Sunday, June 3, 2012

SONGLAP SELAGI BOLEH?

Saham Bumiputera Malaysia Kena Songlap!!

by Staff Berita Semasa

najib5 Saham Bumiputera Malaysia Kena Songlap!!
Ini bukannya cobaan, tetapi telah heboh di Dewan Rakyat Malaysia tempoh hari di mana pendedahan melibatkan kehilangan RM52 bilion saham bumiputera Malaysia. Magic show berlaku lagi. Hilang entah ke mana. Sebab apa kakitangan awam marah sangat? Gaji mereka bukan persoalan utamanya. Ketirisan semakin menjadi-jadi.
Itu sebabnya mereka marah. Kalau ketirisan  tidak berlaku, bukan sahaja kakitangan awam yang dapat tempiasnya, malah seluruh rakyat Malaysia dapat manfaatnya.
Ahli parlimen Bagan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini meminta penjelasan di Dewan Rakyat mengenai RM52 billion saham bumiputera Malaysia yang dilaporkan ‘hilang’ daripada tangan bumiputera di Bursa Kuala Lumpur.
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Lim  Guan Eng berkata permohonan penjelasannya itu dibuat berdasarkan sebuah artikel yang disiarkan oleh Bernama yang bertarikh 30 Jun 2009. Menurut laporan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui terdapat perbezaan ketara antara RM54 billion saham bumiputera yang diperuntukan berbanding dengan jumlah sebenarnya yang masih dimiliki mereka.
Dalam laporan itu Najib dipetik sebagai berkata, “daripada RM54 billion saham yang diperuntukkan, hanya tinggal RM2 billion yang masih dipegang oleh bumiputera.” Lim menggesa kerajaan menyiasat apa yang berlaku dengan saham bumiputera berkenaan yang didakwa lazimnya diagihkan kepada kroni Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment