Friday, December 14, 2012

SETAN UMNO AUTAKAN MELAYU

BERBEZA DENGAN UMNO - PENGERUSI WANITA MCA AKUI JIKA PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH PEMIMPIN ISLAM MENJADI KUAT!!!!


UMNO canangkan ke seluruh pelusuk kampung,bahawa
jika Pakatan memerintah,Melayu jadi lemah...
jika Pakatan memerintah umat Islam terpinggir..
jika pakatan memerintah,maka makin ramailah suara bukan Melayu dalam parlimen..

Tapi berbeza dengan Pengerusi Wanita MCA Kebangsaan Yu Chok Tow....
beliau berkata suara MP Melayu Islam di dalam parlimen adalah seramai 133 daripada 222 kerusi parlimen yang ada dalam negara kita ni...
beliau cuba menggambarkan kekuatan suara MP Islam di dalam pemerintahan Pakatan Rakyat sekiranya PAS mengusulkan hudud..

Memang UMNO suka mengelirukan orang-orang kampung dengan fakta yang
tidak benar...

Pengerusi Wanita MCA tersebut mendedahkan kedudukan itu kerana beliau bimbang sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan dan PAS kemudiaannya membentangkan hudud di parlimen, cadangan itu akan disokong oleh pemimpin Islam dari PKR,PAS dan UMNO sendiri...

Tidakkah kita berasa hairan..?
dalam keadaan Najib dan barisan kepimpinan dalam Barisan Nasional begitu yakin akan memenangi pilihanraya umum ke 13 nanti... di sudut yang lain mereka seolah-olah yakin Pakatan Rakyat akan memenangi pilihan raya umum nanti dan begitu yakin bahawa PAS akan usulkan hukum hudud....

Pasal hukum hudud ni...
aku nak pesan buat rakan-rakan yang bukan Islam...
Yusuf Al Qaradawi (ulama' besar dunia Islam masa kini) pernah menegaskan bahawa untuk melaksanakan hukuman syariah pada masa kini,ulama'-ulama' perlu membuat ijtihad supaya hukuman syariah dapat dilaksanakan...

Maka,hukum hudud ini hanyalah untuk manusia-manusia yang beragama Islam..
kerana itu adalah undang-undang Allah yang diturunkan ke dalam Al Quran...

Dan tanyalah kepada diri sendiri,adakah ibadah solat, puasa dan zakat dikenakan kepada orang yang bukan Islam...?

No comments:

Post a Comment