Tuesday, November 13, 2012

TINGGALKAN SETAN UMNO !!!



MELAYU: MERDEKAKAN DIRI ANDA DARIPADA UMNO

Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya hanya UMNO yang boleh menentukan survival orang Melayu adalah ajaran sesat dan khurafat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menyeru orang-orang Melayu supaya menolak dan menghapuskan ajaran sesat dan khurafat itu kerana kejayaan dan martabat bangsa Melayu bukan terletak di tangan UMNO.

Kejayaan dan martabat bangsa Melayu, katanya, kepada kesempurnaan iman kepada Allah dan pemerkasaan ilmu pengetahuan.

Mahfuz juga mengecam tindakan Najib yang menyebarkan ajaran sesat dan khurafat itu semata-mata kerana kepentingan kuasa beliau dan partinya.

"Dakwaan ini bukan sahaja ajaran sesat dan khurafat malah kenyataan yang sangat berapi-api dengan perkauman itu boleh menjejaskan keselamatan negara dan ketenteraman awam kerana tindakan Najib menakut-nakutkan orang-orang Melayu itu boleh mengakibatkan pelbagai padah dan kesan buruk," katanya.

Beliau juga menyifatkan dakwaan Najib yang juga Presiden Umno itu adalah pembohongan besar.

Hakikatnya, kata beliau, selama 55 tahun UMNO Barisan Nasional (BN) memerintah, bangsa Melayu masih mundur berbanding bangsa-bangsa lain di negara ini.

“Kalau benar mereka memperjuangkan Melayu, bangsa Melayu sudah maju. Tetapi hakikatnya Melayu masih terkebelakang. Ekuiti dan pemilikan hartanah orang-orang Melayu masih lemah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Di bawah cengkaman pemerintahan UMNO, katanya, Melayu bukan sahaja masih jauh ketinggalan dari segi pemilikan ekuiti, malah RM52 bilion saham Bumiputera kini hanya tinggal RM2 bilion.

“Lebih malang 80 peratus yang memiliki pendapatan RM1,000 ke bawah adalah orang Melayu…yang senang lenang ialah segelintir pemimpin UMNO dan kroni mereka,” katanya.

Mahfuz juga menyifatkan dakwaan Najib itu sebagai percubaan penuh putus asa untuk menyuntik jarum halus dengan mengabui pemikiran masyarakat di saat menghadapi pilihan raya dengan memainkan sentimen ‘Skim Takut 1Malaysia’ (ST1M) yang berbaur perkauman semata-mata untuk mengekalkan kuasanya.

Najib, katanya, berkata demikian dengan harapan orang-orang Melayu akan mengubah pendirian dan kembali menyokong parti pimpinannya kononnya disebabkan survival Melayu

“Diingatkan yang akan terjejas PRU jika rakyat buat pilihan ialah survival politik UMNO, bukan survival politik Melayu…ini sangat berbeza.

“UMNO sebenarnya yang takut kehilangan kuasa, sebab itu mereka menakut-nakutkan Melayu. Pendekatan ini dibuat secara halus untuk menanam kebencian bangsa Melayu kepada bangsa lain," kata Mahfuz.

Beliau juga menyeru rakyat khususnya orang-orang Melayu agar menjadikan pilihan raya umum akan datang untuk merdeka daripada UMNO.

No comments:

Post a Comment