Thursday, November 29, 2012

TAHNIAH PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG

Pulau Pinang Surplus Tertinggi Dalam Sejarah

Pengesahan Laporan Ketua Audit Negara 2011 bahawa Lebihan Surplus yang Paling Tinggi dicatat dalam Sejarah Pulau Pinang yang Naik 312% kepada RM138 Juta pada Tahun 2011 berbanding RM33 Juta pada Tahun 2010 adalah usaha gigih Rakyat Pulau Pinang dan semangat berpasukan semua anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Katanya : “Pentadbiran Cekap Akauntabel dan Telus atau CAT Kerajaan Negeri PAKATAN RAKYAT telah pun membolehkan Surplus Naik RM105 Juta dalam Setahun kepada Rekod RM138 Juta berdasarkan Kenaikan Hasil yang dikutip yang Naik RM192 Juta atau 47% daripada RM411 Juta pada Tahun 2010 kepada RM603 Juta pada Tahun 2011 sungguh pun Perbelanjaan Pengurusan Naik RM88 Juta atau 23% daripada RM377 Juta pada Tahun 2011 kepada RM465 Juta pada Tahun 2011.”

Kerajaan Negeri juga, kata beliau berterima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang mengucapkan TAHNIAH kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas Pengurusan Kewangan Baik Negeri, khususnya dalam Menaikkan Hasil Kutipan sebanyak 47% atau RM192 Juta.

Menurutnya, sungguhpun Prestasi Kewangan adalah yang Paling Baik Dalam Sejarah Negeri Pulau Pinang, maka Kerajaan Negeri menerima Teguran Laporan Ketua Audit Negara dengan hati terbuka.

“Saya telahpun mengarahkan jawapan daripada semua Jabatan berkenaan sekiranya ada kelemahan yang harus diperbaiki ataupun ada Teguran Audit yang tidak berasaskan Fakta ataupun disebabkan oleh Kesilapan Pihak lain dan bukannya melibatkan Kerajaan Negeri.

“Di antara Teguran Audit yang saya hendak jelaskan di sini adalah bahawa daripada RM 557.25 Juta yang diperuntukkan kepada 9 Jabatan Negeri untuk menjalankan 2489 Projek, hanya RM 171.05 Juta telah dibelanjakan dan lagi RM386.2 Juta tidak dibelanjakan,” ujarnya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Sebenarnya, jelas beliau hanya RM23.9 Juta yang tidak dibelanjakan dan bukannya RM386.2 juta.

Katanya, RM23.9 Juta tidak dibelanjakan kerana Projek bermula lewat dan Jabatan telah pun diarahkan untuk memastikan kelewatan dapat dielakkan.

Beliau menjelaskan lagi, Baki RM362.3 Juta tidak dibelanjakan disebabkan oleh Dua (2) Perkara Utama iaitu:

1. RM100 Juta yang diperuntukkan untuk Pengambilan Tanah Hub Pendidikan Asian Women Leadership University atau AWLU di Kampung Genting, Balik Pulau tidak dibelanjakan apabila AWLU bersetuju memilih Tapak Kerajaan Negeri di Pondok Upeh. Oleh itu Pengambilan Tanah di Kampung Genting dibatalkan dan Kos RM100 Juta dapat dijimatkan.

2. RM262.3 Juta diperuntukkan untuk membayar Hutang Pinjaman Projek Bekalan Air yang tidak perlu lagi dibelanjakan selepas Perjanjian Penghijrahan Aset Air kepada Kerajaan Persekutuan menerusi Perbadanan Asset Air Bhd (PAAB). Ini adalah kerana Kerajaan Persekutuan diperlukan untuk membina Empangan Air Mengkuang dan Mengambilalih Hutang Pinjaman ini sebagai Pra-Syarat Kerajaan Negeri bersetuju menyerahkan Aset Air kepada PAAB.

Ahli Parlimen Bagan itu menambah : “Laporan Ketua Audit Negara telah pun menyatakan bahawa daripada 2489 Projek yang telah diluluskan pada Tahun 2011 sebanyak 2455 Projek (iaitu 98.6%) telah siap sepenuhnya.”

Katanya, hanya dua Perbelanjaan Besar sebanyak RM362.3 Juta tidak dijalankan seperti yang dijelaskan di atas.

Beliau berkata : “Daripada Jumlah Peruntukan RM557.25 Juta hanya RM23.9 Juta tidak dapat dibelanjakan kerana Projek lewat dilaksanakan.”

“Pada keseluruhannya Ulasan Ketua Audit Negara adalah bahawa Pencapaian yang Baik dari segi bilangan Projek yang berjaya disiapkan,” ujarnya.

PERSOALANNYA : RAKYAT NAK TAHU KALAU BETUL UMNO DAN BARISAN NASIONAL PANDAI TADBIR NEGERI DAN NEGARA KENAPA LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA UNTUK NEGERI DIBAWAH PENTADBIRAN UMNO DAN BN MEROSOT BAHKAN HUTANG NEGERI BERTAMBAH SEDANGKAN NEGERI DIBAWAH PAKATAN RAKYAT HUTANGNYA SEMAKIN BERKURANG DAN HASIL NEGERI MENINGKAT…

KALAU BEGINI CARA UMNO DAN BARISAN NASIONAL MENTADBIR NEGERI KHASNYA NEGERI MELAKA MAJU 2010 YANG DIKATAKAN MAJU SEDANGKAN HUTANG NEGERI MELAKA MENINGKAT SEHINGGA MELEBIHI RM800 JUTA!!! TU TAK PELIK KALAU RAKYAT DAPAT TAHU HUTANG NEGARA MENINGKAT SEHINGGA RM502 BILION KERANA KALAU NEGERI PUN UMNO DAN BARISAN NASIONAL TAK PANDAI TADBIR NI KAN PULA NEGARA.

TU HUTANG NEGARA KIAN MENINGKAT SABAN TAHUN. IANYA BERPUNCA DARI KETIDAKTELUSAN DAN PENYELEWENGAN UMNO BN DALAM PENGURUSAN DANA AWAM (WANG RAKYAT) DALAM PROJEK KERAJAAN NEGERI MAHU PUN PROJEK KERAJAAN PERSEKUTUAN YANG SERING DIBERIKAN KEPADA SYARIKAT KRONI SEHINGGA MENYEBABKAN KOS KIAN MENINGKAT TETAPI PROJEK TERBENGKALAI. YANG PASTI UMNO BN BUKAN MEMBELA RAKYAT TETAPI LEBIH GEMAR MEMBELA KRONI DAN KERABAT MENTERI.

NAMUN PENDAPATAN RAKYAT TETAP SAMA. KEBAJIKAN RAKYAT TIDAK TERBELA SEBALIKNYA UMNO & BARISAN NASIONAL AKAN TERUS MENYIKSA RAKYAT DENGAN KENAIKAN TARIF ELEKTRIK (TNB) TANPA MEMIKIRKAN KOS SARA HIDUP YANG DITANGGUNG RAKYAT. INI SLOGAN YANG DIPERJUANGKAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL : “WANG RAKYAT DIDAHULUKAN DAN PROJEK KRONI DIUTAMAKAN”.

SUBSIDI UNTUK RAKYAT TERUS DIKURANGKAN (RM 8 BILION) SEDANGKAN SUBSIDI UNTUK SYARIKAT KRONI UMNO (RM19 BILION) TIDAK LANGSUNG DIKURANGKAN BAHKAN DITAMBAH KEKAYAAN KRONI UMNO BN DENGAN KENAIKAN TARIF ELEKTRIK DIBAWAH SYARIKAT KRONI UMNO BARISAN NASIONAL IAITU TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB)!!!! (KENAIKAN TARIF ELEKTRIK – BIL API)

INGAT... JIKA RAKYAT BERI MANDAT PADA BARISAN NASIONAL... CUKAI GST AKAN DIKENAKAN KEPADA RAKYAT SEJURUS KEMENANGAN BN DLM PRU13. HARGA BARANG DAN PERKHIDMATAN SEBANYAK 5% AKAN DIKENAKAN KEATAS BARANGAN DAN PERKHIDMATAN!!!

SLOGAN KERAJAAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL IALAH :
“1MALAYSIA :- RM100.00 UNTUK RAKYAT DAN RM1 BILION UNTUK UMNO DAN BARISAN PENYAMUN NASIONAL”
“WANG RAKYAT DIDAHULUKAN DAN PROJEK KRONI DIUTAMAKAN”

KATAKAN TIDAK PADA BN :- "SETIAP UNDIAN MEMBAWA PADAH"
http://www.youtube.com/watch?v=2q_OECpjhFU&feature=relmfu

No comments:

Post a Comment