Sunday, June 17, 2012

UMNO RUNTUHKAN INTEGRITI MAJLIS FATWA KEBANGSAAN


Demi mendapatkan impak maksimum untuk menghentam BERSIH 3.0, UMNO telah mempergunakan Majlis Fatwa Kebangsaan. Maka bergendanglah majlis ini tentang haramnya perhimpunan itu. Gendang pun disambut oleh media cetak seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian, termasuk juga BERNAMA dan RTM. Parahlah BERSIH 3.0 dinjak-injak oleh NGO yang menyokong UMNO. Namun, dalam keparahan itu BERSIH 3.0 mempertahankan diri dengan fatwa dari Dr. Yusof Qardawi. Ulama PAS turut mempertahankan perhimpunan itu.

Tiba-tiba muncul Mashitah di Dewan Rakyat memaklumkan bahawa fatwa pengharaman BERSIH 3.0 tidak pernah dikeluarkan. Yang dikatakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu hanyalah nasihat. Maka Perhimpunan Haram BERSIH 3.0 pun bertukar kulit menjadi Perhimpunan Nasihat BERSIH 3.0 pula. Lucunya Malaysiaku Satu. Bodohnya Sang Penguasa. Alahai malang sungguh nasib Majlis Fatwa Kebangsaan dipermain-mainkan oleh UMNO! Kalau sekadar nak beri nasihat, tak payahlah guna Majlis Fatwa Kebangsaan, guna YADIM (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) atau JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) pun dah lebih dari cukup. Nampak benarlah betapa tidak cerdiknya pemimpin dan golongan agama dalam UMNO. Berkudislah Islam pada pandangan non-Muslim di Malaysia. Jatuhlah martabat Majlis Fatwa Kebangsaan pada pandangan umat Islam di Malaysia. UMNOlah yang bertanggungjawab terhadap kemusnahan itu.

Sesiapa yang mendengar siaran RTM dan menonton TV3suku tentu dapat mendengar dan menonton cacian yang dilemparkan kepada BERSIH 3.0 itu. Rais Yatim selalu menyebut ungkapan “BERSIH KOTOR” bagi menggantikan BERSIH 3.0 dalam ucapannya. Banyaklah propaganda yang memperlihatkan “keganasan” Perhimpunan Haram BERSIH 3.0 disiarkan melalui radio dan tv. Alangkah senangnya hati mereka dapat mengeronyok Pakatan Rakyat.

Secara tiba-tiba kesemua itu sirna sekarang ini. Tidak terdengar lagi ungkapan “BERSIH KOTOR” berkumandang di radio. Tidak ternampak lagi Rais menghitung jumlah peserta BERSIH 3.0 seperti Mr. Bean membilang biri-biri. Mr. Bean hanyalah khayalan, menteri UMNO sanggup merealitikannya!!! Sirna jugalah dialog-dialog pendek yang mengecam Perhimpunan Nasihat BERSIH 3.0 itu. Termangu-mangulah penjawat awam dan penjawat swasta di radio dan tv yang telah diperbodoh-bodohkan itu. Maka merudumlah peratus sokongan terhadap Najib. Laba yang diharap, bala yang tiba. PRU Ke-13 sudah semakin hampir. Sudah terlambat untuk UMNO jadi bijaksana !!!

No comments:

Post a Comment