Friday, July 20, 2012

UMNO BARU TAK TAU MAKNA FITNAH

Zahid Hamidi menegaskan bahawa UMNO Baru/BN wajib menubuhkan media troopers untuk menangkis fitnah pembangkang dalam media alternatif. Kita rasa pelik dengan pernyataan ini. Mereka telah menguasai sepenuhnya akhbar arus perdana. Mereka menguasai sepenuhnya media elektronik. Mereka menggunakan semua media itu untuk menyerang Pakatan Rakyat. Pakatan langsung tidak diberi peluang membela diri melalui saluran-saluran itu. Apabila Pakatan menggunakan media sosial untuk menyalurkan maklumat yang lebih bertanggungjawab kepada rakyat dan berjaya menguasai pemikiran rakyat, mereka menuduhnya sebagai fitnah setelah Mohd Zaini Hassan mengesahkan Utusan spin fakta untuk menjatuhkan kredibiliti Pakatan. Mengapa ini terjadi? UMNO Baru/BN wajib melihat ke dalam diri mereka sendiri.

Pakatan mengemukakan fakta sahih kepada rakyat. Itu sebabnya rakyat yakin kepada mereka. UMNO Baru/BN guna pembohongan untuk merobek keyakinan rakyat itu. Perbuatan itu bukan sahaja tidak wajar malahan juga tidak bertamadun. Sehubungan itu, kita meminta UMNO Baru/BN mengemukan hujah balas terhadap fakta yang dinyatakan di bawah.

Kebergantungan pendapatan dari sumber minyak mentah dalam pelbagai bentuk sudah mencapai peringkat kritikal. Dari RM19 bilion  pada tahun 2004 naik menjadi RM67.8 bilion pada tahun 2009 atau 43.5 % daripada pendapatan kerajaan pusat. Situasi ini amat tidak wajar. Kalau pada tahun 2005 PETRONAS simpan 42.5 % keuntungannya, kini hanya 21.1 %. Ini bermakna kita telah membelanjakan kekayaan sumber anak cucu kita.

Kesemuanya berlaku akibat pemborosan, penyelewengan, rasuah, dan ketirisan dalam kerajaan yang diterajui UMNO/PERIKATAN/BARISAN NASIONAL. Rakyat yang tidak suka dengan kebobrokan ini perlu bertindak menyekatnya dari terus berleluasa dan bermaharajalela. Kita tolak UMNO dan sekutu-sekutunya dalam PRU Ke-13 nanti.

No comments:

Post a Comment