Saturday, December 15, 2012

KENA LAGI KERANA KEBODOHAN

2 MP PAS berjaya tuntut gantirugi kes BERSIH 2.0


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan penahanan dua Naib Presiden PAS Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 dilakukan secara salah.
Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham juga memutuskan supaya kerajaan dan Polis DiRaja Malaysia supaya membayar RM70,000 setiap seorang daripada mereka.

Keputusan itu dibaca di Mahkamah Tinggi Shah Alam memandang Dr Prasad kini ditugaskan di mahkamah tersebut.

Peguam Zulhazmi Shariff ketika dihubungi Malaysiakini berkata kedua-dua pemimpin PAS itu memfailkan tuntutan sivil meminta gantirugi kepada Kerajaan Malaysia dan PDRM ke atas penahanan salah terhadap mereka sewaktu perhimpunan itu.

Tuntutan itu difailkan pada 8 Ogos 2011 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. -mk

No comments:

Post a Comment