YAKJUJ DAN MAKJUJ

Saturday, December 31, 2011

JAMIL KHIR: PENIPU DAN PECAH AMANAH

Jawapan Jamil Khir & Pengarah MAIWP Hina Audit Negara Dan Agong - Ulasan GB


Bangkit tuntut dakwa Jamil Khir pecah amanah

Umat Islam mesti bangkit beramai-ramai menuntut pendakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom kerana pecah amanah wang zakat, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Persoalan terbesar di sini ialah jenayah pecah amanah wang zakat apabila Jamil Khir dan dua orang lagi yang bersyubhat dengannya menggunakan wang itu untuk kos guaman kes qazaf (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.


"Perbuatan pecah amanah wang zakat tidak boleh ditutup walaupun di bayar balik kerana pecah amanah telah pun berlaku," katanya.


Persoalan kedua, kata Mahfuz, ialah pembohongan Jamil Khir apabila tanpa sebarang rasa malu sedikit pun beliau membohongi rakyat dan mendakwa "mana mungkin saya hendak menggunakan duit zakat untuk tujuan guaman".


"Dakwaan Jamil Khir itu menghina Ketua Audit Negara yang membuat laporan bahawa wang zakat telah digunakan untuk membayar kos guaman tersebut.


"Menghina Ketua Audit Negara bermakna menghina Yang di-Pertuan Agong kerana Ketua Audit Negara dilantik oleh baginda," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Menurut Mahfuz, menteri itu melakukan dua kesalahan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

"Selain menghina Ketua Audit Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Jamil Khir sebelum itu telah melakukan jenayah pecah amanah wang zakat dan institusi zakat yang terlibat itu berada di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong," katanya.


Sebagai anak Kedah, kata Mahfuz, beliau tidak mahu Sultan Kedah yang kini menjadi Yang di-Pertuan Agong tercalar imejnya kerana jenayah pecah amanah wang zakat yang dilakukan oleh menteri berkenaan dan penghinaan terhadap Ketua Audit Negara yang juga dilakukan oleh menteri berkenaan.


"Mereka yang terlibat melakukan pecah amanah wang zakat itu mestilah didakwa dan jawatan mereka hendaklah digantung sepanjang proses pendakwaan itu dan jika mereka didapati bersalah mereka mestilah dihukum selain dipecat dari jawatan mereka," tegas beliau.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengesahkan pecah amanah wang zakat berjumlah RM63,650 dilakukan oleh Jamil Khir dan dua orang lagi yang bersyubahat dengannya bagi menghalang kes qazaf yang di failkan oleh Anwar.

Wang zakat itu disalahgunakan untuk pembayaran kepada firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bagi mewakili Jamil Khir, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden. -HD


Jamil Khir Jelaskan Dakwaan Seleweng Wang Zakat & Pembelian Rumah


SEPANG: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Sabtu menegaskan, laporan yang mendakwa beliau terbabit dalam penyelewengan wang zakat adalah tidak benar dan merupakan satu fitnah semata-mata.


Beliau berkata, wang yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes tuntutan qazaf Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukannya daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sepertimama yang didakwa tetapi dana khas yang disalurkan kerajaan untuk pembayaran yuran guaman.


"Setiap tahun kerajaan bagi bajet kepada MAIWP dan tahun ini RM700,000 diperuntukkan untuk tujuan pembayaran contohnya kes perebutan jenazah, kes libatkan saudara baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah, dan kita ini yang kita pakai lah," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di sini.


Beliau berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman beliau, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dalam kes qazaf itu.


Sambil menyifatkan dakwaan itu dan laporan mengenai kos ubah suai rumahnya di ibu negara yang dikatakan tinggi dan mewah sebagai zalim dan kejam, Jamil Khir berkata berita seumpama itu sepatutnya diselidik terlebih dahulu sebelum disiarkan supaya tidak timbul fitnah dan salah faham rakyat terhadap pemimpin negara dan kerajaan.


Beliau berpendapat, laporan itu bertujuan untuk melahirkan persepsi bahawa pihak menteri dan kerajaan selalu melakukan penyelewengan.


"Saya rasa amat tidak wajar seorang Muslim dan saya rasa yang bercakap ini pun banyak Muslim. Dia patut selidik dan kena rasa takut pada fitnah dan pembohongan yang bukan setakat habis di dunia tapi balasannya sampai di akhirat," katanya lagi.


Menurutnya, pembangkang banyak memainkan isu melibatkan kerajaan Barisan Nasional untuk dipolitikkan supaya dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu-isu pokok membabitkan pembangkang termasuk qazaf.


Mengulas mengenai isu rumahnya, Jamil Khir berkata, pihak yang membuat tuduhan berkenaan boleh membuat semakan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


Beliau menjelaskan, rumahnya itu dibeli pada tahun 1994 sebelum beliau dilantik sebagai menteri lagi dan pembayaran bulanan juga masih dibuat sehingga kini.


"Kalau ada sedikit penambahbaikan pada rumah itu adalah perkara biasa. Saya dulu mejar jeneral dalam angkatan tentera...saya ada pencen penuh dan tak peliklah saya layak buat pinjaman (perumahan)," katanya lagi.


Beliau juga berkata, penjelasan beliau berkaitan dakwaan itu adalah muktamad dan berharap semua pihak memahami keadaan sebenar. - thestar


Ulasan GB

Sudahlah pecah amanah dan khianat, penipu pula.

Kata jamil Khir:

Beliau berkata, wang yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes tuntutan qazaf Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukannya daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sepertimana yang didakwa tetapi dana khas yang disalurkan kerajaan untuk pembayaran yuran guaman.

Sedangkan Laporan Audit JELAS menyatakan:

Laporan Audit Negara mengesahkan RM63,650 telah dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom dan dua yang lain.

Kos guaman itu adalah bersabit kes tuntutan qazaf oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.

Sekalipun wang tersebut telah dibayar balik menggunakan geran RM700,000 pada Jun 2010 daripada kerajaan untuk perbelanjaan lain selain daripada agihan zakat, seperti perkhidmatan perundangan, pentadbiran, elaun mesyuarat dan penyenggaraan kenderaan, namun PECAH AMANAH telah berlaku terlebih dahulu.

Menurut laporan tersebut, Che Mat telah meluluskan bayaran interim berjumlah RM31,500 menggunakan peruntukan sumber am bagi perkhidmatan perundangan pada 28 Januari 2010, daripada peruntukan zakat terlebih dahulu kerana geran kerajaan belum diterima pada tarikh tersebut.

Menurutnya lagi, pada 29 April 2010, MAIWP membuat pembayaran baki kos guaman berjumlah RM32,150 juga menggunakan peruntukan sumber zakat terlebih dahulu.

Laporan itu menyebut, MAIWP melantik firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir mewakili mereka atas pegangan jawatan mereka dalam MAIWP.

Laporan Audit Negara di atas adalah jawapan kepada soalan yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) yang dipengerusikan Datuk Seri Azmi Khalid, oleh tiga ahli parlimen - Saifuddin Nasution Ismail (Machang), Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat) dan Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) sebelum ini.

Ia BUKAN fitnah seperti yang didakwa oleh Jamil Khir sebaliknya Jamil Khir yang memberikan jawapan yang salah untuk mengelirukan rakyat.

Ini juga BUKAN persoalan politik seperti yang didakwa, tetapi persoalan akauntabiliti dan etika kerja. Soal hukum, soal amanah dan pertanggungjawaban.

Dipandang dari sudut apa sekalipun, perbuatan menggunakan wang zakat untuk tujuan selain dari yang dibenarkan syarak tetap berdosa. Wang zakat adalah milik Allah s.w.t. yang diarahkan diagihkan kepada golongan asnaf, bukan untuk biaya (samada sementara atau kekal) wang guaman pengerusi dan pengarah MAIWP.

Sudahlah qazaf yang dituntut ugama untuk dilaksanakan dihalang, guna pula wang zakat untuk biaya kos guaman menghalang qazaf berkenaan. Bertimpa-timpa kesalahan dan dosanya.

Tiada alasan lagi, Jamil Khir serta 2 lagi perlu diheret ke muka pengadilan.

SAMSENG REEZAL MERICAN: AHLI POLITIK BANKRAP

PANAS!! Reezal Merican ugut Adam Adli dan keluarganya?


Anak kelahiran Pulau Pinang bernama Adam Adli Abdul Halim mengecam tindakan Ketua Penerangan UMNO/APCO Malaysia Datuk Reezal Merican Naina Merican kerana mengugut ibu bapanya demi memperbaiki imej UMNO/APCO-BN yang kian dipersoal oleh rakyat belakangan ini.


Ugutan itu, menurut mahasiswa tahun akhir Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkenaan gara-gara beliau menurunkan bendera muka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan PWTC pada 17 Disember lepas.

Beliau berkata Reezal bertindak demikian selepas gagal memujuk keluarganya untuk memberi tekanan psikologi kepadanya.

“Selepas saya menerima banyak ugutan daripada samseng-samseng UMNO/APCO, tidak mungkin ibu bapa saya menerima ugutan Reezal Merican (supaya) saya minta maaf secara terbuka kepada UMNO/APCO.

“Saya tak buat salah, buat apa saya minta maaf. Saya bukannya buat salah. Kalau nak anggap ini (turun bendera) biadap, mereka lebih biadap (kerana) fitnah saya guna (akhbar) Utusan (kononnya) saya koyak bendera (muka Najib) dan dedah (gambar) gay mirip muka saya di internet lebih biadap,” ujarnya semalam di Komtar, George Town.


Beliau berkata, polis sendiri menyaksikan aksi beliau menurunkan bendera muka Najib tetapi tidak menangkapnya kerana perbuatannya itu bukanlah suatu jenayah.

“Tanya pada polis kerana saya tidak dihalang sebab saya tidak melakukan jenayah ketika itu,” tegasnya,

Beliau yang juga anak kelahiran Parlimen Kepala Batas yang kini disandang oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi kecewa kerana Reezal yang juga pemimpin UMNO/APCO tempatan, di sini, sanggup mengugut beliau sekeluarga.

Pendedahan terbaru itu disuarakan selepas Solidariti Mahasiswa Untuk Kebebasan Akademik (Bebas) menyerahkan Memorandum 6 Tuntutan Mahasiswa kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


Dalam perkembangan yang sama, beliau mengecam tindakan gerombolan samseng yang dikaitkan dengan UMNO/APCO, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida Malaysia) dan Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) menyerbu van yang dinaiki mereka sehingga menggagalkan rapat umum mahasiswa di ’Sudut Pidato’ dekat Padang Kota Lama, George Town tengah hari semalam.

“Ini (UMNO/APCO) bukan parti politik, ini parti samseng. Kami mahasiswa, kami bukan samseng. Mahasiswa dan rakyat elok tolak budaya samseng parti ini,” tegas beliau.

Tuntas dari itu, Adam Adli menyeru seluruh rakyat khususnya mahasiswa yang benci dengan politik samseng supaya menolak UMNO/APCO-BN di pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan paling awal pada awal tahun depan.


Laporan oleh : Nota Merah

UMNO/APCO-BN: NO MONEY NO FLY! APA CITER?


Kapal Terbang APMM tersadai sebab Kerajaan UMNO/APCO-BN dah tak ada duit?


Dua buah kapal terbang milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dilaporkan telah tersadai setelah memasuki perkhidmatan kira-kira dua tahun yang lalu berikutan kekangan kewangan.


Kekangan kewangan itu telah menyebabkan APMM tidak menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana syarikat yang berkelayakan untuk menyelenggara pesawat-pesawat tersebut.

Setelah tidak boleh diterbangkan (grounding) kedua-dua buah kapal terbang dari jenis Bombardier Aerospace CL415MP disimpan dalam hangar di Subang. Sebuah darinya telah disimpan di situ sejak dari tahun lepas manakala sebuah lagi lebih kurang setengah tahun lalu… seterusnya korang baca di bawah..

Hairan ya.. negara kita dikatakan kaya oleh pemimpin-pemimpin UMNO/APCO-BN tapi mengapa kita tidak mampu untuk membiayai kontrak penyelengaraan untuk dua buah kapal terbang ini?

The Sun juga melaporkan harga bagi sebuah pesawat ini ialah RM98juta. Oleh itu ,jumlah bagi dua buah ialah RM196 Juta..

Harganya lebih murah dari dana yang diperuntukkan kepada keluarga Shahrizat untuk membela lembu iaitu RM257juta. Bayangkan andai kata dana untuk membela lembu itu diserahkan kepada APMM, sudah tentu dua buah kapal terbang itu boleh terbang.

Selain itu kalau tidak diperuntukkn RM111 juta untuk PERMATA jagaan Rosmah yang tak tahu di bawah kementerian mana letaknya, kapal terbang itu tentu boleh terbang.

Tidakkah ini menunjukkan kelemahan UMNO/APCO-BN sebagai pemerintah? PAS tidak pernah buat kerja macam ni. PKR tidak buat kerja lagu ni. DAP lagilah tiada hak nak buat macam ni.  Buat apa beli kalau tak boleh guna? Lama-lama nanti jahanamlah. Hangus lagi wang rakyat. Komisyen lama dah depa sapu. 

Rakyat Malaysia sekalian, kita jahanamkan UMNO/APCO-BN dalam PRU KE-13 nanti!!!
  
Tolong jangan beri peluang lagi kepada UMNO/APCO-BN yang telah menganiaya rakyat Malaysia selama lebih 50 tahun berkuasa.



 

Friday, December 30, 2011

LEMBU IJAT DAH MULA GELISAH

Apa kena dengan lembu-lembu ni?



Lembu yang gagal mendapat tempat penginapan di kondominium pulang hampa..


NATIONAL FAMILY CORRUPTION (NFC)
  
HAPUSKAN SAJA KUASA UMNO/APCO-BN!!!
ITU SAJA JAWAPAN DAN TINDAKAN PALING MUDAH

LEMBU PUN BOLEH JADI RESTORAN BAGI UMNO/APCO!!!

Jelitawan Malaysia adalah Pemilik Restoran Mewah di Singapura?


Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh 
Pemilik restoran MeatWorks (Real Food Company Sdn. Bhd)

Menurut Blogger MiloSuam, terbukti sudah pemilik restoran MeatWoks ialah anak perempuan Ketua Wanita Umno yang juga seorang menteri Kabinet Kerajaan Barisan Nasional ,iaitu Datuk Seri Sharizat Abd. Jalil.
 
Apa yang menghairankan adalah apabila Datuk Seri Sharizat Abd. Jalil telah menafikan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam skandal NFC tersebut sedangkan beliau adalah isteri kepada Pengerusi NFC dan ibu kepada pemilik restoran MeatWorks di Singapura.

Menurut Ketua Jingga13, En. Fariz Musa dan Setiausahanya Encik Saifuddin Shafi Muhammad, dalam bulan Oktober hingga November 2010, NFC telah memindahkan sejumlah S530,000 (RM 1.3 Juta) dan sehingga tahun 2011 dianggarkan RM10 juta ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd. 

Yang menjadi persoalannya sekarang apakah tujuan pemindahan wang tersebut? Nak dikatakan mereka (NFC) telah mengeksport daging lembu tersebut, mereka sepatutnya telah mendapat balik modal atau keuntungan ke dalam akaun mereka di Kuala Lumpur tetapi keadaan telah berlaku adalah sebaliknya. Perniagaan MeatWorks di Singapura  dikatakan hampir bankrap, boleh bertahan sehingga ke hari ini jika tidak kerana bantuan dari NFC di Malaysia.

Kepada semua rakyat Malaysia yang sering ditipu oleh pengkhianat bernama UMNO/APCO ini selama lebih daripada 50 tahun, sama-samalah kita tunggu dan lihat reaksi Shahrizat terhadap pendedahan ini.

Ini cabutan dari laman web MeatWorks:

 

PAKATAN LEBIH BAGUS JAGA ISLAM

ISLAM DI PULAU PINANG LEBIH DIHARGAI PADA ZAMAN PAKATAN [GRAF]

Sememangnya  kita  semua  bersyukur  kerana  kerajaan  Pakatan  Rakyat   Pulau Pinang ini prihatin terhadap masalah-masalah agama Islam...banyak bantuan disalurkan untuk hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang..

UMNO/APCO-BN yang memerintah sekian lama di Pulau Pinang sebelum ini kerap kali meminggirkan agama Islam dan juga bangsa Melayu..

Untuk pengetahuan semua...
Jumlah peruntukan dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk hal ehwal agama Islam meningkat berkali ganda berbanding zaman UMNO/APCO-BN dahulu..

Lihat rajah di bawah ini...



Lihatlah sendiri perbezaan peruntukan pada zaman UMNO/APCO-BN dan juga semasa pentadbiran Pakatan Rakyat..
Baru-baru ini juga Kerajaan Pulau Pinang menyampaikan dana berjumlah RM418,200 kepada 1,394 guru KAFA..
ini bermakna setiap seorang guru KAFA mendapat imbuhan sebanyak RM300..

Banyak beza...
sangat berbeza....
itu pun nak bagi "taik" lagi ker..?
-Liang Lahad-

KATAKAN INI:



AWASI SPESIES INI:

http://1.bp.blogspot.com/-Zt3bKycLcVo/TvHkNGKppoI/AAAAAAAABLQ/U20RQQHTGSQ/s1600/beruk.jpg


JAGA-JAGA:

 

MEREKA PENYEBAR VIRUS BERBAHAYA!!!





 

Thursday, December 29, 2011

WAU, RESTORAN MEWAH LEMBUMNO DI SINGAPURA!!!


Gambar : Restoran mewah keluarga Shahrizat di Singapura


Jam 2.00 Petang ini (29 Disember 2011) satu tayangan video eksklusif kondominium mewah Orchrad Scott dan restoran mewah MeatWorks ION Orchrad milik keluarga Shahrizat di Singapura yang dibeli menggunakan duit anda dan juga duit aku yang diperuntukkan kepada keluarganya sebagai dana untuk menternak lembu.


Tayangan video ini akan turut dihadiri oleh Ketua Wanita Keadilan, Yb Hajjah Zuraida Kamarudin dan Pengarah Strategik PKR, Saudara Rafizi Ramli.

Sebelum itu.. apa kata kita lihat dulu sedikit gambar-gambar restoran mewah MeatWorks ION Orchrad milik keluarga di Singapura..


Di restoran mewah inilah salah satu destinasi terakhir daging-daging lembu dari ladang NFC dihantar.



Aktivis Jingga 13 dapat melihat dengan mata kepala mereka sendiri, kehebatan Restoran makanan mewah, MeatWorks yang terletak di dalam bangunan sebuah pusat membeli belah mewah yang terletak di tengah-tengah kota Singapura itu.

Setibanya kami di situ, kami disapa oleh seorang pekerja wanita berbangsa cina. Salah seorang aktivis Jingga 13, Kwan Chen memberitahu bahawa wanita itu berasal dari Negara Cina berdasarkan dialek dan cara pertuturannya.



Kehadiran kami sekitar hampir jam 1:30 petang menyaksikan tiada pengunjung yang hadir untuk menjamu selera di situ. Berbeza dengan restoran bersebelahan yang dipenuhi pelanggan.
 

Oleh kerana bimbang dengan harga makanan di MeatWorks ini yang terlalu mahal, maka kami mengambil keputusan untuk tidak memesan sebarang makanan mahupun minuman, sebaliknya sekadar duduk sebentar untuk merakam gambar.

Tambahan pula kami bimbang dengan status halal makanan dan minuman di restoran ini kerana tiada sebarang logo ataupun sijil Halal keluaran Majlis Ugama Islam Singapura, Muis dipaparkan.
 


Nampaknya sudah terang lagi bersuluh. Wang rakyat RM257 juta yang disalurkan kepada NFC untuk melaksanakan projek impak tinggi membekalkan daging seluruh Malaysia sudah jadi projek impak tinggi bekalkan daging ke restoran mewah menteri.

Bekalan daging lembu di negara sendiri pun masih tak cukup, boleh pula bekalkan daging untuk negara jiran Singapura?

Senang betul jadi keluarga menteri. Nak meniaga boleh pakai duit rakyat RM257 juta bagi alasan nak bantu negara. Tak pernah bela lembu pun boleh dapat projek ratusan juta ringgit.
 
Siap boleh beli kondo mewah merata negara, beli kereta mewah ratusan rubu ringgit, beli tanah bagai. Apa ada hal? Kalau kantoi wanita Umno boleh tolong back up.

Upah RM500, bagi kain sutera 4 ela sorang dah boleh singsing lengan berdiri belakang Shahrizat masa Shahrizat nak selak kain kah kah kah... Tak percaya tanya wanita-wanita Umno yang berdiri belakang Shahrizat. jangan bohong Allah nampak...

Sumber : Milo Suam

UMNO/APCO = PUTAR ALAM

Perhatikan hujah-hujah dangkal puak-puak bebal dan tak berilmu dalam UMNO/APCO..

"PAS perlu kembalì dokong dan amal perjuangan tegakkan Islam sebagaimana tujuan asal penubuhannya..pimpinan PAS pusat sekarang sebagai boneka pentas kepada pihak laìn..yang akhirnya terpaksa tukar slogan negara Islam kepada negara berkebajìkan.."

Inilah permulaan kepada kejatuhan Pas..!

****************************************************

Komen Pihak Kami " Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO/APCO "

Bagi wa gelak guling-guling dulu ok...??

Terhibur rasanya bila membaca artikel-artikel sampah dari puak-puak Amenok ni...

Hahaha.....!!!!!

Negara Kebajikan PAS hanyalah satu Slogan sahaja. Oleh itu, tidak mengubah Dasar Parti PAS yang mendaulatkan Hukum serta Perundangan Allah..

Sama seperti UMNO/APCO yang mengunakan Slogan 1 Malaysia tetap juga tidak mengubah dasar parti UMNO/APCO yang berjuang bagi mendewa-dewakan bangsa Melayu...

Sebenarnya ini adalah wayang UMNO/APCO untuk mengelirukan umat Islam...

Nizar Bekas MB Perak berkata dalam dewan undangan negeri bahawa dalam manifesto PAS tak ada menyebut tentang negara Islam... UMNO/APCO yang menggunakannya sebagai senjata hikmat untuk membelasah PAS...

Hihihi...!!! Begitulah bodohnya puak-puak UMNO/APCO yang tak berilmu tu...sehinggakan tidak tahu membezakan makna manifesto dengan makna perlembagaan parti..

Menifesto ialah perancangan sepenggal ( 4-5 tahun ) sesebuah parti politik itu memerintah.. dan kandungannya boleh berubah-ubah pada bila-bila masa mengikut kesesuaian dan keperluan bagi sesebuah kerajaan untuk melaksanakannya..

Manifesto boleh dilakukan, ditangguh atau ditiadakan langsung -  juga mengikut kesesuaian dan keperluan..

Berbeza dengan perlembagaan parti, setiap perubahan yang hendak dilakukan terhadap satu-satu fasal dan artikel dalam perlembagaan sesebuah parti politik perlu mendapat sokongan majoriti 2/3 ahlinya...

Nak cerita pasal parti politik tapi tak tahu pasal " Akta Pertubuhan " wakaka...!!!!

Sebenarnya :

  Oleh sebab UMNO/APCO dah terdesak sangat bila orang-orang bukan Islam sudah boleh menerima perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS serta menolak UMNO/APCO yang berjuang semata-mata untuk mendewa-dewakan bangsa Melayu...

Hakikatnya..:

UMNO/APCO-BN mulai cemas apabila rakyat bangkit beramai-ramai menolak sistem pemerintahan yang berdasarkan bangsa...Seperti mana yang dilakukan oleh pihak penjajah British zaman sebelum merdeka dahulu..

Kalau zaman dahulu nenek moyang kami menolak batang tubuh British 100%, kini kami selaku anak cucu mereka pulak bertanggungjawab untuk menolak sistem pemerintahan " Pecah Perintah " yang diwariskan oleh pihak British kepada proxy mereka UMNO /APCO- BN..

*Poster kat bawah ni adalah hasil propaganda puak-puak UMNO/APCO yang telah kaciwaa...
 

INILAH YANG SEBENARNYA!!!


Wednesday, December 28, 2011

UMNO/APCO PARTI BACUL

Bangang memang tercipta untuk UMNO... kahkahkah...

UMNO Terpaksa Melutut Dengan Parti Gerakan Di Pulau Pinang

Oleh: reformis1998

Pembangkang Pulau Pinang sudah menemui jalan kehancuran apabila suara lantang Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Zahid Hamidi yang mahukan Umno memegang jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang telah DICAMPAK begitu sahaja oleh Gerakan dan Barisan Nasional.

Parti Melayu UMNO terpaksa melutut dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan yang telah dilantik sebagai pengerusi baru BN Pulau Pinang.

Zahid Hamidi pernah lantang meminta supaya UMNO menjadi Pengerusi BN negeri, kerana hanya wakil UMNO telah memenangi semua kerusi yang dikuasai BN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lepas.

"Parti Gerakan tidak ada satu kerusi pun di Pulau Pinang," tegas Zahid.

Pergolakan BN Pulau Pinang itu menunjukkan bahawa ‘bangkai’ mereka sebenarnya amat membusukkan… dan kerana itu, mereka cuba menutup isu ini dengan ‘kononnya’ ramai ahli PR keluar di Pulau Pinang baru-baru ini.

Beberapa waktu yang lepas, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang pernah mengatakan 'orang Cina sebagai pendatang' sebelum ini, dengan mengoyak gambar Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon, sebagai punca desakan dalaman dalam UMNO sendiri dan punca pergolakan ini berlaku.

Pergolakan ini menggambarkan masalah besar BN yang dijangkakan turut mencetuskan 'konflik kepentingan' BN di seluruh negara kelak.

KECOH FASAL MELAYU AKAN HILANG KUASA

Tapi… apa boleh buat… UMNO Pulau Pinang hanya pandai melalak terlolong di Pulau Pinang yang mengatakan ke seluruh dunia, bahawa Melayu akan hilang kuasa…. Tetapi hakikatnya UMNO yang akan hilang kuasa!!!

Bila hampir pilihanraya, Utusan Malaysia memainkan propaganda nasib bangsa Melayu yang bertujuan, hanya untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu tatkala kuasa UMNO dalam politik tanahair kian terhakis.

BUKTI MELAYU TAK AKAN HILANG KUASA, MELAYU UMNO HILANG KUASA

Kenapa surat khabar tak keluarkan fakta dibawah ini?

PRU11 - BN 198 kerusi, BA 21 kerusi, MP Melayu 123
PRU12 - BN 140 kerusi, PR 81 kerusi, MP Melayu 130

*Kerusi MELAYU PRU 12 = UMNO-77, PAS & PKR 53 (Sekarang UMNO 77, Pakatan Rakyat 48, KATAK 5)

Oleh itu, pastikan PAS menang kerana PAS akan letak calon di kerusi Melayu, PKR dan DAP kerusi campuran dan sebab itulah PAS paling sedikit menang kerusi sebab MELAYU selalu ditipu. . . .

ORANG DIA YANG CAKAP!!!

CARTA 20 KELEMAHAN NAJIB.. DARI BLOG PRO UMNO

Sejak Najib Razak mengambil alih tampuk pentadbiran dari Abdullah Ahmad Badawi pada 2009, puluhan isu membabitkan kepemimpinannya diperkatakan.

Antaranya:

1) Dakwaan penyelewengan wang pinjaman mudah kerajaan untuk projek lembu National Feedlot Corporation yang melibatkan keluarga Shahrizat Jalil.

2) Penjualan tanah pengkalan udara TUDM di Sungai Besi kepada 1MDB.

3) Penjualan saham MAS kepada Air Asia dan penglibatan Tony Fernandes dalam MAS.

4) Penghinaan Tony Fernandes terhadap Malaysia Airports Berhad berkaitan KLIA2 walaupun keputusan kenaikan cukai lapangan terbang diluluskan oleh kerajaan.

5) PKFZ.

6) Penstrukturan semula PLUS telah menyebabkan rakyat terpaksa menanggung kenaikan tol yang tinggi sementara pengguna Jambatan Pulau Pinang terpaksa membayar tol lebih lama dari yang dijadualkan.

7) Pemberian Notebook membabitkan Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi.

8) Pemberian Spektrum juga oleh Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi.

9) Cadangan Kementerian Pelajaran untuk memberi projek 1Bistari Net yang bernilai hampir RM5 bilion kepada YTL yang menimbulkan kemarahan syarikat-syarikat Bumiputera.

10) Pembelian saham E&O oleh Sime Darby dan konflik kepentingan Zarinah Anwar dan suami beliau dalam transaksi pembelian saham.
11) Pengubahan wang berjumlah RM10 juta oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hassan ke London dan penglibatan seorang Menteri Kabinet kanan juga melibatkan pengubahan wang ke London.

12) Penangkapan pegawai kanan seorang Menteri Kanan di Pulau Pinang yang didapati memiliki berjuta ringgit bersama beliau.

13) Isu pendaftaran biometrik.

14) Perbelanjaan Istana Negara baru dan perlantikan kontraktor tidak berpengalaman untuk melaksanakan projek Istana tersebut.

15) Pemberian kontrak MRT.

16) PPSMI

17) Isu Cincin yang dikaitkan dengan Rosmah Mansor.

18) PR1MA. Kini diperkatakan bahawa PR1MA sudah menyeleweng dari objektif penubuhan asalnya apabila mengemukakan cadangan untuk melibatkan diri dalam penjualan tenaga elektrik oleh penjana kuasa milik bekas seorang menteri kepada Tenaga Nasional.

19) Projek Tuna Batu Maung di Pulau Pinang.

20) Pelbagai isu yang melibatkan Menteri Pelancongan Ng Yen Yen termasuk isu perbelanjaan penglibatan Malaysia di Expo di China serta pemberian kontrak Kementerian Pelancongan.

-Kedahku-

PEROMPAK / PENGKHIANAT YANG BERNAMA UMNO/APCO-BN

Oleh: amanlegend
 


Untuk mereka yang mudah lupa, disenaraikan pengkhianatan UMNO/APCO-BN kepada negara:

1. PKFZ RM12billion

2. Submarine RM500million
 


3. Sime Darby RM964million

4. Paya Indah Westland RM88million
 
5. Posmalaysia (transmile) RM230million lost
 
6. Eurocopter deal RM1billion waste?
 


7. Terengganu Stadium Collapsed RM292million

 
8. MRR2 repair cost RM70mil

lion
 
9. Maybank Overpay for BII RM4billion

10. Tourism -NYY kickback RM10mill

ion

11. 3 paintings bought by MAS—————– RM 1.5million

12. Overpayment by Sport Ministry————- RM 8.4million

13. London 's white elephant sports complex —- RM 70million

14. MRR2 Repairs—————————— RM 70million

15. MATRADE repairs ————————– RM 120million

16. Cost of new plane used by PM————– RM 200million

17. InventQ irrecoverable debt —————- RM 228M
million

18. Compensation for killing crooked bridge —– RM 257million

20. Lost in selling Augusta ——————— RM 510Mmillion

21. Worth of AP given out in a year ———— RM 1.8B
billion

22. Submarines (future Muzium Negara artifacts)- RM 4.1billion

23. PSC Naval dockyard ———————— RM 6.75billion

24. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1 billion (RM3.2 billion in 2008 ringgit)

25. The Maminco attempt to corner the world tin market in the 1980s is believed to have cost some US$500 million. (RM1.6 billion)



26. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia RM30 billion in the 1990s.

27. Perwaja Steel resulted in losses of US$800 million (RM2.56 billion).

28. Use of RM10 billion public funds in the Valuecap Sdn. Bhd. operation to shore up the stock market



29. Banking scandal of RM700 million losses in Bank Islam

30. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of €75.99 million (RM 348 million)



31. Wang Ehsan from oil royalty on Terengganu RM7.4 billion from 2004 – 2007

32. For the past 10 years since Philharmonic Orchestra wasestablished, this orchestra has swallowed a total of RM500 million. Hiring a kwai-lo CEO with salary of more than RM1million per annum !

33. In Advisors Fees, Mahathir was paid RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (women and social development affairs) RM404,726 and Abdul Hamid Othman (religious) RM549,675 per annum

34. The government has spent a total of RM3.2 billion in teaching Maths and Science in English over the past five years. Out of the amount, the government paid a whopping RM2.21 billion for the purchase of information and computer technology (ICT) equipments which it is unable to give a breakdown. Govt paid more than RM6k per notebook vs per market price of less than RM3k through some new consortiums that setup just to transact the notebook deal. There was no math & science content for the teachers and the notebooks are all with the teachers' children now.



35. The commission paid for purchase of jets and submarines to two private companies Perimeker Sdn Bhd and IMT Defence Sdn Bhd amounted toRM910 million.



36. RM300 million to compensate Gerbang Perdana for the RM1.1 billion "Crooked Scenic Half-Bridge"



37. RM1.3 billion have been wasted building the white elephant Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) facilities on cancellation ofthe Malaysia-Singapore scenic bridge

38. RM 100 million on renovation of Parliament building and leaks



39. National Astronaut Programme – RM 40 million



40. National Service Training Programme – yearly an estimate of RM 500 million

41. Eye on Malaysia – RM 30 million and another RM5.7 million of free ticket



42. RM 2.4 million on indelible ink



43. Samy announced in September 2006 that the government paid compensation amounting to RM 38.5 billion to 20 highway companies. RM380 million windfalls for 9 toll concessionaires earned solely from the toll hike in 2008 alone.



44. RM32 million timber export kickbacks involving companies connected to Sarawak Chief Minister and his family.

45. Two bailouts of Malaysia Airline System RM7.9 billion. At a time when MAS incurring losses every year, RM1.55 million used to buy three paintings to decorate its chairman's (Munir) office.

46. Putra transport system bailout which cost RM4.486 billion.


47. STAR-LRT bailout costing RM3.256 billion.


48. National Sewerage System bailout costing RM192.54 million.


49. Seremban-Port Dickson Highway bailout costing RM142 million.


50. Kuching Prison bailout costing RM135 million.


51. Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam bailout costing RM8.3 million.

52. Le Tour de Langkawi bailout costing RM 3.5 Million.

53. Wholesale distribution of tens of millions of shares in BursaMalaysia under guise of NEP to cronies, children and relatives of BN leaders and Ministers worth billions of ringgits.


54. Alienation of tens of thousands of hectares of commercial lands and forestry concessions to children and relatives of BN leaders and Ministers worth tens of billions of ringgits

55. Since 1997, Petronas has handed out a staggering 30 billion ringgit in natural gas subsidies to IPPs who were making huge profits. In addition, there were much wastages and forward trading of Petronas oil in the 1990s based on the low price of oil then. Since the accounts of Petronas are for the eyes of Prime Minister only, we have absolutely no idea of the amount.


56. RM5700 for a car jack worth RM50


57. Government-owned vehicle consumed a tank of petrol worth RM113 within a few minutes

58. A pole platform that cost RM990 was bought for RM30,000


59. A thumbdrive that cost RM90 was bought for RM480
60. A cabinet that cost RM1,500 was bought for RM13,500


61. A flashlight that cost RM35 was bought for RM143

62. Expenses for 1 Malaysia campaign paid to APCO?


63. RM17 billion subsidy to IPP


64. USD24 million diamond ring for Ro$mah --- cancellation of order -- how much compensation???


65. Cattle/Cow gate by family of Sharizat RM250 million


Dengan sekian banyak pengkhianatan itu, anda masih mahu memangkah dacing dalam PRU KE-13?

HENTIKANLAH. KITA KUBURKAN UMNO/APCO-BN.

Jom Ubah

UMNO/APCO TAK PEDULI HALAL KE HARAM - JANJI HAL SENDIRI BERES




Pemilik banglo mewah ini seorang ilmuwan agama yang tahu dosa pahala, haram dan halal. Harga jutaan ringgit ini telah menggunakan wang zakat RM 63,650 yang dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mendahulukan bayaran khidmat dan kos guaman bersabit kes tuntutan qazaf ketua pembangkang YB Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pemimpin UMNO/APCO yang berilmu agama pun sanggup gunakan wang zakat apalah nak dihairankan kalau ada menteri kabinet rembat RM250 juta melalui suami dan anak beranaknya....SAP SAP SUEY....MO MAN TAI....SIKIT PUNYA HAL....NO PROBLEMO. Betullah kata Sharizat Jalil. Dia cabar supaya nyatakan seorang pemimpin UMNO/APCO yang tidak bermasalah....maksud beliau.. yang tidak rasuah dan menyalahgunakan kuasalah tuuuu. Tiada seorang pun pemimpin UMNO/APCO yang bersih dan boleh dijadikan contoh ikutan. Jadi, kepada yang tidak menjadi ahli dan penyokong UMNO/APCO....PILIHAN ANDA MEMANG BIJAK DAN TEPAT.
 
By: Bumiputera Berjaya

Tuesday, December 27, 2011

UMNO/APCO RAJA FITNAH

Tujuh Fitnah Utusan terhadap kerajaan PR Pulau Pinang.



Sebenarnya bukan saja Utusan @ Lidah Rasmi UMNO yang memainkan ketujuh-tujuh perkara yang disenaraikan di bawah, tetapi ianya juga dimainkan oleh Blogger UMNO dan juga pencacai UMNO untuk menipu rakyat Pulau Pinang!

Ini adalah tujuh dakwaan Utusan yang telah disifatkan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sebagai fitnah terhadap Guan Eng, ianya bukan saja tidak disokong oleh fakta-fakta, malah berdasarkan maklumat yang diputarbelitkan dan “half-truths” atau “kenyataan separuh benar”.

Menurut Mahkamah Tinggi, Varghese George Varughese “half-truths” atau “kenyataan separuh benar” itu sebenarnya “tidak benar sama sekali”.

Beliau berpendapat bahawa ketujuh-tujuh dakwaan di bawah ini berniat jahat dan bertujuan untuk menipu pembaca-pembaca Utusan Malaysia.

1-Menindas orang Melayu dan melenyapkan satu demi satu perkampungan Melayu di bumi Pulau Pinang;

2-Membatalkan atau menghalang perarakan Maulidur Rasul pada tahun 2010 (yang sebenarnya telah diadakan);

3-Tidak membenarkan peniaga-peniaga Melayu untuk berniaga di KOMTAR semasa bulan Ramadan;

4-Merobohkan gerai-gerai milik penjaja Melayu;

5-Menggunakan dana dari sumber perjudian untuk memberi RM100 kepada warga emas;

6-Merobohkan kampung-kampung Melayu di Kg Jalan Pokok Asam dan Kg Genting, Balik Pulau; dan

7-Mengusir penduduk-penduduk India dari Kg Buah Pala,

Hakim Mahkamah Tinggi juga memutuskan bahawa Utusan Malaysia telah mengamalkan “selective vendetta” atau dendam terhadap Ketua Menteri dan DAP dengan tujuan untuk memfitnahkan mereka secara tidak adil.


*******************************************

Kenyataan Akhbar

Keputusan Mahkamah Tinggi Terhadap Penerbit Utusan Malaysia Menunjukkan Bahawa Liputan Utusan Malaysia Adalah Berniat Jahat Dan Bertujuan Menipu Pembaca, Serta Membuktikan Bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, DAP dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Bukan Anti-Melayu atau Anti-Islam

Semalam, penerbit Utusan Malaysia telah didapati bersalah oleh YA Hakim Tuan Varghese George Varughese kerana memfitnahkan YAB Ketua Menteri secara menipu, tidak jujur dan berniat jahat, dalam rencana yang bertajuk “Kebiadaban Lim Guan Eng” yang diterbitkan pada 20.12.2010, dan diperintahkan supaya membayar gantirugi am dan gantirugi keterlaluan sebanyak RM200,000 serta kos sebanyak RM25,000 kepada YAB Ketua Menteri.

Utusan Malaysia sebelum ini telah mengamok dengan pembohongan dan ketidakbenaran yang bertujuan untuk menyifatkan DAP dan Ketua Menteri sebagai anti-Melayu dan anti-Islam, maka YAB Ketua Menteri tiada pilihan lain melainkan mengeluarkan saman fitnah untuk membela nama baiknya. YAB Ketua Menteri selepas itu telah mengumumkan bahawa RM200,000 tersebut akan didermakan kepada badan-badan amal.

Penghakiman ini sekaligus membuktikan bahawa polisi-polisi YAB Ketua Menteri, DAP dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sejak 2008 memang bertujuan untuk membela semua Rakyat Pulau Pinang dengan sebaik mungkin, tanpa mengira kaum atau agama. Penghakiman ini menunjukkan secara konklusif bahawa YAB Ketua Menteri, DAP dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat bukan anti-Melayu atau anti-Islam, seperti yang didakwa secara palsu dan berniat jahat oleh Utusan Malaysia.

Dalam penghakimannya, YA Hakim Tuan Varghese telah memutuskan bahawa dakwaan “terburu-buru dan tidak bertanggungjawab” oleh Utusan Malaysia yang menyifatkan YAB Ketua Menteri sebagai rasis dan menentang apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu, adalah tidak berasas sama sekali.

YA Hakim juga memutuskan bahawa dakwaan YAB Ketua Menteri telah membuat suatu ucapan yang rasis, menentang Melayu dan institusi-institusi Melayu, adalah sesuatu yang amat sukar dipercayai, apabila tidak ada sebarang bukti bahawa para pendengar ucapan itu, yang majoritinya Melayu, telah merasa tersinggung.

Tambahan pula, YA memutuskan bahawa ketujuh-tujuh dakwaan Utusan, iaitu bahawa YAB Ketua Menteri telah:

1-menindas orang Melayu dan melenyapkan satu demi satu perkampungan Melayu di bumi Pulau Pinang;

2-membatalkan atau menghalang perarakan Maulidur Rasul pada tahun 2010 (yang sebenarnya telah diadakan);

3-tidak membenarkan peniaga-peniaga Melayu untuk berniaga di KOMTAR semasa bulan Ramadan;

4-merobohkan gerai-gerai milik penjaja Melayu;

5-menggunakan dana dari sumber perjudian untuk memberi RM100 kepada warga emas;

6-merobohkan kampung-kampung Melayu di Kg Jalan Pokok Asam dan Kg Genting, Balik Pulau; dan

7-mengusir penduduk-penduduk India dari Kg Buah Pala,

semuanya tidak disokong oleh fakta-fakta, malah berdasarkan maklumat yang diputarbelitkan dan “half-truths” atau “kenyataan separuh benar”. YA Hakim telah berkata bahawa “half-truths” atau “kenyataan separuh benar” itu sebenarnya “tidak benar sama sekali”, dan setelah mengkaji dakwaan-dakwaan tersebut, berpendapat bahawa dakwaan-dakwaan itu berniat jahat dan bertujuan untuk menipu pembaca-pembaca Utusan Malaysia.

YA juga memutuskan bahawa Utusan Malaysia telah mengamalkan “selective vendetta” atau dendam terhadap Ketua Menteri dan DAP dengan tujuan untuk memfitnahkan mereka secara tidak adil.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menerima dan menyokong sepenuh-penuhnya keputusan YA Hakim dalam perkara ini. Jelas bahawa YAB Ketua Menteri telah didapati tidak bersalah dalam ketujuh-tujuh dakwaan oleh Utusan Malaysia di atas, dan juga bahawa YAB dan Kerajaan Negeri tidak pernah mengambil apa-apa tindakan yang bersifat anti-Melayu atau anti-Islam seperti yang didakwa.

Kami berasa amat kesal dan kecewa melihat keadaan media massa arus perdana pada hari ini, yang dikuasai oleh parti-parti komponen Barisan Nasional dan sering dipergunakan untuk memecahkan keharmonian kaum dan agama di Malaysia.

Kami berharap bahawa Utusan Malaysia dan media massa arus perdana yang lain akan mengambil iktibar daripada keputusan YA Hakim dan menghayati seruannya bahawa pengamalan kewartawanan yang bertanggungjawab adalah amat penting kepada sistem demokratik di Malaysia.


MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

AYOH MELAYU: JANGAN LAGI DIBODOHKAN UMNO/APCO

Fakta Ni Semua Wajib Tau Terutama Puak UMNO/APCO!!!



Sampai bila orang Melayu nak jadi bodoh dan diperbodohkan oleh UMNO/APCO? Ingat!!berapa puluh tahun dah orang Melayu diperbodohkan oleh UMNO/APCO yang berbangsa Melayu sendiri!!
 

RM500 bantuan untuk pendapatan isi rumah kurang dari RM3,000 diberikan. Adakah ini mampu merubah semuanya atau sekadar membeli jiwa dan perasaan sempena PRU13? Boleh ubah kenyataan di atas?
Sampai bila lagi weyy .. !
Cukup cukup lah bodoh tur ....
Cakap saja, buat tiada, niat terpesong, usaha lagi jauh menyimpang
Untuk melayu atau poket sendiri?
Perjuangan Melayu konon ... wakakak !!! 
Jangan wat lawak la ... 
Aku confuse bila rasa nak muntah mungkin kerana isteri mengandung 
atau kerana dah cukup menyampah.
wartamaya

Monday, December 26, 2011

BANYAKNYA HUTANG MALAYSIA!!!



Laratkah kita semua nak tanggung? Benda ni dah jadi barah negara. Makin lama makin membesar. Dia akan membusung. Kemudiannya pecah. Masa tu dah tak boleh diselamatkan. Kita nak tunggu jadi lagu tu kah? Tak payah kot. Kalau tak payah, singkirkan saja UMNO/APCO-BN bila PRU KE-13 sampai nanti. Ingat, ubah jangan tak ubah. Suara rakyat suara keramat.  

UMNO/APCO, KHIR TOYO, DAN RASUAH... KAH! KAH!! KAH!!!

Seorang penganggur didapati bersalah mencuri sebotol syampoo di Johor (laporan The Star) dikenakan penjara 2 tahun.

Seorang ADUN dan bekas menteri besar didapati bersalah kerana mencuri wang rakyat jutaan ringgit hanya dikenakan hukuman penjara 1 tahun, dan ini belum masuk mahkamah rayuan lagi, sungguh adil undang-undang... di Malaysia ini.



KHIR TOYO TERLEPAS HUKUMAN PENJARA بسم الله الرحمن الرحيم Shah Alam - Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini empat tahun lepas. Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes tertuduh. Mahkamah turut memerintahkan hukuman itu yang dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari ini. Dalam pada itu, Mohtarudin turut memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan ia akan diserahkan kepada kerajaan. Keputusan itu dibuat menurut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997. Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan pelucutan hak sementara menunggu rayuan. Dr Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni. Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta. Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu. Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007. -Bernama Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
By: Zar Ali