Saturday, November 10, 2012

NAJIB: BELITLAH LAGI SELAGI TERMAMPU

PM: Negara kebajikan undang kegawatan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, negara yang mencuba model negara berkebajikan seperti yang cuba diperkenalkan PAS hanya berakhir dengan kegawatan ekonomi.

Najib berkata, dasar BN menyediakan jaringan keselamatan sosial, yang berbeza daripada dasar negara kebajikan yang diamalkan di beberapa negara Eropah.

klang hokkien association najib cny 060212"Kerajaan mengamalkan dasar sediakan jaringan keselamatan sosial dalam negara.

"Negara kita bukan merupakan negara kebajikan  kerana semua negara yang mengamalkan negara kebajikan akhirnya menghadapi masalah ekonomi amat serius," katanya.

Mengulas lanjut, Najib berkata jika sebuah negara melaksanakan jaringan keselamatan sosial yang memberi penekanan kepada kebajikan rakyat, pengagihan kekayaan akan lebih saksama.

Antara contoh tindakan itu, katanya, termasuk projek kebajikan KARISMA RM1.4 bilion, edaran tunai RM100 kepada pelajar dan Bantuan Rakyat 1Malaysia Rakyat (BR1M) sebanyak RM500.

Najib berucap demikian dalam majlis Tahun Baru Cina yang lalu di Klang.

PAS sebelum ini bagaimanapun mendakwa negara berkebajikan yang cuba diketengahkan mereka tidak sama dengan model "Negara Kebajikan" atau welfare state yang diamalkan di Eropah. -MK

INILAH KENYATAAN PALING TIDAK CERDIK YANG PERNAH DIKELUARKAN OLEH SEORANG PERDANA MENTERI YANG BERAGAMA ISLAM. DIA PURA-PURA BUAT TAK TAHU BAHAWA KONSEP NEGARA BERKEBAJIKAN ITU BERTUNJANGKAN AJARAN ISLAM. AJARAN ITU DATANGNYA DARI ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA. ADAKAH NAJIB MAHU MENGATAKAN ALLAH TIDAK BETUL? MASYA ALLAH. UMAT ISLAM WAJIB MEYAKINI BAHAWA JIKA HUKUM ALLAH DIPRAKTIKKAN, DIA AKAN MELEBIH-LEBIHKAN RAHMATNYA KE ATAS HAMBA-HAMBANYA. NEGARA INI TIDAK MUNGKIN BERADA DALAM KEADAAN YANG DIKATAKAN NAJIB ITU. SEBALIKNYA, MALAYSIA AKAN BANKRAP KERANA RASUAH, KETIRISAN, PENYELEWENGAN, DAN SALAH GUNA KUASA PEMIMPIN DAN PENJAWAT AWAMNYA!!!



No comments:

Post a Comment