Saturday, December 1, 2012

TUHAN PUN "DIHERET" APABILA TERDESAK !!!

Allah Juga Pilih DAP Di Penang, PKR Di Selangor, PAS Di Kedah & Kelantan untuk berkuasa...

Allah Pilih UMNO Untuk Berkuasa.

Kalau dah terdesak, Tuhan juga diheret sama bagi mempertahankan hujah yang sememangnya tidak masuk akal.

Begitulah gelagat yang dilihat dalam perhimpunan agung Umno (PAU) apabila seorang perwakilan mempertahankan Umno daripada usaha PAS yang menganjurkan doa bagi kehancuran parti berkenaan dengan alasan bahawa Allah memilih Umno untuk diberi amanah dah kuasa bagi melakukan kerja Islah di negara ini.

Perwakilan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican dalam ucapannya juga berkata, soal menentukan kuasa pentadbiran sesebuah negara adalah hak Allah.

"Dalam soal kuasa, sepanjang 55 tahun, Dia memilih Umno yang memerdekakan tanah air.

"Umno dah diberi amanah, diberi kuasa.... Apa yang dilakukan? Umno buat pelbagai Islah (perubahan), keluarkan daripada penjajahan kepada kemerdekaan yang lebih mulia, memuliakan Melayu, memberi identiti dan meletakkan Islam di sisi Melayu," katanya.

Dalam ucapannya, Reezal turut mempersoalkan gelaran "Mursyidul Am" yang diberikan PAS kepada pemimpinnya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Gelaran "mursyid" itu bermaksud "petunjuk", tetapi Nik Aziz sebelum ini didakwa memberi gambaran bahawa Umno merupakan parti murtad, kata Reezal.

"(Sebaliknya) ini 'Mudhilul 'Am, penyesat nombor satu," katanya sambil mambaca sepotong ayat Al-Quran yang menceritakan tentang kisah nabi Musa dan Fir'aun.

Turut menjadi sasarannya ialah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai "pengkhianat" atas beberapa kenyataan ketua umum KEADILAN itu yang didakwanya menyokong keselamatan Israel.

"Barack Obama, David Cameron tidak (pernah) mengeluarkan (kenyataan).... Tidak ada keluar melainkan ketua pembangkang. Bukankah itu (dikatakan) pengkhianat?," kata Reezal.

Perwakilan lain yang mengikuti ucapan Reezal dilihat ada yang keluar sebaik sahaja dia menghina menteri besar Kelantan itu dengan gelaran yang tidak sepatutnya dituturkan oleh seorang pemimpin.- jalan pulang


1 comment:

  1. Tengok gambar Rizal dengan awek-awek tu aku terkenang Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil.

    ReplyDelete