Saturday, October 20, 2012

MEREKA SUDAH HILANG AKAL


Sarawak bina jambatan RM20 juta ke belukar

  • Nigel Aw
Jabatan Kerja Raya (JKR) membina Jambatan Batang Strap di Sri Aman Sarawak bernilai RM20.43 juta tetapi melupakan jalan jalan di seberang sungai yang menghubungkannya, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Hasilnya, jambatan konkrit sepanjang 182.4 meter itu hanya menghubungkan pekan berdekatan di Pantu dengan belukar di seberangnya.

NONE"Lawatan audit pada 17 Disember 2011 ke tapak projek di Pantu, Sri Aman mendapati projek jambatan konkrit bernilai RM20.43 juta ini tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan setelah disiapkan disebabkan jalan di seberang sungai sepanjang 10 kilometer untuk menghubung rumah panjang dan sekolah belum dibina," laporan itu dipetik.

Tanpa jalan itu, kira-kira 3,000 penduduk di 23 rumah panjang serta empat sekolah di situ tidak mempunyai akses kepada jambatan untuk menyeberang ke Pekan Pantu.

Pada 7 Mac, jabatan itu dalam maklum balasnya berkata, pihaknya akan mencadangkan pembinaan jalan itu yang dianggarkan sebanyak RM50 juta dalam rolling plan bawah rancangan Malaysia Kesepuluh.

No comments:

Post a Comment