YAKJUJ DAN MAKJUJ

Monday, June 18, 2012

UMNO TERKANGKANG DALAM ISU KARPAL SINGH

UMNO menjadikan isu ucapan Karpal Singh, iaitu “jika PAS ingin laksana hudud, langkah mayat saya dulu” sebagai satu tangkal untuk melaga-lagakan PAS dengan DAP.

Ucapan ini telah disalahtasfirkan oleh Utusan Malaysia dan melaporkan dalam akhbarnya “MAHU WUJUDKAN NEGARA ISLAM – LANGKAH MAYAT KAMI DULU –  Karpal Singh.

Sepertimana biasa, lain yang disebut oleh Karpal, lain pula yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia yang sahamnya dimiliki oleh UMNO-BN. Inilah fitnah Utusan Malaysia, salah satu akhbar UMNO. Karpal menyebut perkara lain tetapi dilaporkan dengan tidak jujur untuk melaga-lagakan PAS dan DAP.


Bagi PAS, ucapan Karpal Singh ini adalah pandangan peribadi. Apabila PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990, PAS telah menubuhkan Panel Deraf Hudud yang diketuai oleh Yang Ariff  Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara bersama bekas Mufti Kelantan dan ulamak muktabar negara. Akhirnya pada tahun 1993,  undang-undang hudud dikanunkan (didokumenkan) dalam undang-undang tubuh negeri Kelantan.

Tidak timbul isu langkah mayat Karpal Singh yang masih hidup pada masa itu. Tidak berlaku huru-hara pun. UMNO terkedu.

Apabila PAS mengambi lalih Terengganu dari UMNO-BN pada tahun 2000, kerajaan PAS-Barisan Alternatif telah  mengkanunkan undang-undang hudud dalam undang-undang tubuh negeri Terengganu pada tahun 2002 tanpa timbul isu “langkah mayat kami dulu” dan Karpal Singh tidak kata apa-apa pun. Sekali lagi UMNO terkedu.

Masalahnya ialah UMNO-BN mendominasi pemerintahan  di banyak negeri tetapi TIDAK ADA LANGSUNG USAHA mahu mengkanunkan undang-undang hudud sebagai langkah pertama sebelum boleh dilaksanakan.

Setelah 20 tahun berlalu, Karpal Singh mengatakan ucapannya “jika PAS ingin laksana hudud, langkah mayat saya dulu” sudah tidak relevan lagi. Pada hakikatnya, undang-undang jenayah syariah itu telah dikanunkan terlebih dahulu daripada ucapan Karpal itu. UMNO terus terkedu. Tapi UMNO buat-buat tidak dengar dan terus mainkan isu ucapan ini tanpa segan silu. Memang mereka tidak mempunyai kemaluan dalam hal ini.


Seterusnya dalam hubungan DAP dengan PAS di bawah Pakatan Rakyat, Karpal Singh mengatakan “DAP akan pertahan agama Islam sebagai agama rasmi negara.” Beliau menyebut “DAP akan….” dan ucapan ini adalah pendirian rasmi DAP. Inilah satu pukulan maut pada UMNO.

Seterusnya DAP membuat kenyataan rasmi melalui Setiusaha Agungnya yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Ucapan LGE ini amat bercanggah dengan ucapan Presiden MCA rakan BN yang beranggapan undang-undang Islam akan menyebabkan negara mundur. UMNO seperti tiada telur kerana tidak berbuat apa-apa atas kejian itu.


Malah apa yang dibuat oleh DAP-PR di Pulau Pinang telah membuatkan mulut UMNO terkunci kerana semasa Gerakan-BN memerintah Pulau Pinang selama lebih 50 tahun, semua perkara yang dilakukan oleh kerajaan DAP-PR tidak mampu dilakukan oleh Gerakan-BN walaupun UMNO mendominasi BN Pulau Pulau Pinang.


Dan UMNO terus terkedu serta mati kutu dan tidak mampu menangkis kesungguhan PR di Pulau Pinang walaupun DAP menjadi parti utama menerajui kerajaan Pulau Pinang.


PAS terus mengukuhkan hubungan baik dengan DAP kerana DAP lebih bersedia membuat perkara yang baik dan makruf daripada UMNO yang menentang Islam, menghina Islam, dan menghina Allah dan Rasul. Islam menggalakkan kerjasama dengan siapa sahaja asalkan perkara yang dilakukan adalah perkara yang baik dan membawa kepada ketaqwaan kepada Allah dan bukannya membawa kepada maksiat kepada Allah.


Hubungan baik PAS dan DAP menyebabkan UMNO menjadi semakin marah walaupun terkedu dan mati kutu dalam tangisan yang tidak berair mata. Semoga kerjasama ini akan berterusan dalam konteks PR yang sepadu.


Baca lagi: http://wargamarhaen.blogspot.com/2010/12/dap-pertahankan-islam-agama-rasmi.html

4 comments:

  1. Kalau Rukun Islam yg lima tu pun Ulamak PAS kata bolih tangguh dulu keja haji sbb pilihanraya lebih penting. Jadi macamana ni? Yang mana lebih penting diantara hudud dan keja haji?

    Mungkin orang PAS ada yg lebih pandai dari Tok Guru deme bolih jawabkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas mengalahkan Umno/BN , PR boleh menyusun semula TH dan memastikan rakyat Islam Malaysia boleh mengerjakan Haji dgn lebih sempurna tanpa ragu2 lagi.Wajib jatuhkan kerajaan yg tidak amanah dan menyusahkan rakyat.

      Delete
    2. Tangguh ibadah haji kerana pilihanraya - PAS

      Ulasan:

      1) Ia satu perbahasan hukum yang menarik untuk memahamkan masyarakat Islam mengenai hukum mengundi dalam pilihanraya umum untuk memilih kepimpinan negara.
      ...
      2) PAS melihat penyertaan rakyat dalam pilihanraya adalah satu kewajiban ugama yang mesti ditunaikan. Manakala umno melihatnya sebagai satu kewajiban warganegara yang tidak sama dengan kewajiban ugama. Umno terus dengan otak sempitnya, melihat urusan politik dan kepimpinan negara sebagai terpisah daripada ugama.

      3) Undi adalah satu persaksian atau syahadah di hadapan Allah bahawa setiap muslim wajib memilih Islam sebagai satu ugama dan cara hidup yang tidak mungkin ditinggalkan. Umno melihat sebaliknya. Bahkan undi boleh dibeli dengan sekampit gula demi survival sekularisme.

      4) Ibadah haji boleh ditangguhkan oleh kehadiran kewajiban lain yang perlu disegerakan dan disempitkan/ terhad waktunya seperti pilihanraya. Bahkan, asasnya orang muda yang berkemampuan berhak memilih tarikh hajinya sendiri dengan keluasan masa kurniaan Allah.

      5) Oleh kerana tarikh pilihanraya yang samar disebabkan was-was seorang perdana menteri, PAS mencadangkan -bukan mewajibkan- umat Islam agar memilih untuk menangguhkan haji jika wujud kebarangkalian berlakunya pilihanraya pada musim haji iaitu Oktober dan November nanti.

      6) Pilihanraya pada musim haji adalah pengkhianatan terhadap rakyat di dalam menunaikan hak mereka sebagai seorang muslim yang beriman.

      7) Kerajaan mestilah mempertegaskan secara pasti bahawa pilihanraya tidak akan diadakan pada musim haji demi keselesaan rakyat menetapkan tarikh ibadah haji masing-masing.

      8) Tambahan - Kerajaan jangan asyik menghina diri sendiri dengan mengugut rakyat dengan kemungkinan koata haji ditarik balik kerana aksi berani anak-anak muda menolak politik kotor umno di tanah suci umat Islam dengan peragaan baju BERSIH. Jangan fikir negara Saudia berotak sempit macam kita!

      Delete
  2. bagi saya kenyataan karpal singh suruh langkah mayat dia dulu tu time dia tak paham pasal hudud dan negara islam. sekarang lepas dap bergabung dgn pas dan pas pun dah beri penjelasan, tentu sekali karpal paham hudud islam tu ok sebenaqnya.

    ReplyDelete