Sunday, December 2, 2012

SETAN UMNO HINA MELAYU




Di Johor, MCA dalam keadaan nazak, dan bajet BN itu tidak mungkin akan memberi nyawa baru untuk menyelamatkan parti itu. Rata-rata orang Cina tidak peduli pun belanjawan itu kerana yang lebih penting bagi mereka ialah tarikh pilihan raya kerana mereka sudah tidak sabar hendak menamatkan cengkaman kuasa UMNO/BN.

Belanjawan itu menyasarkan sebahagian orang Melayu, sebab orang Cina bukan sahaja tidak hairan dengan duit RM250 sekali bagi itu malahan juga tidak mengendahkan umpan yang bertujuan memancing undi mereka itu.

Kerajaan UMNO/ BN terus merosakkan orang-orang Melayu apabila meneruskan amalan 'memberi ikan dan bukan kail' kepada mereka melalui pemberian duit sekali bagi dan pemberian-pemberian lain seumpamanya.

Ketika bangsa lain boleh diumpamakan sudah maju dengan peralatan canggih untuk menangkap ikan di laut dalam, Kerajaan UMNO/ BN terus merosakkan orang-orang Melayu dengan memberikan ikan kepada mereka dan bukan memberi kail.

Orang-orang Melayu perlu menolak perbuatan menghina mereka dengan duit sekali bagi seperti itu dan menuntut penyelesaian jangka panjang terhadap masalah asas mereka. Umpamanya masalah pengangguran yang sebahagian besarnya melibatkan orang-orang Melayu. Belum kira lagi yang tidak graduan, yang bertaraf siswazah pun sehingga 40,000 orang menganggur kebanyakannya berbangsa Melayu.

Orang-orang Melayu perlu berfikir, adakah duit sekali bagi RM250 boleh menyelesaikan masalah mereka? Jangan biarkan Kerajaan UMNO/ BN hina kita dengan gula-gula murahan seperti itu. - HD

1 comment:


  1. UMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap BODOH?

    2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...


    ~ BUKTI 1 ~

    ~ BUKTI 2 ~

    ~ BUKTI 3 ~

    ~ BUKTI 4 ~

    ReplyDelete