Tuesday, September 18, 2012

HISHAMMUDDIN GALAKKAN JENAYAH ?

Jawapan Hishamuddin Seperti Galakkan Jenayah & Samseng Berterusan

Tiada jaminan keselamatan pada program pembangkang

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat.

"Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya sama ada kerajaan boleh menjaminan insiden kekasaran terhadap pembangkang tidak berulang.

"Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Ini politik. Politik adalah berkaitan dengan risiko, risiko yang dicongak.

"Kalau risiko yang dicongak juga tidak jalan, maknanya tiada tempatlah dia. Orang Johor yang akan menentukan."

Bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat PKR disimbah cat merah - buat kali ketiga - sewaktu Ibrahim mengadakan siri jelajah ke Johor tengah hari ini.

Sebelum ini, bas tersebut diserang buat kali pertama di hadapan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu awal bulan ini dan kemudiannya di Jasin pada minggu lalu

Beliau bagaimanapun enggan mengulas langsung berhubung kejadian di Tangkak itu.

"Itu kena tanya orang Johor sendiri," kata anggota Parlimen Sembrong itu. -mk




Ulasan GREENBOC

Sebagai seorang menteri yang menjaga hal ehwal keselamatan di dalam negara, menjadi kewajipannya untuk menjamin keselamatan rakyat tidak kira penyokong atau pembangkang.

Apabila beliau dengan secara terbuka menyatakan "tiada jaminan keselamatan pada program pembangkang" bererti beliau sudah tidak lagi layak untuk menjadi menteri kabinet Malaysia.

Malah kenyataan beliau itu seolah-olah memberikan endorsement terhadap perbuatan liar ahli-ahli UMNO dan sekutunya yang melakukan perbuatan-perbuatan khianat dan jenayah selama ini.

Dengan bersikap sedemikian, hukum kebenaran dan keadilan pasti akan menghukum Hishamuddin satu hari nanti.


No comments:

Post a Comment