Wednesday, September 19, 2012

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT


Buat sumpah muhabalah - sudah. Tuduhan liwat dua kali - pun sudah. Culik ADUN sudah. Rampas Kerajaan Pakatan Rakyat Perak - sudah. Humban Speaker DUN Perak bersekali dengan kerusi dan kurung dalam bilik - sudah. “Beli” Ahli Dewan Rakyat tukar jadi katak - sudah. Tuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tak mau buat perarakan Maulidur-Rasul - sudah. Suruh orang tua menangis depan tv konon dapat duit haram RM100 - sudah. Hantar kek taik - sudah. Pijak gambar pemimpin Pakatan Rakyat - sudah. Kencing atas gambar pemimpin PAS - sudah. Senaman punggung – sudah. Bagi BR1M RM500 untuk tunjukkan di Malaysia ada lebih 5 juta orang miskin – sudah. Simbah/baling cat ke bas PKR - sudah. Tabur paku atas jalan supaya kenderaan PKR tak sampai ke majlis yang dirancang - sudah....
Syarikat judi Genting beli 400 juta saham FGVH – sudah. Beri dividen yang pastinya bercampur dengan duit haram Genting kepada Peneroka FELDA – sudah. Pemimpin, ahli UMNO, ulama UMNO, mufti, dan tokoh agama mendiamkan saja perkara haram itu berlaku – sudah. Mengupah pakar untuk menakut-nakutkan rakyat dengan krisis air di Lembah Kelang – sudah. Sebar video lucah lagilah sudah dan bersepah-sepah. Tutup rapat-rapat kecacatan dalam video lucah tu – sudah. Berjaya meyakinkan majoriti orang UMNO kepada video lucah tu – kurang pasti. Berjaya melahirkan pencacai yang menjaja sambil menyebar fitnah tentang video lucah tu – pasti.

Apa yang Setan UMNO tak sudah lagi? Janji pemimpin mereka tak mau kumpul harta kekayaan kita tak pernah dengar. Janji pemimpin mereka nak hentikan politik wang dah sunyi sepi. Janji pemimpin mereka nak ketepikan pemimpin yang mengamalkan rasuah (bukti nyata KM Melaka) cuma omong kosong. Janji pemimpin mereka tak mau bagi projek kepada kroni tipu semata-mata. Bapak janji nak bagi bayaran tunai petroleum, anaknya pula tak mau beri kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Selangor ada hak nak buat ke tak buat Projek Langat 2, dia tak ambil peduli.

Apa kesudahannya? Kita biarkan UMNO/BN gulung tikar dalam PRU Ke-13. Itu saja satu-satunya yang boleh rakyat buat. Suara Rakyat Suara Keramat !!!

No comments:

Post a Comment