Sunday, December 23, 2012

RATAPAN ORANG UMNO BERBEZA-BEZA



Orang Melayu akan ditimpa malang jika UMNO tewas dan bukan lagi jadi kerajaan. Ungkapan kata-kata ini berkemundang dalam dewan PWTC semasa PAU 2012 baru-baru ini. Beberapa orang telah menangis hiba. Maklum sahajalah, presiden UMNO memekik dan melolong melafazkan kebimbangannya.

Walau bagaimanapun, kita tidak akan memandang rendah kepada pahlawan-pahlawan UMNO yang menangis. Pahlawanis pula yang diketuai oleh ketuanya, srikandi UMNO nombor wahid, Shahrizat Abdul Jalil, mungkin bercadang mahu menarik narik rambut jika mereka berjiwa Melayu. Atau kalau ada darah campuran Hindu, akan mahu menyelak kain dan menyinsing lengan baju. Kalau ada tembakau di mulut akan nampak hebatlah lagi pahwalawanis UMNO.

Najib telah menggambarkan bagaimana kehidupan orang Melayu akan tergugat dan diancam. Jika mudah sangat UMNO rasa terancam, maka 55 tahun memegang kuasa, apa sudah mereka lakukan?

Apa sudah jadi kepada Presiden UMNO yang sedikit masa dahulu cakap berdegar degar mengenai 1Malaysia? tidak ada yang terpinggir dan tidak yang ditinggal? Apa sudah jadi kepada Presiden UMNO yang cakap besar mengenai model ekonomi baru? Apa sudah jadi kepada Presiden UMNO yang bercakap besar mengenai ETP, GTP, NKRAnya, dan lain-lain singkatan kata-kata? Semuanya sudah dihumban keluar.

Kehidupan orang Melayu seperti mana yang mereka kecapi selama ini akan berakhir.

Kehidupan yang ahli UMNO lalui dan harungi amat berbeza. Kepada majoriti orang Melayu, kehidupan salama 55 tahun di bawah penjagaan dan perlindungan UMNO menyebabkan 8.5 juta orang Melayu hidup dengan pendapatan RM 1500 sebulan. 240,000 dari 260,000 bekas tentera hidup tanpa pencen dan terpaksa mencari rezeki sebagai buruh, jaga dan security guards. Ertinya, rakyat biasa, ahli UMNO biasa hidup sebagai rakyat yang terpinggir. Nikmat yang mereka rasai tidak lebih daripada hasilan minimum tanggungjawab jawab mana-mana kerajaan dalam dunia.

Kehidupan antara Melayu istimewa dan Melayu terpilih berbeza bagai bumi dengan langit daripada kehidupan yang dilalui oleh rakyat biasa. Rakyat hidup biasa, yang istimewa hidup istimewa. Pemimpin UMNO hidup sebagai tuan, ahli UMNO dan orang Melayu seperti hamba. Pemimpin UMNO hidup sebagai warden, rakyat seperti mereka yang diawasi.

Kita tidur atas tilam yang sama, tapi bermimpi yang lain-lain.

Jadi, orang UMNO menangis kerana sebab yang berbeza. Pemimpin, golongan istimewa dan elit menangis kerana kehidupan menyalahguna kedudukan, kehidupan hisap darah dan ambil untung dan riba, akan berakhir. Kehidupan golongan istimewa dan aristokrat politik UMNO yang membudak-budakkan dan membodohkan orang Melayu akan berakhir.

Kehidupan golongan elit yang dibangunkan di atas pembohongan bahawa orang Melayu terancam yang telah membolehkan golongan yang bercakap mengenai ancaman tersebut, akan berakhir. Itu yang golongan elit dan yang Dato Najib tangiskan dan pekikkan.

Rakyat biasa hanya manangisi kepada mitos kehidupan yang telah direka oleh golongan elit UMNO. Yakni suatu hidup yang senantiasa terancam yang menyebabkan rakyat merasa perlu bernaung dengan UMNO. Setelah 55 tahuh berkuasa, UMNO masih gagal menyingkirkan ancaman tersebut? Apa yang telah mereka lakukan?

Maka rakyat dan orang Melayu secara umumnya, meratapi pemusnahan mitos mengenai kelemahan dan kadaifan mereka. Mujurlah mereka meratapi berkahirnya suatu cerita dongeng dan rekaan. Golongan elit, golongan bangsawan politik- mereka menangisi berakhirnya realiti hidup yang selama ini mereka palsukan. -sakmongkol


1 comment:

  1. UMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap memilih jadi bodoh?

    2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...

    ~ BUKTI 1 ~

    ~ BUKTI 2 ~

    ~ BUKTI 3 ~

    ~ BUKTI 4 ~

    Saya mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah kurang 5 tahun, hutang berkurang. Bandingkan dengan Terengganu yang diperintah BN sejak 50 tahun dulu... Kat mana hebatnya Pemimpin UMNO yang menafikan kewibawaan Pemimpin Pakatan Rakyat? Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul.. ( Buktikan kalau saya bercakap bohong)

    Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.

    Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR....

    ~ (( Budaya Samseng )) - Ahli2 Mahu Lari Dari UMNO ~

    Biarkan UMNO bersendirian... Mereka tidak mahu bersatu, kita boleh bersatu sesama kita... Mereka pentingkan perpecahan... Biarkan mereka... Mereka lebih mengutamakan keganasan untuk mengekalkan kuasa... Biarkan mereka..... Mereka hanya mahu jadi samseng... Biarkan mereka samseng selamanya....

    Biarkan pemimpin2 UMNO memperbodohkan ahli2 mereka selamanya...

    ReplyDelete