Sunday, December 16, 2012

BEGITULAH KALAU DAH TAK ROK CETONG



Kita dapat melihat keterdesakan UMNO Baru/BN yang semakin hilang sokongan meragut apa-apa saja yang melintas demi survival mereka.

Demikianlah nasib yang menimpa parti yang dipimpin oleh Najib itu. Kini dia sajalah yang terkial-kial ke sana ke mari memujuk rakyat dengan wang supaya kembali menyokong UMNO Baru/BN. Pemimpin-pemimpin lain nampaknya seperti tidak mengendahkannya. Barangkali mereka sudah tahu UMNO Baru/BN sudah terlalu hampir ke penghujung hayatnya.


Dengan itu tahulah kita bahawa perkara yang diheboh-hebohkan ke seluruh negara itu sebenarnya hanyalah propaganda sahaja. Sebagai kerajaan, mereka masih gagal menunaikan tanggungjawab kepada rakyat. Tanggungjawab mereka untuk mengkayakan Sabah hancur berkecai apabila kajian menunjukkan Sabah ialah negeri termiskin di Malaysia walaupun telah berbilion-bilion ringgit dihantar ke sana. Tanggungjawab mereka untuk mengkayakan Perlis (negeri terkecil di Malaysia) pun gagal apabila negeri itu menduduki tempat kedua termiskin di Malaysia. Begitu jugalah dengan Sarawak yang menduduki tempat ketiga dalam senarai negeri termiskin di Malaysia. Walaupun Kedah yang ditadbir Pakatan Rakyat diletakkan di tangga yang sama dengan Sarawak, harapan untuknya maju ke hadapan masih ada jika disandarkan kepada Laporan Ketua Audit Negara 2010.


Lihatlah sendiri wahai rakyat Malaysia sekalian. Komponen parti itu sudah kehilangan wibawa sebagai peneraju negara. Mereka sudah bertukar kulit menjadi pengkhianat negara. Kajian menunjukkan pendapatan Melayu dan Bumiputera duduknya di tempat tercorot, yakni di belakang Cina, India, dan lain-lain bangsa. Fakta ini sudah disiarkan di merata media alternatif. Janganlah cari di media arus perdana. Sampai kucing bertanduk pun anda tak akan menjumpainya.


Marilah kita bersepakat menghukum parti yang tak senonoh ini dalam PRU Ke-13 nanti walaupun tarikhnya terus disembunyikan. Nampak benar mereka berada dalam ketakutan yang amat sangat. Tambahan pula keadaan menjadi semakin kucar-kacir di Sabah, isu krisis air yang terkantoi di Selangor, isu pengurangan harga kereta yang tidak mampu ditepis dengan fakta sahih, serta dapatan kajian yang mengatakan AES hanya mau menguntungkan kroni UMNO.

No comments:

Post a Comment