Friday, October 26, 2012

ALAMAK, KANTOI LAGI !!!

Kantoi! Angkara siapa jambatan tak siap-siap??

http://jalanpulang1978.blogspot.com


Nampaknya bukan setakat kementerian di peringkat pusat yang ditegur Ketua Audit Negara, Ambrin Buang dalam laporan terbaru, malah ia turut melibatkan agensi pelaksana di bawah kementerian yang sudah pasti gagal mematuhi piawaian yang ditetapkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sendiri.

Terbaru, projek Pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra di Kota Bharu, Kelantan lambat siap ekoran banyak kelemahan wujud semasa proses pembinaannya walaupun sudah dimulakan lebih lima tahun lalu!

Antara kelemahan itu termasuklah pelantikan kontraktor yang tidak berpengalaman, serta masalah reka bentuk sistem cerucuk yang mengambil masa sehingga dua tahun untuk diselesaikan.

Selain itu, kelewatan membina jambatan sementara menyebabkan kerja-kerja dalam sungai tidak dapat dijalankan mengikut jadual

Faktor faktor itu telah menjadi antara punca kelewatan penyiapan projek dalam tempoh yang telah ditetapkan walaupun empat Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa selama 891 hari iaitu sehingga 30 Ogos 2012 diluluskan.

Kegagalan menyiapkan kerja dalam tempoh yang telah ditetapkan juga menyebabkan kenaikan kos projek kepada RM177.76 juta iaitu peningkatan sejumlah RM34.76 juta (24.3%) berbanding kontrak asal yang bernilai RM143 juta.

Peningkatan nilai kontrak ini juga menurut laporan itu, mengambil kira Arahan Perubahan Kerja berjumlah RM20.61 juta yang masih belum diluluskan.

Projek Pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 dan dimulakan 18 Jun 2007.

Agensi pelaksana bagi projek ini ialah Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR).

Konsortium I.S Resourcers Sdn. Bhd. - RIS Capital Sdn. Bhd. telah dilantik secara rundingan terus untuk melaksanakan projek ini.

Ia sepatutnya dijadual siap Disember 2009 tetapi gagal dan diserahkan hak kepada Aneka Prestij Sdn. Bhd pada Mac 2010 untuk menyiapkan baki pembinaan.

Sebelum ini Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Makthar Mustapha dilaporkan berkata, jambatan itu dijangka boleh digunakan sambutan Tahun Baru Cina tahun depan.

Buat permulaan jambatan baru itu hanya membenarkan kenderaan melalui satu daripada empat lorongnya iaitu bagi laluan Kota Bharu ke Pasir Pekan.

Menurutnya, laluan kedua-dua jalan dijangka boleh digunakan sepenuhnya Julai tahun depan.

1 comment:

  1. Ini kes biasa bila projek lambat siap dan belanja pembinaan kos lebih dari budget. Budak budak Umno nak duit siang malam....budak bahalol mana boleh dapat duit senang, dapat sekali nak banyak lagi ktanya bukan rasuah tapi saguhati. Biasalah budak melayu kalau duit haram kira halal bila buat umrah ke, haji ke.

    ReplyDelete