Wednesday, September 26, 2012

SETAN UMNO TIPU RAKYAT SABAH DAN SARAWAK




Fakta yang berada di hadapan kita ketika ini ialah Sabah menduduki tempat teratas dalam senarai negeri termiskin di Malaysia. Sarawak menduduki tempat ketiga selepas Perlis. Semua rakyat Malaysia tahu bahawa Sabah dan Sarawak ada petroleum dan kayu-kayan yang bermutu tinggi. Ini tidak termasuk hasil mahsul yang lain. Oleh sebab itu, kedua-dua negeri tersebut tidak sepatutnya memiliki label yang hina itu. Namun, demikianlah nasib yang diterimanya di bawah pentadbiran UMNO (Lama dan Baru)/BN.

Sesiapa juga tidak dapat menerima situasi sedemikian wujud di negeri-negeri yang hasil buminya melimpah-ruah itu. Di samping semua itu, kerajaan BN sering menguar-uarkan bahawa berbilion-bilion ringgit disalurkan ke negeri-negeri tersebut, terutama selepas tercetusnya isu wakil rakyat BN akan menyeberang ke Pakatan Rakyat (PR) bagi membolehkan Pakatan itu mengambil alih kerajaan.

Tidak payahlah kita bertanya akan hasilnya.  Yang lebih penting dipersoalkan adalah ke mana semua wang itu pergi. Jika dikatakan untuk pembangunan, kegahannya tidak kelihatan. Infrastruktur di negeri-negeri itu tidak setara mana. Kawasan-kawasan pedalamannya masih terlalu mundur. Hal itu menyebabkan rakyat menuding jari kepada pemimpin. Merekalah yang menjadi punca kepada kewujudan permasalahan tersebut.
Rasuah, penyelewengan, ketirisan, penyalahgunaan kuasa, pemborosan, dan sebagainya sudah menjadi lumrah dalam kerajaan, terutamanya UMNO. Oleh sebab itu, tidaklah menghairankan jika Taib Mahmud dan Musa Aman dicurigai ketulusikhlasan mereka. Malangnya, tiada apa-apa tindakan pun dilaksanakan ke atas mereka. Alangkah kebalnya mereka.

Hanya rakyat yang mampu merubah kedudukan itu. Kuasa berada dalam tangan mereka. Gelombang ke arah perubahan itu telah kelihatan. Penyeberangan pemimpin dari BN ke PR sudah berputik. Sedikit demi sedikit, Sabah dan Sarawak hilang statusnya sebagai fixed-deposit BN. Sehubungan itu, rakyat di kedua-dua negeri itu perlu bangkit dengan segera untuk membuat perubahan. Cukuplah peluang yang diberikan kepada BN. Mereka telah mengkhianati mandat yang diberikan rakyat. Pengkhianat perlu ditumpaskan. 

No comments:

Post a Comment