Monday, June 25, 2012

PEMIMPIN UMNGOK = PAK PANDIR MODEN

Banyak orang Melayu yang sedang menghadapi krisis pemikiran yang sangat kronik sekarang ini. Pertama, pencacai UMNGOK kata PAS sudah melupakan cita-cita untuk membentuk Negara Islam lantaran mengutarakan konsep Negara Berkebajikan, tetapi Najib kata PAS masih nak menegakkan Negara Teokratik Islam di hadapan orang-orang Cina. Cakap siapakah yang hendak dikira autentik antara kedua-duanya? Namun, bagi kebanyakan orang yang siuman, status dakwaan itu hanyalah repekan orang separuh gila. Orang yang siuman lidahnya tidak bercabang.

Kedua, Najib minta orang Cina supaya tidak mempedulikan cakap-cakap yang sengaja menyakitkan hati mereka seperti “pendatang” dan seumpamanya yang berbau rasis. Alasan yang dia bagi ialah penutur yang mengeluarkan cercaan itu kepalanya tidak betul. Bukankah yang dakwa Cina sebagai pendatang itu seorang pemimpin tinggi dalam UMNO Baru? Jadi, biollah kepala hotak dia tu. Bukankah yang kata “Melayu First, Malaysia Second” tu TPM? Jadi, TPM pun biol jugalah.

Kesemua ini berpunca daripada keadaan kelam-kabut dan kecelaruan pemikiran sang penguasa yang sedang dihempas badai kebimbangan yang tidak bersempadan lagi. Inilah tanda-tanda yang nyata tentang satu keruntuhan. Majoriti rakyat telah dapat mengesan fenomena ini. Tidak mengapalah demi kemunculan Malaysia Baru.

No comments:

Post a Comment