Friday, June 15, 2012

BERANI BUAT BERANILAH TANGGUNG


Perihal Najib mengharamjadahkan peneroka FELDA yang tidak sebulu dengannya bukan lagi sesuatu yang baru. Seluruh rakyat Malaysia telah mengetahui keceluparannya itu. Oleh sebab dia enggan memohon maaf atas keceluparannya itu, dia perlulah menerima akibat daripada perbuatan tak senonoh itu. Satu demi satu bala akan menimpanya.

Yang terbaru ialah kemenangan 147 orang peneroka menghalang CIMB dan AmIslamic Bank memproses pinjaman yang ditandatangani mereka berhubung penyeneraian FGV di Bursa Saham Kuala Lumpur tidak lama lagi. Perkara itu diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Marina Yahya. Selepas ini akan menyusul 100 orang lagi peneroka dari Johor dan Terengganu yang akan mengemukakan saman yang sama kepada FELDA. Tindakan seperti itu akan diikuti oleh peneroka-peneroka dari Kedah, Negeri Sembilan, dan Pahang.

Di mana-mana bahagian dunia pun perbuatan yang menyalahi peraturan tidak dapat bertahan lama. Hukum kebenaran pasti mengatasi kebatilan pasti terserlah. Orang yang teraniaya akan mendapat rahmat Allah. Hanya orang UMNO yang sekular sahaja enggan menerima hakikat ini.  Tiada sesiapa pun yang suruh mereka jahil dalam agama. Mereka sendiri yang pilih. Tanggung sendirilah musibah yang mendatang !!!

No comments:

Post a Comment