Friday, August 17, 2012

UMNO BARU SUDAH TUNGGANG-LANGGANG

UMNO Baru menjadi lintang-pukang setelah dua orang Ahli Dewan Rakyat BN, seorang Senator BN dari Sabah serta seorang ADUN BN dari Sarawak berhijrah menyokong Pakatan Rakyat (PR). Di samping bertambah ramai artis yang berhijrah terdapat juga pemimpin UMNO, bekas pegawai tinggi polis, dan pegawai tinggi perkhidmatan awam yang menyertai PAS.

Maka bersuaralah Nazri dan Khairy. Nazri kata Anwar sebagai "Raja Katak" boleh ambil semua katak yang sudah diketepikan UMNO Baru/BN itu. Dia membuat kesilapan besar apabila menaruh cap sedemikian kepada Anwar. Anwar tidak melompat parti seperti yang didakwanya. Sebaliknya, dia dipecat. Akibat terlalu ghairah nak hentam orang, sampai terlupa kepada fakta. Dialah yang bertanggungjawab menjatuhkan kualiti, kredibiliti, dan integriti dirinya sendiri. Memang dia seorang yang kurang cerdik.

Khairy cuba menafikan hakikat apabila menganggap pemimpin-pemimpin UMNO Baru/BN yang menyeberang sebagai orang terbuang. Dengan kata lain, mereka tidak diperlukan lagi oleh BN. Pernyataan sour grape ini melambangkan ketidakcerdikan Khairy kerana dia gagal menilai dirinya sendiri. Adakah dia diperlukan oleh UMNO? Ramai yang berpendapat kedudukannya dalam UMNO Baru belum cukup selamat. Sebagai Ketua Pemuda UMNO, dia bukan saja tidak mendapat sokongan padu malahan juga mengunakan wang untuk mendapat sokongan. Hasil undian yang diterimanya untuk jawatan itu lebih rendah jika undi calon kedua dan ketiga dicampurkan. Oleh sebab itu, dia tidak layak untuk memperkatakan hal ini. Kata orang tua-tua Melayu, "Mengukur baju, biarlah di badan sendiri".

Kini Najib sedang bergundah-gulana dengan situasi yang menimpa UMNO Baru/BN di Sabah. Harus diingat bahawa tokoh-tokoh yang menyeberang itu mempunyai ramai penyokong. Dengan sokongan padu rakyat, kita akan menyaksikan Sabah terlepas ke tangan PR. Kejayaan yang dirasai BERJAYA pimpinan Harris Salleh dan PBS pimpinan Joseph Pairin Kitingan akan berulang sekali lagi di Sabah. Insya-Allah !!!

No comments:

Post a Comment