Saturday, June 30, 2012

FGVH: TANAH FELDA PUN TAK ADA ISA & THE GANGS MANYAK UNTUN!!!



FGVH HANYA TERIMA LEBIHAN 31 SEN HARI PERTAMA


Saham FGVH mencatatkan premium sebanyak 84 sen kepada RM 5.39 pada dagangan pertama hari ini. Ini bermakna tiap unit hanya ada lebihan 31 sen (RM5.39-RM5.08 ). Kiralah berapa UNTUNG yang diuar-uarkan.

800 unit x 31 sen = RM248. Inilah jumlah untung berlipat lipat kali ganda yang dinikmati peneroka!

Isa Samad yang tak ada seinci pun tanah, dapat 180,000 unit saham. Sokong dan ampulah wahai peneroka kepada Isa dan kroni-kroninya seperti Sabri Ahmad dapat 180,000 unit, Dr Omar Salim 150,000 unit, Dr Emir 150,000 unit.  Kiralah sendiri berapa keuntungan mereka ini!!!

Apa-apa pun, ANAK tetap konsisten menentang penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia. Warga Felda tidak boleh diperjudikan dengan pendekatan seperti ini kononnya untuk membesarkan saiz pelaburan dan kecairan modal.

Memetik kata-kata Tan Sri Ramli Ngah Talib, bekas MB Perak; kenapa ketika Johor, Pahang, Terengganu dan negeri-negeri lain ghairah melancarkan Amanah Saham Negeri tapi Perak tidak berbuat demikian; dia mengatakan bahawa cukuplah Amanah Saham Nasional sudah ada. Saya tidak mahu rakyat negeri saya menanggung rugi. Betul, Amanah Saham Negeri-Negeri jatuh. Sekurang-kurangnya saya berjaya menyelamatkan wang rakyat saya (wawancara dalam program 'In Person' di Astro Awani).

Biarlah orang kata ANAK kolot, tak mau transformasi, tolak kemajuan dan lain-lain, yang penting kita ada prinsip. Kita bukan macam Isa dan konco-konconya; yang berdegar-degar cakap dengan peneroka, kami tak ada kepentingan apa-apa...Poooooooooodaaaaaaaaaahhhhh. Tau-tau dalam prospektus FGVH...ratusan ribu unit saham. Itu yang nampak. Seperti kata pelawak Allahyarham Ibrahim Pendek;....Sape yang kena!!! — HD



1 comment:

  1. TAHNIAH !!!!!
    Hidup PENEROKA......dapat 800 unit saham!!!
    Hidup ISA SAMAD.....dapat 180,000 unit saham!!!!!!!!
    Dulu peneroka ditipu dek FELDA gred perahan tandan...
    Belum selesai bicara tipu yang itu....kena tipu lagi!!
    Woit peneroka bengong....sudah-sudah lah tu....asyek sangat tertipu.....MENANG SORAK KAMPONG TERGADAI.

    ReplyDelete