Tuesday, June 5, 2012

INI JADINYA KALAU KERAJAAN LEMAH

Masa depan ekonomi negara semakin suram.

- Hutang negara semakin meningkat sehingga berada di paras RM430 biilion melebihi 53% KDNK negara.

- Hutang isu rumah juga semakin meningkat sehingga mencecah RM577 billion, iaitu 77% dari KDNK, merupakan yang tertinggi di Asia.
 
- Kos sara hidup rakyat juga semakin tinggi.
 
- Jurang kekayaan yang semakin melebar antara golongan kaya dan miskin. 40% isi rumah berpendapatan RM1,500 ke bawah, manakala 60% isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Amalan rasuah dan salah guna kuasa semakin menjadi-jadi sehingga berlaku pembaziran dan ketirisan. Kedudukan Malaysia dalam ranking Indeks Persepsi Rasuah semakin merosot kepada tangga ke-60 tahun 2011 berbanding tangga ke-56 tahun 2010.

Dasar dan polisi kerajaan juga tidak dikaji sedalam-dalamnya sehingga berlaku flip-flop dalam membuat keputusan seperti keputusan kerajaan berkaitan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan yang terbaru isu pembelian saham MAS oleh Air Asia.

Ingatlah kehancuran pasti berlaku apabila amanah diberikan kepada mereka yang bukan ahlinya.

No comments:

Post a Comment