Wednesday, August 1, 2012

UMNO BARU MELALOKKAN RAKYAT SELANGOR

Slogan ‘Sayangi Selangor’ candu tipu rakyat

Harakahdaily
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, slogan ‘Sayangi Selangor Yakini BN’ sudah terlambat yang mana rakyat menganggapnya hanya candu untuk menipu mereka.
Beliau merujuk kepada slogan itu yang telah diperkenalkan selepas Umno kalah di Selangor dalam PRU12.

Malahan, kata beliau yang paling lucu slogan itu telah direka untuk dijadikan lirik lagu  dalam program yang melibatkan pegawai kerajaan.

“Beberapa pegawai yang menghubungi saya melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Umno yang begitu melampau dan hilang haluan sehingga  memasukkan tema ini dalam program yang dihadiri oleh pegawai kerajaan.

“Apabila tema ini dikemukakan, rakyat Selangor yang cerdik bertanya-tanya kenapa slogan ini dikemukakan?” tanya beliau dalam satu kenyataan.

Tanya beliau lagi, kenapa sekarang  baru hendak sayang Selangor, selama 51 tahun apa yang Umno BN buat supaya khazanah Selangor terpelihara.

“Apakah BN hanya sayang rakyat, setelah rakyat benci BN?” ujarnya lagi

Katanya, bagaimana BN hendak memaksa rakyat supaya yakin kepada BN, sedangkan peluang 51 tahun diamanahkan kepada mereka dipersia-siakan dan tidak nampak apa istimewanya Selangor berbanding dengan negeri lain.

Tambah beliau, sumber kekayaan hanya mengalir di kalangan kroni mereka sahaja dan tidak berlaku pengagihan kekayaan kepada rakyat jelata.

Jelasnya, Pakatan memerintah baru hampir lima tahun sudah terbukti dan teruji.

Menurutnya, Selangor penyumbang 23 peratus kepada ekonomi negaradan rizab negeri meningkat daripada RM400 juta kepada RM1,900 juta.

Katanya lagi, kemelut Syabas dengan kerajaan negeri menjadi tanda aras Umno memang  pembela kroni dan mengenepikan kepentingan majoriti rakyat sedangkan kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim berusaha untuk membela rakyat sehingga beliau sendiri mengetuai demontrasi untuk menghantar memoradum kepada Yang di-Pertuan Agong pada 5 Disember 2010.

“Beliau sanggup bersusah payah dan berhadapan dengan tembakan gas pemedih mata semata-mata untuk memastikan harga air tidak naik.

“Adakah Noh Omar sanggup berbuat demikian untuk rakyat?” katanya.

Menurutnya, kerajaan BN akan bermati-matian untuk merampas Selangor kerana negeri ini adalah lubuk emas kroni.  Memerintah negeri itu sama seperti memerintah Malaysia.

“Tidak hairan media Umno setiap saat telah diarahkan untuk menyerang Selangor walaupun dengan jalan tidak bermaruah," ujar Idris lagi.

No comments:

Post a Comment