Tuesday, July 10, 2012

AIR PERCUMA SELANGOR LEBIH BAGUS DARIPADA BR1M


Bajet 2012 Kerajaan UMNO Baru/BN ialah bajet defisit. Oleh sebab itu, apa-apa juga bentuk tanggungjawab yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap rakyat datangnya dari sumber hutang. Demikianlah yang berlaku kepada BR1M RM500 itu.

Hal ini berbeza dengan air percuma sebanyak 20 meter padu @ RM11.20 sebulan yang diberi oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Wang ini datangnya daripada penjimatan perbelanjaan atas pendapatan negeri. Wang yang berjaya dijimatkan itu dikembalikan semula kepada rakyat melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor. Ini berulah boleh dipanggil bantuan untuk rakyat. UMNO Baru/BN tidak mampu melakukan perkara seperti ini kerana mereka mementingkan diri sendiri dan kroni sahaja. Mengapa sekarang baru bagi? Alahai, pilihan raya dah dekat, lagi pula pembangkang kuat buat masa ni!!! Kalau tidak, jangan haraplah. Kalau nak tau lagi, yang UMNO Baru/BN bagi tu rasuah politik!!!

Kini rakyat Selangor telah menerima RM11.20 x 12 (bulan) x 4 (tahun) = RM537.60. Jika dikira sehingga Julai 2012, tentu jumlahnya menghampiri RM600. Pastilah jumlah ini melebihi BR1M yang diberi secara one-off setelah 55 tahun PERIKATAN/BN memerintah. Kalau begitu, Pakatan jauh lebih bagus daripada mereka. Sokonglah Pakatan apabila PRU Ke-13 tiba.


No comments:

Post a Comment