Friday, June 8, 2012

TAHNIAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR

AlhamdulilLah! Semua rakyat Malaysia telah dipersaksikan dengan tindakan tidak cerdik para pemimpin UMNO. Mereka telah menggantung pinjaman PTPTN kepada pelajar baru UNISEL. Alasan yang mereka berikan adalah untuk mencabar kebolehan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang ditunjangi PKR memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya.

Pakatan kata mereka akan beri pendidikan percuma apabila dapat meng...uasai Putrajaya. Oleh sebab itu, ketidakcerdikanlah yang mendorong tindakan itu diambil. Takkanlah mereka tidak faham dengan kenyataan semudah itu. Namun, rakyat tau maksud tersirat mereka. Jika PKR gagal dalam ujian ini, bolehlah mereka memukul canang ke serata tempat bahawa PKR pandai cakap saja tetapi tak boleh tunaikan cakap itu. Dengan demikian, jatuh merudumlah imej PKR. Mudahlah mereka merampas semula negeri Selangor.

UMNO lupa bahawa rezeki itu datangnya dari Allah. Allah akan menunjukkan jalan penyelesaian kepada golongan yang teraniaya. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah menyatakan kesediaan untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar itu. Hartanah milik UNISEL akan digunakan untuk mendapatkan wang bagi tujuan itu sebagai penyelesaian jangka pendek. Penyelesaian jangka panjang akan dilaksanakan kemudian.

Demikianlah keprihatinan yang diserlahkan bagi merealisasikan konsep negeri berkebajikan di Selangor. Kita doakan semoga Allah merahmati usaha murni ini demi kepentingan rakyat yang dahagakan ilmu pengetahuan. Di samping itu, marilah kita panjatkan doa ke hadirat Ilahi semoga dipanjangkan usia kerajaan ini. Aamiin!!!

3 comments:

  1. TAHNIAH Tan Sri Khalid......
    Mula-mula bantu anak negeri selangor dulu......
    Bila PR dah masuk PUTRAJAYA baru bagi semua siswa/siswi Unisel....

    ReplyDelete
  2. Ana ada 11 orang anak.....
    Ana adalah sole bread winner dalam keluarga.....
    Semua anak ana mendapat pendidikan di dlm berbagai bidang sama ada di dlam atau luar negara.
    Ana sangat yakin bahawa setiap zuriat yang lahir di muka bumi ini telah disediakan rezekinya.....
    Janganlah gundah gulana kalau PTPTN tu di sekat...
    Pastinya ALLAH akan hadirkan cara yang lain untuk menyampaikan rezeki kepada anak-anak yang nak menuntut ilmu....itu sudah pasti.....
    Nah sekarang tindakan TS Khalid nak membantu adalah satu cara yang ALLAH sediakan untuk menghamburkan rezekiNya kepada makhluk......
    UMNO BE END bukannya pemberi rezeki......
    Amatlah malang bagi seorang yang berstatus manusia sekiranya usia semakin meningkat tetapi pemikirannya semakin tidak waras dan tindakannya semakin tidak matang.
    BERLAPANG DADA DAN BERBAIK SANGKA DAPAT MENYELESAIKAN BANYAK MASAALAH NEGARA.

    ReplyDelete
  3. Patik mohon Tuanku Al sultan semua yang menjadi wakil kerajaan Allah SWT dimukabumi Malaysia ni , jadilah pemerintah yang adil dengan menasihatkan kerajaan Umno/Bn kerana dah nak menjadi kerajaan/pemerintah mutlak di Malaysia. Malaysia dah jadi hak mutlak mereka temasuk apa yang ada diudara, darat dan laut. silap-silap kuasa Allah swt pun dimansuhkan...

    ReplyDelete