RAKYATLAH YANG BERHAK MEMBUAT PERHITUNGAN
Mengenai hukum hudud, Muhyiddin berkata kerajaan BN tidak
pernah menolak hukum Islam.
"Sebagai orang Islam, kita tidak menolak hukum Islam, namun ada beberapa fasa yang boleh dipertimbangkan, pendirian Umno, mereka nak buat hudud PAS dan bukannya hudud Islam, kalau buat tak betul susah kerana ia membabitkan isu melibatkan orang bukan Islam, banyak benda kena ambil kira," katanya.
"Sebagai orang Islam, kita tidak menolak hukum Islam, namun ada beberapa fasa yang boleh dipertimbangkan, pendirian Umno, mereka nak buat hudud PAS dan bukannya hudud Islam, kalau buat tak betul susah kerana ia membabitkan isu melibatkan orang bukan Islam, banyak benda kena ambil kira," katanya.
Inilah stigma dalam UMNO.
Mati-matian mereka kata tidak menolak hukum Islam. Tetapi Dr. M tetap
juga kata, “Merejam penzina ialah perbuatan jahiliah” dan Najib pulak kata, “Negara
akan huru-hara jika Undang-Undang Islam dilaksanakan.” Sudahlah begitu, UMNO kata pulak, “Mereka
(PAS) nak buat hudud PAS dan bukannya hudud Islam.”
Yang itu-itu jugalah diulang-ulang dari dahulu dan sepanjang
tahun 2012. Sedangkan realitinya, rakyat tidak pernah nampak pun rangka atau
draf yang didakwa hudud Islam dikeluarkan oleh UMNO. Sudahlah itu pun tak ada, dibiarkan pulak MCA
mencerca hukum hudud semahu-mahunya.
Masyarakat Islam di Malaysia terus mempersoalkan pendirian
sebenar UMNO dalam hal tersebut. Sudah sampai masanya UMNO berhenti memainkan
retorik dalam isu ini. UMNO perlu
berhenti memberitahu orang Melayu bahawa jika Pakatan Rakyat Menang DAP akan
berkuasa, PAS tidak konsisten
memperjuangkan Negara Islam kerana menukarnya dengan Negara Berkebajikan, dan
PAS menjadi kuda tunggangan DAP. Ini
kerana istilah Negara Islam tidak pernah wujud dalam Perlembagaan PAS. UMNOlah yang menggembar-gemburkannya. PAS bersetuju memasukkan konsep Negara
Berkebajikan dalam Buku Jingga kerana aspek berkebajikan sememangnya telah
sedia ada dalam Perlembagaan PAS. Rakyat
Malaysia sebenarnya tahun bahawa hubungan PAS-DAP-PKR dalam Pakatan Rakyat sama
dengan hubungan UMNO dengan parti-parti komponen yang lain dalam Barisan
Nasional.
Pada masa yang sama, UMNO perlu berhenti memberitahu orang
bukan Islam bahawa jika PAS menang Malaysia akan jadi Negara Islam dan berhenti membentuk persepsi
negatif orang bukan Islam terhadap hukum
hudud seperti yang terus dimainkan oleh MCA.
Mengapa UMNO rela bercakap lain dengan orang Melayu dan bercakap lain
pulak dengan orang bukan Melayu? Tidakkah ini amat bertentangan dengan gagasan
1 Malaysia yang dilaung-laungkan setiap hari?
Salah siapa jika rakyat kata UMNO cakap tidak serupa
bikin? Salahkah jika rakyat mengalihkan
sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat berasaskan kejayaannya yang mendapat
pujian badan-badan antarabangsa, termasuk juga yang paling autentik, iaitu
Ketua Audit Negara? UMNO tidak perlu
mencemburui kejayaan Pakatan Rakyat jika pemimpin mereka sendiri sudah mengaku
berbuat salah sepanjang pemerintahan mereka selama lebih daripada 55
tahun. Sehubungan itu, UMNO terdorong
untuk memohon maaf kepada rakyat. Salahkah
jika rakyat memaafkan kesalahan UMNO/BN selama ini tetapi tidak akan memberi
undi mereka kepada UMNO/BN dalam PRU Ke-13 nanti?
Tentulah tidak salah. Malaysia mengamalkan prinsip
demokrasi. Dalam prinsip ini, rakyat ialah raja. Pemimpin yang dilantik menjadi
hamba raja. Hamba raja wajib berkhidmat untuk rakyat. Sayugia diingatkan bahawa hamba rajalah yang
perlu berterima kasih kepada rakyat yang menaikkan mereka, bukannya meminta
rakyat berterima kasih kepada segala hak yang mereka kembalikan kepada
rakyat. Selama ini UMNO tidak dapat
membezakan antara tanggungjawab dengan jasa.
Tanggungjawab perlu dilaksanakan dengan ikhlas. Sehubungan itu, tidak
perlulah diungkit-ungkit. Orang yang
suka mengungkit-ungkit sebenarnya tidak ikhlas. Ketidakikhlasan itu dapat
dilihat pada sikap dan amalan mereka yang mempamerkan kemewahan dan
amalan-amalan negatif seperti rasuah, penyelewengan, pengkhianatan, kronisme,
dan sebagainya. Orang yang berjasa akan sentiasa dikenang walaupun sudah tiada
di dunia ini tanpa mengira dia datang dari kumpulan mana-mana pun.
Oleh sebab itu, UMNO janganlah terlalu gundah-gulana apabila
rakyat menunjukkan kecenderungan mereka untuk mengubah kerajaan. Perubahan perlu apabila sudah sampai
masanya. Kini rakyat tahu kumpulan mana
yang lebih baik. Kuasa di tangan mereka.
Terserahlah kepada mereka untuk membuat perhitungan.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home