Friday, September 28, 2012

PELENYAP WANG RAKYAT TAPI MUKA TAK MALU


Nor Mohamed enggan ulas walau disalahkan Anwar

  • Ahmad Fadli KC
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop enggan mengulas kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba menyalahkan beliau atas kerugian ditanggung negara akibat perdagangan matawang pada tahun 1992.Nor Mohamed berkata beliau tidak mahu memberikan komen berhubung isu tersebut, yang ditimbulkan di Dewan Rakyat semalam.
NONE"Saya tak mahu komen," kata Nor Mohamed ketika ditemui pemberita selepas majlis anjuran Unit Peneraju Agenda Bumiputera
(TERAJU) di Kuala Lumpur hari ini.
Dalam perbahasan di Parlimen semalam, Anwar yang juga bekas menteri kewangan pada masa itu berkata beliau telah mengarahkan supaya aktiviti spekulasi matawang ketika itu dihentikan.

Anwar juga berkata, beliau dipenjara namun Nor Mohamed kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi menteri.

Nor Mohamed juga enggan mengulas apabila ditanya berhubung dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa jutawan George Soros menyalurkan dana kepada NGO di negara ini untuk menguasai negara.

Nor Mohamed diminta menjelaskan perkara itu atas pengalamannya sebagai seorang yang mengenali Soros.

Tangkas selar Pulau Pinang

Bagaimanapun, beliau tangkas menjawab apabila pemberita mengajukan soalan berhubung prestasi pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.
NONEBeliau mendakwa, kerajaan negeri Pulau Pinang tiada agenda khusus untuk membantu meningkatkan penglibatan bumiputera Melayu dalam aktiviti ekonomi.

Kerajaan persekutuan sebaliknya membela nasib bumiputera Melayu di Pulau Pinang melalui bantuan yang disalurkan melalui agensinya, kata MP Tasek Gelugor itu.

"Kita nampak jelas, kerajaan DAP penang tak memberi tumpuan khusus bantu kaum Melayu.

"Nasib baik kita ada kerajaan persekutuan yang ambil tindakan bantu dengan pelbagai bantuan melalui Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang dan agensi kerajaan pusat," katanya.
Dalam persidangan di Dewan Rakyat semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membangkitkan isu berhubung kerugian RM5.7 bilion yang ditanggung Bank Negara melalui dagangan asing, di Dewan Rakyat semalam.

Kenapa naik pangkat?

Lim mempersoalkan mengapa Soros dikecam sebagai penyangak sedangkan individu yang bertanggungjawab atas kerugian berkenaan dinaikkan pangkat.
"George Soros dicaci penyangak yang jejas pertukaran mata wang asing tapi adakah kerajaan sedar masa itu Bank Negara juga terlibat kegiatan sama, berjudi dengan wang negara dalam pertukaran mata wang asing?" soalnya.
NONELim mempersoalkan mengapa Nor Mohamed tidak dipersalahkan, sebaliknya dinaikkan pangkat sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.

MP Bagan itu meminta timbalan menteri kewangan Datuk Donald Lim menjelaskan, namun Donald kemudiannya menyerahkan perkara itu untuk dijawab oleh Anwar.

Anwar kemudiannya berkata beliau sebagai menteri kewangan pada masa itu mengesahkan dagangan tukaran asing berlaku sehingga menyebabkan kerugian besar dan mahu ia dihentikan serta merta.

Katanya, setelah merujuk beberapa pihak, beliau difahamkan aktiviti itu dilakukan bawah seksyen forex BNM bawah seliaan Nor Mohamed Yakcop.

No comments:

Post a Comment