] membersihkan najis lembu yang bernilai RM250 juta [itu].

7.     Nasihat saya, bertaqwalah kepada Allah SWT kerana apa yang ditulis akan disoal olehNya di akhirat kelak. Janganlah sampai fitnah yang ditabur ini menggerakkan tangan orang-orang yang dizalimi untuk melafazkan doa ke atas penabur-penabur fitnah. Ini kerana, doa orang yang dizalimi tidak akan ditolak oleh Allah SWT.

Wednesday, November 23, 2011

MUSNAHKAN KEKUASAAN UMNO/APCO-BN WAHAI ANAK MUDA

THIS IS IT! NOW IS THE TIMES....VOTES PAKATAN RAKYAT FOR MALAYSIA.
PAKATAN RAKYAT FOR MALAYSIA



Kebangkitan Anak Muda Demi Masa Depan .... tahap pemikiran & IQ pemimpin Umno BeEnd… yang hanya tahu menipu rakyat selama lebih 50 tahun.




Sudah tiba masanya seluruh Anak Muda di negara ini bangkit untuk menuntut hak mereka mengenai gaji minima sebanyak RM1,500 yANg sudah dibuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat.




Sudahlah pembangkang dari puak Umno BN di DUN Selangor buka mulut busuk dia orang melaung-laung suara marahkan kerajaan negeri pimpinan Khalid ibrahim… sekarang ni MCA pulak mahukan RM1, 500 gaji minimum diperluaskan kepada semua kakitangan awam Selangor.





Oiii Be End…. Persatuan Pekerja MTUC dan affiliate mereka yang lain, sudah lebih 30 Tahun meminta dan mendesak kerajaan BN agar menetapkan gaji minimum kepada mereka yang bergaji rendah, namun sampai sekarang tiada respons daripada Kera Jaan Be End. Masa itu apa yang pemimpin mulut busuk ni bertindak?!! Bila Pakatan Rakyat laksanakan.. baru nak bercakap.




Inilah menunjukkan tahap pemikiran dan IQ pemimpin Umno BeEnd… yang hanya tahu menipu rakyat selama lebih 50 tahun.




Khalid Ibrahim dah berkata bahawa kenaikan gaji minimum kepada pekerja perkhidmatan awam adalah atas urusan kerajaan persekutuan, bukan kerajaan negeri. Kalau dah banyak cakap…mintak kerajaan pusat BeEnd laksanakanlah gaji minima untuk semua kakitangan… Ini barulah adil untuk semua.




Sebab itu Reformis Anak Muda mengajak seluruh Anak Muda mengundi Pakatan Rakyat untuk mendapat hak mereka bergaji minima RM1,500… Pasti !!!



Jangan apabila Be End menang balik.. sudah pasti seluruh rakyat MENDERITA ditekan dengan pelbagai kos kehidupan yang melambung dengan perlaksanaan GST, kenaikan harga barang, Tol, harga petrol dinaikkan.





Sekarang ni UmnoBN akan memainkan Hidup Melayu! untuk menipu anak muda, sama seperti mereka sudah lakukan selama lebih 50 tahun…



-Mohd Mazzalan-

Tuesday, November 22, 2011

AMEKAU UMNO/APCO!!!

PANAS!! Mahathir dedahkan kenapa Mamak menguasai UMNO..



Selain dari mendedahkan UMNO kini menghadapi masaalah untuk mencari pemimpin, Tun juga berkata UMNO sudah rosak dengan teruk, UMNO dibayangi rasuah, dulu UMNO kuat tapi kini lembik, dulu pemimpin UMNO dilantik dari golongan terpelajar tapi kini dilantik dari kalangan orang bodoh? korang bacalah..


Mahathir: Umno hadapi masalah cari pemimpin, dibayangi tanggapan korup 
Sementara Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Umno selaku parti teras perikatan itu berhadapan dengan masalah mendapatkan pemimpin terbaik.

Bekas perdana menteri itu berkata, Umno diselubungi masalah mencari pemimpin — pendirian yang mengesahkan pandangan banyak pihak selama ini.

Katanya, tanggapan kebanyakan rakyat ialah Umno dipimpin oleh orang yang korup dan “kita dapati orang yang ada kelayakan tidak dibenarkan masuk dan pegang jawatan.” “Ini adalah perkara yang benar, malah kita hendak cari pemimpin dalam Umno sekarang pun susah.

Di Selangor begitu ramai orang Melayu tapi hendak cari pemimpin cukup susah, boleh tak kita bayangkan tentang hal ini,” kata beliau sambil menambah, “kita sebenarnya yang merosakkan parti kita kerana melayan orang semacam ini.” Selangor merupakan salah satu negeri dikuasai Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu.

Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno sebelum ini berulang kali menegaskan bahawa negeri itu harus ditawan semula dalam apa jua cara.

Dr Mahathir menjawab soalan sama ada orang Melayu seolah-olah sudah agak kritikal terhadap Umno ketika ditemu bual oleh Mingguan Malaysia, akhbar Kumpulan Utusan milik parti itu, sempena perhimpunan agung tahunan hujung minggu ini.

Menjawab soalan sama ada Umno masih ada harapan, Dr Mahathir yang bersara pada Oktober 2003 selepas 22 tahun memimpin Umno dan kerajaan berkata, “saya harap kita boleh menang tapi kalau kita tidak jaga, mungkin kemenangan itu kecil sahaja.” “Jika kemenangan kecil kita akan jadi kerajaan yang lemah dan lebih banyak masalah akan berlaku,” kata beliau lagi.
*******************************

Ini pula adalah wawancara antara Mingguan Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, DATUK OTHMAN MOHAMAD beserta ZIN MAHMUD, GAMAL NASIR MOHD. ALi, MARHAINI KAMARUDDIN, HAFIZAHRIL HAMID dan jurugambar FAUZI BAHARUDIN dan TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD pada Khamis lepas.

MINGGUAN: Bagaimana Tun melihat keadaan UMNO hari ini?

DR. MAHATHIR: Saya tidak nampak UMNO sedang giat berusaha untuk mendapat sokongan daripada rakyat. Biasanya dekat-dekat pilihan raya ada banyak aktiviti supaya rakyat dapat faham perjuangan yang sebenarnya tapi nampaknya tidak begitu aktif, tak tahulah saya memandangkan saya jarang keluar akhbar sekarang, jadi saya tak tahulah. Ini impression yang saya dapat.

Apakah berbeza jika dibandingkan dengan keadaan dahulu?

DR. MAHATHIR: Dahulu kita kuat, tidak ada orang yang meninggalkan parti tetapi sekarang kita perlu memenangi semula mereka yang telah meninggalkan parti. Umpamanya UMNO masih tidak terima ahlinya yang letak jawatan atau keluar UMNO ketika saya bertindak keluar dahulu. Ramai juga yang keluar tapi banyak bahagian yang tidak mahu terima mereka, walaupun jumlah mereka sedikit. Kita tidak menang pilihan raya lalu dengan undi besar, jadi kalau ada ahli yang keluar walaupun 200 atau 300 orang itu sudah cukup besar. Kalau lari 100 orang kita kena cari 200 orang balik. Jika tidak dapat jumlah dua kali ganda yang telah meninggalkan UMNO agak susah untuk kita dapat kemenangan.

Apakah ini punca kebanyakan mereka beralih kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana permintaan mereka untuk kembali dalam UMNO ditolak?

DR. MAHATHIR: Ini lebih kerana kecewa kerana dahulu mereka percaya UMNO akan memperjuangkan nasib mereka. Sekarang ini mereka dapati UMNO tidak nampak memperjuangkan nasib orang Melayu. Sebab itu mereka menubuhkan NGO dan ia sebenarnya tidak boleh buat apa-apa pun tetapi kerana mereka mempunyai ahli dan tidak mengundi UMNO dan BN maka kesannya besar. Sebab itu kita kena tahu alasan kenapa mereka beralih kepada NGO.

Tidakkah dengan wujudnya NGO ini akan memecahbelahkan penyokong UMNO?

DR. MAHATHIR: Mereka nak sokong UMNO seperti contoh Perkasa, mereka sokong UMNO tetapi kerana terdapat isu-isu orang Melayu yang tidak dimainkan UMNO dan kemudiannya diambil alih oleh Perkasa. Oleh itu UMNO harus ambil tahu, tidak boleh melihat Perkasa sebagai musuh. Kita sebenarnya tidak boleh mempunyai banyak musuh pada masa sekarang. Orang yang hendak menjadi musuh pun kita patut pertahankan dan kemudian ambil tahu apa masalahnya.

Kita lihat perkiraan NGO mudah iaitu dari segi Melayu, tapi kalau dari segi UMNO sebagai kerajaan pula terpaksa mengimbangi antara Melayu dan bukan Melayu. Bagaimana seharusnya NGO ini berperanan?

DR. MAHATHIR: Kita boleh jaga kepentingan orang bukan Melayu tanpa membelakangkan kepentingan Melayu. Kita harus jelas sebab-sebab kita membuat tindakan. Umpamanya tempat-tempat dalam universiti kerajaan kita ambil tahu tetapi kita tidak ambil tahu tempat-tempat dalam universiti swasta. Apakah orang Melayu begitu ramai di universiti swasta? Jika orang Melayu semakin kurang dalam universiti kerajaan dan tidak ramai di universiti swasta, maknanya mereka semakin hilang tempat. Sedangkan masa saya masih memerintah, kita tubuh twinning arrangement untuk memberi peluang kepada orang bukan Melayu mendapat pelajaran di universiti. Lepas itu kita benarkan penubuhan universiti swasta untuk memenuhi keperluan pendidikan bukan Melayu kerana kita tahu mereka tidak dapat banyak tempat di universiti kerajaan. Tapi sekarang ini kita tubuh banyak universiti swasta tetapi kita kurangkan lagi pelajar Melayu dalam universiti kerajaan. Nampaknya orang Melayu yang semakin rugi.

Tun nampaknya melihat UMNO tidak ada usaha yang giat untuk menarik sokongan orang Melayu. Berdasarkan pengalaman Tun apa nasihat Tun untuk memperbaiki keadaan ini?

DR. MAHATHIR: Masa saya dahulu tidak banyak masalah kerana UMNO sangat kukuh dan mereka yang dipilih memimpin terdiri daripada mereka yang berpengalaman. Tetapi sejak beberapa tahun ini orang yang ada kelulusan tinggi tidak diterima masuk dalam UMNO, sebab itu mereka masuk Pas. Jadi di kalangan pemimpin UMNO tidak banyak yang berkaliber, tambah lagi mereka dikaitkan dengan rasuah seperti bertanding untuk Ahli Majlis Tertinggi misalnya. Malah banyak cerita ahli dapat sesuatu untuk mengundi mereka. Oleh itu UMNO perlu kikis perkara ini, jika rasuah itu sudah berlaku sekurang-kurangnya orang yang seperti ini tidak boleh dibenarkan jadi calon.

Masihkah ada masa untuk memperbetulkan keadaan UMNO sebelum menghadapi pilihan raya?

DR. MAHATHIR: UMNO sudah menjadi rosak dengan teruk apabila Tun Abdullah Badawi mengambil alih. Ini kerana beliau mengutamakan keluarganya dan macam-macam lagi pertuduhan rasuah dan pelbagai lagi. Lepas itu orang tahu tentang penglibatan menantunya. Sekarang ini UMNO yang rosak ini diwarisi oleh Datuk Seri Najib untuk beliau perbaiki. UMNO memerlukan banyak masa supaya ia boleh diperkuatkan. Tapi beliau pun sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain pula belum ada kredibiliti dan masih baru.

Tun melihat soal tidak berlaku perubahan ini di peringkat bahagian atau semua peringkat?

DR. MAHATHIR: Saya melihat dari peringkat cawangan sampai ke pusat.

Maknanya dari tahun 2008 hingga sekarang tidak ada perubahan?

DR. MAHATHIR: Tidak nampak perubahan yang berkesan dan UMNO pun tidak boleh mempertahankan diri. Bila dituduh rasuah senyap, bila dituduh rasis pun hanya senyap. Malah nak sebut nama Melayu pun sudah tidak boleh lagi, kalau sebut sahaja sudah jadi rasis. Orang lain boleh sebut bangsa mereka tapi orang Melayu tidak boleh. Saya pun dituduh rasis kerana bercakap tentang Melayu.

Apakah ini disebabkan kemunculan Melayu liberal yang semakin lantang bersuara. Mereka melihat parti yang mewakili Melayu ini sudah tidak relevan?

DR. MAHATHIR: Kita kena perjelaskan kenapa anggapan mereka bahawa parti berasaskan kaum ini tidak lagi relevan adalah salah. Tapi tidak ada satu usaha yang gigih untuk menjelaskan kepada mereka dan tanya pendapat mereka tentang hal ini. Kalau kita di pihak yang betul kita boleh jelaskan.

Mungkinkah kerana senario selepas Pilihan Raya Umum ke-12 yang begitu berbeza ketika zaman Tun dahulu. Ini kerana mereka semakin vokal dan agak memberontak?

DR. MAHATHIR: Kita tidak menjawab apa yang mereka persoalkan. Kita tidak jelaskan kepada mereka apa yang tidak betul. Ada yang fikir, kalaupun kita tidak diperintah oleh orang Melayu apa salahnya?

Siapa yang perjelas setakat ini? Dalam akhbar sajalah... (Sebenarnya) Orang Melayu sedia kongsi kuasa dengan orang lain, kita yang bagi hak kepada mereka tapi itu pun kita tidak berani sebut takut dituduh rasis. Tapi ini kebenaran. Ada yang kata orang Melayu juga adalah pendatang, kita tidak kata apa. Ada satu orang sebut (menjelaskan keadaan sebenar) di Pulau Pinang, dia telah digantung seolah-olah dia kata perkara yang salah sedangkan ia fakta. Takkan kita tidak boleh jelaskan kenapa Malaysia ini dipanggil Malaysia?

Adakah kerana semangat Melayu semakin berkurang atau kerana kurang kemampuan?

DR. MAHATHIR: Ini kerana kurang kemampuan dan juga kurang usaha. Masing-masing hanya menjaga tempat dia sahaja. Apa yang penting bagi mereka masih kekal sebagai ketua bahagian dan sebagainya. Jangan ada orang yang hendak mencabar mereka dan kerana itu tidak bagi orang yang ada bakat masuk bahagian mereka. Keduanya, mereka hendak jadi calon pilihan raya dan tidak menumpukan kepada menguatkan kembali UMNO. Kita kalau bertanding pilihan raya tetapi parti kalah tidak ada gunanya kerana kita hanya menjadi parti pembangkang. Yang penting bukan individu tetapi parti yang perlu menang. Jika ini keadaannya dan kalau terjadi cantas-mencantas, lagi UMNO akan kalah. Akhirnya UMNO tidak akan memerintah dan kita semua tidak dapat apa-apa pun.

Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini mungkinkah boleh dijadikan platform terbaik untuk memperbetulkan semua masalah ini menjelang pilihan raya umum akan datang?

DR. MAHATHIR: Perhimpunan UMNO tahun ini saya yakin mereka tidak akan bangkitkan perkara yang tidak disukai atas alasan menjaga sensitiviti dan sebagainya. Oleh itu perkara ini akan hanya terbenam begitu sahaja. Tidak ada sesiapa membuat analisis tentang tuduhan terhadap UMNO sama ada betul atau tidak. Betulkah Dasar Ekonomi Baru (DEB) cuma menguntungkan kroni-kroni Perdana Menteri sahaja? Kita kena jawab semua perkara ini dengan jelas dan fakta.

Bagaimana Tun melihat generasi baru dalam UMNO?

DR. MAHATHIR: Bagi generasi baru, keupayaan untuk menjelaskan perjuangan UMNO sudah tidak ada.

-Lidah Rasmi UMNO-

Monday, November 21, 2011

KONDO LEMBU SHAHRIZAT AND THE GANGS

KAH! KAH!! KAH!!!



Orang kasi pinjam duit suruh bela lembu, ko bela lah lembu...Kalau tak boleh nk bela, ko pulanglah balik duit yg org kasi pinjam tu. Yang ko pandai2 beli KERETA LEMBU tu buat apa? Nak buat teksi, kmudian duit untung tu nak bela lembu lagi? hahahahaaaa.....




NFC AKHIRNYA MENGAKU “Tiga pengakuan Mohamad Salleh mengesahkan keresahan rakyat bahawa anugerah projek ini kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri mempunyai unsur-unsur penyelewengan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini. Pengakuan itu adalah NFC tiada kepakaran dan pengalaman untuk mengendalikan projek ini sehingga menyebabkan syarikat menghadapi masalah operasi dan kewangan, serta perjanjian RM250 juta “tidak menyatakan jadual pembayaran balik”.


Sunday, November 20, 2011

LEMBU NAK TIPU RAKYAT MALAYSIA ?

Isu Fidlot : Mampukan UMNO/BN memperbodohkan rakyat?


Setelah hampir sebulan sunyi sepi, National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), yang menjadi sasaran dalam parlimen dan di luar parlimen, akhirnya membuka mulut.


Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, pengerusi NFC dan suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menganjurkan sidang akhbar pada 17 November lalu bagi mempertahankan NFC.

Beliau menjelaskan bahawa segala-galanya berjalan dengan baik, syarikat sedang menuju ke arah mencapai sasarannya dan tidak berlaku sebarang penyelewengan.

Tetapi fakta-fakta beliau jauh dari meyakinkan. Malahan, ia hanya satu percubaan untuk menutup skandal, dengan beberapa penafian yang telah pun dibuat oleh para pemimpin Barisan Nasional (BN) sebelum beliau.

Sebelum kita pergi kepada subjek utama, mari kita sentuh dua isu. Pertama, sidang akhbar Salleh dibuat secara eksklusif kerana hanya membenarkan enam organisasi media sahaja, iaitu akhbar berbahasa Melayu dan saluran-saluran televisyen membuat liputannya.

Akhbar berbahasa Cina dan lain-lain diharamkan dari sidang akhbar itu. Jika NFC benar-benar ikhlas mahu menyatakan yang benar, mereka tidak harus bimbang kepada para wartawan selain dari media yang dikawal oleh BN, yang pada kebiasaannya dianggap perkakas propaganda BN?

Jelas kelihatan NFC tidak mempunyai keyakinan untuk menjawab soalan-soalan dari para pemberita dari media yang tidak dikawal oleh BN? Tidakkah ini jelas menunjukkan BN mahu rakyat membaca apa yang BN mahu mereka membacanya?

Pembelian kondo tidak boleh diterima

Kedua, Salleh mahu kita mempercayai bahawa pembelian dua unit kondominium mewah berjumlah RM14 juta itu adalah usaha menggunakan pinjaman mudah itu secara sah dengan menyatakan kedua-dua kondo ini memberi pulangan yang tinggi.

Beliau berkata, pulangan sewa dari sebuah kondo ialah RM70,000 tetapi tidak ada sesiapa yang mempercayainya.

Selain dari kredibilitinya tercabar, siapakah dia Salleh yang memikirkan dirinya membuat rakyat tidak keberatan untuk meminjamkan wang kepada keluarganya pada tempuh jangka panjang dengan kadar faedah 2% supaya mereka dapat meraih pulangan berlipat kali ganda hasil dari pelaburan dalam hartanah?

Alasannya bahawa ini (pembelian dua kondo) merupakan pelaburan sementara atas lebihan wang yang boleh digunakan kemudian nanti untuk projek lembu feedlot adalah tidak boleh diterima.

NFC tidak sepatutnya membuat permohonan dan kerajaan juga tidak sepatutnya memberi kebenaran untuk mengeluarkan wang yang banyak itu, yang tidak digunakan dari Akaun Pinjaman Khas. Pengeluaran wang dari akaun sepatutnya dikawal ketat dan diteliti

Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Atau, adakah NFC memberitahu kita bahawa mereka tidak menyediakan unjuran aliran tunai dan akaun untung rugi untuk projek ini ketika membentangkannya kepada kerajaan sebelum kontrak ini diperolehi?

Salah guna dana awam yang berlaku mencerminkan kegagalan kerajaan untuk melindungi dana awam, atau lebih buruk, terdapat konflik kepentingan berunsur jenayah (disebut rasuah) kerana memberi kontrak kepada kroni tanpa pertimbangan yang saksama melalui kertas kerja projek yang lengkap..

Sekarang, mari kita lihat kepada fakta-fakta yang dikemukakan oleh Salleh untuk menyokong dakwaannya bahawa projek ini berjalan dengan baik.

Projek ‘berjaya’ satu ilusi

Salleh berkata, ini merupakan tahun ketiga operasi dan masalah remeh temeh adalah dijangka. Salah. Anaknya sendiri, Wan Shahinur Izran, ketika itu Ketua Pegawai Eksekutif berkata, ketika majlis menandatangani perjanjian kemudahan pinjaman RM250 juta itu pada 6

Disember 2007 bahawa “operasi dijangka bermula bulan Februari tahun depan.” Maka empat tahun sudah berlalu sejak perjanjian itu.

Kata Salleh lagi, syarikatnya telah menternak 8,016 ekor lembu pada tahun 2010, “mengatasi sasaran 8,000 ekor lembu”. Salah.

Kriteria yang harus dipertimbangkan ialah jumlah lembu yang disembelih, bukan “diternak”, kerana projek ini adalah projek pembekalan daging lembu.

Jumlah lembu feedlot tidak boleh diukur dengan pengeluaran, kalau tidak, bilangan banyak lembu yang banyak yang tiba dari luar negeri dikira sebagai “pengeluaran”.

Maka Ketua Audit Negara adalah betul dalam laporannya bahawa sebanyak 3,289 ekor lembu yang disembelih pada 2010 menyumbang hanya 41% dari sasaran, satu jumlah sasaran yang telah pun dikurangkan. Sasaran asal ialah 60,000 ekor lembu setahun seperti yang diumumkan oleh CEO Izran ketika majlis menandatangani perjanjian pinjaman itu.

Seterusnya Salleh berkata, “dari operasi tahun 2009, NFC masih belum mendapat pasaran dan tempat penyembelihan hanya diluluskan pada bulan April tahun tersebut, sijil halal diperolehi dua bulan kemudian dan Piawaian Kesihatan Veterinar, adalah wajib sebelum daging dapat dijual, dalam tahun 2010.”

Salleh menambah, NFC perlu menghantar para pekerjanya untuk menjalani latihan untuk mendapatkan kepakaran bagi mengendalikan operasi ternakan lembu.

Perkataan yang disebut Salleh ini nampak seperti seorang yang amatur dalam bidang ini, merayu supaya kita memahami masalah ini akibat prestasinya yang mengecewakan.

Ini berbeza dengan ucapan Izran pada 2007 apabila beliau berkata, “kami ingin memainkan peranan penting untuk memimpin, struktur dan mentransformasi industri daging lembu bagi mencapai 40% keperluan negara.”

Izran juga berkata, aktiviti-aktiviti syarikat termasuk “lembu feedlot dan pengeluaran makanan melalui kontrak dan perladangan satelit, penyembelihan, pemprosesan, pemasaran dan lain-lain aktiviti hiliran dan huluran.”

Untuk perladangan kontrak, NFC akan “membantu pihak-pihak terpilih untuk mendapatkan pinjaman, untuk memula projek dan latihan lanjutan dalam bidang pengeluaran dan pentadbiran perniagaan termasuk menyediakan lembu, bahan pemakanan dan perkhidmatan veterinar. Skop aktiviti ini terdapat dalam laman web NFC.

Ekuiti yang cukup?

Maka amat jelas wujudnya jurang di antara realiti dan retorik dalam kisah NFC ini.

Salleh berkata, NFC hanya memulakan operasi pada 2009. Tetapi kenapa tidak pada 2008 memandangkan syarikatnya telah memperolehi pinjaman besar ini lebih awal?

Secara tidak langsung, operasi syarikat ini bergantung sepenuhnya kepada pinjaman mudah ini tanpa mempunyai ekuiti yang mencukupi dari para pemegang sahamnya. Jika ini benar-benar terjadi maka terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam penganugerahan projek ini.

Salleh memberitahu bahawa permintaan dalam pasaran menjadi penghalang hingga membantutkan perkembangan projek ini sehinggalah pada 2010. Tetapi bagaimana mungkin ini terjadi sedangkan negara kita telah mengimport 80% daging lembu dari luar negara?

Aduan serupa ini hanya mendedahkan kelemahan mereka untuk mengendalikan perniagaan ini.

Dengan mendawa pihak yang memberi projek melambatkan kelulusan-kelulusan yang diperlukan hanya sebagai alasan sahaja.

Hakikatnya, sukar untuk menolak kemungkinan berlakunya salah guna kuasa dalam pemberian projek ini, termasuk kecuaian jenayah (oleh pihak kerajaan) dan pecah amanah (pengendali projek) dalam menyalah guna dana awam.

Langkah yang sebaik-baiknya ialah dengan mendakwa pihak yang terlibat, mendapatkan semula dana itu dan melantik usahawan yang benar-benar berwibawa untuk mengendalikan projek ini.

Adakah kerajaan BN sanggup melakukannya, atau perkara yang sama, seperti biasa akan dibiarkan terus berlaku?

-Free Malaysia Today-

KAH! KAH!! KAH!!!

Saturday, November 19, 2011

PENTAFSIR TWITTER PM




Woii Mat Jamil budak Yan hang cover najib no bab selesai tak selesai haji kah kah. Sejak bila hang jadi pentafsir twiter najib? Kah kah kah. Ulamak lain berebut nak tafsir Quran hgan nak jadi pentafsir twiter pulak. Kah kah kah. Rosmah pakai tudung nampak jambui tu nak cover kata apa pulak? Nak kata takut Barat marah. Takut Yahudi marah wanita pertama(perasan) pakai tudung,,,,,Hang ni buat malu orang Yan betui,,,,Mana pegawai khas hang Si Bassori tu? kah kah kah.

Friday, November 18, 2011

LEMBUMNO ADA DI MANA-MANA

Lagi pemimpin Umno diheret dalam skandal projek lembu
 
Hazlan Zakaria

Berdasarkan rekod kewangan syarikat projek ternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR mendakwa terdapat lebih banyak penyelewengan dalam syarikat yang dimiliki oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Pada sidang media di lobi parlimen, setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution mendedahkan bahawa skandal itu kini merebak dan turut membabitkan beberapa pemimpin Umno lain.

1. Lembu-lembu bernilai RM5,281 yang disumbangkan pada tahun 2009 kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor; dan RM2,640 kepada ADUN yang hanya dikenali sebagai 'YB Yunus'.

2. Lembu-lembu bernilai RM70,000 dikatakan dijual secara kredit kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique pada tahun 2008; dan harga pembelian hanya dibayar sepenuhnya pada tahun 2009.

3. RM26,400 yang didakwa dibayar sebagai perbelanjaan yang dilakukan pada tahun 2008 oleh Shahrizat.

4. RM368,640 yang dikatakan digunakan bagi sewa pejabat dan dibayar kepada pengarah NFC - suami Shahrizat, Mohamad Salleh Ismail dan anak lelaki mereka, Wan Shahinur Izran.

Syarikat itu, sebelum ini, didakwa telah membelanjakan sebanyak RM250 juta dana awam yang diperuntukan dalam bentuk pinjaman mudah. Namun sehingga hari ini, tiada ulasan berhubung segala dakwaan yang dilemparkan dijawab.

Masalah berkaitan dengan operasi projek ternakan lembu NFC itu, pertama kalinya timbul semasa Laporan Ketua Audit Negara 2010 dibentangkan.

............................
INI SEMUA LEMBU PUNYA PASAL..HABIS TERPALIT TAHI LEMBU
KESIAN RAKYAT RATUSAN JUTA WANG RAKYAT DIPUTAR BELIT SEDEMIKIAN RUPA.

Thursday, November 17, 2011

KR1M = MYDIN ?

Saya begitu teruja apabila membaca rencana di bawah. Oleh sebab itu, saya rasa terpanggil untuk berkongsi maklumat dengan pembaca blog ini.  BACALAH!!!
  





Mydin nafi barangan 1Malaysia tak bermutu

Pengendali Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Mydin, hari ini menangkis sebahagian besar tohmahan, khususnya daripada ketua antagonis, Tony Pua - bahawa produk 1Malaysia dijual pada harga lebih tinggi manakala kualitinya pula adalah rendah.

Pada sidang akhbar yang diadakan khas di gudangnya di Kelana Jaya, petang ini, pengarah urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin yang diiringi beberapa pembekal barangan yang didakwa kualitinya mencurigakan itu, membekalkan beberapa laporan makmal bagi menguatkan hujah mereka.


Katanya, hanya satu daripada 10 dakwaan yang dibuat oleh ahli parlimen DAP dari Petaling Jaya Utara, Ton Pua dianggap sah, iaitu berkenaan sos tiram syarikat tersebut.


Justeru, katanya, Pua berlaku tidak adil kepada pembekalnya dan menggunakan taktik kotor.

Dakwa Ameer lagi, dakwaan Pua juga tidak berasas dan “separuh benar” kerana beliau membandingkan produk yang salah dan berlainan kualiti serta kategori dengan memetik undang-undang yang salah.


"Sebelum tuduh orang lain, belajar dulu atau pergi ke sekolah ... sebelum kata sesuatu,” bidasnya terhadap Pua yang lulusan Oxford itu. -malaysiakini


Ulasan GreenBoc


Hairankah kita apabila Mydin membela produk-produk KR1M? Bukankah Mydin dan KR1M adalah burung-burung yang serupa bulunya? Maka sewajarnya untuk mereka terbang beriringan... memadu asmara bersama.


Megapa GB berkata begitu. Kerana Mydin sendiri adalah sebuah pasaraya yang sememangnya menjual produk-produk yang rendah kualiti!


Pergilah ke mana-mana cawangan pasaraya Mydin yang berdekatan dengan anda, anda akan mengakui kata-kata GB di atas, kerana di sana anda akan memperolehi barang-barang yang dibeli secara pukal Made In China yang juga terjual di kebanyakan kedai barangan RM2, tetapi di Mydin its above RM2.


Kedua, Pak Menteri mana yang ada berbelanja di Pasaraya Mydin dan kedai KR1M? Tidak ada. Kerana orang kaya-kaya tahu barangan di sana adalah rendah mutunya. Hatta drebar dan amah pak menteri tak berbelanja di Mydin dan kedai KR1M.


Ketiga, jika Mydin ini berada di negara maju sudah lama mereka diheret ke mahkamah. Tetapi di Malaysia dimana persatuan pengguna kita lemah dan Kementerian Hal Ehwal Penggunanya bukan untuk pengguna, kamu dijulang kerana kononnya menjual harga-harga di paras yang rendah, dan lantarannya rakyat marhaen terpesona sekalipun barangan yang dibeli rendah kualitinya.


Keempat, pihak Mydin menyatakan dakwaan Pua juga tidak berasas, sedangkan Mydin mengakui bahawa dakwaan Pua adalah separuh benar. Bererti dakwaan Pua tidak seratus peratus salah. Justeru dakwaan Pua BERASAS dan kenyataan pihak Mydinlah yang salah.


Kelima, pengurusan Mydin nampaknya berlagak dengan mengeluarkan kenyataan berikut "Sebelum tuduh orang lain, belajar dulu atau pergi ke sekolah ... sebelum kata sesuatu".

GB ingin bertanya tinggi mana tahap kamu bersekolah sehingga kamu boleh mengeluarkan perkataan penghinaan sedemikian rupa? Pangkat PhD atau sarjana mana yang kamu ada atau kamu beli sehingga boleh menempelak taraf keilmuan orang lain semata-mata kamu ingin mepertahankan perniagaan kamu yang berasaskan barangan yang rendah kualitinya selama ini? Tony Pua, seorang graduan dari Universiti Oxford, anak beranak Mydin?


Keenam, kamu boleh menipu sesetengah manusia dalam sesetengah masa, tapi kamu tidak boleh menipu semua manusia dalam semua masa. Kamu boleh mengambil sikap berkonfrantasi dengan Pakatan Rakyat tetapi INGAT: bahawa di dalam pilihanraya yang lalu separuh pengundi di negara ini mengundi Pakatan Rakyat. Apa kata jika rakyat yang kamu berkrontasi itu mengambil sikap memboikot Mydin selepas ini?


Ketujuh, tindakan kamu Mydin memalukan. Kamu sepatutnya membela dan berpihak kepada rakyat marhaen dan pengguna yang selama ini banyak membantu kamu, tetapi kamu lebih suka membela dan berpihak kepada menteri yang tak pernah pun beli barangan kamu. Hukum kebenaran dan keadilan akan berlaku: jika sikap kamu berterusan begitu, kamu akan binasa di satu masa. 


They say one good name deserves another, but in the above case one bad name has enticed another.

Wednesday, November 16, 2011

ALAHAI KR1M! APA DAH JADI?

Bacalah betul-betul semua yang terkandung dalam rencana di bawah. Fahami betul-betul kandungannya. Gunakan pemikiran anda yang tidak dipengaruhi oleh sesiapa pun dan buatlah keputusan sendiri kerana apa-apa jua yang berlaku, kita sendirilah yang menanggungnya.

Kedai 1Malaysia: Murah tidak sentiasanya baik
Ab Aziz Ab Ghani   
Pada pendapat saya harga yang rendah bagi produk 1 Malaysia yang dijual di KR1M hanya penipuan semata-mata. Jika benar KR1M menjual barangan lebih murah daripada pasar-pasar dan tempat-tempat lain kenapa mereka tidak menjual jenama yang sama (bukan produk 1Malaysia) dengan harga yang lebih rendah bagi memudahkan pembeli membuat harga bandingan.

Contohnya kalau cili sos berjenama ‘Maggi’ dijual di kedai-kedai luar (bukan KR1M) pada harga RM2.50, KR1M patutnya menjual jenama yang sama pada harga yang lebih rendah..misalnya RM2.30 atau RM2.00 sahaja.

Ini barulah betul-betul nak menolong rakyat namanya kerana rakyat dapat membeli barang yang sama dari segi jenama, kualiti dan kandungan yang sama dengan harga yang lebih rendah.

Kalau sekadar mengeluarkan produk yang sama dengan jenama sendiri (1 Malaysia), sudahpasti rakyat tidak dapat buat perbandingan dengan sewajarnya (apple to apple) tentang produk yang dikeluarkan kerana ianya kemungkinan berbeza dari segi kandungan, kualiti atau kuantiti…. Oleh sebab itu ianya boleh dijual dengan harga lebih ‘murah’.

Selain itu jaminan dari segi kesihatan juga mungkin dilupakan kerana ingin mengejar keuntungan (tanpa keuntungan tiada kedai yang boleh hidup).

Akhirnya yang menanggung derita adalah pengguna sendiri kerana menggunakan barang-barang yang tidak berkualiti.

Satu lagi pertanyaan ialah, jika barangan 1Malaysia yang diberi didapati rosak, atau mengandungi benda asing atau menyebakan pengguna mengalami masalah kesihatan akibat menggunakan bahan atau barangan tersebut (1Malaysia), ada ke pihak yang boleh dipertanggungjawabkan untuk tindakan undang-undang….

Oleh itu, saya berharap pengguna lebih berhati-hati dalam membeli barangan 1Malaysia kerana murah itu tidak sentiasanya baik.

Baca betul-betul kandungan dan tarikh luput pada setiap botol atau barangan 1 Malaysia yang hendak dibeli. Lihat kualiti dan kuantiti yang tertulis di atasnya.