Wednesday, July 18, 2012

UTUSAN DAN UMNO BARU MELUDAH KE LANGIT



Peribahasa Melayu mengatakan bahawa "sudah terang lagi bersuluh".  Maksudnya ialah sesuatu yang telah terbukti betul dan nyata. Utusan telah membuat dua pengakuan. Pertama, perang psikologi dalam media alternatif pada masa ini dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Sehubungan itu, khalayak menyokong pakatan itu dan tidak mengendahkan UMNO Baru/BN. Tahniah diucapkan kepada penyokong Pakatan atas kejayaan ini.  Situasi sedemikian telah menyebabkan UMNO Baru/BN memendam rasa.  Walau bagaimanapun, mereka gagal mencari satu pendekatan yang beretika untuk mengatasi keadaan tersebut. Maka terpacullah dari mulut Mohd Zaini Hassan sendiri tentang taktik celaka yang mereka gunakan untuk mengubah persepsi pembaca terhadap UMNO Baru/BN. Mereka telah memutarbelitkan fakta mengenai Pakatan Rakyat. Secara tersiratnya mereka membohongi pembaca demi menyelamatkan tuan mereka.

Setelah mengetahui perbuatan Utusan dan UMNO Baru meludah ke langit itu, masih maukah anda membaca isi-isi celaka dalam akhbar tersebut? Sebagai insan yang mementingkan kebenaran dan menolak kemungkaran, rakyat Malaysia seluruhnya perlu membuat keputusan memboikot Utusan. Biar mereka mampus dispin oleh keserakahan sendiri daripada kita bersenang hati bersubahat dan bersukacita mengumpul dosa kering.  Biarkan semua Si Luncai sama ada di Utusan ataupun media maya terjun dengan labu-labunya. Tetapi jangan haraplah dapat kawin dengan puteri raja dalam era globalisasi ni !!! 

No comments:

Post a Comment