Thursday, November 1, 2012

SOI LEK KATA APA-APA PUN SETAN UMNO DIAM MEMBISU

Soi Lek umpama 'orang takut hantu'

Harakahdaily
PAS menyifatkan kenyataan terbaru Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek  terhadap hudud umpama 'orang takut kepada hantu'.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, hudud tidak pernah dilaksanakan.

"Kalau laksana pun orang bukan Islam tak terlibat jadi tidak perlu takut," katanya.

Beliau mengulas kenyataan kerabat Umno itu yang dibuat melalui video blognya kononnya 1.2 juta rakyat Malaysia akan hilang pekerjaan jika laksana hudud.

Ini termasuklah pekerja rumah urut, tempat perjudian Genting dan sebagainya.

Ekoran itu, Tuan  Ibrahim  juga menasihatkan Chua Soi Lek agar beliau kena bimbang keselamatan nyawa dan harta orang ramai bukannya membela penjenayah.


Meracau


Sementara itu, Pemuda PAS menyifatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semakin meracau apabila beliau hari ini sekali lagi mengulangi pendirian kolotnya mengenai hukum hudud.

Jelas beliau seperti terdesak untuk menjadi ‘hero kartun’ apabila bangkit mengemukakan dakwaan yang bukan – bukan hanya berdasarkan satu SMS yang diterima dari individu yang tidak dikenali.

"Bagaimana seorang Presiden sebuah parti besar dalam kompenan BN boleh bersikap tidak professional malah sangat memalukan," kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.


Bagi beliau, kenyataan Chua Soi Lek bukan sahaja bercanggah dengan nilai akademi dalam membina satu – satu pendirian, tetapi saya melihat ia juga satu kenyataan yang melucukan dan langsung tidak berasas apabila beliau mendakwa perlaksanaan hudud akan menjejaskan pekerjaan 1.2 juta rakyat dalam Negara ini.

Selain daripada sumber yang sangat lemah dan tidak masuk aqal justeru hanya bersandarkan satu SMS dari individu yang tidak dikenali, Dr Chua Soi Lek juga sangat dangkal dalam mengambil tindakan sedemikian tanpa memahami konsep sebenar hukum hudud di dalam Islam.

"Apakah Dr Chua Soi Lek telah dirasuk syaitan yang dikenali sehingga lantang mempersoalkan hukum hudud hanya berdasarkan SMS yang dikirim oleh individu yang tidak dikenali," soalnya.

Sehingga kini, katanya, belum kedengaran teguran atau kritikan tegas dan berkesan dari pemimpin UMNO demikian juga Ulama’ Muda UMNO. Kesemua mereka secara tiba – tiba menjadi susut nilai berdepan Dr Chua Soi Lek.

"Saya mengharapkan para mufti juga segera bangun untuk membuat teguran sebelum keadaan semakin parah justeru MCA adalah kompenan BN yang sedang menerajui pemerintahan Negara ini.

"Apakah para mufti juga terpaksa tunduk kepada kemahuan syaitan yang dikenali? saya harap tidak berlaku demikian. Bangun untuk membela Islam dan syariatnya," kata Nasrudin.

Ngo – ngo Islam juga diminta beliau agar jangan berpeluk tubuh. 

"Saya menyeru supaya bersatu dan bangkit menolak penghinaan bersiri yang dilakukan oleh sekutu rapat UMNO dalam BN iaitu MCA dan Presidennya," pinta beliau.

Baginya juga, Ngo – ngo Melayu juga selayaknya berperanan terutama JATI dan PERKASA agar tidak bersikap double standard menjadikan PAS sebagai sasaran apabila bertahaaluf siasi [melakukan kerjasama politik] dengan DAP.

"Kemana hilangnya jati diri dan keperkasaan mereka saat berdepan Chua Soi Lek?" soalnya.

Beliau juga mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia menawarkan kelas percuma tahap pertama buat Dr Chua Soi Lek untuk memahami dan mendalami hukum hudud seraya memberi peringatan agar segera berhenti dari menghina, mempersenda, merendah – rendahkan hukum Allah swt. Tuhan yang Mencipta manusia dan sekelian Alam ini.

"Kami Dewan Pemuda PAS Malaysia juga mendesak agar Chua Soi Lek segera memohon maaf kepada ummat Islam khasnya dan kepada seluruh rakyat diatas kenyataan beliau yang tidak berasas sekaligus mencetus keresahan kepada masyarakat terhadap Islam. Ini adalah fitnah yang melampau. 

"Sedang rakyat yng beragama Islam wajib menerima hukum Alah Subhanahu wa Ta'ala ini, sementara non muslim pula tidak perlu bimbang dan resah justeru perlaksanaan hukum Islam justeru ia tidak dipaksa ke atas mereka," katanya.

Rakyat diseru agar bijak memilih pemimpin masa depan Negara sekaligus menolak Syaitan yang dikenali bersama komponennya yang semakin meracau diusia lewat.

Tanpa mereka sedari saat ghairah mereka menentang hudud, mereka dilihat membela penjenayah bukan membela mangsa penjenayah. Mereka membela aktiviti tidak bermoral tanpa mengambil kira kesan langsung yang mencetus kerosakkan moral dalam masyarakat ekoran aktiviti mungkar yang berleluasa itu, katanya.

No comments:

Post a Comment