Sunday, July 29, 2012

UMNO BARU: HAMPAS YANG BENGONG


Sudah terlalu banyak yang diperkatakan tentang National Feedlot Corporation (NFC) yang diberi milik kepada keluarga Shahrizat Jalil. Seluruh rakyat Malaysia sudah terlebih tahu mengenai pelbagai pengkhianatan UMNO Baru terhadap negara melalui kes ini. Namun, mereka hanya dapat menghela nafas kebencian yang menyesakkan dada setiap kali kes ini muncul di persada negara. Apa tidaknya? Setiap kali kemunculannya akan diiringi oleh penyerlahan kepincangan kerajaan.

Kini isu ini muncul untuk kesekian kalinya. PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) yang dipengerusikan oleh Azmi Khalid mendapati wujud kelemahan Prosedur Operasi Standard (SOP) di Kementerian Kewangan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhubung pemberian pinjaman mudah bernilai RM250 juta kepada NFC. Kita tahu bahawa Pak Lah menjadi Menteri Kewangan pada waktu itu dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Taninya ialah Muhyiddin. Anehnya, Muhyiddin tidak bercakap sepatah haram pun mengenai fakta yang dikemukakan oleh Azmi. Najib yang kini menjadi Perdana Menteri pun ikut sama membisu. Inilah sindrom yang sedang melanda kerajaan yang flip-flop di negara kita. Walaupun sudah terang lagi bersuluh kesalahannya, mereka masih enggan mengaku salah.

Sebelum itu, kita telah mengetahui tentang pengakuan yang dibuat oleh Nazri Aziz. Dia kata berlaku kes pecah amanah apabila NFC melanggar syarat perjanjian. Perjianjian suruh pelihara lembu, NFC “pelihara lembu” dalam kondo. Kondo-kondo itu letaknya di Bangsar, Singapura, dan Kazakhstan. Oleh sebab itu, bekalan daging lembu tidak mencukupi dan terpaksa juga diimport dari luar negara untuk mencukupkannya. Maka semakin bertambahlah perbelanjaan negara untuk memenuhi tuntutan tersebut. Bukankah ini satu pekerjaan bodoh yang mungkin Pak Pandir pun tak tau buat?

Pada hakikatnya, majoriti rakyat Malaysia sudah pun memperakui kepandiran UMNO Baru. Kebodohanlah yang mampu dipancarkan oleh kepimpinan yang tidak cerdik. Itulah yang menjadi punca UMNO ditipu oleh pemimpin MCA dalam isu PKFZ. Itulah juga yang menyebabkan UMNO ditipu oleh pegawai-pegawai kerajaan sehingga Ketua Audit Negara mencatatkan ketirisan dalam perbelanjaan negara berjumlah RM28 bilion setahun.

Jika Hishammuddin bijaksana, dia tidak akan kata merampas kamera dan kad memori wartawan selari dengan SOP yang diberikan kepada pihak polis semasa perhimpunan BERSIH 3.0 dahulu. Jika Zahid bijaksana, dia takkan beri alasan bodoh sehingga rakyat bersedia pungut duit untuk bolehkan dia dibicarakan di Perancis dalam kes Altantuya. Jika Shafie bijaksana, hubungan sulitnya dengan artis takkan terkantoi Jika Mahyuddin bijaksana, dia takkan terkecing bila disergah MB Selangor gara-gara memberhentikan pinjaman PTPTN kepada pelajar baru UNISEL dan KUIS. Jika Najib bijaksana, dia tidak akan tarik balik Skim SBPA (Saraan Baru Perkhidmatan Awam) yang penuh dengan kecacatan itu. Jika Kerajaan UMNO Baru/BN bijaksana, negara tidak akan menanggung hutang sebanyak lebih 53% daripada KDNK. Harus diingat bahawa jumlah hutang itu semakin bertambah dari tahun ke tahun kerana ketidakpandaian kerajaan berjimat cermat. Bajet yang diluluskan parlimen pun tidak pernah cukup. Sentiasa saja ada bajet tambahan yang dipohon untuk itu dan ini! Keborosan dan penyelewengan akan membawa Malaysia ke arah kemuflisan.

Fakta-fakta yang dikemukakan ini hanyalah sebahagian daripada kesan kepandiran pemimpin UMNO Baru yang merugikan rakyat. Kesemua yang disebutkan itu telah melemaskan kerajaan pimpinan Najib pada masa kini.  Mereka telah terasak ke dinding tanpa sedikit pun kekuatan untuk membela diri. UMNO Baru sememangnya memiliki wajah yang jelek di mata rakyat. Bagi rakyat yang mengimpikan sebuah Malaysia Baru, parti yang menjadi teras kerajaan ini sudah tidak relevan lagi. UMNO Baru sudah menjadi hampas yang bengong. Rakyat Malaysia tidak memerlukan pimpinan yang tak rok cetong sebegini. Mereka perlu dinyahkan dengan segera!!! 

No comments:

Post a Comment