Sunday, November 25, 2012

NAJIB OH NAJIB

Mari kita ajarkan UMNO erti Perpaduan.

Oleh: Sakmongkol AK47


Najib tak faham konsep perpaduan Melayu.
Macam mana nak faham? Kunci perpaduan dan permuafakatan yang Najib tahu ialah lu tolong gua tolong lu. Maknanya rakyat dibantu jika menyokong Najib. Ini bukan keikhlas. Kita ada pemimpin negara yang tidak ikhlas. Prinsip yang betul ialah kalau kita nak tolong rakyat, kita tolong atas nama memberi bantuan secara jujur- bukan membangkit bangkit atau menuntut pembalasan. 
Najib dan UMNO tak faham faham. Kalau betul2 hendak mengunggulkan orang Melayu- maka perintahkan semua ahli UMNO sokong calun Melayu tidak kira dari parti mana. Jika calun Melayu dari PAS lebih baik dari calun Melayu UMNO, maka pilih calun PAS. Bukankah dia Melayu? Jika calun Melayu DAP lawan calun Cina MCA, sokong calun Melayu. Akhirnya yang menang orang Melayu kan?
Jangan kita sokong Melayu secara babi buta. Kalau Melayu itu rasuah, tidak berkelayakan, apa asas untuk kita sokong dia? Kerana dia Melayu maka kita memaafkan segala kekurangan dan kejahatan? Kalau Melayu itu menyapu RM 250 juta, kita maafkan kerana dia Melayu? Kalau dia sapu komisyen RM 500 juta dan agihkan agihkan pula sesama Melayu lain- maka itu tidak mengapa sebab yang senang orang Melayu? Begitu? Jika begitu, jika orang masuk rumah kita, tidur dengan isteri kita, atau meniduri anak perempuan kita- kita kata tak apa- sebab dia Melayu?  Atau yang lebih dasyat- tak apa sebab dia Melayu dan UMNO!
Yang jadi masaalah pokok ialah, yang merah itu saga, yang Melayu itu UMNO. Bila UMNO dan pemimpin nya angkuh dan sombong, maka timbullah sangkaan bahawa Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu. 
Cuba kita bayangkan keadaan begini. Katalah semua penduduk dalam negara ini Melayu. Ketika itu puak UMNO tidak boleh melaga lagakan Melayu dengan bukan Melayu. Ketika itu, segala kemungkaran dan angkara durjana yang berlaku tentulah dilakukan oleh orang Melayu sendiri. Adakah kita ingat ketika itu, orang Melayu akan duduk berdiam diri dan memekakkan teliga, membutakan mata dan membisu seribu bahasa menerima kezaliman yang dilakukan? 
Kecuali bangsa Melayu itu sedemikian insensitive, tentunya orang Melayu tetap akan bangkit menentang kezaliman yang dilakukan oleh puak feudal dan puak neo-feudal. Ertinya, jika berlaku pertentangan dalam negara kita, punca penentangan tersebut ialah pertembungan kepentingan puak penindas dan puak yang ditindas. Bukan pertembungan kaum.
Demikian juga keadaan nya hari ini. jika ada pertembungan, maka pertembungan nya berlaku disebabkan rakyat bangkit menentang golongan jahat. Hari ini, rakyat melihat yang jahat ialah UMNO. UMNO lebih suka berkawan dengan orang jahat. Sebab itu puak UMNO menerima nasihat lebih baik berkawan dengan syaitan daripada malaikat. 
Maka bila orang enggan bersatu dibawah UMNO, mereka bukan nya tidak suka akan perpaduan- mereka hanya menolak kejahatan dan kemungkaran.  
Hari ini UMNO itu lambang persuah, pemimpin yang bodoh dan tidak cekap dan wadah suatu kumpulan Melayu melakukan kemungkaran. Itu sebab nya kita menolak UMNO. 
Bila UMNO melambangkan segala macam yang jahat- maka majority orang Melayu menolak nya. Dan ianya sudah terbukti dalam tahun 2008. Ketika itu, UMNO yang ahli nya berjumlah 3.2 juta, hanya mendapat 2 juta undi orang Melayu. Apa erti nya kalau orang UMNO reti bahasa? Itu ertinya, majority orang Melayu tolak UMNO. Maka kalau UMNO mahukan perpaduan, ahli UMNO serapkan diri mereka dalam  kehendak majority. Kalau tak tahu, biar saya sebutkan disini. Yang majority tidak mahukan UMNO. 
Apa yang boleh Najib kata selain daripada menyebut bahawa perpaduan Melayu adalah segala gala nya? UMNO Najib  bukan UMNO yang membela orang Melayu dan yang di pimpin oleh orang Melayu yang mengutamakan kepentingan rakyat dan negara. Kita sudah pun memberi peluang kepada UMNO memimpin negara ini selama 55 tahun dan apa yang kita dapat ialah majority orang Melayu masih mengemis dalam negara kita. Siapa yang menjadikan mereka demikian? UMNO lah sebab UMNO yang memerintah. Keadaan orang Melayu mulai jatuh setelah Mahathir ambil alih UMNO. 
Apalah yang hendak dipertikai siapa jadi PM? Najib jadi PM boleh maka sesiapa sahaja boleh jadi PM. Hadi atau Karpal Singh boleh jadi PM kalau rakyat mahukan demikian.  apa yang Mahathir boleh buat?
22 tahun kita diPMkan oleh mamak tongkang, mengapa orang lain tak boleh jadi PM? Isyarat dari muktamar PAS atau maksud Mahathir ialah seperti yang saya selalu sebut- jika orang macam Najib boleh jadi PM, maka sesiapa sahaja jika disokong oleh rakyat boleh jadi PM. Ibrahim Ali pun boleh jadi PM. Zul Nordin pun. Hasan Ali pun. Sesiapa sahaja.
8.5 juta orang Melayu hidup dengan pendapatan RM1500 kebawah. Itu 70% daripada 40% penduduk Malaysia yang berpendapatan RM1500 sebulan. Peduli apa dengan unjuran USD15000 per kapita jika rakyat nak makan susah? Jika USD15000 itu adalah angka yang dipuratakan dari pendapatan perompak dan lanun2 UMNO? 
30 tahun dahulu gaji saya RM3000, sekarang gaji yang keluar university tidak sampai tahap demikian. 30 tahun kemudian gaji masih tidak bergerak sedangkan kos kehidupan semakin hari semakin meroket. Apa yang UMNO telah buat? Sebuah rumah yang berharga RM250,000 di kawasan bandar baru Sungai besi mampukah dimiliki oleh orang Melayu? 
Jadi tidak perlulah Najib bercakap mengenai perpaduan orang Melayu- orang Melayu mahu bersatu dibawah kerajaan yang baik yang di pimpin oleh ketua yang baik. Bukan syaitan yang kita kenali.
Itu nasihat datang dari orang yang kacau fikiran. Menyuruh anak bangsa berbaik dengan orang jahat!. 
Perpaduan Melayu bukan ancaman kepada orang lain. Yang Najib dan pemimpin UMNO enggan faham ialah orang Melayu tidak mahu perpaduan dibawah pimpinan UMNO.
Sehingga hari ini, Najib dan pemimpin UMNO tidak faham2 rahsia dan kunci orang bermuafakat dan berkerjasama. Perpaduan yang UMNO cadang adalah perpaduan yang berasas kepada ketidak jujuran. Kamu tolong saya, saya tolong kamu. Lu tolong gua, gua tolong lu. Beri saya kamu punya nambikei. 
Perpaduan Najib ialah perpaduan berjual beli dan berasas kepada quid pro quo. Kamu beri saya sesuatu dahulu baru saya balas dan beri kamu.
Bukankah ini menunjukkan UMNO dan Najib tidak jujur? Beri kami kamu punya kesetiaan dan jiwa raga barulah kami bantu kamu. Orang yang diberi amanah dan tanggung jawab, dia tidak bertanya berikan kami sesuatu baharulah kamu dapat apa yang kamu mahu.
Asas perpaduan yang Najib dan UMNO faham adalah salah. Ini hubungan raja dengan hamba, tuan dengan hamba, penindas dengan yang ditindas. Ia mencadangkan kedudukan yang tidak sama. Pemberi( najib dan UMNO) adalah semua nya, punca rezeki, punca hidup, penentu hidup dan mati, jawapan kepada masaalah orang Melayu. Ia juga menunjukkan UMNO itu pelindung dan orang Melayu adalah yang dilindung tidak terdaya dan sebagai kanak2. Semua nilai ini bertentangan dengan piagam manusia yang merdeka dan orang Islam.
Yang lebih penting Najib dan UMNO tidak akan faham bahawa prinsip dan kunci serta rahsia yang membolehkan  kumpulan berbeza boleh berkerja sama ialah menyepakati melakukan kebaikan dan meningkatkan takut kepada Tuhan apabila melakukan kesalahan.
UMNO menganjur melakukan kejahatan dan kerosakan. Rekod pemimpin nya penuh dengan rasuah, ketidak cekapan( incompetence), salah guna keududukan bersekongkol dengan lanun dan perompak menyedut kekayaan negara. 
Setelah 55 tahun kita diperintah UMNO, takkanlah fungsi dan peranan orang Melayu berhimpun dalam dewan, dalam stadium, di tengah padang dan bernyanyi, mendengar music k pop dan menunjukkan suatu jari keatas. Hendak cucuk siapa atau apa? 
Mustahil peranan dan fungsi rakyat ialah mendewa dewakan dan memuja Najib. 
Terutama orang yang beragama Islam. Setiap kali sembahyang berikrar bahawa solat ku, ibadat ku, hidup dan matiku adalah untuk Allah, keluar pintu, semu ikrar itu dihalakan  kepada Najib dan UMNO?
dan ini pemimpin yang bercakap, pentadbiran nya menjalankan maqasid shar'iyah? 

No comments:

Post a Comment