Tuesday, May 29, 2012

MURTAD

Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau menjawab soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.

Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.

Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.


Jika demikianlah keadaannya, murtad tidak menjadi kesalahan menurut Perlembagaan Malaysia. Sesiapa juga boleh menukar status agama Islamnya pada bila-bila masa. Mereka hanya perlu mengemukakan permohonan. Selepas itu tunggu sahaja keputusannya. Mengapakah Hasan Aqidah bersusah payah sehingga tercungap-cungap menyuruh umat Islam membendung gejala murtad? Adakah dia tidak tau prosedur yang sudah diiktiraf dengan rasminya oleh Kerajaan UMNO/APCO Baru-BN ini? Sebenarnya dia tau. Oleh sebab itu, dia pakailah topeng membanteras murtad semata-mata untuk membantai Pakatan Rakyat. 

Apa hasilnya? Rakyat berbondong-bondong menyokong Pakatan. Di sana sini rakyat berkumpul mendengar penjelasan pemimpin Pakatan terhadap tuduhan yang dilemparkan oleh media cetak dan media elektronik milik pemerintah. Apabila mendapati propaganda mereka tidak diterima rakyat, mereka pun mengganggu dan mensabotaj ceramah Pakatan. Menyedari taktik itu tidak berhasil, mulalah mereka mengadakan "ceramah palsu" secara bersebelahan dengan Pakatan untuk membaling batu, telur, botol, dan sebagainya. 

Maka terserlah sikap tidak bertamadun mereka. Bukan itu saja. Mereka juga berpura-pura tidak memahami erti demokrasi. Mereka telah menggunakan media massa tanpa had, pagi petang, siang malam, setiap hari tanpa henti menghentam Pakatan. Tidak termasuk majlis-majlis yang melibatkan rakyat. Pakatan sedikit pun tidak diberikan ruang untuk menjawab sebarang tohmahan. Ceramahlah satu-satunya saluran yang tinggal untuk memberitahu rakyat tentang polisi dan perjuangan Pakatan. Itu pun tak boleh. 

Rakyat tahu mengapa mereka bertindak liar seperti itu. Najib mewarisi sebuah kerajaan yang lemah setelah dibadai tsunami pada tahun 2008. Dia mempunyai rakan-rakan yang parti mereka sangat-sangat tidak bermaya. Pengundi Cina enggan menyokong mereka walaupun pelbagai usaha membodek dilakukan. Pengundi India sudah mula menunjukkan wajah sebenar mereka. Pengundi muda dari pelbagai kaum yang berfikiran terbuka lebih cenderung ke arah menyokong Pakatan. Hal ini mereka buktikan melalui BERSIH 3.0 yang dicemari keganasan polis itu. UMNO/APCO Baru-BN terpaksa menggunakan hiburan seksi dan melalaikan untuk menarik perhatian golongan muda. 

Yang dapat kita tonton ialah himpunan itu hanya berjaya mengumpulkan belia Melayu penyokong tegar mereka yang ketagih hiburan. Lihat sahajalah siapa yang terhegeh-hegeh dan terkinja-kinja menonton persembahan penyanyi seksi dari Korea yang diimport oleh UMNO/APCO Baru-BN itu. Belia Melayu yang dirosakkan kualiti, kredibiliti, dan integritinya. Ke mana perginya pengisian rohani dalam himpunan itu?  Tahukah mereka bahawa belia yang berintegriti mendengar ceramah agama di Puchong? 

Biarlah Kerajaan UMNO/APCO Baru-BN membuka seluas-luasnya kemudahan untuk mereka yang berjaya dilalaikan dan diruntuhkan akhlaknya itu menjadi murtad. Demi Islam PAS akan terus menyuburkan keimanan dan ketaqwaan dalam diri Muslimin dan Muslimat di negara ini tanpa mengira status dan bangsa. Sesungguhnya bangsa tidak menjadi keutamaan dalam Islam. Kita yakin perjuangan inilah yang diredai Allah Subhanahu wa Ta'ala.

  

1 comment:

  1. Kami mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah, hutang selesai. Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul..

    Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.


    Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR.... Yakin dan percayalah, anda tak rugi apa2 jika bg peluang kpd PR malah untung..



    Jika adik2 semua tak yakin, buktikan video dibawah adalah tidak benar

    http://www.youtube.com/watch?v=TtEnNzCwXCk&feature=player_embedded

    Mohon Adik2 Semua Lari Dari Puteri Dan Pemuda UMNO. Pergerakkan Puteri Dan Pemuda UMNO Bakal Dibubarkan Sebelum PRU Ke-13. Perjuangan mereka sudah tidak betul. Mereka hanya pandai menerapkan budaya samseng kepada adik2 semua. Lihat sendiri BUKTI di bawah jika tak percaya..

    BUKTI * (MESTI TONTON)





    ~ Orang Muda Geng Kita - Usaha Dengan Doa ~

    Kami Mahu Anak Peneroka FELDA Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Tanpa Perlu Berdolak-dalik!!
    (Bukti kukuh)
    1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=37765&postdays=0&postorder=asc&start=0
    2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28573.html
    3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22218#487991
    4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3208#225

    5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1


    p/s: Ubahsuai (copy&paste) dari 'Adik Sayang'

    ReplyDelete