Monday, August 27, 2012

DAH MELAMPAU SANGAT DR. M NI



"KADANG-KADANG MALAIKAT JUGA ADA BUAT SALAH" - MAHATHIR

Ketika mengulas kenyataan beliau sebelum ini yang mengumpamakan Umno/BN seperti SYAITAN YANG DIKENALI, dan Pakatan Rakyat (PR) sebagai MALAIKAT YANG TIDAK DIKENALI...(baca seterusnya: http://www.malaysiakini.com/news/207077)

Admin: Perbandingan Mahathir adalah fitnah, salah dan boleh mengakibatkan silap faham..ini bahaya...kalau perbandingan "musuh kadang-kadang boleh jadi baik, dan kawan kadang-kadang boleh jadi jahat", atau "musuh tidak selamanya jahat dan kawan tidak selamanya baik" itu betul dan boleh terima...tapi perumpamaan syaitan dan Malaikat di sini tidak tepat..

Satu lagi, beliau telah menyebar persepsi negatif/fitnah kononnya para penyokong PR menganggap PR maksum seperti Malaikat (langsung tak buat dosa/suci dari sebarang kesilapan)..nak tanya juga, bila masa dan apa bukti beliau berkata sedemikian..melainkan perkataan yang keluar hanya disebabkan amarah dan hasad semata-mata..

Terakhirnya, dulu puak-puak UMNO bukan main tuduh dan maki hamun Tok Guru Nik Aziz kononnya minta orang ramai supaya 'bersahabat dengan syaitan'/minta bantuan syaitan bla bla bla...puak-puak ni sengaja putar belit ayat-ayat seperti ini untuk menggambarkan Tok Guru tak betul dan lain-lain...

Hari ni Allah 'bayar cash', lidah idola mereka pula tersasul, apabila Tun M minta orang ramai undi/sokong 'syaitan yg dikenali' (BN) dan Malaikat yang tidak dikenali (PR) kadang-kadang ada buat salah...pelbagai alasan diberikan 'pentaksub-petaksub' UMNO...kononnya ayat Tun M itu ialah ayat perbandingan la, metafora la, balaghah la, perumpamaan la, bla bla bla...dulu masa Tok Guru guna ayat seperti ni (kiasan/balaghah/perumpamaan), puak ni sengaja tuduh/kata macam-macam...sekarang rasalah sendiri...berbelit-belit lidah nak pertahankan ayat Mahathir...fikir-fikirkan ye...=).. - A.B.U


No comments:

Post a Comment