Tuesday, November 27, 2012

KANTOI LAGI !!!

Cho Ha perlu lawat projek parah RM358 juta di PP



Datuk Seri Kong Cho Ha harus menunaikan tanggungjawab sebagai Menteri Pengangkutan dan melawat dua projek parah iaitu projek RM250 juta untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan projek RM43 juta Tanjung City Marina serta projek bermasalah Swettenham Pier yang bernilai RM65 juta.

“Kerajaan negeri Pulau Pinang amat terkejut dengan dakwaan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bahawa kerja-kerja ubah suai dan naik taraf di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas sudah ‘banyak yang siap,” kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Katanya, bagaimanakah boleh MAHB mengenepikan kepentingan awam dengan kenyataan itu sedangkan bumbung belum habis dipasang, air masih lagi bocor apabila hujan, tandas-tandas berada dalam keadaan kotor dan seluruh tempat itu kelihatan seperti tapak pembinaan dengan bunyi dan habuk.

Kong juga, katanya harus memeriksa projek RM43 juta Tanjung City Marina yang terbengkalai.

Menurutnya, walaupun disiapkan pada tahun 2007 pada harga RM43 juta, ia kini berada dalam keadaan reput dengan tanjakan yang separuh tenggelam dan barisan-barisan pontun konkrit yang terapung serta membahayakan kapal-kapal persiaran dan feri serta membawa risiko keselamatan akibat lampu-lampu yang rosak.

Katanya lagi, Kong juga harus memeriksa Swettenhem Pier yang bernilai RM65 juta untuk mengelak daripada nasib yang sama.

Menurutnya, aduan telah diterima daripada kapal-kapal persiaran yang penting kepada sektor pelancongan Pulau Pinang bahawa perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan tidak memuaskan.

Beliau berkata, ketiga-tiga projek itu adalah di bawah Kementerian Pengangkutan yang berjumlah RM358 juta yang akan menjadi pembaziran besar dan penyelewengan amanah awam sekiranya Kong tidak mengambil langkah segera untuk mengelakkan kegagalan dalam pengurusan projek serta menyelamatkannya.

Katanya, daripada membazirkan masa dengan nombor pendaftaran kereta dan pemasangan 831 kamera 1Malaysia di bawah Sistem Pengkuatkuasaan Automatik (AES), Kong harus datang segera ke Pulau Pinang dan menyelamatkan keadaan.

No comments:

Post a Comment