Tuesday, November 27, 2012

UMNO/ARCO-BN SELEWENG DUIT RAKYAT

Laporan Audit Negara : Kerajaan BN seleweng duit rakyat untuk kroni


Macam-macam perkara luar biasa kita baca dalam laporan Audit Negara. Ada yang kata perkara biasa sebab dah jadi lumrah laporan audit negara ada penyelewengan wang rakyat tapi pihak SPRM mana ada siasat pun. Setakat lapor lepas tu senyap ja . Pakat bincang pakat debat tapi habuk pun tarak. Wang rakyat mengalir deras masuk kantong kroni. Di bawah antara penyelewengan wang rakyat yang melampau yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

1-Beli Kuda 23 ekor bernilai RM 5.66 juta untuk sukan lasak ekuestrian tapi 18 ekor tak diiktiraf sukan antarabangsa. Beli 'kuda sakit' duit rakyat diperkudakan!

2-Jabatan Taman Laut Malaysia beli binokular (teropong) 29 kali ganda harga asal-Harga asal RM 1940 di pasaran tapi dicaj RM56,350 sepasang. Mereka juga didapati ‘terlebih bayar’ RM38,470 dan RM13,918 bagi set radar Colour Marine berharga RM8,255 dan sebuah TV LCD dengan pemain cakera DVD bernilai RM16,100 dan RM2,182 masing-masing.

Barangan lain termasuk:

Komputer riba dan pencetak warna berharga RM3,428 pada harga RM11,845 (lebihan 246 peratus)

Hand-held portable VHF Transceiver berharga RM1,561 pada harga RM4,324 (lebihan 177 peratus).Baca di sini.

3-Majlis Amanah Rakyat (MARA) beli peralatan kursus untuk latihan seratus peratus lebih tinggi daripada harga pasaran. Peruntukan untuk MARA RM54 juta telah disalahgunakan. Katil boleh lipat harga RM100 di pasaran tapi dibeli dengan harga RM500.

4-Laporan audit negara kata hati-hati ke Stadium Bukit Jalil takut runtuh sebab waranti penyelenggaraan stadium dah tamat 3 tahun lalu!Sapa mau mati cepat sila tidur di stadium .

5-Lebuh Raya Desaru:Silap kira kos ambik tanah kerajaan pikul RM375 juta.Silap kira atau memang dah buat kira kira untuk kroni sekali? 

6-Laporan Audit:JPA terlebih bayar pencen lebih 2300 penerima.
 
7-Laporan Audit:LPKP ambil lebih 700 hari selesai kes, aduan.Lebih baik tak payah buat aduan!

Siapa meniaga tak mau untung .Tapi yang untung 100 kali ganda hanya kroni BN saja yang dapat.

#lebih untung dari niaga babi da...........

No comments:

Post a Comment